You are on page 1of 26

BAB II

KEROSAKAN DAN KECACATAN BINAAN BANGUNAN

2.1

Pengenalan.

Kerosakan dan kecacatan binaan bangunan boleh menimbulkan pelbagai implikasi dan kesan negatif kepada semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak. Ianya bukan sahaja membahayakan nyawa pengguna, malah akan memburukkan pandangan dan nilai estetika sesebuah bangunan. Sepatutnya masalah kerosakan dan kecacatan binaan ini tidak timbul sekiranya setiap pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas memainkan peranan dan tindakan yang sewajarnya. Punca kerosakan dan kecacatan binaan seharusnya diketahui sehingga ke akar umbi, bagi memudahkan kerja-kerja pencegahan dan perancangan yang sewajarnya dilakukan bagi mengurangkan risiko kerosakan dan kecacatan. Kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan dan kecacatan binaan juga seharusnya dilakukan dengan segera bagi mengelakkan timbulnya pelbagai masalah lain.

9

Dinding Lantai Bumbung Pintu dan Tingkap . 3. kegagalan adalah suatu perlakuan yang tidak terdapat dalam perjanjian dengan keadaan stabil yang dijangka.2 Definasi. kerosakan dan kecacatan merupakan satu perkara yang biasa berlaku terutama pada struktur bangunan yang lama dan telah usang. struktur binaan sekolah yang kerap mengalami kerosakan dan kecacatan kerosakan ialah: 1. kerosakan dan kecacatan memberi erti percanggahan kualiti dan ciri-ciri daripada tahap perancangan asal atau keadaan teruk yang disebabkan oleh bahan atau khidmat yang tidak memuaskan. 2. Dalam struktur sesebuah bangunan. Kerosakan dan kecacatan ini bukan saja merosakkan pandangan mata yang memandang. Merujuk kepada British Standard 3811: 1984. 4.3 Jenis-Jenis Kecacatan Dan Kerosakan Binaan Bangunan. 2. atau ketidaksesuaian dengan penggunaan dan kegunaan struktur lengkap.10 2. Menurut Feld (1968). Terdapat pelbagai jenis kerosakan dan kecacatan yang berhubung-kait dengan binaan bangunan. malah boleh membahayakan keselamatan pengguna. atau kekurangan kebebasan daripada pembaikan yang sesuai. atau penggunaan peralatan yang dijangkakan dengan ramalan yang munasabah.

Kesan keretakan dinding bata boleh dikesan pada pepenjuru dinding. namun terdapat juga sesetengah dinding yang tidak menanggung beban seperti dinding pembahagi ruang. Dinding merupakan struktur yang menanggung beban dalam sesebuah struktur bangunan. jenis kecacatan dan kerosakan pada dinding yang kerap berlaku ialah: 1. Bahagian struktur ini merupakan bahagian yang paling kerap mengalami kerosakan dan kecacatan. Menurut Wan Norazlan (1996).3. Antara punca-punca berlakunya keretakan dinding bata ini adalah disebabkan pergerakan bawah tanah termasuklah perubahan kandungan air.1.1 Keretakan Struktur Dinding. tindak balas bahan kimia antara dinding bata. Pengelupasan 2. kegagalan ikatan dinding bata dan kuakan akibat beban berlebihan dari bumbung. Menurut Geoffrey dan Hinks (1997). Keretakan Struktur Dinding 2. Kemasan Jubin Tertanggal 5.3. . Keretakan tegasan tegangan adalah disebabkan pengembangan atau pengecutan dimana ia mempengaruhi konkrit atau bata kalsium silikat yang kering selepas proses pengilangan. pergerakan dan kegagalan asas. Lembapan Pada Dinding 4. sambungan antara struktur yang lain dan permukaan dinding sama ada dinding dalam atau luar. Keretakan Lepaan 3.11 2.1 Dinding. masalah keretakan pada dinding konkrit dan bata boleh ditentukan pada kedudukan dedahan dan kelemahan pada lapisan kerja bata.

1.12 Perubahan suhu yang ketara juga menjadi faktor keretakan struktur dinding.2 Keretakan Lepaan. Rajah 2. apabila keadaan sejuk. struktur dinding dan bata menjadi mengecut. lapisan kalis lembap akan mengalami pergerakan pada struktur dinding bata sekaligus akan menyebabkan dinding bergerak keluar daripada kedudukan asal. Rajah 2. .3. dan apabila panas struktur dinding akan mengembang dengan cepat dan akibatnya berlakulah keretakan struktur dinding.1 menunjukkan keretakan struktur pada dinding sesebuah bangunan akibat daripada perubahan suhu yang ketara.1: Keretakan struktur dinding 2. Apabila pengembangan berlaku. Keretakan struktur dinding juga boleh berlaku disebabkan oleh pergerakan sisi di sepanjang kalis lembap.

Tindak balas kimia seperti serangan sulfat akan menyebabkan keretakan dan pengecutan pada permukaan lepaan. Kapur atau klorida ini akan bertindak balas dengan air dan besi untuk membentuk karat pada besi tetulang. Keretakan kecil yang telah berlaku akan menyebabkan keretakan yang lebih besar berlaku dan membenarkan resapan air berlaku antara ruang retakan.13 Keretakan lepaan pada dinding merupakan kerosakan yang paling kerap berlaku pada sesebuah binaan. kegagalan akan berlaku sekiranya pengembangan hakisan daripada besi tetulang yang mengakibatkan pengaratan dan keretakan pada konkrit akan jelas kelihatan pada permukaan konkrit. Penggunaan kapur atau klorida yang berlebihan semasa melepa permukaan dinding merupakan salah satu faktor permukaan lepaan dinding mengalami keretakan. Ianya bukan sahaja menjejaskan pandangan malah turut boleh merosakkan struktur binaan yang lain. Sulfur dioksida dan karbon dioksida yang banyak terdapat pada udara yang kotor boleh larut di dalam air dan akan menyerang permukaan lepaan konkrit. Menurut Cook dan Hinks (1992). . Keretakan lepaan dinding adalah disebabkan oleh pengecutan semasa pengeringan atau perbezaan pergerakan. Ujian kimia telah menunjukkan bahawa dengan terdapatnya kandungan ion klorida yang pekat dalam konkrit boleh menyebabkan keretakan berlaku pada kawasan tersebut. Hasil bancuhan dan nisbah ketebalan lepaan yang tidak betul dan penggunaan bahan yang tidak berkualiti serta rosak juga menjadikan lepaan mudah mengalami keretakan dan tertanggal.2 menunjukkan keretakan lepaan pada permukaan dinding yang terhasil daripada pengaratan besi tetulang akibat daripada penggunaan kapur yang berlebihan semasa kerja melepa. Rajah 2.

Menurut Abdul Karim (1997).01mm. Kerosakan dan kecacatan pada dinding boleh terjadi disebabkan lembapan dan tanda-tanda awal kerosakan ini ialah dengan terdapatnya tompok-tompok berwarna pada dinding. Apabila hujan mengenai permukaan dinding telap. ia akan diserap masuk ke dalam dinding oleh sedutan kapilari dan nilai serapan kebiasaannya bergantung kepada keamatan hujan dan kualiti serapan.1. Tekanan angin sahaja mampu memasukkan air menerusi rekahan selebar 0.14 Rajah 2.2: Keretakan lepaan pada permukaan dinding 2.3. tekanan angin yang kuat amat mudah memasukkan air menerusi rekahan di permukaan dinding. . terutama sekali sekiranya sedutan kapilari yang aktir berada di dalam rekahan.3 Lembapan Pada Dinding.

pengembangan jubin boleh berlaku dan menyebabkan kemasan tersebut mengelembung dan tidak melekat pada lapisan permukaan.1.15 2.4 Kemasan Jubin Tertanggal. Daya ikatan cat kurang efektif pada permukaan yang tidak berongga.1. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh penyediaan permukaan yang lembap seperti tandas. Lembapan dan lumut yang melekat pada dasar dinding akan melemahkan daya ikatan antara cat dan dinding. Menurut Cook dan Hinks (1997). Permukaan dinding yang berlumut serta lembap juga menjadi punca pengelupasan cat pada dinding. lapisan permukaan dinding yang akan dilekatkan jubin tidak dicakar-cakar dengan alat pencakar kerana permukaan yang menggerutu akan mempunyai daya lekatan yang lebih baik daripada permukaan yang licin. dan sedikit minyak kayu keras seperti kayu jati juga akan memberi masalah yang sama.5 Pengelupasan.3. . Kemungkinan juga. Pengelupasan cat terjadi disebabkan penggunaan bahan cat yang tidak berkualiti serta tidak betul. akibatnya cat akan tertanggal. 2. Penggunaan bahan seperti kapur sebagai lapisan pertama pengecatan (undercoat) akan menyebabkan cat pada lapisan seterusnya mudah tertanggal sekiranya cat tersebut terdedah kepada lembapan. pengelupasan lapisan cat terjadi akibat daripada kehilangan daya lekatan antara lapisan cat dan permukaan asas. Kemasan jubin boleh tertanggal sekiranya daya lekatan antara dinding dan jubin sudah tiada lagi.3.

Proses pembinaan hardcore yang salah juga menjadi punca utama lantai konkrit retak. Hardcore yang kurang padat ini akan mendap dan memadat secara semulajadi apabila beban dikenakan ke atasnya.3. Menurut Wan Norazlan (1996) jenis kecacatan dan kerosakan yang kerap berlaku pada lantai atau papak adalah seperti berikut: 1. . kerana struktur ini merupakan struktur yang paling kerap bersentuhan dengan manusia atau pengguna. Keretakan lantai konkrit boleh berlaku disebabkan serangan sulfat yang berterusan pada lantai. Keretakan Lantai Konkrit 2. Keretakan lantai konkrit juga boleh berlaku disebabkan hardcore pada lapisan lantai yang kurang padat. Lantai atau papak merupakan sebuah struktur yang dibina mengufuk supaya dapat menampung segala jenis beban diatasnya sama ada beban mati atau kenaan. keretakan mudah berlaku. Struktur ini merupakan struktur yang paling mudah dikesan sekiranya struktur ini mengalami kerosakan atau kecacatan.16 2.3. Kalsium aluminat yang banyak terdapat pada simen Portland dan bertindak balas dengan sulfat akan menyebabkan pengembangan berskala besar dan akibatnya.2 Lantai. Kemasan Lantai Tertanggal 2.2.1 Keretakan Lantai Konkrit. Keretakan Lepaan Konkrit 3.

17 Menurut Ransom (1981).2. Sebagai serangan yang seterusnya.2 Keretakan Lepaan Lantai Konkrit.3. . Lepaan yang dilakukan secara berperingkat akan menyebabkan pengeringan dan pengerasan lepaan yang tidak sekata.3 menunjukkan keretakan lantai konkrit sebuah bangunan sekolah akibat daripada pemendapan hardcore. akibatnya berlaku perbezaan kekuatan lepaan pada sambungan lepaan tersebut. Rajah 2. sama ada berasal daripada hardcore atau dari tanah akan lebih jelas kelihatan melalui lantai yang terangkat dan pada bingkai pintu.3: Keretakan lantai konkrit sebuah bangunan sekolah 2. Rajah 2. serangan sulfat pada lantai konkrit. Keretakan lepaan boleh berlaku apabila proses lepaan yang dilakukan terlalu luas dan dibuat secara berperingkat. kesan lengkungan pada lantai yang terangkat boleh menyebabkan permukaan lantai konkrit meretak dan seterusnya berlaku pergerakan pada dinding luar.

Kesan pengecutan daripada pengeringan yang kerap antara campuran akan mengurangkan kekuatan ikatan dalam jangka masa panjang. masalah utama pada lantai konkrit adalah kegagalan dalam pengecutan konkrit semasa ia kering dan akan lebih cenderung untuk meretak melalui tekanan pada permukaan antara lapisan lantai dan kemasan.18 Menurut Ransom (1981). Selain itu. Keretakan biasanya terdapat dalam proses pengawetan yang lemah dan jangka masa pendek.2. sebelum perekat dipasangkan pada kemasan. atau lepaan yang banyak menggunakan simen. 2. serangan sulfat yang bertindak balas dengan bahan lain akan menyebabkan keretakan lepaan lebih ketara. Bahan perekat akan hilang sifat lekatannya apabila lembapan terperangkap antara lantai dan bahan perekat. kecacatan pada kemasan boleh berpunca daripada ikatan antara permukaan lepaan.3. dinding tersebut seharusnya dicakar-cakar dengan alat pencakar supaya dinding tersebut menjadi lebih kesat dan daya lekatan antara dinding dan kemasan menjadi lebih kuat. . parket dan sebagainya boleh tertanggal daripada permukaan lantai diakibatkan kurangnya daya lekatan antara lantai dan bahan perekat.3 Kemasan Lantai Tertanggal. Kemasan seperti terazo. Menurut Cook dan Hinks (1997). Ini kerana simen banyak mengandungi kalsium aluminat yang boleh bertindak balas dengan sulfat dan mengakibatkan keretakan. Keretakan lepaan lantai konkrit juga boleh berlaku disebabkan campuran lepaan yang salah. Sepatutnya. mozek seramik. Kesan ini lebih ketara lagi apabila kemasan lantai tersebut berdekatan dengan tandas.

Kebocoran mudah berlaku pada genting bumbung terutama genting bumbung konkrit.3 Bumbung. Tujuan bumbung dibina adalah untuk melindungi segala struktur dan objek yang berada dibawahnya. Saiz ketebalan bumbung yang berbeza-beza bergantung kepada kilang pengeluar menjadikan kekuatan bumbung yang berbeza-beza.3. . Oleh kerana itu. Bumbung yang dibina mestilah kuat. Pemasangan dan jarak antara genting bumbung yang tidak betul akan menyebabkan kebocoran berlaku pada celah-celah tindanan genting bumbung. Kebocoran bumbung terjadi disebabkan pemasangan genting yang tidak betul. Kerosakan yang kerap berlaku pada genting bumbung ialah kebocoran. Bumbung yang lebih nipis akan menjadikan ianya lebih mudah mengalami kebocoran. Bumbung merupakan anggota struktur yang paling banyak menerima lembapan dan sinar matahari secara terus.19 2. Bebanan lain seperti kerja penyenggaraan dan sebagainya menyebabkan genting bumbung mengalami bebanan dan akibatnya keretakan berlaku.3.1 Kerosakan Genting Bumbung. Pemasangan lapisan kalis lembap yang tidak betul dan kurang ketebalannya menjadikan bumbung lebih mudah bocor apabila hujan lebat. ringan serta tahan lasak terhadap panas dan hujan.3. Kebocoran ini sekaligus akan menyebabkan lembapan yang tinggi pada ruang struktur bumbung dan akan mengundang serangan kulat pada stuktur bumbung. bumbung dibina paling atas berbanding struktur yang lain. 2.

20 Menurut Abdul Karim (1997).4 Pintu Dan Tingkap.3.4 menunjukkan kerosakan pada bumbung akibat daripada kebocoran melalui pertemuaan dua cerun bumbung. Talang atau alur limpah tersumbat. Kebocoran melalui pertemuan dua cerun bumbung. 2. 3. Rajah 2. 4. terdapat pelbagai kerosakan bumbung yang berkaitan dengan kebocoran. Kebocoran ini lama kelamaan memberi kesan kepada struktur bumbung terutama pada struktur bumbung yang diperbuat daripada kayu. Kebocoran melalui flashing. Kebocoran melalui genting. antara kebocoran yang kerap berlaku ialah: 1. Rajah 2. .4: Kebocoran melalui pertemuan dua cerun bumbung 2.

5 menunjukkan pereputan pada pintu kayu sesebuah sekolah akibat daripada terdedah kepada panas dan lembap. pada asalnya berwarna coklat lamakelamaan akan bertukar menjadi kehitam-hitaman. tegar. pintu. 2. Ini menandakan serangan kulat akan terjadi sekiranya langkah pencegahan tidak diambil. Kayu pada pembinaan sekolah hanya dijadikan sebagai bingkai tingkap. kerana kos pembaikan adalah hampir sama dengan kos memperbaharui. bingkai pintu. Kerosakan pada struktur pintu dan tingkap hanya terjadi disebabkan beberapa faktor. Kayu yang telah terdedah kepada lembapan.4. Kayu kebiasaannya dijadikan bahan pelengkap bangunan dan jarang sekali menanggung beban yang berlebihan.1 Pereputan Pintu Dan Tingkap. . Rajah 2. dan beberapa elemen lain. kerana kayu bersifat mudah rapuh.21 Kayu merupakan bahan yang paling mudah mengalami kerosakan. Lembapan yang berpanjangan akan menyebabkan isi kayu mengembang dan sekaligus akan menyebabkan ira kayu menjadi rapuh. dan mempunyai ketumpatan yang rendah.3. antaranya lembapan dan serangan agen perosak. Pereputan ini terjadi disebabkan struktur tersebut mengalami dan terdedah kepada lembapan dan panas. Kebiasaannya pintu dan tingkap yang rosak ini tidak akan diperbaiki. Pereputan pintu dan tingkap akan terjadi sekiranya terdapat rongga dan ketumpatan pada kayu semakin berkurang.

22 Rajah 2.3. malah ianya boleh menyerang sewaktu kayu tersebut kering.4. . Serangan agen perosak boleh terjadi sekiranya terdapat lembapan pada tisu-tisu kayu tersebut. Agen perosak seperti kulat mudah menyerang pada tisu-tisu kayu yang telah lemah ini dan mengakibatkan pereputan kayu.5: Pereputan pada daun pintu sesebuah sekolah 2. Kulat ini bukan sahaja boleh menyerang kayu tersebut ketika lembap.2 Serangan Agen Perosak. Cendawan reput kering merupakan agen perosak yang menyerang kayu sewaktu kayu tersebut masih kering. Tanda-tanda stuktur kayu tersebut diserang cendawan reput kering ialah dengan terdapatnya tompokan coklat serta berhabuk dan lama-kelamaan kayu tersebut akan pecah.

Setelah diselidiki. Kurang Pengawasan 4. Kecuaian 6. Kelemahan Kontraktor 3. Kelemahan Perunding 2. untuk hidup dan membuat lubang pada kayu. Larva yang akan menetas daripada kepompong ini akan memakan sel-sel kayu tersebut sebagai sumber makanannya. Kelembapan 8. Pergerakan Tanah 7. 2. Serangga ini akan menyerang kawasan di mana terdapatnya lubang atau rekahan yang menjadi kegemaran utama serangga ini untuk bertelur. Antara punca-punca kerosakan struktur binaan yang telah dikenalpasti ialah: 1. Agen Biologi .23 Merujuk kepada Cook dan Hinks (1997). terdapat banyak kerosakan dan kecacatan binaan bangunan yang dapat dihindarkan sekiranya pengetahuan terhadap punca-punca kerosakan telah diketahui. kerosakan struktur dalaman utama kayu adalah berpunca daripada larva serangga yang tertarik terhadap glukosa daripada sel kayu. Kualiti Bahan Yang Rendah 5. Serangan serangga seperti kumbang tanduk dan serangga perabut menjadi faktor utama kerosakan pada struktur kayu.4 Punca-Punca Kecacatan Dan Kerosakan Binaan Bangunan. akibatnya kayu tersebut menjadi rapuh dan berongga. Radiasi Sinar Matahari 9.

Namun begitu pihak perunding tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Namun begitu pihak kontraktor sering kali dikaitkan dengan punca kegagalan akibat daripada proses dan teknik pembinaan yang tidak betul. Pihak perunding atau consultant merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk stuktur binaan supaya tahan lama serta selamat untuk diduduki. Gagal dalam menaksir beban dan beban gabungan 3. pihak kontraktor pula akan mengambil alih tanggungjawab untuk membina dan seterusnya menyiapkan projek binaan tersebut.4.4. Kesilapan konsep reka bentuk 2. Selepas pihak perunding mereka bentuk struktur binaan yang diyakini selamat. kesilapan reka bentuk yang dilakukan oleh pihak perunding boleh dikelaskan kepada sepuluh kategori: 1.1 Kelemahan perunding. termasuklah pemilihan perbandingan bahan 10.2 Kelemahan kontraktor. Masalah maklumat lanjut. Kekurangan maklumat lanjut 4. Komunikasi reka bentuk yang tidak jelas 7. Kekurangan struktur yang berlebihan 6. Kesilapan pengiraan 5. Gagal dalam menaksir penyenggaraan yang diperlukan atau ketahanlasakan 8. Kesilapan dalam penggunaan perisian komputer 9.24 2. . Spesifikasi bahan yang tidak konsisten dan tidak mencukupi atau kualiti kerja di luar jangkaan 2. Menurut Carper (1997).

Ini adalah akibat daripada kekurangan kemahiran. Kurangnya penyelia tapak akan menyebabkan proses pembinaan tidak akan berjalan dengan lancar. ini akan menjadikan projek binaan tersebut tidak terurus dan sekaligus akan meningkatkan kesilapan dalam pembinaan. Penipuan juga biasanya terjadi di tapak bina.4. penggunaan bahan yang salah. .25 Menurut Crocker (1990). Penipuan terhadap bahan binaan juga akan dapat dikurangkan sekiranya penyelia tapak sentiasa berada di tapak bina untuk memerhatikan dan menegur sebarang kesilapan yang dilakukan oleh pekerja binaan. Kontraktor yang tidak berpengalaman dalam mengendalikan projek menjadi punca utama kegagalan dalam stuktur binaan berlaku. Menurut McKaig (1962). atau kekurangan pengetahuan terhadap perlaksanaan pada sesetengah kerja yang tertentu.3 Kurang pengawasan. Penyelia perlu memastikan setiap bahan binaan dan prosedur pembinaan adalah seperti yang dirancangkan. menggunakan pekerja yang tidak berpengalaman dan sebagainya. Antara penipuan yang kerap berlaku adalah penggunaan kualiti bahan yang rendah. Kekurangan modal menjadikan pihak kontraktor mengurangkan pekerja yang berpengetahuan seperti penyelia tapak dan jurutera. kegagalan binaan yang berkaitan dengan pekerja-pekerja binaan adalah dengan terdapatnya kekurangan pada pekerja buruh binaan pihak kontraktor. keperihatinan dan minat. kecuaian dan pengabaian kerap berlaku kerana orang yang bertanggungjawab tidak menyelia kerja dengan sebaiknya dan mereka tidak sedar akan kadar keperluan keselamatan di tapak bina. 2.

4. . Penggunaan bahan yang tidak berkualiti akan dapat menjimatkan kos pembinaan. penuangan. 2. pemadatan dan pengawetan terhadap konkrit. dan sekiranya digunakan ikatan antara konkrit tidak kuat dan keretakan akan berlaku. Kecuaian ini bukan sahaja boleh mendatangkan kerosakan dan kecacatan pada binaan malah boleh mendatangkan bahaya kepada individu itu sendiri.4. misalnya simen yang telah keras akibat terdedah kepada lembapan tidak boleh digunakan semula kerana partikel simen tersebut tidak akan dapat bersebati dengan bancuhan konkrit.26 Seharusnya penyelia tapak akan menyelia tapak dari awal sehingga projek itu selesai diserahkan kepada pengguna. tetapi penggunaan bahan yang tidak memenuhi piawaian boleh mendatangkan impak jangka masa panjang dan boleh menjejaskan struktur binaan yang lain. Penggunaan bahan yang telah rosak juga boleh mendatangkan dan menjejaskan struktur binaan yang lain. 2.4 Kualiti bahan yang rendah.5 Kecuaian. ketahanan konkrit terhadap kerosakan dan kecacatan adalah bergantung kepada penggunaan kualiti bahan. Menurut Chudley (1981). Sifat cuai merupakan sifat yang biasanya ada pada setiap manusia. campuran rekabentuk yang mencukupi dan kualiti pekerja dalam mencampur bahan binaan.

terutama sekali apabila projek telah berjalan dengan lancar dan selepas kerja-kerja pembinaan asas dilakukan. Menurut Ransom (1987).27 Kecuaian ini bukan sahaja boleh berlaku pada buruh sahaja.1 Kesan-Kesan Lain Pergerakan Bawah Tanah. Rajah 2. Apabila kandungan air pada tanah hilang.4. 2. perubahan kandungan air pada tanah boleh menyebabkan tanah tersebut mengalami perubahan beban daripada asas dan bangunan pencakar langit. antara beban yang dikenakan pada tanah dan tekanan yang bertindak antara partikel tanah tersebut. Kandungan air pada tanah lebih cenderung untuk keluar daripada tanah dan partikel tanah tersebut akan bergabung bersama. 2. . malah jurutera dan penyelia tapak turut tidak terlepas daripada melakukan kecuaian.6. Sekiranya bawah tanah mengalami mampatan atau pengukuhan. Akar pokok ini biasanya akan masuk ke celah-celah asas yang telah dibina akibatnya. partikel tanah tersebut akan cenderung untuk bergabung bersama atau pemadatan berlaku. berlaku pergerakan pada asas dan sekaligus akan menyebabkan kerosakan pada lantai dan dinding. asas akan mengalami mendapan sehingga tanah tersebut mencapai keseimbangan (equilibrium). Kebiasaannya tanah jenis tanah liat akan cenderung untuk melakukan pergerakan yang besar kerana tanah jenis ini dapat menyerap dan mengalirkan lebih banyak lembapan.6 Pergerakan Tanah.6 menunjukkan bagaimana akar tumbuhan boleh menyebabkan kerosakan pada struktur binaan bangunan. Pergerakan bawah tanah juga boleh berpunca daripada akar pokok yang besar yang berhampiran dengan bangunan.4.

apabila akar dan batang pokok ditebang sebelum bangunan dibina. Setelah berlakunya pereputan. Sekiranya asas didirikan pada bahagian atas akar pokok ini. Namun begitu kadar kerosakan dan kecacatan yang diakibatkan oleh lembapan boleh dikurangkan.4.6: Akar tumbuhan yang menyebabkan kerosakan dan kecacatan 2. Keadaan basah dan lembap dalam binaan bangunan merupakan salah satu masalah yang umum dan tidak dapat dihindarkan. dalam jangka masa panjang akar pokok yang dahulunya kuat dan kukuh akan mereput. . masalah besar dalam binaan boleh berlaku apabila pengecutan tanah yang terlampau kering melalui lembapan yang telah hilang dengan tumbuhan yang berdekatan. isipadu dan jisim akar pokok ini akan menjadi kurang dan tanah tersebut lama kelamaan akan menggantikan akar pokok yang mereput itu. Malaysia ialah sebuah negara yang mengalami iklim panas-lembap tropika sepanjang tahun. Rajah 2.7 Kelembapan. maka mendapan lebih mudah berlaku dengan kehadiran beban dari bangunan. Mengikut Ransom (1987) lagi.28 Menurut Ransom (1987).

4.7. Kelembapan akan menimbulkan banyak masalah terhadap sesebuah bangunan dan juga kepada penghuninya. siling akan menjadi lembut dan tanggal. keadaan basah dan lembap dalam sesebuah bangunan boleh mendatangkan kesan-kesan berikut: . 4.1 Faktor Penyebab Keadaan Lembap. 2. terdapat banyak faktor atau punca berlakunya keadaan basah dan lembap di bangunan. Simbahan dan perembesan air hujan menerusi dinding dan bumbung. Berikut ialah beberapa faktor utama penyebab keadaan basah: 1. Bahagian yang diperbuat daripada kayu akan reput. Kemasan lantai akan tanggal dari dasarnya. 3. Menurut Abdul Majid (2002) pula. 4. Besi yang digunakan akan berkarat. Perpindahan air dari tanah menerusi lantai dan terus ke dinding. Suasana tidak sihat untuk kediaman. Kemasukan air hujan menerusi rekahan tingkap.4. Cat menggelupas dan tanggal. 8. 6. 3. di antara kesan-kesan yang sering berlaku adalah seperti berikut: 1.7. Pemasangan dawai elektrik menjadi rosak. Lepa pada tembok. Menurut Tan (1987).29 2. 7. 2. Kondensasi pada permukaan dalam bangunan yang terbentuk daripada wap air yang sedia ada dalam bangunan.2 Kesan Keadaan Lembap. Mengikut Abdul Majid (2002). 5. Permukaan bata menjadi kotor dan kadang-kadang berlumut. 2.

Menyebabkan nilai rintangan bahan-bahan binaan berkurangan. 5.8. Suhu yang tinggi boleh mempercepatkan kadar sejatan dan pemeruapan. pereputan bahanbahan kayu. Punca kerosakan seperti perubahan sukatan atau dimensi. Contoh kadar . 2. Keadaan basah juga menjadi asas serangan kulat dan lumut serta bau yang tidak menyenangkan. 2. Bertambahnya pesakit ‘rheumatism’.4. 3. penanggalan perekat penal-penal berlapis dan sebagainya. Kadar sejatan yang cepat menyebabkan bancuhan simen dan air mengeras dengan cepat dan keadaan ini akan menyebabkan daya ikatan antara campuran lemah dan sekaligus menjadi punca utama keretakan pada struktur binaan Suhu yang meningkat juga akan mengakibatkan pengembangan terhadap bahan binaan dan sekaligus boleh menyebabkan regangan atau keretakan. mengubah warna dan menanggalkan kemasan seumpama plaster dan cat.1 Kesan Suhu. 4. Punca utama kerosakan estatik bahan binaan termasuklah peroi oleh garam larutan khususnya kepada dinding telap.8 Radiasi Sinar Matahari. 2. Menambahkan kondensasi dan ketidakselesaan. Sinar matahari dipancarkan secara terus ke bumi sebagai panjang gelombang dan kebanyakan struktur luar binaan sesebuah bangunan menerima sinar matahari pada siang hari.4. Warna dan jenis bahan mempengaruhi kadar serapan cahaya matahari terhadap sesuatu struktur itu. pengaratan bahan-bahan besi. 6. bahan gypsum menjadi lembut.30 1. Kesan suhu banyak mempengaruhi kadar tindak balas dan boleh mempercepatkan proses penuaan.

iklim di Malaysia iaitu panas dan lembap sepanjang tahun.4. 2.9 Agen biologi. Ini akan menyebabkan pengecutan dan pengembangan bahan binaan secara mendadak dan sekaligus akan meningkatkan daya tegangan dan mampatan bahan binaan tersebut.2 Kesan Cuaca Seperti yang sedia maklum. .4.8. Jadual 2.1. dan kesan daripada panas dan lembap ini menjadikan perubahan suhu secara mendadak.31 pengembangan pada bahan binaan terhadap perubahan suhu menurut Ransom (1987) adalah seperti dalam jadual 2.1: Pengembangan bahan binaan akibat daripada perubahan suhu 2.

dan ianya telah dikenal pasti sebagai serangga yang paling banyak merosakkan binaan kayu di United Kingdom. Kumbang tanduk ini tidak menyerang pada kayu yang keras seperti jati ataupun kayu yang berselirat seperti papan lapis. Dalam keadaan asal (nature). Kebanyakan serangga perosak akan bertelur di celah-celah atau rekahan kayu. Hylotrupes bajulus atau kumbang tanduk (longhorn beetle) kebiasaannya akan menyerang kayu yang lembut seperti kayu getah dan durian yang kebiasaannya digunakan sebagai kasau atau kekuda bumbung.1 Serangan Serangga Perosak Menurut Ransom (1987).7 menunjukkan serangan serangga perosak terhadap bahan binaan merupakan punca berlakunya kerosakan pada binaan. serangga perosak kebiasaannya akan menyerang kayu yang mengandungi lembapan lebih daripada 20 peratus. Rajah 2.4. bahan binaan lebih lemah dan mudah diserang oleh agen biologi. 2. dan apabila larva menetas. . Dalam keadaan ini juga. rekahan kayu tersebut akan dikorek dan lubang akan dibuat sebagai makanan larva tersebut. bahan organik seperti kayu.9. kayu mengandungi 30 peratus lembapan pada suhu 20°C. digunakan secara meluas dalam industri pembinaan sama ada pembinaan kekal ataupun sementara.32 Menurut Ranson (1987). lembap dan air yang bertakung menjadi tempat dan habitat agen biologi seperti kulat. Serangga perabot seperti Anobium punctatum banyak merosakkan kemasan kayu. lumut dan serangga perosak untuk membiak. Keadaan yang gelap. dan kebiasaannya agen biologi amat sesuai hidup dan membiak pada keadaan ini.

Hyphae boleh menembusi retakan di dalam bahan seperti lepaan.4. Pembiakan fungus ini berkesan pada kayu kering dengan lembapan 30 peratus atau lebih. keadaan yang menggalakkan seperti tempat yang gelap dan tenang dengan kandungan lembapan kayu melebihi 20 peratus dan suhu sekitar 200c akan menggalakkan pembiakan fungus seperti serpula lacrymans. Setelah bakteria mula menghasilkan filament yang di panggil hyphae. ia bertindak menutup permukaan pembiakannya dalam bentuk gebuan putih yang membesar atau lapisan yang dipanggil sebagai myceileum. bata dan blok ini kerana hyphae itu tidak menghasilkan makanannya sendiri sehingga ia gagal menemui bahan kayu untuk keperluan kitaran hidupnya. Dalam keadaan yang lembap dan kering spora mudah berterbangan ke udara dan tersebar di seluruh kawasan. Menurut Ransom (1987).9.2 Serangan Kulat Dan Lumut.7: Serangan serangga perosak terhadap bahan binaan 2. . Kulat dan lumut membiak melalui penyebaran spora ke udara.33 Rajah 2.