TAJUK :PENDIDIK CEMERLANG PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

BIsmillahirrahmanirrahim.. Mahatma Gandhi pernah berkata :Jadilah sebahagian daripada perubahan yang ingin kamu saksikan di dunia ini. “” Begitulah dominannya peranan seorang pendidikyang cemerlang dalam menjana transformasi pendidikan Negara. Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,dan seterusnya seantero dewan yang budiman. Assalamualaikum , salam sejahtera, dan salam satu Malaysia.. PENDIDIK CEMERLANG PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA BEGITULAH MAUDUK PEMBUKA BICARA. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Pelajaran Malaysia, pendidik Cemerlang ialah pendidik yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.Pendidik Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan. Kecemerlangan yang ada pada pendidik akan membawa perubahan kepada system pendidikan Negara.

menjadi pakar rujuk." Dengan adanya pendidik yang cemerlang ini. Ghafar Mahmud "Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek. seterusnya berpengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Pendidik cemerlang jugamampu menguasai bidang kepakarannya. Datuk Abd.Buktinya pada tahun 2010. Bingkisan wacana saya yang pertama berpaksikan “pendidik Cemerlang ialah Pendidik yang mempunyai peribadi.” Pendidik cemerlang ialah pendidik yang mempunyai sahsiah yang terpuji. dan berpegang teguh kepada etika perguruan. bermulalah “kurikulum standard sekolah rendah‟ yang kini sudah masuk tahun kedua. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran. Sidang dewan yang berwawasan. berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat. Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) berjaya direntas dan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. kemahiran dan pengetahuan yang unggul.Sidang dewan yang budiman. sekolah berprestasi tinggi kian membanggakan. berdaya saing. berketrampilan. . Program Memartabatkan Bahasa Melayu. maka transformasi pendidikan Negara berjaya dilakasanakan.

Menurut dato‟ seri Muhammad najib tun abdul razak. KOMUNIKASI TERBILANG” Sebagai pendidik. Yang celik. ROZITA CHE WAN YANG CANTIK . bukalah minda. Mari bersama saya menyusuri wacana ke-2 “PENDIDIK CEMERLANG. Safee Sali yang tangkas beraksi harimau malaya. bangkitlah. Pendidik juga harus memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi. Seandainya saya bertanyakan anda tentang kumpulan JOZAN dengan lawak tak kering gusi mereka.Yang tidur. perlulah berupaya meningkatkan hasil pembelajaran ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. pendidikan di Malaysia memerlukan pendidik yang mempunyai hasil kerja yang gemilang dan komunikasi yang terbilang bagi menggerakkan transformasi pendidikan Negara bertaraf dunia. Hal ini selaras dengan BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) yang bermatlamat mentransformasikan pendidikan Negara di peringkat global. HASIL KERJA GEMILANG.

Tetapi. dan komunikasi pendidik yang terbilang. hasil kerja pendidik yang gemilang. Lantaran itu. transformasi pendidikan Negara bertaraf dunia akan dapat direalisasikan. adakah anda kenal nama-nama seperti : Amy Ng May Kay. Nur Adibah Mohd Hadzi.LAGI MENAWAN sudah pasti anda sedia maklum. Nur Adibah Mohd Hadzi. Nuradiza Rani dan Rohaizah Mohd Faijan Daniel Rajasingam Subramaniam ? Sudah tentu jawapannya TIDAK kerana mereka ini merupakan pelajar yang telah mengharumkan nama Negara di arena antarabangsa. Kehebatan mereka ini adalah hasil daripada pendidik cemerlang. . Nuradiza Rani dan Rohaizah Mohd Faijan merupakan pemenang Anugerah Kedua Pengawal Pantai Amerika Syarikat atas ciptaan „Bum Minyak Asli‟ mereka manakala Daniel Rajasingam Subramaniam telahmemenangi hadiah utama Anugerah Kesusasteraan Dublin untuk Remaja Malaysia 2011. Amy Ng May Kay ialah pemenang pingat emas dalam pertandingan APEC Future Scientist Conference.

PROAKTIF DAN INOVATIF Dalam hal ini. bagi meningkatkan lagi tahap penguasaan 3M. pendidik cemerlang seharusnya berupaya menjana idea baru dalam pelbagai bidang dan berkongsi idea bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara. proaktif dan inovatif serta sentiasa berada di barisan hadapan agar sistem pendidikan Negara dinamik dan progresif. Membaca . program transformasi pendidikan yang telah dijalankan ini membantu murid-murid kearah penguasaan 3M yang lebih mantap. Dalam bidang Keberhasilan Utama Negara NKRA pendidikan. Menurut Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malayasia yang kelima mengatakan bahawa warga pendidik perlulah berwawasan.program Literasi dan Numerasi ( LINUS) telah diperkenalkan. . menulis dan mengira (3M) menjadi asas kepada pembentukan akademik seseorang pelajar. PENDIDIK BERWAWASAN. Mari kita meneliti wacana saya yang ke -3 PENDIDIK CEMERLANG.Sesungguhnya.Pendidik juga haruslah mempunyai inisiatif dan bersifat responsif dalam mentransformasikan pendidikan negara untuk mendepani cabaran globalisasi.Sidang dewan penjana transformasi.

Dr.Buktinya .Kejayaan ini dicapai apabila pendidik cemerlang. Zahri Aziz. . proaktif dan inovatif dalam melaksanakan transformasi pendidikan Negara. yang mempunyai wawasan tinggi.pencapaian Literasi dan Numerasi meningkat kepada 85 peratus berbanding 64 peratus manakala kadar numerasi meningkat kepada 91 peratus berbanding 73 peratus pada saringan kedua dan ketiga selepas diperkenalkan pada tahun 2010.menurutTimbalan Ketua Pengarah Pelajaran.

. „„Peningkatan pencapaian pelajar pada semua peringkat pendidikan amat penting untuk membangunkan modal insan yang cemerlang bagi menghasilkan tenaga kerja mahir supaya Malaysia menjadi negarar berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Katanya. Antara perkara yang diberi penekanan dan keutamaan termasuk profesioan keguruan lebih menarik serta membangunkan guru-guru yang cemerlang. “Aspirasi NKRA memberi penekanan kepada pencapaian pelajar secara holistik dari segi intelektual. rohani dan jasmani. – Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) program Transformasi Kerajaan (GTP) berjaya meningkatkan taraf pendidikan dan prestasi pencapaian pelajar-pelajar sekolah kebangsaan tahun lalu dan dijangka bertambah baik tahun ini. literasi dan numerasi serta Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) termasuk Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP). rohani dan jasmani sekali gus membangunkan modal insan cemerlang bagi mencapai hasrat menuju negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat dicapai.4 NKRA Pendidikan lepasi sasaran PUTRAJAYA 20 Feb. „„Hasil satu kajian syarikat perunding antararbangsa ke atas sistem pencicikan dinegara-negara maju membuktikan bahawa kualiti guru merupakan pemangkin utama dalam memastikan kecemerlangan sistem pendidikan sesebuah negara. Datuk Abd. bidang-bidang utama lain juga akan ditambah baik untuk memastikan kelangsungan transformasi serta menghasilkan outcome seperti dihasratkan. Beliau berkata.‟‟ katanya dalam satu kenyataan. aspirasi NKRA Pendidikan memberi penekanan kepada meningkatkan pencapaian pelajar secara holistik dari segi intelektual. aspirasi NKRA Pendidikan juga adalah untuk memastikan pendidikan berkualiti dan berkemampuan dapat dikecapi oleh semua pihak bagi menambahbaik dan meningkatkan taraf penduduk Malaysia secara menyeluruh. Ghafar Mahmud berkata. di samping empat sub-bidang NKRA (lihat carta). Ketua Pengarah Pelajaran.‟‟ katanya. ia dibuktikan melalui pencapaian cemerlang empat NKRA yang melepasi sasaran asal iaitu prestasi prasekolah. Selain itu. emosi. „„Dalam NKRA Pendidikan. dua fokus utama telah dijadikan asas kepada transformasi yang dilaksanakan iaitu memastikan semua kanak-kanak mendapat permulaan pendidikan berkualiti serta membangunkan budaya pencapaian untuk memacu transformasi dalam sistem pendidikan. emosi.

„„Sebanyak 315 buah prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran telah beroperasi mulai Januari tahun lalu dan tambahan sembilan kelas dibina di Sarawak dan pusat komuniti di Sabah yang mula beroperasi mulai pertengahan Jun 2010. „„Pemberian bantuan yuran adalah untuk menggalakkan semua kanak-kanak yang tinggal di kawasan tiada prasekolah awam. Dalam pada itu.439 guru prasekolah awam dan swasta telah mendapat latihan daripada 11 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) manakala 3.144 kanak-kanak berusia empat dan lima tahun ke atas di seluruh negara telah menyertai prasekolah. „„Ini termasuk prasekolah swasta yang telah berjaya dibuka melebihi unjuran daripada 488 kepada 625 sekali gus menyaksikan 701. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran. mengikuti pendidikan prasekolah swasta. Zahri Aziz berkata.179 murid prasekolah swasta daripada keluarga berpendapatan RM2. „„Selain itu. 50 prasekolah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan 500 prasekolah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah mula beroperasi.” katanya.300 ke bawah layak menerima bantuan yuran sebanyak RM150 sebulan membabitkan peruntukan sebanyak RM10. . Dr.8 juta.000 (Kemas). „„Pada tahun ini sebanyak 715 prasekolah kementerian. „„Walaupun tidak mencapai sasaran 90 peratus.9 juta. Zahri berkata. seramai 24.000 (swasta) dijangka beroperasi.‟‟ katanya. Sementara itu. Zahri memberitahu. Bagi pencapaian Literasi dan Numerasi (Linus).Pada masa yang sama.500. 1. „„Bantuan makan untuk kanak-kanak prasekolah awam pula telah diselaraskan dan dinaikkan kepada RM1.‟‟ katanya. beliau berkata. pencapaian setakat ini merupakan satu indikator kepada sasaran untuk 2012 nanti.42 peratus berbanding 72 peratus dengan bilangan prasekolah sebanyak 1. Kementerian Pelajaran juga sedang melaksanakan transformasi kurikulum bagi memastikan modal insan yang dihasilkan memenuhi permintaan dan keperluan bagi mencapai taraf negara maju. Pada masa sama.80 di Semenanjung dan RM2. Transformasi kurikulum juga memberi penekanan kepada aspek penguasaaan bahasa khususnya Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris tanpa meminggirkan bahasa ibunda murid.05 di Sabah dan Sarawak melibatkan peruntukan sebanyak RM4. 50 (JPNIN) dan 1.‟‟ katanya. pencapaian prasekolah telah melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 72.561 lagi dilatih oleh Institut Pendidikan Guru (IPG). seramai 3. peratus murid yang menguasai literasi meningkat kepada 85 peratus berbanding 64 peratus manakala kadar numerasi meningkat kepada 91 peratus berbanding 73 peratus pada saringan kedua dan ketiga.

SBT sedia ada akan dipantau bagi memastikan petunjuk prestasi utama (KPI) dan sasaran yang ditetapkan tercapai. Berdasarkan perbandingan pencapaian UPSR tahun 2009 dan 2010.‟‟ katanya. Sukan Komanwel dan Sukan Asia.Sementara itu. bebas daripada sebarang tindakan tata tertib serta tiada audit bersyarat. Antaranya tiga orang pelajar Kolej Tunku Kurshiah muncul sebagai Naib Johan Intel ISEF dalam kategori Special Award di San Jose. Seorang pelajar SMK Aminuddin Baki pula memenangi pelbagai pertandingan renang peringkat antarabangsa iaitu dua pingat perak dalam 2nd ASEAN School Games. SK Bandar Baru Uda 2 pula memenangi dua pingat emas. Amerika Syarikat dengan projek bertajuk Natural Oil Boom. „„Pada masa sama. guru besar atau pengetua yang layak menerima ganjaran menerusi tawaran baru berdasarkan Bai„ah. satu emas dan satu perak dalam SEA Age Group . didapati sekolah-sekolah berprestasi rendah telah berjaya menunjukkan pencapaian yang baik. dua perak dan satu gangsa dalam Malaysian Open serta mewakili negara dalam 51st Japan Open Swimming Championship. sejak 20 sekolah SBT dipilih berdasarkan kecemerlangan akademik. ia ternyata berkesan apabila dinilai menerusi pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). katanya. . „„Kriteria bagi sekolah rendah pula mempunyai syarat tambahan iaitu mencapai sasaran Linus yang ditetapkan. Sementara itu. kokurikulum dan pembentukan sahsiah pelajar. banyak kejayaan dirangkul sekolah terbabit di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.‟‟ katanya. Sebanyak 140 daripada 209 sekolah rendah telah menunjukkan penambahbaikkan dalam pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS). mereka perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang cemerlang. satu pingat perak dan dua pingat gangsa dalam Mathematics Olympiad. „„Menerusi program SIP yang diperkenalkan bagi membantu sekolah-sekolah berprestasi rendah. satu emas.

.

Dilihat dari perspektif yang luas. iaitu :        Pembangunan tenaga manusia Kepesatan pertumbuhan ekonomi Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual Pembangunan teknologi dan sains Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat. ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. standard. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education". kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Sebagai . Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara. ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis. khususnya dari segi kualiti. Pendahuluan Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21.KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MTT2353) PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA: ANTARA SUMBANGAN DAN CABARAN DALAM MENEMPUH ABAD KE21. kuantiti.

penyubur perpaduan. jurutera sosial. Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata. Oleh yang demikian. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu. PERANAN guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. . pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. pencorak minda. agama.Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa. setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak kenal erti jemu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri. pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" adalah amat bertepatan sekali.sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan. bangsa dan negara. sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ketua Pengarah Pelajaran.

Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju Malaysia menjelang 2020 yang dilancarkan pada awal tahun lalu menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan negara. baru-baru ini. Menurut beliau. berdaya saing."Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek." katanya ketika ditemui Utusan Malaysia. "Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif." jelas beliau. Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar. "Peranan guru juga besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Satu Murid Satu Sukan (1M1S). Terang beliau lagi. polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah. "Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang selepas ini akan diikuti pula oleh Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) juga tidak akan berjaya tanpa komitmen dan sokongan jitu para guru. . berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat.

Ghafar berkata. kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik." tambahnya. "Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum. kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan inisiatif bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. "Namun demikian. semua pelan yang direncanakan pasti sukar untuk dijayakan dan ia jelas menunjukkan betapa besar peranan para guru yang berupaya mencorak dan membentuk generasi masa muka. budaya dan nilai setempat yang terpelihara sekian lama. Beliau menambah. kemahiran asas literasi dan numerasi." ujarnya. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru Besar. "Keprihatinan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha seperti menubuhkan jawatankuasa mengkaji beban tugas guru. saya menyeru agar warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut sebarang perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P dalam bilik darjah. menambah baik infrastruktur . "Justeru. Abd. tanpa komitmen dan usaha gigih para guru. cadangan wujudkan jawatan pembantu guru. transformasi dalam pendidikan akan terus berlaku kerana ia selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dengan acuan tersendiri yang mengambil kira kepercayaan."Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dan bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah.

gender. tahap sosio ekonomi. Abd. Ghafar. guru-guru dan murid-murid walau di mana sahaja berada menjadi keutamaan dalam agenda semasa kerajaan.sekolah. Katanya lagi." jelasnya." terang beliau. bangsa dan fahaman politik. disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. cadangan penstrukturan semula pemberian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan bagi guru-guru di Sabah dan Sarawak membuktikan bahawa bidang pendidikan. pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir seperti penyediaan Sekolah pendidikan khas dan kelas integrasi pendidikan khas bagi kanak-kanak kelainan upaya "Kementerian Pelajaran juga telah mengambil langkah memperkemas dan menambah baik syarat dan kriteria pengambilan guru pelatih bagi kursus pra perkhidmatan. "Konsep pendemokrasian pendidikan sentiasa dipraktiskan oleh pihak kementerian bagi memastikan peluang mengikuti pendidikan berkualiti dapat dikecapi secara sama rata di seluruh negara tanpa mengira batas geografi." terangnya. . Menurut Abd. Ghafar berkata. menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dan menambah kuota pengetua serta guru cemerlang sehingga peringkat JUSA C. "Langkah untuk meningkatkan profesionalisme guru akan meningkatkan martabat keguruan untuk terus dihormati. usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan mencapai sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau kementerian sahaja.

"Guru janganlah jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran proaktif. 11 Julai -." jelasnya. kata Pengarah Pelajaran Negeri Datuk Dr Muhiddin Yusin. kreatif serta inovatif. KOTA KINABALU. Beliau berkata kejayaan maktab itu meraih tiga pingat emas dan satu anugerah harus dijadikan motivasi oleh pelajar serta sekolah di seluruh Sabah dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik. "Guru-guru juga disarankan supaya mengaplikasi dan mengamalkan kaedah P&P terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu. "Maktab ini membanggakan Jabatan Pelajaran serta meletakkan Sabah dan Malaysia di peta .Pencapaian luar biasa pelajar Maktab Sabah di Pertandingan Tarian Dunia 2011 di Paris baru-baru ini membuktikan pelajar negeri ini mampu bersaing dan cemerlang di peringkat antarabangsa.Katanya. warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.

"Kejayaan Maktab Sabah akan membuka mata semua pihak dan meningkatkan keyakinan mereka bahawa sekolah tempatan mampu mencipta nama dalam acara di peringkat antarabangsa. Minggu lepas." katanya pada majlis penghargaan di sekolah itu Isnin. selain mencatat kemenangan berganda bagi kategori Duet/Trio. Maktab Sabah menerusi penyertaan sulungnya di WDC. menewaskan 27 pasukan lain dalam kategori Tarian Rakyat (Berpasukan). serta meraih pingat emas bagi segmen Kontemporari dan Keseluruhan Terbaik. setaraf dengan institusi dari negara maju. Koreografer untuk pasukan yang dianggotai lapan pelajar lelaki dan dua perempuan turut menerima Anugerah Koreografi Terbaik .dunia dalam bidang tarian di kalangan pelajar sekolah.

berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik. menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran. b. Pengetahuan dan kemahiran Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan matapelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya. mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan. Hasil kerja Guru Cemrlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) kea rah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Ciri-ciri Guru Cemerlang Guru Cemerlang mempunyai cirri-ciri yang berikut dari segi kualiti: a. Peribadi Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji. c. alat pengajaran dan pembelajaran. bijak mengurus masa. bahan sumber. .

Komunikasi Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi. f. mempunyai inisiatif.d. bersifat responsive dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. Potensi Guru Cemerlang ialah guru berwawasan. proaktif. e. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan Negara Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful