You are on page 1of 22

MUKADDIMAH

Dalam bahasa Melayu banyak faktor yang dititikberatkan. Hal ini


adalah kerana bahasa ialah alat komunikasi yang paling mudah
namun kelihatan agak kompleks. Bahasa merupakan penghubung
antara manusia dan seharusnya dapat menjalankan ‘tugasnya’
dengan jelas. Jelas yang dimaksudkan di sini ialah perkara yang
hendak disampaikan itu mestilah diterima dengan tepat.
Sekiranya berlaku salah faham semasa komunikasi, maka bahasa
itu tidak digunakan dengan tepat. Dua perkara penting dalam
Bahasa Melayu yang yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah;
a) morfologi – kata
b) santaksis – ayat
Kedua-dua perkara ini perlu dikuasai
kerana dalam peperiksaan pelajar akan
diuji dengan:

makna kata

bentuk kata (kata dasar, kata


berimbuhan, kata ganda dan kata
majmuk)

ketepatan penggunaan kata

mengesan kesalahan

memahami maksud ayat

mengenal pasti ayat yang betul


Peringkat PMR memerlukan pelajar
menunjukkan tahap penguasaan
terhadap perkara yang dipelajari
dari tingkatan1 hingga tingkatan 3.
Kemahiran ini seterusnya akan
digunakan di peringkat menengah
atas dengan lebih mendalam.
Perkara pertama yang perlu dikuasai ialah tatabahasa,
kerana tatabahasa umpama tiang bahasa, jika tidak
dikuasai, penguasaan bahasa seseorang pelajar tidak
akan kukuh. Apabila pelajar dapat mengingati hukum-
hukum tatabahasa, soalan akan dapat dijawab dengan
mudah.

Cth: 1. binaan ayat pasif diri pertama

Buku itu telah saya baca.

2. gandingan kata kerja transitif dengan objek tepat @ objek sipi

Kakak menghadiahi adik sebatang pen.

Kakak menghadiahkan sebatang pen kepada adik.

3. penggunaan kata penguat darjah penghabisan.

ter, paling, sekali – tidak boleh hadir serentak


Lazimnya kesalahan yang diuji ialah kesalahan yang
sama, perkara yang ialah perkataan-perkataan yang
digunakan untuk membina ayat yang diuji.

Contoh:
i. Baju yang berwarna merah itu saya telah
basuh semalam.
ii. Rumah itu akan mereka bina pada bulan
hadapan.

Bentuk ayat-ayat di atas ialah ayat pasif. Yang


membezakan kedua-dua ayat ialah kata ganti nama
diri yang digunakan.
1. Tidak menguasai makna kata dengan baik.
Apabila tidak menguasai makna kata dengan baik,
pelajar akan sukar memilih jawapan yang betul. Hal
ini kerana pilihan jawapan yang diberikan adalah
hampir sama, berada dalam kelompok kata yang
sama. Sekiranya pelajar tidak mengetahui makna
kata, pelajar akan memilih jawapan yang salah.
Contoh:
Jabar kelihatan ___________ sebaik-baik sahaja turun
dari bot itu kerana mabuk laut.
A terpinga-pinga C terkial-kial
B terhincut-hincut D
terhuyung-hayang
2. Tidak memahami makna imbuhan
Terdapat pelajar yang tidak mengetahui perbezaan
imbuhan kata nama dan imbuhan kata kerja. Oleh
itu timbul masalah sama ada hendak menggunakan
akhiran kan atau an.

Contoh:

kebanyakan kebanyakkan
3. Tidak menguasai konsep tatabahasa
Dalam hal ini pelajar tahu jawapan kepada sesuatu
soalan, tetapi tidak tahu menghuraikan kesalahan
dalam soalan tersebut.

Contoh:
Kerajaan akan memperlebarkan jalan raya itu
secepat mungkin.

Peranan memperkasakan bahasa Melayu perlu


dimnkan oleh semua pihak.

Pelajar mengetahui dalam ayat pertama di atas


perkataan memperlebarkan salah, perkataan yang
betul ialah memperlebar, tetapi jika tidak menguasai
konsep kesalahan, pelajar akan turut beranggapan
kata memperkasakan juga salah penggunaannya.
4. Tidak menguasai kata sendi
Kata sendi adalah antara kata yang sering digunakan
dalam ayat. Masalah yng timbul di sini ialah pelajar
jarang menggunakan kata sendi yang dalam pertuturan
seharian, oleh itu pelajar tidak tahu penggunaan kata
sendi yang betul dalam ayat.

Contoh:

• Saya hendak pergi kedai.

• Saya hendak pergi ke kedai.

iii. Saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas kesudian


tuan datang ke rumah saya.
Terdapat banyak lagi kelemahan pelajar
dalam menguasai tatabahasa, tetapi
kesalahan paling besar ialah kecuaian
pelajar ketika menjawab. Kadang-kadang
kerana terlalu yakin, pelajar tidak membaca
soalan hingga habis, menyebabkan
bahagian-bahagian penting tertinggal.
Contohnya perkataan kecuali.
Oleh itu untuk memastikan anda memilih
jawapan yang tepat baca setiap soalan
dengan teliti, pastikan setiap kata tepat
penggunaannya.
UJI KEMAHIRAN TATABAHASA
1. Pak Hamid sedang menceritakan tentang pengalamannya
semasa sesat di dalam hutan.
2. Tiap pengunjung yang datang telah diberikan sekeping poskad.
3. Di zaman moden ini telah banyak perubahan yang berlaku.
4. Gadis itu kelihatan ayu sekali bila berselendang.
5. Jika sekiranya anda lewat lagi, anda akan didenda.
6. Saya akan mengunjungi kedua ibu bapa saya apabila saya ada
kelapangan.
7. Hadiah yang diberikan oleh awak tercantik sekali.
8. Buku itu ialah untuk pelajar tahap satu.
9. Baju yang Rani pakai itu sangat cantik sekali.
10. Saya memohon maaf di atas sebarang kesalahan yang telah
dilakukan oleh saya.
11. Tambahkan cili sos supaya makanan itu lebih sedap.
12. Senarai pelajar-pelajar yang ingin turut serta dalam lawatan itu
telah diserahkan kepada Cikgu Rozi.
PERIBAHASA

Terdapat tiga soalan peribahasa yang disoal


dalam dua bentuk. Sama ada diberi pernyataan
dan ditanya peribahasa yang bersesuaian,
ataupun pelajar dikehendaki memberikan
maksud peribahasa. Pelajar sering berhadapan
dengan msalah untuk menjawab soalan
bahagian ini kerana tidak menguasai
peribahasa. Cara mengatasinya satu sahaja,
iaitu mengingati peribahasa dan gunakan
dengan kerap dalam penulisan.
KOMSAS
Komponen kesusasteraan diperkenalkan
dengan tujuan agar pelajar-pelajar dapat
mengenali kesusasteraan Melayu tempatan,
menghayati dan seterusnya menghargai
sumbangan penulis-penulis tanah air. Namun
dalam aspek ini kita tidak mengkaji karya
kesusasteraan itu secara mendalam,
sebaliknya karya tersebut digunakan sebagai
elemen untuk mempelajari bahasa Melayu.
Dalam hal ini adalah amat penting untuk
pelajar membaca dan menguasai setiap aspek
yang dikaji dalam semua karya. Walaupun
petikan karya diberi dalam soalan tetapi
pelajar perlu menguasai keseluruhan cerita.
Prosa Moden Prosa
* Cerpen Tradisional
* Drama

Bentuk bahan
pemhaman

Puisi
* Moden
* Tradisional
Aspek-aspek yang dikaji
Prosa Puisi

Sinopsis
Tema dan persoalan Tema
Latar (masa, tempat & Mesej
masyarakat) Nada
Nilai dan pengajaran Maksud
Unsur bahasa Perlambangan
Unsur tersirat dan tersurat Unsur bahasa
dalam petikan
Plot
KONSEP PENYOALAN KOMSAS

1. Aras pengetahuan – merangkumi makna


rangkai kata
2. Aras kefahaman – mengukur sejauh mana
pelajar memahami petikan
3. Aras analisis – pelajar perlu membuat penilaian
berkaitan petikan

Soalan yang dikemukakan dalam bahagian komsas


adalah terdiri daripada:

3. Makna rangkai kata


4. Pemahaman
5. KBKK
6. Aspek komsas
Masalah utama yang bakal dihadapi
oleh pelajar ketika menjawab ialah:

3.Terlalu yakin – tidak membaca


soalan hingga habis
4.Jawapan yang hampir sama
5.Gagal menguasai kosa kata
6.Tidak memahami makna kata dan
ayat prosa tradisional
7.Tidak memahami kata-kata
bombastik/berbunga-bunga dalam
puisi
8.Tidak menguasai keseluruhan cerita
CARA MEMAHAMI PROSA TRADISIONAL DAN PUISI

PROSA TRADISIONAL PUISI TRADISIONAL & MODEN

Baca keseluruhan cerita dan Baca keseluruhan puisi dan


dapatkan gambaran ringkas fahami inti pati maksud
tentang cerita. Kaitkan puisi tersebut. Kaitkan
dengan tajuk. Garisi kata dengan tajuk. Puisi sering
yang tidak difahami, cari menggunakan
makna kata tersebut dalam perlambangan. Tukar
kamus dan catatkan dalam perlambangan tersebut
buku. Anda perlu mengubah kepada perkara yang
persepsi anda terhadap prosa dimaksudkan dalam sajak.
klasik. Cth; bunga = perempuan

LATIHAN YANG KERAP AKAN MEMAHIRKAN ANDA.


CARA MENGINGATI ASPEK-ASPEK YANG PENTING
DALAM SESEBUAH KARYA

Pelajar boleh menggunakan watak untuk membantu dalam


mengingati aspek-aspek lain, contohnya;

Watak dan perwatakan Pengajaran


Kita hendaklah
Hadiah Hari Guru menghargai jasa
Baik hati, ikhlas, rajin,
taat guru
dengan ikhlas.
Ramli

Nilai
Latar tempat Ikhlas, baik hati,
pembersih,
Rumah Ramli, bilik darjah bantu-membantu
tempat letak kereta

Persoalan

Menghargai jasa
guru

Perlu diingatkan, pelajar perlu mengingati contoh bagi setiap isi.


BENTUK SOALAN
• Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai
• Mengesan kesalahan dalam ayat (jika ada)
• Memilih ayat yang menggunakan kata yang
berhuruf condong dengan betul
• Membetulkan kesalahan dalam ayat (jika ada)
• Memilih ayat yang sama maksud atau hampir
sama
• Soalan peribahasa
• Soalan prosa
• Soalan puisi