P. 1
Bimbingan Dan Kaunseling Assign (1)

Bimbingan Dan Kaunseling Assign (1)

|Views: 3,913|Likes:

More info:

Published by: Jamunarani Rajandran on Apr 17, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/07/2013

pdf

text

original

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

Nama:
Ranjanie A/P Karunamoorthy (891223-08-5980) Thamilchilvee A/P Malayalam (890513-10-5340)

Opsyen:
7 PISMP PK(h)/PJ/BT

Tarikh Serahan :
15 Februari 2012

Pensyarah

:

En Abdul Razak bin Kaprawi

1

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

2

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

3

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

4

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling 5 .

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling 6 .

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling 7 .

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling 8 .

3 Gambar program minggu ant-idadah 19-20 5.0 Peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dan kaunseling 21-24 6.0 Kesesuaian program bimbingan dan kaunseling sekolah 4.0 Kesesuaian suasana bilik bimbingan dan kaunseling 2-8 3.0 Bibliografi 9 .1 Kedudukan bilik bimbingan dan kaunseling sekolah 3.2 Kelebihan.0 Refleksi 7.0 Pengenalan 1 2. kelemahan dan penambahbaikan 17-18 program yang dilaksanakan 4.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling ISI KANDUNGAN 1.0 Kesesuaian lokasi bilik bimbingan dan kaunseling 9-10 11 12 3.1 Laporan minggu anti-dadah anjuran unit bimbingan 13-16 dan kaunseling 4.2 Pelan bilik bimbingan dan kaunseling 4.

menasihati. membimbing dan merancang masa depan yang kian mencabar. Banyak program boleh diatur bagi memberi perkhidmatan menolong pelajar dalam aspek pemulihan.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling 8. Peranan guru bimbingan adalah sangat penting bagi membantu para pelajar dengan menjalankan aktiviti seperti menyalurkan maklumat tentang pekerjaan. sikap dan kemahiran dalam perkembangan individu. Ini bermakna perkembangan individu merupakan satu usaha yang berterusan agar individu terhindar dari mengalami kekurangan dan halangan demi mengenali diri dan potensinya yang sebenar. aktiviti sosial dan kemudahan pendidikan. Dalam konteks pendidikan masa kini. Peranan guru bimbingan amat berat kerana bertanggungjawab dalam usaha memperkembang segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa pelajar tersebut bersekolah.0 Lampiran 1. pencegahan dan perkembangan untuk mempertingkatkan pengetahuan. Ini slah merupakan secara tidak langsung akan membantu pelajar bersedia untuk menghadapi cabaran dan membuat keputusan yang betul terhadap masalah yang dihadapinya. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah 10 . keterampilan dan sikap diri pelajar melalui unit perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan selaras dengan falsafah pendidikan negara.0 Pengenalan Bimbingan dan kaunseling adalah suatu proses menolong individu bagi memahami diri dan dunianya. perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah suatu usaha bertujuan menanam dan menyuburkan nilai. Oleh itu menjadi suatu kewajiban bagi para guru untuk mendidik.

kantin. Sebuah bilik bimbingan dan kaunseling mestilah kondusif. guru bimbingan dan kaunseling boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan berkesan tanpa sebarang halangan. warna bilik dan sebagainya. Kesesuaian suasana sesebuah bilik bimbingan dan kaunseling bergantung kepada pelbagai aspek seperti pengudaraan. Seorang guru bimbingan dan kaunseling tidak boleh menjalankan sesebuah sesi kaunseling di bilik guru. Bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif juga dapat meyakinkan dan mententeramkan diri pelajar ataupun klien yang datang. Ini kerana klien-klien yang datang ke bilik bimbingan dan kaunseling terdiri daripada murid-murid yang pelbagai latar belakang. Saya dan rakan sekumpulan saya telah melawat bilik bimbingan dan kaunseling yang terdapat di SJK(T) Cantuman Chaah. suasana sesebuah bilik bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan bimbingan dan terapi yang dijalankan mencapai objektif. berwawasan dan berketrampilan. di bawah pokok ataupun di dalam kelas malah sesi kaunseling mestilah dijalankan di sebuah bilik khas atau tempat khas. selesa dan menenangkan.0 Kesesuaian suasana bilik bimbingan dan kaunseling. susun atur perabot. situasi dan masalah. Terdapat sebuah bilik yang telah diwujudkan khas sebagai bilik bimbingan dan kaunseling yang telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang seharusnya ada dalam sebuah bilik bimbingan dan kaunseling.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling membuat suatu perancangan teratur dengan menubuhkan unit Perkhidmatan Maklumat Kerjaya supaya kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasaran berkesan bagi membentuk pelajar supaya seimbang berjiwa besar. Walaupun bilik tersebut mempunyai kemudahan dan 11 . 2. teraputik. Dengan adanya bilik khas. Oleh itu.

teraputik dan selesa. banjir telah melanda SJK(T) Cantuman Chaah dan menyebabkan kemudahan dan kelengkapan yang terdapat di bilik bimbingan dan kaunseling rosak. Kami telah menemu ramah guru bimbingan dan kaunseling sekolah tersebut iaitu En. Ranjeet Kumar untuk mendapatkan maklumat tentang bilik dan perkhidmatan kaunseling di sekolah tersebut. bilik bimbingan dan kaunseling akan dipulihkan semula dengan menggantikan semula perabot yang rosak. Melalui pemerhatian kami selama 1 minggu. meja. Walaupun suasana bilik bimbingan dan kaunseling selepas melanda banjir tidak begitu kondusif dan teraputik tetapi masih ramai murid datang ke bilik tersebut untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. 12 . Menurut beliau. kami mendapati bahawa bilik ini memiliki pengudaraan dan pencahayaan yang agak baik. Beliau juga berkata bahawa mungkin dalam bulan Mac. kami dapati bahawa bilik ini sentiasa terang walaupun tidak dipasang lampu disebabkan oleh kedudukan bilik tersebut di sekolah yang selalu mendapat sinaran matahari. Terdapat 2 lampu kalimantang dalam bilik bimbingan dan kaunseling tersebut. Peruntukkan wang yang agak tinggi diperlukan untuk memulihkan semula bilik tersebut.1 Pencahayaan Dan Pengudaraan Melalui pemerhatian yang dilakukan ketika melawat ke bilik bimbingan dan kaunseling SJK(T) Cantuman Chaah.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling kelengkapan yang agak cukup tetapi ianya berada dalam keadaan rosak. dan sebagainya rosak. mencatkan bilik dan sebagainya supaya bilik bimbingan dan kaunseling akan kembali pada keadaan asal iaitu kondusif. jelas kelihatan aspek pencahayaan bilik tersebut agak baik. pada tahun 2011. Chaah. Tingkap di belakang bilik yang dipasang langsir berwarna biru. 2. Ini kerana tempat tersebut sering berlaku banjir sehingga perabot-perabot seperti almari.

banjir sekolah kipas dalam rosak.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Gambar ini menunjukkan tingkap yang ditutupi oleh langsir berwarna biru Dalam aspek pengudaraan pula. bilik ini dilengkapi dengan sebuah pintu iaitu pintu masuk. Pemasangan kipas akan dilakukan dalam bulan Mac untuk memulihkan semula keadaan bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif dan teraputik. 13 . Walaupun terdapat 2 kipas tetapi hanya 1 kipas sahaja dapat berfungsi dengan baik. Suasana sebegini menyebabkan klien yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling berasa tidak selesa dan senang. juga yang bilik Bilik agak Hal ini kerana melanda tersebut terdapat tersebut tersebut panas yang menyebabkan sius dan walaupun tingkap yang terdapat di belakang bilik tersebut sentiasa dibuka.

Antaranya ialah rak atau almari bagi menyimpan fail-fail yang berkaitan diletakkan pada sudut yang sesuai dan keadaan ini tidak mengganggu sama sekali pergerakan di dalam bilik. Tempat duduk untuk klien juga agak selesa dan senang untuk guru bimbingan dan kaunseling untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling kelompok mahupun kaunseling individu. beberapa susun atur perabot telah pun menepati kesesuaian bagi sebuah bilik bimbingan dan kaunseling.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling 2. Cermin di ruang hadapan pintu masuk juga agak sesuai dalam bilik tersebut.2 Susun Atur Perabot Dan Kemudahan Melalui pemerhatian kami. Gambar ini menunjukkan rak yang terdapat fail-fail murid 14 .

terdapat juga susunan perabot dalam bilik kurang sesuai jika mengikut keperluan perkhidmatan bagi sesuatu ruang yang disediakan. Melalui pemerhatian kami. kami dapati bahawa bilik tersebut kecil dan tidak begitu luas. salah satu kelemahan dalam bilik bimbingan dan kaunseling tersebut adalah komputer. terdapat juga rak yang mengandungi nota-nota yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang menyebabkan pergerakan klien dalam bilik tersebut tersekat. Tiada sebuah komputer pun dalam bilik tersebut. Rak tersebut juga menghalang guru bimbingan dan kaunseling untuk memerhatikan pergerakan klien kerana ia menjadi penghalang. Selain itu. Selain daripada rak fail-fail penting.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Gambar ini menunjukkan kedudukan sofa untuk melakukan kaunseling kelompok Namun begitu. Gambar ini menunjukkan rak yang terdapat nota-nota berkaitan bimbingan dan kaunseling yang menghalang guru pembimbing melihat pergerakan murid atau klien 15 .

Antaranya adalah. Gambar ini menunjukkan kata-kata semangat. bilik bimbingan dan kaunseling ini masih kurang lengkap dalam penyediaan bahan-bahan bacaan seperti majalah. Kedudukan meja guru bimbingan dan kaunseling hendaklah dekat dan tidak terlalu jauh dari penglihatan guru.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Justeru itu. risalah dan sebagainya. terdapat juga posterposter seperti Poster Anti-Dadah. Sebagai cadangan. buku. 2. Selain itu. Sebuah meja tambahan hendaklah diletakkan di tengah sofa supaya memudahkan guru bimbingan dan kaunseling berbincang dengan penjaga atau ibu bapa klien. beberapa penambaikkan boleh dilakukan dalam aspek susun atur perabot di bilik ini. larangan merokok. poster anti-dadah yang terdapat pada dinding bilik tersebut Namun begitu. terdapat beberapa informasi dan hasil kerja yang ditampal pada papan informasi di dalam bilik ini. komputer haruslah diletakkan dalam bilik kaunseling supaya murid dapat menngunakan komputer untuk melepaskan tekanan mereka. kata-kata motivasi dan sebagainya ditampal pada dinding-dinding bilik tersebut tetapi dalam jumlah yang sedikit. Sebagai contoh.3 Susun atur bahan bacaan dan informasi Melalui pemerhatian kami. guru tersebut boleh menyediakan bahan 16 . guru bimbingan dan kaunseling boleh menyediakan lebih banyak bahan bacaan yang selaras dengan umur murid atau klien yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling.

mempengaruhi cara pandang kita.4 Warna bilik Warna dapat mengubah citarasa. Gambar ini menunjukkan bilik kaunseling dicatkan dengan warna putih 17 . sosial dan tingkah laku melalui pembacaan yang dilakukan. tidak bermoral atau sebagainya tetapi semasa keluar dari bilik tersebut murid atau klien mestilah menjadi seorang insan yang suci dan bersih .Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling bacaan seperti cara mengurangan stres dan sebagainya. 2. Warna adalah salah satu inspirasi paling berharga dunia yang paling mudah didapati. Menurut guru bimbingan dan kaunseling. menutupi ketidaksempurnaan dan mewujudkan suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua orang. akan ruang . Walaupun klien atau murid datang ke bilik tersebut mempunyai pemikiran yang kotor. Bahan bacaan ini secara langsung akan membantu pelajar atau klien untuk menyelesaikan masalah mereka yang berkaitan dengan emosi. Melalui pemerhatian kami. warna putih melambangkan kesucian dan kebersihan.Warna adalah cara yang paling pantas dan paling kuat untuk menghadirkan transformasi dan melahirkan perspektif-perspektif baru. guru bimbingan dan kaunseling telah memilih warna putih untuk melatari setiap ruang di bilik tersebut.

juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan (dipetik dari artikel wikipedia). Selain itu. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan. berdikari dan minda yang terbuka. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Sebagai penambahbaikkan. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah. simpati dan ketenangan. ia menunjukkan kesunyiaan.terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia mempengaruhi tumbesaran. kasih-sayang dan kecantikan. guru tersebut boleh menggunakan warna hijau kerana warna hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai. 18 . Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. guru tersebut juga boleh menggunakan warna merah jambu kerana warna merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian.

0 Kesesuaian Kaunseling Lokasi Bilik Pelan Lokasi Bilik Bimbingan dan kaunseling Gambar ini menunjukkan pandangan hadapan bilik kaunseling Bilik bimbingan dan kaunseling merupakan bilik khas yang memerlukan suasana yang aman dan damai. Oleh yang demikian. faktor kesesuainan lokasi di setiap sekolah perlulah diambil kira. kedudukan bilik yang jauh dari bilik darjah dapat menjamin kerahsiaan klien. Pada pendapat saya. bilik bimbingan dan kaunseling terletak di aras bawah bersebelahan dengan dewan sekolah. Dengan ini. murid-murid dan guru-guru lain tidak mengetahui tentang kehadiran klien ke bilik kaunseling. Di samping itu. pelajar boleh datang ke bilik bimbingan dan kaunseling tanpa berasa segan silu.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling 3. Merujuk kepada pelan. Kehadiran klien dapat disembunyikan daripada 19 . Bilik ini juga terletak berhampiran dengan bilik pendidikan khas dan bilik prasekolah. lokasi bilik bimbingan dan kaunseling SJK (T) Cantuman Chaah ini adalah agak strategik. Ini adalah kerana kedudukan yang terletak di aras bawah dan bersebelahan dengan dewan akan memudahkan pelajar untuk mengunjungi bilik kaunseling pada bila-bila masa sahaja.

sudah pasti keadaan di dalam bilik kaunseling menjadi hinggar binggar. Sebagai contoh. 20 .Adalah lebih baik dan konduksif jika bilik bimbingan dan kaunseling ini diletakkan jauh dari dewan. kerahsiaan klien lebih terjamin dan lebih ramai murid akan lebih berminat untuk pergi ke bilik kaunseling sekaligus mendapatkan khidmat bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor. Ini boleh menjejaskan perbualan antara kaunselor dan klien.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling pengetahuan orang lain. Tambahan pula. kedudukan bilik kaunseling dan bimbingan ini juga dapat menyenangkan pelajar pendidikan khas yang menghadapi masalah fizikal seperti kaki untuk mengelakkan daripada menaik tangga. Suasana atau keadaan dewan akan memberi kesan kepada diri pelajar. Bunyi bising sudah tentu akan menggangu satu-satu sesi bimbingan dan kaunseling yang akan dijalankan dan turut member tekanan kepada murid yang mempunyai masalah kerana tidak mendapat ketenangan di bilik tesebut. Klien menghadapi masalah untuk meluahkan perasaan mereka kepada kaunselor. Akan tetapi masih ada beberapa aspek yang boleh ditambah baik. kedudukan bilik bimbingan dan kaunseling bersebelahan dengan dengan dewan. Secara tidak langsung. bilik bimbingan dan kaunseling juga terletak berhampiran dengan bilik prasekolah. Dengan itu. Sebagai contoh. Klien akan berasa lebih tertekan apabila mendengar bunyi bising dan kuat. Selain itu. Mereka tidak perlu bersusah-payah untuk menaik tangga semata-mata untuk berjumpa dengan kaunselor. Biasanya. pelajar prasekolah suka membuat bising dan guru menghadapi kesukaran untuk mengawal kelas. Apabila mengadakan sesuatu program atau perjumpaan di dewan. suasana dewan yang bising akan menyebabkan klien di bilik kaunseling terganggu dan tidak selesa. Klien akan berasa senang hati dan selesa dengan kedudukan strategik ini. Klien tidak dapat memberi komitmen yang sepenuh yang kepada kaunselor. Tambahan pula. Ini adalah salah satu manfaat yang klien dapat daripada kedudukan bilik ini.

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Kedudukan bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah 21 .

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Pelan bilik bimbingan dan kaunseling 22 .

Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat. kempen anti dadah. Kami memilih murid-murid tahap 1 dan tahap 2 sebagai kumpulan sasaran bagi program ini. menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur. Objektif program kami adalah untuk menyedarkan muridmurid tentang betapa bahaya dadah kepada manusia dan cara mengelakkan diri daripada menagih dadah. program transisi tahun 4.0 Kesesuaian Program Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah.2012 iaitu 5 hari di sekolah tersebut. kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. LAPORAN MINGGU ANTI DADAH ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1.0 PENGENALAN Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Kami bersama guru bimbingan dan kaunseling telah merancang untuk melaksanakan kempen anti dadah selama 1 minggu bermula pada 20. Sokongan guru-guru sekolah tersebut sangat memuaskan. Jika program yang dirancang telah mencapai objektif yang ditetapkan. Selain itu.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling 4. Terdapat banyak program yang dilaksanakan dibawah unit bimbingan dan kaunseling sekolah SJK(T) Cantuman Chaah. bulan kemerdekaan dan sebagainya. Antaranya ialah program transisi tahun 1. murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi 23 . maka program itu sangat sesuai dengan murid-murid.02.02.2012 hingga 24. Kesesuaian sesuatu program bergantung kepada objektif sesuatu program yang dijalankan. Pelbagai persiapan telah dilakukan untuk menjayakan program kempen anti dadah.

3. 0 JAWATANKUASA PELAKSANA (rujuk lampiran) 24 .0 OBJEKTIF Objektif program ini adalah seperti berikut: 3.4 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat prasekolah lagi.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. 2.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah. 0 KUMPULAN SASARAN Murid-murid Pra sekolah. 3. Untuk memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya. 3.0 MATLAMAT Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat. 4. 3.1 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya hidup sihat. Murid-murid Tahun 1 – Tahun 6 5. pendidikan khas.

15 pagi 10.2012 22.2012 10.02. prasekolah dan pendidikan khas Pertandingan melukis poster bagi tahap 2 Kuiz bagi tahap 1 dan tahap 2 Majlis penutupan program minggu Anti dadah Keputusan acara-acara yang telah dipertandingkan.0 TENTATIF PROGRAM (TEMPAT : Tapak perhimpunan pagi /kelas /dewan ) TARIKH 20.30 pagi AKTIVITI Pelancaran Minggu Anti Dadah Bacaan Ikrar Anti Dadah oleh semua murid Membaca Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Ucapan Perasmian Taklimat aktiviti Minggu Anti dadah Persembahan Koir Persembahan drama Edaran tajuk & syarat-syarat pertandingan mewarna /melukis poster/sajak/ 21.15 pagi Edaran soalan kuiz pencegahan dadah Pertandingan mewarna bagi murid tahap 1.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling 6.2012 24.02.2012 MASA 7.2012 23.02.02.15 pagi 10. Pertandingan mewarna Prasekolah Tempat kedua Sharvesh Pendidikan khas Naven Tahun 1 Dennison Tahun 2 Kanimoli Tahun 3 Malarvili Pertandingan melukis poster Tahun 4 25 Tempat pertama Kunaselan puvanthran Pavithran Gayathiri Hariharan Tempat ketiga Nanthini Yelumalai Muthu Jeeva Nurul Asyikin .02.15 pagi 10.

Matlamat utama program yang berlangsung pada 20/02/201224/02/2012 ini adalah untuk memberi pengetahuan. guru. kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012’. Basir Kokila Pertandingan kuiz antidadah tahap 1 dan 2 Tahun 1 Divina Nisha Kathireshan Tahun 2 Joshua Gangga Dinesh Tahun 3 Kaliswary Pavithra Mohan Tahun 4 Chitra Daneswary Kumutha Tahun 5 Bawani Sutha Vennila Tahun 6 Balakrishnan Surenthiran Ganesh Dinesh Kelebihan . Kelemahan dan Penambahbaikan dalam Program Yang Dilaksanakan “1 Malaysia Membanteras Dadah”.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Vani Taneswary Tahun 5 Mages Yogendran Gobin Tahun 6 Raam Kumar Mohd. kesedaran dan keinsafan kepada murid. 26 . Ini adalah tema bagi minggu anti dadah tahun 2012 yang dianjurkan oleh Unit bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pihak sekolah.

Ini mengganggu proses p&p dan segelintir guru tidak dapat menjalankan kelas sebagaimana yang telah dirancang untuk satu minggu. keganasan. masyarakat dan negara.Melalui program seperti ini. dan jantina. Tambahan pula. pembunuhan. Ini adalah kerana gambar yang diberi adalah begitu padat dan besar dan sukar untuk pelajar menyiapkannya dalam masa yang singkat. keluarga. 27 . usia. Dadah akan menghancurkan kesejahteraan setiap individu. pelajar juga dapat menambahkan pengetahuan tentang dadah apabila melibatkan diri dalam pertandingan kuiz. Mereka sedar bahawa dadah akan membawa maut kepada mereka yang menagihnya. terdapat beberapa kekurangan dan kelebihan dalam program minggu anti dadah yang telah diadakan di sekolah. kejadian jenayah. Di samping itu. Sekali terjebak dengan gejala dadah amat sukar untuk mencari jalan keluar. Para pelajar dapat memahami tentang keburukan dadah. Dengan mempunyai pengetahuan ini. Dengan ini. semua pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dirancang sempena minggu anti-dadah. pelajar mendapat pendedahan baru tentang dadah. Secara tidak langsung. pelajar dapat mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam unsur negatif sebegini. Kelemahan program minggu antidadah ialah kesuntukan masa. Masalah ini juga telah menyumbang kepada peningkatan gejala sosial. Aktiviti yang telah dirancang bersesuaian dengan tahap pelajar. Selain itu. agama. peningkatan kes HIV/AIDs dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Kita sedia maklum bahawa masalah dadah tidak mengenal kaum. kesan daripada menagih dadah dan lain-lain lagi. pertandingan kuiz dan aktiviti mewarna untuk pelajar-pelajar tahap1 dan pertandingan kuiz dan pertandingan melukis poster untuk pelajar-pelajar tahap 2. pelajar pendidikan khas dan prasekolah mengambil masa yang lama untuk mewarna. pelbagai aktiviti telah dirancang untuk semua pelajar mengikut tahap seperti aktiviti mewarna untuk pelajar pendidikan khas dan prasekolah. Kami mengadakan aktiviti-aktiviti ini pada waktu proses pengajaran dan pembelajaran.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Setiap program yang diadakan mempunyai kelemahan dan kelebihan walaupun dirancang dengan sistematik. Kami perlu memberi gambar sederhana besar yang senang untuk berwarna kepada pelajar prasekolah dan pendidikan khas pada masa akan datang.

. Kami hanya memberi fail. Guru-guru perlu melantik AJK hadiah semasa memilih jawatankuasa tertinggi supaya dapat memberi hadiah yang memuaskan pelajar. Bacaan ikrar oleh wakil pelajar Bacaan perutusan menteri pelajaran 28 . Beberapa pelajar yang mengharapkan hadiah yang bermutu menjadi sedih dan kecewa apabila mendapat hadiah yang kosnya rendah. Gambar Program Minggu Anti-Dadah.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Tambahan pula. kesuntukkan masa juga menyebabkan kami tidak dapat membeli hadiah yang berkualiti untuk pemenang. Kita harus membaiki kelemahan dan mempertingkatkan kelebihan sesuatu program. Kita harus menjadikannya sebagai pengajaran dan berusaha untuk mengurangkan kelemahan apabila membuat program baru.. buku latihan dan kotak pensel sebagai hadiah untuk pelajar.

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Perasmian minggu anti-dadah oleh guru besar 29 .

semua guru yang terlatih dianggap sebagai guru bimbingan atau guru pembimbing. Kemudian.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak prasekolah 5.0 Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bukan semata-mata dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Kita rujuk semula apakah yang dimaksudkan dengan bimbingan. samada guru matapelajaran atau guru kelas. taksiran dan rekod. Bimbingan bermaksud bermaksud memberi nasihat atau maklumat demi perkembangan kendiri kanak-kanak dan menggelakkan masalah supaya tidak menjadi rumit ataupun besar. Komponen pertama dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah merujuk kepada inventori. mampu memainkan peranan tersebut dengan mengambil kira pengalaman hidup dan kematangan emosi serta kognitif masing-masing. maklumat yang terkandung dalam rekod-rekod tertentu boleh disemak oleh guru bimbingan dan kaunseling serta digunakan sebagai 30 . guru biasa harus membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul maklumat mengenai kanak-kanak. Malah. Dalam hal ini. sudah tentu setiap guru di sekolah. Sebagai guru pembimbing.

peraturan sekolah dan kepentingan mata pelajaran. Guru biasa seharusnya memberikan bantuan kepada murid dalam membuat perancangan persekolahan mengikut kebolehan. 31 . Mereka juga menolong murid dalam pelajaran dengan memperkenalkan sistem pendidikan kepada murid. Di samping itu. Sekiranya terdapat apa-apa masalah. keibubapaan dan kemahiran mengatasi masalah kepada murid melalui sebarang media yang sesuai. Selain itu. Mereka mengumpul menyedia dan menyebar maklumat serta resos bimbingan dan kaunseling dalam bidang akademik. Guru biasa juga memaparkan kepada murid berkenaan matlamat pelajaran dan penyesuaian mereka dengan suasana persekitaran. guru biasa turut terlibat dalam merancang. kemampuan. guru biasa menjadi medium perantaraan atau perunding antara pihak sekolah dengan ibubapa bagi tujuan penyampaian maklumat atau masalah murid. peranan ini lebih kepada guru kelas yang memiliki segala rekod berkenaan semua murid dalam kelasnya. Mereka perlu menjaga pelajar dengan membantu menyelesaikan masalah. Guru biasa juga menjadi tempat mengadu masalah pelajar. Di sini guru biasa membimbing atau mengukir pelajar dengan tingkah laku yang baik dan melahirkan insan yang beraklak mulia. samaada dalam bentuk sesi kaunseling atau intervensi lain. kerjaya. minat dan perkembangan murid dengan membangkitkan semangat kesedaran dalam kalangan murid pada peringkat awal tentang kepentingan pelajaran sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang. Guru biasa juga dapat membantu murid menyelesaikan masalah mereka dalam bidang pelajaran di sekolah dengan membantu murid membentuk tabiat kerja yang baik dan sahsiah yang sempurna selain dari akhlak dan adab yang unggul. Kebiasaanya. Program sebegini mampu menyediakan diri murid-murid dengan alam persekolahan yang bakal mereka tempuhi sepanjang menjalani proses pembelajaran di sekolah. Mereka juga menganjurkan kepada murid kaedah belajar secara berkesan. psikososial dan kesejahteraan mental.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling rujukan untuk tindakan susulan.Semangat yang ditabur sejak kecil lagi akan mempengaruhi seseorang pelajar supaya dapat menjadi seorang insan yang berguna pada masa akan datang. dan mengemas kini rekod dan inventori pelajar. Sebagai contoh. dengan mengadakan Program Orientasi bagi murid Tahun 1. mengawal selia. seterusnya membuat perbincangan tentang bagaimana masalah tersebut harus diselesaikan dengan berkesan.

Mereka terlibat dalam perancangan program di sekolah. Di samping itu. kegagalan seorang kanak-kanak untuk memahami satu-satu bahasa yang digunakan oleh guru atau rakan-rakan sedarjah boleh di salah tafsir sebagai sifat malu dan segan. Guru biasa berperanan dalam melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa. segelintir pelajar yang menghadapi masalah tingkah laku juga telah diubahkan oleh Pn. Saras. mereka lebih memahami tingkah laku murid-murid melalui pemerhatian yang dilakukan semasa murid menjalani aktiviti harian dalam kelas. Saraswati. Selain daripada itu. A. guru ini akan membuat penilaian terhadap kekuatan dan kelemahan program yang dilaksanakan.minat dan kekurangan setiap pelajar. Pn. Walaupun menghadapi banyak masalah daripada pihak luar tetapi beliau masih memikul tanggungjawabnya sebagai guru pembimbing. guru pendidikan khas sekolah Cantuman Chaah adalah seorang guru pembimbing yang peka terhadap kelemahan dan kekuatan pelajar. Guru harus memberi perhatian kepada komunikasi bukan lisan yang ditunjukkan oleh murid-murid. mereka juga merancang. menggunakan prosedur kaunseling untuk mengelola program. beliau percaya bahawa setiap pelajar mempunyai keistimewaan sendiri. membuat garis panduan dan peraturan serta di akhirnya. melaksana dan mengawal selia program dan aktiviti pembangunan murid seperti kepimpinan. Sebagai guru biasa. beliau juga seorang yang bertanggungjawab. membuat keputusan. Pemerhatian oleh guru kelas atau guru matapelajaran merupakan input yang amat berguna tentang tahap literasi bahasa masing-masing. Guru biasa juga boleh dilantik menjadi penyelaras aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri di peringkat sekolah atau menjadi penyelaras program mentor-mentee. pada ketika 32 . menentukan halatuju dan melaksanakan perancangan program. Pendidikan khas terdiri daripada 11 orang pelajar. kami dapati bahawa guru pendidikan khas juga merupakan guru pembimbing yang memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada pelajar yang bermasalah.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Melalui pemerhatian. Sebagai contoh. Justeru. penyayang dan tegas. Beliau mengenali semua murid secara mendalam seperti latar belakang pelajar. pembimbing rakan sebaya ( PRS) dan jati diri. Dengan memberi dorongan dan semangat beliau pasti boleh menukar kedudukan para pelajar kepada yang lebih baik. Malah. Beliau tidak pernah menganggap pelajar-pelajar tersebut sebagai golongan kurang upaya.

Secara tidak langsung. apa yang boleh dilakukan dengan bantuan orang lain. guru akan dapat menentukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh sesorang murid. dan apa yang mampu dilakukan secara berdikari. Segala maklumat ini mampu membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk merancang intervensi yang wajar demi kepentingan guru amnya dan kanak-kanak khasnya. guru dapat mengelakkan diri pelajar daripada pelbagai gejala sosial dan sebagainya. Guru biasa atau guru matapelajaran adalah guru yang paling hamper dengan murid-murid. keadaan ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi masalah mereka dan mendapatkan nasihat atau bimbingan daripada guru. Melalui pemerhatian dan rujukan. amat jelas bahawa guru biasa sebagai guru pembimbing memainkan peranan yang amat penting dalam membantu guru bimbingan dan kaunseling memperoleh satu profil awal kanak-kanak melalui teknikteknik pengumpulan maklumat yang disarankan. Ekoran daripada pemerhatian terhadap aktiviti dalam kelas. Guru biasa memainkan peranan yang amat besar dengan mendampingi pelajar dan mengenali pelajar dengan lebih mendalam. Melalui pemerhatian. Bimbingan boleh dilakukan oleh guru terhadap murid-murid yang mengalami masalah agar murid ini tidak mengalami keciciran atau berasa rendah diri berada di kalangan murid-murid yang lebih berkebolehan berbanding mereka. Mereka perlu merangsang pelajar supaya meluahkan perasaan yang terpendam dalam jiwa mereka. 33 . misalnya mewarna.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling inilah guru kelas atau guru matapelajaran memainkan peranan mereka dengan memberi nasihat dan bimbingan kepada murid ini. Dengan ini. Mereka tidak akan berasa segan atau teragak-agak untuk berterus-terang. menggunting atau merekabentuk sesuatu. guru dapat mengenalpasti gaya pembelajaran murid-murid.

saya membaca dan cuba memahami konteks yang terdapat dalam kertas tugasan yang diberi oleh pensyarah. Saya masih kurang jelas dan tidak mendapat pandangan yang jelas tentang tajuk tugasan.Razak bin Kaprawi. Saya mula memahami tajuk tugasan yang diberi dengan jelas dan secara mendalam. Ini adalah kerana saya kurang jelas dengan tajuk tugasan yang diberi oleh En. Saya juga 34 . Seabagai persediaan awal. Kami menanya beberapa soalan supaya mendapat gambaran yang jelas tentang tajuk tugasan. saya mula mengumpul banyak bahan tentang bilik kaunseling supaya menjadikannya sebagai rujukan. selain itu saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Refleksi Semasa saya mendapat tugasan kerja kursus pendek EDU 3107 iaitu Bimbingan dan Kaunseling saya berasa kecewa dan tertekan. Selepas itu. Pensayarah kami menjelaskan tugasan dengan lebih terperinci. Pensyarah kami begitu sabar menerangkan setiap soalan beserta dengan contoh. Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet.

Saya menghadapi banyak cabaran semasa membuat tugasan ini. Selain itu. Contohnya melalui pencarian maklumat berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling dalam sub tajuk peranan guru biasa sebagai guru pembimbing saya begitu teruja dalam meneliti dan membaca setiap ilmu yang bagi saya amat bernilai ini. Walaupun terdapat banyak kerja di sekolah dan kesuntukan masa kami tetap mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber. Melalui bacaan saya mendapati bahawa bilik kaunseling seharusnya sentiasa berada dalam suasana yang konduksif. membantu menyediakan klien dalam keadaan tenang dalam menangani masalahnya dengan berkesan. Kami dikehendaki membuat tugasan ini semasa menjalani praktikum. selesa dan menyenangkan. Kami selalu berkongsi maklumat tentang tajuk tugasan. Kami membanyakkan membaca tentang bilik bimbingan dan kaunseling yang sesuai untuk klien supaya dapat membuat perbandingan dengan bilik kaunseling sekolah Cantuman Chaah. Kami mendapat pendedahan atau pengetahuan yang baru daripada tugasan ini. suasana bilik bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang cukup besar dalam memastikan bimbingan dan terapi yang dijalankan mencapai objektif dan secara tidak langsung. Kami berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Cantuman Chaah. program yang telah dirancang dan lain-lain lagi.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling bersyukur kerana mempunyai rakan seperjuangan saya iaitu Ranjanie A/P Karunamoorthy yang begitu memahami serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada saya. Sikap 35 . Saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran bimbingan dan kaunseling ini terhadap diri saya sebagai seorang bakal guru. Beliau berkongsi pengalamannya bekerja sebagai guru bimbingan dan kaunseling selama 4 tahun. Kami berjumpa dengan beliau dan mengumpul maklumat tentang bilik kaunseling. Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah saya untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan. melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan saya telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Tambahan pula. teraputik. Johor iaitu En Ranjeet.

bekerjasa sama. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya kerana telah banyak membantu dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Thamilchilvee A/P Malayalam 7 PISMP PK(h)/PJ/BT 36 . dan disiplin antara pensyarah dan rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini. Sekian Terima Kasih.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling toleransi. melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek Bimbingan dan Kaunseling ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan melahirkan bangsa Malaysia yang bersemangat. Selain itu. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Secara keseluruhannya. . Tambahan pula. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. tekun dan rasional.Tidak lupa juga juga mengambl kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan saya telah meberi sokongan moral dan kata-kata semangat. pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan saya bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi.

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Refleksi Kali ini kami dikehendaki menyiapkan sebuah kerja kursus pendek untuk matapelajaran bimbingan dan kaunseling. kami dikehendaki membuat pemerhatian terhadap bilik bimbingan dan kaunseling dan membuat laporan mengenai kesesuaian lokasi. maka saya terpaksa mencari sekolah yang mempunyai bilik tersebut di sekitar Chaah. Mula-mula. Pelbagai soalan yang muncul dalam minda saya sehingga saya mendapat tunjuk ajar dan penjelasan mengenai kerja kursus dari pensyarah saya. saya berasa sangat keliru dan agak kurang faham dengan kerja kursus ini. Secara berpasangan. suasana bilik kaunseling dan kesesuaian program yang dilaksanakan di sekolah tersebut serta menghuraikan peranan guru biasa sebagai guru pembimbing. Mata saya mencari bilik bimbingan dan kaunseling dengan teliti pada hari pertama saya pergi ke sekolah tersebut. Walaupun saya memahami tajuk tugasan dengan baik tetapi saya berasa takut kerana jika tiada bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah praktikum saya. Saya berasa lega setelah mendapat tahu dan melihat dengan mata sendiri bahawa sekolah SJK(T) Cantuman Chaah 37 .

Selain itu. banjir yang sering melanda sekolah tersebut menjadi penghalang utama bagi menjayakan kerja kursus kami. Salah satunya ialah pengurusan masa. perpustakan Sultan Ismail dan internet.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling mempunyai bilik bimbingan dan kaunseling. pelan dan sebagainya. Ranjeet iaitu seperjuangan mula membuat tugasan. kami terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan juga mendapat pelbagai pengetahuan. Saya telah menetapkan temu janji bersama guru bimbingan dan kaunseling untuk mendapatkan maklumat seperti gambar. saya dan rakan seperjuangan saya telah mencari banyak bahan mengenai tajuk tugasan kami dalam perpustakan IPTI. Dia selalu memberi kata-kata semangat 38 . Guru bimbingan dan kaunseling merupakan setiausaha sukan dan beliau sangat sibuk dengan sukaneka yang akan berlangsung dalam tempoh seminggu. Ini kerana susun atur dan suasana bilik kaunseling menjadi kurang selesa dan kurang baik jika dibandingkan dengan sebelumnya. Semasa membuat tugasan ini. Ini menyebabkan kami terpaksa berjumpa dengan beliau pada minggu ketiga. Ini kerana setiap kali saya berasa berasa tertekan dan takut terhadap tugasan rakan sayalah akan memotivasikan saya. Kadang kala kami pulang ke rumah lambat pada petang menyebabkan kami berasa sangat letih untuk membuat kerja kursus kerana terpaksa membuat persediaan untuk pengajaran hari seterusnya. terlibat dalam sukaneka pelajar dan tugasan sebagainya menyebabkan kami terpaksa menyiapkan kerja kursus pendek dalam saat yang terakhir. Selepas guru kaunseling. Walaupun mengahadapi banyak cabaran tetapi saya dapat menyiapkan kerja kursus tersebut dengan sempurna. Sebelum pergi ke sekolah untuk menjalani praktikum. Hubungan saya dan rakan saya menjadi agak rapat dengan membuat tugasan ini. Maklumat-maklumat yang kami cari sangat membantu semasa membuat keja kursus ini. saya dan rakan mendapatkan maklumt dari En. Banjir menyebabkan kami agak sukar untuk menangkap gambar sebagai bukti untuk menjawab sesetengah soalan. Walaupun saya terpaksa membuat kerja sekolah juga tetapi saya masih meluangkan masa untuk membuat tugasan ini. Saya telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan semasa membuat tugasan ini. Melatih murid ke pertandingan MSSK. Saya berasa sangat takut dan bimbang kerana saya belum berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan maklumat mengenai bilik tersebut.

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling dan menasihati supaya jangan berputus asa dengan cepat malah selalu membuat kerja dengan ikhlas. Segala ilmu yang saya timba semasa membuat tugasan ini akan membantu saya pada masa yang akan datang iaitu selepas saya menjadi seorang guru. Saya juga mendapat tahu kepentingan matapelajaran bimbingan dan kaunseling kepada saya dengan lebih jelas. Saya juga mendapat tahu peranan guru biasa sebagai guru pembimbing dengan lebih jelas. Saya juga mendapat tahu cara melaksanakan sebuah program dalam sekolah dengan lebih mendalam. Saya dapat melihat perkara yang saya belajar di kampus semasa membuat tugasan ini. 7 PISMP PK(h)/PJ/BT 39 . Saya juga mendapat tahu bahawa terdapat pelbagai aspek yang menjadikan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling lebih selesa. teraputik dan baik. guru kaunseling SJK(T) Cantuman Chaah dan rakan saya yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Terima kasih Ranjanie A/P Karunamoorthy. saya juga dapat meningkatkan kefahaman saya tentang bimbingan dan kaunseling dengan lebih baik dan mendalam. Sekian. Saya juga dapat memahami peranan guru biasa sebagai guru pembimbing dengan lebih baik. Saya juga mendapat tahu tentang cabaran – cabaran yang akan dihadapi semasa melaksanakan sesuatu program. Selain membuat tugasan. saya juga mendapat pengetahuan tentang cara melaksanakan sebuah sesi kaunseling individu mahupun kelompok. Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kepada pensyarah.

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Bibliografi Eh Ah Meng (1995). 40 . Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2003). SIRI PENGURUSAN SEKOLAH. BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. Tang Chee Yee (1997). Fajar Bakti Sdn Bhd. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Siri Pengajian Tinggi Cerdik : PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH. Cerdik Publication Sdn Bhd. SIRI PENDIDIKAN SEKOLAH DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (ASAS PENDIDIKAN 4).

com/2010/01/peranan-guru-biasasebagai-guru. Kursus Dalam Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah/Menengah (KDP). Cerdik Publication Sdn. PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH.html http://www. Kumpulan Budiman Sdn. Siri Pendidikan Longman http://raulzaidi. Fajar Bakti Sdn. KAUNSELING : TEORI DAN PRAKTIS PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN PENAGAMAL untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) : Program Pra-Sarjana Muda Pengajaran.com/?nkg1ybqgu3jygpz http://bimbingandankaunselingipg. Net/r/973-Definisi-bimbingan. KAUNSELING INDIVIDU. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim.wordpress.Kaunseling http.com/2010/01/nota-nota-rujukan-edu-3107bimbingan.Bhd.net/1/634-Definisi-Bimbingan –Konseling.html http://ebimbel.Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Choon Lean Keow.Menurut-Para-Ahli 41 .blogspot.Bhd.mediafire. Mohd Salleh Lebar. Mizan AdiliahAhmad Ibrahim dan Halimatun Halalaih Mokhtar. (2007).blogspot.//ebimbel.Bhd. BIMBINGAN DAN KAUNSELING.com/2010/05/16/peperiksaan-edu-3107-bimbingan-dankaunseling/ http://www. PhD.scribd.com/doc/26285698/Edu-3107-Bimbingan-Dan-KaunselingTutorial-4-0 http://arezam.

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling 42 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->