You are on page 1of 20

KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK:

KPD 3026:PENGAJARANTEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2


LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

KUMPULAN : EL B19
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA JUNAIDA BINTI RAMLI

NO ID D20102043020

NO TELEFON 013-6356353

Nama Pensyarah: Encik Mohd Nizam Nasrifan

Tarikh Serah: 16 DISEMBER 2011

MENINGKATKAN MINAT UNTUK MENULIS DI KALANGAN MURID BERKEPERLUAN KHAS SEKOLAH RENDAH

JUNAIDA BINTI RAMLI 1. ABSTRAK.

Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan merupakan tugas mencabar bagi guru dan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas dan hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti permasalahan tentang kemahiran menulis di kalangan murid-murid berkeperluan khas di Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah rendah. Responden kajian terdiri daripada 8 orang murid berkeperluan khas dari kelas K3 Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang, Selangor Darul Ehsan. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik yang merangkumi maklumat latar belakang serta masalah yang dialami oleh murid-murid dalam kemahiran menulis. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat masalah dalam diri murid untuk menguasai kemahiran menulis antaranya ialah teknik memegang pensel, pengetahuan asas menulis, persekitaran dan kaedah pengajaran guru.

2.

PENGENALAN

Kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan amalan menerusi perkembangan peribadi dan professional seseorang guru dengan bertanggungjawab ke atas tindakan mereka dalam mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan dinamis. Oleh itu, kajian tindakan dan guru berkembang dalam aktiviti-aktiviti perkembangan kurikulum berasaskan sekolah dan perkembangan professional guru. Dalam

konteks guru dan kajian tindakan, guru yang terlibat dalam kajian tindakan selalunya ingin mengkaji konteks di mana mereka berada dan bekerja sebab mereka ingin kajian yang dijalankan memberi satu perubahan dan perbezaan dalam persekitaran kerja mereka Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu kurikulum lama yang

disemak semula pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula 2003. Tulisan adalah alat bahasa dan pemikiran yang dihasilkan melalui proses jangka masa panjang, misalnya A,B,C yang kita lihat sekarang adalah hasil rekaan manusia yang bermula daripada tamadun yang berkurun lamanya. Menurut Noorazman Mamat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di Negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan. Oleh itu murid yang tidak dapat menulis dengan baik sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan. Namun begitu bagi murid-murid berkeperluan khas kemahiran menulis adalah bertujuan untuk membolehkan mereka menulis perkara-perkara asas seperti nama dan butir diri supaya dapat berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Ini adalah kerana berdasarkan Buku Panduan Am kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2003), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh yang demikian guru perlu memahami keperluan murid berkeperluan khas di dalam program pendidikan khas integrasi bagi mengatasi permasalahan menguasai kemahiran menulis.

3.

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini, objektif umum kajian adalah untuk mengenalpasti masalah dalam kemahiran menulis bagi murid-murid di kelas pendidikan khas sekolah rendah. Manakal objketif khusus kajian adalah: 1. Mengenalpasti masalah menguasai kemahiran menulis bagi murd-murid K3 di kelas pendidikan khas 2. Sejauh mana persepsi murid terhadap pengajaran guru dalam pengajaran menulis. 3. Mengenalpasti aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis oleh guru pendidikan khas.

4.

MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN

Saya merupakan seorang guru yang telah berkhidmat selama hampir 18 tahun. Namun begitu saya mula berkhidmat sebagai guru pendidikan khas bermula dari tahun 2007 hingga sekarang. Terdapat banyak perbezaan pendekatan pengajaran di antara mengajar di aliran perdana dan di kelas pendidikan khas. Masalah menguasai kemahiran menulis bagi murid di aliran perdana mungkin dialami semasa murid berada di tahun 1 sahaja, namun bagi murid di kelas pendidikan

khas masalah ini merupakan masalah yang besar. Ada di kalangan murid yang langsung tidak dapat menulis sehingga tamat persekolahan di sekolah rendah bagi kelas pendidikan khas. Ini amat mendukacitakan saya dan saya mengambil langkah ini untuk menyelesaikan masalah tersebut. Berdasarkan pemerhatian di dalam kelas, saya dapati kebanyakan murid saya mengalami kesukaran untuk menulis. Ini terbukti apabila saya meminta murid untuk menulis di papan putih di hadapan kelas. Murid hanya ke hadapan kelas memegang alat tulis dan tersengih-sengih tanpa menulis apa-apa di papan putih. Apabila saya menyuruh untuk menulis murid akan mengatakan tidak tahu. Oleh itu murid yang tidak dapat menulis akan berasa bosan apabila ada aktiviti yang melibatkan menulis di dalam kelas malah ada yang mengganggu rakan lain menyebabkan secara tidak langsung menggangu proses pengajaran saya di dalam kelas.

5.MERANCANG TINDAKAN Saya merancang tindakan ini bertujuan untuk membolehkan murid K3 sekurang-kurang dapat menulis huruf dengan cara meniru tulisan yang diberikan. Saya yakin jika kajian tindakan ini dilakukan dengan bersunggug-sungguh dengan secara istiqamah, murid K3 dapat menulis sekurang-kurangnya nama sendiri sebelum meninggalkan sekolah rendah. 5.1 Kaedah Soal Selidik (Lampiran 1) Dalam pelaksanaan kajian ini, saya telah menjalankan soal selidik tahap penguasaan menulis terhadap kelapan-lapan murid kelas K3 pendidikan khas dengan menggunakan Kad Senarai Semak Menulis. Analisa dapatan menunjukkan 100% murid tidak dapat menulis sendiri atau tanpa tidak dapat menulis tanpa bantuan guru.

5.2 Kaedah Temu Bual (Lampiran 2) Saya juga menjalankan temu bual bagi mendapatkan kesahihan tanggapan saya bahawa murid ini tidak minat menulis. Saya telah mengadakan temubual berstruktur untuk mengetahui punca masalah dan sikap mereka terhadap aktiviti menulis. Kesemua mereka mengaku tidak boleh menulis sendiri tanpa bantuan guru.

5.3 Ujian Pra (Lampiran 3) Ujian pra diberikan kepada murid untuk mengesan sejauh mana murid ini boleh menulis tanpa bimbingan guru. Hasil daripada ujian tersebut semua murid tidak dapat menulis huruf tetapi boleh melakar atau menconteng

6. MENJALANKAN TINDAKAN Peringkat pengajaran pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas.

Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihanlatihan pergerakan tangan terebih dahulu seperti mengerakkan jari diatas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan. Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.

6.1 KRONOLOGI KAJIAN TINDAKAN

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17

Aktiviti Mengenalpasti masalah dan mengumpul data Merancang Tindakan Melaksanakan tindakan Aktiviti1 Bincang masalah dalam aktiviti 1 dalam panitia Melaksanakan tindakan Aktiviti 2 Bincang masalah dalam aktiviti 2 dalam panitia Melaksanakan tindakan Aktiviti 3 Bincang masalah dalam aktiviti 3 dalam panitia Melaksanakan tindakan Aktiviti 4 Bincang masalah dalam aktiviti 4 dalam panitia Melaksanakan tindakan Aktiviti 5 Bincang masalah dalam aktiviti 5 dalam panitia Melaksanakan tindakan Aktiviti 6 Bincang masalah dalam aktiviti 6 dalam panitia Melaksanakan Peperiksaan Akhir Tahun Refleksi Kajian Menulis Laporan Kajian

6.2 LATIHAN PRATULISAN

6.2.1 Latihan-latihan Pergerakan Tangan Dalam latihan pergerakan tangan,aktiviti seperti menggenggam dan membuka tangan beberapa kali secara berulang-ulang, menggenggam dan menghancurkan atau meronyok sehelai daun atau kertas, mengenggam dan merasa beg yang berisi kekacang dan memegang benda-benda seperti pensel dengan cara guru menunjukkan cara memegang benda-benda dengan cara yang betul. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas-

ramas jari dan sebagainya., Aktiviti seperti memasang butang baju dan sebagainya serta latihan membuka dan mengikat semula tali kasut juga merupakan latihan pergerakan tangan . Latihan menggerakkan jari ini supaya murid-murid bersedia untuk menggunakan jari bagi memegang pensel disamping sebagai latihan penggunaan otototot tapak tangan dengan aktiviti membuat bentuk daripada plastisin, tanah liat atau tepung yang dibancuh dengan air.

6.2.2 Latihan Pergerakan Tangan Yang Bebas Untuk Menulis Dengan Sempurna Aktiviti gerakan tangan secara bebas yang dilakukan oleh murid ini bertujuan supaya murid dapat menulis dengan selesa dan sempurna. Selain itu latihan membentuk garisan lurus, latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garis lurus boleh dilakukan secara bebas. Latihan melukis gambar- gambar mengandungi garisan lurus dan bulat juga termasuk dalam aspek gerakan tangan secara bebas supaya akhirnya murid dapat menulis dengan lebih sempurna. Aktiviti bagi tangan juga boleh dilakukan melalui aktiviti melukis bentuk bebas menggunakan jari di udara, di meja, di lantai, di rumput tanpa menggunakan alat tulis seperti membentuk bulatan, menulis bentukbentuk di atas pasir atau tanah. Aktiviti merasa huruf sebenar dalam bentuk 3D, Huruf kertas pasir. Membuat rantai secara bebas turut membantu murid membentuk huruf akhirnya.

6.2.3 Latihan Pergerakan Mata Latihan bagi mata seperti menutup kedua-dua mata murid dengan tangan, membuka mata dan menyebut benda-benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Aktiviti seperti menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Aktiviti lain seperti menyebut benda-benda pelbagai saiz yang dipegang oleh guru. Seterusnya guru boleh menyuruh murid menyebut warna benda atau menyebut bentuk asas objek. Latihan Kordinasi Mata dan Tangan Aktiviti mengelas benda mengikut golongan atau kumpulan merupakan latihan bagi kordinasi mata dan tangan. Aktiviti aktiviti lain yang boleh dilaksanakan seperti menyusun , mencantum dan mewarna gambar yang diselaras mengikut urutan. Aktiviti lain dalam aktiviti kordinasi mata dan tangan ialah mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf, memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa, mencari

sejumlah benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan dan juga aktiviti membuat garisan lurus dari atas ke bawah dan sebaliknya. Latihan mewarna dari kiri ke kanan dan sebaliknya juga dapat melatih murid bagi kordinasi mata dan tangan. Setelah muridmurid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Bermula di kertas kosong tanpa garisan, diikuti latihan membentuk huruf pada garisan, di mana peringkat ini ialah peringkat menulis mekanis.

6.3 Kegiatan pra tulisan yang telah dijalankan

6.3.1

Mari Menabung (Aktiviti 1) Alat yang diperlukan: Kotak kasut yang salah satu sisinya mempunyai lubang, pstikan lubang berada tidak sejajar/searah satu dengan lainnya, hal ini agar permainan lebih bervariasi dan bertentangan. Duit syiling/butang baju (lebih baik jika dengan pelbagai ukuran) Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), koordinasi mata tangan, serta melatih kecekapan dan kelembutan jari tangan serta pergelangan tangan (bila anak mencuba memasukkan duit syiling /butang baju dengan pelbagai posisi lubang.

6.3.2

Membantu menjemur (Aktiviti 2) Alat yang diperlukan: Penyepit kain Gambar kanak-kanak/ saputangan/stokin Tali diikat diantara dua kerusi Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), melatih kekuatan jari-jari dan koordinasi dua tangan serta koordinasi mata-tangan.

6.3.3

Memasukkan kacang hijau ke dalam penyedut air plastik (straw)-Aktiviti 3 Alat yang diperlukan: Penyedut air plastic(straw) dan kacang hijau Permainan melatih pola pegang alat tulis, koordinasi dua tangan, koordinasi mata-tangan, melatih kecekapan dan kelembutan jari tangan serta melatih konsentrasi dan kesabaran

6.3.4

Menguli dan membuat rekaan menggunakan doh(Aktiviti4) Alat yang diperlukan: Tepung gandum,garam,pewarna dan sedikit minyak Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan.

6.3.5

Melakar bentuk (objek/ huruf/ nombor) menggunakan jari telunjuk di atas permukaan berlainan seperti di udara dan di pasir. (Aktiviti 5) Alat yang diperlukan: Pasir,besen atau bekas yang besar. Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil.

6.3.6

Menyambung Titik (Aktiviti 6) Alat yang diperlukan : Pensil,pensil warna, kertas putih. Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan.

Refleksi Pada awal kajian ini, saya dapati murid kurang memberi kerjasama dan perhatian semasa aktiviti menulis dijalankan. Apabila saya menyuruh murid menulis, mereka tidak berbuat apaapa dan menyatakan tidak tahu menulis. Mereka termenung dan ada yang mengganggu rakan lain jika guru mengadakan aktiviti menulis. Saya telah membuat teguran dan memaksa mereka menulis. Malangnya ada di kalangan mereka tidak dapat memegang pensel dengan betul. Saya dekati mereka disamping melakukan aktivit-aktiviti pratulisan. Selepas beberapa siri pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah aktiviti pratulisan, mereka telah menunjukkan respon yang positif. Mereka mula minat untuk menulis walaupun tidak berapa sempurna. Aktiviti sensori motor yang saya jalankan banyak membantu murid untuk memegang pensel dengan betul. Setelah beberapa sesi yang melibatkan sensori motor saya jalankan, murid di dapati dapat memegang pensel dan dapat menulis dengan bebas seperti membuat bulatan, garisan lurus dan bengkang bengkok. Malah murid lebih berminat menulis apabila saya gunakan kaedah menyambung titik bagi huruf-huruf yang telah saya ajar.

Penutup/Rumusan Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan terdapat perubahan positif di kalangan murid dan saya rasa cara ini amat sesuai bagi murid berkeperluan khas untuk menulis dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya juga berhasrat untuk mempertingkatkan lagi aktiviti agar boleh meransang murid untuk menulis tanpa ada rasa paksaan dan sekurangkurangnya murid boleh menulis nama sendiri sebelum meninggalkan alam sekolah rendah. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Sesungguhnya guru yang kreatif akan dapat melahirkan murid yang bersemangat untuk belajar seperti pendapat yang mengatakan jika guru mengajar tanpa alat, murid belajar dengan ralat

LAMPIRAN 1

BORANG SOAL SELIDIK MENINGKATKAN MINAT UNTUK MENULIS DI KALANGAN MURID BERKEPERLUAN KHAS SEKOLAH RENDAH SK BANDAR BARU RAWANG SOAL SELIDIK MURID (Soalan dibacakan kepada murid kerana murid berkeperluan khas ini tidak dapat membaca) Bahagian A : Maklumat Peribadi Sila tandakan () pada ruang yang berkenaan 1. 2. Jantina : Lelaki ( Etnik : Melayu ( Cina ( India ( ) ) ) ) Perempuan ( )

Lain-lain (Sila nyatakan :.......................................)

3.

Kedudukan anak yang ke berapa dalam keluarga Sulung Bongsu Nombor dalam keluarga (Nyatakan:.......................) ( ( ( ) ) )

4.

Agama Islam Kristian Budha Hindu Lain-lain ( ( ( ( ( ) ) ) ) )

5.

Pekerjaan bapa Kakitangan kerajaan ( Peniag ( ) )

Buruh Pekerja Kilang Lain-lain

( ( (

) ) )

6.

Pekerjaan ibu Kakitangan kerajaan Peniaga Pekerja Kilang Surirumah Lain-lain ( ( ( ( ( ) ) ) ) )

7.

Apakah yang dilakukan pada masa lapang Membaca Menulis Bermain Menonton televisyen ( ( ( ( ) ) ) )

8.

Matapelajaran yang diminati Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengurusan Diri Kemahiran Hidup ( ( ( ( ) ) ) )

9.

Adakah anda suka pergi ke sekolah Ya Tidak Kenapa ? ( ( ) )

....................................................................................................................

LAMPIRAN 2

SOALAN TEMUBUAL 1. Bagaimana anda datang ke sekolah? ............................................................................................................................................. 2. Siapakah kawan baik anda ? ............................................................................................................................................. 3. Siapakah guru yang paling anda suka ? ............................................................................................................................................. 4. Adakah anda suka menulis? ............................................................................................................................................. Kenapa? ............................................................................................................................................. 5. Di antara ahli keluarga anda siapakah yang anda paling rapat? ............................................................................................................................................. 6. Jika anda tidak hadir ke sekolah apakah yang anda lakukan? ............................................................................................................................................. 7. Keadaan pembelajaran yang macam mana yang dapat menarik anda untuk belajar? .............................................................................................................................................

LAMPIRAN 3

Padankan gambar yang sama

You might also like