MINGGU ANTI-DADAH Selamat Pagi diucapkan kepada Tn Pengetua, Pn Toh Mee Sing, Penolong Kanan, Pn Poh, Penolong

Kanan HEM En Yeong, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En Tan, guru-guru kanan, guru-guru dan rakan pelajar sekalian. Minggu ini kita menyambut Minggu Anti-Dadah peringkat sekolah. Majlis akan dimulakan dengan bacaan ikrar anti-dadah oleh ………………………………….. dari 5S1.Dijemput semua hadirin bangun. BACAAN IKRAR Majlis pada pagi ini diteruskan dengan perutusan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Perutusan akan dibacakan oleh Pengerusi Kelab Skim Lencana Anti-Dadah, atau ringkasnya Slad, iaitu…………………………………….dari 5S1 BACAAN PERUTUSAN KPPM Para hadirin sekalian, marilah kita saksikan satu persembahan pendek daripada ahli-ahli slad tentang bahaya dadah. DRAMA Drama ini bermula dengan kisah Ah Chong, seorang penyanyi yang sungguh kecewa kerana girlfriendnya, Ah Moi, telah melarikan diri. (Aksi bertengkar dan Ah Moi minggalkan pentas) Dalam kesedihannya, Ah Chong pun ke kelab malam untuk menghiburkan diri(Aksi minum arak/mabuk). Di sana, kawan-kawan barunya pun menasihatinya supaya jangan sedih kerana masih ada syurga lain di dunia ini(Aksi menepuk bahu Ah Chong). Lalu mereka pun memperkenalkan syurga baru ini kepadanya Mereka mengajak Ah Chong untuk mengambil dadah bersama-sama mereka. (Aksi menghulur barangan dadah). Namun Ah Chong merasa kurang senang kerana dia tahu dadah itu merbahaya(Aksi cuba mengelak). Sewaktu di sekolah dahulu dia pernah menjadi ahli Kelab Skim Lencana Anti-Dadah SMK Ayer Tawar dan menyertai aktiviti-aktiviti anti-dadah yang dianjurkan.

Malam itu, Ah Chong pun tertidur di atas meja (bunyi berdengkur) dan bermimpi.(Tertidur atas meja sehingga tayangan selesai) Inilah apa yang dilihat dalam mimpinya: TAYANGAN SLAID Apabila bangun dari mimpi buruknya, Ah Chong pun merasa sangat takut(Aksi takut). Dia takut rupanya juga akan menjadi macam Mr Bean. Kalau ini berlaku, habislah peluang dia untuk mendapat balik Ah Moi. Lalu dia pun membuat keputusan untuk membuang kesemua jenis dadah yang diberi ke dalam tong sampah(Aksi buang satu demi satu). Bukan itu sahaja, dia juga bertekad untuk memberitahu orang ramai tentang bahaya dadah(Aksi membuka tangan ke arah penonton). Sebagai seorang penyanyi, Ah Chong mahu menggunakan bakatnya untuk menyampaikan mesej anti-dadah. Jadi marilah sama-sama kita mendengar lagu yang bertajuk ‘Dadah Durjana’ yang akan disampaikan oleh………………………………………..5S1 NYANYIAN LAGU (Di akhir nyanyian)Sebagai tanda sokongan terhadap kempen antidadah Ah Chong, Ah Moi pun kembali ke pangkuannya dan menghadiahi Ah Chong sekuntum bunga (Semua pelakon berkumpul dan tunduk) Hadirin dan hadirat sekalian, sempena Perayaan Hari Anti-Dadah tahun ini, Kelab SLAD akan menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik seperti ceramah dan pameran Anti-Dadah, lawatan dan pertandingan melukis poster dan sebagainya. Hadiah-hadiah yang lumayan juga ada disediakan. Untuk mengakhiri majlis pada pagi ini, dijemput guru SLAD, En Patrick Ling mengiringi tuan pengetua ke depan untuk menutup tong sampah yang berisi dadah tadi sebagai satu tanda menjauhkan diri daripada ancaman dadah. UPACARA PERASMIAN

Dengan tertutupnya tong sampah, maka Minggu Anti-Dadah SMK Ayer Tawar 2012 pun dibuka secara rasminya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua kerana sudi merasmikan majis pada hari ini. Sekian, terima kasih. 1 Malaysia membanteras Dadah!