Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

27

DASAR SEKOLAH SELAMAT: TINJAUAN DISATU ZON BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
Norlia Arshad Sufean Hussin Universiti Malaya Literature review shows that very little research has been done on school safety in Malaysia. Hence the purpose of this article is to promote more literature in this area. This article highlights the results of a small-scale study regarding the status of school safety and the initiatives that have been taken by school management in ensuring school safety. A survey was conducted in one of the zones in Kuala Lumpur. A questionnaire was distributed to 100 teachers in three selected secondary schools built more than thirty years ago and located in low socioeconomic status (SES) areas. One school was a missionary-founded school built more than a hundred years ago and the other two were the usual government secondary schools. In general, the study found that half of the total number of teacher respondents were fairly satisfied with the safety condition of their schools in many aspects, particularly the condition of school buildings, classrooms, laboratories and toilets. In general, respondents perceived that maintenance and supervision of facilities related to safety in the schools involved were not highly satisfactory. Extensive research into this area should be made further in order to obtain a comprehensive view of the status of school safety in Malaysia. Keselamatan sekolah adalah satu isu penting dalam pengurusan sekolah kerana ia boleh mencegah kemalangan di kawasan sekolah, mencegah kebakaran, menghindari jenayah dan gangguan, mengawal salah laku pelajar, dan mengurangkan liabiliti sekolah terhadap tindakan saman dan tuntutan ganti rugi yang mungkin berlaku. Isu keselamatan sekolah lebih ketara untuk diberi perhatian serius bagi sekolah-sekolah yang sudah lama dibina dan usang, atau yang berhampiran lebuhraya, atau yang mempunyai blok-blok bangunan yang tinggi, atau yang mempunyai banyak kereta dan motosikal di kawasan sekolah. Selain itu, keselamatan sekolah wajar sekali menjadi pertimbangan utama bagi sekolah-sekolah yang mempunyai insiden kemalangan dan jenayah yang ketara, atau bagi sekolah-sekolah di pedalaman yang terletak jauh daripada bantuan polis, bomba, dan hospital. Tambahan lagi, isu keselamatan sekolah menjadi persoalan kritikal dalam aspek penyelenggaraan bangunan dan prasarana sekolah. Oleh yang demikian, dasar sekolah selamat ialah satu dasar yang wajar diberi perhatian dan dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah dengan lebih teliti dan bersungguh-sungguh di Malaysia. Dari sejak tahun 1976 hingga 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan beberapa Pekeliling Ikhtisas mengenai keperluan pihak pengurusan sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar semasa berada dalam kawasan sekolah, khasnya mengenai makmal sekolah, bangunan sekolah, acara sukan, dan padang permainan.

28

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Namun demikian, dasar sekolah selamat telah dipertingkatkan pelaksanaannya di semua sekolah di Malaysia mulai tahun 2002 melalui pengedaran surat pekeliling arahan dan manual sekolah selamat (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002). Dasar ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap keselamatan staf and pelajar di sekolah-sekolah daripada ancaman bahaya yang diwujudkan oleh faktor persekitaran, prasarana, dan manusia. Sejumlah 30 buah sekolah di seluruh Malaysia telah dipilih untuk menjadi sekolah perintis bagi proses pelaksanaan dasar berkenaan. Antara perkara penting untuk membina sekolah selamat ialah: • Penyelenggaraan bangunan sekolah • Memastikan kebersihan sekolah • Persekitaran sekolah yang bebas daripada gangguan • Dasar disiplin yang konsisten dan ditadbir dengan adil • Budaya hormat Flannery dan Huff (1990) menyatakan bahawa keselamatan sekolah tertakluk kepada penyeliaan dan pemantauan tingkah laku pelajar yang berkesan. Keselamatan sekolah juga dapat ditingkatkan dengan membina persekitaran yang selamat dan melaksanakan program-program untuk membantu pelajar-pelajar yang bermasalah emosi dan tingkah laku. National Association of School Psychologists (1991) di Amerika Syarikat menyatakan bahawa sesebuah sekolah yang selamat bukan sahaja mempunyai langkah-langkah pencegahan yang proaktif, tetapi mempunyai persekitaran fizikal yang selamat, pasukan krisis, rancangan intervensi, penyeliaan keselamatan, dan rangkaian komunikasi yang baik. Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1990) melaporkan bahawa masalah salah laku pelajar merupakan perkara yang berlaku di apa jua sekolah. Sekitar 837,000 orang pelajar sekolah rendah dan menengah melakukan pelbagai kesalahan disiplin, termasuk ponteng sekolah, ancam pelajar lain, menghisap rokok, dan pengedaran bahan lucah. Salah laku sedemikian mencemar nama sekolah dan mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap taraf keselamatan sekolah yang rendah. Knoff dan Batsche (1995), melalui kajian komprehensif mereka, mendapati bahawa sekolah yang selamat dan efektif ialah sekolah yang menguatkuasakan peraturan yang jelas dan mempunyai penegasan kepada dasar yang adil, iaitu tiada elemen prejudis dan diskriminasi dalam apa jua bentuk. Selain daripada itu, peraturan dan dasar dibentuk oleh pihak sekolah bersama komuniti dan pelajar secara kolaboratif. Persatuan pelajar memainkan peranan aktif dalam membina peraturan sekolah. Cornell (1998) pula menyatakan bahawa pembentukan sekolah yang selamat memerlukan penglibatan komuniti dalam merancang pencegahan dan intervensi krisis. Strategi yang berkesan ialah: (i) pihak pengurusan sekolah membentuk hubungan bermakna dengan komuniti; (ii) pembinaan hubungan positif antara murid dengan guru; (iii) perbincangan mengenai isu-isu keselamatan secara terbuka; (iv) usaha pembinaan sahsiah positif di kalangan pelajar; dan (v) pengenalpastian masalah dan konflik di kalangan murid. Hasil kajian Quinn, Oshe, dan Hanley (1998) sejajar dengan rumusan Cornell. Hasil kajian Quinn et al. menunjukkan bahawa penglibatan komuniti memainkan peranan utama untuk membendung pelbagai tingkah laku ganas pelajar, kegiatan penyalahgunaan dadah dan bahan merbahaya oleh pelajar, dan Iain-lain gejala sosial di kalangan pelajar.

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

29

Abdul Hadi (2002) dalam kertas kerjanya menyatakan bahawa juvana yang terlibat dalam jenayah serius di Malaysia pada tahun 2001 ialah 487 orang (2.28% daripada jumlah kes jenayah serius), dan bagi jenayah merompak dan mencuri harta benda ialah 2,971 orang (1.90% daripada jumlah kes rompakan/mencuri). Walaupun dari segi peratusan adalah kecil, namun dari segi bilangan ia adalah serius kerana pelajar sekolah tidak sewajarnya melakukan jenayah berat seperti membunuh, merogol, merompak, mengedar dadah, dan mencederakan orang lain. Lagipun, sekolah adalah institusi yang membentuk dan mendidik para pelajar menjadi manusia dan warga negara yang mempunyai tatasusila dan peribadi yang baik. Lantaran itu, jenayah berat yang dilakukan oleh pelajar sekolah membimbangkan masyarakat dan membayangkan kelemahan sekolah dalam proses pembentukan peribadi manusia. KAEDAH KAJIAN Bagi kajian ini, pengkaji mendefinisikan sekolah selamat sebagai sekolah yang terhindar daripada kemalangan yang disebabkan oleh kerosakan bangunan dan prasarana, kebakaran yang disebabkan litar pintas dan kebocoran gas, penyakit menular, kecuaian manusia mengendalikan peralatan, dan tingkah laku jenayah manusia. Natijah buruk kemalangan, penyakit, dan jenayah ialah kecederaan, kerosakan harta benda, atau kadang kala kematian. Oleh yang demikian, sekolah selamat ialah satu isu pendidikan yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak pengurusan sekolah, dan kesedaran tentang peri mustahaknya isu ini perlu ditegaskan dari semasa ke semasa, khasnya di sekolah-sekolah yang sudah lama dibina. Berdasarkan manual Dasar Sekolah Selamat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2002), satu soal selidik tinjauan telah dibina bagi memungut data kajian ini. Soal selidik mengandungi dua bahagian, iaitu bahagian tentang keadaan keselamatan bangunan dan prasarana, dan bahagian tentang tindakan dan kegiatan yang dibuat untuk meningkatkan taraf keselamatan sekolah. Item-item soal selidik mempunyai skala Likert 4-poin (1 = Sangat tidak memuaskan; 2= Kurang memuaskan; 3= Memuaskan; 4= Sangat memuaskari). Soal selidik yang dibina telah diuji rintis dengan pentadbir dan guru di sebuah sekolah menengah yang tidak terlibat dalam kajian, dan soal selidik itu telah diperbaiki item-itemnya. Soal selidik mempunyai kesahihan konstruk {construct validity) yang menepati takrifan sekolah selamat, dan daripada analisis statistik terhadap data kajian rintis menggunakan program SPSS {Statistical Package for the Social Sciences), didapati kebolehpercayaan soal selidik pada nilai tinggi (nilai Cronbach alpha = .92). Bagi konstruk 'keselamatan sekolah', tiga aspek konkrit utama yang digariskan oleh manual sekolah selamat (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002) digunakan untuk membina soal selidik meliputi: 1. Keadaan bangunan sekolah dan persekitaran, iaitu tahap keselamatan (daripada ancaman kebakaran, litar pintas, pereputan dan karat, bahan tajam, gangguan seksual, atau kemalangan) pada bilik darjah, kerusi meja, tangga kaki lima (koridor), makmal sains, makmal komputer, makmal sains rumahtangga, tandas guru dan murid, pendawaian elektrik, dan Iain-lain (Sila lihat item-item dalam Jadual 1).

30

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

2. Keadaan kebersihan sekolah, iaitu tahap kebersihan (daripada kekotoran, sampah sarap, dan bahan buangan/sisa) pada bangunan sekolah, pagar sekolah, taman sekolah, padang dan gelanggang permainan, bilik darjah, makmal, kantin, bilik guru, tandas, dan pejabat sekolah. Sekolah yang bersih terhindar daripada pencemaran bau, penyakit yang dibawa oleh Mat dan nyamuk, keracunan gas, keracunan makanan, dan kekokotoran perkakas (Sila lihat item-item dalam Jadual 1). 3. Keadaan disiplin dan budaya hormat di sekolah, iaitu konstruk yang dimanifestasi oleh insiden-insiden salah laku pelajar dan amalan-amalan kesopanan yang dialami dan dipersepsikan oleh responden kajian (Sila lihat item-item Jadual 2). Soal selidik telah diedarkan kepada 100 orang guru di tiga buah sekolah menengah di sebuah zon di bandar raya Kuala Lumpur. Sebuah sekolah menengah ialah sekolah yang telah dibina oleh mubaligh Kristian di Brickfields seratus tahun lalu. Sekolahsekolah yang dipilih adalah sekolah lama (lebih 30 tahun) dan terletak berhampiran fletflet kediaman dan dalam sekitar masyarakat status sosioekonomi (SES) yang rendah. Pemilihan sekolah diasaskan kepada hakikat bahawa sekolah-sekolah di kawasan SES rendah menghadapi kekurangan sumbangan wang daripada komuniti untuk baik pulih sekolah, dan keadaan ini lebih kritikal bagi sekolah-sekolah yang diasaskan oleh mubaligh Kristian yang tidak ditaja penuh oleh kerajaan. Justeru itu, sekolah-sekolah yang dipilih boleh mewakili sekolah-sekolah sejenisnya di Malaysia, iaitu sekolahsekolah menengah di luar bandar yang terletak dalam masyarakat SES yang rendah di mana dana untuk penyelenggaraan dan baik pulih sekolah selalunya kurang mencukupi. Setiap buah sekolah yang dipilih juga didasarkan kepada komposisi sesuatu kumpulan etnik (pelajar Melayu, Cina, atau India) yang majoriti. Perkara ini adalah untuk mengelak bias dalam dapatan kajian dan untuk mendapatkan corak umum (general pattern) yang wajar merentasi komuniti yang berlainan. Guru-guru yang menjadi responden kajian ini telah dipilih secara rambang, dari kalangan guru Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Seramai 33 orang guru dipilih daripada dua buah sekolah menengah dan 34 orang daripada sekolah menengah yang satu lagi. Soal selidik telah diedarkan kepada mereka dengan izin pihak berkuasa pendidikan dan pengetua sekolah. Responden telah dinasihatkan untuk mengelakkan bias dan prejudis semasa menjawab, iaitu mereka seboleh-bolehnya memberikan gambaran sebenar dan objektif mengenai keadaan sekolah mereka. Responden telah diberikan masa sehari untuk menjawab soal selidik, dan kemudian soal selidik dipungut kembali. Sebanyak 95 soal selidik yang berjawab dengan sempurna telah dapat dipungut. Data kajian telah dianalisis dengan statistik mudah, iaitu kiraan frekuensi dan peratusan.

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

31

DAPATAN KAJIAN Jadual 1 mempamerkan keputusan analisis data kajian mengenai taraf keadaan keselamatan sekolah dalam beberapa aspek tertentu. Pada jadual, SM ialah 'sangat memuaskan', M ialah 'memuaskan', KM ialah 'kurang memuaskan', dan TM ialah 'tidak memuaskan'. Jumlah responden ialah 95 orang guru. Jadual 1 Taburan Respon Mengenai Taraf Keselamatan Sekolah dalam Beberapa Aspek
Bilangan dan Peratusan Respon Aspek Keselamatan SM Bangunan Sekolah Keseluruhan (Keselamatan & Kebersihan) Keadaan keselamatan pagar sekolah Keadaan keseluruhan makmal sains i. Pemasangan saluran gas ii. Penyimpanan bahan berbahaya iii. Papan notis peraturan keselamatan makmal Keadaan keseluruhan Bengkel Kemahiran Hidup i. Peralatan dan perabot ii. Papan notis peraturan keselamatan Keadaan keselamatan di kawasan meletak kenderaan Keadaan keselamatan dan kebersihan Bilik Media Keadaan keselamatan dan kebersihan Perpustakaan Keadaan keselamatan dan kebersihan Pejabat Sekolah Keadaan keselamatan dan kebersihan Makmal Komputer Keadaan sistem pendawaian elektrik 3 (3.2%) 8 (8.4%) 2 (2.1%) 3 (3.2%) 1 (1.1%) 3 (3.2%) 3 (3.2%) 3 (3.32%) 4 (4.2%) 3 (3.2%) 8 (8.4%) 7 (7.4%) 7 (7.4%) 13 (13.7%) 3 (3.2%) M 47 (49.5%) 46 (48.4%) 50 (52.6%) 48 (50.5%) 52 (54.7%) 51 (53.7%) 54 (56.8%) 53 (55.8%) 55 (57.9%) 38 (40.0%) 51 (53.7%) 59 (62.1%) 66 (69.5%) 49 (51.6%) 42 (44.2%) KM 33 (34.7%) 30 (31.5%) 28 (29.5%) 26 (27.4%) 26 (27.4%) 29 (30.5%) 25 (26.3%) 26 (27.4%) 24 (25.3%) 45 (47.4%) 22 (23.2%) 20 (21.1%) 15 (15.8%) 19 (20.0%) 25 (26.3%) TM 12 (12.6%) 11 (11.6%) 15 (15.8%) 18 (18.9%) 16 (16.8%) 12 (12.6%) 12 (12.6%) 13 (13.7%) 12 (12.6%) 9 (9.5%) 14 (14.7%) 9 (9.5%) 7 (7.4%) 14 (14.7%) 25 (26.3%) 2.51 2.55 2.67 2.78 2.64 2.24 2.47 2.51 2.47 2.40 2.37 2.39 2.40 2.51 n (%) Skor Min 2.43

32

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya
1 (1.1%) 0 (0.0%) 3 (3.2%) 5 (5.3%) 2 (2.1%) 2 (2.1%) 1 (1.1%) 2 (2.1%) 2 (2.1%) 2 (2.1%) 2 (2.1%) 3 (3.2%) 35 (36.8%) 28 (29.5%) 38 (40.0%) 36 (37.9%) 27 (28.4%) 44 (46.3%) 57 (60.0%) 48 (50.5%) 45 (47.4%) 25 (26.3%) 33 (34.7%) 34 (35.8%) 37 (38.9%) 40 (42.1%) 36 (37.9%) 34 (35.8%) 33 (34.7%) 34 (35.8%) 27 (28.4%) 28 (29.5%) 30 (31.6%) 39 (41.1%) 34 (35.8%) 24 (25.3%) 22 (23.2%) 27 (28.4%) 18 (18.9%) 20 (21.1%) 33 (34.7%) 15 (15.8%) 10 (10.5%) 17 (17.9%) 18 (18.9%) 29 (30.5%) 26 (27.4%) 34 (35.8%) 2.11 2.05 2.00 2.32 2.36 2.34 2.51 1.97 2.15 2.01 2.27 2.27

Keadaan sistem pembetungan najis Keadaan keselamatan dan kebersihan tandas pelajar Keadaan keselamatan dan kebersihan tandas guru Keadaan keselamatan tanggatangga di blok-blok sekolah Keadaan keselamatan dan kebersihan kawasan permainan Keadaan keselamatan laluan keluar-masuk sekolah Keadaan keselamatan dan kebersihan kantin sekolah Fungsi alat penggera keselamatan Tempat menunggu yang terang dan selamat untuk pelajar Penyeliaan murid menyeberang jalan Tempat pelajar turun-naik kenderaan di tepi sekolah Hos air cegah kebakaran

Berdasarkan Jadual 1, didapati bahawa hanya 3 orang (3.2%) responden menyatakan keadaan keseluruhan bangunan sekolah mereka adalah pada tahap 'sangat memuaskan', dan 47 orang (49.5%) responden menyatakan pada tahap 'memuaskan.' Sementara itu, 33 orang (34.7%) responden menyatakan keadaan keseluruhan bangunan sekolah pada tahap 'kurang memuaskan' dan 12 orang (12.6%) pada tahap 'tidak memuaskan.' Bagi hal keadaan pagar sekolah, seramai 8 orang (8.4%) responden menyatakan 'sangat memuaskan' dan 46 orang (48.4%) menyatakan 'memuaskan.' Sebaliknya, 30 orang (31.5%) responden menyatakan keadaan pagar sekolah 'kurang memuaskan' dan 11 orang (11.6%) menyatakan 'tidak memuaskan.' Corak respon hampir serupa bagi keadaan keselamatan dan kebersihan makmal sains, bengkel kemahiran hidup, bilik-bilik darjah, bilik media, dan perpustakaan. Fakta ini diperkukuhkan oleh nilai-nilai skor min pada setiap item dalam Jadual 1. Keputusan ini menunjukkan secara amnya status keselamatan dan kebersihan bangunan sekolah, bilik-bilik darjah, dan makmal adalah pada tahap antara 'memuaskan' dan 'kurang memuaskan,' iaitu min antara 2.1 hingga 2.8. Seterusnya, daripada Jadual 1 di atas, perkara yang perlu diberi perhatian serius ialah penyelenggaraan tandas pelajar, kawasan permainan, dan hos air cegah kebakaran. Satu perkara lain ialah penyeliaan pelajar menyeberang jalan. Empat perkara ini mempunyai skor min antara 1.9 hingga 2.1, iaitu di tahap 'kurang memuaskan.'

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

33

Bagi analisis selanjutnya, frekuensi dan peratusan respon pada Jadual 1 dikelompokkan, iaitu bagi respon 'sangat memuaskan' dan 'memuaskan' dikelompokkan pada pola positif, iaitu menjadi 'memuaskan', dan frekuensi dan peratusan respon bagi 'tidak memuaskan' dan 'kurang memuaskan' dikelompokkan kepada pola negatif, iaitu menjadi 'kurang memuaskan.' Keputusan secara amnya ialah hampir separuh responden menyatakan keadaan keselamatan sekolah dalam pelbagai aspek adalah memuaskan, dan separuh yang lainnya menyatakan kurang memuaskan. Namun, jika tanda aras {benchmark) ditetapkan secara kuartil peratusan—(kuartil 25 % pertama untuk lemah, kuartil 25% kedua untuk sederhana, kuartil 25% ketiga untuk sangat baik, dan kuartil 25% keempat untuk cemerlang)—dan dipilih tanda aras 76% sebagai taraf keselamatan yang cemerlang, maka kajian mendapati bahawa ketiga-tiga sekolah kajian belum lagi mencapai tahap keselamatan yang cemerlang dalam semua aspek. Fakta ini menunjukkan bahawa pihak pengurusan sekolah hendaklah meningkatkan taraf keselamatan sekolah-sekolah ke taraf yang lebih baik lagi. Sememangnya hal ini memerlukan kerjasama dengan komuniti serta pihak polis dan bomba. Keselamatan warga sekolah perlu menjadi agenda penting dalam pengurusan sekolah agar warga sekolah terhindar daripada kecederaan, penyakit, ancaman kekerasan, dan jenayah serta harta benda sekolah terpelihara. Sebagai rumusan keputusan dalam Jadual 1, hal-hal keselamatan penting yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak sekolah ialah: • Keadaan kawasan permainan yang sangat hampir dengan bilik-bilik darjah yang bertingkap kaca, atau padang yang berlopak-lopak dan berair ketika hujan. Penyelenggaraan yang baik untuk kawasan permainan penting untuk mencegah kecederaan dan kekotoran pada murid-murid. • Pengawasan pelajar semasa menyeberang jalanraya pada waktu keluar-masuk sekolah. Bantuan pengawal sekolah atau polis trafik perlu untuk mencegah kemalangan di hadapan sekolah, khasnya di kawasan yang sibuk dan sesak dengan pelbagai kenderaan. Terdapat kes-kes pelajar sekolah yang cedera parah atau mati akibat kemalangan di jalan raya. • Keadaan tandas pelajar yang basah dan kotor. Penjagaan yang baik boleh mencegah penyakit dan gelinciran. Paip-paip pembetungan najis perlu dipastikan tidak tiris agar tiada pencemaran bau dan penyebaran kuman penyakit. • Tempat menunggu kenderaan di luar sekolah yang sesak pada waktu masuk dan keluar sekolah. Ibu bapa, pemandu bas, dan polis perlu diajak berbincang bagi mencari strategi penyelesaian masalah ini. • Hos air cegah kebakaran yang sudah rosak perlu diganti dan pam air kecemasan perlu diuji dari semasa ke semasa. Pasukan bomba perlu membantu sekolah untuk memastikan keadaan peralatan pemadam api. • Pendawaian elektrik dan saluran gas di makmal perlu dibaiki dan selia kefungsiannya agar tidak berlaku kejutan elektrik, litar pintas, dan kebakaran. Kontraktor elektrik dan gas perlu dipanggil oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa untuk memeriksa pendawaian elektrik dan saluran gas di makmal dan Iain-lain tempat di sekolah.

34

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Seterusnya, kajian ini telah meninjau tindakan dan kegiatan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan, guru, dan komuniti untuk meningkatkan keadaan dan taraf keselamatan sekolah. Jadual 2 mempamerkan keputusan kajian. Berdasarkan keputusan analisis dalam Jadual 2, secara amnya sebahagian responden (sekitar 60%) menyatakan bahawa tindakan dan kegiatan untuk meningkatkan keadaan keselamatan sekolah adalah memuaskan, dan sebahagian lain responden (sekitar 40%) menyatakan tindakan dan kegiatan adalah kurang memuaskan. Ini bermakna usaha-usaha memperbaiki keadaan keselamatan di sekolah-sekolah di bandar raya Kuala Lumpur belum lagi mencapai tahap terbaik. Selanjutnya, dengan memerhati nilai skor min item-item pada Jadual 2, didapati bahawa dua perkara yang telah diberi penegasan oleh pihak sekolah ialah pematuhan prosedur membawa pelajar keluar sekolah, dan aktiviti bimbingan dan kaunseling untuk memperbaiki keadaan disiplin pelajar. Jadual 2 Taburan Respon tentang Tindakan dan Kegiatan untuk Meningkatkan Keadaan Keselamatan Sekolah
Tindakan dan Kegiatan untuk Tingkatkan Keselamatan Sekolah Oleh Pengurusan Sekolah Pemantauan berterusan mengenai langkah penjagaan keselamatan Memastikan tempat pelajar turun naik kenderaan selamat Pematuhan prosedur membawa keluar pelajar pada waktu sekolah Pintu pagar sekolah sentiasa diawasi dan ditutup Membuat operasi pemeriksaan beg pelajar secara berkala dan rawak Oleh Guru dan Kaunselor Sebagai ikutan, guru dan staf sekolah mematuhi peraturan keselamatan sekolah Dokumentasi hal-hal kritikal tentang keselamatan di sekolah sepanjang tahun 7 (7.4%) 10 (10.5%) 9 (9.5%) 12 (12.6%) 6 (6.3%) 47 (49.5%) 47 (49.5%) 65 (68.4%) 56 (58.9%) 52 (54.7%) 31 (32.6%) 25 (26.3%) 17 (17.9%) 18 (18.9%) 26 (27.4%) 10 (10.5%) 13 (13.7%) 4 (4.2%) 9 (9.5%) 11 (11.6%) 2.55 2.74 2.83 2.53 SM Bilangan dan Peratusan Respon ^%\ M

KM

TM

Skor Min

2.59

5 (5.3%) 7 (7.4%)

37 (38.9%) 47 (49.5%)

45 (47.4%) 35 (36.8%)

8 (8.4%) 6 (6.3%)

2.41

2.57

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya
Guru dan staf sekolah mengikuti beberapa siri latihan dan bengkel keselamatan sekolah Program pencegahan jenayah dilaksanakan di sekolah Aktiviti bimbingan dan kaunseling untuk memperbaiki keadaan disiplin pelajar Oleh Komuniti dan Agensi Tempatan Penyertaan ibu bapa dalam aktiviti keselamatan dan kebajikan di sekolah Sokongan dan bantuan agensi tempatan seperti polis dan bomba dalam hal keselamatan sekolah Penyertaan ibu bapa dalam memantau anak-anak mereka yang bermasalah disiplin 3 (3.2%) 6 (6.3%) 26 (27.4%) 48 (50.5%) 47 (49.5%) 29 (30.5%) 19 (20.0%) 12 (12.6%) 2.13 7 (7.4%) 6 (6.3%) 14 (14.7%) 41 (43.2%) 52 (54.7%) 54 (56.8%) 39 (41.1%) 29 (30.5%) 22 (23.2%) 8 (8.4%) 8 (8.4%) 5 (5.3%) 2.49

35

2.58 2.81

2.50

11 (11.6%)

49 (51.6%)

29 (30.5%)

6 (6.3%)

2.68

Selain daripada itu, tindakan-tindakan yang sentiasa diberi perhatian di tiga buah sekolah kajian ialah: • Memastikan tempat menunggu bas dan kereta yang selamat. • Memastikan pintu pagar sekolah diawasi dan ditutup. • Penyertaan ibu bapa dalam memantau anak-anak mereka yang bermasalah disiplin. • Dokumentasi hal-hal kritikal keselamatan sekolah sepanjang tahun. • Pelaksanaan program-program pencegahan jenayah di sekolah. Daripada keputusan dalam Jadual 2, antara usaha-usaha yang perlu dipertingkatkan lagi bagi menjayakan dasar sekolah selamat ialah dalam aspek: • Guru dan staf mematuhi arahan dan peraturan keselamatan sekolah. • Guru dan staf mengikuti siri latihan dan bengkel keselamatan sekolah. • Penyertaan ibu bapa dalam aktviti keselamatan dan kebajikan sekolah. • Sokongan dan bantuan agensi tempatan seperti polis dan bomba dalam keselamatan sekolah. Justeru itu, bagi menjamin keadaan keselamatan sekolah yang lebih baik lagi, pihak pengurusan sekolah wajar melancarkan kempen sekolah selamat menggunakan pelbagai kaedah praktikal. Semua guru dan staf lain perlu menunjukkan kepekaan terhadap keselamatan sekolah. Ceramah-ceramah dan poster-poster mengenai jenayah, penyakit, vandalisme, dan kebakaran perlu diadakan. Pengetua, dan Guru Besar perlu mengedarkan maklumat dan melibatkan para ibu bapa serta agensi seperti Polis, Pemadam, dan Bomba dalam pelbagai aktiviti keselamatan dan kebajikan sekolah.

36

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

PENUTUP Pelaksanaan dasar sekolah selamat tidak boleh diketepikan sewenang-wenangnya oleh warga sekolah, agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan sekolah, dan para ibu bapa. Hal ini menjadi lebih serius lagi jika sesebuah sekolah telah usang atau terletak berhampiran lebuh raya atau mempunyai insiden jenayah dan salah laku yang ketara. Walau bagaimanapun, risiko kebakaran, jenayah, wabak penyakit, dan kemalangan dapat dicegah melalui tindakan proaktif pengurusan sekolah dan penglibatan komuniti. Ceramah-ceramah oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) tertentu mengenai dasar, undang-undang, dan program sekolah selamat perlu diadakan oleh sekolah-sekolah di Malaysia. Perkara ini penting bagi mengurangkan liabiliti sekolah dan mendidik warga sekolah tentang peri mustahaknya mengelakkan diri daripada kemalangan, bahaya dadah dan penyakit. RUJUKAN Abdul Hadi Zakaria. (2002). Pelaksanaan sekolah selamat dari perspektif Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. Kertas kerja Konvensyen dan Majlis Pelancaran Sekolah Selamat Peringkat Kebangsaan, Sungai Petani, Kedah, oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Cornell, D. G. (1998). Designing safer schools for Virginia: A guide to keeping students safe from violence. Charlottesville, VA: University of Virginia. Flannery, D. J., & Huff, C. R. (1990). Youth violence: Prevention, intervention, and social policy. Washington DC: American Psychiatric Press. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1990). Laporan disiplin pelajar sekolah Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2002). Konsep dan manual sekolah selamat: Panduan pelaksanaan menjadi sekolah, komuniti, dan keluarga selamat untuk kanak-kanak. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Knoff, H. M., & Batsche, G. M. (1995). Project ACHIEVE: Analyzing a school reform process for at-risk and underachieving students. School Review, 24,579-592. National Association of School Psychologists (1991). Creating a safe school: Building and behavior problems. Washington, DC: NASP. Quinn, M. M., Oshe, D., & Hanley, T. V. (1998). Safe, drug-free, and effective schools for all students: What works? Washington, DC: American Institute for Research.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful