“Bersikaplah Rendah Diri Wahai Sang Guru”

Menegur bukan bererti benci. Puji-pujian tidak mengeyangkan, namun manusia ramai yang mengemarinya. kritikan tidak pula menyebabkan kematian namun ramai manusia mengamuk, melompat-lompat dan tidak kurang yang membalas kritikan apabila dikritik. Itulah namanya manusia. Melihat gelagat panglima berpencak di atas pentas, tentu sekali mengujakan. Namun adakalanya panglima juga salah bepencak. Pasti ada bunga silat yang sumbang…walaupun panglima segak dengan keris dan tengkolok. Betapa hebat aku temui peribadi yang cukup merendah diri. keluar dari mulutnya hanya puji-pujian pada yang maha Esa. Bahasa jelek mengangkat diri di jauhi sama sekali. Dialog “mak saya, anak saya, ayah saya, ana kan syeh…..” tidak langsung dituturkan. Betapa hebat insan apabila akhlak yang menjadi perhiasan diri bukan berasa hebat hingga memperlekehkan orang lain.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful