You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KARNIVAL SAINS DAN PENDIDIKAN 2012 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEMERLOH

Tarikh: Masa: Tempat:

14 Februari 2012 2: 00 petang Bilik Bahasa

HADIR: 1. Tuan Haji Osman bin Hassan 2. Encik Ridhuan bin Mahussin 3. Puan Sarimah bt 4. Puan Naemah bt Ibrahim 5. Encik Loh Nar 6. Encik Ahmad Zaki bin Abdullah 7. Puan Siti Mariyani bt Ahmad 8. Puan Junaida bt Ayob 9. Puan Huzaimah bt Paimon 10. Encik Muhammad Faizal bin Rameli 11. Encik Mohd Shukor bin Awang 12. Encik Arif Rozikin bin Abd Razak 13. Tuan Haji Jazlan bin Md Zain 14. Puan Nor Shilawati bt Khalib TIDAK HADIR 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Encik Zakaria bin Juahir Encik Azhari bin Mohd Kassim Encik Mohd Asri bin Hj Bahari Cik Nor Mazila bt Mokhtar Cik Nor Diyana bt Zainol Cik Mazailla Hanim bt Muhamad Encik Khairizal Maddia bin Ismail

AGENDA: 1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi Mesyuarat 1.1 1.2 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir pada mesyuarat hari ini. Pengetua memaklumkan Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh (SMKT) telah dipilih sebagai tuan rumah bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar (ABS)

1.3

dan PPD Temerloh bagi menganjurkan Karnival Sains dan Pendidikan Peringkat Daerah Temerloh 2012. Sekolah ini diarahkan untuk menyediakan tempat bagi beberapa aktiviti yang akan diadakan.

2. Aktiviti-aktiviti di SMKT 2.1 Pertandingan-pertandingan dan tempat-tempat yang akan digunakan bagi Karnival Sains dan Pendidikan adalah seperti berikut:2 Mac 2012 (Jumaat) a. b. c. d. e. Bercerita Sains Bahasa Melayu (BM) Bahas Separuh Akhir BM 1 Bahas Separuh Akhir BM 2 Cooking with Nature Pameran & Jualan SMV, SMVP : Dewan Kreatif : 3 Kelas Blok Gemilang : 3 Kelas Blok Gemilang : 3 Kelas Blok Gemilang : Anjung Budi & 4 Kelas Blok Gading : Tapak Perhimpunan : Makmal Fizik

f. Demonstrasi g. Pertandingan Solar Car (Pembinaan) 3 Mac 2012 (Sabtu) a. Roket b. c. d. e. f. Math Magic V1 Sola Car (Perlumbaan) Eureka Cooking with Nature Pameran & Jualan SMV, SMVP

: Padang SMKT (telah dipindahkan ke padang ABS) : Dewan Kreatif : Tapak Perhimpunan : Makmal Sains : Kelas Blok Gemilang : Anjung Budi & 4 Kelas Blok Gading

4 Mac 2012 (Ahad) a. Inovasi Sains SR & SM b. Pameran & Jualan SMV, SMVP c. Majlis Penutupan Rasmi 2.2 : Dewan Kreatif : Anjung Budi & 4 Kelas Blok Gading : Tapak Perhimpunan

Tempat makan guru dan murid sewaktu karnival diadakan adalah di Dewan Makan Asrama dan Jamuan penutup akan diadakan di dataran perhimpunan.

3. Pembahagian Tugas 3.1 3.2 Tugas-tugas menyediakan tempat bagi karnival ini diserahkan kepada En Loh Nar, En Shukor, En Azhari, Pn Siti Mariyani dan Pn Huzaimah. Pengetua meminta AJK ini menyediakan label dan petunjuk arah ke tempat karnival. Pengetua juga memaklumkan jumlah kerusi dan meja yang diperlukan tidak diberitahu dengan terperinci. Jumlah kerusi dan meja yang ada di sekolah Menurut Encik Loh Nar, jumlah kerusi dan meja dalam simpanan mungkin tidak mencukupi. Oleh itu, jumlah sebenar peralatan yang diperlukan perlu diberitahu secara terperinci. Jika tidak mencukupi, kerusi yang akan diturunkan dari kelas-kelas bagi menampung keperluan karnival. Encik Ridhuan memaklumkan urusan persiapan tempat ini memerlukan tenaga yang ramai bagi menjayakannya. Beliau mencadangkan setiap tempat pertandingan yang akan diadakan di SMKT diuruskan oleh satu jawatankuasa kecil yang melibatkan semua guru. Pembahagian tugas itu akan diuruskan oleh beliau dan akan diserahkan kepada guru-guru yang berkenaan Tindakan : Encik Ridhuan bin Mahussin Encik Ridhuan memaklumkan pelan susun atur tempat pertandingan diminta daripada pengelola pertandingan supaya jawatankuasa persiapan tempat dapat menyediakan peralatan yang secukupnya. Tuan Haji Osman memaklumkan kawasan sekolah agak gelap pada waktu malam dan perlu ditambah lampu supaya aktiviti pada waktu malam dapat berjalan lancar. Tindakan: Pekerja sekolah

3.3

3.4

3.5

3.6

4. Penginapan 4.1 Seramai 69 orang peserta karnival akan menginap di asrama SMKT. Pihak pengurusan asrama akan menguruskan pendaftaran pelajar-pelajar ini dan setiap pelajar akan dibekalkan kupon makanan. Pelajar-pelajar ini hanya akan makan di asrama pada waktu malam. Pengurusan asrama juga perlu menyediakan senarai keperluan asrama dan peraturan asrama kepada sekolah-sekolah yang akan menghantar pelajar mereka. Tindakan: Pengurusan asrama SMKT

5. Pengangkutan

Tuan Haji Osman memaklumkan pihak MARA dan Universiti Malaysia Pahang akan menyediakan bas untuk mengambil para pelajar sekolah di sekitar Temerloh untuk datang ke karnival ini. 6. Ucapan penangguhan Tuan Haji Osman memaklumkan mesyuarat seterusnya akan diadakan pada Khamis 22 Februari 2012 ini bagi membincangkan secara terperinci pembahagian tugas persiapan tempat. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang

5.1

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

Puan Nor Shilawati Khalib