Kejadian Manusia Dari Prespektif Islam

“….. Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, „sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan ke dalamnya roh ciptaanKu, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.‟

Al-Quran : Surah Al-Hijr : 28-29

Kejadian Manusia Dari Prespektif Islam
“ Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dari sari

tanah, kemudian Kami jadikan dia air mani (yang disimpan) di dalam tempat yang kukuh (rahim), kemudian mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan sepotong daging, lalu sepotong daging itu Kami jadikan tulang, lalu tulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian Kami ciptakan makhluk yang lain (manusia yang sempurna). Maka Maha Suci Allah yang
sebaik-baik menciptakan. Al-Quran : Surah Al-Mu‟minuun : 12-14

Al-Quran menjelaskan tahap-tahap perkembangan sebelum kelahiran sebagai berikut: nutfah, yang berarti 'sebuah titisan' atau 'sejumlah kecil air';

'alaqah yang bereti sebuah 'struktur yang mirip-lintah';
mudghah, yang bererti sebuah 'benda yang dikunyah';

'idhaam, yang bererti 'tulang' atau 'kerangka';
kisaa ul idham bil-laham, yang berarti 'penutupan tulang dengan daging atau otot', dan al-nash'a yang berarti 'pembentukan janin yang jelas'. watch and think

PROSES KELAHIRAN MANUSIA
ZIGOT
Persenyawaan berlaku antara (air mani) sperma dan ovum untuk membentuk zigot
Kami jadikan dia air mani (yang disimpan) di dalam tempat yang kukuh (rahim), kemudian mani itu Kami jadikan segumpal darah

• Selama 40 hari pertama dari masa kehamilan, seluruh anggota badan dan organ tubuh telah terbentuk dengan lengkap secara berurutan.Nabi Muhammad saw telah menginformasikan kepada kita dalam sebuah hadits: Dalam setiap diri kalian, semua komponen-komponen pembentukan kalian dikumpulkan bersama dalam rahim ibumu selama 40 hari. (Hadits Sahih riwayat Muslim dan Bukhari) • Dalam hadits yang lain, Nabi Muhammad saw bersabda: Ketika nutfah (tetesan mani) telah lewat masa empat puluh dua malam, Allah mengirimkan seorang malaikat kepadanya, kemudian membentuknya, membuat telinga, mata, kulit, daging dan tulangtulangnya. Kemudian berkata, 'Ya Tuhan, apakah dia laki-laki ataukah perempuan?' dan Tuhan kamu memutuskan apa yang dikehendakiNya. (Muslim).

EMBRIO
lalu segumpal darah itu Kami jadikan sepotong daging

Embrio akan berkembang menjadi fetus dalam tempoh dua bulan
lalu sepotong daging itu Kami jadikan tulang,

Fetus akan terus berkembang sehingga waktu kelahiran
lalu tulang itu Kami bungkus dengan daging

kemudian Kami ciptakan makhluk yang lain (manusia yang sempurna).

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: „Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi. Maka jawab mereka: Adakah patut Engkau jadikan di atas bumi orang yang akan buat kerosakkan dan menumpahkan darah, sedang kami sentiasa bertasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa2 yang kamu tidak ketahui.” Al-Quran: Surah Al-Baqarah : 30

• Manusia diciptakan untuk memegang suatu sebagai pentadbir alam semesta (kahlifah).

amanah

iaitu

• Manusia merupakan makhluk Allah yang sangat dimuliakan sehingga diberi hak sebagai pemimpin di bumi ini untuk mempergunakan segala sumber yang terdapat padanya. • Amanah yang diberikan oleh Allah adalah merupakan bebanan yang paling berat yang tidak sanggup dipikul oleh makhlukmakhluk lain. • Untuk melaksanakan tugas-tugas ini, menganugerahkan kepada manusia berbagai dimanfaatkannya. Allah nikmat telah untuk

• Kejadian manusia merupakan suatu rahmat yang tidak dapat dicapai oleh makhluk lain.

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaKu” Al-Quran : Surah Az-Zariyat : 55

• Manusia juga dijadikan adalah untuk mengabdikan diri @ beribadah kepada Allah.
• Hal ini selaras dengan fitrah manusia yang mempunyai keinginan untuk menyembah allah S.W.T serta melaksanakan segala perintahNya. • Walaupun manusia diberi kuasa untuk diangkat sebagai khalifah, secara tegas allah menyatakan Dialah satu-satuNya yang Maha Kuasa dan manusia harus sedar dirinya tidak bebas sepenuhnya.

TANGGUNGJAWAB MANUSIA

TERHADAP ALLAH S.W.T
TERHADAP MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

KONSEP PAHALA DAN DOSA
Konsep Dosa • Dosa ialah balasan buruk daripada Allah Ta‟ala kerana tidak patuh kepada perintah atau melakukan larangannya. • Seseorang itu dianggap berdosa apabila melakukan larangan Allah atau meninggalkan perintahNya dengan sengaja. Sebaliknya seseorang yang melakukan kesalahan dengan tidak sengaja maka itu tidak dihukum berdosa. • Begitu juga jika ia melakukan dosa dalam keadaan tidak tahu bahawa perbuatan tersebut salah dengan sebab belum mengetahui. Maka ia juga tidak berdosa. Walau bagaimanapun ia tetap dikira berdosa sekiranya kejahilan itu akibat keengganannya untuk belajar. • Dosa dikenali dengan beberapa istilah seperti “al-ithm” dan “al„isyaan”. Sementara pahala pula dikenali dengan “as-thawab” dan “al-ajr”.

Bahagian-bahagian Dosa
Dosa terbahagi kepada dua jenis, iaitu : 1. Dosa kecil 2. Dosa besar • • Dosa kecil ialah kesalahan yang tidak ditentukan hukumnya semasa di dunia atau diazab dengan seksaan yang pedih di akhirat Dosa besar ialah dosa yang telah ditentukan hukumnya oleh Allah semasa di dunia atau dibalas dengan azab yang pedih

di akhirat

Perkara-perkara yang tergolong dalam dosa besar ialah :
• • • • • • • • • • Syirik Derhaka kepada ibu bapa Mencuri Minum arak Berzina, liwat dan musohaqah. Membunuh manusia dan membunuh diri. Melakukan riba Makan harta anak yatim Lari dari medan perang Menuduh perempuan baik melakukan zina.

Kesan Buruk Daripada Dosa • Melemahkan iman seseorang • Memudahkan syaitan menguasai diri. • Mendorong hawa nafsu melakukan maksiat. • Hidup sentiasa tidak tenteram kerana dihantui pelbagai penyakit sosial seperti zina, arak dan sebagainya yang boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga. • • • Perkara Yang Boleh Mendorong Melakukan Dosa. Seseorang itu mudah terdorong untuk melakukan dosa kerana beberapa faktor, antaranya ialah :Iman yang lemah akibat kurangnya pengetahuan dan didikan agama. Terlalu mengikut dorongan nafsu dan syaitan. Mengabaikan pengajaran al-quran dan as-sunnah. Terpengaruh dengan persekitaran yang negatif seperti keluarga, rakan sebaya, jiran, masyarakat dan sebagainya.

• • •

Cara-cara Menjauhi Dosa
Antara cara-cara menjauhi dosa ialah :• Sentiasa beristiqomah atau berterusan dalam melakukan ibadah kepada Allah. • Memperbanyakkan zikir Allah • Memperbanyakkan amalan-amalan kebajikan. • Berusaha menjauhi perkara-perkara haram dan syubaha. • Sentiasa menghitung diri (muhasabah) • Bertaubat memohon dilepaskan diri daripada dosa dan maksiat yang pernah dilakukan. • Berusaha mewujudkan persekitaran yang baik dalam masyarakat yang boleh menyelamatkan masyarakat daripada terjerumus ke dalam dosa

TAUBAT
• Sebaik-baik di antara manusia yang bersalah ialah yang segera mengaku kesalahannya. Nabi Adam a.s ketika sedar bahawa dirinya terjebak oleh tipuan syaitan, maka segeralah dia mengaku kesalahannya.

Dia (Adam) berkata : “Wahai Tuhan kami ! Sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami sendirai. Sekiranya Engkau tidak mengampuni kami dan tidak Engkau rahmati kami, nescaya jadilah kami daripada orang yang rugi.”
(Surah Al –A‟raf : 23)

• Taubat menurut bahasa ertinya kembali. • Dalam istilah syara‟ ialah kembali kepada kesucian setelah melakukan dosa. Taubat yang lengkap ialah :“ Membetulkan sikap yang salah dan mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan taat dan kembali kepadaNya dengan memperbaharui niat untuk melakukan amal kebajikan.” • Taubat itu wajib dilakukan dari setiap dosa.

• Jika maksiat itu antara dia dan Allah dan tiada hubung kait dengan manusia maka ada tiga syarat taubat :– Menghentikan maksiat – Menyesal atas perbuatan yang terlanjur dilakukan. – Niat bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi lagi perbuatan dosa itu. • Jika maksiat itu ada hubungan dengan manusia maka syaratnya ialah :– Menghentikan maksiat – Menyesal atas perbuatan yang terlanjur dilakukan. – Niat bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi lagi perbuatan dosa itu. – menyelesaikan urusannya dengan orang yang berhak.