P. 1
Bab 2 - Konsep-Konsep Perakaunan

Bab 2 - Konsep-Konsep Perakaunan

4.67

|Views: 11,630|Likes:

More info:

Published by: FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI on Dec 08, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

Ke Menu Utama

BAB 2 KONSEP-KONSEP PERAKAUNAN

Konsep-konsep Asas Perakaunan Pengkelasan Akaun Persamaan Perakaunan Sistem Catatan Bergu

KONSEP- KONSEP ASAS PERAKAUNAN

Pri nsip Pe raka una n D ite rima Umu m
Panduan untuk mengukur, merekod dan melaporkan aktiviti ekonomi. Merangkumi konvensyen, konsep, peraturan, prosedur dan garis panduan yang standard Situasi yang sama akan diukur, direkod dan dilapor dengan cara yang sama oleh akauntan TUJUAN Maklumat yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan lengkap, boleh dipercayai, difahami dan untuk tujuan membuat perbandingan

KONSEP-KONSEP PERAKAUNAN

     

KOS SEJARAH PENGUKURAN WANG STABIL ENTITI BERASINGAN USAHA BERTERUSAN KETEKALAN TEMPOH PERAKAUNAN

     

MATERIALITI REALISASI PEMADANAN KONSERVATISMA PENDEDAHAN PENUH KEOBJEKTIFAN

KOS SEJARAH (HISTORICAL COST) Aset direkod pada harga kos atau belian Sebab – objektif dan boleh dibuktikan Contoh: Perniagaan AA membeli sebuah kereta dengan hargaRM20,000 pada 21 Ogos 2002. Harga pasaran meningkat kepada RM 25,000 pada keesokannya. Apakah nilai yang harus direkod oleh Perniagaan AA. Kenapa? Penyelesaian: Nilai yang direkod adalah RM 20,000 , kerana nilainyatelah dipersetujui dan bersamaan dengan tarikh berlakunya urusniaga belian

PENGUKURAN WANG STABIL (MONETARY UNIT) Wang digunakan sebagai alat pertukaran dan direkodkan dalam buku perakaunan Contoh: Satu urusniaga telah berlaku dalam Perniagaan AA tetap nilainya dalam wang tidak dapat dipastikan. Akauntantperniagaan membuat keputusan tidak merekod urusniaga tersebutsehingga nilai dalam wang dapat dipastikan Penyelesaian: Tindakan tersebut adalah tepat kerana pelaporanurusniaga perlu dipastikan dan dilaporkan dalam nilai wang yang tepat

ENTITI BERASINGAN (SEPARATE ENTITY) Perniagaan tiada kaitan dengan hak peribadi pemilik Perniagaan dan pemilik adalah dua entiti yang berbeza Contoh: En AA membeli sebuah kereta untuk kegunaan isterinya. Beliau telah merekodkan pembelian ini ke dalam rekodperniagaanya. Selain itu semua perbelanjaan minyak petrol untukkereta tersebut turut direkod dalam buku perniagaannya. Penyelesaian: En. AA tidak mematuhi konsep entiti berasingan.Pembelian kereta dan perbelanjaan minyak petrol adalahperbelanjaan peribadi bukannya perbelanjaan perniagaan. Ia tidak boleh direkod dalam buku perniagaannya.

USAHA BERTERUSAN (GOING CONCERN) Perniagaan ditubuhkan untuk diteruskan dan dimajukan Tidak dibubarkan dalam jangka pendek Menilai aset tetap secara berterusan dalam operasi perniagaan untuk menghasilkan pendapatan Contoh: Perniagaan AA membeli sebuah kenderaan berharga RM 20,000 dengan anggaran jangkahayatnya selama10 tahun. Harga pasaran kenderaan tersebut adalah RM 25,000.Adalah dicadangkankenderaan tersebut disusutnilaikan untuk tempoh 5 tahun kerana perniaagaan dijangka akan dibubarkan dalam jangkamasa tersebut.

Penyelesaian: Cadangan ditolak kerana bertentangan dengan konsepentiti berterusan. Kenderaan perlu direkod pada nilai RM 20,000 dandisusutnilaikan selama 10 tahun kerana perniagaan diandaikan akan beroperasi untuk jangkamasa yang tidak boleh ditetapkan

KETEKALAN (CONSISTENCY) Kekalkan semua kaedah yang digunakan Tujuan – mudah buat perbandingan antara tahun-tahun lepas dan firma lain Laporan itu adil dan dapat dipersembahkan Contoh: Perniagaan AA menggunakan kaedah garislurus dalam menilaisusutnilai semua aset tetap syarikat. Syarikat bercadang untuk menukar kaedah penilaian kepada kaedah baki berkurangan untuk semua asettetap. Adakah tindakan ini mematuhi konsep ketekalan, huraikan.

Penyelesaian: Tidak mematuhi konsep ketekalan, kerana sesuatu kaedah yang telah digunakan perlu diteruskan penggunaannya untuk tahun-tahun seterusnya.

TEMPOH PERAKAUNAN (ACCOUNTING PERIOD) Perniagaan disediakan untuk satu tempoh biasanya 12 bulan, membolehkan prestasi entiti dapat diukur Contoh: Perniagaan AA telah ditubuhkan pada 1 Januari 2000.Perniagaan ini menutup akaun perniagaannya setiap 12 bulan iaitu pada 31 Disember setiap tahun. Jelaskan konsep perakaunan yang terlibat. Penyelesaian: Tindakan ini adalah amalan biasa perniagaan dan ia memenuhi konsep tempoh perakaunan di mana penyata kewangan disediakan untuk setiap 12 bulan.

MATERIALITI (MATERIALITY) Dianggap material atau tidak dari segi nilainya (angka) jika ia boleh mengubah keputusan yang akan dibuat oleh pembuat keputusan. Penentuan materialiti:a) perlu buat bandingan b) imbangan dari segi saiz, ciri-ciri dan sifat Contoh: 2 peralatan telah dibeli pada harga RM 10 dan RM 10,000 masing-masing. Usia guna dijangkakan selama 10 tahun. Dicadangkan kedua-dua peralatan disusutnilaikan selama 10 tahun. Berikan pendapat anda.

Penyelesaian: Menurut konsep materialiti adalah tidak material untuk mengira susutnilai ke atas peralatan berharga RM 10. Ia lebih sesuai dilaporkan sebagai belanja. Sementara RM 10,000 adalah material untuk disusutnilaikan selama 10 tahun

REALISASI (REALISATION) Hasil – hanya diambilkira jika ia benar-benar berlaku. Kriteria: berlaku urusniaga  pembeli sanggup bayar  kestabilan nilai matawang  pembeli berupaya bayar Contoh: En AA adalah pengusaha tembikar. Beliau telah menerima tempahan 100 pasu tembikar. Beliau telah merekodkan tempahantersebut dan mengiktiraf hasilnya pada tarikh tempahan diterima. Berikan pendapat anda.

Penyelesaian: En AA tidak boleh mengiktiraf tempahan tersebutsebagai hasil keran urusniaga pertukaran barang belum berlaku. Tindakannya tidak menepati konsep realisas

PEMADANAN (MATCHING) Belanja – direkod dalam tempoh perakaunan bagi perolehi hasil perniagaan. Tujuan – ketahui jumlah sebenar hasil & belanja untuk sesuatu tempoh perakauanan Contoh: En AA mendapati perniagaannya akan mengalami kerugian. Maka beliau mengarahkan akauntan mengurangkan pelaporan perbelanjaan syarikat dengan mengurangkan pelaporan nilai belanja elektrik dan tidak melaporkan belanja susutnilai bagi tempoh tahun tersebut. Adakah akauntan perlu mematuhi arahannya, berikan pendapat anda.

Penyelesaian: Tidak kerana bercanggah dengan konsep pemadanan. Pelaporan belanja elektrik dan belanja susutnilai adalah perbelanjaan yang berlaku dalam tahun kewangan tersebut dan ia berkaitan dengan hasil yang diperolehi dalam tempoh itu. Oleh itu perbelanjaan perlu dilaporkan bagi menunjukkan kedudukan kewangan sebenar syarikat

KONSERVATISMA (CONSERVATISM) Hasil & Untung perniagaan direkodkan jika ia benar-benar berlaku, jika ada jangkaan dalam kerugian akan diambilkira tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira. Aset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang nyata Contoh: Perniagaan AA telah berkontrak dengan syarikat dari Mexico. Hasil daripada kontrak ini perniagaannya dijangka akan memperolehi keuntungan RM 1 juta. Pengarah syarikat mengarahkan akauntannya melaporkan keuntungan tersebut dalam penyata kewangan tempoh berkenaan. Wajarkah akauntan melaporkan keuntungan tersebut? Apa pendapat anda. .

Penyelesaian: Akauntan tidak boleh melaporkan keuntungan tersebut kerana ianya belum berlaku dan hanya satu jangkaan. Tindakan ini menyalahi konsep konservatisma di mana keuntungan tidak boleh dilaporkan selagi tidak berlaku

PENDEDAHAN PENUH (FULL DISCLOSURE) Mendedahkan semua fakta penting yang berkaitan dengan organisasi Contoh: Perniagaan AA telah membuat perubahan dalam kaedah penilaian stok yang digunakan. Syarikat tidak mendedahkan perkara ini dalam penyata kewangan bagi tempoh perakaunan berkenaan. Penyelesaian: Tindakan ini tidak mematuhi konsep pendedahan penuh di mana perubahan yang dibuat itu perlu dilaporkan dalam nota kepada akaun. Tujuannya adalah untuk memaklumkan perubahan yang berlaku kepada pengguna penyata kewangan.

KEOBJEKTIFAN (OBJECTIVITY) Semua data perakaunan harus ada bukti yang menyokong berlakunya urusniaga Tujuan – elak daripada akauntan beri pendapat yang subjektif dan tidak tepat Rekod boleh dipercayai benar dan tepat

Contoh: Perniagaan AA menjalankan dasar di mana hanya urusniaga tunai sahaja dikeluarkan resit, tetapi bagi urusniaga kredit tiada sebarang dokumen diperlukan. Beri pendapat anda.

Penyelesaian: Syarikat tidak mematuhi konsep keobjektifan kerana semua urusniaga yang berlaku perlu disahkan dengan pengeluaran dokumen tertentu samada urusniaga tunai atau kredit. Selain sebagai bukti ia juga dapat memudahkan perekodan dibuat

RUMUSAN
Konsep-konsep asas dalam perakaunan menjadi garispanduan yang diterima umum dan dipraktiskan sebagai satu standard yang universal.
 Konsep-konsep

ini penting bagi memastikan penyediaan penyata kewangan yang standard kepada pengguna maklumat perakaunan.
MENU

PENGKELASAN AKAUN DALAM SESUATU ENTITI

PENYATA KEWANGAN
(FINANCIAL STATEMENT)

PENYATA PENDAPATAN
(INCOME STATEMENT)

KUNCI KIRA-KIRA
(BALANCE SHEET)

PENYATA PENDAPATAN

HASIL

BELANJA

HASIL (REVENUES)
Segala penerimaan daripada jualan barang atau penyediaan perkhidmatan. 2 jenis hasil iaitu:Hasil Pengendalian Pernigaaan Contoh:- Jualan, hasil perkhidmatan Hasil Bukan Pengendalian Perniagaan Contoh:- Faedah diterima, simpanan, sewa diterima, untung atas jualan aset tetap

BELANJA (EXPENCES) Kos atau pembayaran dalam perolehi hasil 2 jenis belanja iaitu:Belanja Pengendalian Perniagaan Contoh:- Kadarbayaran, Jualan, Angkutan Keluar • Belanja Bukan Pengendalian Perniagaan Contoh:- Faedah atas Overdraf

KUNCI KIRA-KIRA (LEMBARAN IMBANGAN)

LIABILITI ASET EKUITI PEMILIK

ASET (ASSETS)
Harta yang dimiliki oleh perniagaan. Aset dibahagikan kepada dua:1. Aset Tetap Aset yang tahan lama dan boleh digunakan untuk beberapa tahun. Terbahagi kepada 2:• Aset nyata – Dapat dilihat secara fizikal Contoh:- Bangunan, kenderaan, peralatan • Aset tak ketara – Tidak dapat dilihat secara fizikal Contoh:- Tandadagang, paten

2. Aset Semasa
Wujud dalam satu tempoh perakaunan dan boleh ditukar menjadi tunai dalam tempoh setahun Sentiasa berubah bentuk dan nilai Contoh :- Stok akhir, Akaun Belum Terima, Tunai, Bank, Hasil Terakru, Belanja Terdahulu

LIABILITI (LIABILITY)
Hutang perniagaan yang perlu dibayar oleh entiti kepada pihak lain Liabiliti dibahagikan kepada 2 jenis:1. Liabiliti Jangka Panjang ( > 1 tahun) Hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh yang melebihi satu tahun Contoh:- Pinjaman, gadai janji

2. Liabiliti Semasa ( < 1 tahun) Hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh kurang dari setahun Contoh:- Akaun Belum Bayar, Belanja, Terakru, Hasil Terdahulu

EKUITI PEMILIK
( OWNER’S EQUITY) Hutang pihak perniagaan kepada pemiliknya iaitu modal, ia termasuk • Modal yang dilaburkan oleh pemilik ke dalam perniagaan • Untung bersih hasil daripada kegiatan perniagaan yang menguntungkan

RUMUSAN
Terdapat 5 kumpulan utama akaun-akaun di dalam Penyata Kewangan untuk keperluan perekodan akaun perniagaan iaitu: 1. Hasil 2. Belanja 3. Aset 4. Liabiliti 5. Ekuiti Pemilik

MENU

PERSAMAAN PERAKAUNAN

Tanpa Hasil Dan Belanja

Mengambilkira Hasil Dan Belanja

Persamaan Perakaunan Tanpa Hasil dan Belanja

ASET = LABILITI + EKUITI PEMILIK

Contoh:-

1. Memulakan perniagaan dengan modal tunai RM 1,000 ASET Tunai +1000 Kesannya: Aset bertambah : = LIABILITI + EKUITI Modal +1000 Ekuiti bertambah

2. Pemilik mengeluarkan RM 100 tunai untuk kegunaannya ASET Tunai -100 = LIABILITI + EKUITI Ambilan -100

Kesannya: Aset berkurang

:

Ekuiti berkurang

3. Perniagaan meminjam dengan En. Jj sebanyak RM 3,000 dan diberikan cek ASET Tunai +3000 = LIABILITI + EKUITI

Pinjaman +3000 : Liabiliti bertambah

Kesannya: Aset bertambah

4. Perniagaan membayar hutang RM 100 secara tunai ASET Tunai -100 = LIABILITI Pinjaman -100 : Liabiliti berkurang + EKUITI

Kesannya: Aset berkurang

Persamaan Perakaunan deng an Meng ambi lkira H asi l & Belanj a

ASET = LIABILITI + MODAL + HASIL BELANJA

Contoh: 1. Perniagaan membuat jualan secara kredit kepada AA Agensi bernilai RM 2,000 ASET Penghutang +2000 Kesannya: Aset bertambah (Peningkatan : = LIABILITI + EKUITI Jualan +2000 Ekuiti bertambah HASIL) 2. Perniagaan menerima bil telefon sebanyak RM 90 = LIABILITI + EKUITI Bil telefon +90 Belanja telefon -90

Kesannya: Liabiliti bertambah

:

Ekuiti berkurang

RUMUSAN
Persamaan Perakaunan adalah asas utama kepada penyediaan semua rekod-rekod perakaunan.
 Semua

catatan urusniaga di dalam rekodrekod perakaunan perlu mengekalkan keseimbangan Persamaan Perakaunan ini.

MENU

SISTEM CATATAN BERGU
(DOUBLE ENTRY SYSTEM)

Definasi Sistem catatan bergu adalah satu sistem yang melibatkan catatan debit dan catatan kredit, dengan kata lain: o Apabila satu pihak memberi, pasti pihak lain yang menerima o Apabila sesuatu amaun diberi, pasti ada amaun yang sama diterima

Prinsip Sistem Catatan Bergu
DEBIT = Catatan sebelah KIRI akaun KREDIT = Catatan sebelah KANAN akaun

Format Akaun T
Tajuk Akaun DEBIT KREDIT

Peraturan Merekod Dalam Sistem Catatan Bergu
Akaun ASET BELANJA MODAL LIABILITI HASIL Rekod ↑ ↓ ↑ ↓ Catatan DEBIT KREDIT DEBIT KREDIT Baki Awal DEBIT KREDIT

Contoh:1. Pemilik memulakan perniagaan dengan tunai RM 1,000 2. Membeli peralatan pejabat secara tunai RM 150 Akaun Tunai 1 1000 2 150 Akaun Modal 1 1000

Akaun Peralatan 2 150

Mengira Baki Akaun T
Contoh:Akaun Tunai 1000 150 h/b 850 1000

1000 b/b 850

Terdapat 2 jenis baki iaitu: 2. Baki Normal – Baki normal sesuatu akaun adalah di sebelah di mana peningkatan akan direkodkan – Contoh:- Aset – disebelah DEBIT Liabiliti dan Ekuiti di sebelah KREDIT 4. Baki Tidak Normal Baki adalah disebelah bertentangan dari baki normal

RUMUSAN
Mengikut Sistem Catatan Bergu jumlah sebelah debit akan sama dengan jumlah sebelah kredit.
 Dalam

merekod urusniaga mematuhi peraturan merekod Sistem Catatn Bergu.

mesti dalam

 Akaun

– T adalah satu cara merekod urusniaga secara sistematik.
MENU

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->