Tamadun China

PENGERTIAN TAMADUN Perkataan tamadun berasal dari perkataan Arab. Bagaimanapun perkataan ini tidak asing lagi pada masa ini. Perkataan yang sama erti dengan tamadun ialah peradaban atau dalam bahasa Inggeris ialah Civilisation . Walaupun semua istilah di atas adalah berbeza tetapi secara umumnya bererti maju atau mencapai kemajuan. Para Sarjana ilmu ketamadunan mengemukakan pengertian tamadun kepada empat aspek iaitu:1. Aspek pertama tamadun adalah suatu tingkat pencapaian atau kemajuan hidup manusia dari cara hidup nomad kepada kehidupan hidupan kota atau Bandar. 2. Aspek Kedua tamadun dianggap sebagai proses untuk mencapai kemajuan atau kebaikan di dalam kehidupan. 3. Aspek ketiga, tamadun diberikan makna kombinasi kepada kemajuan aspek pemikiran rohani dan jasmani atau material manusia. 4. Aspek keempat tamadun adalah keadaan kemajuan manusia yang diasaskan kepada ketinggian akhlak atau budi pekerti, tidak hanya setakat hidup di kota atau di Bandar atau mencapai kemajuan material. LATARBELAKANG TAMADUN CINA Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM) dan merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi selain daripada Tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), Mesopotamia atau Sumeria (Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), India (Lembah Sungai Indus) dan Tamadun Yunani (Eropah). Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain, integratif dan dinamik menyebabkanya menjadi lebih mampan walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain. Walaupun mengalami perubahan-perubahan dalam proses perkembangan yang panjang, namun identitinya dikekalkan sebagai satu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya. Walaubagaimanapun, berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik ( Zaman batu baru) di Yangshoa di provinsi Shaanxi menunjukkan, Kebudayaan Yangshao telah wujud pada milenium ke-5. Tapak tradisi kebudayaan Yangshoa ini dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River), kerana kawasan ini mempunyai tanah yang subur, lembap dan mudah untuk dikerjakan sebagai kawasan pertanain dan penempatan. Kegiatan awal bangsa Yangshoa ialah pertanian, penternakan babi dan mengukir tembikar (painted pottery). Adalah dipercayai, bijirin (milet) adalah makanan asasi atau rugi bangsa Yangshoa. Perkembangan peradaban bangsa Yangshoa di bahagian tengah dan utara negara Cina menelan masa kira-kira 6 milenium iaitu lebih kurang 5000 tahun sebelum diambilalih oleh kebudayaan Longshan. Kebudayaan Longshan bermula sejak pertengahan kurun ke-2 dan zaman Gangsa Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2 atau milenium pertama. Pertemuan arkeologi menunjukkan peradaban ini terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi Jiangxi dan juga di Sanxingdui,di provinsi Suchuan. Peradaban ini lebih maju berbanding ketamadunan Yangshoa,di mana tembikar yang

Pada asasnya. penggunaan sistem tulisan. walaupun mempunyai pelbagai sebutan dialek. menyebabkan keadaan cuaca yang berbeza dan ini telah mempertembungkan dua kebudayaan iaitu Kebudayaan Milet (Bijirin) dan kebudayaan Sawah Padi. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAMADUN CINA 1. gangsa dinilai sebagai simbol elit oleh Dinasti Shang dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat yang penting semasa pemerintahannya. Karektar yang digunapakai dalam tulisan cina biasanya berdasarkan kepada lambang bergambar (xiang xing) dan dikenali sabagai Hanzi (tulisan Han). lambang petunjuk fikiran (huiyi). Ini adalah kerana. bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu huruf cina. terutamnya para petani untuk menetap di bahagian Selatan China. . kerana dipercayai menggunakan mesin peroda tembikar (potter’s wheel) dalam pengeluarannya. bahagian timur China menghadap lautan. Dalam tahun 1766SM – 1122SM. Ini merupakan faktor penting dalam menyatupadukan rakyat cina dan perkembangan tamadunnya. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan sungai mengalir ke arah kawasan Selatan atau Timur dan seterusnya menggalakkan pergerakkan penduduk. 2. Geografi Negara China yang luas. bahagain barat-laut direntangi oleh gurun yang luas dan bahagian barat-daya adalah dataran tinggi Qinghai-Tibet. provinsi Zhejiang menunjukkan penanaman padi telah dilakukan secara meluas. Peradaban Yangshoa yang menjadikan bijirin (milet) sebagai makanan asasi telah menggalakan perkembangan dalam kegiatan pertanian. yang wujud secara berasingan di bahagian Utara dan Selatan China. iaitu ‘mutual semantik transfer’ (zhuanzhu) dan ‘loan character’ (jiajie). Bahasa dan sistem tulisan cina Bahasa cina telah digunakan dengan meluas di zaman silam dan ia masih digunakan sekarang berbanding dengan bahas-bahasa kuno lain. Alam Sekitar Tempoh Neolitik di negara Cina mempunyai kedudukan yang unggul dalam sejarah perkembangan peradaban China. Keedah-kaedah tersebut digolongkan sebagai ‘six principles of writing’ (liushu). Peradaban Shang berpusat di bahagian utara He’nan di mana dua tapak arkeologi di Zhengzhou dan Anyang menunjukkan sejarah ketamadunan Dinasti Shang. peningkatan pengkhususan pekerjaan dan wujudnya sistem masyarakat yang berlapis. Hasil dari pola pergerakkan ini. lambang petunjuk (zhishi). Zaman Dinasti Shang memperlihatkan perkembangan tamadun yang lebih komplek dengan pembentukan negara-kota.dijumpai menunjukkan berkualiti. Tapak peradaban Yangshoa yang terletak di kawasan di mana tanah pasirnya telah dimendapkan oleh angin selama berkurun-kurun lamanya menjadikan kawasan ini subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian. tetapi hanya satu tulisan bercirikan karektar digunapakai oleh semua rakyat cina. dan gabungan bentuk bunyi (xing sheng). Penemuan benih padi di Lembah Yangzi. di Selatan Teluk Hangzhou. perkembangan kebudayaan juga turut beralih ke Selatan China. dataran yang terluas di dunia dengan ketinggian 4000-5000 meter secara purata.

yang telah mengadaptasi karekter tulisan cina ke dalam bahasa mereka. Dong Zhongshu (179 SM – 104 SM). kumpulan Feng-Yang dan kumpulan MiaoMan yang terdiri dari suku kuam bagsa di Selatan China. Penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa yang pada zaman Neolitik dan zaman batu menduduki tiga kawasan utama.Perkembangan tulisan cina telah mempengaruhi bangsa-bangsa lain terutamanya si Asia Timur seperti Jepun. tanaman. Pujangga agung konfusianisme. seorang lagi pujangga konfusianisma di zaman dinasti Han mencipta satu falsafah Yin-Yang yang menceritakan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. kesusilaan (li) dan kearifan (zhi). 5. konsep Tian iaitu langit sebagai makluk unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou (kk 1123 SM-221SM). Tian dalam kontek kepercayaan konfusianisme bermakna prinsip tertinggi dalam alam semesta. Kelahiran sesuatu hayat juga dipercayai akan berakhir dan kembali kepada akhir hayat mereka iaitu Dao. Antara aliran pemikiran politik yang penting ialah Konfusianisme. Legalisme bermula sebelum dinasti Qin. sungai serta kuasa-kuasa lain yang dipercayai wujud pada zaman neolitik dengan bangsa Yangshao dan Longshan lagi. matahari. terutamanya mengenai perikemanusian (ren). Konsep Tian juga wujud dalam kepercayaan Daoisme. kewajaran (yu). kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu-bapa (xiao). Korea dan juga Vietman. Menurut para sarjana Cina. Mencius (372 SM –289 SM). Pembentukan bangsa Tionghoa China merupakan satu negara yang luas dan besar. Selain daripada kepercayaan animisme ini. Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah. Oleh itu wujud satu pertalian di antara insan dengan Tian. 4. Walaubagaimanapun. berkahwin campur dan tiru-meniru budaya dikalangan bangsa ini telah mewujudkan satu bangsa yang kuat yang dikenali sebagai bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu). Kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi akan menyebabkan kemarahan oleh Tian dengan mencipta keadaan luar biasa sebagai menifestasi amarannya. Legalisme dan Moisme. Tengah dan Selatan. Daoisme. 3. Kitap Daoisme dan Yijing menceritakan bahawa Tian adalah segala-galanya. Proses peredaran zaman yang panjang telah membentuk kerjasama antara bangsa tersebut. berpendapat semasa dilahirkan manusia mempunyai empat sifat yang baik iaitu perikemanusiaan (ren). keagamaan dan sosiopolitik. berinteraksi. Asas utama dalam pengajaran konfusianisme adalah nilai dan sifat moral yang mulia. iaitu Utara. di mana teori dan pelaksanaan konsep Legalisme telah berjaya membawa pembaharuan dalam sistem . walaupun mereka mempunyai bahasa sendiri. Sistem politik dan pemerintahan Perkembangan pesat pemikiran politik di China bermula pada zaman pemerintahan dinasti Qin (221 SM – 209 SM). Pandangan semesta dan kepercayaan Pandangan animisme merupakan pegangan dan kepercayaan penduduk primitif cina di mana pemujaan binatang. bintang. terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar iaitu kumpulan YanHuang yang diwakili oleh kaum Yang Di dan Huang. Peperangan.

pemerintahan dengan menggantikan sistem pemerintahan feudal yang bercirikan pelbagai negeri dan jajahan (multistate) kepada sistem pentadbiran commendaries dan counties (junxian zhi) iaitu kerajaan birokratik berpusat (centralized bureaucractic government). Tentera Islam dibawah Qutaibah bin Muslim menjalankan penaklukan ke atas Bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714 M dan menyeru Maharaja China memeluk Islam. Panglima Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam ke Timur hingga ke sempadan negara China adalah Qutaibah bin Muslim. Daoisme berpendapat bahawa pemerintah tidak perlu menguatkuasa sebarang usaha yang keras (wuwei) dan meneruskan kehidupan secara primitif yang menghormati diri dengan alam semesta. Nabi telah menyambut baik dengan menghantar tiga orang pendakwah. Akibat daripada penguasaan Islam ke timur dan kekalahan tentera China di sungai Talas maka ini telah menghalang kerajaan China pada ketika di bawah Dinasti Tang daripada mengekalkan kuasa di Asia Tengah. page. maharaja China telah mengarahkan pembinaan Masjid yang besar dan indah di Bandar Canton atau kini dikenali sebagai Guangzhou. . Pemikiran politik berasaskan Daoisme bertentangan dengan apa yang diterapkan oleh pemikiran Konfusianisme. 6. Bermula dari itu beliau mula menyebarkan Islam di negeri China. Dua daripada pendakwah itu meninggal dunia semasa perjalanan yang amat jauh. present Islamic world.in Saudi Arabia. 495. Ini adalah kerana ajarannya yang menitikberat kepada jimat-cermat (jieyong) dan pelantikan pegawai kerajaan berdasarkan kepada kelayakan dan kemampuan (xuan xian yu neng) sukar untuk dilaksanakan. Berikut terdapat beberapa keadaan bagaimana Islam tersebar ke negara China: i. Kemasukan Islam di Cina Peluasan kawasan Islam itu berlaku ketika di zaman khalifah AL-Walid bin Abdul Malik. 1994). Maharaja Tang II telah menghantar utusan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menghantar pendakwah ke negara tersebut. Semasa di zaman Khalifah Al-Rashidin yang ketiga iaitu Uthman bin Affan. Berdasarkan sumber dari China. Hasil daripada lawatan tersebut. Pada tahun 1876 ia memberontak dan merdeka dari kerajaan Manchu dan pada tahun 1949 ia di kuasai oleh kerajaan komunis China). (Abdur. Sistem in telah menyumbangkan kepada pengekalan pentadbiran dan kestabilan politik di sepanjang sejarah ketamadunan cina.Rauf. part 2. iii. ii. (Jameel Abdullah. Maharaja tersebut telah membina sebuah masjid untuknya. (Turkestan Timur adalah sebuah negara merdeka sehingga ditakluk oleh kerajaan Manchu tahun 1759. in Arabic) . p. dan hanya seorang sahaja yang selamat sampai ke China. baginda telah menghantar Saad bin Abi Waqqas melawat negeri China pada tahun 651 M (29Hijrah) untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. Manakala pemikiran politik Moisme pula menegaskan penyelarasan peraturan dan pembentukan kuasa pusat (shangtong) tidak bersesuaian dengan pihak pemerintah.

( Abdur-Rauf. Atas permintaan Maharaja Khalifah Abbasiyah iaitu Khalifah Al-Mansor telah mengirimkan 4000 orang tentera yang terdiri daripada orang Islam berbangsa Turki ke China. Dalam kurun ke 4 Masehi (10Hijrah). Guangzhou. dan sebagainya (Abdullah. vi. 1987). Raja Turkestan Timur memeluk Islam. Berikut adalah zaman gemilang Islam di China pada peringkat awal. Namun begitu tentera tersebut terus tinggal di negeri China dan berkahwin dengan wanita tempatan. 1994). 1994). ekonomi dan sosial. SUMBANGAN TAMADUN CINA . (Abdur-Rauf. 1994). vii. 1987). politik. Tentera Islam yang dikirimkan berjaya dalam misi tersebut. (Muhyiddin Hasan.Zaman Yunnan 1280-1368 Masehi 4. Pendakwah tersebut dapat menyebarkan Islam dengan bebas dan selesa. Ini membantu dalam penyebaran Islam di China. Sesetengah pendakwah ke China melalui laut bersama pedagang dan menyebarkan Islam di Bandar-bandar seperti Shanghai. v. Dalam tahun 757 M. (Jameel Abdullah). Bila Maharaja China mula tertarik dengan kebaikan agama Islam maka beliau telah menjemput beberapa pendakwah Islam secara rasmi. 1. Ini memudahkan lagi penyebaran Islam di Turkestan Timur dan China (Muhyiddin Hasan.Zaman Ming 1368-1644. (138 Hijrah) Jeneral Lien Chen memberontak menentang Maharaja Su Tsung. Masehi Pada empat zaman ini jumlah penduduk Islam bertambah dari semasa ke semasa dan maju dari segi pendidikan.iv. maka mereka mula menyebarkan Islam di Turkestan Timur dan China.Zaman Tang berakhir 907 Masehi 2.Zaman Sung dari 907-1279 Masehi 3. viii. Bila masyarakat berbangsa Uyghur yang tinggal di Turkestan Timur memeluk Islam.

kertas dan kadang-kadang sutera. Su Dongpo (1037 – 1101) pada zaman dinasti Song merupakan seorang pelukis dan juga seorang pakar kaligrafi. Kaligrafi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan seni lukis dan puisi. Walaubagaimanapun. Secara amnya. Antologi ini dikumpul pada masa konfusius (551 SM – 479 SM) di kawasan Lembah Huanghe. Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam tamadun cina. Menjelang lewat kurun ke-18. Dari sini. Drama cina berkembang agak lewat kerana penaklukan dinasti Yuan (1279 –1368). Drama juga digunakan oleh konfusius untuk menerapkan nilai-nilai moral dan etika. Pada abab ke-8. Terdapat pelbagai gengre sastera cina klasik seperti puisi. lahirlah opera cina yang menjadi salah satu kegemaran rakyat cina dalam drama. Sistem melodi muzik klasik cina adalah kompleks di mana alat-alat yang digunakan dikategorikan mengikut bahan akustik dan cara sesuatu alat itu dimainkan. 1644 – 1911). Perkembangan kaligrafi telah menghasil pelbagai bentuk tulisan cina. 1279 –1368) dan orang Manchu (dinasti Qing. berus. Tamadun cina juga tidak ketinggalan dalam mencipta keseniannya. kemasukkan muzik dari tamadun lain telah memeriahkan lagi suasana muzik di cina terutamanya dengan kemasukkan tamadun India dan Asia Tengah. drama cina dari jenis zaju – drama berbentuk puisi yang digubah mengikut kesesuaian muzik sangat bersemarak pada zaman dinasti Yuan. Antologi puisi cina yang terawal ialah Shi jing yang mengandungi 305 buah nyanyian kuil. drama rakyat dari pelbagai daerah mula berkembang dan dipentaskan kepada umum. Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya berbentuk grafik. nyanyian istana dan rakyat yang wujud dalam tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke 11 SM –771 SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770 SM – 476 SM). Perbezaan prosa dan puisi adalah kurang jelas. drama dan juga fiksyen. Muzik bagi tamadun cina adalah sesuatu yang berharmoni dengan alam semesta dan di letakkan pada satu kedudukan penting pada fahaman konfusius.dan puisi bersifat prosa (poetry prose). Drama digunakan oleh penulis sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah seperti drama Dou’er Yuan (ketidakadilan Yuan). prosa berirama (rhyme prose).1. kaligrafi. Prosa klasik atau dikenali guwen adalah dominan dalam sastera klasik cina dan ia mempunyai fungsi sosial dan politik. prosa. Sifat yang berbentuk grafik ini telah meninggalkan kesan terhadap kesusasteraan cina dan penyebarannya. Seni lukisan cina . Muzik klasik. seni lukis dan seni pembinaan merupakan kesenian yang terawal dalam tamadun cina. Puisinya juga lebih naratif atua diskriptif yang mempunyai fungsi sosial dan politik. rapsody (rhapsody). Kesusasteraan dan Kesenian Sejarah kesusasteraan cina bermula seawal kurun ke-14 SM dan diteruskan perkembnagannya sehingga lebih 300 tahun. Bahasa cina dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China pernah ditalukki oleh orang asing seperti mongol (dinasti Yuan. Kaligrafi ditulis dengan menggunakan dakwat. puisi cina berhubung rapat dengan muzik dan ia bersifat padat dan singkat. Prosa dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu prosa bercampur puisi (poetic prose).

teori lima elemen. Gangguan pada sistem ini akan menyebabkan seseorang tidak sihat. Perkembangan perubatan cina bermula dari sistem perubatan cina tradisional yang terdiri dari teori kosmik dualistik yin dan yang. dan juga teori jing dan luo. Antara lain-lain teknologi adalah dalam bidang astronomi. optik dan kimia. Buku jiuzhang suanshu (sembilan bab matemetik) yang ditulis oleh Zhang Cang pada kurun ke-2 menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negatif. sistem pecahan dan perpuluhan. pencetakan. Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon. perubatan. tangan dan kaki adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran dimana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. orang cina telah mampu menyediakan maklumat berkaitan dengan bintang dengan terciptanya peralatan astronomi. organ dalaman. Teori lima elemen menganggap bahawa tubuh manusia yang terdiri dari organ luaran dan dalaman adalah berpadanan dengan lima elemen dalam alam semesta. Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuhtumbuhan pada tahun 105. Teori jing dan luo merupakan asas kepada rawatan terapeutik seperti moxisbustion (membakar daun moxa) dan akupuntur. Teori yin dan yang menyatakan keseimbangan kedua-dua kuasa ini mempengaruhi kesihatan manusia. Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas. Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina. Pada zaman dinasti Tang. pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan. pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9. bahan letupan dan kompas. . Teori ini berpendapat bahawa. Buku-buku perubatan cina seperti Huangdi neijing dan Bencao gangmu dipercayai sebagai pemangkin kepada perkembangan perubatan modem oleh barat. telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran. Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6. Sampoa digunakan pertama kalinya oleh ahli matematik cina iaitu Xu Yue dalam kurun ke2 SM.pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis halus). Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 –906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868. Di zaman dinasti Zhou dalam kurun ke11 hingga ke 3 SM. Pada awalnya teknologi kejuruteraan digunakan dan dikembangkan kerana untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Sains dan teknologi Kajian arkeologi menunjukkan sain dan teknologi Cina telah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. 2.

Pengaruh kebudayaan Cina berkembang denga pesatnya pada zaman Nara hingga zaman Kesyogunan Tokugawa (664-1867) di mana bahasa. Tidak cukup dengan itu. kuat dan stabil telah menggalakkan penghijrahan orang Cina ke luar samada untuk melakukan aktiviti ekonomi ataupun mencari penempatan baru. falsafah. Pada tahun 108 SM. Pengaruh konfusianisme dan buddhisme pada Korea sangan kuat sehingga kerajaan Korea menubuhkan institusi pendidikan untuk mengkaji konfusianisme dan buddhisme disamping menjadikan fahaman ini sebagai bahan pengajaran. Proses perkembangan kebudayaan Cina mencapai kemuncaknya apabila Korea muncul sebagai sebuah negara berfahaman Konfusianisme semasa pemerintahan dinasti Li (1392 – 1910). Wiman.RELEVANSI TAMADUN CINA DENGAN TAMADUN LAIN 1. Sistem politik yang berwibawa. Kana dicipta berasaskan kepada sistem tulisan Cina iaitu Kanji. 2. Pengaruh Cina mula terhakis apabila Jepun menakluki Korea pada tahun 1910. Falsafah konfusianisme Cina yang . Pengenalan Tamadun Cina yang telah lama bertapak mula berinteraksi dengan tamadun luar apabila orangorang Cina mula berhijrah ke tempat luar. Selain daripada kepercayaan. Orang-orang Cina telah berhijrah ke Korea untuk mengelakkan peperangan dan seksaan politik. Penggabungan etnik-etnik cina yang kemudiannya dikenali sebagai orang Han atau Cina telah membentuk tamadun yang besar dan berpengaruh. Antara unsur-unsur kebudayaan Cina yang amat berpengaruh di Korea ialah konfisianisme dan Buddhisme. agama. sistem politik dan sebagainya dipelajari oleh pelajar-pelajar Jepun yang dihantar ke China. kesenian. Buku sejarah terawal Jepun iaitu Nihongi ditulis menggunakan bahasa Cina. iaitu seorang pelarian Cina telah memerintah sebuah wilayah Korea iaitu Chosan. Jepun dan Vietnam Pada zaman dinasti Shang (kurun ke-16 hingga ke 11 SM) orang Cina telah mengenali Korea sebagai satu entiti kawasannya tersendiri. Kebanyakan perbendaharaan kata bahasa Korea berasal dari istilah-istilah tulisan atau bahasa Cina. Hubungan Cina dengan Jepun bermula seawal kurun ke-2 SM iaitu di zaman dinasti Qin (221206SM). Interaksi dengan kawasan bulatan budaya – Korea. kerajaan menghantar beratus-ratus pelajar ke China untuk mempelajari konfusianisme dan memahami sistem pentadbiran China. bahasa dan tulisan Cina juga mempengaruhi Korea. demi mengukuhkan lagi fahaman ini. pemerintah dinasti Li Korea telah mencipta sistem tulisan Korea berpandukan kepada grafik tulisan Cina. Sistem tulisan Jepun. Perpindahan teknologi telah berlaku di mana teknologi pertanian. Semasa pemerintahan Han. pemeliharaan ulat sutera dan perbuatan perkakas besi dan gangsa dibawa masuk ke Jepun oleh pedagang Cina. setiap perkembangan dan konsep konfusianisme telah diamalkan sepenuhnya oleh Korea. Interaksi tamadun Cina dengan tamadun luar boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu interaksi budaya Cina dengan kawasan bulatan budaya dan juga interaksi budaya Cina dengan kawasan luar lingkaran bulatan budaya. Oleh itu. empayar Han berjaya diperluaskan ke kawasan orang-orang Korea termasuk kawasan yang diperintah oleh Wiman. Dipercayai pada kurun ke-2 SM. orang Korea telah dipaksa supaya mengamalkan kebudayaan Cina. Pada kurun ke15. sejarah.

yang di hantar Maharaja China untuk berdagang dengan kerajaan Melaka diterima baik oleh sultan Melaka. Selain daripada itu. Hubungan Malaysia dengan China dipercayai telah bermula sebelum kegemilangan kerajaan Parameswara Melaka. 3. politik dan tatasusila orang-orang Jepun. tetapi hubungan ini bertambah baik apabila Laksaman Ho Chi Ming. ekonomi ddan juga perancangan pendidikan. sehinggakan dalam tempoh yang singkat. terdapat juga aspek-aspek harian lain seperti pakaian. Kerajaan Dinasti Han telah menghantar utusan ke Funan (Kampuchea) dan negara-negara Asia Tenggara lain dalam usaha mencari jalan untuk menembusi Tamadun Rom dan Parsi. pemikiran. kesusateraan dan sebagainya sebelum Vietnam ditalukki oleh kuasa Perancis. Dunia Islam dan Barat Hubungan tamadun Cina dengan Asia Barat dan Eropah agak lambat. adat resam dan nilai-nilai kehidupan penduduk Vietnam banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Cina. Ajaran konfusius juga dijadikan panduan dan rujukan bagi golongan pemerintah dalam pengetahuan politik. kemasukkan beramai-ramai orang Cina dan India oleh penjajah Barat dalam usaha mereka untuk memenuhi permintaan tenaga buruh telah mewujudkan satu kolompok masyarakat Cina dan India di Negara-negara Asia Tenggara. Interaksi dengan kawasan luar budaya – Asia Tenggara. yang kedudukannya agak dekat dapat berinteraksi dengan kebudayaan Cina seawal zaman pemerintahan dinasti Han (206-220TM). Penghijrahan orang Cina ke Negara-negara Asia Tenggara secara tidak langsung juga menyumbang kepada interaksi antara budaya. Ini adalah kerana kedudukan geografi yang agak jauh dan dipisahkan oleh permukaan bumi yang bergunung ganang serta padang gurun. Negara-negara Asia Tenggara.bersendikan Dao begitu terpengaruh dalam sistem pembelajaran. fasa kedua pada kurun ke-12 hingga kurun ke17 dan fasa ketiga bermula pada kurun ke-17 iaitu zaman pemerintahan Edo atau Kesyogunan Tokugawa (1603-1867). Bahasa Cina merupakan bahasa yang digunakan dalam pentadbiran. Bahasa. pendidikan. . Interaksi antara dua tamadun ini. India. Kedua-dua tamadun ini mempunyai keagungan masing-masing. Vietnam merupakan negara Asia Tenggara yang paling kuat dipengaruhi oleh kebudayaan Cina. Tamadun Cina dan tamadun India dikatakan bertembung di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Vietnam merupakan negara yang terdekat dengan China dan pernah menjadi sebahagian daripada empayar China untuk jangka masa yang panjang (111-939). Ajaran buddha yang konsepnya hampir menyerupai konsep Daoisme senang diterima masyarakat Cina. Dalam kurun ke-19. Klasik konfusisnisme yang diasaskan oleh ahli falsafah Cina merupakan pegangan dan pedoman hidup masyarakat Vietnam. Perkembangan falsafah konfusianisme di jepun boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pertama pada kurun ke-5 hingga kurun ke-12. Budaya dan pegangan kehidupan pendatang ini telah mempengaruhi kehidupan penduduk tempatan. Penaklukan ini meniggalkan kesan yang mendalam kepada pembentukan kebudayaan tempatan. seni binaan dan juga budaya hidup orang-orang Vietnam seolah-olah mencerminkan kehidupan orang-orang Cina. Asalnya hubungan perdagangan ini telah bertukar kepada hubungan perkahwinan apabila Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sulatan Melaka. telah membuka lembaran baru dalam konsep kepercayaan buddha.

Tamadun Cina yang mengutamakan etika dalam pengurusan masyarakat dan negara dianggap oleh para intelektual cina sebagai penghalang kepada kemajuan sains dan teknologi. Revolusi Gerakan Kebudayaan Baru yang dilancarkan oleh para intelektual Cina telah menyedarkan kerajaan China bahawa pembaharuan perlu dilakukan untuk memajukan tamadunnya sendiri. Pegangan kosnfusianisme semakin terhakis apabila ramai rakyat China diberi pendidikan sekularisme Barat. Tamadun Islam dan Tamadun Asia Terbitan Universiti Malaya 2. Pegangan konfusianisme telah memberi idea kepada sesebuah negara agar beretika dalam penubuhan sesebuah kerajaan. dasar isolation telah diperkenalkan. Tamadun Islam dan Tamadun Asia Terbitan Universiti Teknologi Mara 3.co. humanitaarianisme. telah menggunakan kesempatan ini sepenuhnya apabila mengkaji secara lebih mendalam empat penemuan agung tamadun Cina. intelektualisme dan rasionalisme adalah bersesuaian untuk diamalkan dalam kehidupan harian manusia. http://www.uk 5. Pertembungan tamadun ini telah menyedarkan para intelektual cina supaya melancarkan satu revolusi yang dikenali sebagai Gerakan Kebudayaan Baru dalam usaha untuk memajukan negara China. Tamadun Melayu. Perpindahan dua hala kebudayaan China dan India ini terus berlaku bukan sahaja dalam kontek pegangan kehidupan tetapi kepada hampir keseluruhan corak kehidupan kedua-dua tamadun ini. Rujukan: 1. Perkembangan tamadun Cina sehingga ke dunia Barat menunjukkan tamadun cina berupaya bersaing dengan tamadun-tamadun lain.com/civilization . Perpindahan teknologi telah berlaku di mana teknologi pembuatan kertas dari China telah dibawa masuk ke India dan teknologi membuat gula dari India telah dibawa masuk ke China. Hamid 4. Walaupun interaksi dengan tamadun Barat agak lewat. India.fstc. Kebangkitan para intelektual Cina setelah China kalah beberapa kali dalam peperangan telah memberi kesan positif kepada pembangunan China. China & Jepun By Esa Khalid & Mohd Azhar Abd. http://www. Tamadun Cina telah memberi pandangan baru kepada tamadun lain. Walaupun pada zaman pemerintahan Yong Zheng (1723-1735). ini tidak memundurkan masyarakat cina.com 6.orang-orang Cina telah berjaya menyusun doktrin buddha dalam satu koleksi yang dinamakan Tripikata yang terdiri dari kandungan kitab Mahayana dan Hinayana. Konsep konfusianisme yang mementingkan humanisme.wikipedia. Kebolehan tamadun Cina dalam teknologi dengan menyumbangkan empat ciptaan agung kepada dunia menunjukkan tamadun Cina telah awal lebih maju berbanding dengan tamadun lain. pertembungan dua tamadun ini banyak memberi kesan positif kepada kecemerlangan tamadun dunia hari ini. Namun sedikit sebanyak memberi impak kepada kemajuan secara global. Tamadun Barat yang terkenal dengan kemajuan sains. Penutup Tamadun Cina merupakan satu tamadun yang kuat pengaruhnya.muslimheritage. http://www.