P. 1
Kehidupan di Puncak Pokok : Era Baru Penjelajahan Saintifik di Kanopi Hutan-Hutan Dunia

Kehidupan di Puncak Pokok : Era Baru Penjelajahan Saintifik di Kanopi Hutan-Hutan Dunia

|Views: 466|Likes:

More info:

Published by: Global Canopy Programme on Dec 08, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

Kehidupan di Puncak Pokok

Era Baru Penjelajahan Saintifik di Kanopi Hutan-Hutan Dunia
Oleh Andrew Mitchell Pengarah, Global Canopy Programme (Rancangan Kanopi Sedunia)

PENGHARGAAN
GCP Steering Committee
(Jawatankuasa pengarah GCP)

UK Foreign and Commonwealth Office
(Pejabat Luar Negeri dan Komanwel UK)

Global Opportunities Fund
(Tabung Peluang Sedunia)
*

CHK Charities
(Pemurah-pemurah CHK)

Ernest Kleinwort Charitable Trust
(Amanah Pemurah Ernest Kleinwort)

John Ellerman Foundation
(Yayasan John Ellerman)

Darwin Initiative
(Daya Usaha Darwin)

Apakah itu kehidupan? Dari manakah kehidupan berasal?

Bayangkan ramalan cuaca di planet-planet lain. Angin selaju 320 km/j pada waktu pagi, hujan asid pada sebelah petang, letusan gunung berapi yang besar sepanjang waktu malam

Bumi memang istimewa. Makhluk hidup wujud hanya di sini.

…mungkin penciptaan bumi yang teragung?

Kanopi Hutan Hujan!
Ekspresi kehidupan yang paling beraneka jenis di bumi

Apakah yang dilakukan oleh pokok-pokok?

6CO2 + 6H2O

C6H1206 + 6O2

Pokok-pokok mengambil karbon dioxida dari udara, menambahkan air, mencampurkan cahaya matahari dan dedaun, lalu menghasilkan gula dan oksigen. Sebuah formula yang mudah Akan tetapi lihat apa yang dihasilkan oleh kanopi…

Kepelbagaian makhluk hidup yang paling agung!

Bagaimanakah keadaan di kanopi?

Bahagian atas pokok tidak menyentuh

Sebuah taman tergantung 2/3 Epiphytes … yang dipenuhi kehidupan

Tumbuhan epifit menyelumuti dahan-dahan tinggi dan menyediakan kediaman bagi pelbagai spesis

Kanopi mempunyai beberapa cara hidup yang aneh: Sesetengah katak memanjat ke dalam tumbuhan bromeliad untuk meletakkan anak katak ke dalam air yang bertakung di antara daun-daun bromeliad
(Dendrobates pumilio)

Setelah it, ibu katak membawa sebiji telur yang belum disenyawakan setiap hari sebagai makanan untuk anak katak.

Terdapat lebuh raya di antara pokokpokok. Haiwan menghafal jalan-jalan ini seperti kita menghafal perjalanan yang digemari. Untuk beralih di dalam kanopi, perlulah tankas, pandai melompat, meluncur ….. atau terbang.
(monyet ‘Spider’)

Kanopi menyediakan kediaman bagi haiwan dengan pelbagai cara.

Seekor ‘mouse lemur’ dari Madagascar

Kanopi mengubah tanggapan kita mengenai kehidupan. Kadang kala kelawar yang dianggap kurang bilangannya daripada kajian di darat dijumpai dengan banyak di kanopi. Tiada sesiapapun yang mencari kelawar-kelawar ini di sana. (Kelawar ‘tube nosed fruit bat’)

Kanopi mengandungi pelbagai bunga-bungan dan buan-buahan. Bunga-bunga ini didebungakan oleh mamalia, burung, serangga dan oleh cicak juga. Banyak juga yang didebungakan oleh angin.

Bunga-bunga mengahsilkan madu bunga bagi menarik perhatian pendebunga. Burung ‘lorikeet’ dari Fiji ini memoting ke dalam dasar bunga untuk mendapatkan madu bunga dan akan membawa debunga yang terlekat pada bulunya ke pokok lain.

‘Aril’ merah pada biji ini kaya dengan protin dan berwarna merah bagi menawan burung untuk memakannya.

Biji pokok pala ini akan jatuh setelah melalui burung, mungkin burung merpati, lalu bercambah jauh dari pokok induk

Haiwan-haiwan berkomunikasi di kanopi

Warna-warna yang terang, bunyi-bunyian B dan bau-bauan membolehkan haiwan berkomunikasi di antara daun-daun hijau yang padat

Monyet ‘howler’ adalah salah seekor haiwan yang terbising di kanopi. Bunyinya menberi amaran kepada kumpulankumpulan yang sedang memakan dedaun agar tidak mengahampiri satu sama lain.

Banyak haiwan pemangsa tinggal di kanopi…. Ular ‘blunt headed tree snake’ menangkap cicak kecil dari daundaun. Ia mempunyai tulang belakang khas yang membolekkannya merentangi celah-celah di antara dahan-dahan

Clouded leopard

Harimau dahan adalah kucing yang paling arboreal (hidup sebahagian besar di pepohon) dikalangan kucing-kucing besar. Ia memanjat pokok-pokok di hutan-hutan Asia dan memakan monyet, burung dan mamalia kecil.

Harpy

Burung helang eagle ‘harpy’ memburu monyet dan ‘sloth’ di kanopi hutanhutan Amerika Latin.

Spesis primat kanopi yang baru… …masih lagi ditemui

hari ini!

Mengkaji primat kanopi tidak mudah. Spesis seperti ungka Müeller’s dari Borneo ini bergerak dengan pantas dan tinggal tinggi di dalam kanopi

Tiga juta tahun dahulu, nenek moyang kita meningalkan kanopi untuk memulakan kehidupan di darat. Kini kita kembali ke kanopi!

Jadi – bagaimanakah ahli sains mula menjelajah dunia yang tidak diketahui ini?

William Beebe, seorang ahli ilmu alam lautan dari Amerika merupakan ahli sains yang pertama berfikir tentang menjelajah kanopi hutan. Beliau gagal sampai ke situ, tetapi beliau mencipta ‘bathysphere’ untuk menjelajah dasar laut.

“ Sebuah benua kehidupan masih belum dijelajahi, bukan di permukaan bumi, tetapi satu atau dua ratus kaki di atasnya, seluas beribu-ribu batu persegi… hasil yang tinggi menanti ahli alamiah yang berjaya mengatasi rintangan – daya tarikan bumi, semut, duri, batang pokok yang reput – dan memanjat ke puncak…pepohon.”
1818 William Beebe

Masalah pertama… Bagaimana masuk ke dalam kanopi? Pokok-pokok di khatulistiwa Asian boleh mencapai ketinggian 85 meter. … dan kebanyakkan pokok ini tidak mempunyai dahandahan!

Ekspedisi saintifik pertama untuk mengkaji kanopi adalah expidisi dari Universiti Oxford yang pergi ke Guyana Inggeris pada tahun 1929.

Peralatan dibawa melalui sungai ke Moraballi Creek

Tali-tali yang dipasangkan ke kerusi kayu ditembak ke dalam kanopi dengan menggunakan meriam bagi menarik penyelidik ke dalam kanopi Tetapi, orang tempatan yang pandai memanjat didapati lebih baik! Max Nicholson, di bawah, merupakan ahli sains yang pertama untuk Bermalam di kanopi. Beliau Mengasaskan World Wildlife Fund.

Pada tahun 1980an, pasukan-pasukan yang diketuai oleh Andrew Mitchell dari UK (kiri), membina laluan di dalam kanopi untuk membanding kanopi hutan di Panama, Costa Rica, Papua New Guinea, dan di Indonesia

Team shot b and w slide

Laluan ini ringan dan mudah dialih. Kini terdapat banyak laluan kanopi di sekitar dunia untuk sains, pendidikan dan pelancongan.

Kemudian, tali-tali dan peralatan memanjat yang khusus menjadi kaedah yang paling diminati untuk memperolehi akses ke kanopi bagi penyelidikan.

Pada tahun 1980an, pasukan Perancis yang diketuai oleh Prof. Francis Hallé mendapat ilham baru Sebuah balon udara panas dan sebuah rakit. Ramai yang berpendapat ini fikiran yang tidak masuk akal!

Akan tetapi, ia berjaya!

Profesor Francis Hallé, 1980an

Selepas itu, Hallé bermimpi menggunakan sebuah pesawat udara

Ini juga berjaya! Pesawat udara ini adalah balon udara panas yang terbesar di dunia. Ahli sains dibawa dengan menggunakan sebuah rakit kecil, dari rakit ini mereka mengumpul spesimen merentangi seluruh kanopi.. Pesawat udara ini yang berkuasa kipas dipandu Oleh seorang juruterbang.

Close up balloon and pretzel scan from geographical

Pesawat udara ini boleh membawa rakit yang lebih besar!

Ahli sains menggunakannya seperti sebuah pulau di puncak pokok bagi 1-3 minggu. Pesawat udara boleh menggerakkan rakit ini ke tempat baru.

Pada tahun 1990an… -‘Bubble’ kanopi (‘Gelembung’ kanopi). Sebuah belon yang diisi Helium.

Rumah Pokok IKOS Juga dimajukan oleh French Canopy Consortium (Konsortium Kanopi Perancis)

‘Bubble’ membolehkan seorang penyelidik mengakses puncak Bubble and net kanopi.

Kerja sehari bagi Laurent Pyot, ahli biology dan jurugambar!

Nice

‘IKOS’ adalah sejenis rumah pokok logam ICOS pic yang dibina di atas pokok oleh penyelidik.

Tiga orang ahli sains boleh tinggal dan memerhati di dalamnya. Terdapat sebuah dapur Kecil di dalam IKOS.

Pada tahun 1990 Dr Alan Smith bermimpi meletakkan sebuah kren di dalam hutan hujan. Dengan itu lahirlah era baru di dalam penjelajahan kanopi.

Alan Smith, kanan, bersama Andrew Mitchell, menguji kren kanopi Smithsonian yang pertama di Panama. ‘Gondola’ yang tergantung di bawah kren menyediakan akses yang mudah dan selamat ke kanopi bagi semua.

Crane picture from air helicopter

Kini terdapat sepuluh kren kanopi yang digunakan di hutan-hutan di sekitar dunia. Helikoptor digunakan untuk memasang kren-kren ini.

Sequence of shots with gondola and cooler bag

Peralatan boleh dimuatkan dengan mudah dari darat

Akses Yang selamat! Ke 10,000 m2 hutan 50 meter di atas!

Ahli sains masih lagi mencipta cara baru untuk mencapai kanopi. COPAS ‘Copas’ sedang dibina di Guyana Perancis.

‘Canopy Glider’ (Pelucur Kanopi) adalah kenderaan penjelajahan kanopi baru yang akan diuji oleh Canopy Consortium (Konsortium Kanopi)

Jadi apakah yang telah ahli sains pejalari tentang kanopi?

Pelbagai spesis yang baru dan ganjil!

Moths from enchanted canopy

Di dalam Project IBISCA Andreas Floren mengumpul serangga dengan mengabus pokok dengan ‘pyrethrum’ yang memengsankan serangga. Serangga yang pengasan akan jatuh ke bumi. Kebanyakkan serangga akan tersedar dan melepaskan diri, akan tetapi beberapa akan dikimpul dan diawet untuk dikaji.

40 ahli taksonomi mengambil bahagian di dalam kajian besar mengenai kehidupan di bumi, di Panama 2004/5. Hasilnya - sejuta spesimen perlu dikenal pasti.

Insect boxes

Banyak spesis serangga kanopi tidak pernah dilihat atau digambarkan oleh ahli sains. Di sesetengah hutan Asian, seranggaserangga baru ini boleh mencapai 70 - 80% serangga yang ditangkap.

Melalui kajian seperti ini, ahli sains kini percaya bahawa 40% biodiversiti di darat wujud di kanopi.

Bagaimana pula di bawah Anggaran sedunia yang Tanah atau di dalam laut? terbaik? 5-15 juta spesies wujud di bumi. Jawapannya terkandung di dalam kanopi.

Tiada sesiapa yang tahu juga!

Bagaimanakah proses evolusi mereka bentuk spesis ini?
Weird eyed inesct Catydid 1/2/ pics

Kanopi adalah sebuah tempat yang dipenuhi kerumitan. Ia dipenuhi oleh interaksi di antara haiwan dan tumbuhan.

Kanopi merupakan antara muka utama di antara kehidupan dan atmosfera bagi 90% biomas hidup Life and .the atmosphere di bumi Clouds and forests / mist water droplets Ini menjadikannya penting bagi memahami bagaimana biosfera berinteraksi dengan atmosfera Amazon munking ‘Hotspot’ biosferaatmosfera yang terpenting di dunia.

Kita perlu bejalar menghormati kanopi.
John misty pictures

Ia boleh menjadi tempat berkerja yang merbahaya jikalau kaedah yang selamat tidak digunakan.

Mark Moffett

James Aldred

Nalini Nadkarni

Penjelajah kanopi merupakan perintis!

Ia juga merupakan tempat baru untuk dijelajah!

Dan memberi ilham kepada kita…

Kanopi hutan adalah salah satu tempat yang tercantik di dunia untuk dijelajahi.
Balloon and river in Borneo

Ia dipenuhi kehairanan!
Seekor ‘three toed sloth’ tinggal tinggi di atas

Post card sloth

Mengapakah kanopi hutan Begitu Penting?
Makhluk Hidup
- 40% spesis di permukaan bumi - Nilai bagi perubatan & pertanian tidak diketahui - Pemusnahan kanopi mengubah proses evolusi untuk selama-lamanya

Atmosfera
- Mempengaruhi hidrologi dan hujan di 450,000km2 - CO2 yang meningkat mengubah peranan kanopi - ‘Green ocean clouds’ (Awan lautan hijau) yang dihasilkan oleh bahan organik yang mudah meruap mungkin tergangu

Manusia
Perkhidmatan mendebunga dinilai US$12 bilion setahun Perdagangan pengasingan Karbon dinilai US$3Trilion Corak pembungaan tergangu oleh perubahan di merata dunia Risiko banjir/penyakit boleh meningkat dan menggangu kanopi.

Sumber: OZANNE et al. (2003) Biodiversity meets the atmosphere: A global view of forest canopies. SCIENCE 301

Berjuta-juta ton karbon yang terkandung di dalam kayu-kayan dibebaskan ke atmostfera apabila pokok-pokok dibakar.

Ini meningkatkan Pemanasan Global

CO2
Menara seperti Large Scale Biological Assessment, LBA (Penilain Biologi Skala Besar) di Amazon ini mengukur aliran gas-gas seperti karbon dioxida, oksigen dan wap air ke dalam dan ke luar hutan.

Untuk lebih daripada 400,000 tahun, atmosfera bumi Dr Antonio mengandungi lebih-kurang 240 bahagian CO2 Nobre, seorang dalam sejuta (ppm). penyelidik
daripada INPA, National Institute for Amazonian Research (Lembaga Penyelidikkan Amazon Kebangsaan), mengambil bacaan daripada penghurai gas yang terletak pada menara setinggi 55 meter, di bahagian utara Manaus.

Peralatan di menara ini menunjukkan bahawa kandungan CO2 telah meningkat ke 381 bahagian dalam sejuta (ppm).

Sebahagian besar peningkatan ini disebabkan oleh kegiatan manusia.

Possum ‘Lemuroid Ringtail’ – Model BIOCLIM
Present + 1 deg. + 3.5 deg.

Di Queensland, Australia, model komputer bagi perubahan iklim meramalkan bahawa di dalam 5080 tahun, banyak spesis munkin pupus (warna merah) disebabkan oleh kekeringan habitat. 46% 0% Mungkinkah proses yang serupa berlaku di Amazon?
Sumber: Williams, SE. (2003) A Report to the Biological Diversity Advisory Committee, Environment Australia, Canberra

Bagi mengkaji beberapa masalah ini, ahli sains kanopi telah menubuhkan…

Satu daya usaha baru yang mengaitkan kajian-kajian kanopi hutan yang menyelidik biodiversiti and perubahan iklim di seluruh dunia.

CANOPY DATABASE

Mereka bermatlamat untuk mengaitkan kajian kanopi di seluruh dunia dan menghasilkan rancangan penyelidikkan

Jawatankuasa Pengarah GCP dan Negara-negara Tumpuan
• Dr Pierre Charles Dominique, COPAS, Perancis • Profesor Roger Kitching, Griffith University, Australia • Profesor Nigel Stork, James Cook University, Australia • Dr Tohru Nakashizuka, Kyoto University, Jepun • Profesor Dieter Anhuf, University of Sao Paulo, Brazil • Talita Fontoura, University de Estadual, Brazil • Dr Joe Wright, STRI, Smithsonian, Panama • Andrew Mitchell, Pengarah, Global Canopy Foundation, UK • Dr Margaret Lowman, Marie Selby Botanical Garden, USA • Dr Nalini Nadkarni, Evergreen State University, USA • Profesor Cao Min Xishuangbanna Botanical Garden, China

Madagascar

Brazil

Ghana

India

Malaysia

Pada tahun 2003, GCP menerbitkan ‘20:20 Vision for Canopy Science’ (Penglihatan 20:20 bagi sains kanopi)

GCP 20:20 Vision for Canopy Science
(Penglihatan 20:20 bagi sains kanopi)

• Lima negara tumpuan: Brazil, Ghana, Madagascar, Malaysia, India • Penyelidikan tertuju, dirancang bagi menyiasat kesan perubahan iklim pada biodiversiti kanopi dengan menggunakan ‘whole forest observatories’ (balai-balai pencerapan seluruh hutan) • Projek penerangan nilai eko-pelancongan kanopi dan hortikultur kanopi bagi pembangunan mapan masyarakat tempatan • Rangkaian taksiran bagi pengawasan dan amaran awal • Maklumat untuk pemegang taruh, termasuk kerajaan • Fasa I - Menaksir projek 2001-4 • Fasa II - Menguji dan menguruskan kewangan 2005-7 • Fasa III – Memulakan perlaksanaan projek 2008….

Climbing Kini GCP menyoking kurus latihan di Brazil FCO dan negara-negara lain.
Di Universiti Ouro Preto dengan dana daripada kerajaan Brazil dan Inggeris. (UK Foreign and Commonwealth Office [Pejabat Luar Negeri dan Komanwel UK] - Global Opportunities Fund [Tabung Peluang Sedunia]) ...dan penderma lain.

expertise logo Darwin

Kursus ‘Basic Canopy Access Proficiency’, BCAP (Kemahiran Akses Kanopi Asas) GCP membolehkan masyarakat pelajar dan profesional mempelajari kaedah moden yang selamat bagi mengakses kanopi hutan.

Kursus BCAP

GCP juga membantu memajukan ekopelancongan untuk meberikan peluang penbanguanan mapan bagi masyarakat tempatan di seluruh dunia.

Model projek eko-pelancongan kanopi yang di rancang bagi Madagascar

Interpretaion Centre Field Station
Penyelidikkan Pemulihan Hutan Membina Keupayaan Pemetaan Satelit

Pada tahun 2005 GCP menerima sokongan UN bagi daya usaha baru
‘Whole Forest Observatories’ (balai-balai pencerapan seluruh hutan): rangkaian bagi mengawasi biodiversiti kanopi dan perubahan iklim di seluruh dunia.

Pekongsi Projek
GEF Agency - UNEP United Nations Environment Programme
[Wakil GEF – Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu]

IEA (International Execution Agency) [Wakil Perlaksanaan Antarabangasa] GCP - UK Global Canopy Programme [Program Kanopi Sedunia UK] Current NEAs (National Execution Agencies)
[Wakil Perlaksanaan Kebangsaan pada masa ini]

Brazil - INPA Nat. Inst for Amazonian Res.
[Brazil – Lembaga Kebangsaan Penyelidikkan Amazon]

Ghana - CSIR Council for Scientific and Industrial Res.
[Ghana – Majlis Penyelidikkan Sains dan Industri]

India - ATREE Ashoka Trust for Res. in Ecol. and the Env.
[India – Amanah Penyelidikkan Ekologi dan Alam Sekitar]

Madagascar - MICET Madagascar Inst. For Cons. of the Trop. Env.
[Madagascar – Lembaga Pemuliharaan Alam Sekitar Tropika]

Malaysia - ITBC Institute for Tropical Biology Conservation.
[Malaysia – Lembaga Pemuliharaan Biologi Tropika]

Rangkaian Penyelidikan Kanopi Sedunia

!

! ! ! ! ! ! ! !

! ! ! ! ! ! ! ! !

!

! !

!

! ! ! ! !! ! ! ! ! ! ! ! !

! ! !

!

! !!

!! ! ! !

! ! !!

!

!

!

! !

"
! ! ! ! ! ! !

"

!

!

Kren kanopi yang sedia wujud
!

Kren kanopi yang dicadang oleh GCP Balai pencerapan seluruh hutan UNEP/GCP yang baru ,

Menara Fluxnet yang sedia wujud

Bersama UNEP, GCP sedang merancang rankaian ‘Whole Forest Observatories’ (Balai-balai pencerapan seluruh hutan) yang merentangi kawasan tropika. Di Brazil, Ghana, India, Malaysia and kemudian, di China.

Sebuan kren kanopi akan menyediakan akses –dari hujung daun ke hujung akar- di setiap balai pencerapan. Penyelidikkan yang tertuju, latihan dan projek pembangunan masyarakat akan dijalankan di setiap tapak dan tapak-tapak lain yang berkaitan.

Belanjawannya? Memang besar. Akan tetapi… wang yang diperlukan kurang daripada separuh gaji seorang pemain bola sepak antarabangsa. Siapa yang boleh kata permainan yang mana lebih bernilai?

Berapa banyakkah kita menilai Kehidupan dan Atmosfera kita… bagi Manusia? Cabaran bagi masa depan kita, ..tinggi di kanopi!

www.globalcanopy.org

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->