Dahulu telefon bimbit diaggap sebagai satu barang mewah, di mana telefon jenis ini di miliki oleh orang

kaya sahaja. Kini, telefon bimbit dijual dengan murah dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Kebaikan penggunaan telefon bimbit adalah untuk memudahkan seseorang membuat panggilan. Di samping itu, pengguna telefon bimbit dapat menghantar SMS(pesanan ringkas) dan MMS (pesanan ringkas bergambar)kepada orang lain dengan mudah dan cepat. Kemudahan ini sebenarnya dapat merapatkan hubungan antara manusia. Misalnya, syarikat Maxis, Digi dan Celcom dengan bantuan satelit dapat membantu pengguna telefon bimbit untuk menghubungi sesiapa sahaja di mana juga dia berada pada bila-bila masa. Penggunaan telefon bimbit ini juga membantu seseorang mendapatkan informasi terkini. Contohnya, keputusan permohonan ke institusi pengajian awam dapat diperolehdengan mudah tanpa membuang masa. Selain itu, telefon bimbit membolehkan muat-masuk pesanan secara langsung dalam beberapa minit sahaja. Misalnya, Jabatan Pengangkutan Jalan telah mewajibkan semua kenderaan berat untuk melekatkan no SMS di belakang kenderaan supaya mereka akan mendapat informasi mengenai pemandu yang berbahaya di jalan raya. Cara ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Sebaliknya, penggunaan telefon bimbit ini juga mempunyai keburukan. Sering terdapat gangguan daripada pihak yang tidak dikenali dan berlaku penyebaran khabar angin. Di samping itu, terdapat juga pesanan atau panggilan berunsur seks menggangu pengguna telefon bimbit, terutama wanita. Kelakuan sedemikian boleh menyebabkan keruntuhan moral dalam kalangan generasi muda. Penggunaan telefon bimbit yang keterlaluan akan menyebabkan pembaziran wang. Setiap panggilan menggunakan telefon bimbit adalah tinggi. Perbualan yang tidak penting membolehkan pengguna membazir wang. Ada pula pelajar merugikan wang ibu bapa denan berbual kosong dengan kawan. Apabila wang prepaid sudah habis, mereka akan meminta wang daripada ibu bapa untuk ‘top-up’. Kadangkala mereka meminta ibu bapa membelikan set telefon bimbit yang mahal semata-mata untuk berlagak di hadapan kawan sedangkan tujuannya untuk berkomunikasi. Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit ada kebaikan dan keburukan. Ia perlu digunakan sebaik-baiknya mmengikut keperluan.