PROJEK MUDASAING: MENTORSHIP KEUSAHAWANAN DI KALANGAN BELIA MALAYSIA Prof.Madya Dr.

Hajah Hanipah Hussin Pusat Bahasa dan Pembanguanan Insan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, (UTeM) Jalan Hang Tuah Jaya. Ayer Keroh. 75450.Melaka 1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF CADANGAN PROJEK Projek yang dicadangkan ini merupakan satu projek pembangunan modal insan yang memberi fokus utama dalam menjana kemahiran keusahawanan. Projek ini

menggunakan pendekatan bimbingan secara berterusan dalam proses mentorship keusahawanan. Mentee adalah kumpulan pelajar yang gagal ke universiti dari kalangan belia lepasan sekolah, manakala mentornya adalah terdiri dari kalangan usahawan dan pedagang berjaya. Mentor-Mentee akan berkomunikasi dalam satu proses yang

berteraskan konsep pembelajaran penyelesaian masalah dalam bidang keusahawanan. Bagi menyelesaikan masalah dalam proses bimbingan, mentor dan mentee akan menggunakan alat penambah-baikan kualiti diri yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi kendiri ini merupakan tenaga penggerak bagi memastikan perubahan diri dari aspek kualiti dan kuantiti supaya perkembangan mentee dapat diukur dan dipantau. Hasil pembelajaran yang diharapkan adalah menjana kerjasama antara usahawan berjaya dan belia dalam melahirkan pelapis usahawan berjaya di Malaysia.

Konsep Projek ini akan menggunakan slogan “MUDASAING” sebagai gimik untuk menarik para peserta bagi menyertai program ini di seluruh Malaysia. Perkataan “MUDASAING” yang digunakan adalah melambangkan kesediaan para peserta dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi apa jua rintangan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Mentor yang akan bertindak sebagai penasihat, pembimbing dan ‘role model’ akan membantu mentee yang mahu mempelajari dan membangunkan kemahiran mereka dalam membuat keputusan yang terbaik dalam sesebuah perniagaan. Gimik “MUDASAING” yang digunakan dihuraikan dalam bentuk jadual di bawah dari sudut kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.

MUDA

SAING

1. KELEBIHAN • • • • • Dinamik Segar Boleh dibentuk Pencari pekerjaan Daya ketahanan

1. KELEBIHAN • System sokongan dan jaringan

rangkaian 4M iaitu: Modal Manufacturing (Pengeluaran) Man (Insan) Marketing (Pemasaran) • Daya ketahanan yang lebih seperti yang terdapat di dalam Pelan Integriti Negara.(PIN) • • • • • • Vis-à-vis (mentor) Pengetahuan teknikal Kemahiran interpersonal yang kuat Kemahiran kepimpinan yang kuat Kesabaran Minat dalam pembangunan

2. KELEMAHAN • • • • Rasa rendah diri Inferiority complex Pencapaian kelas kedua Tidak peka

2. KELEMAHAN • • • • Masalah birokrasi Masalah Red-Tape Usaha dan inisiatif separuh jalan Tiada kerjasama dan persefahaman dalam mentee projek antara mentor dan

3. PELUANG •

3. PELUANG Perolehan amalan-amalan keusahawanan terbaik 4. ANCAMAN • • Perubahan polisi samada kerajaan atau organisasi. Masalah meningkat. Inflasi dimana kos

Program dan grant daripada pihak • kerajaan dan juga pihak swasta.

4. ANCAMAN • • Dadah Masalah sosial

1.1 PENYATAAN MASALAH Surat kahabar Policy Negara Modal Insan Rancangan Malaysia 9-10-11 Rancangan Negeri-Negeri Wawasan 2020

Kadar pengangguran di Malaysia ketika ini boleh dikatakan amat membimbangkan kerana memiliki segulung ijazah atau kelulusan yang tinggi di zaman ini, belum pasti dapat menjamin seseorang itu mendapat pekerjaan, apatah lagi kepada mereka yang berkelulusan lepasan sekolah sahaja ekoran saingan sengit dalam sektor pekerjaan negara ini. Kegagalan pelajar lepasan sekolah untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi sedikit sebanyak telah mengurangkan peratusan mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Walaubagaimanapun pelbagai program dan usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah pengangguran ini seperti pelancaran Karnival Pekerjaan dan Program Latih dan Kerja dalam mengurangkan masalah pengangguran.

Program-program seperti ini sebenarnya merupakan peluang kedua dikalangan lepasan sekolah terutamanya apabila mereka ini tidak berjaya untuk memasuki mana-mana universiti untuk menyambung pelajaran. Namun sejauh manakah keberkesanan programprogram yang dilaksanakan itu dapat membantu dalam mengurangkan kadar pengangguran di kalangan pelajar lepasan sekolah.

Selain

dari

menyediakan

peluang-peluang

pekerjaan

kepada

mereka,

bidang

keusahawanan adalah merupakan satu lagi cara yang dirasakan mampu mengatasi pengangguran. Pemikiran pelajar-pelajar tentang corak pekerjaan ini harus diubah supaya lebih berdikari dan menjadi usahawan daripada bekerja makan gaji. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh mana pembentukan mereka untuk menjadi usahawan dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Projek Mudasaing adalah seperti berikut: i. Membantu para pelajar lepasan sekolah mendapat pendedahan dan peluang di bidang keusahawanan untuk menjana ilmu dan pendapatan ii. Mengenalpasti peluang-peluang sebenar dari usahawan berjaya yang boleh digunakan secara maksima dalam membantu usahawan muda. iii. Melahirkan pelapis usahawan secara kerjasama pintar dengan firma dan industri iv. Menambah kuantiti bilangan usahawan berjaya di pelbagai sektor di Malaysia

1.3 SOALAN-SOALAN KAJIAN 1.3.1 Adakah majoriti pelajar lepasan sekolah Malaysia berpeluang mendapat pendedahan ilmu asas pembudayaan keusahawanan ? (diagnostic survey) 1.3.2 Adakah pengangguran di kalangan pelajar lepasan sekolah dapat diatasi melaui projek keusahawanan 1.3.3 Adakah pembelajaran keusahawanan melalui mentor-mentee berjaya melahirkan usahawan muda? 1.3.4 Apakah sektor keusahawanan yang paling berjaya dididik melalui kaedah penyelesaian maslah.

2.0 KAJIAN LITERATUR

Terdapat pelbagai definisi yang boleh diberikan bagi maksud usahawan, namun menurut Kamus Dewan, usahawan membawa maksud sebagai kebolehan atau keupayaan seseorang itu yang mana termasuklah usaha, aktiviti-aktiviti, tindakan dan segalanya dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Manakala keusahawanan pula seperti

didefinisikan oleh Schumpeter (1934) adalah sebagai sebuah organisasi yang beroperasi dan menggunakan kombinasi daripada aktiviti-aktiviti baru seperti pembangunan produk, pemasaran, sumber bahan mentah, pendekatan pembuatan dan struktur organisasi baru.

Apa yang membezakan di antara usahawan dan bukan usahawan adalah berdasarkan kepada kesediaannya untuk menggabungkan kreativitinya, inovasi serta risiko yang bakal dihadapi dan komitmen untuk mereka membangunkan dan memaksimakan potensi diri sebaik mungkin dengan menggunakan peluang-peluang yang ada.

2.1.1 Keperluan Usahawan di dalam masyarakat. Kehadiran usahawan dalam sesebuah masyarakat adalah amat penting. Seperti yang dinyatakan di dalam buku Principles of Entrepreneurship, terdapat 4 punca utama mengapa usahawan amat diperlukan di dalam sesebuah masyarakat : 1. untuk menggunakan segala faktor pengeluaran seperti tanah, modal, teknologi, maklumat dan sumber manusia dalam menghasilkan tugasan yang berkesan. 2. untuk mengenalpasti peluang-peluang di dalam persekitaran dengan

meningkatkan aktiviti yang mungkin dapat dimanfaatkan kepada semua. 3. untuk memilih pendekatan yang terbaik untuk digunakan ke atas semua faktor pengeluaran bagi mengurangkan pembaziran dalam aktiviti keusahawanan. 4. untuk kebaikan kepada generasi masa hadapan.

2.1.2 Ciri-ciri Keusahawanan Seseorang individu itu perlu ada ciri-ciri seorang usahawan seperti yang di tulis oleh Kirby (1992) dimana terdapat empat ciri asas yang perlu ada ialah: 1. Memahami peranan mereka – merujuk kepada kefahaman individu itu bahawa keusahawanan ialah satu jaringan proses dan ia tidak dapat dilaksanakan secara individu. Proses itu termasuklah menghasilkan, membangunkan, menilai dan mengguna pakai idea-idea yang telah dikenalpasti. 2. Kemampuan – seharusnya seorang usahawan mempunyai kemampuan untuk berfikir secara rasional dan intuisi. Pemikiran intuisi akan membantu usahawan untuk lebih peka dengan perubahan dalam persekitaran dan melihat jika terdapat sebarang masalah atau ancaman dari pelbagai aspek. Manakala pemikiran rasional melibatkan logical, sistematik, analitikal dan konsentrasi pada isu-isu yang berkaitan.

3. Motivasi – motivasi membezakan usahawan yang berpotensi dan

tidak

berpotensi. Kebanyakan aspek motivasi adalah berkaitan dengan Teori Hirarki Keperluan Marslow, Teori McClelland’s dan Teori Ekspektasi Vroom. Kesemua teori tersebut menerangkan bahawa pencapaian akan lebih kukuh apabila seseorang dapat melihat hasil tindakannya memenuhi keperluan dan keinginan. 4. Bersedia untuk perubahan – usahawan masa kini harus mampu dan bersedia untuk mengatasi perubahan kerana ia akan membawa kesan yang penting kepada perniagaan. Ia merupakan faktor yang penting dalam perancangan, penggunaan dan menilai keputusan. Selain itu, sebagai usahawan mereka perlu peka terhadap sebarang perubahan di dalam persekitaran seperti ekonomi, kitaran perniagaan, had teknologi dan sebagainya.

2.2 PROGRAM MENTORSHIP Program mentorship yang dijalankan oleh kebanyakan organisasi bertujuan untuk meningkatkan kadar kejayaan usahawan permulaan dengan melengkapkan mereka pengetahuan dan kepakaran yang perlu bagi membolehkan mereka membuat keputusan perniagaan sendiri. Usahawan baru akan dipadankan dengan ahli perniagaan yang berpengalaman yang mampu memberi sokongan, panduan dan galakan. Program ini adalah berasaskan sasaran, dimana ia bermaksud mentee bekerja untuk mencapai sesuatu sasaran spesifik yang telah dikenalpasti pada permulaan program.

Bagi memastikan kejayaan hubungan mentor-mentee, padanan yang dilakukan haruslah memenuhi beberapa kriteria yang telah dikenalpasti. Antara kriteria yang perlu dipertimbangkan ialah: 1. Prospek atau jangkaan – setiap peserta harus memahami apa yang diharapkan oleh pihak lain. 2. Minat dan kepentingan – mentor dan mentee harus sealiran samada secara personal atau professional. 3. Sasaran jangka panjang – tidak kira apa jua tahap pelajaran bakal mentee tersebut pada ketika itu, sasaran jangka panjang adalah perlu.

4. Keterbukaan – untuk memudahkan mentee untuk mendapatkan sebarang maklumat dan ilmu daripada mentor mereka

3.0 METODOLOGI
3.3 KAWASAN KAJIAN

Kajian ini akan melibatkan seluruh negeri di Malaysia di mana kalangan responden mentor dan mentee yang dipilih adalah dari serata negeri di Malaysia.
3.4 RESPONDEN

Kajian ini akan menggunakan pendekatan kaedah mentorship dimana 60 orang mentor dari kalangan usahawan berjaya akan dipilih untuk menjadi mentor kepada pelajar-pelajar lepasan sekolah yang gagal masuk ke universiti. Pelajar-pelajar yang dipilih ini adalah merupakan pelajar daripada 60 buah sekolah kluster.

3.1 Konsep Kajian Para usahawan yang dipilih adalah dikalangan mereka yang terlibat di bawah Projek Kementerian Keusahawanan. Manakala 60 buah sekolah kluster yang akan dipilih adalah diletakkan dibawah projek kerjasama KPT dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menangani masalah kerjaya dikalangan remaja.
MENTOR MENTEE

Usahawan Berjaya

Pelajar Gagal ke Universiti

Melalui Jaringan Usahasama bersama PERDASAMA untuk mendapatkan 60 usahawan yang berjaya

Pelajar-pelajar dari 60 buah sekolah kluster

Projek dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Projek dibawah kerjasama KPT dan KPM dalam menangani masalah kerjaya remaja.

Rajah 3.1: Hubungan antara mentor dan mentee

3.2 REKABENTUK KAJIAN Metodologi kajian adalah menggunakan ‘Collaborative Action Research’ yang dipelopori oleh Lewin (1980) dalam bukunya ‘Action Research Planner’. Collaborative Action Research Design ini digunakan kerana projek ini melibatkan dua pihak dalam mencapai satu tujuan utama secara bekerjasama.

Rekabentuk kajian di bawah adalah merupakan kajian yang dirasakan paling sesuai bagi tujuan penyelidikan ini. INPUT
PENERAPAN • MENTOR PENGETAHUAN BARU MENTEE • MODEL PRAKTIS REFLEKTIF (REFLECTIVE PRACTICE MODEL) • • PROSES SISTEM PEMANTAUAN

PROSES

OUTPUT
SASARAN PERLAKUAN (ATTITUDE) KEMAHIRAN (SKILL) PENGETAHUAN (KNOWLEDGE) KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILL)

PEMBELAJARAN PENGALAMAN (ON JOB TRAINING)

Rajah 3.2: Rekabentuk Kajian

Rujukan Ab. Aziz Yusof, Selvan Perumal & Faizuniah Pangil, 2005. Principles of Entrepreneurship. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Khairul Anuar Abdul Samad, 20 Mei 2008. Timur:Karnival Peluang Pekerjaan. Diperolehi dari laman web http://www.bharian.com.my pada 21 Mei 2008. Lim Chia Ying, Mei 2008. Creating Entrepreneurs. Akhbar Starmetro Universiti New York. New Venture Mentor Program. Diperolehi dari laman web http://w4.stern.nyu.edu/berkley/student.cfm pada 15 Mei 2008. Universiti Michigan. Michigan Mentorship Program. Diperolehi dari laman web http://cfe.engin.umich.edu/mentors pada 15 Mei 2008. Youth Employment Services. Mentorship Program. Diperolehi dari laman web http://www.yesmtl.org/yes.php pada 15 Mei 2008.