1.0 1.

1

PENDAHULUAN REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU/ REFLEKSI SOROTAN

LITERATUR Pengalaman mengajar sudah 26 tahun mengajar murid Tahap 1, saya rasa pengalaman selama ini amat berharga buat saya. Perkara ini bermula dengan perubahan sukatan pelajaran KBSR 1985 yang mudah bagi murid-murid tahun 1 sehinggalah ke zaman era baru KSSR perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun setiap kali di dalam kelas, ujian atau peperiksaan,murid yang bijak sering kali membuat kesilapan dan cuai dalam penggunaan huruf besar. Seringkali menjadi persoalan saya, setiap kali para guru membuat latihan dan ujian bulanan adalah „Salin semula ayat-ayat berikut dengan menggunakan tanda baca yang sesuai‟. Saya sering mendapati kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung telah mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut setiap kali ujian diadakan. Perkara ini telah terbukti setelah saya membuat analisa item soalan. Soalan-soalan yang banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid adalah soalan salin semula ayat dengan menggunakan tanda baca dengan betul. Murid-murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar sekurang-kurang di permulaan ayat dan nama khas, maka secara tidak langsung kehilangan markah yang amat ketara. Berdasarkan pemerhatian saya semasa pengajaran dan pembelajaran, punca utamanya ialah sikap murid yang menganggap bahawa penggunaan huruf besar tidak penting dan kurang faham akan penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menggunakan “teknik bulatan” bagi membantu dan mengatasi masalah kurang pemahaman murid dengan

penggunaan huruf besar.

2.0

ISU KEPRIHATIAN / FOKUS KAJIAN Sewaktu mata pelajaran Bahasa Malaysia, saya mendapati murid-murid masih lagi lemah dan murid-murid yang pandai pun sering kali membuat kesalahan dalam penggunaan huruf besar, terutama dalam menulis jawapan kefahaman, menyalin ayat dengan tanda baca yang betul , menyusun semula ayat dengan urutan yang betul dan sebagainya. Sebagai seorang guru yang mengajar murid Tahun 2 Effective saya dapat mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar amat penting dalam aktiviti penulisan. Peratus markah dalam subjek Bahasa Malaysia nanti akan terjejas. Merujukan Sukatan KBSR Bahasa Malaysia Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran menulis menitik beratkan tanda baca dan penggunaan huruf besar. Contoh: Pembelajaran Kemahiran Menulis. 3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas. 3.2.6-Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas. 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul. 3.3.3-Membina dan menulis jawapan dalam bentuk ayat mudah dengan betul berdasarkan soalan. 3.8 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. 3.8.1 Mengeditkan perkataan dalam ayat daripada ejaan dan tanda baca. 3.8.2 Mengeditkan dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca.

Apa yang harus saya lakukan ? Saya harus membantu murid untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman penggunaan huruf besar melalui “ Teknik Bulatan” yang dirancangkan. Saya harus fikirkan sesuatu penilaian yang berfokus berdasakan kriteria yang kebolehtadbiran dan mempunyai

kepentingan bagi membantu guru-guru dengan menggunakan “Teknik Bulatan” dapat menjadi model bagi guru-guru untuk mangatasi masalah murid-murid.tentang kelemahan mereka dalam kemahiran penggunaan huruf besar di sekolah nanti. Disamping itu teknik bulatan juga mempunyai kawalan tentang penggunaannya dari segi kolaborasi dan diterima kerelevanan kepada pihak sekolah dari segi pencapaian prestasi murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. 3.0 3.1 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN Objektif Umum i. 3.2 Meningkatkan kemahiran dalam penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.

Objektif Khusus i. Meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan kata nama khas. ii. Mengukuhkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.dengan menggunakan “Teknik Bulatan”.

Mereka mempunyai pencapaian yang rendah (kurang dari 40 markah) dalam ujian bulan Mac yang lalu. . 20 orang perempuan dan 18 orang lelaki. Saya mengambil keputusan untuk menggunakan “Teknik Bulatan” untuk mengatasi kelemahan murid-murid dalam penggunaan huruf besar. kesalahan yang lebih ketara sekali yang dilakukan oleh murid-murid ialah penggunaan huruf besar dan tanda baca. sudah tentu menjadi tanggungjawab saya untuk mengatasi masalah kelemahan murid-murid tentang penggunaan huruf besar dalam penulisan. Kelas yang saya pilih untuk membuat kajian ini ialah kelas Tahun 2 Effective yang terdiri daripada 38 orang .4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan murid-murid daripada Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting. Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 . . Dalam analisis item soalan.

dan Merefleks Peringkat seterusnya melibatkan pungutan fakta-fakta untuk memantau dan menilai intervensi itu. tindakan. Zuber-Skerritt (1996) menyarankan bahawa proses gelungan dalam kajian tindakan sebagai mempunyai i. 1948) merupakan orang pertama yang mewujudkan kodifikasi (codification) tentang prosedur menjalankan kajian tindakan. iaitu: i. iv. menilai dan menialai sendiri. iii. Beliau menyarankan prosedur itu sebagai mempunyai 4 peringkat utama. pencarian fakta tentang hasil (outcome) tindakan yang diambil itu. Lewin (1948) menyatakan bahawa kesemua ini boleh diwujudkan sebagai satu proses gelungan (spiral) yangmengandungi perancangan. Memerhati. Melaksanakan pelam. iaitu bertindak sebagai penialaian formatif.0 TINDAKAN 5. iv. ii. ii. iii.1 PROSEDUR TINDAKAN Prosedur tindakan kajian yang saya akan buat berdasarkan pendapat Lewin (1946. Merancang Bertindak Memerhati.perancangan strategik. . Refleksi kritikal dan refleksi sendiri ke atas keputusn (i) dan (iii) dan membuat keputusan tentang gelungan kajian seterusnya.5.

. iii. Menilai tindakan yang telah diubah itu.2 Proses Kajian Tindakan Proses kajian tindakan oleh ditunjukkan sebagai gelung spiral iaitu satu isu akan menjadi asas kepada satu isu lain dan satu persoalan yang terjawab akan menjana persoalanpersoalan baru. vii. bertindak dan memerhati. iaitu. Kajian Tindakan melibatkan gelung spiral yang bermula daripada proses mereflek.apa yang berlaku dan meneruskannya. ii. (McNiff.Setiap proses pula mempunyai aktiviti tertentu seperti yang digambarkan dalam Rajah 2. Mengenal pasti satu aspek yang hendak dikaji. vi. Mencuba tindakan/kaedah baru (melaksana). iv. viii. Mengkaji semula amalan semasa (refleksi). Memantau dan mereflek apa yang berlaku (memerhati). Membayangkan langkah seterusnya (merancang). i. Mengubah pelan berdasrkan apa yang telah dijumpai. v.2. 2002) 5.McNiff (2002) mencadangkan 8 langkah dalam model kajian tindakan beliau. diikuti oleh proses merancang. dan Menruskan sehingga anda berpuas hati dengan kerja anda (mengulangi gelungan).

2 : PROSES KAJIAN TINDAKAN .MEREFLEK muhasabah/merefleksi diri bagi melihat kekuatan dan kelemahan p&p diri sendiri TINJAUAN AWAL -Pengumpul awal data bagi mengesahkan isu/masalah sebenar -Mengenal pasti focus masalah yang menjadi keperihatianan MEMERHATI Mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan GELUNG 1 MERANCANG Merancang tindakan/intervensi/bagi mengatasi masalah yang difokuskan. BERTINDAKAN Melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah yang menjadi fokus MEREFLEK TERUSKAN KE GELUNG SETERUSNYA (JIKA PERLU) GELUNG 2 MEMERHATI MERANCANG BERTINDAKAN RAJAH 2.

menjalankan ujian pra.3. Saya boleh mengutip data dengan menggunakan pelbagai kaedah. Contoh: Saya telah membuat pemerhatian daripada pemeriksaan buku latihan murid. . rekod keputusan ujian//peperiksaan.saya perlu mengenalpasti masalah yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Seharusnya murid-murid menulis ayat macam ini. Sebelum merancang. saya membuat rumusan bahawa sesuatu pelu dilakukan terhadap murid-murid tahun 2 Effective ini untuk membantu mereka memantapkan penulisan ayat khasnya penggunaan huruf besar dalam penulisan mereka.5.3 Merancang dan Melaksanakan Tindakan 5. contohnya dengan menggunakan soal selidik. Mereka masih agi keliru tentang penggunaan huruf besar. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat ini. rekod latar belakang murid dan sebagainya). jadual kedatangan. membuat analisis dokumen (hasil kerja murid. saya dapati laithan kerja salin semula ayat dengan menggunakan huruf besar masih tidak dituliskan dengan betul. saya telah mengumpul data dan menggunakan beberapa instrument kajian. menganalisis markah Ujian Bulan Mac sertamerta semasa menjalankan aktiviti dalam kelas.1 Tinjauan Awal masalah Semasa membuat tinjauan awal. Contohnya: pak abu pergi kerja dengan menaiki kereta. Pak Abu pergi kerja dengan menaiki kereta. Ia bertujuan untuk mendapat gambaran awal tentang sesuatu masalah disamping membantu saya memahami masalah yang telah dikenal dengan lebih mendalam. menjalankan temubual. membuat pemerhatian.

saya dapati ramai murid tidak menulis ayat menggunakan huruf besar dengan betul.2 Analisis Tinjauan Awal Masalah Data yang telah dikumpul perlu dinalisis untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana masalah-masalah itu disenaraaaikan mengikut keutamaanya. Setelah masalah dikenal pasti. .5. carta dan sebagainya. Masalah yang menjadi penghalang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang memerlukan tindakan penyelesaian segera. Contoh: Berdasarkan Ujian Bulan Mac. iii. ii. Berikut adalah analisis penulisan ayat mengikut format subject-verb agreement. Masalah yang mengongkong kemajuan pembelajaran murid. saya perlu membuat huraian dari data yang dianalisis dan persembahkan data dalam bentuk yang sesuai seperti jadual.3. Antara masalah-masalah diberi keutamaan adalah seperti berikut: i. buku latihan murid serta permerhatian saya dibilik darjah.

Nama Menepati Tidak menepati Nama Menepati Tidak menepati Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7 Murid 8 x x x x x x x x x x Murid 9 Murid 10 Murid 11 Murid 12 Murid 13 Murid 14 Murid 15 Murid 16 x x x x x x x x Berdasarkan analisis di dalam Jadual 5. Mungkin murid-murid ini tidak memahami dengan baik dan keliru dengan konsep subject-verb-agreement. hanya 6 (37.1 di atas.%%) orang murid yang menjawab menepati menggunakan huruf besar dengan betul di dalam Ujian Mac dan Buku latihan.1: Analisis penulisan ayat menggunakan huruf besar mengikut format subject-verb.Jadual 5. .5%) orang murid tidak menepati apa yang dikehendaki. Agak menyedihkan apabila saya dapati seramai 10 orang (62. Agreement.

temu bual. Memastikan matlamat tindakan intervensi selaras dengan objektif kajian. Menyediakan borang soal selidik untuk diberikan kepada murid bagi mendapatkan jawapan yang tepat dan jujur. Bagi menentukan tindakan intervensi yang hendak dijalankan beberapa perkara berikut perlu diberi perhatian iaitu: i. soal selidik. analisis dokumen dan sebagainya. v. iii. Meletakkan penanda aras pencapaian minimum tindakan intervensi untuk mengesankan keberkesanannya. Menentukan tempoh pelaksanaan bagi setiap aktiviti. iv. vi. Mengenal pasti bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti. . vii. pemerhatian.4 Merancang Tindakan Merancang tindakan atau intervensi bagi mengatasi masalah yang difokuskan merupakan proses merancang aktiviti-aktiviti intervensi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti sebagai fokus kajian saya. ii. Menyemak buku latihan untuk menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan dan dicatat. Menetapkan cara pemantauan dan kaedah penilaian bagi menentukan keberkesanan tindakan intervensi yang dijalankan seperti ujian.5.

. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang bertanda bulatan.5. ii. Menyediakan soalan-soalan yang berfokuskan kepada kemahiran yang lebih khusus dalam penggunaan huruf besar dalam ayat Bahasa Melayu.4.1 Tindakan dan aktiviti yang dirancang Tindakan yang dicadangkan ialah Teknik Bulatan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia telah dirancang bagi menangani masalah murid-murid agar dapat mengingati cara penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. Menggunakan Teknik Bulatan dalam melengkapkan ayat dengan menggunakan huruf besar. v. Antara aktiviti tersebut ialah: i. iii. iv. Mengecam penggunaan huruf besar dengan menanda bulatan pada ayat . Mengadakan ujian pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mengenal pasti keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

3. Mengenal pasti masalah dan pengumplan data Menulis proposal Kajian Merancang Tindakan (individu/panitia) Melaksanakan tindakan-Aktiviti 1 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 (dalam panitia) 11Mac 2012 12 Mac 2012 18 Mac 2012 23 Mac 2012 27 Mac 2012 6.5. Ujian untuk mengesan pencapaian murid 11. 9 Melaksanakan tindakan-Aktiviti 3 Membincangkan masalah timbul dalam tindakan 3 (dalam panitia) 10 April 2012 12 April 2012 10. 4. 5. Melaksanakan tindakan-Aktiviti 2 Membincangkan masalah timbul dalam tindakan 2 (dalam panitia) 5 April 2012 8 April 2012 8.2 Merancang Jadual Pelaksanaan Kajian Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan 1. Refleksi Kajian 12. 2.4. Menulis laporan Kajian 13 Pembentangan dapatan kajian 15 Mei 2012 20 Mei 2012 21 Mel 2012 24 Mei 2012 . 7.

1 Kaedah Pengumpulan data Kajian tindakan memerlukan asas empirical yang kukuh untuk membolehkan tindakan yang tepat dijalankan. salin balik ayat dengan menggunakan huruf besar dengan betul kepada murid kelas 2 Effective.6. data juga boleh diperoleh daripada Analisis Dokumen.2 Pra Ujian /Ujian Pengesanan Untuk mengenal pasti murid-murid yang bermasalah saya akan membuat satu Pra Ujian untuk mengesan murid-murid yang lemah dalam kemahiran penggunaan huruf besar dalam penulisan. Dalam kajian tindakan. 6. pengumpulan data yang sahih amat penting. Hasil daripada ujian itu nanti saya akan dapat mengenal pasti murid-murid yang betul-betul bermasalah dalam penggunaan huruf besar. Temu bual 4. Ujian Selain daripada itu. Soal selidik 3. Oleh itu. Pra ujian / Ujian Pengesanan 2.0 CARA MENGUMPUL DATA 6. . Pemerhatian 5. guru memungut data menggunakan instrument seperti berikut: 1.

Salin semula ayat dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai.3 Soal Selidik Soal selidik digunakan untuk mendapatkan persepsi responden kajian terhadap keberkesanaan kajian tindakan. ( Huruf besar ditanda bulatan untuk memudahkan murid mengecam huruf besar) 6. 2. Item 3 1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat. (Huruf besar ditanda bulatan pada permulaan ayat sahaja ). Mengesam penggunaan huruf besar dengan menanda bulatan pada ayat tersebut. Soal Selidik ini mengandungi 5 item. . 2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang bertanda bulatan. Membaca ayat-ayat mudah yang diberi tanpa huruf besar. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai. Item 2 1. 2. 3. Membaca ayat mudah dan lengkapkan dengan penggunaan huruf besar.Aktiviti dijalankan seperti berikut: Item 1: 1.

Jarang 3. adakah ibu bapa anda berbincang a) dengan guru Bahasa Malaysia berkenaan pembelajaran Bahasa Melayu? b) dengan anda berkenaan masalah pembelajaran Bahasa Malaysia yang dihadapi ? c) dengan anda tentang pencapaian Bahasa Malaysia anda ? Ya Tidak Bagi soalan 2 isikan ruang berkenaan berdasrkan skala berikut: 1.Pengetahuan dalam Bahasa Malysia: a) Bapa b) Ibu 4 Taraf Pendidikan: a) Bapa b) Ibu 5 Pekerjaan: a) Bapa ( ( ) ) Sarjana Baik A B C D Amat Baik Sederhana Lemah Lemah Ijazah Diploma STPM SPM Kakitangan kerajaan Tiada pekerjaan ( ( ) ) Kakitangan swasta Lain-lain (nyatakan) b) Ibu ( ( ) ) Kakitangan kerajaan Tiada pekerjaan ( ( ) ) Kakitangan swasta Lain-lain (nyatakan) . c) memberi hadiah jika saya mendapatkan gred A dalam Bahasa Malaysia.CONTOH SOAL SELIDIK: Soalan Selidik Kajian Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia Arahan: Tandakan (/) atau tulis ruang yang berkenaan. Kadang-Kadang 4. 1 Pada tahun persekolahan yang lalu. bapa saya a) memastikan saya menyempurnakan kerja rumah bahasa Malaysia yang ditugaskan b) menolong saya dalam kerja rumah jika saya menghadapi sebarang masalah. Tidak Pernah 2. Lelaki Skala 3 Maklumat asas murid 1. Selalu 2 Di rumah. Jantina Perempuan 2. Pencapaian Bahasa Melayu : Gred Amat 3.

Dalam temu bual ini. Contoh soalan temu bual adalah seperti berikut: (i) Apakah pandangan anda terhadap teknik bulatan yang cikgu gunakan semasa mengajar dalam penulisan ayat denganmenggunakan huruf besar ? (ii) Adakah kamu rasa cara ini dapat membantu kamu menulis ayat dengan menggunakan huruf besar dengan betul ? (iii) Apakah cadangan kamu untuk membantu cikgu memperbaiki teknik bulatan yang cikgu gunakan semasa pengajaran tadi ? Jadual 6. Temubual ini dilaksanakan selepaskan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Separa Berstruktur Tidak Berstruktur . soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan keberkesanan Teknik Bulatan yang dilaksanakan. Temu bual dijalankan secara tidak formal dengan menggunakan soalan terbuka.6. Soalan susulan berdasarkan jawapan informan. Hal ini bertujuan meneroka idea atau perasaan informan.4 Temu Bual Dalam kajian ini. saya telah menemu bual 3 orang responden yang petah bercakap.4: Teknik Utama Temu Bual Teknik Temu Bual Berstruktur Ciri Utama Soalan disediakan terlebih dahulu dan temu bual dilaksanakan secara formal Cuma soalan utama disediakan.

minta kebenaran murid-murid untuk merakamkan sesi temu bual.Teknik yang yang saya akan gunakan untuk memerhatikan tingkahlaku murid-murid iaitu melalui dua cara: a) Berstruktur b) Tidak Berstruktur . Misalnya bagaimana guru dan bagaimana reaksi murid semasa pengajaran. 6. panduan yang saya gunakan adalah seperti berikut:      Tentukan keadaan/suasana yang selesa semasa temu bual. Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan pemboleh ubah atau aspek yang dikenal pasti. Sekiranya perlu.5 Pemerhatian Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. Pilih masa yang sesuai Bina hubungan (raport) dengan murid-murid. Berikan tempoh masa yang sesuai kepada murid-murid untuk menjawab. Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan mencatat nota tentang apa yang berlaku di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian perlu dijalankan secara sistematik.Untuk menjayakan sesi temu bual.

Pemerhatian berstruktur dilakukan dengan menggunakan senarai semak seperti yang jelas ditunjukkan pada bab penganalisisan data. Semasa menjalankan pemerhatian tidak berstruktur. body language semasa pengajaran dan pembelajaran seorang murid atau sekumpulan murid dan pergerakan dalam bilik darjah. Saya juga perlu menentukan tingakah laku murid yang ada kaitan dengan isu yang dikaji.5 berikut: . mendengar dan merekodkan maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti. Saya akan memerhati.a) Pemerhatian Berstruktur Dalam pemerhatian berstruktur aspek yang hendak diperhatikan dikenal pasti terlebih dahulu. Saya perlu menentukan fokus pemerhatian. saya boleh meneliti perkara-perkara seperti yang ditunjukkan pada Rajah 6. Fokus ini termasuk tingkah laku murid. b) Pemerhatian Tidak Berstruktur Dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti atau aspek yang telah dikenal pasti.

projector LCD TUJUAN Sebab murid berkumpul.Bilangan murid. LATAR/ SETTING Rupa/bentuk latar seperti susunan kerusi meja.5: Proses dalam Pemerhatian Tidak Berstruktur. jantina. dsb KEKERAPAN & JANGKA LUKIS RAJAH Rajah 6.PESERTA Subjek yang hendak diperhatikan termasuk umur. saudara dsb).papan hitam. . OHP. sama ada selaras atau bercanggah PERLAKUAN SOSIAL Apa yang dibuat? Apa pendorongnya ? Apa kegiatannya? Kadar/ kualiti pelakuan Kesan Bila berlaku ? Berapa kali? Berulang atau tidak ? Mengapa berulang (suasana yang menyebabkannya berulangan) ? Kedudukan murid Meja guru Pintu .Hubungan antara murid (akan.kelas dan sebagainya.Matlamat anatara murid. tingkap Pancaran matahari .kedudukan murid.

. Ujian digunakan untuk membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas sesuatu rawatan atau program intervensi dijalankan.6 UJIAN Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman murid terhadap penggunaan huruf besar dalam kemahiran menulis yang dipelajari. item 2 dan item 3. Disamping itu saya telah membuat satu ujian pencapaian yang lain untuk mengesan sejauhmana keberkesanan aktiviti yang dijalankan. Keputusan yang diperoleh daripada boleh ujian boleh menjadi satu indikator yang baik tentang pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang telah diajar kepada murid. Ujian boleh dijalankan secara lisan ataupun bertulis (pada kertas Ujian). hasil dapatan saya peningkatan dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan dan dapat mengurang kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar terutamanya untuk item 1. Murid yang seringkali membuat kesilapan dapat di atasi dengan penggunaan huruf besar ditanda bulatan dipermulaan ayat.0 DAPATAN /ANALISIS DAN INTERPRASI DATA Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan.6. 7.

vii. v. 7.1 ANALISIS DOKUMEN Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. iii. Buku teks dan buku rujukan Kertas peperiksaan dan ujian bulanan Tugasan dan buku latihan murid.5% 2.6 5-0 22 % 22% 26% 30% ITEM 1 100% 0% 0% 0% ITEM 2 100% 4% 0% 0% ITEM 3 96% 4% 0% 0% UJIAN PENCAPAIAN 95% 2.Analisis Pencapaian adalah seperti berikut: MARKAH PENCAPAIAN UJIAN PENGESANAN 20-16 15-10 9. Contoh dokumen yang boleh digunakan: i. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. iv. Rekod pencapaian atau rekod adab Minit mesyuarat Panitia Jadual Kedatangan Murid . viii. ii.5% 0%  Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir. Rancangan Mengajar Harian. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. vi.

. 9.2. 4 orang daripada murid tersebut adalah murid linus. Jitra Kedah. Pendedahan awal awal adalah perlu supaya murid tidak menghadapi msalah bila berada di tahap dua nanti. Sekurang-kurangnya murid dapat lulus dalam ujian Bahasa Malaysia.1 Penilaian Pencapaian Pelajar Kesemua aktiviti yang dirancangkan telah berjalan dengan lancar. Soalan ujian pertengahan dan akhir tahun disediakan oleh Majlis Guru Besar Daerah Kubang Pasu. hanya 4 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat untuk soalan Bahagian C iaitu “Salin semula ayat dibawah dengan menggunakan tanda baca yang betul.0 REFLEKSI KAJIAN 9. Di dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah(PKSR 1. Kaedah ini juga boleh mengingat daya ingatan murid dalam penggunaan huruf besar dan tanda baca dalam penulisan ayat.2011) yang lalu.8. Murid didapati lebih berkeyakinan diri dan juga telah menunjukkan minat dan peningkatan yang positif untuk belajar. Markah yang diperolehi murid tidak berapa cemerlang tetapi dapat membantu murid yang lemah untuk mendapat gred B dan Gred C . Latihan latih tubi masih perlu menggunakan tanda bulatan pada huruf besar tanpa arahan daripada guru lagi.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Saya akan mengekalkan kaedah “ Teknik Bulatan” ini untuk pengajaran saya pada masa hadapan kerana teknik bulatan sangat berkesan dan paling mudah untuk mengajar kemahiran penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat.3 dan 4.

kurang keyakinan diri. . Sebagai seorang guru kita buat semampu yang mungkin supaya semua murid dapat menguasai huruf besar selaras dengan Visi dan Misi pendidikan berkualiti dan selaras beraskan Kurikulum Pendidikan kebangsaan. cuai dan suka tergesa-gesa membuat latihan dan tanpa berfikir panjang akan melakukan kesilapan menggunakan huruf besar ditempat yang sepatutnya dapat dikurangkan. Sebagai seorang guru mata Pelajaran Bahasa Malaysia. rohani. Saya bercadang akan meneruskan program ini dan menambahbaikkan supaya dapat mengembangkan idea untuk guru-guru yang mengajar Bahasa Malaysia . Jadi adalah menjadi tanggungjwab kita untuk memikul amanah tersebut. emosi dan jasmani selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas membaca.0 PENUTUP Matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek.9. Walaupun banyakan kekangan masa dan bebanan tugas semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. serta sikap tidak ambil berat. menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M. tidak ikut arahan dan tidak faham arahan .2 Rumusan Pemerhatian Sikap murid kurang menumpukan perhatian . guru mata pelajaran dapat membantu pencapaian murid untuk meningkatkan peratus kelulusan prestasi Bahasa Malaysia. Kesemua program aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-murid tersebut. 10.

Dewan Bahasa dan Pustaka Buku panduan pelaksanaan Program Pemulihan Khas. (1991). Kemahiran berbahasa. LAMPIRAN 1 . Unit Perkembangan Kurikulum Kementeian Malaysia.jabatan Pendidikan Khas. (1988).2003 Manual kajian Tindakan. J. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.BIBLOGRAFI Asmah Omar. Action Research: Principles and Practice. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagaian Perancangan dan Penelidikan Dasar Pendidikan. Buku latihan dan aktiviti bahasa Melayu Tahun 2. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2. London: Routledge. McNiff.

5 UJIAN PENCAPAIAN LAMPIRAN 2 .3 1.1 1. NORULKHAKIM AMMAR BIN NAJMUDDIN MOHAMAD AIDIL ADHA BIN MOHAMAD SOBRI MOHAMAD NURHIDAYAT BIN MOHAMAD RIZAL MOHD ARIF ZAFRAN BIN MOHD SABRI MOHD MUSTAQIM BIN MOHAMAD MUHAMAD AIMAN BIN AZMI MUHAMMAD ABDUL RASYID BIN RUMLI MUHAMMAD AIDIL HAIKAL BIN ASRI MUHAMMAD ARIF HAIKAL BIN SHAHRUL AMER MUHAMMAD DANIEL HAKIM BIN HISHAM MUHAMMAD DANISH BIN IZAMRUL HELMI MUHAMMAD FARIS BIN PUZIL MUHAMMAD HAIRUL HAFIZ BIN HASBOLLAH MUHAMMAD RAIMI HAZIQ BIN HARUN MUHD DANIAL AFIF B. MOHD FISOL MUHAMMAD SYAFIQ BIN SHAMSHARIZAL CHALEEDA A/P PERAK KEROF NOOR SHAMILA BINTI RAMLE NOR ELIYANA NATASHA BINTI KAMARUDIN NOR FARHANA NADHIRAH BINTI ROSLAN NUR AINA SYAHIRAH BINTI MOHD RADZI NUR AINNATASYA BINTI ABDUL WAHAB NUR ATHIRAH BINTI AZMAN NUR AZALIEYA EISHA BINTI SUKOR NUR AZLINA BINTI ZULKIFLI NUR FAIZATUL HUSNA BINTI MOHD ZAMRI NUR LIYANA BINTI MD NASER NUREEN AISYA MALISSA BINTI SURA PUTRA NURUL INSYIRAH BINTI MOHD ISMAIL NURUL AFIQAH BINTI ZULKIFLI MUHD IQBAL BIN YAACOF KEMAHIRAN MENULIS AYAT 1.4 1.2 1.CONTOH : BORANG SKOR ITEM SALIN SEMULA AYAT DENGAN MENGGUNAKAN HURUF BESAR BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 NAMA AHMAD ASYRAF HAKIMI BIN M.

5. LAMPIRAN 3 . 1. ………………………………………………………………………………………… 3. …………………………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………………. a hmad dan a bu sedang bermain bola di padang.. n ama kucing m aisara ialah s i p utih. e ncik i mran bekerja sebagai doktor. h ari a had yang lalu kami sekeluarga pergi ke p erlis. ………………………………………………………………………………………… 2. 4. b liau bertugas di h ospital k uala l umpur.UJIAN PENGESAN Salin semula ayat di bawah ini menggunakan huruf besar ditempat yang sesuai. ……………………………………………………………………………………….

Kelas : Tahun 2 Effective Item 1: Salin semula ayat dibawah dengan tanda baca yang betul. 1. d atuk belikan saya basikal merah. ……………………………………………………………………… 5.. ………………………………………………………………………. 2.UJIAN PENCAPAIAN Nama : ………………………………………………………………. i bu masak kari ikan bawal. ……………………………………………………………………… 4. ……………………………………………………………………… . ……………………………………………………………………… 3. n enek beli ikan dan sayur di pasar. p ak c ik m an bekerja sebagai doktor gigi. a hmad suka makan biskut rasa coklat.

……………………………………………………………………………………. sudin johan acara lumba lari... ayah pergi ke kuala l umpur. LAMPIRAN 5 . 5. ……………………………………………………………………………………. 2. 3. 4. ……………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………………………. emak pergi ke pasar dengan adik.. a bu. a hmad dan b akar bermain bola sepak. ……………………………………………………………………………………. 1. kakak siram pokok bunga ros.(10 markah) LAMPIRAN 4 Item 2: Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.

.Item 3 Salin semula petikan dengan huruf besar yang betul.. b apa mengangkat air dengan baldi..... e mak majid sedang mencuci pinggan mangkuk.... ……………………………………………………………………………………………… (10 markah) ............ i ni keluarga m ajid......... ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………. a diknya pula sedang bermain anak patung.. k akak sedang memotong ikan dengan pisau... m ajid suka menolong emaknya menyapu sampah. k eluarga m ajid hidup bahagia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful