PRAKTIKAL 1 Tarikh: 8 Februari 2012

Topik : Keperluan Asas Tumbuhan

Objektif: Mengenalpasti keperluan asas tumbuhan; cahaya matahari, air dan udara

Hipotesis: Tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air dan udara untuk hidup

Pendahuluan: Sebagaimana benda hidup yang lain, tumbuhan juga mempunyai keperluan asas untuk hidup. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air dan udara untuk hidup. Setiap satu daripada keperluan asas ini mempunyai fungsi yang tertentu bagi membantu tumbuhan untuk terus hidup. Cahaya matahari misalnya, diperlukan oleh tumbuhan dalam proses fotosintesis bagi membuat makanannya sendiri. Proses fotosintesis ini akan membebaskan gas oksigen yang diperlukan oleh manusia dan haiwan untuk bernafas. Untuk bernafas, semua hidupan memerlukan udara untuk terus hidup. Gas oksigen diperlukan oleh semua hidupan untuk bernafas dan membebaskan gas karbon dioksida. Air pula diperlukan supaya tumbuhan sentiasa segar. Jika tidak, tumbuhan akan menjadi layu dan akhirnya mati.

Kertas hitam yang tebal dipotong mengikut bentuk yang disukai dan diletakkan pada kedua-dua permukaan daun sakat. 2. Setelah beberapa hari. kemudian kertas tersebut diklip dengan klip kertas untuk beberapa hari.(A) Matahari sebagai keperluan asas tumbuhan Bahan: 1. Pokok sakat. Klip kertas Prosedur: 1. 3. 2. Kertas hitam yang tebal 3. Pokok sakat yang ingin dijadikan spesimen dipilih. kertas tersebut dialihkan dan sebarang perubahan pada daun tersebut diperhatikan Gambar: .

air. Piring petri diletakkan di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari untuk beberapa hari 5. Kapas dimasukkan ke dalam dua piring petri 2. piring petri Prosedur: 1. kapas. Sebarang perubahan pada kacang tersebut diperhati dan direkodkan Kemahiran manipulatif: Segala radas dibasuh dan disimpan serrta bahan-bahan yang digunakan dibuang selepas selesai eksperimen Gambar: . Kacang diletakkan ke atas kapas dalam kedua-dua piring petri 4. Kapas di dalam piring petri pertama dibasahkan dengan air manakala kapas dalam piring petri yang kedua pula dibiarkan kering 3.(B) Air ialah keperluan asas tumbuhan Bahan / radas : Kacang hijau.

Manakala sebuah cawan plastik yang lain dipenuhkan dengan separuh penuh air dan beberapa biji kacang hijau diletakkan ke dalamnya. kapas Prosedur: 1. Kemahiran manipulatif: Radas dibersihkan dan disimpan manakala kacang hijau dibuang setelah selesai eksperimen Gambar: . 3. Beberapa biji kacang hijau diletakkan di dalam sebuah cawan plastik yang telah dimasukkan kapas basah. cawan plastik. Kedua-dua cawan tersebut dibiarkan beberapa hari. Sebarang perubahan yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari diperhartikan dan direkod. air. 4. 2.(C ) Udara ialah keperluan asas tumbuhan Bahan / radas : Kacang hijau.

Daun masih lagi hijau dan tidak berubah warna langsung. Eksperimen (B) Piring petri 1 Piring petri 2 Kacang hijau bercambah dan tumbuh Kacang hijau tidak bercambah langsung Eksperimen (C) Cawan 1 Cawan 2 .Keputusan: Eksperimen (A) Gambar Keterangan Tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadap daun pokok sakat.

. kacang hijau di dalam keduadua cawan plastik telah bercambah namun hanya kacang hijau di dalam cawan plastik 1 yang terdedah dengan udara sahaja yang tumbuh dengan baik.Kacang hijau bercambah dan tumbuh Kacang hijau hanya bercambah namun tidak tumbuh Perbincangan: Bagi eksperimen A. keputusan yang sepatutnya tidak dapat diperolehi disebabkan oleh ketebalan daun yang terlalu tebal. air dan udara untuk hidup. Cahaya matahari. Ini menyebabkan tiada sebarang perubahan warna yang berlaku. Cahaya matahari diperlukan dalam proses fotosintesis bagi membuat makanan sendiri bagi tumbuh-tumbuhan. tumbuh-tumbuhan tidak dapat hidup dan menersukan proses kehidupan dengan baik. Manakala air dan udara pula diperlukan oleh tumbuhan untuk terus hidup. Bagi eksperimen B pula. Tanpa air dan udara yang mencukupi. manakala kacang hijau yang direndam di dalam air di dalam cawan 2 terbantut dan pertumbuhannya terhenti Ini menunjukkan tumbuhan memerlukan udara untuk hidup. Tanpa cahaya matahari. manakala tiada perubahan yang berlaku pada kacang hijau yang yang ditaburkan di atas kapas kering dalam piring petri 2. tumbuhan tidak dapat menjalani proses fotosintesis seterusnya membuat makanan sendiri. dapat dibuktikan bahawa tumbuhan memerlukan cahaya matahari. Kesimpulan: Hipotesis diterima. hanya kacang hijau yang ditaburkan di atas kapas basah di dalam piring petri 1 sahaja yang bercambah dan tumbuh. sebagaimana hidupan yang lain seperti manusia dan haiwan. air dan udara adalah keperluan asas bagi tumbuhan untuk hidup. Ini menunjukkan bahawa biji benih memerlukan air untuk bercambah dan tumbuh. Manakala untuk eksperimen C. Dengan ini.

Score A in PMR(2010)-Science. Muniswaran S.Rujukan: 1. Sylvia S (2007).org/resource/tdc02. Selangor : Arah Pendidikan Sdn Bhd 5. & t. & T. Jiang (2010).). Biology (9th eds.lp_stayalive/ .life. New York : Mc Graw Hill 3. Dicapai pada 15 Februari 2012 di http://www. Lum How Kee (2000).Y.net/guesta178af0/basic-needs-of-plants-presentation 6.colt.slideshare. Mader. Basic Needs of Plants.sci. The Needs of Living Things (t. Megan Koehn (2008). PMR Bilingual Science Form 1. Johor Bahru : Pelangi Publishing 4. (2007).). Biology The Living Science.t.teachersdomain.p. Singapore: Pearson 2. Dicapai pada 13 Februari 2012 di http://www.

gula penurun. protein. lemak dan minyak b. Sampel makanan mempunyai kandungan kanji. protein. gula penurun. Membandingkan kehadiran vitamin C dalam buah-buahan tempatan dan import Hipotesis: a. Kandungan vitamin C dalam buahan-buahan import lebih tinggi berbanding buahbuahan tempatan . b. lemak dan dalam sampel makanan. Menguji kehadiran kanji.PRAKTIS 2 Tarikh: 8 Februari 2012 Topik: Ujian Makanan Objektif: a.

kandungan vitamin C adalah berbeza mengikut jenis buah. Nutrien-nutrien ini juga penting untuk memastikan proses metabolisma berjalan dengan lancar. Nutrien-nutrien ini diperlukan oleh badan kita untuk membolehkan pelbagai proses di dalam tubuh kita berlaku. Walaubagaimanapun. Tanpa nutriennutrien ini. mineral dan pelawas. Piramid makanan boleh dijadikan panduan untuk mengambil diet yang seimbang dan lengkap setiap hari. yang mana buah-buahan import mempunyai kandungan vitamin C yang lebih tinggi berbanding buah-buahan tempatan. tubuh badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna. protein dan lemak dan juga vitamin. Proses ini penting untuk penjanaan tenaga. protein dan lemak. terutama sekali vitamin C. Kurangnya vitamin di dalam tubuh boleh menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. protein. Walaubagaimanapun. Setiap satu daripadanya mempunyai fungsi tersendiri yang diperlukan di dalam tubuh. vitamin. nutrien-nutrien ini perlu diambil secara seimbang agar dapat memenuhi keperluan seharian tubuh badan manusia. Sesetengah makanan mempunyai sumber nutrien yang banyak seperti kanji. Makanan yang dikatakan mempunyai gizi seimbang mempunyai nutrien yang meliputi karbohidrat. mineral.Pendahuluan: Terdapat tujuh kelas makanan iaitu karbohidrat. Misalnya. Vitamin-vitamin ini mudah didapati di dalam buah-buahan. . kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit kulit. lemak. Kandungan nutrien di dalam sampel makanan boleh dikenalpasti dengan melakukan ujian makanan. Protein pula penting dalam pembinaan sel baru untuk pertumbuhan. pelawas dan air. lemak dan karbohidrat membekalkan tenaga kepada manusia untuk menjalankan aktiviti seharian mereka setiap hari. Sebagai contoh. Vitamin pula amat diperlukan untuk fisiologi walaupun hanya diambil dalam amaun yang sedikit sahaja.

Perubahan diperhatikan dan dicatat. Ujian Gambar rajah Ujian Fehling atau Benedict  2 ml larutan Fehling atau larutan Benedict ditambahkan ke atas makanan yang Gula penurun  mengandungi gula penurun. campuran tersebut digoncang dan dididihkan dalam kukusan air untuk beberapa minit. . asid hidroklorik. minyak.(a) Menguji kehadiran kanji. tungku kaki tiga. penunu Bunsen. Vaselin. putih telur. bahan uji Milon. larutan Benedict. larutan natrium hidroksida.  Sebarang perubahan warna diperhatikan direkod. larutan kuprum (II) sulfat. protein dan lemak dalam sampel makanan Bahan / radas : Larutan iodin. kertas turas Prosedur: Jenis makanan Ujian Iodin  Kanji  Dua titik larutan iodin dititiskan ke atas makanan yang mengandungi kanji. bikar. bahan uji Sudan (III). gula penurun. tabung uji. kasa dawai.

 Sebarang perubahan diperhati dan dicatat Ujian Millon Protein  Beberapa titik bahan uji Millon ke atas makanan berprotein yang berbentuk cecair dalam sebuah tabung uji dan panaskan dalam kukusan air hingga mendidih. Ujian Sudan III   2ml minyak dituangkan ke dalam tabung uji Larutan Sudan III dituang ke dalam tabung uji dan perubahan warna diperhatikan .  Pemerhatian direkodkan.Ujian Biuret  Beberapa titik larutan kuprum sulfat dan beberapa titik larutan natrium hidroksida dicampurkan ke atas putih telur dalam tabung uji. Ujian Kesan Gris  Minyak dan Vaselin disapukan pada dua bahagian kertas turas yang berlainan  Lemak dan minyak Pemerhatian dicatat.

Tabung uji dipegang dengan menggunakan pemegang tabung uji semasa aktiviti pembakaran dilakukan 2. Semua radas dibasuh dan disimpan manakala semua bahan dan sampel makanan yang telah digunakan dibuang setelah selesai eksperimen Keputusan: Ujian Gambar Pemerhatian/ Keputusan Ujian Iodin Pertukaran warna daripada perang ke biru kehitaman Pertukaran warna larutan dari biru ke kuning Ujian Fehling atau Benedict dan akhirnya ke warna merah bata .Kemahiran Manipulatif: 1. Bahan uji yang digunakan ke atas sampel makanan digunakan dalam sukatan yang betul dan tepar 3.

Ujian Biuret Larutan berubah warna dari biru kepada ungu Mendakan putih terbentuk dan apabila Ujian Millon dipanaskan. warnanya berubah menjadi merah bata Ujian Kesan Gris Tanda lutsinar minyak lebih jelas berbanding Vaselin Ujian Sudan III Minyak berubah warna menjadi merah .

Ini menunjukkan bahawa putih telur mengandungi protein. didapati bahawa sampel-sampel makanan mengandungi kanji. ini menunjukkan bahawa keduaduanya mengandungi lemak. . Ujian yang menggunakan putih telur pula menunjukkan larutan tersebut berubah daripada biru kepada ungu bagi ujian Biuret. protein. Kesemua sampel makanan mengandungi kanji. Walaubagaimanapun. lemak dan minyak. larutan glukosa mengandungi gula penurunan yang mana telah menukar warna larutan daripada biru kepada merah jingga. Cuma minyak mempunyai lemak yang lebih tinggi daripada Vaselin. Ujian iodin telah menunjukkan bahawa sengkuang dan kentang mengandungi kanji yang mana sampelsampel tersebut telah bertukar warna menjadi biru kehitaman.Perbincangan: Melalui ujian makanan yang telah dilakukan. mendakan putih terbentuk terlebih dahulu dan berubah warna menjadi merah bata setelah dipanaskan. Bagi ujian Benedict pula. Kesimpulan: Hipotesis diterima. gula penurun. protein. Setelah dibuat perbandingan. minyak telah bertukar warna menjadi merah. lemak dan minyak. manakala bagi ujian Milon pula. gula penurunan. Bagi ujian Sudan III pula. ujian kesan gris menunjukkan bahawa minyak membentuk tanda yang lutsinar pada kertas turas manakala Vaselin pula hanya membentuk tanda lutcahaya.

jus kiwi. picagari berjarum.1% larutan asid askorbik. Semua radas dicuci manakala bahan-bahan lain dibuang selepas selesai eksperimen .(b) Menguji kehadiran vitamin C dalam buah-buahan tempatan dan import. Bahan: 1.1% larutan asid askorbik dipenuhi dalam 5ml picagari. Jarum picagari yang mengandungi 0. 5. jus betik. 2. Peratusan dan kepekatan Vitamin C dalam jus buah-buahan dikira dengan menggunakan formula dibawah. 0. Larutan 1ml 1.0% DCPIP dimasukkan ke dalam tiub spesimen dengan menggunakan 1ml picagari. 3. bikar Prosedur: 1. jus rambutan. Keputusan dimasukkan dalam jadual. Sukatan jus DCPIP diambil mengikut sukatan yang telah ditentukan 2.0% DCPIP.1% larutan asid askorbik dimasukkan ke dalam larutan 1. Kemahiran manipulatif: 1. jus lemon. Kuantiti jus buah yang digunakan untuk melunturkan warna DCPIP ditentukan. 4. Asid askorbik dimasukkan perlahan-lahan tanpa mengacau larutan DCPIP sehingga warna biru DCPIP terluntur. Langkah 1-3 diulangi dengan mengantikan larutan asid askorbik dengan jus buahbuahan segar yang baru disediakan. 0.0% larutan dichlorophenolindophenol (DCPIP).

2 x 0.5 10.2 1.0 2 1.48 .4 x 0.1 2.80% 1.0/6.2 1.Gambar rajah: Keputusan: Kuantiti jus buah yang diperlukan untuk melunturkan warna DCPIP Larutan/Jus buah Peratusan Vitamin C dalam jus buah Kepekatan Vitamin C dalam jus buah 1 Larutan asid askorbik Jus rambutan 1.0 x 0.01% 1.1 = 0.0/1.5 2.05% 1.3 6.1 =0.4 1.2 x 0.2 = 0.3 2.1 =9.0/10.04% 1.1 =0.0 2.1 = 0.1 6.0/6.2 6.1 =0.2 = 0.16 Jus betik 10.0 = 1.1 1.0/2.4 = 0.1 x 0.0/2.0 Purata 1.1 3 1.02% 1.42 Jus kiwi 2.0/1.0 6.4 2.2 2.0 1.0/2.0 10.2 10.0/10.0/2.09 Jus lemon 2.

Ini menunjukkan bahawa buah-buahan import mempunyai kandungan vitamin C yang lebih banyak berbanding buah-buahan tempatan. Setelah dibuat eksperimen.2. ni bermakna lebih banyak asid askorbik diperlukan untuk menurunkan larutanDCPIP dan dengan itu tidak dapat digambarkan kandungan vitamin C yangsebenar dalam buah. Kesimpulan: Hipotesis diterima. buah-buahan tempatan yang diwakili oleh buah rambutan dan buah betik. Buah-buahan import mempunyai kandungan vitamin C yang lebih banyak berbanding buah-buahan tempatan. terdapat dua jenis spesimen yang digunakan. hanya sedikit sahaja dos jus buah-buahan import yang diperlukan untuk melunturkan larutan DCPIP berbanding jus buah-buahan tempatan. Sekiranya ini berlaku. Vitamin C menurunkan DCPIP dan menyahwarnakannnya. maka hanya sedikit jus buah diperlukan untuk melunturkan warna 1 ml larutan DCPIP. manakala buah-buahan import pula diwakili oelh buah kiwi dan buah lemon. Dalam eksperimen ini. Walaubagaimanapun. kandungan vitamin C adalah berbeza mengikut jenis. didapati bahawa kandungan hanya sedikit sahaja amaun jus lemon dan kiwi yang diperlukan untuk menyahwarnakan larutan DCPIP manakala jus rambutan dan betik pula diperlukan di dalam amaun yang banyak untuk melunturkan warna DCPIP. Oleh yang demikian. dos yang diperlukan oleh jus buah-buahan import untuk menyahwarnakan larutan DCPIP lebih sedikit berbanding jus buah-buahan tempatan. Sekiranya kepekatan vitamin dalam buah tinggi. Kepekatan kandungan vitamin C di dalam buah-buahan ditentukan dengan adanya larutan DCPIP. Oleh yang demikian. .Perbincangan: Vitamin C mudah diperolehi di dalam buah-buahan.

Dicapai pada 14 Februari 2012 di http://www. Dicapai pada 15 Februari 2012 di http://www.uk/nutrition/footes. Lee S. & t.L. Albert and Hummer.sciencecompany.wikipedia. Lum How Kee (2000).com/sci-exper/food_chemistry. Biology The Living Science.html 5.M (2004).htm 6. Choong N. Liew S. & t. Kuala Lumpur : Fajar Bakti 2. Biology an everyday experience.t. Success in Biology for STPM Vol.C.t. Paul J (2003).2. Singapore: Pearson 3. &t. New York : GlencoeMcGrraw Hill 4.p).co. Food Chemistry Testing (t.org/wiki/Vitamin_C .).p.t. Kaskel.Rujukan: 1. Food Test (t.p. Vitamin C (t.). Dicapai pada 16 Februari 2012 di http://en.biotopics.