UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Penulisan Kajian Kes : Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial Kanak-Kanak Pintar Cerdas

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Pendidikan Khas

Semester 3

2010/2011

Perkembangan Fizikal, Emosi, dan Murid-murid Pintar Cerdas

KBC 3023

3 Jam Kredit

Rabiatul Adawiyah binti Abdul Ghani

D20091034762

1

ISI KANDUNGAN 1.0 Perkembangan Fizikal, Emosi dan Persekitaran Kanak-Kanak Pintar Cerdas dan Berbakat 1.1 Temperamen Perilaku dan Persekitaran 1.2Perkembangan Fizikal 1.3 Perkembangan Emosi dan Sosial 1.3.1 Perfectionist 1.3.2 Super-Sensitivity 1.3.3 Kesukaran Memilih Kawan 2.0 Maklumat Respondent 2.1 Perkembangan Fizikal 2.2 Perkembangan Emosi 2.2.1 Super-sensitivity 2.2.2 Bersikap Dominan dalam Semua Perkara 2.2.3 Perfectionist 2.3 Perkembangan Sosial 10

MS

3 4 5 5 6 6 7 8 8 8 9 9

3.0 Model yang Digunakan : Model Pembentukan Identiti Pintar Cerdas & Berbakat 10 4.0 Memahami Kanak-Kanak Pintar Cerdas dari Luar dan Dalam 4.1 Kaunseling 4.2 Intervensi 1 : Memulihkan dan Mengurangkan Masalah yang Responden Hadapi 12 12

13

4.2.1 Aktiviti untuk Mengurangkan perasaan Perfectionist pada kanak-kanak 13 4.2.2 Aktiviti untuk Mengurangkan perasaan Perfectionist pada kanak-kanak 14-16 4.2.3 Aktiviti untuk menggalakkan komunikasi dan sosial dengan kanak-kanak sebaya 16-21 Rujukan Lampiran 22 23-24
2

memberi sumbangan dan pengguanaan perhidmatan. Perkara ini merupakan perkembangan pertama dalam konsep dan keyakinan diri. 1. Konsep kendiri Konsep kendiri merujuk kepada pandangan sesorang tentang dirinya sendiri. Emosi dan Persekitaran Kanak-Kanak Pintar Cerdas dan Berbakat Tahun-tahun awal kehidupan seseorang anak akan memperlihatkan suatu keunikan untuk menggalakkan perkembangan yang sihat. dan kajian telah menegaskan kepentingan lima tahun pertama yang dialami oleh kanak-kanak termasuklah perkara positif mahupun negatif dalam membentuk perkembangan kognitif. menerangkan kepada orang yang dipercayai mengenai keinginan mereka dan bersemangat untuk mempelajari perkara-perkara baru. Penyataan ini sudah cukup menerangkan risiko yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam emosi. 3 .1. Ia juga merangkumi tentang apa yang orang lain fikirkan tentang dirinya.1 Konsep Kendiri dan Keyakinan Diri Kebanyakan pengamal bersetuju bahawa membina konsep kendiri bagi setiap kanak-kanak merupakan kunci utama dalam proses pembelajaran kerana apabila kanak-kanak berkeyakinan terhadap diri mereka. Namun. ciri-ciri awal ini memberi kesan kepada perhubungan dan ia akan menjejaskan perhubungan bagi kedua-dua pihak bukan kepada satu pihak sahaja. teperamen perilaku kanak-kanak tidak semestinya akan menentukan personalitinya. Oleh itu. sosial dan emosi. tingkah laku. Seorang bayi seringkali belajar untuk menilai bagaimana orang lain memberi tindak balas dan membina gambaran mengenai diri mereka sendiri. sosial.1 Temperamen Perilaku dan Persekitaran Walaupun temperamen perilaku adalah peting untuk dikenalpasti dan bagaimana ia memberi kesan kepada kepada tingkah laku dan sikap terhadap kehidupan dan pembelajaran. 1. perilaku masalah serta desakan untuk mendapat kelayakan. mereka akan mudah mendapat kawan.1.0 Perkembangan Fizikal. ibu bapa dan guru harus peka dan berusaha gigih untuk membentuk konsep kendiri yang baik dalam kalangan kanak-kanak. Konsep kendiri boleh menjadi positif atau negatif.

8 4.7 10. penilaian kanakkanak tidak akan tepat.Keyakinan Diri Kanak-kanak akan membaca reaksi yang diberikan orang lain dan akan cuba mengklasifikannya sebagai positif atau negatif.1 6. Perkara ini akan memberi pandangan automatik kepada diri mereka sendiri iaitu ‘ Apa yang saya fikirkan tentang diri saya bergantung apa yang orang lain fikirkan tentang diri saya!’. Tetapi disebabkan oleh apa yang mereka lihat adalah betul seperti pengaruh terhadap pandangan tentang diri sendiri dan juga perilaku yng dihasilkan.3 9.7 8. pengamal akan bekerja keras untuk berinteraksi dengan setiap kanak-kanak di dalam cara yang positif. 4 .0 3 9 13 48 60 72 2.2 Perkembangan Fizikal Contrasting Milestone Normal (bulan) Perkembangan Fizikal Mengangkat dagu sambil berbaring di lantai Berguling Duduk dengan bantuan Duduk dengan sendiri Berdiri dengan bantuan Berdiri dengan sendiri Berjalan sendiri Merangkak menaiki tangga Berjalan menaiki tangga Berjalan dengan baik Melompat-lompat (2 kaki daripada tanah) Menaiki basikal tiga roda menggunakan pedal Melempar bola Melompat – alternatif kaki Perkembangan Motorik Halus Bermain dengan permainan Memegang objek di antara ibu jari dan jari Coretan spontan Melukis orang dengan dua bahagian badan Melukis orang yang dikenali dengan badan Melukis orang dengan leher.1 33.6 7.5 12.9 5.6 42.4 (Christine Macintyre 2008). 1.6 16.5 15 18 24 30 36 48 60 30% maju 0.8 21. tangan dan baju 1 3 4 7 8 11 12. Sekali lagi.2 33.7 2.6 42 50.0 25.1 2.

3 Perkembangan Emosi dan Sosial 1.1. Greenspon 2002). Kecenderungan perfeksionis membuat beberapa pelajar berbakat terdedah kepada bahaya yang dihadapi kerana mereka tidak akan menyerahkan kerja kecuali sekiranya kerja mereka itu sempurna.3. Ada dua kebimbangan utama tentang kesempurnaan untuk pelajar berbakat: kemunduran dan gejolak emosional. Kecenderungan ke arah kesempurnaan umumnya muncul sebagai item pada skala penilaian dan senarai semak digunakan oleh orang tua dan guru untuk mencalonkan pelajar berpotensi dan berbakat. Berikut merupakan tanda-tanda Kesempurnaan yang ditunjukkan oleh individu pintar cerdas dan berbakat :  Berasa malu dengan kesalahan yang dilakukan  Marah apabila dirinya dikritik oleh orang lain  Cemas apabila menyatakan pendapatnya kepada orang lain  Risau secara keterlaluan mengenai semua perkara  Berasa marah apabila rutinnya terganggu  Berdebar-debar apabila semua di sekelilingnya kotor  Takut dan cemas pada setiap masa  Kepenatan dan tidak mampu untuk berehat  Terganggu dengan kebencian yang ada dalam diri  Takut akan menjadi individu yang tidak dapat bersaing  Takut ditolak oleh sesuatu  Malu apabila mempunyai rasa takut  Hilang semangat  Berasa bersalah jika membuatkan orang lain kecewa dengan dirinya (Thomas S.1 Perfectionist Di antara pendidik yang berbakat. 5 . Artikel pada keperluan kaunseling bagi indvidu pintar cerdas dan berbakat secara rutin menyebutkan kesempurnaan sebagai risiko bagi pelajar berbakat. hubungan antara bakat dan perfeksionisme jelas ditetapkan.

Petua kedua ialah carilah rakan menulis surat dan bertukar maklumat. Fromm (1957). Judy Galbaraith 1999 telah menggariskan Tiga Petua Persahabatan yang boleh dicuba untuk menggalakkan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat mendapat kawan yang mereka inginkan. Sullivan (1953). Erickson (1963) dan Selman (1981) telah menerangkan beberapa fungsi persahabatan iaitu teman. kasih sayang. bergembira dan tempat kita meluahkan perasaan dan berkongsi masalah. 1. kegelisahan dan perasaan rendah diri.3. Bukanlah mudah untuk kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat bagi mencari kawan yang sesuai dan boleh menerima kelebihan yang mereka ada. stimulasi. Kanak-kanak boleh mencari alamat dengan menyertai kumpulan rakan menulis surat kebangsaan di dalam internet. Mereka juga memunyai sistem saraf yang amat sensitif yang membuat mereka mudah membri tindakbalas kepada diskriminasi daripada rangsanagn luar serta lebih analitis dan kritis terhadap diri mereka sendiri dan juga orang lain.3. Petua pertama ialah mintalah ibu bapa untuk membantu kanak-kanak berhubung dengan kanak-kanak pintar cerdas yang lain. Kanak-kanak pintar cerdas sering mengalami konflik batin yang terdedah. Kanak-kanak pintar cerdas mungkin boleh berkata kepada guru atau kepada guru program pintar cerdas di sekolah lain. Mereka juga boleh memasuki National Association of Gifted Children (NAGC) ataupun organisasi persekutuan yang lain untuk membantu kanak-kanak ini. sering mengutuk diri sendiri. Mentor mestilah merupakan orang dewasa yang akan memberi panduan dan menggalakkan kamu dan bersama kamu untuk menerokai minat kamu.2 Super Sensitivity Kebanyakan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat sangat sensitif. Petua ketiga pula ialah dapatkanlah seorang mentor bagi setiap kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat. Para doktor dalam perubatan sering melihat konflik ini sebagai gejala dan label neurotik orang pintar cerdas dan berbakat. 6 .3 Kesukaran Memilih Kawan Semua orang memerlukan kawan untuk dijadikan teman ketika keluar. Oleh itu.1. sokongan fizikal dan ego. Mereka tampaknya mengambil segala sesuatu ke dalam hati dan menjadi sangat marah dengan kata-kata dan perbuatan yang kanak-kanak lain boleh mengabaikan atau melupakannya lebih cepat. keintiman dan perbandingan sosial.

dan sebagainya merujuk kepada konsep kendiri bagi responden. Ayin mengambil langkah untuk menyerlahkan kelebihannya kerana Ayin gemar dipuji . Responden menghargai kelebihan yang dia perolehi dan tidak menganggap kelebihan itu sebagai sesuatu yang membuat dia berbeza daripada orang lain. saya bersaiz kecil seperti anak patung walaupun telah berumur tujuh tahun. Oleh itu.2. ‘Saya seorang kanak-kanak perempuan yang cantik dan kecantikan yang saya miliki semulajadi daripada bayi. saya suka menonton kartun. saya mampu mendapat markah tertinggi dalam ujian. 7 . Keyakinan Diri : Sekali pandang. ramai orang akan mengetahui responden merupakan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.0 Maklumat Responden Nama Umur Alamat Jantina Bangsa Agama Status Pekerjaan Tangan Dominan Sebab-sebab Pemilihan Konsep Kendiri : : : : : : : : : : Ayin (bukan nama sebenar) 7 tahun Negeri Sembilan. pemerhatian yang saya lakukan kepada responden seperti . Oleh tu. Perempuan Melayu Islam Murid Kanan Pintar Cerdas dalam Akademik Konsep kendiri merupakan nama yang diberi oleh kanak-kanak kepada gambar yang mereka lukis mengenai diri mereka sendiri.

sanaksaudara mahupun rakan-rakan memuji kecantikannya dan hal ini telah memberi semangat kepada Ayin untuk memelihara kecantikan semulajadinya.2 Perkembangan Emosi 2. Ayin berasa gembira jika keluarga.1 Perkembangan Fizikal Perkembangan Perkembangan Fizikal Mengangkat dagu sambil berbaring di lantai Berguling Duduk dengan bantuan Duduk dengan sendiri Berdiri dengan bantuan Berdiri dengan sendiri Berjalan sendiri Merangkak menaiki tangga Berjalan menaiki tangga Berjalan dengan baik Melompat-lompat (2 kaki daripada tanah) Menaiki basikal tiga roda menggunakan pedal Melempar bola Melompat – alternatif kaki Responden (bulan) 0.2. apa yang dikehendakinya mesti dipenuhi jikalau tidak Ayin akan menangis sepanjang hari. Sekiranya Ayin lalu di kedai baju 8 .9 3 4 6 7 10 11 13 16 20 28.5 47 50 69 2.2. Ayin merupakan seorang kanak-kanak yang mementingkan kecantikan merangkumi pakaian. Bagi Ayin.5 32 41 58 30 Perkembangan Motorik Halus Bermain dengan permainan Memegang objek di antar ibu jari dan jari Coretan spontan 11.1 Super sensitivity Ayin suka menangis dan merajuk sekiranya apa yang dikehendakinya tidak dapat diperolehi. kebersihan diri serta kekemasan rambut.

Sekiranya tidak diperoleh. Ayin akan merajuk jika ibu tidak pulang mengikut waktu yang dijanji dan masa yang lama diambil untuk memujuk Ayin sehinggalah perasaan kecil hatinya beransur-ansur hilang. Sekiranya lukisannya comot dan tidak memenuhi kepuasan hatinya. Namun. disebabkan beberapa hal yang penting ibunya terpaksa membantu ayah Ayin selama sejam di kedai runcit milik keluarga.dan dia menginginkan baju tersebut. Ayin merasakan itu sebagai suatu kegagalan walaupun markah yang diperolehinya juga tinggi. Oleh itu. Ayin akan marah lalu mengoyak-ngoyakkan kertas lukisan tersebut. Ayin juga bersikap dominan dengan adik-beradik di rumahnya. dia akan balik ke rumah dan menunjukkan mimik muka yang sedih dalam beberapa tempoh.3 Perfectionist Perfektionis boleh dikenalpasti melalui cara seseorang kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat itu berfikir. 2. Ayin akan menangis di kedai itu sehinggalah Ayin dapat apa yang diinginkan. Namun.2.2. Respondent yang manja dengan panggilannya di rumah iaitu ‘Ayin’ gemar melakukan aktiviti melukis dan mewarna.2 Bersikap dominan dalam semua perkara Ayin sering menjadi ketua dalam kalangan rakan sebaya. ibubapanya telah menyediakan kelengkapan melukis dan mewarna lengkap untuk dirinya. Misalnya. Responden akan berasa malu dengan kesalahan yang dia lakukan dan mementingkan kesempurnaan . Selain itu. Ayin berkata kepada ibunya ‘Ayin tidak pandai sebab itu Ayin tidak dapat markah tertinggi di dalam kelas’. Ayin akan memasang impian yang tinggi untuk mendapat markah terbaik di dalam kelas terutamanya bagi subjek Bahasa Melayu. Selain itu. Setiap kali Ayin melukis. ibu Ayin telah berjanji akan pulang terus ke rumah selepas kerja untuk bermain congkak dengannya. 9 . Sekiranya Ayin tidak berjaya mendapat markah tertinggi di dalam kelas. dia tidak akan berputus asa dan akan terus mencuba sehinggalah berjaya memenuhi impiannya. dia akan merengek-rengek kepada ibunya agar kehendaknya dipenuhi. Ayin juga mudah kecil hati sekiranya ibunya tidak memenuhi janji untuk meluangkan masa bersamanya. dia akan pastikan lukisannya sempurna mengikut daya kreatif yang dia kehendaki. 2. Dia selalu mengetuai perbincangan dan permainan secara berkumpulan kecil yang dilakukan guru.

Model ini menyediakan rangka kaunseling yang membantu individu pintar cerdas dan berbakat berwaspada dan memahami kesan pintar cerdas yang mereka miliki terhadap perkembangan kehidupan. para kaunselor mendapat cabaran untuk mengembara berbaibagai kejadian diri seorang individu pintar cerdas dan kepentingannya di dalam skop yang besar dalam kejadian manusia. Pada pertemuan yang pertama. Bagi dirinya. Ia mempunyai tiga tujuan kecil dalam menyediakan kaunseling iaitu sebagai alat kajian. Dengan rangka ini. Model ini turut menyediakan sebuah konteks untuk memahami pintar cerdas sebagai sebahagian sifat manusia yang berterusan. responden akan datang untuk menegur rakan baru itu. 10 . Kebanyakan rakan yang dipilih adalah lebih tua dari dirinya.2. Ia membenarkan pintar cerdas ditempatkan di dalam konteks perkembangan positif daripada disalah ertikan sebagai tidak normal atau pathologikal. membantu dalam perkembangan intervensi kaunseling dan sebagai panduan dalam proses kaunseling. Kaunselor menggunakan model ini untuk mentaksir kerumitan persekitaran individu pintar cerdas dan bagaimana pintar cerdas ini tergolong dalam perkembangan sihat ataupun tidak sihat kepada individu. Ayin akan memerhati responden daripada jauh dan jika peribadai orang yanag baru dikenali boleh diterima. Model ini tidak bermakna digunakan sebagai skala kriteria untuk kesihatan mental ataupun untuk membandingkan perkembangan individu.0 Model yang Digunakan : Model Pembentukan Identiti Pintar Cerdas dan Berbakat Model Pembentukan Identiti Pintar Cerdas dan Berbakat ini merupakan panduan dalam memahami kerumitan dan perbezaan halus yang terdapat pada golongan pintar cerdas dan berbakat. Responden berminat untuk bermain dan berkongsi aktiviti dengan rakan sebaya mahupun rakan-rakan lain dimana umur bukanlah faktor utama yang responden tetapkan. minat yang sama serta kematangan dalam berbicara adalah lebih penting. Model ini berperanan sebagai panduan untuk mencipta intervensi. 3. Disamping itu. latihan atau strategi untuk memudahkan proses memberi kaunseling. Responden akan mencari rakan–rakan yang menghargai dan memahami kelebihannya. responden akan berperwatakan peramah sekiranya personaliti rakan baru yang dijumpai bersesuaian dengan dirinya.3 Perkembangan Sosial Responden menghadapi kesukaran dalam mencari rakan yang sesuai.

Cultural. Affirmation. Family. Social. Family of Origin.Educational.Dengan menggunakan jadual dia atas yang mengandungi empat pembahagian iaitu Validation. Organic Physiological dan Developmental. Sebagai contoh. Vocational. Psychological. adalah penting untuk menjelajah samaada pintar cerdas mempunyai nilai positif atau sebaliknya. Environmental . membincangkan dan membuat rajah dalam komponen perkembangan identiti yang mendedahkan pintar cerdas sebagai pemboleh ubah. Political. Affiliation. kaunselor bersama pelanggannya dapat menjelajah. dan Affinity serta 12 sistem iaitu Self. apabila mengkaji dari setiap pembahagian dan sistem. 11 .

1 Kaunseling Guru bukan sahaja berperanan untuk mengajar di dalam kelas tetapi juga memainkan peranan yang amat penting sebagai kaunselor kepada pelajar pintar cerdas dan berbakat ini. Orang yang tidak mengambil peluang yang berisiko tinggi ialah orang yang takut melakukan kesilapan dan tidak belajar seperti orang yang pernah melakukan kesilapan. Gershen Kaufman dan Lev Raphael menyokong kebenaran ayat tadi 12 . Aktiviti-aktiviti bersesuaian perlu diambil agar masalah tingkah laku yang dihadapi murid-murid pintar cerdas dan berbakat boleh dikurangkan ke tahap paling minimal tanpa murid berasa terpaksa melakukannya. Perkara kedua mengenai kesempurnaan pula menyatakan adalah baik untuk menjadi tidak sempurna. kita perlu melengkapi diri kita dengan pengetahuan sebanyak mungkin untuk membolehkan kita memahami anak-anak ini dan memberi respons dalam tingkahlaku berbeza. Albert Einstein merupakan salah seorang saintis terkenal di dunia dan beliau tidak dapat belajar untuk membaca sehinggalah berumur tujuh tahun. Responden pasti pernah mendengar ayat ini iaitu ‘Kita belajar dengan baik daripada kesilapan yang dilakukan’. Perkara pertama ialah tiada manusia yang sempurna dan tiada siapa yang bagus dalam semua perkara. Sekiranya murid-murid pintar cerdas dan berbakat mempunyai masalah perfectionist atau kesempurnaan dalam diri mereka. Aktiviti secara berpasangan juga perlu dielakkan kerana kesalahan yang dilakukan ketara dilihat oleh kedua-dua murid pintar cerdas. Sebagai guru. 4. Aktiviti dalam kumpulan besar dikhuatiri tidak dapat mencapai matlamat utama pembelajaran kerana guru tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada semua murid. Aktiviti yang dilakukan perlulah dalam kumpulan kecil agar murid-murid pintar cerdas yang mempunyai masalah untuk bersosial tidak terkejut dan mampu membiasakan diri dengan keadaan pembelajaran baru.4. Mereka juga boleh menjadi sangat sensitif serta memiliki kecenderungan untuk melihat dunia secara berbeza. menjadi perfeksionis dan mempunyai kecendurangan obsesif. beritahu dan jelaskan kepada mereka tentang Tiga Perkara Benar Mengenai Kesempurnaan. berkemampuan tinggi atau apa sahaja yang ingin kita labelkan menyebabkan anak-anak pintar cerdas dan berbakat boleh menjadi unik.0 Memahami Kanak-kanak Pintar Cerdas dari Luar dan Dalam Pintar cerdas. memiliki rasa humor yang aneh.

Dalam aktiviti ini. Aktiviti ini melatih kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat agar lebih sensitif terhadap keperluan dan perasaan orang lain.1 Aktiviti Untuk Mengembangkan kemahiran Interpersonal-Intrapersonal ataupun Kecerdasan Emosi Kemahiran interpersonal-intrapersonal ataupun kecerdasan emosi biasanya ditunjukkan di dalam situasi di mana kanak-kanak menunjukkan keprihatinan kepada perasaan orang lain. Galakkan responden menulis pendapatnya. ideaidea baru atau semua pekara-perkara kreatif yang pernah terlintas di fikiran di dalam jurnal sebagai aktiviti mengisi masa lapang. Selain itu.2 Intervensi 1 : Memulihkan dan Mengurangkan Masalah yang Responden Hadapi 4. terdapat dua perkara utama yang perlu dititik beratkan ketika penulisan jurnal iaitu tarikh bagi setiap penulisan dan jangan membuat apa-apa peraturan ketika menulisnya. coretan. guru boleh meminta responden menulis dan memulakan jurnal. guru akan menunjukkan gambar 13 . Di samping itu. Aktiviti : Tunjukkan kanak-kanak gambar kanak-kanak lain yang sedang menunjukkan pelbagai emosi melalui mimik muka. Mendapat ‘A’ dalam Matematik dan Sains tidak bermakna kamu seorang yang baik yang hanya mahir dalam matematik dan pembacaan. Tulislah segala yang terlintas tanpa perasaan ragu-ragu. penulisan jurnal ini secara tidak langsung dapat memperkembang penggunaan ayat dan bahasa kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat secara berperingkat. puisi. Menurut penulis muda Totally Private & Personal : Journaling Ideas for Girls and Young Women. Kanak-kanak yang mampu bersosial akan boleh membaca isyarat-isyarat bukan verbal namun ramai kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat menghadapi kesukaran dalam hal ini. 4. Luangkanlah sedikit masa kamu dengan mempelajari serta membantu orang lain dan ini akan lebih membantu kamu untuk berjaya dalam hidup. Penulisan jurnal ini akan mampu memberi kesedaran kendiri kepada kanak-akank pintar cerdas apabila membacanya semula.dengan menyatakan ‘Setiap manusia mempunyai hak untuk melakukan empat kesilapan besar dalam sehari’. ulasan tayangan bergambar.2. Perkara ketiga menyatakan dengan melakukan semuanya dengan sempurna tidak membuatkan kamu seorang yang benar-benar berjaya kerana faktor-faktor lain turut dikira.

Selain itu.2.2 Aktiviti untuk Mengurangkan perasaan Perfectionist pada kanak-kanak Aktiviti pemikiran Kreatif : Jadikan tubuh anda lebih baik Idea sebenar diambil daripada De Bono’s yang menekankan tentang pemikiran lateral. apa yang dia rasa atau alami begitu? Bagaimana awak tahu dia sedang sedih/marah/gembira? Apa yang boleh kita lakukan untuk membantu dia?. guru perlu membantu kanakkanak membuat senarai tentang apa yang mereka fikir perkara baik yang mereka lakukan termasuklah kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat dimana nilai serta kemampuan mereka tidak dihargai orang sekeliling. guru akan bertanya ‘Apa yang kamu fikir tentang perasaan budak lelaki ini? Bagaimana awak tahu apa yang dirasakannya?’ Pada pendapat kamu. Pengkaji mendapati bahawa kanak-kanak 8.9 tahun adalah tegas. Guru boleh menayangkan sebuah cerita wayang yang mengisahkan kejadian buli dan bantu kanak-kanak memahami mengapa hal ini tidak boleh diterima dalam kalangan masyarakat. Guru memainkan peranan yang amat penting untuk mewujudkan perasaan ambil berat dalam kalangan murid-murid. mereka diajar pula untuk memahami tentang konsep manusia iaitu semua kanak-kanak itu tidak sempurna dan tidak 14 . Guru juga perlu beri tindak balas positif dan bantu kanak-kanak memahami yang mereka boleh menggalakkan kanak-kanak lain dengan memberi sokongan kepada mereka. Disamping itu. Guru perlu memberi galakan kepada kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat bekerja dengan temanteman yang boleh menerima dan memberi sokongan kepada mereka. Kanakkanak daripada semua lapisan umur akan berasa gembira ketika melakukan aktiviti ini.beberapa kanak-kanak yang mempunyai pelbagai emosi yang ditunjukkan melalui mimik muka. Misalnya. Setelah kanak-kanak diajar untuk memahami perasaan orang lain. mempunyai keyakinan dan penghargaan kendiri yang tinggi. Dalam aktiviti meningkatkan keyakinan diri ini. Guru harus membuat kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat menyedari tentang kewujudan kanak-kanak lain yang kurang bernasib baik dan mempunyai masalah yang lebih besar berbanding masalah yang mereka hadapi melalui filem kanak-kanak di dalam dunia ketiga. guru boleh melakukan aktiviti keyakinan diri. Guru akan meminta kanak-kanak cuba membaca emosi yang gambar tersebut tunjukkan. 4. perbincangan kumpulan dan pelaksanaan projek boleh dilakukan.

idea ini akan banyak membantu kamu di dalam pertandingan bola sepak sebab kamu dapat melihat seluruh padang dan dua-dua gol pada satu masa. Kemudian. perbincangan dilakukan untuk melihat kebaikan dan keburukan di sebalik idea yang diberikan. Akhirnya. 15 . Kemudian kanakkanak akan menambah idea mereka dengan melukis atas lukisan tadi kemudian guru akan meminta kanak-kanak tersebut menceritakan mengapa dia memilih idea tersebut. Kemudian. Guru akan melukis gambar seorang kanak-kanak yang lengkap. Aktiviti ini mesti dilakukan dalam kumpulan yang kecil supaya semua kanak-kanak berpeluang mengeluarkan idea masing-masing serta matlamat aktiviti dapat dicapai. Berkongsi idea daripada kanak-kanak 3-11 tahun Guru memberi contoh dengan melukis pembaikan dan penambahan kepada lukisan tubuh badan tadi di hadapan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat. kamu akan memerlukan banyak cermin mata sekiranya kamu rabun dan bagaimana kamu nak baiki semua cermin mata itu sekiranya ia rosak? Tetapi. ibu kamu pasti tidak akan membenarkan kamu berjalan di atas lecak kerana amat sukar untuk membersihkannya sebelum kamu memasuki rumah nanti.semua idea yang dihasilkan adalah baik. Aktiviti ini akan dilakukan dalam kumpulan kecil sebanyak 3-4 orang. Aktiviti ini secara tidak langsung mnyedarkan dan memberi penekanan kepada kanak-kanak pintar cedas dan berbakat bahawa tiada siapa pun dalam ahli kumpulan mereka mahupun kanak-kanak lain sempurna di dunia ini. Kanak-kanak pintar cerdas akan berasa gembira ketika menyarankan idea pembaikan mereka. seluruh ahli kumpulan itu akan melukis gambar yang melambangkan badan sendiri dengan penambahan pembaikan yang mereka lakukan. Berikut merupakan contoh idea yang dikeluarkan oleh kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat berumur dalam lingkungan tiga ke sebelas tahun.  Sekiranya kamu mempunyai spring sebagai kaki.  Sekiranya kamu mempunyai mata di sekeliling kepala. guru akan membincangkan kebaikan dan keburukan daripada idea yang diambil. Aktiviti ini juga membuat murid menerima kekurangan di sebalik idea yang mereka beri. Aktiviti dimulakan dengan seorang kanak-kanak lain menambah idea pada lukisan.

2. Tiada siapa di bumi yang akan mati. Hal ini penting kerana kebanyakan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat tidak mahu berkomunikasi kerana mereka merasakan diri mereka berbeza daripada orang lain dan rakan sekeliling tidak tahu menghargai idea mereka. 4. Tetapi 16 . Idea ini diambil daripada Vivian Gussin Paley’s yang berpendapat bahawa aktiviti ini amat menarik untuk dijalankan kerana kanak-kanak akan melakonkan sendiri cerita yang mereka hasilkan. Kemudian. Guru akan memulakan cerita dengan sekumpulan anak-anak di ruangan berbentuk pentas yang digaris besar menggunakan tape dan guru akan menjelaskan bahawa guru akan menceritakan kisah seorang gadis bernama Mary yang menulis sebuah surat untuk mereka. Surat itu mengisahkan tentang seorang puteri bernama Cinderella. bagaimana kita akan bertemu tuhan sekiranya kita tidak mati bukan? Kemudian. menggalakkan komunikasi antara kanak-kanak serta merapatkan hubungan yang jauh di dalam suasana yang positif. Kemudian. Rama-rama itu mendarat di atas batu. Seekor rama-rama terbang masuk ke taman bunga. guru akan membuat kesimpulan tentang kebaikan dan menekankan matlamat utama permainan ini diwujudkan. rama-rama itu terbang kembali melepasi beberapa bunga kemudiannya hinggap di jari Cinderela. Di akhir pembelajaran. kanak-kanak akan mengundi untuk idea yang terbaik. Kanak-kanak lain pasti akan kelihatan lega apabila mendengar cerita yang ringkas ini. Cerita Mary amat pendek dan mudah difahami. Guru mengatakan kepada murid-muridnya bahawa Mary akan menyimpan episod yang ditulis kepadanya secara peribadi dan bermakna. Tetapi. guru akan membaca cerita dari komputer peribadi atau bukunya dimana nama Mary terletas di halaman pertama. Cerita Cinderella dipilih kerana responden amat meminati Cinderella yang digambarkan cantik serta jelita. Cikgu rasa butang reset akan menyebabkan kita sihat selalu dan menyebabkan kita hidup lebih lama. Mereka secara automatik menganggap yang mereka juga boleh membuat cerita.3 Aktiviti untuk menggalakkan komunikasi dan sosial dengan kanak-kanak sebaya 1)Aktiviti : Menyusun dan Melakonkan Cerita ‘Cinderalla’ Aktiviti ini dilakukan untuk meningkatkan penghargaan kendiri terhadap diri sendiri.

Kemudian. aktiviti ini akan dapat menghasilkan pengajaran yang luas serta bermakna dalam menggalakkan keyakinan diri yang positif buat kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat. 2)Aktiviti : Menghasilkan teater ‘Cinderella’ menggunakan pendekatan Six Thinking Hat oleh Edward De Bono’s Aktiviti ini diadakan melalui pembelajaran yang baru dan di dalam cara yang berbeza seperti membuat drama. Pengarah cerita tersebut akan berasa lebih bangga apabila cerita yang dihasilkannya dilakonkan oleh kanak-kanak lain di hadapan guru. pembentangan oral. mencipta lagu. Selain itu. membuat video atau membuat laman web. memainkan peranan. Perkara yang amat penting dalam aktiviti ini ialah cerita yang dihasilkan merupakan milik mutlak kanak-kanak yang menghasilkannya. Disamping itu. kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat diberi satu masalah dan kemudiannya buah fikiran mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut perlulah selari dengan warna topi yang mereka pakai. Idea ini diilhamkan oleh Edward De Bono’s sebagai salah satu cara untuk membantu kaank-kanak menjelaskan pemikiran mereka. Topi diperbuat daripada kad berwarna untuk membentuk topi dengan meggunakan stapler. Aktiviti ini bertujuan untuk mengalakkan kanak-kanak pintar cerdas berinteraksi dengan orang lain melalui perundingan dan bertukar peranan di dalam perbualan. batu dan Cinderella. Aktiviti ini juga dapat mencipta ruang persekitaran positif kerana kanak-kanak yang menghasilkan cerita akan mendapat penghargaan yang tinggi daripada kawan-kawannya. aktiviti ini bertujuan menghubungkan dan mengaplikasikan pembelajaran baru di dalam situasi berbeza. Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat akan bergembira dengan berbahasa. rama-rama. lakukan aktiviti ini untuk menggalakkan komunikasi lebih berlaku. membuat mobil. kanak-kanak perlu diminta untuk melakonkan cerita tadi. membuat pembentangan slaid serta karangan bergambar. Setelah kanak-kanak boleh berkomunikasi sedikit dengan rakan sebayanya. Untuk memulakan aktiviti ini. guru harus bertanya ‘Ada sesiapa yang mahu berkongsi ceritanya dengan Mary?’. Setiap warna seharusnya mencukupi bagi semua ahli kumpulan sama ada ketika ingin memakai topi yang mempunyai warna yang sama ataupun warna berlainan.sebelum itu berlaku. mengembara dan bermain dengan perkataan serta teks. Setiap kanakkanak dijemput untuk memegang watak sebagai bunga. Hal ini akan membuatkan mereka berfikir daripada semua aspek mengenai semua penyelesaian yang boleh diambil pada sesuatu masa dan juga meminta mereka untuk menumpukan perhatian 17 .

Rancangan ini dapat diaplikasikan kepada semua kumpulan sama ada mengisarkan tentang sesuatu cerita ataupun untuk mewujudkan perbincangan mahupun debat. mereka hanya memikirkan tentang perkara gembira yang boleh berlaku.kepada satu jenis jawapan. kita sudah membicarakan perkara-perkara baik tentang perbincangan kita. kanakkanak boleh mengambil peranan itu. Contoh soalan yang 18 . Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat boleh mengaplikasikan pengalaman mereka pada aktiviti pertama tadi iaitu aktiviti dimana gambar kanak-kanak lain yang sedang menunjukkan pelbagai mimik muka ditunjukkan. Sebagai contoh ‘Apakah yang awak rasa mengenai perkara ini’ ‘Bagaimana perasaan karakter utama cerita ini?’ Topi Hijau merupakan topi kreatif apabila kanak-kanak diminta untuk mencipta penyelesaian berbeza untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Topi kuning merupakan topi gembira serta topi yang mengalakkan pemikiran positif. Mereka mungkin akan lebih mendalaminya dengan berfikir tentang perasaan mereka sendiri bergantung kepada masalah yang dihadapi. Apabila kanak-kanak memakai topi ini.kanak tidak akan memberi pendapat mereka sendiri apabila mereka memakai topi ini. Sekiranya kanak-kanak memberi tindak balas yang salah. Pakai topi hitam kamu sekarang dan fikirlah tentang kekurangan ataupun perkara yang perlu kita beri perhatian’. Kanak. Mereka hanya akan mengimbas semula sebagai contoh ‘ Cerita ini mengisahkan apa?’ ‘Apakah masalah yang kita perlu selesaikan?’. guru yang memakai topi biru boleh mengatakan ‘Woops. topi yang salah!’. suatu permainan yang tidak akan melukakan hati mana-mana kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat. Aktiviti ini merupakan aktiviti menarik untuk berfikir secara terus. Topi merah meminta kanak-kanak untuk memikirkan perasaan dan emosi yang ditunjukkan oleh sesuatu karakter. Proses mengubah warna topi akan menukar titik sesuatu perbincangan seperti ‘Baiklah. Topi biru berfungsi untuk mengawal keadaan dan selalunya dipegang oleh guru sehinggalah kanak-kanak sudah biasa dengan rancangan permainan ini. Orang yang memegang topi biru akan mengawal aktiviti dan masa untuk berubah topi. Topi putih pula berperanan untuk mengeluarkan maklumat atau fakta. Mereka hanya memikirkan kesan gembira sekiranya mereka menyelesaikannya menggunakan kaedah ini. Kemudian.

Misalnya ‘Apakah kesukaran yang bakal kita hadapi apabila kita mencubanya?’ Adakah terdapat bahaya sekiranya kita cuba untuk melakukannya?’ Kesimpulan dibuat di akhir perbincangan. Sila pakai topi kuning kamu dan fikirkan mengenai kebaikan pelaksanaan drama ini. Kita boleh melakukan tugas yang berbeza . Ada sesiapa yang ingat cerita tersebut dan mahu berkongsi dengan kita semua? Topi putih : Siapa yang akan datang ke persembahan kita? Dimana ia akan diadakan? Adakah semua orang ingin menontonnya? Kita perlu melaksanakannya dan ada pelbagai tugas yang perlu dibahagikan.saya suka melukis pemandangan dan saya akan lukiskannya untuk drama ini. Mungkin kita boleh menjual tiket dan hasi duit tersebut boleh 19 . Apakah tugas-tugas yang perlu dilantik? Topi biru : Kita boleh buat senarai dan tanya semua murid-murid mengenai tugasan yang diminati masing-masing. Topi kuning : Drama ini menyeronokkan dan di dalam masa yang sama kita boleh membuktikan bahawa kanak-kanak pun mampu melakukannya. Guru (Topi biru) : Kita telah membincangkan untuk memainkan drama ‘Cinderella’.dikemukakan ialah ‘Apakah yang kita dapat lakukan ?’ ‘ Adakah terdapat cara lain yang kita boleh cuba?’ Topi Hitam pula merupakan topi yang mengingatkan kita untuk berwaspada. Berikut merupakan contoh perbincangan yang boleh dilakukan agar para guru lebih memahami bagaimana kaedah ini diaplikasikan. Seseorang perlu dilantik untuk memastikan semua orang melakukan kerja mereka tepat pada masanya. Aplikasi daripada Idea Edward de Bono’s Perbincangan akan dilakukan menggunakan kaedah Six Thingking Hats yang diilhamkan oleh Edward de Bono’s. Sila pakai topi putih kamu. Ramai orang akan datang dan melihat persembahan kita.

Begitu juga tentang idea menjual tiket persembahan drama ini. Kita boleh pasang cd sewaktu plot tari menari. Kita masih tidak mempunyai orang yang memegang watak sebagai ibu tiri kepada Cinderella. Mampukah kamu semua melaksanakan idea yang telah diberikan sebentar tadi?. Topi biru : Drama seperti ini pasti sukar untuk dilaksanakan. Dimana kita boleh mendapatkan muzik bersesuaian untuk drama ini. Pakailah topi hijau kamu dan fikirkan cara-cara untuk menghadapi masalah ini. Terlalu banyak yang perlu difikirkan. Topi biru : Mmmm. 20 . Kita perlu mengalihkan semua bahan-bahan drama dan terdapat bahan-bahan drama ini yang berat untuk diangkat. Kita boleh menulis skrip dan beraksi seperti watak sebenar. Terlalu banyak yang perlu dipelajari dan diingati sekiranya kita tidak mahu lupa skrip yang bakal diucapkan. Saya rasa kita boleh berikan watak itu padanya.kita gunakan untuk membantu murid-murid lain yang kurang bernasib baik. menjual rantai leher dan pelbagai bunga untuk menarik minat orang ramai hadir ke persembahan kita. Topi hijau : Ibu saya boleh membawa adik kecil saya dan menyusukannya supaya dia tertidur akibat kekenyangan sewaktu persembahan dilakukan. Topi biru : Jadi. kita telah memikirkan tentang watak dan siapa yang akan memegang watak tersebut. Topi hitam : Ibu saya mungkin tidak dapat hadir kerana adik saya masih kecil. Sila pakai topi hitam kamu dan beritahu cikgu mengenai perkara-perkara yang mungkin susah untuk dilakukan. Adakah terdapat perkara-perkara lain yang perlu kita lakukan? Pakai topi hijau kamu. Kita boleh buat majlis tari menari selepas drama itu. Kita boleh buat kek. Emily mempunyai rambut yang panjang.

skrip drama dapat dihasilkan. Kita boleh menggunakan marakas ketika watak kakak Cinderella yang jahat masuk ke dalam pentas. Resepi yang digunakan amat mudah. Perbincangan ini akan dilakukan selama tiga hari selepas kanak-kanak balik ke rumah dan mendapat idea tentang perkara yang perlu dibincangkan agar persembahan drama Cinderella dijalankan dengan lancar. Kita boleh meminta resepi kek daripada ibu Mira dan kita boleh membuat serta menjualnya sendiri. mereka boleh miming ketika melakukannya. Berapa ramai penonton yang akan datang? Kita perlu menyediakan kerusi yang mencukupi untuk mereka. 21 . Sekiranya kanak-kanak menghadapi kesukaran dalam menghafal.Topi hijau : Kita boleh bina poster dan tampalkannya di luar sekolah kita. Dengan bantuan daripada kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang lebih mahir dalam bidang penggunaan bahasa.

com/kidsource/content2/social_development_gifted.htm. Webb (1993). Diperoleh pada September 18.com/od/socialemotionalissues/qt/emotion_coping. The Gifted Kids Survival Guide : For Ages 10 and Under. Christine Macintine (2008). United States of America : Free Spirit Publishing.A. Parenting Emotionally Intense Gifted Children.about. Nurturing Social-Emotional Development Of Gifted Children. M. and Counselling the Gifted and Talented Students. Sidney M. United States of America : Free Spirit Publishing. Gifted and Talented Children 4-11. 2010 daripada http://giftedkids.kidsource. Moon (2004).). 22 . (Ed.RUJUKAN Carol Bainbridge (2000).com/articles/ParentingEIGC. Diperoleh pada Ogos 23. Diperoleh pada Ogos 30. 2010 daripada http://talentdevelop. NewYork : Routledge Taylor and Francis Group. (1999).html Judy Galbraith. Underachivement.html. Teaching Gifted Kids in the Regular Classroom. James T. Social/Emotional Issues. Lesley Sword. Helping Gifted Children Cope with Intense Emotions. California : Corwin Press Publication Susan Windbrenner. 2010 daripada http://www.

LAMPIRAN 23 .

So.Checklist on How a Perfectionist Feels (Thomas S. 24 . Greenspon 2002) PERFECTIONIST FEELINGS Deeply embarrassed about mistakes she makes Disguised or angry with herself when she is critized Anxious when stating her opinion to others Extremely worried about details Angry if her routine is interrupted Nervous when things around her are messy Feraful or anxious a lot of the time Exhausted and unable to relax Plagued by self-hatred Afraid of appearing stupid Afraid of appearing incompetent Afraid of being rejected Ashamed of having fears Discouraged Guilty about letting others down Conclusions             YES    NO Respondent have more than half of the characteristics given. respondent is a perfectionist gifted.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer: Get 4 months of Scribd and The New York Times for just $1.87 per week!

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times