You are on page 1of 2

FORMAT PROPOSAL PROJEK

1. Muka depan a. Tajuk b. Nama dan No. Pendaftaran c. Nama kursus d. Sesi

2. Isi Kandungan a. Pengenalan i. Penyataan Masalah Pelajar memulakan dengan mengemukakan sesuatu permasalah yang ingin diketahui atau diselesaikan.

ii. Objektif Pelajar perlu menyenaraikan objektif yang ingin dicapai selepas projek dilaksanakan (sekurang-kurang tiga (3) objektif)

iii. Skop Pelajar perlu menjelaskan skop atau had-had perlaksanaan projek yang dijalankan. Ini bertujuan untuk memastikan perlaksanaan projek tidak terkeluar daripada skop yang ditetapkan.

b. Metodologi Pelajar perlu menerangkan secara ringkas kaedah-kaedah atau tatacara yang digunakan bagi menjalankan projek.

c. Jadual perancangan kerja (Gantt Chart) Pelajar perlu menyediakan jadual perancangan sepanjang semester berdasarkan kepada jadual projek semester yang dikeluarkan oleh penyelaras projek jabatan.

e. . Lampiran Pelajar perlu menyertakan lampiran-lampiran yang berkaitan dengan perancangan pada perlaksanaan projek seperti lukisan kejuruteraan.d. Peralatan. carta atau jadual dan sebagainya. Bahan dan Kos ( Jika Perlu) Pelajar perlu menyenaraikan peralatan-peralatan atau bahan yang perlu digunakan serta kos bahan yang terlibat.