You are on page 1of 13

1

KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD (KOSMA)

TATACARA PE GURUSA TABU G KUMPULA WA G


1. AMA TATACARA 1.1. Aturan-Aturan ini adalah dinamakan Tatacara Pengurusan Tabung Kumpulan Wang Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA). 1.2. Aturan-Aturan ini diwujudkan dibawah Undang-Undang Kecil 57 (f) dan (g) Koperasi Serbausaha Makmur Berhad Bahagian VI- Aset Dan Wang Koperasi dan Seksyen 50 Akta Koperasi 1993. 2. 2.1. ama Kumpulan Wang Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah membuat ketetapan dan meluluskan penubuhan Tabung Kumpulan Wang yang dinamakan: (i) (ii) (iii) (iv) Tabung Kumpulan Wang Kebajikan Anggota Tabung Kumpulan Wang Penebusan Syer Tabung Kumpulan Wang Khairat Kematian Tabung Kumpulan Wang Pendidikan

(v)

Tabung Kumpulan Wang Bantuan Ekonomi Anggota

sepertimana dalam JADUAL di LAMPIRA .

2.2

Senarai

nama

Tabung

Kumpulan

Wang

di

dalam

LAMPIRA JADUAL bolehlah ditambah dari masa ke masa setelah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan. 3. Tujuan Kumpulan Wang 3.1 Tujuan Kumpulan Wang tersebut diujudkan ialah untuk melaksanakan tanggungjawab koperasi mengikut

sepertimana yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan. 4. Tahun Kewangan 4.1. Tahun kewangan Tabung adalah sama dengan tahun kewangan koperasi. 5. Sumber Kewangan Tabung 5.1. Sumber kewangan bagi setiap Tabung Kumpulan Wang adalah daripada: 5.1.1. Caruman daripada hasil pendapatan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad. 5.1.2. Sumbangan atau derma dan pemberian yang diberikan orang-orang ketiga seperti daripada dermawan-

oleh

dermawan, sama ada ditawarkan secara langsung atau tidak langsung dengan mendapat kelulusan bertulis daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia terlebih dahulu.

6.

Kuasa Meluluskan Perbelanjaan 6.1. Peruntukan bagi setiap Tabung Kumpulan Wang seperti dinyatakan di perkara 2.1 perlu ada cadangan tahunan dan Anggota Lembaga KOSMA boleh menubuhkan sebuah

Jawatankuasa Pengurusan Tabung Kumpulan Wang terdiri daripada Pengerusi, Bendahari, seorang anggota lembaga, Pengurus Besar dan Pengurus Kewangan bagi meluluskan pembayaran yang sesuai dengan keupayaan kewangan tabung.

6.2.

Pengurus Besar merupakan Pegawai Pengawal bagi tabung dan Pengurus Kewangan adalah sebagai Pegawai Perakaunan tabung.

7.

Jenis-Jenis Pembayaran Setiap Tabung Kumpulan Wang mengikut perkara 2.1 yang telah diluluskan bolehlah membuat pembayaran mengikut

keperluan seperti berikut:

(i) Kebajikan Anggota, (ii) Penebusan Syer, (iii) Khairat Kematian, (iv) Pendidikan, (v) Bantuan Ekonomi Anggota dan pembayaran daripada tabung-tabung lain yang perlu ditubuhkan dari masa ke masa.

8. Prosedur Piawai Operasi Pembayaran (Standard Operating Procedure for Payment) 8.1. Sebagaimana ketetapan kelulusan mengikut perkara 6.1 di atas, tatacara membuat pembayaran hendaklah mengikut

sebagaimana prosedur pengurusan kewangan digunapakai.

yang biasa

8.2

Bagi tujuan setiap pembayaran yang dibuat, maklumat lengkap penerima perlu ada dalam rekod bagi tujuan penyediaan penyata penerimaan dan pembayaran tabung.

9. Penyediaan Penyata Penerimaan & Pembayaran (Receipts & Payments Statement) 9.1. Setiap Tabung Kumpulan Wang perlu disediakan satu penyata penerimaan dan pembayaran yang khusus bagi menyatakan segala penerimaan dan pembayaran yang dibuat dalam tahun kewangan tertentu.

9.2.

Penyata penerimaan dan pembayaran ini, hendaklah di audit oleh JKAD sebelum diambilkira di dalam Penyata Kewangan Induk Koperasi.

10.

Audit 10.1. Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah mengesahkan

bahawa segala prosedur kewangan yang biasa digunapakai telah dilaksanakan dengan betul dalam pengurusan Tabung.

11.

Tarikh Kuat-Kuasa 11.1 Tatacara pengurusan Tabung Kumpulan Wang ini

berkuatkuasa mulai pada tarikh penubuhan tabung kumpulan wang masing-masing.

12.

Penutupan Tabung 12.1. Tabung Kumpulan Wang boleh di tutup sekiranya tujuan

penubuhannya sudah tidak praktik lagi dan urusan penutupan hanya boleh dilakukan dengan kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan.

........................... Pengerusi

........................... Setiausaha

........................... Bendahari

JADUAL TABU G KUMPULA WA G


(i) (ii) (iii) (iv) (v) Tabung Kumpulan Wang Kebajikan Anggota
Kriteria Tabung Kumpulan Wang Kebajikan Anggota Annexure 1.

Tabung Kumpulan Wang Penebusan Syer


Kriteria Tabung Kumpulan Wang Penebusan Syer Annexure 2.

Tabung Kumpulan Wang Khairat Kematian


Kriteria Tabung Kumpulan Wang Khairat Kematian Annexure 3.

Tabung Kumpulan Wang Pendidikan


Kriteria Tabung Kumpulan Wang Pendidikan Annexure 4.

Tabung Kumpulan Wang Bantuan Ekonomi Anggota


Kriteria Tabung Kumpulan Wang Bantuan Ekonomi Anggota Annexure 5.

Annexure 1

KRITERIA KUMPULAN TABUNG WANG KEBAJIKAN ANGGOTA

Terdapat beberapa pembahagian dalam kumpulan wang ini iaitu : A. B. C. BANTUAN HAJI UNTUK ANGGOTA MUSLIM BANTUAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LUAR NEGARA UNTUK ANGGOTA BUKAN MUSLIM LAIN-LAIN BANTUAN KEBAJIKAN ANGGOTA

Kriteria bagi pembayaran Bantuan Haji bagi anggota muslim adalah : 1. 2. 3. 4. Anggota yang ingin memohon bantuan ini hendaklah mengemukakan salinan passport kepada KOSMA. Anggota yang ingin memohon bantuan ini juga hendaklah mengemukakan salinan jadual penerbangan kepada KOSMA. Kadar bayaran bagi bantuan haji pada ketika adalah RM1,000 setiap pembayaran. Anggota hanya boleh mendapat bantuan ini sebanyak sekali seumur hidup.

Kriteria bagi pembayaran Bantuan Lawatan Sambil Belajar ke Luar Negara bagi anggota bukan muslim adalah : 1. 2. 3. 4. Anggota yang ingin memohon bantuan ini hendaklah mengemukakan salinan visa kepada KOSMA. Anggota yang ingin memohon bantuan ini juga hendaklah mengemukakan salinan jadual penerbangan kepada KOSMA. Kadar bayaran bagi bantuan lawatan sambil belajar ke luar negara ini pada ketika adalah RM1,000 setiap pembayaran. Anggota hanya boleh mendapat bantuan ini sebanyak sekali seumur hidup.

Kriteria bagi pembayaran Lain-lain Bantuan Kebajikan pula adalah : 1. 2. Tertakluk kepada permohonan yang berkaitan kebajikan anggota contohnya perubatan anggota. Anggota yang ingin memohon bantuan ini juga hendaklah mengemukakan sebarang dokumen berkenaan bantuan yang diohon yang disahkan oleh pihak-pihak berkaitan. Kadar bayaran bagi lain-lain bantuan kebajikan ini pada ketika adalah RM1,000 setiap pembayaran. Anggota hanya boleh mendapat bantuan ini sebanyak sekali seumur hidup.

3. 4.

8
Annexure 2

KRITERIA KUMPULAN WANG PENEBUSAN SYER

1.

Kumpulan Wang Penebusan Syer merupakan salah satu daripada wang dan kumpulan wang koperasi menurut seksyen 50 Akta Koperasi. Kumpulan Wang Penebusan Syer ini boleh digunapakai untuk tujuan penyelesaian modal syer menurut undang-undang kecil 60. Jika bagi seseorang anggota tamat keanggotaannya oleh apa-apa sebab juapun dan pemindahan syer tidak dapat dibuat menurut undang-undang kecil 60, maka syernya yang diperihalkan di dalam undang-undang kecil itu bolehlah ditebus oleh Koperasi ini tertakluk kepada fasal (2) undang-undang kecil ini. Fasal (2) undang-undang kecil ini pula menyatakan bahawa syer-syer boleh ditebus hanya daripada hanya daripada Kumpulan Wang Penebusan Syer. Nilai tebusan syer-syer hendaklah mengikut sebagaimana ditunjukkan dalam akuan teraudit terakhir bagi Koperasi ini akan tetapi tidaklah boleh melebihi nilai asalnya.

2.

3.

Annexure 3

KRITERIA KUMPULAN WANG TABUNG KHAIRAT KEMATIAN

1. 2. 3.

Waris atau penama kepada anggota hendaklah mengemukakan Sijil Kematian Anggota berkenaan Waris atau penama kepada anggota hendaklah mengemukakan Permit Penguburan berkenaan Kadar bayaran bagi khairat kematian kepada waris/penama anggota pada ketika ini adalah sebanyak RM1,000.

10

Annexure 4(i)
KRITERIA KUMPULAN WANG TABUNG PENDIDIKAN Terdapat beberapa pembahagian dalam kumpulan wang ini iaitu : A. B. C. DERMASISWA ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN LAIN-LAIN BERKAITAN PENDIDIKAN ANGGOTA

Kriteria bagi pembayaran Dermasiswa adalah : 1. 2. Mengisi Borang Dermasiswa. Syarat-syaratnya adalah : i. Terbuka kepada anggota atau anak-anak anggota KOSMA yang belajar pada tahun berkenaan sahaja dan hendaklah mendapatkan perakuan daripada institusi pengajian yang berkenaan. ii. Setiap anggota mendapat dua (2) borang permohonan dan hendaklah dibuat berlainan kategori. iii. Sekiranya ibu dan bapa menjadi anggota KOSMA, mereka layak memohon empat (4) bantuan dermasiswa. Bagi permohonan lebih daripada satu borang, maka borang dermasiswa bolehlah dibuat salinan. iv. Permohonan yang dibuat di atas nama anak yang sama oleh kedua-dua suami dan isteri yang merupakan anggota KOSMA tidak akan diluluskan. v. Sekiranya maklumat yang dikemukakan PALSU, permohonan akan ditolak atau ditarik kembali. Maklumat yang dikehendaki hendaklah diisi dengan lengkap dan dokumen yang disahkan benar hendaklah dilampirkan bersama. vi. Permohonan hendaklah melalui Pengetua Sekolah / Ketua Jabatan Pengajian / Dekan Fakulti. vii. Borang Dermasiswa hendaklah dikembarkan bersama Salinan Surat Beranak dan Kad Pengenalan Pelajar yang bekenaan. viii. Borang yang tidak lengkap adalah ditolak.

Kriteria bagi pembayaran Anugerah Kecemerlangan Pendidikan adalah : i. Terbuka kepada anggota atau anak-anak anggota KOSMA yang mendapat anugerah cemerlang pada tahun peperiksaan yang utama iaitu UPSR, PMR, SPM, STPM, Tamat Pengajian Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah pada tahun berkenaan sahaja dan hendaklah mendapatkan perakuan daripada institusi pengajian yang berkenaan. Setiap anggota hendaklah mengemukakan salinan keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh institusi pengajian yang berkenaan.

ii.

Kriteria bagi pembayaran Lain-lain Bantuan Pendidikan pula adalah : 1. 2. Tertakluk kepada permohonan yang berkaitan pendidikan anggota. Anggota yang ingin memohon bantuan ini juga hendaklah mengemukakan sebarang dokumen berkenaan bantuan yang dipohon yang disahkan oleh pihak-pihak berkaitan.

11
3. 4. Kadar bayaran bagi lain-lain bantuan kebajikan ini pada ketika adalah mengikut ketetapan anggota lembaga bagi setiap pembayaran. Anggota hanya boleh mendapat bantuan ini sebanyak sekali seumur hidup.

12
Annexure 4(ii)

Kadar Pembayaran Dermasiswa adalah dipecahkan mengikut kategori berikut : Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Kategori Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Tingkatan 6 Matrikulasi Sijil Diploma Ijazah Pertama Masters PHD Jumlah ( RM ) 100.00 120.00 150.00 200.00 250.00 300.00 400.00 400.00 500.00 650.00 800.00 1,000.00

Kadar Pembayaran Anugerah Kecemerlangan Pendidikan adalah dipecahkan mengikut kategori berikut : Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 Kategori UPSR ( Sekolah Kebangsaan - 5A ) ( Sekolah Jenis Kebangsaan 6A ) PMR ( Sekolah Kebangsaan - 8A ) ( Sekolah Jenis Kebangsaan 7A SPM ( 7A1 ) STPM ( 4 Principal A ) Diploma ( CGPA 3.5 ke atas ) Ijazah Sarjana Muda ( CGPA 3.5 ke atas ) Ijazah Sarjana ( CGPA 3.5 ke atas ) Doktor Falsafah ( Terpuji ) Jumlah ( RM ) 150.00 300.00 400.00 500.00 700.00 1,200.00 1,500.00 2,000.00

Nota : Kadar tertakluk kepada pindaan

13
Annexure 5

KRITERIA KUMPULAN WANG TABUNG BANTUAN EKONOMI ANGGOTA

1.

Semua anggota layak menerima bantuan daripada tabung ini mengikut kadar yang ditetapkan oleh anggota lembaga setelah mengambilkira kedudukan kewangan KOSMA pada tahun berkenaan.

You might also like