You are on page 1of 28

1.0 1.

Pendahuluan Pengenalan

Bola tampar ialah satu permainan berpasukan. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada enam pemain dan enam orang pemain simpanan. Objektif permainan bola tampar ialah mendapatkan mata yang diperolehi apabila meletakkan bola di kawasan lawan. Oleh itu, kemahiran-kemahiran asas perlu dikuasai oleh pemain bagi mencapai objektif permainan. Antara kemahirankemahiran asas yang terdapat dalam permainan Bola Tampar ialah kemahiran servis, menyangga, merejam, menghadang dan mengumpan. Dalam banyak-banyak kemahiran yang dinyatakan kemahiran servis merupakan kemahiran yang paling awal perlu dikuasai oleh sesorang pemain sebelum menguasai kemahiran seterusnya. Kemahiran servis terbahagi kepada dua iaitu servis atas dan servis bawah. Namun begitu, di peringkat sekolah rendah kemahiran servis atas jarang digunakan berbanding servis bawah yang lebih mudah dilakukan. Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenal serta digunakan supaya pengajaran guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai. Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi besar dalam merubahkan cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pelajar pula diberi peluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sumber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat dengan teks semata-mata tetapi luas dari itu. Kehadiran teknologi multimedia menerusi internet, menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah.

Perkembangan era globalisasi masa kini memberi impak dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sektor-sektor awam, swasta serta badanbadan berkanun dituntut untuk mengaplikasi dan mempraktikkan ICT dalam bidang pekerjaan kerana ternyata mempercepat dan memudahkan proses pengurusan di pelbagai peringkat. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyahut cabaran ini sebagai usaha untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas ini dapat dibuktikan lagi di mana Tindakan kerajaan meluluskan pakej rangsangan bernilai RM 4.3 billion termasuk RM 300 juta bagi pembinaan makmalmakmal komputer di 2000 sekolah merupakan tindakan susulan yang

memperlihatkan pembagunan positif ke arah peralihan Malaysia kepada ekonomi berasaskan pengetahuan . (Utusan Malaysia, 27 September 2001) Guru-guru disaran untuk menggunakan strategi ICT dalam sesi pembelajaran agar murid-murid berminat mengikuti sesi tersebut dan mendapat input yang maksima terhadap tajuk yang dipelajari. Kelebihan multimedia selain dari

pemudahcara ia juga adalah sebagai pengganti atau menyokong kepada pengajaran dan pembelajaran serta sesi latihan yang dikendalikan oleh guru atau jurulatih dalam menyampaikan maklumat kepada para pelajar (Heinich et al, 2002). Multimedia juga dikatakan mampu menjadi medium komunikasi yang positif dan efektif kerana melaluinya teks, audio, video serta animasi yang pelbagai warna dan corak mampu dipaparkan di dalam sebuah skrin pada suatu masa yang sama. Di samping itu juga, penggunaan media interaktif juga ternyata mampu menarik perhatian serta mudah untuk difahami berbanding penggunaan bahan-bahan yang statik dan bisu (Vaughan,1998). Bidang sukan juga tidak terkecuali menggunakan teknologi tersebut untuk menyampaikan sesuatu kemahiran, teknik dan taktikal kepada para pemain. Salah satu perkembangan dunia ICT yang sering kali digunakan oleh seseorang jurulatih atau guru dalam memberi input kepada para pemain ialah penggunaan multimedia dalam sukan. Sukan bola tampar merupakan permainan yang bersesuaian untuk diaplikasi menggunakan multimedia memandangkan permainan ini dimainkan dalam dewan. Peralatan seperti penggunaan laptop, LCD, speaker, skrin amat mudah Nabel (2002)

disediakan di dalam dewan kerana keadaannya agak tertutup.

menyatakan kaedah latihan menggunakan multimedia lebih cepat dikuasai oleh seseorang yang menggunakannya berbanding dengan kaedah lama yang digunakan yakni kaedah tradisional.
2

Penggunaan multimedia dalam latihan mampu meningkatkan penguasaan kemahiran dalam permainan bola tampar dengan lebih efisien. Hasil daripada kajian lampau menunjukkan bahawa terdapat beberapa kajian telah terbukti keberkesanan penggunaan multimedia dalam latihan.

1.2

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani kelas 6 Berlian. Kelas ini merupakan kelas nombor satu dari 6 kelas bagi tahun 6. Saya melihat kepada fizikal murid-murid di mana rata-rata mempunyai ketinggian dan saiz badan yang agak sama. Melihat kepada ciri fizikal murid-murid tersebut, saya mula berfikir mungkin mereka ini sesuai untuk bermain bola tampar dan itu adalah pandangan pertama saya terhadap murid-murid tersebut. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, saya telah diamanahkan oleh guru Pendidikan Jasmani sekolah untuk menjadi jurulatih sementara pasukan bola tampar sekolah tersebut dan hampir kesemua ahli pasukan tersebut adalah murid dari kelas yang saya mengajar iaitu 6 Berlian. Oleh itu bagi melatih sebuah pasukan bola tampar, saya telah melakukan sesi pemilihan untuk mengenalpasti murid yang layak untuk mnjadi pasukan utama dan juga pasukan simpanan. Dalam sesi

pemilihan pemain, perkara yang akan dinilaikan bagi memberikan kelayakan untuk mewakili pasukan bola tampar adalah melalui servis. Sewaktu sesi pemilihan

dilakukan, saya dapati sebahagian besar murid mampu melakukan servis atas tetapi terdapat beberapa hal yang perlu diperbaiki seperti cara lambungan, postur badan dan tempoh masa sentuhan bola dengan tangan semasa bola diudara. Setelah pemerhatian dan temu bual yang dijalankan, dapat disimpulkan ratarata murid mampu melakukan servis atas dalam permainan bola tampar tetapi tidak mengetahui teknik yang betul kerana tidak pernah didedahkan oleh jurulatih mereka merangkap guru Pendidikan Jasmani sekolah tersebut. Oleh yang demikian, murid hanya melakukan teknik servis atas dengan cara sendiri dan tidak kisah sekiranya teknik yang digunakan salah asalkan bola yang diservis sampai dan masuk ke gelanggang lawan. Hal ini sebenarnya tidak konsisten kerana ada kemungkinan bola yang diservis akan terpesong ke tempat lain sekiranya teknik yang salah digunakan untuk servis atas dan hanya terpulang kepada nasib untuk servis tersebut berjaya masuk ke gelanggang lawan.
3

Oleh itu, murid berada dalam zon yang tidak selamat sekiranya terus menggunakan cara tersebut kerana kebarangkalian servis tidak masuk adalah tinggi dan ini akan menjadikan mereka mudah memberikan mata kepada pihak lawan.. Sekiranya murid-murid didedahkan dengan cara latihan dan mekanisma yang betul dalam melakukan kemahiran servis atas selain daripada menguasai servis bawah, tidak mustahil murid-murid yang mewakili bola tampar sekolah akan menjuarai pertandignan yang diadakan. Kenapa saya memberikan penekanan terhadap servis atas dalam kajian ini kerana, servis atas banyak memberikan kelebihan dalam sesebuah permainan dan juga pasukan bola tampar. Misalnya, sevis atas mampu memberikan satu momentum yang tinggi ketika servis dilakukan berbanding servis bawah. Selain daripada itu juga, servis atas mampu memberikan mata yang mudah kepada sesebuah pasukan kerana disebabkan servis yang menjunam akan memberikan kelebihan apabila pihak lawan mempunyai kemahiran menyangga yang lemah ketika menerima bola. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran asas dalam servis atas dalam permaianan bola tampar. Walaupun pasukan yang pengkaji latih ini sudah mampu melakukan servis atas, akan tetapi melalui kaedah yang pengkaji usulkan ini, semoga dapat meningkatkan kemahiran mereka. Bagi memudahkan penguasaan murid-murid dalam servis atas saya telah menggunakan multimedia (video dan powerpoint) dalam sesi latihan permainan bola tampar kepada murid-murid yang mungkin dapat membantu murid dalam menyelesaikan masalah dalam membuat servis atas.

1.3

Refleksi Nilai Pendidikan

Pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku, atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan. Menurut Shahabuddin dan Rohizani (2004), gaya pembelajaran pula merujuk pada seseorang itu belajar atau menyimpan maklumat. Gaya belajar yang diamalkan oleh seseorang individu adalah untuk memproses maklumat

danmenyelesaikan masalah yang timbul (Entwistle, 1981). Menurut Gregorc (1982) yang dipetik oleh Cynthia (1996), menyatakan bahawa setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Beliau mencipta suatu model yang menekankan tentang cara kita berfikir dan memahami sesuatu informasi.Satu kajian telah dijalankan oleh Gardner (1983) yang dipetik oleh Maznah dan Ahmad (2001), mengenai teori kognitif di Universiti Harvard telah memperkenalkan model kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut model Gardner (1983), kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan. Kesembilan kecerdasan tersebut ialah: i. Kecerdasan verbal-linguistik ii. Kecerdasan logik- matematik iii. Kecerdasan ruang-visual iv. Kecerdasan kinestetik v. Kecerdasan interpersonal vi. Kecerdasan intrapersonal vii. Kecerdasan naturalis viii. Kecerdasan beretika viv. Kecerdasan muzikal

Jadi di sini pengkaji telah membuat keputusan untuk memilih satu antara sembilan teori kecerdasan pelbagai yang ada iaitu dengan memilih teori kecerdasan ruang-visual. Visual atau ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai kecerdasan visual-ruang ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang baik serta boleh menyatakan segala kebimbangannya dengan jelas dan yakin. Selain itu, mereka ini juga mampu membuat andaian atau hipotesis mengenai pelbagai perkara seperti tafsiran mengenai alam. Individu ini sering memberi pandangan mengenai dunia, alam semesta dan persekitaran. Golongan ini sering memberi persepsi yang unik dan berbeza terhadap sesuatu perkara. Seringkali, apa yang dilihat oleh mereka, berbeza dari pandangan individu normal seperti kita. Mereka juga mempunyai kebolehan mengubah persepsi dan pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Individu yang memiliki kecerdasan ini amat peka akan terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang yang terdapat disekeliling mereka. Disamping itu, individu yang memiliki kecerdasan ini juga

mempunyai keupayaan untuk berfikir secara tiga dimensi dalam bentuk gambaran dan bayangan serta amat berminat dalam penghasilan peta minda, carta, lukisan dan sebagainya. kebolehan pelajar untuk menghubungkan konsep yang dipelajari dengan menggunakan peta minda, graf dan bentuk grafik yang lain memudahkan seseorang pelajar itu belajar mengenalpasti dan menghubungkait konsep. Kerjaya yang sesuai kepada individu yang memiliki kecerdasan ruang visual adalah seperti pembuat peta, pereka hiasan dalaman, arkitek, pereka landskap, juruseni dan sebagainya. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional.

2.0

Fokus Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada penggunaan multimedia dalam sesi latihan bola tampar. Kajian ini penting kerana penggunaan multimedia mampu membantu murid dalam menguasai kemahiran permainan bola tampar terutama sekali dalam servis atas dan mampu membuat servis yang kuat dan melepasi jaring dengan mudah. Selain daripada itu melalui multimedia murid dapat melihat terus atau menyaksikan perkara yang sebenar dan tepat. Dalam multimedia ini, murid-murid akan ditunjukkan cara pergerakan dan perlakuan dengan mekanisma yang betul satu persatu dengan jelas dan ini akan menyebabkan murid akan lebih mudah memahami dan seterusnya dapat diaplikasikan dalam latihan seterusnya mampu menguasai kemahiran asas servis atas bola tampar dengan mudah. Murid perlu menjalani aktiviti yang dirancang bagi melihat sama ada muridmurid dapat meningkatkan tahap penguasan dalam servis atas hasil dari gabungan latihan menggunakan multimedia. Jika murid-murid tidak mengambil berat mengenai kajian ini, kesannya mereka mungkin tidak akan mampu untuk melakukan servis atas dengan menggunakan teknik yang betul dan akan terus pada takuk yang lama.

2.1

Isu Kajian

Hasil pemerhatian pengkaji menunjukkan hampir kesemua murid Tahun 6 Berlian menguasai kemahiran servis atas dalam permainan bola tampar yang mana menjadi salah satu cabang kemahiran dalam permainan bola tampar tetapi tidak menggunakan cara dan teknik yang betul. Mereka cenderung menggunakan kemahiran servis atas dengan lakuan dan teknik tersendiri contohnya memukul bola dengan menggunakan pergelangan tangan dan melalui temu bual, pengkaji mengesahkan bahawa mereka ini tidak diberikan pendedahan oleh guru Pendidikan Jasmani mereka semasa mempelajari subjek bola tampar di bawah kemahiran servis atas ini sebaliknya hanya menumpukan perhatian kepada kemahiran servis bawah sahaja. Kesilapan kecil seperti ini tidak seharusnya berlaku dan pengkaji menganggap ini adalah satu kerugian yang amat besar kerana pada usia seperti inilah murid perlu memperbetulkan pergerakan motor kasar mereka dengan sebaiknya supaya tiada masalah yang akan timbul pada masa hadapan seperti contoh terdekat, apabila mereka melangkah ke sekolah menengah dan amat
7

merugikan dan tidak efisyen kerana menggunakan servis atas dengan cara yang salah dan sekadar mengambilkira sekiranya servis itu masuk ke gelanggang lawan sahaja.. Justeru itu pengkaji memutuskan untuk menyimpulkan isu kajian ini bahawa murid mahir menggunakan kemahiran servis atas dalam permainan bola tampar tetapi tidak menggunakan cara yang betul adalah disebabkan oleh pendekatan guru Pendidikan Jasmani yang digunakan tidak berapa berkesan kerana hanya mengajar sekadar yang perlu sahaja. 2.1.1 Tinjauan Awal Melalui pendekatan kaedah tinjauan awal, saya mendapati bahawa murid-murid kurang mahir menggunakan teknik servis atas dalam permainan bola tampar sebaliknya hanya menggunakan teknik servis bawah sahaja. Permasalahan ini dapat diperhatikan semasa pengkaji melakukan saringan untuk pemilihan ahli pasukan bola tampar sekolah lagi kerana hampir kesemua daripada mereka menggunakan kaedah servis bawah sahaja dan tindakan tersebut hanya akan memberikan peluang mudah kepada pihak lawan untuk membalas hantaran. Pengkaji hanya melihat beberapa orang responden sahaja yang mampu melakukan servis atas dan sekaligus memberikan kelebihan kepada mereka kerana servis atas kepala agak laju dan menjunam dan menyukarkan pihak lawan untuk menerima servis tersebut. Pengkaji telah menjalankan satu ujian pra yang merujuk kepada ujian AAHPER Volleyball Serving Test untuk menentukan tahap kemahiran servis atas responden. Ujian tersebut memerlukan responden melakukan servis atas sebanyak 5 kali percubaan dan memberikan sasaran untuk bola melepasi jaring. 2.1.2 Analisis Tinjauan Awal

Menerusi tinjauan awal yang telah dilakukan, pengkaji membuat satu pemerhatian berkenaan dengan permasalahan murid yang telah dipamerkan. Sebelum

mengenalpasti masalah, pengkaji sebagai guru Pendidikan Jasmani perlulah mengetahui dan mendalami kesemua teknik yang betul dalam melakukan servis atas sebelum memperbaiki orang lain. Oleh yang demikian, pengkaji telah merujuk kepada Guru Pembimbing yang juga seorang guru major Pendidikan Jasmani di sekolah tersebut. Selepas itu pengkaji telah melakukan satu temubual bersama responden yang menjadi subjek kajian dan melontarkan soalan agar mereka dapat
8

menyuarakan apakah sebenarnya masalah yang dihadapi semasa melakukan servis atas. Antara sebab yang diberikan adalah tidak mengetahui teknik yang betul semasa melakukan servis atas dan juga pukulan yang tidak kuat. Jadi pengkaji telah mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah pendedahan multimedia agar responden dapat melihat cara dan teknik yang betul dalam melakukan servis atas. Kaedah pendedahan multimedia ini pula hanya baerfokus kepada tayangan video dan slaid bergambar menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai di bawah Kecerdasan Ruang dan Visual dan akan dilakukan dalam masa dua minggu. Harapan pengkaji adalah kaedah yang dipilih ini dapat meningkatkan kemahiran servis atas dalam permainan bola tampar dalam kalangan murid 6 Berlian dan juga pasukan bola tampar sekolah serta murid-murid lain kelak. 2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

I.

Kebolehtadbiran Bagi pengkaji, kajian tindakan ini mampu ditadbirkan kerana melalui kaedah

penggunaan multimedia yang merangkumi tayangan video dan slaid bergambar yang dirancang mudah dilaksanakan oleh responden yang cuma perlu menonton dan mengingati kaedah dan teknik yang ditunjukkan secara tepat. Pemilihan tempat pula adalah mudah untuk untuk ditentukan yang mana pengkaji telah memilih Bilik Media yang mempunya segala kelengkapan multimedia pengkaji perlukan untuk menayangkan video dan slaid. Kawasan padang yang bersesuaian pula telah memudahkan pengkaji untuk menjalankan intervensi kajian secara selamat dimana adanya gelanggang bola tampar.

II.

Kepentingan Pengkaji memutuskan untuk memilih isu ini sebagai kajian tindakan kerana

memikirkan kepentingannya terhadap menguasaan murid dalam melakukan servis atas semasa bermain bola tampar dan dari skop pasukan bola tampar sekolah pula, ini akan memberikan satu kelebihan kepada mereka kerana sentiasa berjaya mendapat mata semasa melakukan servis atas dan juga akan sentiasa mendahului pihak lawan dengan kelebihan seperti ini.

III.

Kebolehgunaan Permainan-permainan lain yang terdapat dalam Rancangan Pengajaran

Tahunan sekolah seperti bola baling, besbol, bola jaring, bola sepak dan hoki juga boleh diadaptasikan melalui kaedah multimedia yang berfokus kepada video dan slaid bergambar ini. Ini akan mengukuhkan penguasaan kemahiran-kemahiran lain juga seperti contohnya kemahiran menggelecek dalam permainan hoki bagi murid tahun empat dan juga kemahiran menjaring bola baling. Kemudahan seperti ini boleh dicuba oleh guru Pendidikan Jasmani dalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid dalam mana-mana permainan dan juga kaedah multimedia ini bersifat sejagat dan juga boleh diaplikasikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam olahraga.

IV.

Kawalan Kawalan amat penting sepanjang pelaksanaan oleh kerana ingin memastikan

responden melakukan latihan yang diberikan dengan betul dan juga menonton video dan slaid bergambar dengan tekun dan menumpukan perhatian dengan penuh fokus. Aspek kawalan ditegaskan supaya responden tidak leka semasa menonton video dan cenderung melakukan hal-hal lain semasa proses tayangan multimedia yang boleh menghilangkan tumpuan responden. Bagi aspek ujian yang dilakukan iaitu AAHPER Volleyball Serving Test pula pengkaji memastikan turutan giliran ujian berjalan dengan lancar dan bagi pengkaji ianya tiada masalah kerana responden hanya terdiri daripada 10 orang.

10

V.

Kolaborasi Kajian pengkaji ini melibatkan kolaborasi antara beberapa pihak seperti pihak

pengkaji dengan sekolah, responden, ibu bapa, guru pembimbing, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, rakan praktikum dan juga pensyarah pembimbing. Pihak sekolah membantu dalam kolaborasi berkenaan penyediaan tempat serta

permohonan kebenaran menjalankan intervensi pada waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Pihak sekolah banyak membantu dan

memberikan sokongan dan tidak lupa kepada ibu bapa subjek yang memberikan kerjasama.

VI.

Kerelevenan Berdasarkan kertas cadangan ini, kajian ini adalah dikelaskan sebagai releven

kerana pengkaji sedikit sebanyak dapat membantu murid tahun enam menguasai kemahiran servis atas dalam permainan bola tampar dengan baik dan dapat mempraktikkannya semasa bermain dan juga membantu pasukan bola tampar sekolah meningkatkan mutu permainan. Tambahan pula servis atas ini bukan semua murid dapat menterjemahkannya secara zahir kerana kebiasaannya mereka hanya menggunakan servis atas dengan teknik tersendiri sahaja. Sekiranya mereka menggunakan servis dengan lakuan dan teknik yang betul, permainan akan lebih seronok dan mencabar kerana bola servis atas adalah laju dan menjunam yang mana akan memberikan kesusahan kepada pihak lawan untuk menerima bola tersebut. Hal ini akan membangkitkan semangat kesukanan yang berasakan tercabar dengan servis atas oleh pihak lawan.

11

2.2

Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian Terdapat banyak pengkaji yang telah menjalankan kajian mengenai

peningkatan sesuatu kemahiran melalui multimedia dalam latihan. Antaranya, kajian yang dilakukan oleh Abang Ismail, Mohd. Taib ( 2007 ). Mereka menjalankan kajian tentang keberkesanan penggunaan multimedia terhadap penguasaan kemahiran sukan bola baling yang memberi fokus terhadap kemahiran permainan bola baling. Kajian ini bertujuan untuk melihat implikasi penggunaan multimedia dalam sukan bola baling. Mereka menggunakan kaedah tinjauan dan eksperimen dalam melaksanakan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa multimedia mampu mengubah gaya pengajaran seseorang jurulatih dalam meningkatkan lagi kemahiran permainan bola baling. Implikasi daripada kajian ini juga mendapati bahawa penggunaan multimedia memberikan satu peningkatan yang lebih tinggi berbanding dengan cara tradisional sebelum ini. Mohd. Arif dan Mohd. Jasmy ( 2002 ) dalam kajian Abang Ismail, Mohd. Taib ( 2007). Mereka menjalankan kajian tentang implikasi teknologi maklumat dan komunikasi ke atas gaya pengajaran Pendidikan Jasmani yang memberi fokus terhadap kemahiran permainan bola tampar. Kajian ini bertujuan untuk melihat implikasi penggunaan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Jasmani bagi kemahiran bola tampar. Mereka menggunakan kaedah tinjauan dan eksperimen dalam melaksanakan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa multimedia mampu mengubah gaya pengajaran seseorang guru Pendidikan Jasmani dalam meningkatkan lagi kemahiran permainan bola tampar. Nur Syaziah Binti Hanafi ( 2004 ) dalam kajian yang sama, beliau menjalakan kajian mengenai rekabentuk perisian multimedia ( PBK ) dalam matapelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan (permainan bola jaring). Tujuan kajian beliau

adalah untuk membandingkan pembelajaran menggunakan PBK lebih berkesan berbanding pembelajaran secara konvensional. Kajian yang dilakukan oleh Mohd. Jasmy, Mohd. Arif, Hamdan Mohd. Ali dan Subahan M. Meeran (2002) berkaitan dengan meningkatkan penguasaan kemahiran permainan bola tampar melalui penggunaan multimedia jelas menunjukkan bahawa pembelajaran menggunakan multimedia
12

adalah

lebih

berkesan

berbanding

pembelajaran yang menggunakan sepenuhnya teknologi terkini seperti penggunaan lama web tertentu, web televisyen dan sebagainya. Manakala pembelajaran secara tradisional pula merupakan pembelajaran yang hanya berfokus kepada guru sahaja. Hasil kajian mendapati penggunaan multimedia sangat sesuai digunakan dalam pengajaran sesuatu permainan, malahan setiap perisian yang terdapat pada multimedia juga menarik dan jelas. Arfan (2001) dalam kajian yang sama, telah menjalankan kajian tentang penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan (sukan gelanggang). Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa penerimaan responden terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran sukan gelanggang khasnya di kalangan pelajar adalah positif. Sungguhpun begitu, nilai peratusan yang sederhana 42.53% tetapi ia cukup untuk membuktikan bahawa responden menyambut baik inovasi dan reformasi dalam Pendidikan Jasmani. Berdasarkan dapatan dari kajian-kajian lepas, ternyata penggunaan

multimedia mendapat tempat di kalangan penyelidik untuk menyelami dan menguji keberkesanannya dalam meningkatkan sesi pengajaran-pembelajaran dan memberi persembahan yang memberangsangkan dalam sistem latihan sukan. Kajian-kajian tersebut juga menjelaskan penggunaan multimedia bukan sahaja bersesuaian dalam bidang pendidikan malahan menepati sasaran juga dalam melaksanakan sistem latihan sukan dan permainan. Walaupun begitu, penggunaan multimedia dalam

bidang sukan juga amat dituntut. Penyelidik telah menjalankan kajian ini dengan lebih berkesan agar ia dapat digunakan dalam merencanakan program latihan sukan khususnya permainan bola tampar yang meningkat maju sekarang ini. 2.3 Istilah Kajian a) Multimedia : Multimedia diambil dari kata multi dan media. Multi berarti banyak dan media berarti media atau perantara. Multimedia adalah gabungan dari beberapa unsur yaitu teks, grafik, suara, video dan animasi yang menghasilkan presentasi yang menakjubkan. Multimedia juga mempunyai komunikasi interaktif yang tinggi. Bagi pengguna komputer multimedia dapat diartikan

13

sebagai informasi komputer yang dapat disajikan melalui audio atau video, teks, grafik dan animasi.

b) Servis Atas : Melambung bola tampar ke udara dan memukul bola denganbahagian tapak tangan dengan melakukan perlakuan seperti membaling bola. Boleh dilakukan dalam keadaan statik atau servis melompat.

3.0 3.1

Objektif Kajian Objektif Am Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas servis atas dalam permainan bola tampar.

3.2

Objektif Khusus i. Membantu murid membuat servis atas melepasi jaring dengan menggunakan teknik dan lakuan yang betul. ii. Membantu murid-murid melakukan servis atas mengikut prosedur yang betul.

3.3

Persoalan kajian

Persoalan yang terdapat dalam kajian yang dijalankan adalah : i) Apakah latihan yang dijalankan sesuai dan berkesan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran asas servis atas dalam permainan bola tampar. ii) Apakah latihan yang dijalankan dapat melakukan servis atas melepasi jaring?

14

4.0

Kumpulan Sasaran Dalam kajian ini melibatkan ahli pasukan bola tampar sekolah (lelaki) yang

mana juga murid tahun 6 Berlian iaitu kelas yang pengkaji kendalikan.

Saya

mengambil keputusan untuk memilih seramai 10 orang pelajar lelaki sepanjang kajian ini dijalankan. Ini pemilihan dilakukan berdasarkan gender, dimana kita ketahui bahawa penguasaan lelaki dan perempuan dalam sesuatu kemahiran adalah berbeza dan kenyataan ini dikuatkan lagi oleh Mynard (2008) menyatakan pelajar lelaki dan perempuan adalah berbeza dari aspek sosial, emosi, intelek dan fizikal. Oleh itu hanya pelajar lelaki menjadi kumpulan sasaran bagi kajian ini 5.0 Pelaksanaan Kajian Dalam menjalankan kajian, saya telah mengenalpasti terlebih dahulu mengenai latar belakang permasalahan yang dihadapi murid. Kajian yang akan

dijalankan adalah dengan menggunakan multimedia dalam latihan bagi mengatasi masalah tersebut. Sebelum menjalankan latihan, saya telah menggunakan ujian membuat servis atas melepasi jaring sebagai ujian pra. Ujian ini akan dijalankan secara spontan ke atas murid yang terlibat dalam kajian ini. Hal ini adalah untuk mendapatkan maklumat awal serta mengenalpasti tahap kemampuan yang boleh dilakukan oleh murid. Melalui data yang diperoleh melalui pra ujian yang telah saya lakukan, ia akan memudahkan saya dalam mengumpul data-data penting mengenai perkaitan sebelum, semasa dan selepas menjalankan kajian ini, seterusnya ia akan memudahkan saya untuk mengetahui tahap awal murid sebelum latihan

menggunakan multimedia diberikan kepada murid-murid. Semasa melaksanakan kajian, saya menggunakan multimedia dalam latihan bagi meninggkatkan kemahiran servis atas ke tahap yang tinggi. Tempoh masa selama dua minggu amatlah singkat untuk mendapatkan prestasi servis yang baik. Oleh yang demikian, setelah mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber rujukan, saya telah pun mengenalpasti bahawa penggunaan multimedia dalam latihan kemahiran ini mempunyai tahap kebolehpercayaan serta kesahan yang agak tinggi apabila aktiviti ini dilakukan dalam tempoh masa yang agak singkat. Tempoh latihan ini dijalankan selama dua minggu di mana latihan dijalankan 3 hari dalam hari persekolahan. Tujuan saya membuat latihan setiap hari kerana latihan yang saya berikan ini tidaklah meletihkan responden ini kerana saya hanya menumpukan kepada satu kemahiran sahaja dalam permainan bola tampar iaitu membuat servis
15

menggunakan kemahiran asas servis atas. Oleh itu, tidak mengapalah jika latihan saya dilakukan setiap hari persekolahan. Selepas sahaja tamat menjalankan program latihan selama 2 minggu, saya akan membuat ujian servis atas melepasi jaring sekali lagi untuk mendapatkan impak serta kesan daripada latihan yang telah dijalankan ke atas murid. Servis melepasi jaring akan dijadikan sebagai ujian pos. Seterusnya, saya akan mengumpul data mengenai keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan sebelum, semasa dan selepas kajian untuk menilai semula keseluruhan keberkesanan terhadap ujian yang dijalankan. Seterusnya, melalui data yang telah didapati itu, saya juga akan

melakukan analisis dengan teliti dan terperinci bagi mengesahkan data yang telah diperoleh. Berikut adalah pelan pelaksanaan awal prosedur perancangan tindakan.

Ujian Pra

Merekod data (perbandingan)

Kaedah Multimedia

Merekod Pemerhatian dan Data (perbandingan) Merekod Data (perbandingan)

Ujian Pos

Hasil dapatan

(perbandingan)

Rajah 1: Pelan Perancangan Tindakan

16

5.1

Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian

Jadual 1 : Jadual Perlaksanaan Kajian Tindakan BIL 1. TINDAKAN Mengadakan ujian pra TARIKH TEMPOH 1 jam TUJUAN Saya menjalankan ujian pra kepada 10 orang murid yang dijadikan sebagai sasaran kajian iaitu melalui ujian membuat servis atas melepasi jaring sebanyak 5 percubaan. Tujuan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam membuat servis atas. Mengenal apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh murid dalam permaianan bola tampar Saya mengadakan persembahan multimedia mengenai bola tampar. Kemudian selepas itu, murid-murid akan dibawa ke gelanggang untuk mempraktikkan apa yang diperolehi dari persembahan multimedia itu.

2.

Mengadakan temubual bersama 10 orang murid

30 minit

Mengadakan sesi multimedia dan latihan bola tampar

2 minggu 1 minggu 5 kali 1 jam setiap sesi 30 minit sesi multimedia 30 minit praktikal

Mengadakan Ujian Post

1jam

Menguji peningkatan kemahiran selepas diberikan latihan menggunakan multimedia.

17

Jadual 2 : Jadual Program Multimedia Dalam Latihan Minggu 1 Isnin 1. Menonton bahan multimedia kemahiran servis atas 2. Membuat latihan servis atas. 30 minit Makmal komputer Hari Latihan Masa Tempat

30 minit

Gelanggang bola tampar

Rabu

3. Menonton bahan multimedia kemahiran servis atas 4. Membuat latihan servis atas.

30 minit

Makmal komputer

30 minit

Gelanggang bola tampar

Jumaat

5. Menonton bahan multimedia kemahiran servis atas 6. Membuat latihan servis atas.

30 minit

Makmal komputer

30 minit

Gelanggang bola tampar

18

Minggu 2

Hari

Latihan

Masa

Tempat

Isnin

1. Menonton bahan multimedia kemahiran servis atas 2. Membuat latihan servis atas.

30 minit

Makmal komputer

30 minit

Gelanggang bola tampar

Rabu

3. Menonton bahan multimedia kemahiran servis atas 4. Membuat latihan servis atas.

Makmal komputer 30minit

30 minit

Gelanggang bola tampar

Jumaat

5. Menonton bahan multimedia kemahiran servis atas 6. Membuat latihan servis atas.

30 minit

Makmal komputer

30 minit

Gelanggang bola tampar

19

5.1.1 Perlaksanaan Aktiviti 1 Jadual 3 : Kaedah mengutip data

Langkah dan tarikh

Cara penilaian

Kumpulan sasaran

TUJUAN

Langkah Mengadakan ujian pra 1

10 orang murid lelaki 6 Berlian

Saya menjalankan ujian pra kepada 10 orang murid yang dijadikan sebagai sasaran kajian iaitu melalui ujian membuat servis atas melepasi jaring sebanyak 5 percubaan. Tujuan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam membuat servis atas.

2.

Rakaman video

10 orang murid lelaki 6 Berlian

Mengadakan temubual

10 orang murid lelaki 6 Berlian 10 orang murid lelaki 6 Berlian

Pemerhatian

Melihat pergerakan badan murid ketika membuat servis atas dalam permaianan bola tampar dan akan dikenal pasti perkara yang menjadi masalah kepada muri-murid dalam membuat servis atas. Mengenal pasti apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh murid dalam permaianan bola tampar Melihat teknik yang digunakan ketika membuat servis atas.

20

5.1.2 Bahan latihan multimedia Video latihan kemahiran asas servis atas dan powerpoint akan digunakan kepada murid-murid untuk setiap kali latihan dijalankan. Murid-murid akan diberi masa 30 minit untuk sesi multimedia di dalam makmal komputer dan diselangi dengan demonstrasi dan percubaan lakuan teknik semasa tayangan direhatkan. Dalam tayangan video tersebut mengadungi fasa-fasa latihan membuat servis atas menggunakan teknik yang betul. Murid-murid akan diberi penjelasan terperinci Dengan cara tersebut murid-murid dapat

berdasarkan video yang ditayangkan.

meingati fasa-fasa membuat servis atas dan diaplikasikan dalam latihan.

5.1.3 Prosedur latihan Murid diberikan ujian pra sebelum mereka memulakan program latihan yang diberi. Data yang diperolehi disimpan sehingga ujian pos dilakukan. Data yang

diperolehi dalam ujian pra dan pos digunakan untuk menilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua ujian atau pun tidak. Program latihan yang diberikan adalah selama 2 minggu dan ujian yang sama akan digunakan sama seperti ujian pra iaitu membuat servis atas bola tampar melepasi jaring. Latihan diadakan setiap hari persekolahan.

Gambarajah 1 : Video latihan

Gambarajah 2 : Slideshow.

21

5.1.4 American Alliance for Health, Physical Education and Recreation (AAHPER) Volleyvall Serving Test

Ketinggian jaring mengikut spesifikasi yang ditetapkan untuk sekolah rendah iaitu 2.10 meter. Skor akan diambil dan dikira berapa kali ia mampu membuat servis melepasi jaring. Pemain diberikan peluang sebanyak 5 percubaan setiap seorang.

Gambarajah 3 : Ukuran ketinggian jaring Bola Tampar sekolah rendah.

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

5.2.1 Ujian Pra Ujian pra akan diberikan kepada kumpulan kajian setelah membuat pemerhatian terhadap murid. Ujian pra diberikan untuk mengukur perbezaan jumlah ketepatan ketepatan murid dalam melakukan hantaran bola aras dada dan aras bahu kepada rakan. Setiap murid akan diberikan lima (5) kali percubaan dan pengkaji akan merekod data dalam sebuah borang. Data yang diperolehi akan digunakan untuk membuat perbandingan di dalam ujian pos nanti. Perbandingan data akan dikeluarkan dalam bentuk graf bagi memudahkan proses intrepretasi data.

22

5.2.2 Ujian Pos Ujian pos dijalankan selepas pengajaran menggunakan kaedah multimedia diberikan kepada kumpulan kajian setelah mereka berlatih mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Prosedur ujian adalah sama seperti ujian pra, iaitu kesemua peserta diberikan lima (5) kali percubaan. Percubaan yang berjaya dan poin ketepatan direkodkan. Ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perubahan dari segi ketepatan dan pencapaian. Kemudian pengkaji akan membuat perbandingan antara ujian pra dan pos kumpulan kajian. Data yang diperolehi akan dikeluarkan dalam bentuk graf bagi memudahkan proses perbandingan dan interpretasi data. 5.2.3 Soal Selidik Soal selidik ialah sesuatu alat atau instrumen pengumpulan data yang tidak memerlukan penyelidik bersoal jawab dengan responden. Soal selidik dibuat bagi mengetahui minat murid terhadap kaedah multimedia yang digunakan dalam melakukan kemahiran servis atas bola tampar. Hanya 2 skala yang terlibat dalam soal selidik ini, iaitu Ya dan Tidak. Borang soal selidik ini hanya mempunyai 8 soalan berkaitan minat dan kefahaman murid tentang kaedah multimedia yang digunakan. Borang soal selidik akan diedar setelah tamat sesi P&P dalam kitaran pertama kajian. Masa yang diperuntukkan adalah selama 15 minit. Sebelum menjawab soalan dalam borang soal selidik, penerangan tentang cara menjawab dan penerangan bagi setiap item diberikan kepada murid. Hal ini adalah bagi memastikan murid faham dan dapat menjawab soalan dengan betul.

23

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data Kajian ini adalah berbentuk eksperimental yang melibatkan ujian pra dan pos. Kesemua data yang diperolehi akan dianalisis bagi mendapatkan nilai min dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Seterusnya hasil analisis akan dikeluarkan dalam bentuk jadual dan juga graf bar bagi memudahkan proses intrepretasi data. 5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan Bil 1. 2. Aktiviti Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data Mencari bahan kajian di perpustakaan dan internet 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Penulisan Proposal Kajian Perjumpaan bersama Penyelia Pelaksanaa Ujian Pra Latihan Kemahiran Hantaran Ujian Pos Analisis Data dan Perbincangan Penulisan Kajian Tindakan Perjumpaan bersama Penyelia Jadual 2: Jadual Pelaksanaan Tarikh Pelaksanaan 3 Februari 2012 9 Februari 2012

24

5.5

Analisis Tinjauan Masalah Jadual 4: Analisis tinjauan masalah

Langkah Cara penilaian dan tarikh Langkah Mengadakan ujian pra 1

Kumpulan sasaran 10 orang murid lelaki 6 Berlian

Masalah telah dikenalpasti Murid-murid ini mempunyai masalah dalam membuat servis atas, ini dapat dibuktikan lagi apabila sebahagian besar daripada muridmurid tidak dapat membuat servis atas dengan baik dan rata hanya mampu membuat 1 daripada 5 percubaan melepasi jaring.

2.

Rakaman video

10 orang murid lelaki 6 Berlian

Melalui rakaman video yang dilakukan masalahmasalah yang dapat dilihat disenaraikan disini adalah seperti berikut: i. Tidak tahu teknik yang betul dalam buat servis atas Kurang kekuatan Lambungan bola terlalu tinggi Koordinasi mata dan tangan lemah. Fasa pergerakan yang kurang betul. Kesemua 10 orang yang saya temubual dan dapati kesemua responden meminati permainan bola tampar ini Tidak didedahkan cara yang betul untuk membuat servis atas.

ii. iii. iv. v. 3 Mengadakan temubual 10 orang murid lelaki 6 Berlian i.

ii.

25

iii.

Tidak diberi peluang untuk bermain bola tampar ketika waktu Pendidikan Jasmani.

iv.

Pemerhatian

10 orang murid lelaki 6 Berlian

Guru tidak pernah mengajar cara membuat servis atas yang betul. Didapati bahawa murid tidak mengikut prosedur pergerakan ketika membuat servis atas antaranya:i. ii. Lambungan bola terlalu tinggi. Tiada koordinasi tangan dan mata

5.6

Perbelanjaan Kajian

Bilangan Peralatan 1 Bola Tampar 2 3 4 5 6 7 8 Jaring Komputer Riba LCD Kertas A4 Alat Tulis Makanan Minuman JUMLAH

Bilangan 12 1 1 1 1 Rim 12 Pensel 12 Set 12 Set

Harga Sumbangan Sekolah Sumbangan Sekolah Persendirian Sumbangan Sekolah RM8.00 RM5.00 RM36.00 RM12.00 RM61.00

26

Sumber Rujukan

Abang Ismail bin Abang Haji Julhi dan Mohd. Taib bin Harun. (2007). Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan Kemahiran Sukan Bola Baling. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007. Anil Taneja. (2009) World of Sport Outdoor. India : Kalpaz Publication. Bobbie Kalman. (2000). Volleyball in Action. Canada : Crabtree Publishing Company. Choong Lean Keow. (2008) Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Chow Fook Meng&Jaizah Mahamud(2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam Pengajaran.Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd Ee Ah Meng. (2001) Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti Hopper, T., & Bell, R. (1999). A T.A.C.T.I.C. Approach to Teaching Net/Wall Games. Teaching strategic understanding and tactical awareness. Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam Pendidikan. PTS Publications. Bentong Kamarudddin Wan Hassan. Pembelajaran. Oxford Fajar (2009). Teknologi dalam Sdn Bhd. Selangor. Pengajaran dan

Kirkendall, D.R., Grubber J.J. & Johnson R.E. (1987). Measurement and Evaluation For Physical Education Second Edition. Human Kinetics Publishers, Inc. Mohd. Taib Harun dan Norlena Salamuddin. (2006). Bola Jaring:Siri Meniti Tangga Kejayaan.Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Mok Soon Sang (2008). Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Nurul Fatiha Che Jamin (2008). Ciri- ciri Video Pembelajaran Yang Berkesan Serta Peranannya Dalam Pendidikan. Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Putra Malaysia.
27

Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan Tindakan. Kaedah dan Penulisan. Free Horizons Sdn.Bhd

Asian Volleyball Confederation, (2011). Diperoleh pada Februari 2, 2012 dari http://www.asianvolleyball.org/ http://olahraga2u.wordpress.com/category/bola-tampar/ Dilayari pada Februari 8, 2012 http://olahraga2u.wordpress.com/2010/08/04/bola-tampar-siri-2/ Dilayari pada Februari 8, 2012 http://kemahiranasas.blogspot.com/2009/08/kemahiran-asas-bola-tampar.html Dilayari pada Februari 12, 2012 http://fanboxblogs.fanbox.com/SinglePost.aspx?pbid=250898&post=234201& mode=&link=6&page=10&dt=010108&mlid=-1&vet=-1&src=2&bts=8&fs=1&apid=-1 Dilayari pada Februari 14, 2012 http://www.youtube.com/watch?v=_27kV4l3UYk Dilayari pada Februari 14, 2012 http://www.youtube.com/watch?v=GmXc6qvdMG8 Dilayari pada Februari 14, 2012 http://www.youtube.com/watch?v=G8n-t32q7l4 Dilayari pada Februari 14, 2012

28

You might also like