KERTAS KERJA DMDI

GURU DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA:
PERANAN PIBG DAN SEKOLAH MEMUPUK KONSEP KENDIRI DI KALANGAN PELAJAR
Prof.Madya Dr. Hajah Hanipah Hussin Pusat Bahasa dan Pembanguanan Insan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, (UTeM) Jalan Hang Tuah Jaya. Ayer Keroh. 75450.Melaka

… saya rasa yakin dapat melaksanakan dengan jaya dan kami berusaha keras untuk mencapai sasaran yang kami telah rancangkankan. Saya menggunakan segala ilmu dan kemahiran berkomunikasi dengan PIBG dan guru-guru saya untuk menggembeling sumber manusia dan fizikal di sekolah ini…Kami menyediakan konsep kendiri yang positif di kalangan pelajarsebelum sesuatu projek dilaksanakan… (Pengetua Sekolah SMSP.KL-feb. 2003)

Petikan temubual di atas memperlihatkan bagaimana seorang pengetua menggunakan kemahiran berkomunikasi dalam mencapai matlamat dan objektif sekolah dan PIBG. Apa yang menarik perhatian adalah bagaimana mejoriti ibu bapa, pelajar dan guru-guru dapat sama-sama berkongsi memahami dan mencapat matlamat dan objektif sekolah. Mereka sebenarnya telah menyediakan diri sendiri dengan konsep kendiri positif sebelum apa-apa projek dilancarkan pihak sekolah. Dalam konteks ini konsep kendiri positif memperlihatkan faktor asas kejayaan pengetua.

Konsep kendiri pelajar bermula apabila dia mempunyai kesedaran bahawa dia adalah individu yang ujud dalam ruang yang dipanggil bilik darjah dan sekolah. Seterusnya dia mula mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri terhadap identitinya. Kemudian dia sering bertanya dan memberi jawapan kepada diri sendiri terhadap apa pendapat kawan tentang perbuatannya. Apa kata cikgu terhadap aktivitinya. Apa kata ibu atau ayah terhadap prestasinya dalam pelajaran. Apa kata orang lain terhadap dirinya. Konsep kendiri pada seorang pelajar bermula dengan kepekaannya terhadap peranannya kepada diri sendiri dan orang lain di dalam dan di luar bilik darjah. Konsep
Kertas Kerja ini telah dibentang dalam Seminar DMDI. Guru Dalam Pendidikan di Malaysia:Peranan PIBG dalam memupuk konsep kendiri positif di kalangan pelajar.Melaka.Hasil kajian di SMLP,KL Kejayaan dan Kegagalan Sekolah Berpunca dari Pengetua.

kendiri positif timbul bila dia belajar menerima perbezaan individu. Dia kemudiannya boleh memberi pengiktirafan terhadap dirinya dan kemudian menerima perbezaan peranan dan sumbangan pelajar lain. Konsep kendiri sebenarnya berubah mengikut tanggapan yang dibuat, banyak negatif atau positif. Dalam sesetengah kes, perkara ini mungkin tidak tepat pada pelajar yang mempunyai jati diri yang teguh.

Konsep Kendiri ialah tanggapan individu tentang identitinya sebagai seorang individu bermula dengan kepekaan bayi terhadap bahagion-bahagian anggota badannya pada usia satu dan dua tahun, serta pengiktirafan kanak-kanak tentang perbezaan antara individu……” [Psikologi I : Boon Pong Ying m/s. 106] Menurut Amir Awang (1991), “..... Konsep Kendiri merupakan gabungan antara penilaiannya sendiri, penilaian orang lain dan penilaiannya tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya……” [Psikologi Perkembangan : Murugiah Velayutham m/s. 107] Menurut Sharifah Alawiah (1.987), “... Kendiri merupakan suatu organisasi makna peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik, yang lahir daripada interaksinya dengan persekitaran.Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan danfikiran……” [Sekolah Dan Perkembangan Kanak-kanak : Kamaruddin Hj. Husin m/s. 571]

Carl Rogers (1950) mendefinasikan Konsep Kendiri sebagai “ ... .. suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan Konsep Kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitaran……” [Psikologi Perkembangan (I 992): Tang Chee Yee m/s. 135]
Kertas Kerja ini telah dibentang dalam Seminar DMDI. Guru Dalam Pendidikan di Malaysia:Peranan PIBG dalam memupuk konsep kendiri positif di kalangan pelajar.Melaka.Hasil kajian di SMLP,KL Kejayaan dan Kegagalan Sekolah Berpunca dari Pengetua.

Menurut Carl Rogers lagi Konsep Kendiri adalah berkaitan di antara cara seseorang itu berpendapat tentang kekurangan dan kelebihan mengenai dirinya secara sedar serta maklumat danpada orang lain mengenai dirinya. Ianya terbentuk sejak individu itu berada di zaman kanak-kanak lagi. Sebagai kesiinpulannya Konsep Kendiri ialah pandangan individu terhadap dirinya. Setiap individu harus menganggap dirinya memiliki ciri-ciri yang baik, kerana dari sinilah seseorang itu dapat menyayangi dirinya dan menghadapi kehidupan dalam suasana yang penuh dengan kegembiraan dan bersemangat tinggi. Huraian mengenai Konsep Kendiri di sini memberi tumpuan khusus mengenai teori dan pandangan Carl Rogers. 2. Latar belakang Carl Rogers Carl Rogers dilahirkan dilllinois pada tahun 1902. Berasal daripada sebuah keluarga yang sangat berpegang kuat pada ajaran agama Kristian. Apabila beliau berjaya mendapatkan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Psikologi Klinikal pada tahun 1031 di Colombia, beliau telah berkhidmat di Pusat Bimbingan Rechoster. Semasa di sana beliau belajar mengenai teori "Otto Rank" yang menentang ajaran Frued lalu membentuk teori baru pendekatan sendiri. Sebelum itu beliau adalah pengikut Fruedian. Semasa beliau berkhidmat sebagai profesor psikologi di Universiti Ohio State beliau telah berjaya mengarang buku bertajuk "Caunselling and Psychoterapy" (1942). Buku ini menceritakan tentang pengalaman beliau sebagai seorang ahli terapi. Oleh kerana latarbelakangnya yang kuat berpegang kepada ajaran agamalah yang menjadikan beliau bersikap suka membantu orang lain.

Kertas Kerja ini telah dibentang dalam Seminar DMDI. Guru Dalam Pendidikan di Malaysia:Peranan PIBG dalam memupuk konsep kendiri positif di kalangan pelajar.Melaka.Hasil kajian di SMLP,KL Kejayaan dan Kegagalan Sekolah Berpunca dari Pengetua.

Pada tahun 1945, beliau dilantik sebagai Profesor Psikologi di Universiti Chicago, di situlah beliau telah mula memperkenalkan "Client Centred Therapy" melalui pembukaan pusat Kaunseling. Pada tahun 1945, beliau telah dianugerahkan "Distingvished Screntific Achierement Award" daripada "American Psychological Association" di atas kajian beliau tentang kaedah menganalisis terapi secara sistematik. antara tokoh terawal di dalam bidang tersebut. Semasa di Universiti Wisconsin (1957-1963) beliau telah berjaya mengemukakan pusat kliennya melalui pesakit-pesakit “Schizophrenic”. Kerjaya terakhir beliau Behavioral Sciences di La Jolla, Colifomia. Diakhir-akhir usianya beliau banyak melakukan kerjakerja kemasyarakatan, berceramah dan menulis buku sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun (1987). 3. Jenis dan Ciri-ciri Konsep Kendiri Menurut Carl Rogers Pada amnya Konsep Kendiri terbahagi kepada dua jenis yang penting iaitu Konsep Kendiri Positif dan Konsep Kendiri Negatif. Menurut Carl Rogers pengalaman masa lampau kanak-kanak meninggalkan kesan mendalam terhadap kanak-kanak tersebut dalam menghadapi zaman mendatang. Nilai yang menyeronokkan akan meninggalkan kesan yang positif dalarn diri individu tersebut, sebaliknya nilai yang tidak menyeronokkan akan meninggalkan kesan yang negatif. Carl Rogers juga memperkenalkan istilah "Kongrven" iaitu hubungan antara Konsep Kendiri dengan pengalaman. Seseorang dinyatakan tidak "Kongrven" apabila tanggapan tentang dirinya tidak sama dengan apa yang sedang dialami. Untuk ialah menjadi "Resident Fellow" di Western Beliau merupakan di

Kertas Kerja ini telah dibentang dalam Seminar DMDI. Guru Dalam Pendidikan di Malaysia:Peranan PIBG dalam memupuk konsep kendiri positif di kalangan pelajar.Melaka.Hasil kajian di SMLP,KL Kejayaan dan Kegagalan Sekolah Berpunca dari Pengetua.

mengekalkan kestabilan Konsep Kendirinya yang unggul dengan cara menafikan suasana yang tidak "Kongrven” itu. Penafian tersebut dilakukan dengan mengunakan helah bela diri.

Kendiri

Pengalaman

Kendiri Persamaan banyak

Pengalaman yang

Persamaan yang sedikit/kecil Antara Kendiri dengan Pengalaman ialah situasi tidak (kongrven)

antara kendiri dengan pengalaman (Kongrven)

4.

Helah Bela Diri ( Maladative) Menurut Carl Rogers, seseorang sering menggunakan "mekanisme helah bela

diri" apabila berada di dalain situasi tidak "kongrven". Perkataan "maladative" sering digunakan oleh Carl Rogers bermaksud “mekanisme helah bela diri."

Kertas Kerja ini telah dibentang dalam Seminar DMDI. Guru Dalam Pendidikan di Malaysia:Peranan PIBG dalam memupuk konsep kendiri positif di kalangan pelajar.Melaka.Hasil kajian di SMLP,KL Kejayaan dan Kegagalan Sekolah Berpunca dari Pengetua.

Menurut Rogers terdapat empat jenis "maladative" iaitu: a) Situasi ini disebabkan individu itu tidak ikhlas pada dirinya dan lebihmementingkan nilai-nilai positif orang lain daripada dirinya. Individu ini akan sentiasa berasa bahawa orang lain itu lebih baik daripada dirinya. Sebagai contoh seseorang yang berkawan dengan anak orang kaya yang hidupnya sentiasa mewah, akan cuba menyerapkan ke dalam dirinya kelakuan anak orang kaya tersebut dengan harapan individu tersebut akan dipandang tinggi dalam masyarakat. b) Corak kelakuan yang tidak kekal. Individu ini akan mengiktiraf dirinya pada satu-satu ketika dan sebaliknya pada masa yang lain dia akan bersikap pura-pura terhadap dirinya sebagai contoh seorang pelajar yang mengalami kegagalan dalam peperiksaan akan berasa sedih di atas kegagalan tersebut dan menerima hakikat bahawa kegagalan tersebut disebabkan sikapnya yang tidak mengulangkaji pelajaran. Namun pada situasi yang lain individu tersebut berpura-pura gembira di atas kegagalannya dan menyatakan dengan kegagalan tersebut, dia tidak perlu bersusah payah belajar lagi. Dia berpeluang berkerja bagi mendapatkan wang. c) Mempertahankan Imej Diri Individu begini sentiasa cuba menyalahkan orang lain. Individu berkenaan akan cuba memesongkan pandangan ramai keatas kelemahan orang lain dengan harapan kelemahan diri sendiri terlindung. Contohnya individu yang cuba meniru dalam peperiksaan akan cuba mengesyaki yang pelajar lain juga melakukan perbuatan yang
Kertas Kerja ini telah dibentang dalam Seminar DMDI. Guru Dalam Pendidikan di Malaysia:Peranan PIBG dalam memupuk konsep kendiri positif di kalangan pelajar.Melaka.Hasil kajian di SMLP,KL Kejayaan dan Kegagalan Sekolah Berpunca dari Pengetua.

serupa, hakikatnya tidak.

d)

Kebimbangan Individu begini akan cepat memberi alasan apabila diminta melakukan sesuatu yang belum pemah dilakukannya. Contohnya individu yang baru memsuki alam persekolahan akan menangis apabila guru meminta individu tersebut melakukan sesuatu.

5.

Cara-cara Membina Konsep Kendiri Yang Sihat

Oleh kerana Carl Rogers tidak menerangkan peringkat perkembangan pendidikan kanak-kanak mengikut peringkat umur, jadi di sini saya cuba memberikan kaedahkaedah yang difikirkan sesuat menurut Carl Rogers bagi membina Konsep Kendiri yang sihat diperingkat kanak-kanak berumur kurang dari 13 tahun, di kira peringkat yang realistik dalam proses perkembangan kanak-kanak.

i)

Memberi galakan, bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak dalam membuat keputusan yang difikirkan sesual dengan naluri kanak-kanak tersebut.

ii)

Asuh kanak-kanak bersedia menerima hakikat bahawa kesilapan adalah sebahagian daripada proses menjadi dewasa.

iii)

Pengalaman

memperolehi kejayaan adalah peristiwa penting dalam

kehidupan kanak-kanak tersebut. Apabila kanak-kanak memperolehi kejayaan dalam apa juga bidang yang baik, raikanlah kejayaan tersebut. iv) Didik kanak-kanak menerima dirinya sebagaimana dirinya. Jangan membandingkan dirinya dengan individu kanak-kanak yang lain.
Kertas Kerja ini telah dibentang dalam Seminar DMDI. Guru Dalam Pendidikan di Malaysia:Peranan PIBG dalam memupuk konsep kendiri positif di kalangan pelajar.Melaka.Hasil kajian di SMLP,KL Kejayaan dan Kegagalan Sekolah Berpunca dari Pengetua.

Keadaan ini dilakukan dengan menolong kanak-kanak menilai dirinya secara realistik.

iii)

Objektif pengajaran yang berpatutan dan selaras dengan kebolehan dan tahap intelek kanak-kanak. Objektif atau matlamat yang terlalu tinggi akan menjadikan kanak-kanak itu kecewa jika tidak dapat mencapainya.

iv)

Menggalakkan perhubungan yang positif dikalangan rakan sebaya, serta memupuk nilai moral dan agama yang baik dalam jiwa kanak-kanak

sejak kecil. v) Jangan menegur kanak-kanak dengan memberi gelaran yang tidak sedap didengar atau komen yang negatif

6. i) murid. ii)

Implikasi Teori Personaliti Carl Rogers Guru harus menyediakan persekitaran yang sesuai dengan aktiviti pembelajaran

Peneguran positif digalakkan dalam memberi pujian atau teguran kepada muridmurid.

iii)

Setiap kejayaan pada erti kata yang sebenamya haruslah diraikan. Contohnya murid yang lemah mendapat markah yang baik dalam peperiksaan hendaklah diberi sedikit ganjaran, sekurang-kurangnya pujian terhadap kanak-kanak tersebut.

Kertas Kerja ini telah dibentang dalam Seminar DMDI. Guru Dalam Pendidikan di Malaysia:Peranan PIBG dalam memupuk konsep kendiri positif di kalangan pelajar.Melaka.Hasil kajian di SMLP,KL Kejayaan dan Kegagalan Sekolah Berpunca dari Pengetua.

iv)

Guru hendaklah menetapkan objektif yang realistik sebelurn sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran hendak dijalankan.

v)

Hargailah setiap pendapat dan pandangan murid walaupun ianya tidak memberi sebarang makna kepada guru terbabit.

Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran Mengikut Teori Personaliti Carl Rogers ************************************************** Kelas Tarikh Masa : : : Tahun 4 Belimbing 11.01.2001 60 minit 24 orang Bahasa Melayu Akhlak Mulia

Bilangan Murid : Mata Pelajaran : Tajuk Kemahiran Lisan : 1.18 1.32 Bacaan : 2.17 Tulisan : 3.26 :

Menyoal menggunakan pelbagai kata tanya. Bercerita berpandukan gambar-gambar atau keadaan sebenar.

Membaca dan memahami. perkataan dan ayat.

Membina dan menulis pelbagai soalan daripada bahan bacaan.

Pengetahuan sedia ada murid: i. Murid telah mengetahui erti kebaikan dan keburukan.
Kertas Kerja ini telah dibentang dalam Seminar DMDI. Guru Dalam Pendidikan di Malaysia:Peranan PIBG dalam memupuk konsep kendiri positif di kalangan pelajar.Melaka.Hasil kajian di SMLP,KL Kejayaan dan Kegagalan Sekolah Berpunca dari Pengetua.

ii.

Sebahagian besar murid dari golongan sederhana dan dididik dengan akhlak yang mulia.

Kertas Kerja ini telah dibentang dalam Seminar DMDI. Guru Dalam Pendidikan di Malaysia:Peranan PIBG dalam memupuk konsep kendiri positif di kalangan pelajar.Melaka.Hasil kajian di SMLP,KL Kejayaan dan Kegagalan Sekolah Berpunca dari Pengetua.

Objektif:
Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran, murid-murid dapat; i. Membina cerita pendek berdasar petikan gambar yang diberikan di dalam kumpulan pelbagi kebolehan. ii. Membina cerita pendek berdasarkan petikan peraturan semasa menggunakan kenderaan awam. iii. Menyedari perlunya sikap tolak ansur dan hormat menghormati sesama insan.

Bahan Bantu Mengajar:
1. 2. Gambar tunggal Petikan peraturan semasa menggunakan kenderaan awam.

Aspek Bahasa (Tatabahasa):
1. Morfologi. • 2. Kata Tanya.

Sintaksis. • • Ayat Tanya. Ayat Penyata.

Nilai Murni:
• • LANGKAH/ MASA Set Induksi [5 minit] Berhemah tinggi Rasinol dalam membuat keputusan AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Guru bertanya kepada murid adab semasa masuk rumah, berjumpa guru dan berhadapan dengan orang yang lebih tua. 2. Guru membantu murid membaiki beberapa kesilapan tentang cara beradab sopan. Langkah 1 [10 minit] Kemahiran: 1.32 Bercerita berpandukan gambar-gambar atau keadaan sebenar. 1.18 Menyoal menggunakan pelbagai kata tanya. Gambar tunggal. 1. Guru mengedarkan gambar tunggal kepada setiap kumpulan. 2. Setiap kumpulan mengandungi 6 orang murid mendapat gambar yang SUMBER/ CATATAN Bersikap terbuka

ISI KANDUNGAN

Kemahiran: 1.32 Bercerita berpandukan gambar-gambar atau keadaan sebenar.

[Helah bela diri]

[Pengalaman dan

Kertas Kerja ini telah dibentang dalam Seminar DMDI. Guru Dalam Pendidikan di Malaysia:Peranan PIBG dalam memupuk konsep kendiri positif di kalangan pelajar.Melaka.Hasil kajian di SMLP,KL Kejayaan dan Kegagalan Sekolah Berpunca dari Pengetua.

berbeza. Kumpulan [1]; Gambar suasana di pejabat Pos. Kumpulan [2]; Seorang murid memimpin orang buta melintas jalan. Kumpulan [3]; Kemalangan di jalan raya. Kumpulan [4]; Dua orang murid sedang berkelahi.

pengetahuan sedia ada]

LANGKAH/ MASA

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Setiap kumpulan diminta membaca apa yang telah dituliskan berdasarkan gambar yang diberikan. 2. Guru memberikan tumpuan sambil mengawal suasana kelas.

SUMBER/ CATATAN

Langkah 2 [15 minit]

Kemahiran: 2.17 Membaca dan memahami perkataan dan ayat.

Langkah 3 [12 minit]

Kemahiran: 2.17 Membaca dan memahami perkataan dan ayat. 1.18 Menyoal menggunakan pelbagai kata tanya. Kandungan: Morfologi:

1.Guru mengedarkan petikan peraturan-peraturan semasa menggunakan kenderaan awam. 2.Aktiviti ini dijalankan secara individu. 3.Murid membina pelbagai soalan berdasarkan petikan yang diedarkan.

Petikan peraturan [Pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid]

Kertas Kerja ini telah dibentang dalam Seminar DMDI. Guru Dalam Pendidikan di Malaysia:Peranan PIBG dalam memupuk konsep kendiri positif di kalangan pelajar.Melaka.Hasil kajian di SMLP,KL Kejayaan dan Kegagalan Sekolah Berpunca dari Pengetua.

Kata tanya

4.Murid menyoal pelbagai soalan dan murid lain akan menjawab soalan tersebut dengan dibantu oleh guru.

Langkah 4 [13 minit]

Kemahiran: 3.26 Membina dan menulis pelbagai soalan daripada bahan bacaan. Kandungan: Sintaksis: Ayat tanya.

1. Guru meminta murid membina sebuah cerita berdasarkan peraturan tersebut. 2. Hasil kerja murid dihantar untuk dinilai. 3. Guru membuat penilaian rambang terhadap hasil kerja murid.

[Helah bela diri]

LANGKAH/ MASA

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Guru membacakan cerita murid yang dianggap terbaik berdasarkan penilaian rambang yang dilakukan oleh guru. 2. Guru menerangkan kepada murid tentang perlunya kita berhemah tinggi, semasa berada di dalam masyarakat dan sentiasa rasional dalam membuat keputusan.

SUMBER/ CATATAN

Penutup [5 minit]

Kemahiran: 1.32 Bercerita berpandukan gambar-gambar atau kaedaan sebenar.

6.

Kesimpulan:

Kertas Kerja ini telah dibentang dalam Seminar DMDI. Guru Dalam Pendidikan di Malaysia:Peranan PIBG dalam memupuk konsep kendiri positif di kalangan pelajar.Melaka.Hasil kajian di SMLP,KL Kejayaan dan Kegagalan Sekolah Berpunca dari Pengetua.

Pada keseluruhannya konsep kendiri menurut Carl Rogers memberi panduan kepada guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran sebelun memulakan pengajaran. Guru haruslah mengambil kira pengetahuan sedia ada dan pengalaman murid sebelum Memulakan pengajaran. Kanak-kanak berumur kurang daripada 13 tahun lebih cenderung untuk menerima apa sahaja bentuk ilmu pengetahuan samada yang berbentuk positif atau negatif. Pengetahuan inilah yang akan memandu mereka dalam menghadapi hari-hari mendatang. Begitu juga semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru mestilah bijak mengesan beberapa ciri helah bela diri yang cuba dilakukan oleh murid dan menangani dengan cara yang bijaksana.

Kertas Kerja ini telah dibentang dalam Seminar DMDI. Guru Dalam Pendidikan di Malaysia:Peranan PIBG dalam memupuk konsep kendiri positif di kalangan pelajar.Melaka.Hasil kajian di SMLP,KL Kejayaan dan Kegagalan Sekolah Berpunca dari Pengetua.

Bibliografi:
Asmah Ahmad : Konsep Kendiri ,MPTI, Johor Baharu: Jumal Akademik, Oktober 1995. Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur : Psikologi 1, KL : Fajar Bakti sdn. Bhd. 1998. Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub: Psikologi Personaliti , KL: DBP, 1997. Kamal Abd. Manaf - Manusia dan Personaliti , KL: Utusan Publications sdn. Bhd. 1996. Kamaruddin Hj. Husin : Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak, KL: Utusan Publications sdn. bhd. , 1992. Lee Shok Mee: Asas Pendidikan 2, Psikologi Dalam Bilik Darjah , KL Kumpulan Budiman sdn, Bhd., 1993. Murugiah Velayutham : Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan, KL Kumpulan Budiman sdn. Bhd. 1996.

Menurut Stewart dan Friedman (1987),