You are on page 1of 20

Stesen televisyen di Malaysia boleh dibahagi kepada stesen yang dimiliki kerajaan Malaysia dan stesen swasta.

Televisyen percuma Radio Televisyen Malaysia TV1~ TV2 Televisyen swasta percuma Media Prima Berhad TV3 Ntv7 8TV TV9 Televisyen satelit astro

Sejarah RTM Radio Televisyen Malaysia (RTM) ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen. Kini, RTM mengendalikan 8 saluran radio nasional, 16 saluran radio negeri, dan 7 saluran radio daerah serta dua saluran televisyen. Moto utamanya dari 1987 hingga 2004 ialah 'Teman Setia Anda'. Pada 2007, RTM menguasai 17% pasaran penonton televisyen di Malaysia, di belakang Media Prima (54%) dan Astro (29%). Sejarah penyiaran radio di Malaya bermula pada tahun 1921 apabila seorang jurutera elektrik kerajaan Johor, A.L. Birch membawa masuk set radio yang pertama ke negara ini. Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor dan memulakan penyiaran melalui gelombang 300 meter. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan yang sama di Pulau Pinang dan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala Lumpur. Pada tahun 1930, Sir Earl dari Lembaga Pelabuhan Singapura memulakan siaran gelombang pendek dua kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan Rabu. Usaha yang sama turut dilakukan oleh Persatuan Wireless Tanah Melayu dengan memulakan siaran tiga kali seminggu dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur, melalui gelombang 325 meter.Pada tahun 1934 pula, Stesen ZHJ Persatuan Wireless Pulau Pinang memulakan siarannya dalam bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter. Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Sir Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott, Singapura pada 11 Mac 1937. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya sebahagian daripada Kementerian Penerangan British yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Malaysia. Berikutan serangan Jepun dan British menyerah kalah di Singapura pada tahun 1942, mereka turut mengambilalih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura. Bagaimanapun pada tahun 1945, British yang kembali berkuasa turut mengambil balik stesen-stesen berkenaan. 1 April 1946, Jabatan Siaran Radio ditubuhkan di Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran. Tercetusnya darurat oleh komunis pada tahun 1948, membawa kepada perlunya perkhidmatan radio diperluaskan dan diperkembangkan. Pada awal tahun 50-an, aktiviti penyiaran di Malaya beroperasi dari studio sementaranya di Jalan Young (kini Jalan Cenderasari) di Kuala Lumpur dan kemudiannya pada tahun 1956 berpindah ke Bangunan Persekutuan (Federal House), Kuala Lumpur. Di sinilah bermulanya bidang penyiaran negara yang terus berkembang diikuti dengan penubuhan pula beberapa stesen kawasan disamping yang sedia ada di Sarawak dan Sabah. Siaran iklan perniagaan di radio juga bermula pada tahun 1960 yang menjadi salah satu sumber hasil baru bagi kerajaan. Sesuatu yang

Disamping membeli rancangan-rancangan dari luar negeri. Pengenalan perkhidmatan warna bukan sahaja dapat memenuhi citarasa penonton yang kian bertambah tetapi juga dapat meningkatkan kualiti penerbitan rancangan. sekarang Minnal FM) di samping perkhidmatan Siaran Orang Asli dan Suara Malaysia yang sedia ada. 28 Disember 1978 merupakan satu lagi detik penting dalam sejarah penyiaran negara. Radio 5 (Mandarin. stesen-stesen di peringkat daerah juga turut ditambah. Jalan Ampang. diikuti dengan siaran warna pada rangkaian kedua pada 7 Mei 1979. perkhidmatan siaran Radio Ibukota dimulakan pada 5 November 1973. radio dan televisyen bergabung dan diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia. Perkhidmatan TV mengorak selangkah lagi apabila rangkaian kedua dilancarkan pada 17 November 1969. Menjelang dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974 pula. Radio dan televisyen berjalan seiring. Radio 2 (FM Stereo sekarang dikenali sebagai Muzik FM). perubahan sentiasa dialakukan dari masa ke semasa termasuk memperkenalkan rancangan dan format baru seperti 'phone-in-programme'. pemandu kenderaan awam dan pengangkutan serta pelajar. bidang penyiaran negara terus berkembang pesat. Dato' Hussein Onn. Di samping perkembangan pesat di peringkat ibu pejabat. Radio 3 (stesen tempatan). Di Kompleks Angkasapuri. Mengubahsuai waktu siaran dan memberikan nama baru kepada rangkaian radio seperti Radio 1 (Klasik Nasional). sekarang Ai FM) dan Radio 6 (Tamil. Penambahan waktu siaran ini bertujuan memenuhi keperluan pendengar yang sedang menjalankan tugas selepas waktu tengah malam seperti anggota keselamatan. Bidang penyiaran kemudiannya mengorak setapak lagi apabila perkhidmatan televisyen diperkenalkan pada 28 Disember 1963 dari studionya di Dewan Tunku Abdul Rahman.Perkhidmatan radio Rangkaian Nasional memulakan perkhidmatan 24 jam pada 19 April 1971.menarik untuk diketahui ialah pengenalan "INILAH RADIO MALAYSIA" mula diungkapkan oleh juruhebah serentak dengan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Begitu juga dengan televisyen. penerbitan di peringkat dalaman terus diperbanyakkan termasuk memperkenalkan pelbagai jenis pertandingan berbentuk muzik. iaitu pelancaran TV Warna oleh Perdana Menteri. bakat dan kuiz yang melibatkan penyertaan penonton . iaitu pada 11 Oktober 1969. sekarang Traxx FM). Bagi memenuhi hasrat para peminat muzik yang sentiasa memerlukan persembahan berkualiti pula. Siaran ini bertujuan memenuhi keperluan penduduk metropolitan yang semakin sibuk yang memerlukan banyak informasi terkini di samping hiburan. semua negeri sekarang sudah mempunyai stesen radio tiganya sendiri. petugas di hospital. Radio 4 (Inggeris. perkhidmatan siaran radio FM Stereo diperkenalkan pada 20 Jun 1975. Enam hari selepas itu. Begitu juga diperingkat ibu pejabat. Operasi siaran kemudiannya berpindah ke Kompleks Angkasapuri dan memulakan siaran pada 6 Oktober 1969. Pada keseluruhannya.

Tekaria dan sebagainya bukan sahaja popular kepada penonton tetapi berjaya mencungkil bakat dan melahirkan ramai artis terkenal. . Bintang RTM. jumlah pendengar dan penonton serta perolehan daripada siaran iklan telah semakin bertambah dan RTM turut mengorak langkah setapak lagi apabila RTM Net diperkenalkan pada akhir tahun 1995. Ini termasuklah penggunaan komputer sepenuhnya dalam operasi siaran yang dikendalikan dari Pusat Operasi Siaran (TOC) dan penggunaan satelit penerimaan siaran (KOMSAR). Lebih membanggakan lagi.dengan hadiah-hadiah yang menarik.Nama-nama rancangan seperti Juara Kugiran. Mahathir Mohamad pada 27 Disember 1995. Perkhidmatan ini yang dilancarkan oleh Perdana Menteri. Bakat TV. Setelah lebih 20 tahun beroperasi. Tun Dr. TV Malaysia kini boleh terus berbangga kerana menggunakan pelbagai peralatan canggih setanding dengan negara-negara maju yang lain. membolehkan semua rangkaian radio di negara ini diikuti melalui rangakaian Internet.

rancangan muzik. Buat masa ini. TV2 juga turut menerima imej dan nama baru pada 1 Januari 2005. . TV1. informasi tempatan. dan sebagainya kepada rakyat Malaysia. kemudian saluran 1). Siaran harian bermula 10 minit sebelum Azan Subuh dan berakhir pada 2:00am. buletin berita. dan rancangan hiburan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. TV1 menunjukkan ia selesa ditonton untuk paparan sekeluarga. RTM1 juga boleh didapati melalui Astro di Saluran 101 (sebelum ini saluran 5. TV1 masih bersiaran dalam VHF Gelombang pertama di kawasan luar. Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada 1 April 2006 yang bertindak sebagai medium kepada kerajaan dalam saluran yang berinformasi itu bagi menyampaikan isu semasa dan juga hiburan seperti drama. dan dioperasikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). TV1 dilancarkan pada 28 Disember 1963. saluran ini mempunyai perubahan nama slogan iaitu "Saluran Inforia" dan ditukar kepada RTM1. saluran UHF ialah 55. Ia merupakan jabatan kerajaan yang tidak mengaut keuntungan dan tiada subjek dalam siaran komersial. Selain itu. saluran VHF ialah 5. "Infortainmen" (perkataannya diambil daripada gabungan perkataan "Informasi"(perkataan Melayu) dan "Entertainment"(perkataan Inggeris). TV2 dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri. Perubahan slogan dibuat iaitu "Saluran Inforia" daripada "Saluran Infortainmen Anda" yang mana mengikut polisi kerajaan menggunakan bahasa Melayu sebaik mungkin. Di Singapura pula. Di Lembah Kelang. TV 1 sebuah stesen televisyen popular RTM telah menjenamakan saluran itu dengan imej dan nama baru kepada Saluran Inforia (dahulu Saluran Perdana) oleh Menteri Penerangan. TV1 bersiaran dalam VHF (Frekuensi Lebih Tinggi) Gelombang ke-III dan UHF. TV1 menawarkan program pendidikan. Pada 1 Januari 2006. Walau bagaimana pun. Ia merupakan saluran televisyen yang pertama dan tertua di Malaysia. merupakan usaha bagi memupuk nilai murni yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri yang mantap akan menjadi asas dan teras TV 1 yang baru ini. Siaran 24 jam hanya boleh didapati ketika bulan Ramadhan sahaja.RTM TV1 atau Radio Televisyen Malaysia 1 atau RTM1 pada 3 April 2006 merupakan stesen televisyen di Malaysia yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Penerangan. Kuala Lumpur. Usaha menjayakan penjenamaan semula RTM.

Selain itu. Kuala Lumpur. Ia merupakan saluran televisyen yang pertama dan tertua di Malaysia.RTM TV1 RTM TV1atau Radio Televisyen Malaysia 1 atau RTM1 pada 3 April 2006 merupakan stesen televisyen di Malaysia yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Penerangan. . saluran VHF ialah 5. dan dioperasikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). TV 1 sebuah stesen televisyen popular RTM telah menjenamakan saluran itu dengan imej dan nama baru kepada Saluran Inforia (dahulu Saluran Perdana) oleh Menteri Penerangan. Di Lembah Kelang. TV1 bersiaran dalam VHF (Frekuensi Lebih Tinggi) Gelombang ke-III dan UHF. TV1. Siaran 24 jam hanya boleh didapati ketika bulan Ramadhan sahaja. informasi tempatan. TV1 dilancarkan pada 28 Disember 1963. Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada 1 April 2006 yang bertindak sebagai medium kepada kerajaan dalam saluran yang berinformasi itu bagi menyampaikan isu semasa dan juga hiburan seperti drama. dan sebagainya kepada rakyat Malaysia. Di Singapura pula. TV1 menunjukkan ia selesa ditonton untuk paparan sekeluarga. rancangan muzik. Buat masa ini. saluran ini mempunyai perubahan nama slogan iaitu "Saluran Inforia" dan ditukar kepada RTM1. Usaha menjayakan penjenamaan semula RTM. Ia merupakan jabatan kerajaan yang tidak mengaut keuntungan dan tiada subjek dalam siaran komersial. buletin berita. saluran UHF ialah 55. TV2 juga turut menerima imej dan nama baru pada 1 Januari 2005. Siaran harian bermula 10 minit sebelum Azan Subuh dan berakhir pada 2:00am. TV2 dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri. Pada 1 Januari 2006. TV1 menawarkan program pendidikan. Walau bagaimana pun. Perubahan slogan dibuat iaitu "Saluran Inforia" daripada "Saluran Infortainmen Anda" yang mana mengikut polisi kerajaan menggunakan bahasa Melayu sebaik mungkin. merupakan usaha bagi memupuk nilai murni yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri yang mantap akan menjadi asas dan teras TV 1 yang baru ini. "Infortainmen" (perkataannya diambil daripada gabungan perkataan "Informasi"(perkataan Melayu) dan "Entertainment"(perkataan Inggeris). TV1 masih bersiaran dalam VHF Gelombang pertama di kawasan luar. dan rancangan hiburan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

.RTM1 juga boleh didapati melalui Astro di Saluran 101 (sebelum ini saluran 5. kemudian saluran 1).

Dunia Ria menggantikan slogan sebelum ini Saluran Emas (The Golden Channel). Usaha menjayakan penjenamaan semula RTM. RTM2 bersiaran melalui Frekuensi Lebih Tinggi gelombang ke-III. merupakan usaha bagi memupuk nilai murni yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri yang mantap akan menjadi asas dan teras TV2 yang baru ini. Pada 1 April 2006. TV Pendidikan juga dahulunya disiarkan pada hari Rabu dan Khamis waktu pagi hingga petang di RTM2 (1972 hingga 1999). . Walaupun TV2 lebih komersil. Selain itu penonton kaum Cina juga dihidangkan dengan beberapa rancangan-rancangan seperti Dim Sum Hour.RTM TV2 RTM TV2ataupun Radio Televisyen Malaysia 2 (RTM) merupakan sebuah stesen televisyen yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia di bawah naungan Kementerian Penerangan Malaysia. RTM2 dan 32 stesen radio RTM menyambut 61st Annivesary Bash tahun ini (2007). RTM1. Penyiaran televisyen Malaysia RTM 2 ini bermula pada 17 November 1969 dan menawarkan program hiburan. dan Mandarin. bersama-sama dengan RTM 1 telah dilancarkan kebali dengan imej dan nama baru: TV2 . RTM2 memulakan siaran 24 jam sehari buat pertama kalinya. Bagi bersaing dengan saluran swasta yang bertambah. Sebagai sebuah badan penyiaran kerajaan elemen-elemen seperti seks dan keganasan akan dikawal. beberapa program baru Playtime On 2. RTM 2. juga dipanggil TV 2. Di Lembah Kelang. 2 minggu selepas pembaharuan imej TV 1 oleh bekas Menteri Penerangan. Pelancaran ini dibuat pada 20 Ogos 2004. Gallery Phoenix dan Chopstick On 2. ia akan turut memikul tanggungjawab untuk mempromosikan nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi melalui variasi programnya. Tamil. bahasa Inggeris. filem dalam bahasa Melayu. menyiarkan lebih rancangan untuk sesiapa yang bangun lewat menonton televisyen. dengan siaran lemah dari Gunung Ulu Kali di saluran VHF 10 di beberapa tempat di Lembah Kelang. Whassup dan Elegance On 2 telah diperkenalkan melalui saluran berkenaan. E-Shoppers. tetapi slogannya masih sama. ia dipancarkan dari Menara Kuala Lumpur di saluran VHF 8. Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Pada pukul 5:55 pagi 3 Januari 2006. walaupun beberapa tempat di Malaysia menyiarkannya dalam UHF. RTM2 mengandaikan nama lamanya (dahulunya TV2).

Banyak penonton merasa susah hati kerana RTM tidak serius dengan liputan tersebut dan hak liputan ini seharusnya dikembalikan kepada stesen TV swasta. kemudian saluran 2). RTM2 juga boleh ditonton di Astro saluran 102 (sebelumnya di Saluran 6. saluran ini telah dikritik kerana tidak menyiarkan kebanyakkan perlumbaan F1 (hanya 7 dari 17 perlumbaan ialah siaran langsung. .Lebih terbaru. kebanyakkanya adalah siaran tertunda).

perbincangan. Amerika Syarikat saluran pertama dalam negara. dan pada hari ini ia boleh diterima di negara jiran. walaupun ada bagi saluran televisyen Malaysia yang lain. hal ehwal semasa. Lonjakan dalam populariti mendorong kepada penyenaraiannya di Papan Utama dari Bursa Saham Kuala Lumpur dalam April 1988. Kerajaan Singapura mencegah akhbar tempatan dan majalah-majalah daripada membawa susunan rancangan untuk saluran ini. . Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) atau TV3 telah diperbadankan pada 1983 sebagai televisyen perdagangan pertama di Malaysia. Dari segi pendapatan pengiklanan. (sekitar Kuala Lumpur. majalah-majalah.18. syarikat mengekalkan kedudukan kepimpinannya dan berterusan menghasilkan pertumbuhan hasil yang kukuh daripada iklan-iklan. telah terdapat satu permintaan yang seiring untuk program tempatan. bandar raya terbesar di Malaysia) pada 1 Jun 1984. TV3 telah mendahului stesen televisyen lain di Malaysia dan telah dua kali menjangkau 41% bahagian penonton (12 Januari . TV3 membuat liputan langsung Sukan Olimpik Los Angeles.TV3 TV3 ataupun Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) merupakan saluran televisyen swasta pertama di Malaysia di bawah naungan konglomerat Media Prima. Ia merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Media Prima. drama atau filem. peratusan penonton tertinggi pernah dicapai oleh sebuah stesen televisyen Malaysia. TV3 dilancarkan pada 1983 dengan tema Berita Terkini Hiburan Sensasi (First in News Best in Entertainment). dokumentari. 2003). TV3 memulakan penyiarannya di Lembah Klang. TV3 juga merupakan stesen perdagangan pertama di Ghana dengan menubuhkan TV3 Network Ltd. Tidak lama kemudian liputannya meningkat ke seluruh negara. Pada Julai 1984. saluran ini menimbulkan kontroversi kerana menyiarkan rancangan-rancangan dalam bahasa Kantonis.5 Julai. TV3 terus meningkatkan perkakasnya untuk pengeluaran dan transmisi. sukan. 2003 dan 29 Jun . dan kakitangannya menerima latihan dan pendedahan berterusan dalam penerbitan televisyen. Dengan satu asas yang kukuh pengeluar televisyen telah merevolusikan pengeluaran kandungan tempatan untuk tahap mengkagumkan dalam industri siaran. termasuk berita. Dengan pemulihan ekonomi Malaysia. Semenjak pelancarannya. sama ada sebagai satu saluran daratan atau melalui satelit. Di Singapura. antara dialek-dialek Cina yang diharamkan pihak berkuasa media Singapura sebagai langkah memupuk penggunaan bahasa Mandarin di kalangan rakyatnya. Ini membolehkan TV3 untuk kekal sebagai penyiar komersial persendirian yang terkemuka.

Stesen TV3 telah menjadi perintis fesyen dengan menghasilkan pengeluaran rancangan tempatan berkualiti dan telah manarik perhatian dan kesetiaan penonton Malaysia. saluran UHFnya ialah 29. . Penguasaan penonton Cina adalah kurang berbanding penonton Melayu kerana penonton Cina lebih banyak menonton saluran RTM2. Di Lembah Kelang.TV7(Dahulu di kenali sebagai ntv7) dan Astro Hua Hee Tai (Saluran Berbahasa Hokkien). TV3 kini bersiaran dalam UHF(Frekuensi Ultra Tinggi). TV3 terus melabur dalam pekerja dan peralatan bagi menghasilkan kandungan tempatan yang berkualiti. tetapi ia juga boleh didapati di Lembah Kelang dalam VHF (Frekuensi Lebih Tinggi) gelombang ke-III Saluran 12. Percaya bahawa kandungan tempatan adalah caranya. stesen juga menyiarkan satu rancangan asing yang berkualiti. TV3 juga boleh didapati di Astro saluran 103. Bagaimanapun.8TV.

Di Lembah Klang . Konsep berdasarkan pelantikan juga baru bagi industri penyiaran Malaysia. yang dihasilkan oleh produksi tempatan serta beberapa program dari luar negara. Selepas beroperasi pada 7 April 1998. Siaran berita juga disediakan dalam tiga bahasa iaitu Edisi 7. Moto ntv7 ialah Saluran Ceria Anda ('Home Of Feel Good' atau '感覺美好'. menentukan bila sebuah program ditempatkan dalam jadual TV. ntv7 menyiarkan pelbagai jenis rancangan contohnya drama. dan dikendalikan oleh pasukan pengurus jenama.Ntv7 ntv7 merupakan salah sebuah televisyen swasta ketiga di Malaysia yang menawarkan rancangan dalam Melayu. komedi (sitkom). seperti siapa yang menonton dan bila. . Penyiaran disiarkan melalui 10 pemancar yang terletak di seluruh Malaysia dan siaran biasanya bermula pada pukul 7.7 Edition Dan Mandarin 7.rancangan berbentuk hiburan. ntv7 berbeza dari stesen lain dalam industri penyiaran Malaysia dari segi ia berada dalam kategori jenama media bukan stesen televisyen (ironisnya Astro berada dalam kategori yang sama sambil memainkan peranannya sebagai penyedia tv berbayar). ntv7 dibeli oleh Media Prima pada harga pertimbangan RM90 juta.Penghantaran VHF (Very High) Frekuensi juga terdapat di Lembah Klang di Saluran 7. Logo ntv7 ini diolah daripada "American Broadcasting Company" (ABC). Ntv7 merupakan keluarga dari Padjadjaran TV di Bandung. Jawa Barat. Inggeris.) Dengan pengambilalihan oleh Media Prima. ntv7 mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada segenap lapisan penonton di Malaysia. ntv7 juga boleh didapati di Astro saluran 107.program kanak-kanak dan lain-lain. Pada 28 Oktober 2005. dan Cina.00 pagi hingga 1:00 pagi hari berikutnya.lebih sering disebut sebagai sabuk pengaturcaraan. game show. di mana faktor-faktor. Program-program Ntv7 diperlakukan sebagai produk di bawah jenama yang berkaitan . Antara rancangan yang berkualiti dari ntv7 ialah My News Network. Inggeris dan Mandarin Ntv7 juga dikenali sebagai "Natseven TV Sdn Bhd" dilancarkan seluruh Malaysia pada 7 April 1998. Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini. yang berasal dari Amerika Syarikat. Stesen Ntv7 ke udara pada band frekuensi UHF menawarkan program bahasa Melayu. Saat ini ntv7 menyiarkan dalam UHF (Ultra High) Frekuensi. saluran UHF adalah 37.

Azlina Awang Had dan beberapa personaliti lain. isi keseluruhan kandungan ntv7 telah disegarkan semula tentang program bertemakan gaya hidup yang sihat. ntv7 memfokuskan kepada penonton urban dan berbahasa Inggeris. Menurut Berita Harian (31 Mac 2006). berdasarkan statistik AGB Nielsen. Diimbas kembali. isu semasa dan program sukan yang menepati citarasa penonton Cina dan Urban . Ntv7 menguasai kira-kira 36 peratus penonton masyarakat Cina berusia 25 tahun ke atas.Pada bulan Oktober 2005. Media Prima Berhad mengumumkan pengambilalihan ntv7. Stesen Ntv7 dijadikan sebagai saluran pilihan di kalangan keluarga urban. Ini dilengkapkan dengan pengenalan logo baru pada bulan Julai 2006 yang menegaskan kembali tujuan ntv7 untuk menyediakan kandungan unggul dan berkualiti untuk penonton setianya.000 pada waktu perdana. sengat ntv7 mula hilang apabila seorang demi seorang meninggalkan stesen ini yang pernah menjulang nama mereka dalam dunia penyiaran. Pada tahun 2009. 8TV & TV9 serta keseluruhan saham majoriti di The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd. Pengambilalihan ntv7 oleh MPB diselesaikan pada tarikh 30 Disember 2005. Media Prima juga memiliki 3 stesen TV swasta yang lain di Malaysia iaitu TV3. hiburan. Zaini Ahmad. Pemergian mereka meninggalkan kesan bukan sedikit kepada ntv7. ntv7 menjadi saluran pilihan utama di kalangan penonton berbangsa Cina dengan jumlah penonton 145. Bagaimanapun. suatu ketika dulu ntv7 yang mula beroperasi sejak tahun 1998 pernah meniti zaman kegemilangan apabila dibarisi nama hebat seperti Wan Kamaruddin. malah tidak keterlaluan dikatakan keputusan mereka menyebabkan stesen ini semakin hilang keceriaannya.

Pada awal 2006. Kadang-kala dia juga dilihat bermain dengan gitar elektrik. dua saluran". Akibatnya. Slogannya. 8TV diketuai Ahmad Izham Omar. dihiasi jubah berwana oren yang juga tertera logo 8tv di atanya.8TV 8TV merupakan sebuah televisyen swasta di Malaysia. Selain itu. Wajah Pow Pow banyak menyerupai watak Jack-Jack dari filem Disney-Pixar. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pengarah Operasi Rangkaiannya pula ialah Paul Moss. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenakan denda sebanyak RM50.000 terhadap 8TV mengikut peruntukan Seksyen 242. 8TV menyiarkan rancangan-rancangan untuk kumpulan fokus pelanggan yang berbeza iaitu lebih kepada remaja. muzik dan juga rancangan bahasa Cina. berserta sehelai lampin. "We're different. Satu lagi bahagian ketiga penyiaran menampilkan permainan SMS interaktif. yang mana sesi pertama penyiaran merupakan saluran bahasa Cina. Di lembah Klang. ketika perlawanan bolasepak Euro 2004 hangat di udara. 8TV memperkenalkan maskot barunya yang berbentuk seorang bayi bernama "Pow Pow". serta halaman utama laman web rasmi 8TV. Pada pertengahan tahun 2004. seorang eksekutif rakaman yang juga merupakan pengadil dalam Malaysian Idol dan One in a Million. Ia dilancarkan pada 1 Januari 2003.[1] . 8TV juga didapati melalui saluran 708 (Sebelumnya di saluran 18). the Incredibles. manakala sesi keduanya merupakan slot program yang kebanyakannya berbahasa Inggeris. 8TV dipancarkan melalui UHF. saluran UHFnya ialah 25. Bayi ini menghiasi sesetengah iklan promo yang mempromosikan rancangan 8TV. Pow Pow sering dilihat memakai sehelai baju merah berkolar yang tertera logo 8TV di bahagian depan. penduduk bandar dan bangsa Cina sebagai penonton sasaran. 8TV didapati menyiarkan iklan pengeluar minuman keras Carlsberg yang merupakan penaja penyiaran perlawanan kejohanan sukan itu. Asalnya dia cuma digelar "8TV baby" sehinggalah selesainya pertandingan mencari nama sesuai. serta video muzik dalam bahasa Inggeris. Melayu dan Cina. maka dari itulah terpilihnya nama "Pow Pow". 8TV disasarkan kepada golongan muda dengan konsep "satu stesen. Waktu siaran (setiap hari): Pukul 7:00 pagi sehingga pukul 2:00 pagi hari berikutnya. kanak-kanak." melambangkan misi 8TV untuk menawarkan kepelbagaian siri dan filem popular yang bertumpukan muda-mudi. 8TV adalah milik Media Prima dan merupakan "adik" kepada TV3 dan untuk tidak menjejaskan penonton-penonton TV3.

SKMM berkata mereka menggantung rancangan-rancangan siaran langsung dan tertunda berbentuk hiburan di stesen 8TV selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari 2008.Pada 13 Januari 2008.[5][6] . 8TV menyiarkan tiga iklan pengumuman khidmat masyarakat yang dikatakan bersifat perkauman dan menghina kaum Cina kerana menggambarkan seorang wanita Cina yang makan secara terbuka. dengan niat untuk memesan golongan bukan Islam supaya menghormati bulan puasa dengan sewajarnya. artis Faizal Tahir menanggalkan bajunya hingga mendedahkan dadanya di pentas apabila bersiaran langsung. termasuk umat Islam yang mengaku turut tersinggung oleh iklan-iklan berkenaan." dengan kemungkinan bakal diharamkan setelah selesainya siasatan pihak SKMM dalam kes ini. SKMM sekali lagi mengerjakan 8TV dengan menggantung serta merta perkhidmatan laman sembangnya setelah mendapati kemudahan terbabit "disalah guna oleh penonton untuk mencari pasangan seks. pada konsert sambutan ulang tahun. Akibatnya. pada 19 Januari 2008. Iklan-iklan tersebut akhirnya ditarik balik setelah ekoran kecaman oleh pelbagai pihak.[4] Pada awal musim Ramadan 2011. mengenakan pakaian kurang sopan dan kurang beradab ketika Ramadan.[2][3] Pada bulan Oktober 2008.

Channel 9 mengumumkan pemberhentian operasinya pada 1 Februari 2005 untuk tujuan penyusunan semula kredit dan korporat.fm. Cogan katanya yang baru ialah "Dekat Di Hati". TV9 memfokuskan programnya kepada penonton berbahasa Melayu tradisional.. Program bahasa Inggeris seperti Crocodile Hunter. dan Guiness World Records juga disiarkan. Pada masa itu.lah!". Rentetan daripada itu. Kali ini. hiburan dan pendidikan. Channel 9 melancarkan cogan katanya. remaja dan kanak-kanak daripada semua golongan. iaitu selepas siaran berita pada jam 8:00 malam. "Malaysia. Program berbahasa Inggeris hanya disiarkan pada hari Sabtu dan Ahad menerusi slot "English News" dari jam 1:00 petang hingga 4:00 petang. pada Jun 2004. Ia memfokuskan program berbahasa Cina. Band Of Brothers.. bangsa-bangsa yang lain tidak diketepikan. Ia disiarkan setiap hari dari jam 4:00 petang hingga 6:00 untuk program Hindi. Rancangannya terdiri daripada unsur-unsur maklumat. pada Mei 2004. Saluran TV percuma ini dimiliki sepenuhnya oleh Media Prima Berhad. Kanak-kanak akan dihiburkan dari pukul 3:00 petang hingga 6:00 petang setiap hari dengan kartun Nickelodeon yang dialih suara . dan juga India setiap minggu. slot "Hindi Power" untuk program Hindi dan "Channel 9 India News" untuk program Tamil diperkenalkan. Anaza Sdn Bhd. Korea. Program Bahasa Cina pula disiarkan pada jam 10:00 malam sehinnga 12:30 malam setiap Isnin hingga Khamis dibawah slot "Zhong Hua Xin Wen Lian Bo". Slot untuk program berbahasa Cina disiarkan dari jam 3:30 petang hingga 8:00 malam. Inggeris dan Indonesia dan juga program tempatan. Mutant X. Setelah dibeli oleh Media Prima. Ini diikuti dengan program berbahasa Inggeris yang bersiaran dari 9:30 malam hingga 12:00 tengah malam. mengawal hak milik majoriti daripada Medanmas Sdn Bhd. manakala program Tamil ke udara dari jam 6:00 petang hingga 8:00 malam. slot untuk program Melayu pula disiarkan pada waktu perdana setiap hari. TV9 yang bermula sebagai Channel 9 beroperasi pada 9 September 2003. Walaupun rancangannya menumpukan kepada Bangsa Melayu. Jepun. "Channel 9 Tamil News".TV9 TV9 ialah sebuah stesen televisyen swasta di Malaysia yang memberi fokus kepada penonton Melayu. Siaran TV9 juga menyiarkan program Cina. syarikat media terbesar di Malaysia. Channel 9 dinamakan TV9 dan Bukhari Che Muda dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasinya yang baru. Pada 1 Januari 2005. Kemudian. TV9 memulakan siaran percubaannya pada 1 Januari 2006 dan operasi sepenuhnya bermula pada 1 Januari 2006 meliputi seluruh Semenanjung Malaysia. Program Melayu pula mengambil alih siaran dari 8:00 malam hingga 9:30 malam. pemilik THR.

Hey Arnold. dan banyak lagi.Kartun-kartun tersebut adalah seperti Spongebob Squarepants. Selain itu anime dari Jepun juga ditayangkan seperti Beyblade. ehsan RTM1 juga disiarkan beberapa bulan sebelum penyiaran tamat. Semenjak TV9 memulakan siarannya pada 1 Januari 2006. Asmirandah. Puspita Sari. Mereka dipilih daripada 5000 orang yang diujibakat.Berita TV9 dibawakan secara langsung dari Studio C di Sri Pentas. Liputan 9 ialah rancangan berita waktu perdana. Catdog. Blues's Clues. Bandar Utama. Berita Warta Perdana selama 30 minit yang pertama. Chalkzone. semasa ia dalam siaran sebelumnya. dengan ehsan ntv7. Adolf Posumah and Arief Suditomo. TV9 menyiarkan berita terbitan sendiri iaitu "Berita TV9". Cathy Sharon. ia menyiarkan "Edisi 7". Pembaca berita TV9 adalah Sharon Jessica. ehsan Bernama. Dragon Ball dan Mirmo Zibang! Sejak 1 Januari 2006. Selangor. Jenny Tan. .dalam bahasa Melayu.

Astro menawarkan lebih 80 saluran televisyen. dan 4 saluran Pay-Per-View (PPV) di samping perkhidmatan interaktif. Astro juga menawarkan keenam-enam saluran terestrial tempatan (RTM1. MEASAT Broadcast Network Systems. NTV7.[1] Astro turut memiliki saluran beritanya. RTM2. Astro dimiliki hak sepenuhnya oleh MEASAT Broadcast Network Systems. Discovery Real Time. Astro telah mewujudkan Bloomberg TV Malaysia (lihat Astro Ria). Discovery Science. Eurosport. Saluran tersebut juga memaparkan program khas yang disediakan oleh Astro. . Astro News. di bawah syarikat Astro All Asia Networks plc. bahasa Melayu (Astro RIA). Selepas itu. iaitu The History Channel dan Crime & Investigation Network. Sun Music. E! Entertainment. Astro memulakan siarannya pada 1996 menggunakan satelit MEASAT-1 yang hanya menawarkan 22 saluran televisyen dan 8 saluran radio. Sehingga Februari 2007. TV9 dan 8TV) dan juga menyediakan pilihan saluran televisyen antarabangsa kepada penonton. 17 saluran radio. seperti temuduga dengan personaliti terkemuka. dan Discovery Real Time telah mula ditambah ke rancangan Astro pada 26 April 2007. yang lazimnya memperuntukkan masa 12 minit bagi program berita umum. dan berita hiburan. Perkhidmatan ini dijalankan di bawah kelolaan All Asia Broadcast Centre (ABC) yang terletak di Bukit Jalil. Pada Februari 2007. Saluran lain muncul di kaca televisyen bermula 1 Mei 2007. Sembilan saluran itu boleh didapati secara percuma sehingga 31 Ogos 2007. berita sukan. BERNAMA memperuntukkan ½ jam penerbitan penuh bagi pasukan berita Astro. TV3. yang pada mulanya memaparkan saluran Al-Jazeera dalam Bahasa Arab dan terjemahan langsung ke Bahasa Melayu pada masa tertentu. dua saluran lain memulakan siaran mereka di Astro. Pada 15 Jun 2007. Syarikat subsidiari Astro. Saluran Jia Yu. Discovery Home & Health. Astro News diuruskan di bawah kelolaan Bernama. Astro menambahkan 9 saluran televisyen yang baru. disebabkan berlaku masalah berkenaan satelit itu maka tarikh pelancaran sepatutnya pertengahan tahun 2005 ditunda ke 12 Disember 2006. Discovery Science. Bermula Mei 2007. dan The Golf Channel. tetapi telah berkembang ke negara Brunei dan Indonesia. dan bahasa Tamil (Astro Vaanavil). Pihak pengurusan Astro sebelum ini pernah mengumumkan akan menawarkan 50 saluran baru selepas pelancaran satelit MEASAT-3. saluran-saluran berkenaan telah dialih ke pakej masing-masing yang berkenaan. Walau bagaimanapun. Saluran itu terdiri daripada Saluran Jia Yu. Astro Vellithirai. Kini. Berita itu diterjemahkan dan dialih ke bahasa Mandarin (Astro AEC). Kuala Lumpur. mempunyai lesen eksklusif selama 20 tahun untuk penyiaran satelit terus-ke-rumah di Malaysia.ASTRO Astro (MYX: ASTRO) merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia.

[3] Astro juga digesa meningkatkan mutu perkhidmatannya berkaitan dengan gangguan siaran ketika cuaca buruk. Makkal TV dan Chutti TV. Astro asalnya ditubuhkan di bawah Akta Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988. melalui perkhidmatan B. Astro melancarkan saluran berita 24 jam berbahasa Melayu di Malaysia iaitu Astro Awani. semua drama yang disiarkan melalui saluran 910-917.[4] Pada Disember 2009.yond dengan set dekoder serba baru serta saluran-saluran Astro Supersport HD. Komunikasi dan Multimedia untuk menambah jumlah salurannya jika Astro tidak berpindah ke bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.[5][6] Pada Julai 2010. dan menangani dan memperbaiki segala isu-isu berbangkit dengan sewajarnya. dan jumlah bayaran yang dikenakan terhadap pakej-pakej yang ditawarkan dengan kadar yang tinggi serta tidak munasabah.Pada Jun 2007. Saluran ini menawarkan lebih 20 saluran yang dapat ditonton menerusi telefon bimbit 2. (kini dialihkan ke saluran 931-938) adalah percuma. 7 saluran baru diperkenalkan iaitu Astro Oasis. Astro menongkah sejarah dengan menjadi penyiar tempatan pertama yang bersiaran tiga dimensi. KBS World. Astro telah dikenakan larangan oleh Kementerian Tenaga. Astro kini diberi tempoh sehingga Disember 2008 untuk berpindah ke Akta Komunikasi dan Multimedia.[7] Astro dengan kerjasama Maxis menawarkan perkhidmatan saluran televisyen secara mobile melalui Astro Mobile TV. Kini. disusuli ESPN HD pada Januari 2010.49 setiap episod dikenakan bagi pelanggan yang tiada pakej Dynasty. BERNAMA TV. Astro On-Demand Preview diperkenalkan dan menunjukkan drama-drama dan saluran-saluran Astro On-Demand kepada pelanggan Astro. Astro Xiao Tai Yang. Bermula 1 Julai 2007. HBO HD. saluran baru yang menawarkan drama TVB dari Hong Kong melalui 7 saluran.99 dikenakan bagi pelanggan pakej Dynasty manakala caj RM1. ketidakseriusan pihak Astro untuk melayan aduan pelanggannya juga tiadanya tindakan serta merta atau tindakan selanjutnya dari Astro jika gangguan teknikal penerimaan siaran berlaku serta bayaran RM10-RM50 untuk kerja-kerja pembaikan penerimaan siaran atau alat penerima siaran yang tidak logik dan sepatutnya.5G dan 3G. Astro Oasis Mobile.[2] Mulai 6 September 2007. Astro menjadi penyiar pertama yang memperkenalkan HDTV kepada penduduk Malaysia. Astro Aruna Mobile. saluran berita Malaysia 24 jam sehari dilancarkan di saluran 502 Astro pada 28 Februari 2008. Astro menawarkan Astro On-Demand. Astro Hua Hee Dai. Selepas bulan Julai 2007. . dengan menyiarkan perlawanan separuh akhir dan akhir Piala Dunia FIFA kepada para penonton yang dilengkapi set TV 3D. Bermula 1 Julai 2007. harga bagi setiap episod drama diperkenalkan dengan caj RM0. Pada 13 Oktober 2007. jumlah saluran perkhidmatan Astro On-Demand ialah 31 saluran. National Geographic Channel HD dan History HD pada 18 Disember. Astro Prima Mobile. Saluran tersebut ialah Astro Ria Mobile. Asian Food Channel. namun kedua-dua akta itu telah dimansuhkan oleh akta baru itu pada 1998.

Astro Ceria Mobile. di tempat kedua di belakang Media Prima yang meraih kira-kira 54% penonton. RTM milik kerajaan pula di tempat ketiga dengan 17% pasaran.5% penduduk Malaysia memiliki set televisyen perkhidmatan Astro di rumah masing-masing. Pada Januari 2007. Discovery Mobile. Pada tahun 2007. Astro AEC. Bloomberg News. Astro Vaanavil. MTV2GO. WOW TV. 36. History Channel. Astro Hitz. Bollywood Express. Jia Yu Entertainment dan Jia Yu News. perkhidmatan ini mempunyai 2. Cartoon Network. Dalam kata lain. Animax Mobile. Tahun 2006. Disney Channel @Play. Eurosportnews. Astro menguasai lebih kurang 29% penonton Malaysia. Asian Food Channel. FTV.TV Mobile.015 juta pelanggan tetap Astro. Indeks Media Nielsen menunjukkan Astro Wah Lai Toi (saluran 311) dan Astro Ria (saluran 104) mempunyai penonton tertinggi (satelit berbayar). CNN. yang ditonton 28% penontonnya ialah dewasa.[11] .