You are on page 1of 4

PERAYAAN RUMAH TERBUKA MALAYSIA Rumah terbuka atau open house sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan

di negara ini termasuk Deepavali, Tahun Baru cina, Hari Natal dan juga Hari Raya Aidilfitri. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka, sehingga seluruh lapisan dan pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim alam kalangan pemimpin masyarakat, jabatan kerajaan dan swasta, individu, persatuan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) . Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia. Rumah terbuka tidak bertujuan untuk mengembangkan agama kepada penganut agama lain. Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum atau agama diangkat sebagai perayaan utama Negara. Ia dikenali sebagai Rumah Terbuka Malaysia dan diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat melalui perkongsian perayaan dalam suasana yang aman dan harmoni. Biasanya rumah terbuka disambut di padang atau dalam dewan. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang diraikan oleh masyarakat beragama Islam setelah mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang juga mengandungi pelbagai nilai tradisi. Bagi kaum Cina, Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai merupakan perayaan adat tradisi yang dirayakan bagi menyambut tahun baru bagi kalendar cina. Kaum India yang beragama Hindu pula meraikan pesta cahaya yang dikenali sebagai Deepavali. Bagi kaum Borneo khususnya di Sarawak mereka meraikan Gawai Dayak sebagai perayaan kaum yang bersifat adat tradisi. Begitu juga dengan kaum Kadazan Dusun di Sabah yang merayakan Tadau Kaamatan sebagai perayaan tradisi bagi menyambut kesyukuran selepas musim menuai. Bagi penganut Kristian perayaan Krismas atau Hari Natal disambut dengan meriahnya di seluruh negara. Amalan Rumah Terbuka yang diwujudkan memberi banyak kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. Perpaduan yang terjalin sekaligus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Bangsa. Selain itu amalan rumah terbuka memberi makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk megelak sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Ia juga

dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Itulah uniknya amalan rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada kita untuk berkunjung ke rumah tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi. Amalan rumah terbuka juga memperlihatkan pemimpin negara sendiri dapat bergaul mesra dengan rakyat, dan rakyat berpeluang untuk bertemu sendiri dengan pemimpin kesayangan mereka secara lebih dekat atau berjabat tangan tanda kemesraan. Di sinilah petemuan menarik yang mempunyai nilai sentimental yang mempunyai nilai yang amat tinggi nilainya kepada rakyat yang jelas menganggap mereka amat dihargai sebagai penyokong dasar dan kepimpinan negeri serta bangsa. Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat serta pemimpin sendiri amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum memahami budaya budaya kaum-kaum lain. Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Sebagai contoh orangorang India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya merayakkan sambutan Aidilfitri bersamasama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Ini dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Ini sekaligus dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri penganjuran rumah-rumah juga merupakan persembahan kepada pelancong asing yang datang melancong di negara kita untuk mengalami dan memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di

negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. Bagi mencapai matlamat untuk menentukan keberkesanan program program Rumah Terbuka kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan menggalakkan kesemua pemimpin

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, ketua-ketua kaum, badan-badan persatuan dan persatuan lain supaya menganjurkan rumah-rumah terbuka atau perayaan lain yang berkaitan dengannya. Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia Hari Raya Aidilfitri pada 6 Januari 2001 di Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Selain itu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina

pula telah diadakan pada 4 Februari 2001 di Pulau Pinang, di tengah-tengah Kota Georgetown dengan dihadiri oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan keluarga masing-masing. Antara perayaan lain termasuklah Pesta Kaamatan di Kota Kinabalu,Sabah pada 31 Mei 2001, Hari Gawai di Kuching Sarawak pada 9 Jun 2001, Deepavali di Kuala Lumpur Oktober 2001 dan Krismas pada Disember 2001. Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan bahasa, agama, dan budaya yang berlainan. Dengan adanya rumahrumah terbuka ini cenderung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mencerminkan identiti masyarakat yang harmonis di mata pelancong asing. Hal ini demikian kerana terdapat negara-negara lain yang mempunyai penduduk majmuk seperti di negara kita juga, gagal untuk mencapai tahap perpaduan. Malah rakyat negara berkenaan saling bercakaran sesama diri. Asal usul majlis rumah terbuka ini dapat dirintis kembali kepada ada budaya dan konsep seruan beragama anutan setiap kaum yang terdapat di Malaysia. Tanpa mengira manmana perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,atau Hari Natal masingmasing tetap meyambutnya dengan cara tersendiri. Sesungguhnya proses pembudayaan yang wujud dalam konsep rumah terbuka menyaksikan pertembungan dua atau lebih budaya. Ini menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan penyerapan unsur-unsur kebudayaan oleh sesuatu kaum minoriti kepada kaum majoriti. Sebagai contoh banyak unsur melayu akan diterima secara tidak langsung sebagai unsur-unsur budaya kepada kaum lain seperti Iban, Murut dan sebagainya ekoran perayaan sering diadakan saban tahun. Amalan rumah terbuka memdedahkan semua kaum kepada kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia. Bukan sahaja dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain, dan mengeratkan hubungan silaturahim, amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain, memahami di antara satu sama lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Sikap toleransi ini sangat penting dalam mewujudkan sebuah negara yang utuh disamping mencapai matlamat menjadikan negara Malaysia sebuah negara bangsa. Simboliknya Rumah Terbuka ialah medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim termasuk jiran tetangga selain sebagai jambatan memgeratkan tali persaudaraan dan menjamin ikatan perpaduan antara kaum ke

arah hubungan yang lebih kukuh, dinamik dan harmoni. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar malah tanpa konsep rumah terbuka hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan hilang kepada generasi akan datang. Pertemuan masyarakat berbilang kaum, berbagai keturunan termasuk pelancong asing dapat dilihat terutamanya pada masa majlis terbuka kebangsaan yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia, kerajaan negeri atau Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Perayaan Rumah Terbuka

You might also like