KERTAS KERJA

GURU DALAM PENDIDIKAN MALAYSIA:
TEACHERS THINKING IN MALAYSIA Prof.Madya Dr. Hajah Hanipah Hussin Pusat Bahasa dan Pembanguanan Insan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, (UTeM) Jalan Hang Tuah Jaya. Ayer Keroh. 75450.Melaka

Absrak
Tesis ini telah disediakan oleh Hanipah Hussin untuk pengajian PhD di Universiti of Sydney Australia pada Februari 1999. Tesis ini melaporkan penyelidikan yang telah dijalankan ke atas satu ‘cohort student’ di kalangan guru pelatih di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, di Malaysia dengan tujuan memperkembangkan amalan refleksi dan kajian tindakan. Bab pertamanya memberi gambaran tentang latar belakang perkembangan terkini latihan perguruan di Malaysia. Ia menerangkan tentang Model Konseptual Pendidikan Guru di Malaysia dan keperluan amalan refleksi di kalangan guru pelatih dan guru. Ia juga menggariskan rasional, objektif dan rekabentuk kajian. Dapatan dan proses memperkembangkan amalan refleksi di kalangan peserta kajian. Penelitian laporan peserta mengenai proses dan reaksi mereka terhadap sokongan komuniti sekolah juga dibincangkan. Ia juga mengambilkira cabaran dapatan kajian ke atas pendidik. Ini meliputi implikasi masa depan kepada pendidikan perguruan di Malaysia dan kajian selanjutnya.

Tesis ini telah ditulis mengikut prosedur Kajian Kualitatif. Abstraknya jelas iaitu meliputi ayat pengenalan yang langsung kepada pernyataan masalah dan rasional kajian. Metodologi yang digunakan diberi secara ringkas tetapi merangsang pembaca untuk mendalami lebih lanjut kaedah-kaedah yang digunakan. Rajah I : Perkembangan pengenalan tesis secara deduktif ‘Reflective Thinking’ di Kementerian Pendidikan Malaysia ‘Reflective Thinking’ di Bahagian Pendidikan Guru Amalan ‘Reflective Thinking’ di bilik darjah Kajian Amalan Reflektif

Kajian Tindakan
First Order Action Research 16 gelongan kecil oleh partisipan

Second Order Action Research Gelongan Pertama Intervenes 1 Coach and Scaffolding

Amalan Reflektif

Second Order Action Research Gelongan Kedua Intervenes 2 Coach and Scaffolding

Guru dalam Pendidikan di Malaysia-Teachers Thinking. Kertas kerja ini telah dipersembahkan di Pusat Seni Muara-DMDI-Mac03.HH.

Tajuk tesis ini telah ditulis secara jelas. Tajuknya terbahagi kepada dua iaitu tajuk umum dan tajuk khusus. Tajuk khusus telah menjelaskan lagi tajuk umum tersebut. Sebagai contoh tajuk umum tesis ini ialah: ‘Learning to be reflective’ dan tajuk khusus ialah : ‘The content and nature of Primary Student Teachers’ thinking During Field Experience in Malaysia’. Ia dikatakan jelas kerana tesis ini telah menggunakan istilah dan kata kunci yang tepat untuk menggambarkan keseluruhan isi tesis. Pengenalan tesis dimulakan dengan isu kontemporari dan isu ini berkembang secara deduktif. Pengenalan tesis dimulakan dengan isu besar iaitu isu Teori ‘Reflective Thinking’ dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia kemudiannya berfokus kepada implementasi ‘Reflective Thinking’ dalam Bahagian Pendidikan Guru dan menjurus kepada kepentingan amalan ‘Reflective Thinking’ di bilik darjah. Ini bermakna penulis telah mewujudkan jurang penulisan yang dapat membuka ruang kepadanya untuk menonjolkan kepentingan amalan reflektif dan kajian tindakan dalam konteks pembangunan profesionalisme guru. Ini dapat diilustrasikan seperti Rajah 1 di sebelah: Tesis ini juga telah membicarakan keperluan melahirkan guru reflektif di Malaysia. Antara keperluan itu ialah: i. ii. iii. iv. Untuk meningkatkan paras kecekatan (competence) guru pelatih. Untuk meningkatkan kesedaran bagi memberi makna kepada pengalaman dalam bilik darjah. Untuk melahirkan guru-guru yang mampu berfikir dan bertindak proaktif tanpa perlu diarah dalam meningkatkan profesion mereka. Untuk melahirkan guru-guru yang inovatif, bebas berfikir dalam usaha meningkatkan kemahiran meneroka kekuatan dan kelemahan diri sebagai guru.

Berdasarkan keperluan melahirkan guru reflektif yang sedemikian rupa maka rasional kajian ini berkisar dalam lingkungan pengertian berikut: i. Untuk meneroka beberapa pengalaman yang dibuat oleh pendidik guru dalam mengimplementasikan amalan refleksi melalui kaedah penyelidikan tindakan di sekolah. Untuk menganalisis pola pemikiran guru pelatih melalui penulisan jurnal mereka. Untuk mengenalpasti kepercayaan dan nilai-nilai guru pelatih terhadap rakan, guru pembimbing dan pensyarah ke arah mempengaruhi mereka berfikir secara reflektif.

ii. iii.

Guru dalam Pendidikan di Malaysia-Teachers Thinking. Kertas kerja ini telah dipersembahkan di Pusat Seni Muara-DMDI-Mac03.HH.

iv.

Untuk menganalisis persepsi guru pelatih terhadap keberkesanan amalan refleksi dan format penulisan refleksi dalam membantu mereka mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pedagogi mereka di bilik darjah.

Tesis ini telah membentangkan persoalan kajian yang jelas seperti: 1. 2. 3. 4. 5. Apakah pengalaman penyelidik sebagai ‘reflective coach’ di dalam melaksanakan penyelidikan tindakan di sekolah? Apakah ciri dan pola pemikiran guru pelatih dalam penulisan refleksi jurnal? Adakah format refleksi membantu guru pelatih berfikir secara reflektif dalam amalan bilik darjah? Apakah jenis-jenis refleksi yang terhasil daripada proses amalan refleksi? Apakah yang dilaporkan oleh guru pelatih mengenai pengaruh gurusekolah (rakan guru pelatih, guru pembimbing dan pensyarah opsyen dalam membangunkan pemikiran refleksi?

Bagaimanapun kajian ini mempunyai limitasi dalam beberapa perkara seperti : 1. Ia hanya melibatkan seseorang pendidik guru (pengkaji) dan 16 orang guru pelatih yang berkongsi proses pencerapan klinikal dalam praktikum 1 dan praktikum 2. 2. Berdasarkan bilangan peserta yang terhad dapatan kajian ini hanya dapat menggambarkan proses bagaimana amalan refleksi ini dilaksanakan di sekolah yang berkenaan. Dengan itu hasil kajian kes ini tidak dapat digunakan untuk mewakili mana-mana guru pelatih seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun proses dan pengalaman yang diperolehi oleh pengkaji boleh di manfaatkan oleh penyelidik kajian tindakan yang lain.

Kajian Lituratur Kajian Literatur yang digunakan oleh penyelidik mendasari penyelidikan tindakan ini dapat diilustrasikan seperti grafik di bawah: Latar Belakang Penyelidikan Tindakan 1990an di Malaysia, EPRD kerjasama sekolah-sekolah, Projek PIER Kim Paik Lah (1994), Hanipah Hussin (1999) menggunakan Kajian Tindakan untuk meningkatkan tahap professionalisme guru pelatih 1990an Australia, Eropah, dan Amerika, Kajian Tindakan digunakan sebagai alat empirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi sekolah 1976, Di Eropah John Elliot dan rakan menggunakan kaedah ini dalam Ford Teaching Project sebagai pendekatan membantu guru menggabungkan usaha inkuiri dalam Pengajaran & Pembelajaran di bilik
Guru dalam Pendidikan di Malaysia-Teachers Thinking. Kertas kerja ini telah dipersembahkan di Pusat Seni Muara-DMDI-Mac03.HH.

darjah. 1953 Idea Lewin digunakan di Teachers College, Colombia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan di sekolah 1946, Kurt Lewin seorang ahli psikologi sosial menegaskan usaha kolaboratif untuk meningkatkan lagi mutu prestasi kerja di jabatannya (Kemmis dan Mc Taggart), (1988) Sesuatu yang menarik mengenai Kajian Literatur yang telah dikemukakan oleh pengkaji ialah ianya telah disusun secara kronologi mengikut perkembangan tahun. Ini menunjukkan ciri penulisan literatur yang baik kerana dapat menjelaskan lagi asal-usul kajian tindakan dan reflektif model yang digunakan dalam kajian. Tesis ini menegaskan beberapa unsur dalam Model Konseptual Pendidikan Guru. Antara unsurnya ialah membangunkan kesedaran diri sebagai guru dan peranan guru dalam bilik darjah serta masyarakat. Dalam hal ini pengkaji menggunakan refleksi sebagai alat yang berkesan untuk menyedarkan guru-guru muda terhadap peranannya sebagai guru dan akauntibilitinya terhadap gurudan tuhan. Ini jelasnya merupakan tunggak (citra agung) dalam menuju dan membina profesion perguruan. Tesis ini juga mengambilkira ramalan-ramalan dan perubahan dalam pendidikan masa depan iaitu yang menegaskan pengetahuan guruguru yang berpengetahuan, inovatif dan mementingkan kaedah penemuan dalam proses pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Kesedaran ini telah membawa pengkaji menyambung usaha Kementerian Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Guru melaksanakan Model Refleksi dan Amalan Reflektif di bilik darjah. Guru Sebagai Penyelidik Penyelidikan dalam konteks globalisasi ini menekankan kepada pembentukan satu budaya kolaboratif, kerjasama, perkongsian dan penyayang dalam masyarakat. Di samping itu, penglibatan yang meluas dalam proses penyelidikan akan menimbulkan “sense of ownership” di kalangan semua pihak guruyang terlibat dalam penyelidikan tersebut. Setiap pihak yang terlibat akan lebih terbuka dalam memberikan kerjasama dan maklumat yang diperlukan. Pandangan di atas menunjukkan bahawa guru memerlukan trdisi penyelidikan yang sesuai dengan teori dan amalan mereka yang dapat menyumbang terhadap peningkatan kepada kemahiran menyelesaikan masalah. Satu tradisi penyelidikan yang berkembang dalam kemasyarakatan perlu di cuba dan di bangunkan. Organisasi, firma dan kilang-kilang, tempat kerja, rumahtangga dan sekolah adalah merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori sosial dan kemasyarakatan. Perwakilan seperti ‘NGO’, ‘key personal’, wakil dari organisasi, suri rumah, ketua tempat kediaman, adalah sebenarnya dikelilingi oleh sumber-sumber dan bahan yang kaya yang boleh dijadikan bahan penyelidikan. Stenhouse (1975) berpendapat bahawa jika guruhendak merealisasikan aspirasi negara mereka, adalah perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai penyelidik.
Guru dalam Pendidikan di Malaysia-Teachers Thinking. Kertas kerja ini telah dipersembahkan di Pusat Seni Muara-DMDI-Mac03.HH.

Penyelidikan perlu dijadikan sebagai salah satu tugas utama masyarakat. Pendidikan menjalankan penyelidikan perlu diberi kapada gurusupaya aspirasi negara untuk membina insan yang mempunyai kemahiran meneroka jati diri terbena secara intrinsik. Donald Schon (1983) yang menyarankan perubahan amalan gurudari berbentuk ‘technical rationality’ kepada ‘reflective rationality’ yang menekankan amalan refleksi sebagai asas perkembangan profesional.Schon mengemukakan konsep ‘reflection-inaction’ dan ‘knowing-in-action’ sebagai proses penyelidikan yang menjadi saluran untuk perkembangan ilmu profesional dan peningkatan profesional. Konsep ‘reflection-inaction’ dan ‘knowing-in-action’ membawa maksud refleksi yang dilakukan semasa seseorang itu melakukan sesuatu untuk mempastikan apa yang dilakukan itu berkesan ataupun mungkin persepsi yang baru diperolehi bagi membaiki amalan. Keadaan ini banyak berlaku semasa guru mengajar misalnya guru sentiasa (sama ada secara sedar atau tidak) membuat refleksi ke atas pengajaran yang sedang mereka jalankan. Proses ini sebenarnya memerlukan seseorang itu mengesan maklumat dan menganalisis maklumat bagi membuat keputusan yang pantas bagi membaiki amalannya secara berterusan. Elliott (1993) menekankan betapa perlunya refleksi yang sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu keputusan dan tindakan profesional yang dibuat oleh seorang pengkaji Elliott telah mengutarakan paradigma sains praktikal yang merangkuami konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal refleksi. Proses ini melibatkan penyelidikan tindakan dan inkuiri tindakan. Bagi Elliott, perubahan pendidikan perlu berlandaskan inkuiri yang sistematik. Dari pandangan-pandangan di atas, jelaslah bahawa penglibatan guru sebagai penyelidik ini perlu diperkembangkan. Penglibatan pakar-pakar penyelidik dalam membimbing guru untuk melakukan penyelidikan secara berterusan boleh membentuk budaya menyelidik dan reflektif. Budaya ini memungkinkan suara dan pandangan wakil guru didengar dan diambil perhatian oleh pihak pembuat dasar dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam pendidikan. Ini sekurang-kurangnya dapat menigkatkan keyakinan dan ‘self-esteem’ guru Budaya menyelidik juga didapati telah dapat menigkatkan keberkesanan guru yang seterusnya dapat menyumbangkan kepada kualiti pendidikan. Dalam konteks pendemokrasian penyelidikan konsep guru sebagai penyelidik ini akan mula berakarumbi di kalangan guru di negara ini. Penglibatan guru dalam penyelidikan terutama penyelidikan tindakan perlu dijadikan amalan harian. Pembudayaan penyelidikan yang menyeluruh adalah perlu supaya penyelidikan dapat dijadikan sebagai amalan yang boleh membantu dalam membuat keputusan serta tindakan yang lebih baik. Penyelidikan bukanlah cara yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah, tetapi penyelidikan dapat membantu dalam melihat masalah secara lebih terancang dan sistematik supaya penyelesaian kepada masalah itu dapat dibuat dengan lebih berkesnn. Untuk membolehkan penyelidikan memberi sumbangan yang berkesan dalam meningkatkan kualiti pendidikan gurudi setiap peringkat, metodologi, proses dan dapatan penyelidikan perlu dapat difahami dan digunakan sebaik-baiknya oleh pelbagai pihak yang terlibat dan berkepentingan. 3.0 Methodologi Kajian Tindakan Methodologi yang dirancang dalam kajian ini adalah Kajian Tindakan Kolaborasi (Colaboration Action Research). Rekabentuk kajian yang telah digunakan oleh pengkaji
Guru dalam Pendidikan di Malaysia-Teachers Thinking. Kertas kerja ini telah dipersembahkan di Pusat Seni Muara-DMDI-Mac03.HH.

ialah Rekabentuk Kajian Tindakan Secara Praktikal (Practical Action Research Design) seperti berikut dalam Jadual 1 di bawah: Jadual 1: Rekabentuk Kajian Tindakan Secara Praktik Jenis Kajian Matlamat Peranan Fasilitator Tindakan Rekabentuk Keberkesanan Saling bergantung, menggalakkan dan Kajian Tindakan amalan Secara Praktikal pendidikan dalam merangsang penglibatan dan (Practical Action perkembangan Research) profesion refleksi kendiri

Hubungan Antara Fasilitator Dengan Peserta Bekerjasama (Proses Konsultasi)

Sesuatu yang menarik yang ingin diutarakan di sini ialah pengkaji telah memilih peserta kajiannya berdasarkan ‘Cohort Study’, iaitu guru pelatih yang berada di bawah penyeliaan terus (langsung) pengkaji. Kelebihan cara ini adalah Model Reflektif ‘Coach’ dan ‘Scaffolding’ (sokongan) dapat dilaksanakan secara langsung dalam setiap gelongan. Pengkaji telah menggunakan Pendekatan Kualitatif dalam penyelidikannya. Kajian kes telah digunakan. Model Kajian Tindakan dan Model Refleksi digunakan sebagai teknik dalam pengumpulan data. Model kajian tindakan yang telah dibuat mempunyai gelongan besar di mana tiap-tiap satu gelongan mempunyai 8 gelongan kecil. Ini bermakna terdapat 16 gelongan kecil kesemuanya. 2 gelongan besar digerakkan oleh Model Refleksi yang digunakan oleh pengkaji manakala 16 gelongan kecil digerakkan oleh peserta kajian. Teknik ini dinamakan ‘Second Order Action Research’ di mana pengkaji dan peserta bekerjasama secara kolaboratif, berkongi data, membuat refleksi dan merancang semula pengajaran dan pembelajaran untuk memperbaiki amalan yang sedia ada.

Reka Bentuk Kajian Colaboration Action Research
Reka bentuk kajian ini mengikut model Kajian Tindakan Elliot (1991). Model ini menerangkan outsider sebagai pengkaji dasn pembimbing yang mengamalkan refleksi manakala insider sebagai cohort study yang dibimbing untuk membuat refleksi dan Kajian Tindakannya sendiri. Rajah 1 : Reka Bentuk Kajian dan Gelongan Kajian Tindakan Gelongan - Gelongan dalam Kajian Tindakan

1

2 3

8

1

2 3

8

Introductory coaching

8 Action Research

Advance Coaching 4

4 7 7 Guru dalam Pendidikan di Malaysia-Teachers Thinking. Kertas kerja ini telah dipersembahkan di Pusat Seni Muara-DMDI-Mac03.HH. 6 6 5 5 Cycle 2

Rajah di atas menerangkan Perunding professional sebagai pembimbing (OutsiderGelong Besar) dalam Kajian Tindakan berkolaborasi dengan penyelidik-penyelidik yang terdiri dari guru atau murid (Insider Gelong Kecil). Mereka semua akan di kenali sebagai cohort study kerana mereka adalah subjek yang mendapat input penyelidikan tindakan dalam usaha mereka untuk melaksanakan cadangan-cadangan tindakan mereka yang telah dirancang. Reka bentuk kajian tindakan ini adalah berdasarkan enam langkah asas yang dapat digambarkan dalam gelong-gelong tindakan seperti yang dapat ditunjukkan dalam MODEL PEMIKIRAN REFLEKSI DALAM KAJIAN TINDAKAN di bawah. Langkah pertama dimulakan dengan memilih masalah utama yang hendak diselesaikan. Langkah kedua merancang dan langkah ketiga melaksanakan intervensi yang dicadangkan.. Langkah keempat membuat pemerhatian dan menggunakan borang-borang yang tepat dengan persoalan kajian. Langkah kelima pula mengumpul semua maklumat kedalam folio dan yang keenam membuat refleksi. Gelong kedua bermula jika masalah masih belum selesai dan semua prosedur kajian tindakan di atas diulang semula sehingga masalah selesai. MODEL PEMIKIRAN REFLEKSI DALAM KAJIAN TINDAKAN
Merancang semula Memili masalah utama untuk selesaikan

Merancang

Menulis refleksi dan membuat penilaian

Pelaksanaan Tindakan

Mengumpul Pemerhatian maklumat Dalam folio Guru dalam Pendidikan di Malaysia-Teachers Thinking. Kertas kerja ini telah dipersembahkan di Pusat Seni Muara-DMDI-Mac03.HH.

Di bawah ini adalah model penyelesaian masalah yang biasa digunakan semasa membuat keputusan . Refleksi digunakan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan serta bertindak dalam suasana kritikal.

MODEL PENYELESAIAN MASALAH DALAM KAJIAN TINDAKAN
Borang Menyelesaikan Masalah dalam Kajian Tindakan Senaraikan masalah-masalah Kenal pasti masalah penting Pilih masalah paling kritikal untuk diselesaikan ?

Kemungkinan Pilihan-pilihan Penyelesaian Senaraikan alternatif penyelesaian Kenalpasti alternatif utama bagaimana dapat menyelesaikan masalah ini?

?

Pilihan Penyelesaian ?

Penyelesaian Baru /Pilihan itu Perlu diperbaiki

Penyelesaian Kepada Masalah

Kesan

Sokong atau tidak

Nilai

Guru dalam Pendidikan di Malaysia-Teachers Thinking. Kertas kerja ini telah dipersembahkan di Pusat Seni Muara-DMDI-Mac03.HH.

Apa akan berlaku jika diambil pilihan itu 1 2 3 4 5 6

- / + (Kalau banyak – cadangan di buang dan sebaliknya)

Penting atau tidak kesan itu? Mengapa?

Teknik ‘Triangulation’ telah digunakan bagi memastikan keesahan data yang digunakan. Terdapat 6 jenis cara memungut data yang telah digunakan oleh pengkaji iaitu: 1. Penulisan jurnal mingguan dikumpulkan di kalangan 16 orang guru pelatih (peserta kajian) 2. Transkrip daripada audio tape yang didapati daripada temubual separuh struktur (semi-structured interview) 3. Jurnal reflektif mingguan daripada pengkaji sendiri. 4. Borang maklumbalas Pencerapan Klinikal oleh 16 orang guru pembimbing. 5. Markah Praktikum 1 dan Praktikum 2 daripada guru pembimbing. 6. Markah Praktikum 1 dan Praktikum 2 daripada pensyarah opsyen. Proses triangulasi yang dibuat oleh pengkaji dapat diillustrasikan dalam Rajah 2 di bawah: Rajah 2: Proses Triangulasi Yang digunakan oleh Pengkaji dalam Kajian Tindakannya.
Transkripsi Interview Audio Tape Portfolio Guru Pelatih

Maklumbalas guru pembimbing Rancang refleksi
Borang Pemerhatian PR1 dan PR2 oleh Pensyarah Opsyen dan Guru Pembimbing

Laksanakan pengajaran
Refleksi oleh Guru Pelatih

Refleksi oleh Pengkaji Maklumbalas

Apa yang diulas dari teknik pengumpulan data yang telah dikemukakan oleh pengkaji ialah pengumpulan data (data gathering) telah dibuat dalam 6 teknik. Pengkaji telah memperlihatkan kematangan dalam proses pengumpulan data dengan menitikberatkan
Guru dalam Pendidikan di Malaysia-Teachers Thinking. Kertas kerja ini telah dipersembahkan di Pusat Seni Muara-DMDI-Mac03.HH.

keesahan data melalui teknik ‘triangulation’. Analisis data telah dirancang secara berterusan dari satu gelongan kepada gelongan yang baru dan data bersifat ‘vital’ dan generatif serta kontruktif. Ini bermakna data daripada gelongan 1 merangsang dan membina kepada gerakbalas data dalam gelongan seterusnya. Proses triangulasi ini dibuat berterusan sehingga 16 kali gelongan dalam Model Kajian Tindakan. Dapatan Kajian Tesis ini memuatkan juga dapatan kajiannya. Dapatan kajian mengenai pola pemikiran guru pelatih yang dapat dikesan melalui amalan refleksi di bilik darjah dapat digambarkan melalui Rajah 3 Rajah 3 : Pola pemikiran Peserta Melalui Amalan Refleksi Bilik Darjah Kekerapan Kategori Sub Kategori Pemikiran Refleksi 1. Pengetahuan Melihat aspek diri sebagai guru 152 56 kendiri sebagai Nilai dan Kepercayaan Kendiri guru Matlamat dan Komitmen 48 Keseimbangan antara tuntutan kerja dan keperluan 4 kendiri 2. Pengetahuan Tingkahlaku pelajar 65 terhadap ciri-ciri Mengelola tingkahlaku pelajar 24 pelajar Motivasi bagaimana pelajar belajar 25 Kebolehan intelektual dan gaya pelajar belajar. Kesukaan / kebencian pelajar 20 Interaksi pelajar 13 1 3. Pengetahuan Sekolah 49 mengenai Komuniti sekolah 32 konteks Hal-hal peribadi guru 10 pendidikan Pensyarah 6 Masyarakat 2 4. Pengetahuan Menstruktur aktiviti 18 Pedagogi Am Teknik dalam pengajaran 17 Alat bantu mengajar 15 Kawalan masa dalam aktiviti 6 Kawalan bilik darjah 2 Rancangan mengajar 4 5. Pengetahuan Pemilihan tugasan 16 terhadap isi Contoh-contoh gambar / sumber 4 kandungan pedagogi 6. Pengetahuan terhadap kurikulum Penilian Objektif Kurikulum sekolah Kurikulum Kebangsaan 11 6 3 1

Guru dalam Pendidikan di Malaysia-Teachers Thinking. Kertas kerja ini telah dipersembahkan di Pusat Seni Muara-DMDI-Mac03.HH.

7. Pengetahuan terhadap Visi / Misi pendidikan 8. Pengetahuan isi kandungan

Tujuan pendidikan Falsafah Pendidikan Malaysia

8 2

Konsep dalam subjek

1

Kesimpulan Penyelidik telah membincangkan tesis ini kepada 2 bahagian besar iaitu : 1. 2. Bagaimana penyelidik melaksanakan Kajian Tindakan membincangkan perubahan yang dihadapi Perbicangan berfokus kepada pola pemikiran guru pelatih. dan

Penyelidik telah menyingkap perubahan yang berlaku dan kesulitan yang dihadapi dalam tiap-tiap golongan dan dianalisis secara ‘Grounded Theory’ di mana teknik inkuiri penemuan data diaplikasikan. Data digunakan untuk mereka dan merancang gelongan yang baru sehingga 16 kali gelongan. Beberapa halangan telah dapat dikenalpasti seperti kerjasama daripada peserta untuk menulis refleksi. Begitu juga kerjasama antara komuniti sekolah untuk merancang pemikiran reflektif dilaporkan sukar dicerap. Perkara utama yang dibincangkan dalam pola pemikiran adalah mengenai memikirkan pengetahuan kendiri sebagai guru di mana guru pelatih lebih melihat aspek dirinya sebagai guru. Mereka juga dilaporkan lebih menekankan nilai dan kepercayaan kendiri, matlamat dan komitmen mereka dalam bilik darjah. Penyelidik telah membuat perbandingan serta huraian mengenai pola pemikiran. Perkara kedua lebih ditekankan oleh peserta ialah pengetahuan mereka terhadap pelajar. Penyelidik telah membuat perbandingan secara mendalam bagi setiap sub kategori. Penulisan bibliografi oleh pengkaji dalam kajiannya adalah menggunakan sistem APA. Didapati tiada satu pun petikan yang dinyatakan dalam penulisan tesis tertinggal dalam bibliografi. Semua rujukan yang telah digunakan pada tiap-tiap bab dalam tesisnya telah dituliskan dengan kemas dan teliti. Ini adalah bukti bahawa pengkaji cuba memberikan gambaran yang baik terhadap penghayatan ilmu dengan memberi penghargaan kepada pengkaji-pengkaji sebelum beliau. Kesimpulannya pengkaji benar-benar telah berusaha dengan penuh dedikasi untuk menghasilkan tesis berkualiti yang dapat memandu pembaca dan pengkaji-pengkaji terkemudian untuk membuat semula kajian. Ini bermakna susur galur yang telah dilaksanakan dalam kajian tindakan dapat dijadikan contoh untuk kajian pada masa hadapan. Malahan setelah membaca beberapa kali tesis Hanipah Hussin ini saya telah
Guru dalam Pendidikan di Malaysia-Teachers Thinking. Kertas kerja ini telah dipersembahkan di Pusat Seni Muara-DMDI-Mac03.HH.

mendapat celik akal (insight) untuk menyimpulkan ulasan dan kritikan penulisan tesis ini secara grafik organiser PMI (Plus, Minus and Interesting) sebagai satu alat refleksi, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4:

Bibliografi
Abdul Fatah Hassan. (1998). Pemikiran keseluruhan otak: Dalam penpendidiksan pendidikan dan kaitannya dengan kecerdasan emosi (Emotional Intelligent-EQ). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors SND.BHD. Dawilah Al-Edrus (1992). Islamic epistemology: An introduction to the theory of knowledge in Al-Qur’an. In Islamic Academy. (44-49). Penang: University Sains Malaysia. Gardner ,H.(1993). Frames of mind. The theory of multiple intelligence. Basic Books Harper Collins Publisher: New York. Goloman, D. (1995). Emotional Intelligence New York:Bantam Books. Hatton and Smith. (1995). Reflection in teacher education: Towards definition and implementation. Journal of Teaching & Teacher Education, 11(1), 33-49. Hanipah Hussin. (1998). Action research on learning to be reflective. Paper presented in In Second International Practitioner Research Conference. 9-11July. Sydney. Australia. Hanipah Hussin. (1999). Learning to be reflective: Unpublished Ph.D Thesis. University of Sydney. Australia. Hanipah Hussin (2000) Reflective Practice and Action Research. Paper presented in Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan. 8-11 November 2000, Langkawi, Malaysia. Hanipah Hussin. (2001). Membangunkan unsur K-Ekonomi melalui pemikiran reflektif dikalangan usahawan. Kertas Kerja Dibentangkan dalam Seminar Usahawan Jabatan Kerja Raya Malaysia. 22 March 2001. Batu Pahat, Johor. Herrmann, N (1990). The creative brain. Brain Books Lake Lure: North Corolina, USA. Kenichi Ohmae. (2000). The Invisible continent: Four strategic Imperatives of the new economy. London. Nicholas Brealey Publishing.

Mc Taggart, R (1991). Principles for Participatory Action Research. Adult Education Quarterly, (3), 168-187.
Guru dalam Pendidikan di Malaysia-Teachers Thinking. Kertas kerja ini telah dipersembahkan di Pusat Seni Muara-DMDI-Mac03.HH.

Schon, D. (1983). The reflective practitioner. How professionals think in action. New York: Basic Books. Sha’ban Muftah Ismail (1995). Towards an accomplished theory: Islamic and western

perspectives. Journal Penpendidiksan Pendidikan Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pendidikan Malaysia, 4(2), 47-69.

Guru dalam Pendidikan di Malaysia-Teachers Thinking. Kertas kerja ini telah dipersembahkan di Pusat Seni Muara-DMDI-Mac03.HH.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.