You are on page 1of 14

41

PETUNJUK KEBAIKAN
PANCARAN CAHAYA KETIKA SOLAWAT KE ATAS NABI YANG TERPILIH j
www.alraufi.blogspot.com

fdfdfdfdfdfd
: - j
SOLAWAT HARI ISNIN

(1)
(2)

` ` (3)
(4)
` ` (5)


` ` (6)
(7) (8)

` ` (9)

` ` (10)
42
HIZIB PERTAMA SOLAWAT HARI ISNIN
EMPUNYA SOLAWAT SAYYID MUHAMMAD BIN SULAIMAN AL-JAZULI AL-HASANI t
www.alraufi.blogspot.com
Petunjuk Kebaikan Pancaran Cahaya Ketika Solawat Atas Nabi Yang Terpilih j
Hizib Pertama: Dibaca Hari Isnin
Fasal Tentang Cara Membaca Solawat Ke Atas Nabi j
Solawat Hari Isnin
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih
(1) Semoga-moga rahmat dan kesejahteraan Allah atas junjungan kami Nabi
Muhammad j, keluarga dan sahabatnya. (2) Ya Allah! Limpahkanlah
rahmat ke atas nabi Muhammad, isteri-isteri Baginda j dan keturunannya
sebagaimana Engkau melimpahkan rahmat ke atas Nabi Ibrahimu. (3) Dan
limpahkanlah keberkatan ke atas Nabi Muhammad j, isteri-isteri Baginda
j dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah melimpahkan keberkatan
ke atas Nabi Ibrahim u. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji dan
Maha Mulia. (4) Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad
j dan ke atas keluarganya sebagaimana Engkau telah melimpahkan rahmat
ke atas Nabi Ibrahim u. (5) Limpahkanlah keberkatan ke atas Nabi
Muhammad j dan ke atas keluarganya sebagaimana Engkau telah
melimpahkan keberkatan ke atas keluarga Nabi Ibrahim, diseluruh alam
sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji dan Mulia. (6) Ya Allah!
Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad j dan keluarga Nabi
Muhammad j sebagaimana Engkau telah limpahkan rahmat ke atas Nabi
Ibrahim u, dan limpahilah keberkatan ke atas Nabi Muhammad j dan
keluarga Nabi Muhammad j sebagaimana Engkau telah melimpahkan
keberkatan ke atas Nabi Ibrahim u. Sesungguhnya Engkau adalah Maha
Terpuji dan Mulia. (7) Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi
Muhammad j, Nabi yang Ummi (tidak tahu baca dan tulis) dan keluarga
Nabi Muhammad j. (8) Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi
Muhammad j, hamba Engkau dan utusan Engkau. (9) Ya Allah!
Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad j dan keluarga Nabi
Muhammad j sebagaimana Engkau telah melimpahkannya ke atas Nabi
Ibrahim u dan keluarga Nabi Ibrahim u. Sesungguhnya Engkau Maha
Terpuji dan Mulia. (10) Ya Allah! Limpahkanlah keberkatan ke atas Nabi
Muhammad j dan keluarga Nabi Muhammad j sebagaimana Engkau telah
melimpahkannya ke atas Nabi Ibrahim u dan keluarga Nabi Ibrahim u.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Mulia.
43
PETUNJUK KEBAIKAN
PANCARAN CAHAYA KETIKA SOLAWAT KE ATAS NABI YANG TERPILIH j
www.alraufi.blogspot.com

` ` (11)

` ` (12)

` ` (13)


` ` (14)

` ` (15)
` `
(16)





(17)
44
HIZIB PERTAMA SOLAWAT HARI ISNIN
EMPUNYA SOLAWAT SAYYID MUHAMMAD BIN SULAIMAN AL-JAZULI AL-HASANI t
www.alraufi.blogspot.com
(11) Ya Allah! Limpahkanlah kasih sayangMu ke atas Nabi Muhammad j dan
keluarga Nabi Muhammad j sebagaimana Engkau telah melimpahkan rahmat
(kasih sayang) itu ke atas Nabi Ibrahim u dan keluarga Nabi Ibrahim u.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Mulia. (12) Ya Allah! Limpahkanlah
kelembutan kasih sayangMu ke atas Nabi Muhammad j dan keluarga Nabi
Muhammad j sebagaimana Engkau telah melimpahkan kelembutan kasih
sayangMu ke atas Nabi Ibrahim u dan keluarga Nabi Ibrahim u. Sesungguhnya
Engkau Maha Terpuji dan Mulia. (13) Ya Allah! Limpahkanlah kesejahteraan ke
atas Nabi Muhammad j dan keluarga Nabi Muhammad j sebagaimana Engkau
telah melimpahkan kesejahteraan ke atas Nabi Ibrahim u dan keluarga Nabi
Ibrahim u. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Mulia. (14) Ya Allah!
Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad j dan ke atas keluarga Nabi
Muhammad j, limpahkanlah kasih sayangMu kepada Nabi Muhammad j dan
keluarga Nabi Muhammad j. Dan berkatilah Nabi Muhammad j dan keluarga
Nabi Muhammad j, sebagaimana Engkau telah melimpahkan rahmat, kasih sayang
dan keberkatan ke atas Nabi Ibrahim u dan keluarga Nabi Ibrahim u. Di seluruh
alam sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Mulia. (15) Ya Allah! Limpahkanlah
rahmat ke atas Nabi Muhammad j yang menjadi Nabi, dan ke atas isteri-isterinya
yang menjadi ibu orang-orang mukmin, ke atas keturunannya dan keluarga Ahli Bait
Nabi Muhammad j sebagaimana Engkau telah melimpahkannya ke atas Nabi
Ibrahim u. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Mulia. (16) Ya Allah!
Limpahkanlah keberkatan ke atas Nabi Muhammad j dan keluarga Nabi
Muhammad j sebagaimana Engkau telah melimpahkan keberkatan itu ke atas Nabi
Ibrahim u. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji dan Mulia. (17) Ya Allah!
Yang Maha luas pemberiannya, Pencipta yang tinggi (langit), Maha Pemaksa hati
atas FitrahNya, celaka mahupun bahagia, jadikanlah kemuliaan solawat Engkau,
bertambahnya keberkatan Engkau, kelembutan kasih sayang Engkau ke atas Nabi
Muhammad j, hamba dan utusan Engkau iaitu sebagai pembuka sesuatu yang
tertutup (terkunci), Penutup Nabi yang telah berlalu, melahirkan kebenaran dengan
kebenaran, perosak bala tentera yang batil seperti halnya ia tanggung, maka
nampaklah dengan perintahmu, ketaatan kepada Engkau. Dan bangkit kerana
mencari Ridho-Mu, tanpa belenggu kuat di telapak kaki, tidak pernah melemah
kehendaknya kerana menjaga wahyu Engkau dan memelihara janji Engkau telah
selesai sempurna melaksanakan perintah Engkau sehingga berlindung bagi pencari
cahaya api kebenaran, nikmat Allah sampai pada Ahlinya kerana tabligh Baginda
j. Dan dengan Nabi Muhammad j pula, hati diberi petunjuk setelah berlumuran
fitnah, dan dosa dan menyenangkan kerana nampaknya berbagai ilmu dan hukum.
45
PETUNJUK KEBAIKAN
PANCARAN CAHAYA KETIKA SOLAWAT KE ATAS NABI YANG TERPILIH j
www.alraufi.blogspot.com
(18)
(19) (20)

(21)


(22)
(23)
(24)

(25) (26)
(27)
(28)
(29) (30) (31)
(32)
(33)

` ` (34)
` ` (35)
46
HIZIB PERTAMA SOLAWAT HARI ISNIN
EMPUNYA SOLAWAT SAYYID MUHAMMAD BIN SULAIMAN AL-JAZULI AL-HASANI t
www.alraufi.blogspot.com
(18) dan menampaknya undang-undang Islam. (19) Dia adalah kepercayaan
Engkau yang terpercaya, gudang ilmu Engkau yang tersimpan, (20) saksi
Engkau yang hak kerana bertugas dengan kasih sayang. (21) Ya Allah!
Luaskanlah baginya di Syurga Adn-Mu, balaslah baginya dengan kebajikan
yang berlipat ganda dari anugerahMu dengan mudah, tanpa aib, dengan
pembalasan pahalaMu yang diijabahi dan dengan agungnya pemberianMu
yang berturut-turut. (22) Ya Allah! Tinggikanlah maqam Baginda j di atas
segala maqam, Muliakanlah tempat Baginda j di haribaan Engkau,
sampaikanlah bagi Baginda j di atas utusan-utusanMu dengan diterimaNya
syafaat Baginda j di Mahsyar kelak dan diterimaNya syafaat Baginda j,
kerana Baginda j yang memiliki ucapan adil (lurus), Toriqah yang
memisahkan antara yang hak dan batil dan memiliki Hujjah yang Agung.
(23) Sesunnguhnya Allah dan para malaikatNya bersolawat kepada Nabi
j, wahai orang-orang yang beriman, bersolawatlah kamu untuk Nabi j dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab : 56). (24) Ya
Allah! Kupenuhi panggilan Engkau ya Tuhanku, aku datang kepada Engkau.
Rahmat Allah yang baik, yang Maha Pengasih. (25) Dan solawat Malaikat
Muqarrabin, solawat para Nabi, para Syuhada, orang-orang solih dan apa
saja yang bertasbih kepada Engkau wahai Tuhan seluruh alam, mudah-
mudahan tetap terlimpah ke atas Baginda kami Muhammad bin Abdillah,
penutup para Nabi, Penghulu Para Rasul, Imam orang yang bertaqwa. (26)
Utusan Tuhan sekalian alam. (27) Utusan Allah yang menjadi saksi, pemberi
peringatan dan penyeru menuju kepada Engkau dengan izin Engkau, dan
pelita yang amat terang. Mudah-mudahan kesejahteraan Allah tetap ke atas
Baginda j. (28) Ya Allah! Jadikanlah solawat Engkau. (29) Keberkatan
Engkau dan rahmat Engkau terlimpah ke atas Penghulu Para Rasul. (30)
Imam orang-orang taqwa (31) Penutup para Nabi (32) ( iaitu) Nabi
Muhammad j yang menjadi hambaMu, utusanMu dan utusan Pembawa
Rahmah. (33) Ya Allah! Bangkitkanlah Baginda j dalam darjat yang
terpuji, di mana hal itu sangat diharapkan oleh orang-orang terdahulu dan
kemudian. (34) Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad j
dan keluar Nabi Muhammad j sebagaimana Engkau telah melimpahkan
rahmat ke atas Nabi Ibrahim u. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan
Mulia. (35) Ya Allah! Berkatilah Nabi Muhammad j dan keluarga Nabi
Muhammad j, sebagaimana Engkau telah memberkati ke atas Nabi Ibrahim
u. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Mulia.
47
PETUNJUK KEBAIKAN
PANCARAN CAHAYA KETIKA SOLAWAT KE ATAS NABI YANG TERPILIH j
www.alraufi.blogspot.com

(36) (37)
(38) (39)



(40)

(41)



(42)
(43)

(44)
(45)
(46) (47)
(48) (49)
48
HIZIB PERTAMA SOLAWAT HARI ISNIN
EMPUNYA SOLAWAT SAYYID MUHAMMAD BIN SULAIMAN AL-JAZULI AL-HASANI t
www.alraufi.blogspot.com
(36) Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad j, keluarga,
sahabat, dan anak-anak, isteri-isteri, mertua, kaum Ansor, pengikut, penolong,
(37) Kekasih, dan ummat Baginda j. (38) Dan ke atas kami beserta mereka
seluruhnya, (39) Wahai Zat yang Maha Penyayang di antara para penyayang.
(40) Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad j sebanyak
orang yang membaca solawat ke atas Baginda j. Dan limpahkanlah pula
rahmat ke atas Nabi Muhammad j sebagaimana Engkau telah memerintahkan
kami untuk membaca solawat ke atas Baginda j. Dan limpahkanlah rahmat ke
atas Baginda j, sebagaimana Baginda j senang bila dibacakan solawat ke
atas diri Baginda j. Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad
j dan ke atas keluarga Nabi Muhammad j sebagaimana Engkau telah
memerintahkan kami untuk bersolawat ke atas Baginda j. (41) Ya Allah!
Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad j kerana Baginda j adalah
ahlinya. Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad j dan
keluarga Nabi Muhammad j sebagaimana Engkau mencintai dan meridhoi
kepada Baginda j. (42) Ya Allah! Ya Tuhan Nabi Muhammad j dan
keluarga Nabi Muhammad j, limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad
j dan keluarga Nabi Muhammad j, berilah Baginda j darjat yang tinggi
dan wasilah di syurga. Ya Allah! Ya Tuhan Nabi Muhammad j dan keluarga
Nabi Muhammad j, berilah balasan pahala yang lebih bagus kerana Baginda
j adalah ahlinya. Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad
j dan keluarga Nabi Muhammad j. (43) Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke
atas Nabi Muhammad j dan ke atas keluarga Nabi Muhammad j sehingga
tak tertinggal sedikit pun. (44) Dan rahmatilah Nabi Muhammad j dan ahli
keluarga Nabi Muhammad j sehingga tak tertinggal sedikit pun daripada
rahmatMu. Dan berkatilah ke atas Nabi Muhammad j dan keluarga Nabi
Muhammad j sehingga tak tertinggal sedikit pun daripada keberkatanMu.
(45) Limpahkanlah kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad j dan keluarga
Nabi Muhammad j sehingga tak tertinggal sedikit pun dari kesejahteraanMu.
(46) Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad j dan kepada
orang-orang terdahulu. (47) Dan limpahkanlah rahmat ke atas Nabi
Muhammad j dan orang-orang kemudian. (48) Dan limpahkanlah rahmat ke
atas Nabi Muhammad j dan ke atas para Nabi. (49) Dan limpahkanlah rahmat
ke atas Nabi Muhammad j dan ke atas para Rasul.
49
PETUNJUK KEBAIKAN
PANCARAN CAHAYA KETIKA SOLAWAT KE ATAS NABI YANG TERPILIH j
www.alraufi.blogspot.com
(50)
(51)


` (52)
(53)

(54)
(55)


` ` (56)

(57)



(58) (59)
(60)
50
HIZIB PERTAMA SOLAWAT HARI ISNIN
EMPUNYA SOLAWAT SAYYID MUHAMMAD BIN SULAIMAN AL-JAZULI AL-HASANI t
www.alraufi.blogspot.com
(50) Dan limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad j dan ke atas para
Malaikat yang berada di langit sampai kiamat. (51) Ya Allah! Kurniakanlah kepada
Nabi Muhammad j Perantara, keutamaan yang sempurna dan darjat yang tinggi
dan agung. (52) Ya Allah! Aku membenarkan Kerasulan Nabi Muhammad j
meskipun aku belum pernah melihat Baginda j. Maka jangan Engkau jadikan
sebab terdindingnya aku di syurga untuk melihatnya. Kurniakanlah aku menjadi
teman Baginda j di syurga. Wafatkanlah aku di atas agama Baginda j. Minumilah
aku dari telaga Baginda j iaitu berupa minuman yang memuaskan hati, rasanya
lazat dan sedap, yang menyebabkan tidak merasakan haus selamanya. Sesungguhnya
Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (53) Ya Allah! Sampaikanlah kepada Ruh
Nabi Muhammad j sanjungan dalam salam dariku. (54) Ya Allah! Sebagaimana
aku beriman kepada Baginda j meskipun aku belum pernah melihat Baginda j
maka janganlah Engkau mendindingku di syurga untuk melihat Baginda j. Ya
Allah! Terimalah syafaat Kubra (dari) Nabi Muhammad j. Angkatlah darjat
Baginda j yang tinggi, kurniakanlah permohonan Baginda j di Akhirat dan di
Dunia (55) Sebagaimana Engkau telah mengurniakan kepada Nabi Ibrahim u dan
Nabi Musa u. (56) Ya Allah! Limpahkanlah ke atas Nabi Muhammad j dan
keluarga Nabi Muhammad j sebagaimana Engkau telah melimpahkannya ke atas
Nabi Ibrahim u dan keluarga Nabi Ibrahim u. Ya Allah! Berkatilah ke atas Nabi
Muhammad j dan keluarga Nabi Muhammad j sebagaimana Engkau telah
memberkatinya ke atas Nabi Ibrahim u dan keluarga Nabi Ibrahim u.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Mulia. (57) Ya Allah! Limpahkanlah
rahmat, kesejahteraan dan keberkatan ke atas Nabi Muhammad j, Nabi Engkau dan
utusan Engkau dan ke atas Nabi Ibrahim u kekasih Engkau yang tulus ikhlas. Dan
ke atas Nabi Musa u seorang yang mendengarkan firman dan sanjungan Engkau.
(58) Dan ke atas Nabi Isa u, Ruh dan penerima firman Engkau. Dan ke atas
seluruh para malaikat Engkau. Dan ke atas para Utusan, para Nabi, orang-orang
terpilih, orang yang bersih mahabbahnya, orang-orang pilihan, para wali (kekasih)
dari penduduk bumi dan langit Engkau. Mudah-mudahan rahmat Allah dan
kesejahteraan yang sempurna terlimpah atas Nabi Muhammad j sebanyak bilangan
makhlukNya sebesar keridhoan diriNya seberat timbangan ArasyNya, sebanyak
tinta kalimah-kalimahNya. Dan rahmat yang Rasulullah j itu ahlinya. (59) Dan
selama berzikir orang-orang yang berzikir kepada Engkau. (60) Dan selama orang-
orang yang lupa berzikir kepada Engkau. Dan ke atas keluarga dan keturunan
Baginda j yang suci-suci.
51
PETUNJUK KEBAIKAN
PANCARAN CAHAYA KETIKA SOLAWAT KE ATAS NABI YANG TERPILIH j
www.alraufi.blogspot.com



(61)
(62) (63)

(64)
(65)
(66)
(67)
(68)
(69) (70)
(71) (72)
(73)
(74) (75)
(76) (77)
(78)
(79)
.
52
HIZIB PERTAMA SOLAWAT HARI ISNIN
EMPUNYA SOLAWAT SAYYID MUHAMMAD BIN SULAIMAN AL-JAZULI AL-HASANI t
www.alraufi.blogspot.com
(61) Ya Allah! Mudah-mudahan rahmat Allah tetap terlimpah ke atas Nabi
Muhammad j, isteri-isteri dan keturunannya. Dan ke atas seluruh (para
Nabi, dan para Rasul), para Malaikat yang dekat dengan Tuhan, seluruh
orang-orang solih, sebanyak bilangan sesuatu yang terkena air hujan dan
langit, semenjak langit diciptakan. Dan limpahkanlah rahmat ke atas Nabi
Muhammad j sebanyak apa yang tumbuh di bumi dibentangkanNya. (62)
Dan limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad j sebanyak bilangan
bintang-bintang di langit, maka sesungguhnya Engkau yang menjaga /
menghilangnya. (63) Dan limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad j
sebanyak bilangan nafas para arwah, sejak Engkau menciptakannya. (64)
Dan limpahkan rahmat ke atas Nabi Muhammad j sebanyak bilangan
sesuatu yang Engkau ciptakan dan tidak Engkau ciptakan dan sebanyak apa
yang tertulis di Lauh Mahfuzh menurut ilmu Engkau dan yang
membandinginya. (65) Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi
Muhammad j dan orang-orang solih menurut bilangan makhluk Engkau.
Ridho Engkau, hiasan Arasy Engkau, bilangan kalimah-kalimah Engkau
(66) Kesudahan ilmu dan ayat-ayat Engkau. Ya Allah! Limpahkanlah rahmat
ke atas mereka berupa rahmat yang lebih Tinggi dan Utama dari solawat
orang-orang yang bersolat dari makhluk seluruhnya (67) Seperti halnya
keutamaan Engkau ke atas seluruh makhluk Engkau. (68) Ya Allah!
Limpahkanlah rahmat ke atas mereka berupa rahmat kekal, berturut-turut
yang sampai pada kekekalan di atas jalannya malam dan siang, dengan
berturut kekekalan tanpa batas. (69) Dan tidak putus di atasnya malam dan
siang. (70) Menurut bilangan tiap-tiap air hujan dan air gerimis. (71) Ya
Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad j yang menjadi
Nabi Engkau (72) Atas Nabi Ibrahim u yang menjadi kekasih Engkau, atas
seluruh para Nabi dan pilihan Engkau (73) dari penduduk bumi dan langit
Engkau, (74) sebanyak bilangan makhluk Engkau, ridho Engkau, hiasan
Arasy Engkau, sebanyak kalimah Engkau, (75) Kesudahan ilmu Engkau,
hiasan seluruh makhluk Engkau (76) iaitu rahmat yang berulang-ulang
selamanya (77) dan sebanyak ilmu yang dihitung ilmu Engkau, (78) berlipat
gandanya sesuatu yang dihitung Ilmu Engkau, (79) iaitu rahmat yang
bertambah dan melebihi solawat orang-orang yang bersolat dari makhluk
seluruhnya seperti halnya keutamaan Engkau melebihi seluruh makhluk
Engkau. Kemudian berdoalah engkau dengan doa ini. Maka sesungguhnya
mudah diperkenankan, Insya-Allau Taala. Setelah membaca solawat Nabi
j membaca :
53
PETUNJUK KEBAIKAN
PANCARAN CAHAYA KETIKA SOLAWAT KE ATAS NABI YANG TERPILIH j
www.alraufi.blogspot.com
@
(80) (81) (82)
(83) (84)
(85) (86)
(87)
`
`
(88) (89)
(90)
(91)



(92)

(93) (94)
(95)
(96)
(97)
54
HIZIB PERTAMA SOLAWAT HARI ISNIN
EMPUNYA SOLAWAT SAYYID MUHAMMAD BIN SULAIMAN AL-JAZULI AL-HASANI t
www.alraufi.blogspot.com
(80) Ya Allah! Jadikanlah kami dari golongan orang yang menetapi agama Nabi
Engkau Muhammad j. Dan tetap mengagungkan kemuliaanya, (81) memuliakan
kalimahnya, (82) menjaga janji (83) dan tanggungannya dan ajakannya, (84) dan
memperbanyak pengikut dan jamaahnya dan bertemu di Akhirat dengan
jamaahnya (85) dan tidak menentang perjalanan (toriqoh) dan sunnah-sunnahnya.
(86) Ya Allah! Aku bermohon kepada Engkau, berpegang teguh dengan sunnah-
sunnahnya. (87) Dan aku berlindung dengan Engkau dari berpaling dari apa yang
dibawa oleh Baginda j. (88) Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada
Engkau kebaikan yang dimohon oleh Nabi dan Rasul Engkau Muhammad j.
Dan aku berlindung dengan Engkau dari kejelekan (kejahatan) yang dimohon
perlindungannya oleh Nabi dan Rasul Engkau Muhammad j. Jagalah diri kami
dari kejahatan fitnah dan selamatkanlah kami dari berbagai cubaan. (89)
Baguskanlah kami zahir dan batin. (90) Dan bersihkanlah hati (jiwa) kami dari
dendam dan dengki. Janganlah Engkau jadikan ke atas diriku mengikuti
seseorang yang berbuat di luar syariat. (91) Ya Allah! Sesungguhnya aku
memohon kepada Engkau berpegang teguh dengan sebaik-baiknya yang Engkau
ketahui. Dan meninggalkan pada kejelekan aku yang Engkau mengetahui dan
tidak meridhoinya (92) Dan aku memohon kepada Engkau sebagai Penanggung
Rezeki dan kezuhudan (zuhud ialah meskipun memiliki harta tetapi harta tersebut
tidak tertambat di dalam hati) beserta kecukupan. Demikian juga watak dan
tabiatnya, sehingga dalam dirinya berzuhud menerangi apa saja selain Allah. Dan
kami memohon keluar dengan sebab jelasnya dalil dan syubhat, menang dengan
benar dalam tiap-tiap Hujjah, Adil (tetap berjalan lurus) di dalam marah, ridho
serta menyerah dengan apa yang sesuai jalan ketentuan Allah. Dan aku memohon
kepada Engkau tengah-tengah perkara (Al-Wusto) dalam keadaan fakir dan kaya.
Dan bertawadho (merendahkan diri) dalam ucapan dan perbuatan. Dan aku
memohon berlaku benar dalam sungguh-sungguh dan main-main. (93) Ya Allah!
Sesungguhnya aku memiliki berbagai dosa dalam perbuatan antara aku dengan
Engkau dan dosa antara aku dengan makhluk Engkau. Ya Allah! Dosa apa saja
terhadap Engkau maka ampunkanlah bagiku. Sedang dosa antara aku dengan
makhluk Engkau maka tanggungkanlah dari aku, (94) maka cukupilah
(kayakanlah) dengan anugerah Engkau. Sesungguhnya Engkau paling luas
ampunannya. (95) Ya Allah! Terangilah hatiku dengan Ilmu. Jadikanlah badanku
mengamalkan taat kepada Engkau, selamatkanlah sirri (rahsia) aku dari fitnah,
(96) sibukkanlah fikiranku , untuk beritibar. (97) Selamatkanlah aku dari
kejahatan syaitan dan jagalah aku daripadanya. Wahai Tuhan yang Maha
Pengasih sehingga tidak ada kekuasaan baginya ke atas diriku.

You might also like