Secoret Warkah Buat Sultan Pada kelembutan dalam tuturnya, Pada penampilan dalam keramaian, Perasaan tertawan kepada

baginda sultan Pada bicara yang sederhana, Pada gaya yang bersahaja, Jiwa tertarik kepada baginda, Moga nyata hakikatnya Baginda payung rakyat jelata, Mulianya raja bukan dek singgahsana, Raja disayang bukan kerna hartanya, Raja dicinta bukan kerna kuasa, Hormat pada raja bukan kerna pangkat, Raja dimulia kerna taqwanya, Raja disayang kerna baginda berjuang, Raja diangkat kerna tuhan memberkat, Raja dicinta kerna budi bahasanya, Raja dihormat kerna kasihkan rakyat Apabila raja itu zuhud, Namanya selalu disebut, Apabila raja berkhidmat kerna Allah, Seluruh raga jantung diserah, Apabila raja itu bersederhana, Jiwa jelata penuh bangga, Apabila raja kuat imannya, Dengan ikhlas rakyat berdoa Dalam persarungan penuh kerendahan, Dalam penghidupan penuh kerakyatan, Sayang rakyat penuh melimpah, Kepada tuanku kasih tertumpah Pada kederuan sang lanchang kuning, Pada tampuk kemegahan tombak dan gading, Indah mulia negerimu pahang, Rakyat berbilang terus gemilang

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful