You are on page 1of 5

AHLI KUMPULAN: NORAZMAWATIE BINTI MAT GHANI

Ayat yang digunakan untuk memberikan

keterangan atau menyatakan sesuatu perkara, benda atau orang. Ayat ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Bentuk asas ayat penyata terdiri daripada unsur subjek dan predikat. Struktur bentuk ayat penyata boleh terdiri daripada ayat tunggal atau ayat majmuk.

Contoh:
1) Mesyuarat itu berjalan lancar 2) Mereka mengadakan majlis

pelancaran dan penutupan 3) Pesakit itu berada di hospital 4) Pokok di hadapan sekolah itu amat tinggi

Dalam ayat penyata, tidak terdapat

penggunaan kata tanya apa, siapa, mengapa, mana, kenapa, bagaimana dan sebagainya. Dalam perbualan terdapat ayat penyata yang mengandungi kata nafi tidak dan bukan.
Unsur yang menafikan bahagian predikat ayat

Dari segi tatabahasa: Kata nafi tidak bertujuan untuk menafikan

frasa kerja dan frasa adjektif. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama atau frasa sendi nama. Contoh penggunaan kata nafi saya tidak mengambil barang itu Tulisannya tidak cantik lagi Tanah itu bukan hak milik kekal Rumahnya bukan di Pulau Pinang.

You might also like