You are on page 1of 2

Garis panduan ini telah menyenaraikan makanan dan minuman yang dilarang di kantin sekolah, iaitu:

1. Makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985. 2. Minuman ringan bergas. 3. Gula-gula, coklat dan biskut berkrim. 4. Jenis-jemis makanan yang elah dijeruk sama ada masam atau masin atau manis, basah atau kering seperti asam manis atau masin, jeruk mangga, kulit limau, jeruk halia, jeruk bawang dan lain-lain. 5. Makanan snek yang rapuh seperti crackers. 6. Semua jenis makanan yang berupa permainan atau yang dijual bersama permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain. 7. Rokok, bahan-bahan makanan yang mengandungi alkohol dan barang-barang seumpamanya. 8. Makanan yang melampaui tarikh tamat tempoh.

Selain itu, makanan dan minuman yang tidak digalakkan dijual di kantin sekolah pula ialah:

1. Makanan dan minuman yang mengandungi gula yang berlebihan seperti sirap, donat, aiskrim dan lain-lain. 2. Minuman berperisa kecuali susu berperisa. 3. Minuman yang menggunakan bahan pewarna dan perisa sintetik seperti minuman oren dan lain-lain.

Tatacara Penggunaan Murid di Kantin Sekolah 1. Pelajar mesti beratur di luar kelas selepas loceng rehat dibunyikan dan berjalan ke kantin dengan berdisiplin. 2. Pelajar mesti berbaris sewaktu membeli makanan dan dilarang membuat bising. 3. Pelajar dilarang berlari ketika berada dikantin. 4. Pelajar yang telah membeli makanan terus bergerak segera kemeja yang disediakan dan makn dengan tertib. 5. Pelajar mesti menggunakan sinki yang terdapat di kantin untuk mencuci tangan sebelum dan selepas makan. 6. Pelajar hendaklah memasukkan pinggan dan gelas yang telah digunakan kedalam bekas yang telah disediakan. 7. Pelajar hendaklah membuang bungkusan dan sisa makanan kedalam tong sampah. 8. Pelajar beredar dan balik ke kelas tepat pada waktunya.

Tatacara Penggunaan Guru di Kantin Sekolah 1. Guru mestilah bertanggungjawab memastikan kebersihan kantin terjaga. 2. Guru mestilah memastikan suasana kantin dalam keadaan terkawal. 3. Guru mestilah memastikan kemudahan kantin terpelihara dan melaporkannya jika terdapat kerosakan. 4. Guru mestilah memasukkan bekas makanan dan minuman dalam bekas yang disediakan. 5. Guru disiplin menyediakan pengawas bertugas semasa rehat. 6. Guru kantin mestilah menyediakan peraturan penggunaan kantin dan dipaparkan dikantin.

Tatacara Penggunaan Am di Kantin Sekolah 1. Mengutamakan kebersihan dan keselamatan di kantin semasa waktu rehat. 2. Mematuhi peraturan kantin.

You might also like