KONSTRUKTIVISIM DALAM PENTADBIRAN PENGETUA

Prof.Madya Dr. Hajah Hanipah Hussin Pusat Bahasa dan Pembanguanan Insan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, (UTeM) Jalan Hang Tuah Jaya. Ayer Keroh. 75450.Melaka

Pengenalan
Bagaimana belajar menjadi pengetua atau berperanan sebagai personal di peringkat pengurusan tertinggi di sekolah atau di institusi tinggi adalah fokus pentadbiran. Pendekatan konstruktivisma bukanlah satu perkara yang baru, tetapi telahpun diasaskan oleh Jean Piaget ( ) dalam penulisannya dan juga telah

dikemukakan dalam teori pembelajaran. Dewasa ini, perspektif konstruktif tentang pembelajaran telah mendapat perhatian yang meluas di kalangan ahli pentadbir. Satu cara untuk memahami konstruktivisma ialah dengan meneliti prinsip asas konstruktivisma yang dianjurkan oleh Von Glasersfeld ( • ) seperti yang berikut:

Pengetahuan tidak diterima secara pasif sama ada melalui deria atau melalui cara berkomunikasi. individu yang berfikir. Manakala, ia dibina secara aktif oleh

Fungsi kognisi adalah adaptif, dalam pengertian biologi, dan cenderung ke arah kesecocokan atau daya kebergunaan. Kognisi berperanan dalam mengorganisasikan pengalaman seseorang, dan bukan menemui realiti ontologi yang objektif.

Dalam bentuk yang ringkas, konstruktivisma adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu

1

yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.

Pembelajaran kooperatif, koloborasi dan masteri adalah komponen dalam pengajaran dan pembelajaran dari perspektif konstruktivisma. Marilah kita meninjau dengan lebih mendalam tentang ketiga-tiga kaedah pembelajaran ini !

Pembelajaran Kooperatif
Kooperatif bermaksud bekerja bersama untuk menyelesaikan sesuatu tugas. Di dalam aktiviti-aktiviti yang berunsur koperatif, ahli-ahli berusaha untuk mencapai sesuatu yang berfaedah untuk individu dan semua di dalam kumpulan. Dengan itu, pembelajaran kooperatif adalah suatu strategi pengajaran yang melibatkan pelajar-pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain dalam kumpulan kecil dengan mempunyai matlamat bersama, iaitu memperolehi pembelajaran yang maksimum untuk diri sendiri dan yang lain.

Terdapat beberapa perkara yang diketengahkan dalam pembelajaran kooperatif: • • • • • • Each of us has to contribute and learn. Communication, trust, leadership, decision making and conflict resolution. We all sink or swim together here. We can not do it without you. We all congratulate you on your accomplishment. Reflecting on how well the team is functioning and how to function even better.

Kajian

terkini

mendapati

penggunaan

pembelajaran

kooperatif

boleh

meningkatkan / mewujudkan :

2

• • • • •

Pencapaian dan produktiviti pelajar yang lebih tinggi. Pemikiran kritikal dan kreatif. Sikap positif terhadap mata pelajaran dan sekolah. Kemahiran sosial dan interaksi kumpalan. Keyakinan diri dan saling menghormati.

Mengikut Johnson, Johnson, and Smith ( 1991 ) pembelajaran kooperatif perlu mengandungi ciri-ciri seperti: saling bergantung secara positif ( positive interdependence ), tanggungjawab individu ( individual accountability ), interaksi yang menggalakkan di antara ahli ( face to face promotive interaction ) dan memproses ( processing ).

Saling bergantung secara positif ( positive interdependence ) akan terhasil apabila setiap ahli kumpulan saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Jika salah seorang daripada kumpulan gagal memainkan peranannya, semua ahli kumpulan itu akan menanggung akibatnya.

Tanggungjawab individu ( individual accountability) bermakna setiap ahli dalam kumpulan adalah bertanggung-jawab kepada maklumatnya dan bahan-bahan pelajaran berkaitan. menguasai sepenuhnya

Interaksi yang menggalakkan di antara ahli ( face to face promotive interaction ) merujuk kepada kebolehan pelajar promote pembelajaran. Walaupun setengah kerja dalam kumpulan boleh dibahagi-bahagikan tetapi ada kalanya ia perlukan maklum balas, cabar-mencabar dan galakan secara interaktif dari rakan-rakan lain dalam kumpulan. Maka, pelajar perlu mahir dari segi promote pembelajaran yang lain. Ini boleh dilakukan apabila ahli kumpulan dapat menerangkan kepada yang lain cara untuk mengatasi masalah, berkongsi pengetahuan, mengenalpasti pemahaman menbincang tentang konsep yang dipelajari dan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan perkara yang

3

dipelajari.

Kemahiran interpersonal ( interpersonal skills ) mengarah pelajar kepada teamwork. Kemahiran sosial untuk pembelajaran kooperatif tidak akan wujud secara tersendiri tetapi perlu diajar kepada pelajar sama seperti kemahiran akademik. Pelajar perlu mahir dari segi ciri kepimpinan, membuat keputusan, membina sifat boleh percaya, komunukasi dan pengurusan konflik supaya dapat bekerja dalam kumpulan sehingga menyelesaikan task dengan jayanya.

Memproses ( Processing ) wujud apabila ahli kumpulan berbincang setakat mana pencapaian matlamat mereka dan mengekalkan perhubungan kerja yang efektif. Ahli-ahli kumpulan perlu sentiasa menganalisis bagaimana para ahli bekerja bersama serta menentukan bagaimana interaksi ddalam kumpulan boleh ditingkatkan lagi untuk mempastikan perkembangan pembelajaran yang berterusan. Ada beberapa model yang telah direka oleh para pengkaji. Di antaranya ialah The Structural Approach ( Spencer Kagan ), The Learning Together Approach ( Johnson & Johnson ), STAD,TGT, Jigsaw ( Slavin ) dan Group Investigation ( Sharan & Shacar ).

Pembelajaran kooperatif banyak digunakan dalam pengajaran matematik dan sains. Kefahaman terhadap idea, konsep dan kemahiran matematik dan sains diserapkan melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran secara kumpulan.

Penggunaan komputer juga menggalakkan pembelajaran kooperatif. Ini boleh dilihat dari berbagai aspek. Misalnya, apabila pelajar dikehendaki berkongsi komputer untuk tujuan pembelajaran ( tiada bilik darjah di mana terdapat ratio 1:1 ), maka secara tidak langsung pembelajaran kooperatif berlaku kerana pelajar terpaksa berkongsi maklumat yang diperolehi dan pada masa yang sama berbincang sesama untuk mempastikan apa yang mereka pelajari.

Menggunakan perisian-perisian pembelajaran berciri Drill and Practice, Simulasi dan Discovery ( CAL / CAL ) membantu mengembangkan pencapaian pembelajaran,

4

kebolehan dalam menyelesaikan masalah. Sekiranya pelajar didedahkan kepada 'Authoring' maka pembelajaran kooperatif yang melibatkan 'Authoring' akan

menggalakkan kemahiran social.

Rangkaian komputer juga membantu pembelajaran kooperatif. Rangkaian mewujudkan interaksi di antara pelajar dan perkongsian maklumat serta pencapaian matlamat. Telekomunikasi memberi peluang untuk pelajar mempertingkatkan kemahiran komunukasi dan interaksi mereka. Dengan interaksi, bukan hanya pelajar memperolehi pengetahuan atau maklumat dari pelajar lain tetapi mereka juga belajar menyampaikan idea atau maklumat kepada orang lain dalam bentuk yang mudah difahami oleh orang yang lain.

Pembelajaran Koloborasi
Menurut Kamus Webster, collaboration bermakna ' berkerjasama antara satu sama lain '. Ia juga membaca makna berusaha bersama ke arah matlamat yang sama. Dengan itu, pembelajaran koloborasi merupakan pembelajaran koperatif dengan latihan kemahiran sosial yang sistematik. Pembelajaran koloborasi melibatkan pelajar-pelajar yang saling membantu antara satu sama lain dengan kaedah perbincangan untuk mengembangkan idea, hujah, pendapat dan jaawapan supaya memperoleh perstasi akademik yang baik.

Pembelajaran koloborasi amat berkesan dalam meningkatkan pembelajaran konsep, pembelajaran bahasa, penyelesaian masalah serta peningkatan komunikasi secara lisan, Di samping itu, pelajar-pelajar akan memupuk nilai-nilai sosial yang baik seperti tolong-menolong, bertimbang rasa, berbelas kasihan, bekerjasama, tekun dan sebagainya jika berkerja dalam satu-satu kumpulan. Selain daripada itu, melalui pembalajaran kolaborasi, pelajar dapat sokongan moral daripada rakan-rakan mereka. Sokongan seperti ini meningkatkan lagi imej kendiri serta menimbulkan tingkah laku yang

bertanggungjawab. Secara tidak langsung, dengan wujudnya kerjasama dan bertimbang rasa, masalah-masalah disiplin akan bertambah kurang.

5

Justeru itu, Cohen menegaskan bahawa pembelajaran koloborasi boleh mencapai hasil dalam tiga bidang utama iaitu matlamat intelek, matlamat sosial dan penyelesaian masalah bilik darjah.

Dalam kaedah pembelajaran koloborasi, pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan heterogenus yang terdiri daripada individu yang pelbagai kobolehan , latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Biasanya pelajar-pelajar dikumpulkan sedemikian oleh guru supaya mereka boleh mengajar mereka dan juga rakan mereka.

Proses pembelajaran koloborasi aktif dan konstruktif, di mana pelajar menyapadukan bahan baru dengan ilmu yang lalu untuk membina idea baru dan makna baru. Pembelajaran kolobolasi menekankan interaksi muka ke muka dalam kumpulan, iaitu pelajar perlu bercakap bersama-sama supaya mereka dapat belajar sesama mereka dan menambahkan kefahaman sesuatu kemahiran yang dipelajari. Pelajar juga diminta belajar dengan rakan untuk mengenalpasti masalah dan menyelesaikannya. Di samping itu, aspek sosial dan emosi pun ditekankan, kerana pelajar perlu mendengar pendapat orang lain.

Aktiviti pembelajaran koloborasi mementingkan tempoh masa untuk kumpulan membuat rumusan bersama, pelajar diminta menghabiskan tugas tertentu dalam masa tertentu, membenarkan ahli kumpulan merunding peranan masing-masing dan pendapat kumpulan serta menghormati perbezaan individu dan pendapat minoriti. Pelajar juga dibenarkan bersama guru membuat keputusan bersama dan akhirnya aktiviti pembelajaran koloborasi dinilai dari segi proses sama ada ia berkesan atau tidak.

Salah satu kaedah pembelajaran koloborasi ialah melalui program Rakan Sebaya. Ada dua jenis rakan sebaya yang dimaksudkan di sini. Pertama, rakan sebaya dari sudut guru pelatih sendiri iaitu guru pelatih yang lainnya. Kedua, rakan sebaya dari sudut pensyarah iaitu para pensyarah maktab atau guru kanan yang terlatih di sekolah.

6

Konsep rakan sebaya sesama pelajar digunakan untuk membantu guru pelatih timbul atas rasional pelatih lebih senang mendapatkan maklum balas dan komen yang membina daripaada rakan seperjuangan. Biasanya input daripada rakan sebaya digunakan sebagai peneguhan untuk sesuatu sebelum kemahiran pelatih itu diselia dan dinilai oleh pensyarahnya. Pemerhatian pelajar dan komen adalah berasaskan kriteria yang telah ditetapkan dan yang dipersetujui juga oleh para pensyarah untuk digunakan. Proses ini dibuat seolah-olah satu trial run untuk para pelatih itu. Pencapaian jenis kolabolasi antara pensyarah maktab dengan guru di sekolah dilihat juga sebagai satu prosis peneguhan bagi para pelatih. Memandangkan guru di sekolah pernah menjalani proses latihan mengajar dan telah mempunyai pengalaman mengajar di bilik darjah, mereka dianggap sebagai layak membantu penyelia membimbing pelatih, semasa menjalani latihan mengajar. Dengan adanya kesedaran bahawa peningkatan mutu keguruan di Malaysia ini bergantung kepada kerjasama yang erat antara pendidikan, pelaksana atau pengamal guru maka collaborative supervision ini semakin bermakna.

Selain daripada itu, Rakan Pembimbing juga merupakan salah satu pembelajaran melalui koloborasi. Projek pembimbing ini dibahagikan kepada tiga kategori: i. ii. iii. Pelajar normal membimbing pelajar istimewa. Pelajar istimewa membimbing pelajar istimewa yang lebih muda. Pelajar istimewa membimbing pelajar normal ( peranan songsang ).

Rakan pembimbing diberi peranan membimbing rakan-rakannya membaca, mengira, mengeja dan kemahiran sosial. Melalui projek ini, rakan pembimbing yang berkebolehan tinggi membimbing rakan pembelajar yang berkebolehan rendah dapat meningkatkan pencapaian akademik rakan pembelajar dan rakan pembimbing. Mereka juga didapati lebih suka pada diri sendiri dan lebih seuka membantu orang lain. Jalinan hubungan bertambah baik di antara mereka.

Pembelajaran koloborasi dalam pendidikan inklusif boleh menghasilkan warganegara yang mempunyai kemahiran permuafakatan. Kemahiran ini adalah asas kepada masyarakat penyayang dan cemerlang selaras dengan Wawasan 2020.

7

Pembelajaran Masteri
Pembelajaran masteri merupakan pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar menguasai sesuatu unit pembelajaran yang dipecah-pecahkan kepada beberapa subunit yang mengikut pemeringkatan. Pelajar akan maju ke unit seterusnya hanya setelah menguasai sesuatu subunit yang sedang dipelajarinya. Idea ini telah dicadangkan oleh Benjamin Bloom ( 1976 ) sebagai satu penyelesaian kepada masalah perbezaan individu. Ini adalah kerana Bloom berpendapat bahawa sebarang perbezaan dalam pencapaian pelajar adalah disebabkan bakat pelajar. Ini bermakna ada pelajar yang belajar lebih cepat dan ada pula yang lebih lambat. Oleh itu, Bloom mencadangkan supaya membenarkan masa yang berbeza bagi pelajar-pelajar itu mencapai satu-satu paras pencapaian. Ini bererti kita hendaklah membenarkan pelajar lebih masa dan pengajaran yang perlu bagi membolehkan dia mencapai satu paras pembelajaran yang munasabah.

Pembelajaran masteri memerlukan pengajaran di luar jadual waktu biasa. Ia dijalankan pada waktu rehat atau di sebelah petang selepas sekolah. Bentuk pembelajaran masteri yang dikenali Rancangan Keller ( 1968 ) memerlukan para pelajar menduduki ujian setelah menerima satu siri pelajaran. Setiap pelajar yang gagal mencapai satu paras pencapaian yang munasabah ( 80-90% betul ) akan dibantu oleh pelajar lain yang telah mencapai paras penguasaan atau dibenarkan lebih masa untuk belajar sehingga dia lulus ujian tersebut.

Ciri-ciri utama pembelajaran masteri adalah seperti berikut: • Nyatakan objektif bagi satu-satu pelajaran. Contohnya, ' Di akhir pelajaran, pelajar-pelajar boleh menjalankan olahan tolak bagi angkaangka dibawah 100 '. Seterusnya, guru menyediakan bahan pelajaran yang relevan. • Sediakan dua ujian bagi satu-satu pelajaran serta menentukan aras pencapaian ( seperti 90% betul ).

8

• • •

Terangkan objektif dan aras pencapaian kepada pelajar-pelajar. Nyatakan harapan mereka semua akan memperoleh satu-satu kemahiran itu. Sampaikan pelajaran itu. Laksanakan satu daripada ujian itu sebagai ujian formatif. Pelajar-pelajar yang mencapai aras pencapaian yang ditentukan akan diberi aktiviti pengayaan atau diminta membantu rakan-rakan lain yang belum lagi mencapai aras pencapaian tersebut.

Jalankan aktiviti pemulihan bagi pelajar-pelajar yang belum mencapai aras pencapaian yang ditentukan. Kali ini, strategi pengajaran hendaklah berbeza dari pengajaran kali pertama.

• •

Pelajar-pelajar yang telah melalui pengajaran pemulihan diberi satu lagi ujian sumatif. Berikan gred bersaskan ujian sumatif. Semua pelajar yang telah mencapai aras pencapaian yang ditentukan dalam ujian formatif akan diberi gred A.

Dalam pembelajaran masteri, pelajar dibenarkan belajar di tempat yang digemari olehnya dan penjadualan mudah ubah mengikut kesesuaian pelajar. Kadar pembelajaran jaga disesuaikan mengikut kebolehan pelajar. Kaedah ini juga menekankan

tanggungjawab pelajar sendiri, sambil guru mengajar mereka cara belajar yang sebenarnya. Lama kelamaan kaedah ini boleh mewujudkan pelajar yang berdikari.

Pembelajaran masteri merupakan satu kaedah pembelajaran yang berkesan, ini boleh dibuktikan daripada contoh yang diperolehi dari internet. Sebuah artikel yang bertajuk ' A Creation of Mastery Learning Systems: Count, Notice & Remember. ' karyaan Jeff Simpson telah megemukakan banyak contoh yang menunjukkan

keberkesanan pembelajaran masteri. Salah satu daripada contoh-contoh tersebut boleh diterjenmahkan seperti berikut:

" Sahabat saya, Geri ialah pegawai khas pendidikan. Anak saudaranya, Julia datang menziarahinya pada cuti musim panas. Julia sangat lemah dalam mata pelajaran matematik. Oleh itu, apabila Geri memberitahu Julia bahawa dia telah membelikan buku

9

latihan matematik yang bertajuk ' Pecahan ' untuknya, Julia menangis serta-merta sementara mendengar perkataan ' Pecahan ' itu.

Ayahnya telah mengajarnya selama beberapa jam tetapi tidak membawa hasil. Maka, Geri meminta Julia supaya memperuntukkan setengah jam untuk belajar bersamanya mengenai tajuk ' Pecahan '. Julia menggunakan grafik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah-masalah pecahan dalam buku latihan tanpa bantuan Geri. Selepas setengah jam, Geri menutup buku dan berterima kasih kepada Julia kerana sudi mencuba latihan tersebut. Pada hari keesokannya, Julia meminta untuk membuat latihan lagi selepas bersarapan.

Pada cuti berikutnya, Julia menelefon Geri, memberitahu Geri bahawa dia telah mendapat gred A dalam matematik dan dia sangat menyukai tajuk ' Pecahan ' ! "

Contoh di atas menunjukkan bahawa pelajar yang lemah hendaklah diberikan masa yang lebih supaya dia boleh menguasai sesuatu kemahiran. Dia juga perlu memperolehi satu-satu kemahiran sebelum maju ke satu kemahiran yang lain. Pelajar hanya perlu dibimbing supaya tahu dan mahu belajar sendiri tanpa disuap sepanjang masa. Pebelajaran masteri sangat sesuai dijalankan bagi pelajar yang cerdas mahupun lemah kerana ia memberi peluang untuk mendalami atau mengatasi kelemahan mereka.

Rumusan
Pembelajaran kooperatif, koloborasi dan masteri merupakan komponen dalam pengajaran dan pembelajaran dari perspektif konstruktivisma yang menegaskan bahawa para pelajar sendiri yang perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pendekatan ini memenuhi keperluan pelajar daripada aspek kognitif dan sosial.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menaja, membiayai dan menganjurkan kursus-kursus seperti konstruktivisma, pembelajaran kooperatif dan

10

koloboratif, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan tujuan membolehkan guru mengubah amalan tradisi dalam bilik darjah demi meningkatkan mutu pendidikan di negara kita dan seterusnya menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan yang ' World Class '.

Reformasi pendidikan haruslah bermula dalam bilik darjah. Maka guru harus berusaha untuk mencari cara alternatif dalam amalan pengajaran pembelajaran mereka. Menjadi guru konstruktivist merupakan satu langkah yang berani dan untuk menjayakan perjuangan ini, guru perlu beriktizam, berusaha, bermuafakat serta berani menanggung risiko intelek.

11

Bibliografi
A.B. Rahim Selamat ( 2000 ), Pengurusan Sekolah Bestari. Kuala Lumpur : Badan Cemerlang Sdn. Bhd.

Ang Huat Bin ( 1999 ), Konsep Dan Kaedah Pengajaran Dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur : Utasan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng ( 1997 ), Pedagogi II : Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Malliga a/p K.Govindasamy , Nota Kuliah : Pembelajaran Kooperatif. Johor Bahru : Maktab perguruan Temenggong Ibrahim.

Nik Azis Nik Pa ( 1997 ), Science and Mathematics Education, No.11 : Pembentukan Model Pengajaran Matematik Berlandaskan Konstruktivisme Radikal. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Robiah Sidin ( 1998 ), Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shukri Bin Ismail ( 1999 ), Jurnal Akademik Jilid XI: Konsepsi Guru Pelatih Kurses Diploma Perguruan Malaysia Pengajian Sains Terhadap Sains Dan Pembelajaran Konstruktisvisme. Batu Rakit : Maktab Perguruan Kuala Terengganu.

12

Tham Soo Koon ( 1988 ), Jurnal Keningau Bil.2: Konstruktivisme: Pedagogi Bilik Darjah Bestari. Keningau : Maktab Perguruan Keningau.

Mastery Learning : http://www.masterylearningsystems.com/

13