You are on page 1of 10

TEMA 3: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

Soalan 1 Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada kesedaran sosial dan politik masyarakat pribumi di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia ke-2.

Soalan 2 Sejauhmanakah faktor luaran mempengaruhi kebangkitan gerakan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu sebelum Perang Dunia ke-2.

Soalan 3 Bincangkan perjuangan gerakan Islah di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938.

Soalan 4 Bincangkan matlamat dan strategi perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938.

Jawapan: Perjuangan politik mula jelas di Tanah Melayu pada akhir tahun 1930-an. Pejuang nasionalis berpendidikan Melayu telah dipengaruhi oleh gerakan nasionalisme di Indonesia. Pada bulan April 1938, golongan tersebut telah menubuhkan sebuah pertubuhan sosiopolitik, iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Kuala Lumpur. Antara pemimpin utama KMM ialah Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Haji Hussein, Ahmad Boestamam, Onah Haji Siraj dan Ishak Haji Muhammad. Beliau merupakan pengasas dan juga Yang Dipertua Kesatuan Melayu Muda. Kebanyakan pemimpin Kesatuan Melayu Muda ialah bekas penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (MPSI). KMM merupakan pertubuhan politik pertama di Tanah Melayu yang bersifat radikal dan merupakan organisasi politik pertama menganuti fahaman aliran kiri dan enggan bekerjasama dengan pihak British. Kemunculan KMM sebagai organisasi politik berpunca daripada rangsangan pergolakan politik di Indonesia. KMM menyatakan tentangannya terhadap British sacara terbuka. Perjuangan KMM telah dilaksanakan melalui akhbar-akhbar seperti Warta Malaya dan Majlis untuk menyalurkan pandangan dan menyebarkan dasar perjuangan mereka melalui ceramah-ceramah terutamanya oleh Ibrahim Yaakob. KMM juga menubuhkan cawangannya di seluruh Tanah Melayu. Bekas pelajar MPSI yang menjadi guru sekolah Melayu, guru dan pelajar sekolah agama telah memainkan peranan yang cergas dalam penubuhan cawangan dan kegiatan KMM. Maahad Ii Ihya Assyariff misalnya memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam kesedaran sosial, ekonomi dan politik Tanah Melayu sehingga mencapai kemerdekaan. Sungguhpun KMM mempunyai kepimpinan yang dinamis, namun KMM tidak berupaya menarik ramai pengikut terutamanya daripada golongan bawahan dan golongan birokrasi Melayu yang berpendidikan Inggeris. Hal ini kerana, mereka masih mengharapkan

kepimpinan daripada sultan dan golongan aristokrat yang dianggap sebagai pelindung masyarakat Melayu. Mereka juga kurang bersetuju dengan idea penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia dan KMM bersikap antibirokrasi. Manakala pada tahun 1939 apabila Perang Dunia Kedua meletus, pihak Jepun cuba membangkitkan lagi semangat anti-British dalam kalangan orang Melayu. Jepun telah membeli akhbar Warta Malaya yang diterbitkan di Singapura. Pada pertengahan tahun 1941, Ibrahim Yaakob menggunakan Warta Malaya untuk membangkitkan semangat kebangsaan Melayu dan anti-British. Sebelum Perang Dunia Kedua, kegiatan KMM lebih banyak dijalankan secara sulit. KMM mengekalkan hubungan secara sulit dengan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan Parti Komunis Malaya (PKM) di satu pihak dan pada masa yang sama bekerjasama dengan Jepun menentang British. Pergerakan KMM amat membimbangkan pihak British. Jesteru, pada akhir tahun 1941, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Hasan Manan, Idris Hakim, Sultan Djenin dan Ahmad Boestamam bersama kira-kira 150 orang anggota KMM ditangkap dan dipenjarakan di Singapura. Semasa pendudukan Jepun, para pemimpin KMM yang ditahan oleh kerajaan British dibebaskan dan dibenarkan bergiat semula dalam kegiatan politik. Pada pertengahan tahun 1942, Jepun mengadakan kawalan ketat ke atas semua alat sebaran am, termasuk pertubuhan politik. KMM dibubarkan pada bulan Jun 1942 kerana kegiatan kesatuan itu dianggap boleh mengancam kedudukan Jepun. Kesimpulannya, KMM gagal mendapat sokongan kaum Melayu kerana fahaman politiknya dan konsep penyatuan Indonesia terlalu radikal sehingga sukar diterima oleh masyarakat. Tiada sokongan birokrat Melayu, kurang kemahiran dan wawasan sukar untuk KMM memperluas kegiatannya. Walaupun KMM gagal mencapai matlamat asal penubuhannya tetapi pertubuhan tersebut telah membuka lembaran baru terhadap gerakan kesedaran dalam kalangan penduduk Tanah Melayu khususnya orang Melayu. Golongan nasionalis telah mendapat inspirasi hasil daripada perjuangan Kesatuan Melayu Muda.

Soalan 5 Jelaskan kesan-kesan penubuhan MCKK pada tahun 1905.

Soalan 6 Bincangkan perkembangan dan peranan persatuan-persatuan Melayu dari tahun 1926 hingga tahun 1937.

Persatuan-persatuan Melayu negeri telaah mendapat ilham daripada penubuhan Kesatuan Melayu Singapura yang menggalakkan orang Melayu supaya meningkatkan pencapaian ekonomi dan sosial. Persatuan Melayu menggesa orang Melayu supaya memajukan aspek pendidikan dan mewujudkan semangat kenegerian yang tebal dalam kalangan ahli. Persatuan dipimpin oleh golongan diraja dan berpendidikan Barat. Persatuan Melayu Perak dipimpin oleh Wan Mohd Nur bin Wan Nasir dan Dr. S. Kassim. Tujuan penubuhannya adalah untuk memperbaiki taraf kehidupan sosial dan ekonomi orang Melayu di Perak. Persatuan ini bekerjasama dengan British untuk memajukan orang Melayu. Orang Melayu juga mesti taat dan setia terhadap sultan Perak. Persatuan Melayu Pahang ditubuhkan pada 1938 yang dipimpin oleh Tengku Muhammad bin Sultan Ahmad. Persatuan ini bermatlamat memperjuangkan kemajuan sosioekonomi orang Melayu di Pahang. Persatuan ini sering kali menggesa British supaya memberikan perhatian terhadap kemajuan orang Melayu. Persatuan Melayu Selangor telah ditubuhkan pada tahun 1938 yang dipimpin oleh Tengku Ismail bin Tengku Muhammad Yasin. Persatuan ini terdiri daripada golongan kerabat diraja dan golongan berpendidikan Barat. Persatuan ini mewujudkan kerjasama dalam pentadbiran British. Mereka juga menentang dasar-dasar yang bertentangan dengan kepentingan orang Melayu di Selangor. Persatuan Melayu Kelantan telah ditubuhkan pada tahun 1939. Persatuan ini telah dipimpin oleh Nik Muhammad Saleh bin Omar. Anggota persatuan terdiri daripada golongan kelas atasan yang berpendidikan Inggeris. Matlamat perjuangan persatuan ini adalah untuk memajukan ekonomi dan sosial orang Melayu di Kelantan. Persatuan ini tidak mendapat kelulusan British menyebabkan mereka menubuhkan Persetiaan Melayu Kelantan.

Kesimpulannya, para pemimpin Melayu berpendidikan Inggeris di negeri-negeri telah mengambil inisiatif sendiri dengan menubuhkan persatuan-persatuan Melayu di setiap negeri. Persatuan menjalin hubungan dengan pemerintahan British di negeri masing-masing untuk mendapat perhatian dari British, memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu.

Soalan 7 Bincangkan bentuk pentadbiran tentera Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1942 hingga tahun 1945.

Soalan 8 Bincangkan dasar dan kesan pendudukan Jepun di Malaysia.