You are on page 1of 10

MAKTAB PERGURUAN TEMENGGUNG IBRAHIM

Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran berkait rapat dengan penguasaan kemahiran dan merancang rancangan pengajaran serta penguasaan teori-teori pembelajaran. Berdasarkan mata pelajaran pengkhususan anda, sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian mengikut format yang telah ditetapkan. (b)Huraikan lima teori pembelajaran yang anda telah aplikasikan dalam Penyediaan Rancangan Pelajaran harian yang berkenaan dan jelaskan implikasi setiap teori tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.

AHLI KUMPULAN ASHAR B. TUGININ ZANARIAH BT. MOHD NOH RUFINA BT. KAMMAN JRUMASNAH BT. HASSAN. OPSYEN : 3 PA / SN PENSYARAH PEMBIMBING: EN. MD. ZIN B. BADUI

Rancangan Harian.

Mata pelajaran : Sirah Kemahiran : Persaudaraan Muhajirin dengan Ansar Persaudaraan Islam Sejati. Tajuk : (1) Pengertian Muhajirin dan Ansar

bersyukur Penyerapan ilmu : Bahasa Arab. Penerapan nilai : Bekerjasama.Guru memperdengarkan nasyid marhaban melalui radio kaset. (2) Murid telah mendapat didikan di sekolah agama. Murid dan guru bersama-sama membaca doa dan berselawat sebelum memulakan pengajaran. Tarikh : 24 hb. Objektif K.B. September 2003.K : Membuat perkaitan. Langkah Pendahuluan (2 minit ) Isi pelajaran Berselawat dan membaca doa.30 pagi. Bahasa Melayu. Jawi. Set induksi ( 5 minit ) . Darjah : 5 Mithali Bilangan murid : 30 orang. Hari : Rabu. Masa : 9.Murid mendengar dan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan ‫ط ل ع ال بدر ع ل ي نا‬ . berlakon. . Umur : 11 tahun.00 – 9.K. Gabungjalin : Bersyair. Objektif eksplisit : Di akhir pelajaran ini murid-murid dapat: Menyatakan pengertian Muhajirin dan Ansar.(2) Sebab persaudaraan. Pengetahuan sedia ada : (1) Murid telah mendengar cerita daripada ibu bapa mereka. Memperdengarkan nasyid marhaban. Akhlak. Menyenaraikan dua sebab berlakunya persaudaraan.

. . .Guru mengaitkan jawapan dengan tajuk pelajaran.Pengertian Muhajirin dan Ansar. .(4) Memperkukuhkan menjawab soalan guru.Guru menilai semula jawapan murid dan memberi ulasan.Sebab berlakunya persaudaraan Islam Sejati. . .(3) Menyebarkan Agama Islam.Guru memberi arahan supaya mencari sebab berlakunya persaudaraan daripada syair. . . .Muhajirin ialah orang Islam Mekah yang berhijrah bersama-sama Rasullah ke Madinah.Guru menunjukkan gambat untuk dilakonkan oleh murid.Wakil murid akan menjawab dan mengulas sebab berlakunya persaudaraan. .(2) Menambah kekuatan menentang musuh.(1) Menyatupadukan ummah. .Murid membaca syair perlahan sebelum guru memilih beberapa orang murid untuk bersyair.‫من ثنيات الوداع‬ ‫وجب الشكر علينا‬ ‫ما دعاهلل داع‬ Langkah 1 ( 10 minit ) . .Murid diberi beberapa minit untuk menghayati watak untuk berlakon.Membuat perkaitan syair dengan pengertian Muhajirin dan Ansar.Ansar ialah orang Islam Madinah yang menolong orang Islam Mekah tatkala mereka berhijrah ke Madinah. Langkah 2 ( 10 minit ) . . Bekerja sama Bersyukur. . . .Guru memberi arahan supaya murid mencatat syair yang memberi maksud kepada Muhajirin dan Ansar. .Guru mengedarkan keratan syair kepada setiap kumpulan.

Hasil daripada kajiannya. Pembelajaran juga boleh berlaku melalui latihan.Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Oleh itu. TEORI – TEORI PEMBELAJARAN DAN IMPLIKASINYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEORI PELAZIMAN PAVLOV Mengikut teori ini setiap rangsangan akan menghasilkan gerakbalas.silaturrahim.K Hubungkait syair dengan maksud yang tersebut. apabila guru memberi pujian ( rangsangan ) setiap kali murid mendapat hasil yang baik ( gerakbalas ). guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Contohnya apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri. Arahan ialah rangsangan. guru perlu melibatkan murid-murid dalam . Contohnya. Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. manakala tindakan berdiri ialah gerakbalas.Guru memberi penerangan dan memberi kata . Guru memberi nasihat dan penerapan nilai murni. Rangsangan pula ialah tenaga yang menimbulkan gerakbalas. maka murid dengan cepat akan berdiri. pembiasan atau pengalaman. maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Motivasi juga memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran. Contohnya dalam bilik darjah. Daripada teori ini.B. Implikasi Teori Pavlov ke atas pengajaran dan pembelajaran. guru perlu memotivasikan murid-murid dengan menunjukkan sesuatu yang menarik sebelum mereka dapat memberikan penumpuan yang teliti.perangsang (nilai) K. semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Penutup (3 minit ) Rumusan Seorang wakil murid membuat rumusan pelajaran hari ini dengan bimbingan oleh guru. .K. Gerakbalas ialah tingkahlaku yang timbul kesan daripada rangsangan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas.

Dalam pembelajaran. Piaget membahagikan perkembangan itu kepada empat peringkat iaitu: Peringkat deria motor ( 0 – 2 tahun ) Peringkat praoperasi ( 2 – 7 tahun ) Perinkat operasi konkrit ( 7 – 11 tahun ) Peringkat operasi formal ( 11 tahun dan keatas ) Implikasi Teori Perkembangan Kognitif Piaget terhadap pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu. Ini membolehkan penyampaian tajuk pelajaran daripada peringkat yang senang kepada peringkat yang susah. menyelesaikan masalah dan sebagainya. menganalisis. Cara seperti ini akan menjamin murid-murid memperolehi hasil pembelajaran yang maksimum. Proses . Sekiranya tidak. Murid-murid di peringkat sekolah rendah juga masih belum bersedia menyelesaikan masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis.proses pengajarannya seperti mengadakan aktiviti kumpulan. menaakul. TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET. Ini bermakna . tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran. bahan atau aktiviti pelajaran tersebut mungkin akan membosankan murid-murid atau terlalu sukar bagi mereka. Manakal pada peringkat Tahun Dua dan Tiga. Keluarga Saya adalah sesuai disediakan sebagai bahan bacaan dan tulisan. TEORI PEMBELAJARAN GAGNE Menurut Gagne pembelajaran adalah sebagai satu cara pemerosesan data dan maklumat. perkembangan kognitig seseorang kanak-kanak adalah mengikut siri urutan yang berperingkat-peringkat. Setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan diperingkatkan. kanak-kanak seperti di kelas tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objek-objek besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. banyak contoh konkrit dan analogi diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid sekolah rendah. Daripa teori ini. guru perlu sedar bahawa pada peringkat awal. Teori ini menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir. Menurut Piaget. Konsep pemulihan serta – merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran. penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. kanak-kanak bersifat egosentrik. membentuk konsep. perbincangan dan sebagainya. Pelbagai jenis alat bantu mengajar diperlukan untuk mengajar kanak-kanak di peringkat sekolah rendah disebabkan perkembangan kognitif yang terhad. Oleh itu. tajuk-tajuk seperti Rumah Saya. Isi pelajaran dan aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan peringkat perkembangan kognitif murid-murid.

Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran iaitu: Pembelajaran isyarat. Pada peringkat awal. guru perlu menggunakan prinsip ulangan dan membuat sesuatu mengikut urutan ketika mengajar. Seseorang guru perlu: memberikan maklumat yang mencukupi. guru menunjukkan objek sambil mengimbaskan kad perkataan. ketika mengajar konsep buku. Pertalian berbahasa. guru perlu menggalakkan kemahiran menulis dan mengemukan hujah. Soalan-soalan yang boleh memandu murid-murid ke arah pembentukan konsep dengan jelas perlu digunakan. guru bukan sahaja boleh menunjukkan buku sebenar malahan murid-murid digalakkan untuk menyebut dan mengeja perkataan itu. anlogi dan aplikasi ketika mengendalikan pembelajaran hukum. Guru perlu membimbing murid-murid membuat diskriminasi atau membezakan fakta yang penting daripada yang kurang penting. Guru perlu menggunakan perbandingan. Pembelajaran konsep Pembelajaran hukum Penyelesaian masalah. Kebolehan mendiskriminasi juga boleh digunakan untuk membezakan ciri-ciri sesuatu kumpulan tumbuhan dengan ciri-ciri kumpulan tumbuhan yang lain. . Contohnya. Guru juga boleh membantu murid-murid mengenal pasti cir-ciri utama suatu kelas objek agar pembentukan konsep mudah dicapai.pembelajaran bergerak daripada peringkat yang paling mudah menuju kepada peringkat yang rumit. Implikasi pertalian berbahasa kepada guru ialah ketika mengajar. Pembelajaran diskriminasi. Pembelajaran rangsangan gerak balas Rangkaian. Pembelajaran rangsangan gerak balas membawa implikasi bahawa guru perlu sentiasa memberi pujian dan galakan apabila murid menunjukkan hasil yang baik Daripada aspek rangkaian motor. pembelajaran isyarat boleh dijalankan. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Implikasi Teori Pembelajaran Gagne. Contohnya.

Ia menekankan cara-cara manusia berinteraksi dalam alam sekitar dan menggambarkan pengalaman secara dalaman. carta dan objek perlu digunakan bagi memudahkan pembentukan konsep. mencium dan merasa. Dengan itu guru perlu menyediakan peluang untuk murid-murid menroka. memegang. Bagi murid-murid Tahun Enam ke atas. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah. guru perlu memberikan panduan dan cadangan tentang konsep dan hukum yang diperlukan. Beliau mengutamakan pembelajaran secara induktif dengan menggunakan konsep atau kategori. hukum dan prinsip perlu ditekankan agar murid-murid berupaya mengaplikasikannya dalam proses penyelesaian masalah. interaksi dengan murid-murid lain dan interaksi dengan bahn pengajaran. Petunjuk yang berhubung terus dengan penyelesaian masalah tidak perlu diberi kerana ini menjadikan tugasan itu terlalu senang dan kurang mencabar.Membimbing murid-murid untuk mengenal pasti perkara-perkara penting dalam hukum berkenaan. Maka kerja berkumpulan dan sesi perbincangan perlu . Membantu murid-murid melihat pertalian antara komponen yang releven. Bruner juga menekankan pembelajaran yang terhasil daripada interaksi murid dengan guru. Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. kita dapat membuat inferens ( kesimpulan ) daripada rangsangan yang diterima. perkembangan kognitif juga melalui peringkat-peringkat tertentu. Menggalakkan murid-murid membuat huraian tentang sesuatu hukum itu. Beliau juga mementingkan sistem pengekodan dalam huraiannya tentang pemikiran. TEORI PEMBELAJARAN BRUNER. Dengan adanya sistem pengekodan. Bagi murid-murid di Tahap Satu. Peringkatperingkat tersebut adalah seperti berikut: Peringkat enaktif ( 0 – 2 tahun ) Peringkat ikonik ( 2 – 4 tahun ) Peringkat simbolik ( 5 – 7 tahun ) Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Mengemukakan soalan-soalan yang memberi peluang kepada murid-murid untuk membuktikan kefahaman mereka terhadap hukum yang dipelajari. Murid-murid belajar melalui pengalaman. Implikasi Teori Bruner ke atas pengajaran dan pembelajaran. Kajian Bruner menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut Bruner. gambar.

Komunikasi antara guru dengan murid mungkin menimbulkan perselisihan faham. Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial. Kesediaan belajar juga ditekankan oleh Bruner. Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. bertolak ansur dan tolong-menolong akan dapat dipupuk dalam aktiviti pengumpulan maklumat projek dan perbincangan. Sebenarnya. Guru juga perlu menerima hakikat bahawa kanak-kanak datang ke kelas dengan berbekalkan pelbagai pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. nilai-nilai murni seperti bekerjasama.diadakan dari masa ke semasa. Dengan itu. Kanak-kanak ialah pembina teori. Ilmu pengetahuan tidak disampaikan kepadanya. Pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada. . Beliau akan menyedikan pelbagai jenis bahan pembelajaran dan menggalakkan uji kaji. Implikasi Teori Konstruktivisme ke atas Pengajaran dan Pembelajaran. Sementara itu. Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas. Prinsip-prinsip asas Teori Konstruktivisme ialah seperti berikut: Pengetahuan dibina oleh pelajar. sebaliknya beliau lebih merupakan seorang pemudah cara atau fasilitator. Teori ini menekankan pembinaan pengetahuan oleh pelajar. guru perlu mengambil kira kesediaan belajar murid-murid ketika merancang proses pengajarannya. percubaan serta penyelesaian masalah agar pembinaan pengetahuan oleh kanak-kanak dapat berlaku. Pengetahuan juga perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit. Sebaliknya. Mereka akan membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada itu. (5)TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME. Pelajar dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka. Penglibatan murid-murid penting agar mereka dapat menikmati pembelajaran bermakna. Oleh itu. dia bertanggungjawab membina pengetahuan. Guru dianggap sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pengetahuan pelajar. Ini bermakna guru perlu memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlau yang diingini dilakukan. guru bukan merupakan penyebar pengetahuan. Ini bermakna guru perlu memeringkatkan isi pelajaran. guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan kanak-kanak.

Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan murid-murid membina pengetahuan. Psikologi Pendidikan 111. 1990. walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Kurikulum yang disediakan tidak seharusnya terlalu ketat. 1978. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1981. Syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa. Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Mok Soon Sang. Kurikulum itu juga perlu memenuhi keperluan. KBKK. proses pembelajaran kanakkanak adalah spontan dan sukar diramal. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kumpulan Budiman Sdn. Kementerian Pendidikan Malaysia. Alhamdulillah.2002. Kuala Lumpur. 2000. Kuala Lumpur. Penerbitan Pustaka Antara.Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan murid. Guru juga perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang menggalakkan pergerakan murid dan tahap kebisingan yang dibenarkan. ________. Saya tetap bersyukur dan . DBP. Rancangan pengajaran dan pembelajaran perlu fleksibel kerana pada kebiasannya. Atan Long. Asas-asas Pendidikan Islam. 2001. Mahmood Nazar Mohamed. kerana dengan limpah kurnianya. minat dan kebolehan kanak-kanak. Interaksi ini akan dapat memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pembinaan pengetahuan mereka. Psikologi Pendidikan 1. BIBLIOGRAFI Ee Ah Meng. REFLEKSI. Psikologi Pendidikan. Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Malaysia. Walaupun ianya tidak begitu lengkap dan mungkin tidak mencapai sasarannya tetapi inilah yang terbaik yang dapat saya hasilkan. Bilik darjah juga perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang boleh menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran kanak-kanak. Hasan Langgulung. Kuala Lumpur. Penerbitan Fajar Bakti. Bhd. Kuala Lumpur. saya dapat menyiapkan tugasan ini. Bhd. Poh Swee Hiang. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. 1991. Beberapa Tinjauan dalam Pendidikan Islam. 1986.

suami dan anak-anak yang tersayang yang begitu memahami diri ini dan telah banyak berkorban untuk saya demi segulung diploma pada Dis. Setelah itu.gembira kerana jerih perih saya membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai seorang isteri.t anugerahkan di maya pada ini. 2004.w. Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada En. Kemudian apabila masingmasing telah menyiapkan tugas. saya mengambil masa yang agak lama kerana kekangan masa dan keletihan akibat rutin hidup seharian. kedua ibubapa. Setelah menyiapkan tugasan ini. Semuanya menginsafkan diri ini betapa kerdilnya saya jika dibandingkan dengan ilmu-ilmu Allah s. Ilmu yang saya perolehi hanyalah setitis daripada lautan ilmu Allah s. Badui yang telah memberikan bimbingan. Pada mulanya. Md. ibu kepada tiga orang cahaya mata.w. Zin b.t. hasil tugasan dikumpulkan. kami berempat berbincang bersamasama dan membahagikan tugas kepada setiap ahli. Zin . saya agak keliru tentang kehendak soalan. apabila menerima tugasan ini daripada Encik Md. Sekian. . terima kasih. Dalam tugasan ini. guru agama dan pelajar tetapi akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Adakalanya saya menaip pada waktu awal pagi dan adakalanya pada lewat malam kerana pada waktu itulah saja yang sesuai dan tenang. Berulang kali dibaca barulah saya dapat memahami kehendak soalan. saya dapati banyak perkara baru dan pengalaman baru yang saya perolehi.