Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103

)

Soalan (a) Freeman (1977, 1992) menyatakan bahawa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental yang memberi tumpuan kepada tiga domain pendidikan iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Oleh yang sedemikian, boleh disimpulkan bahawa Pendidikan Jasmani adalah merupakan suatu proses yang bertujuan membantu meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal seperti yang dinyatakan oleh Wiliams (1964) yang berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan social. Dalam Pendidikan Jasmani KSSR terdapat tiga komponen pembelajaran yang diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu komponen kecergasan, kemahiran dan juga aspek kesukanan. Ketiga-tiga aspek ini digubal untuk memenuhi keperluan proses pengajaran dan pembelajaran yang sekali gus memenuhi keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid-murid. Namun, walaupun kesemua aspek ini adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran; kesemua aspek ini tidak semestinya harus diajar mengikut turutan. 1.0 Komponen Kecergasan dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani KSSR. Dalam komponen kecergasan terdapat dua aspek yang terlibat iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan seterusnya kecergasan berasaskan perlakuan. Dalam aspek kecergasan berasaskan kesihatan, terdapat beberapa aspek pembelajaran yang terlibat iaitu daya tahan kardiovaskular dan kelenturan. 1.1.1 Daya tahan kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular adalah merupakan keupayaan jantung dan sistem peredaran darah untuk berfungsi pada tahap yang paling baik. Oleh itu dalam aspek kecergasan berasaskan kesihatan aspek pembelajaran yang terlibat ialah daya tahan kardivaskular. Dalam aspek pembelajaran daya tahan kardiovaskular, terdapat beberapa aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid boleh digunakan sebagai rujukan untuk guru bagi tujuan pengajaran iaitu:

1

Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103)

a) Melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular secara individu dan berpasangan

Contoh Latihan fartlek untuk aktiviti daya tahan kardiovaskular

b) Menamakan tiga otot-otot yang terlibat dengan aktiviti daya tahan kardiovaskular c) Melabelkan otot-otot yang terlibat dengan aktiviti daya tahan kardiovaskular d)Melakar dan mewarnakan memek muka untuk menyatakan perasaan selepas melakukan aktiviti daya. 1.1.2 Kelenturan Dalam komponen kecergasan yang berasaskan kesihatan kelenturan dimasukkan sebagai aspek pembelajaran dalam komponen ini. Kelenturan ialah membawa maksud keupayaan meregang otot dan juga kebebasan sendi bergerak dengan sepenuhnya. Antara aktiviti yang dicadangkan dalam kelenturan ialah meleding sokong hadapan dua lutut, meleding sokong hadapan satu lutut dan meleding belakang dengan lutut bengkok. Aktiviti pembelajaran yang boleh dilakukan oleh guru-guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran ialah: a) Melakukan aktiviti kelenturan secara individu dan kumpulan b) Murid-murid menyebut aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti kelenturan c) Murid-murid menamakan tiga anggota badan yang terlibat dengan aktivit kelenturan 2

3 Koordinasi Koordinasi adalah termasuk dalam komponen kecergasan di bawah aspek kecergasan berasaskan perlakuan.1. Selain itu.4 Ketangkasan Selain itu dalam komponen kecergasan di bawah aspek kecergasan berasaskan perlakuan ialah aktiviti ketangkasan. kaki dan juga badan. Koordinasi ialah bermaksud pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata. tepuk dan sambut bola kecil serta lambung. pusing dan sambut bola kecil. Ketangkasan dalam konteks ini adalah bermaksud kebolehan seseorang 3 . Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam koordinasi ialah dengan melakukan lambung dan sambut bola kecil.1. aktiviti pembelajaran seperti yang dihuraikan di bawah boleh membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu: a) Melakukan aktiviti koordinasi secara individu dan berkumpulan b) Murid-murid menyebut aspek-aspek keselamatan yang perlu dititik beratkan dalam melakukan aktiviti koordinasi c) Murid-murid menamakan tiga otot utama yang terlibat dengan aktiviti koordinasi d) Dan murid-murid melabelkan otot-otot yang terlibat dalam melakukan aktiviti koordinasi 1. tangan.Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) d) Murid-murid melabelkan otot-otot yang terlibat dalam melakukan aktiviti kelenturan Aktiviti meleding sisi berpasangan dalam aktiviti kelenturan 1. lambung.

Aktiviti bola beracun untuk aktiviti ketangkasan 2.0.Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) untuk bergerak dengan pantas sambil bertukar arah atau posisi. Aktiviti pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran aktiviti ketangkasan ialah. bola beracun dan juga galah panjang. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam aktiviti ketangkasan ialah pijak baying diri atau rakan. a) Melakukan aktiviti ketangkasan secara individu dan kumpulan b) Murid-murid dapat menyebut aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti ketangkasan c) Murid-murid melakar dan mewarnakan memek muka untuk menyatakan perasaan selepas melakukan aktiviti ketangkasan d) Dan murid-murid dapat melabelkan anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti ketangkasan. Komponen Kemahiran dalam Pendidikan Jasmani 4 .

Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) Dalam komponen kemahiran terdapat beberapa aspek pembelajaran yang harus dipelajari oleh murid-murid iaitu pergerakan asas yang terbahagi kepada lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor ialah bermaksud pergerakan yang melibatkan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. 2. guling sisi dan gallop.1. ketingting. melompat. lari sisi. guling hadapan. Dalam aspek pembelajaran ini terdapat beberapa aktiviti yang dicadangkan sebagai pergerakan lokomotor iaitu berjalan. merangkak dan berguling. C. Antara contoh pergerakan lokomotor ialah berlari. 5 . LeBlanc. rekreasi dan kesenggangan. e) Murid-murid memberi contoh aktiviti harian yang berkaitan dengan pergerakan lokomotor.1 Pergerakan asas (Lokomotor) Pergerakan lokomotor ialah merupakan pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah dari kedudukan asal iaitu seperi pergerakan berjalan dan berlari adalah disebut sebagai bergerak dan beredar. d) Murid-murid melabelkan anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti pergerakan lokomotor. guling balak.1. Pergerakan lokomotor juga adalah penyebab yang menyokong pelaku untuk merubah kedudukan mengikut pergerakan.2 Pergerakan Asas (bukan lokomotor) Menurut pakar dalam Pendidikan Jasmani iaitu Gabbard. pergerakan kreatif. melompat. 2. merangkak. Sehubungan dengan itu. skip. berlari. gimnastik pendidikan. Oleh itu dapat dikatakan bahawa pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. B & Lowy (1994) membahagikan pergerakan asas kepada pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor. terdapat beberapa aktiviti pembelajaran yang boleh dilakukan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran iaitu: a) Murid-murid melakukan aktiviti pergerakan lokomotor secara individu dan kumpulan b) Murid-murid menyebut aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti pergerakan lokomotor. c) Murid-murid menamakan sepuluh aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran pergerakan lokomotor.

pembelajran dan perkembangan seseorang pelajar atau kanak- 6 . Manakala.1. menaik setempat. terdapat perbezaan antara pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor iaitu lokomotor merupakan kebolehan penggunaan otot-otot kasar untuk melompat. duduk. memusing. mencekam. mengilas.3 Gimnastik Pendidikan Gimnastik pendidikan boleh dikatakan sebagai satu pendekatan dalam pendidikan di Malaysia dan ianya memberikan tumpuan kanak-kanak kepada pembelajaran dan pengajaran yang unik iaitu dari segi gaya pergerakan. menguak dan juga menyokong. f) Murid-murid memberi contoh aktiviti harian yang berkaitan dengan pergerakan bukan lokomotor. tarik dan tahan rakan serta tekan tubi. tepuk amai-amai. bukan lokomotor pula merupakan kebolehan bergerak dengan menggunakan otototot kecil. Antara cadangan aktiviti yang boleh dilakukan dalam aspek pembelajaran ini ialah aktiviti berdiri. aktiviti pembelajaran yang boleh dilakukan dalam aspek pembelajaran pergerakan bukan lokomotor ialah: a) Melakukan aktiviti pergerakan bukan lokomotor secara individu dan kumpulan b) Murid-murid menyebut aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti pergerakan bukan lokomotor c) Murid-murid menunjukkan cara rangkaian pergerakan dalam aktiviti pergerakan bukan lokomotor. Namun. berjalan dan sebagainya. enjet-enjet semut. gusti tangan. d) Murid-murid menamakan sepuluh aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran pergerakan bukan lokomotor.Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) Antara contoh-contoh pergerakan bukan lokomotor ialah seperti berdiri. membongkok. mengilas sambil tepuk tangan. e) Murid-murid melabelkan anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti pergerakan bukan lokomotor. duduk. 2. Sehubungan dengan itu. tarik naik pasangan.

Hal ini demikian kerana. Pergerakan kreatif bermaksud interpretasi idea.Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) kanak. pendidikan gimnastik juga memberi peluang untuk melihat pergerakan yang dapat dilakukan oleh muridmurid. tilam. Selain itu peralatan yang digunakan dalam gimnastik pendidikan ini ialah gelung. Konsep gimnastik pendidikan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam setiap pergerakan. perasaa serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik dan sekali gus pergerakan kreatif dapat memperkembangkan kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan kepada muridmurid. bangku essex dan juga pemidang taiping. perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. 2.1. Hal ini demikian kerana setiap pergerakan yang dibuat adalah untuk membolehkan muridmurid mempelajari sesuatu yang baru dalam pelajaran mereka. reben peti tombol. Antara aktiviti pembelajaran yang dicadangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran gimnastik pendidikan ialah: a) Murid-murid melakukan aktiviti gimnastik secara individu dan kumpulan b) Murid-murid membincangkan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti gimnastik pendidikan c) Murid-murid menunjukkan cara rangkaian pergerakan dalam gimnastik pendidikan d) Murid-murid melabel angota badan yang terlibat dalam aktiviti gimnastik pendidikan. Pergerakan kreatif secara khususnya untuk meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya untuk menginterpretasi idea. Pergerakan secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu: 7 .4 Pergerakan Kreatif. kadang kala kanak-kanak tidak dapat melakukan pergerakanpergerakan yang ditunjukkan oleh guru justeru itu apabila kanak-kanak itu mencuba aktiviti yang dibuat guru akan dapat mengenal pasti kebolehan murid-murid dalam gimnastik. Antara contoh pergerakan yang dilakukan oleh murid adalah gulingkan badan dari depan ke belakang dengan bertubi-tubi dan bergerak dari setempat ke setempat yang lain. Selain itu juga.

lembut.Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) a) Aspek ruang Dalam aspek ini ruang bermaksud kawasan yang digunakan semass pergerakan dilakukan dan ruang tersebut terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. pergerakan serta-merta dilakukan dalam masa yang singkat dan pergerakan ini cepat. mengambil masa dan dapat dikawal. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan manakala ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. spontan dan dinamik. kawal-lambat dan serta-merta. ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat. Manakala pergerakan kawal lambat adalah merupakan pergerakan yang perlahan. lambat. ringan dan tenang. b) Aspek masa Masa yang dimaksudkan dalam aspek ini ialah kelajuan seperti cepat. d) Aspek aliran Aspek aliran pula merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan dan pergerakan ini boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat. Seperti contoh. Dalam aspek pembelajaran pergerakan kreatif terdapat beberapa aktiviti pembelajaran yang boleh dijalankan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kualiti pergerakan dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayaan otot semasa melakukan pergerakan seperti contoh pergerakan halus-ringan yang merupakan lakuan pergerakan yang lembut dan pergerakan berat-kuat yang merupakan lakuan pergerakan yang tegas. Dan kelajuan sesuatu pergerakan adalah ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri. Antaranya ialah: a) Murid-murid melakukan kemahiran pergerakan kreatif secara individu dan berpasangan b) Murid-murid membincangkan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti pergerakan kreatif 8 . tegas. c) Aspek beban Aspek beban adalah merupakan kualiti pergerakan seperti kuat.

Rekreasi dalam konteks ini adalah bermakud aktiviti terancang yang dilakukan untuk mengisi masa lapang dan tiada unsur pertandingan dalam melaksanakan aktiviti tetapi pelaksanaan aktiviti adalah bertujuan untuk memperoleh keseronokan. Aktiviti pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran ialah seperti: a) Murid-murid melakukan aktiviti menjejak dalam kawasan sekolah secara berkumpulan b) Murid-murid mencatat symbol arah dalam aktiviti menjejak c) Murid-murid menamakan dua jenis pokok d) Murid-murid menamakan tiga jenis serangga e) Murid-murid menyebut aspek-apsek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti menjejak 2. rekreasi mental dan linguistic dan seterusnya rekreasi terapeutik. 2. Secara amnya. konsep 9 .1.5 Kesenggangan Kesenggangan membawa definisi iaitu masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberi kepuasan kepada seorang individu. ketenangan minda dan merehatkan badan. rekreasi social.1.Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) c) Guru menunjukkan cara rangkaian pergerakan dalam aktiviti pergerakan kreatif d) Murid-murid melabelkan anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti pergerakan kreatif.4 Rekreasi Gold (1980) menyatakan bahawa rekreasi dapat dibahagikan kepada beberapa kategori utama iaitu seperti rekreasi fizikal. Rekreasi juga terbahagi kepada dua iaitu rekreasi yang bersifat dalaman iaitu seperti catur dan permainan computer dan juga rekreasi yang bersifat luaran iaitu seperti abseiling dan juga bola sepak. rekreasi sukan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah ialah seperti aktiviti menjejak dalam kawasan sekolah.

mewujudkan suasana kemesraan dan mengeratan perhubungan antara satu sama lain menerusi aktiviti-aktiviti kesenggangan tersebut. Antara aktiviti yang boleh dijalankan sewaktu senggang ialah seperti bersiar-siar. semangat kerjasama. kesukarelaan dan juga konstruktif. keseronokan dan kepuasan. senggang sebagai kerja. senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri. Menyiram bunga. Senggang sebagai aktiviti. galah panjang dan rebut tiang. Kesenggangan adalah penting untuk memelihara dan memupuk persefahaman. Dan aktivti pembelajaran yang boleh digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran ialah seperti: a) Murid-murid menyediakan folio individu berkaitan dengan aktiviti kesenggangan b) Murid-murid melakar memek muka untuk menyeatakan perasaan apabila melakukan aktiviti kesenggangan 10 . Selain itu juga aktiviti kesenggangan juga boleh menggalakkan perkembangan nilai-nilai hidup sihat di dalam diri pelajar dan sekali gus penekanan dan penglibatan program bercorak kecergasan fizikal dan mental ini adalah bertujuan supaya pelajar dapat menilai kepentingan kecergasan terhadap nilai hidup dan seterusnya mendapat keseronokan dengan melibatkan diri di dalam aktivit yang diadakan. berbasikal.Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) kesenggangan adalah apabila seseorang itu menggunakan masa yang terluang untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberikan kepuasan kepada seseorang individu dan contoh kepuasan ialah senggang sebagai keseronokan.

Oleh itu terdapat tujuh perkara yang perlu diberi perhatian untuk keselamatan sebelum menjalani aktiviti rekreasi dan latihan sukan iaitu: a) Aktiviti memanasan badan.Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) Permainan galah panjang untuk aktiviti kesenggangan 3.1. 3.0 Komponen Kesukanan dalam Pendidikan Jasmani Komponen yang terakhir ialah komponen kesukanan iaitu aspek pembelajaran keselamatan. 11 . c) Mengenal pasti kecergasan diri.1 Keselamatan Keselamatan dalam sukan bermaksud keadaan yang membolehkan kita melibatkan diri dalam sukan atau permainan tanpa menimbulkan implikasi buruk. regangan otot dan kelonggaran sendi sebelum melakukan aktiviti yang lebih berat dan melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas latihan b) Latihan sistematik iaitu latihan perlu dirancang dan ditentukan terlebih dahulu sebelum melaksanakannya. Oleh itu objektif latihan perlu mengikut kecergasan diri masing-masing. Hal ini demikian kerana setiap individu mempunyai tahap kecergasan yang berbeza.

Aktiviti yang perlu dilakukan mestilah mengikut kemampuan masing-masing dan tidak memaksa diri melakukan aktviti melebihi had keupayaan masing. Aktiviti pembelajaran yang boleh dijalankan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran ialah seperti: a) Murid-murid mencatatkan maksud keselamatan b) Murid-murid menyenaraikan alatan yang digunakan semasa beraktiviti c) Murid-murid mencatatkan peraturan-peraturan semasa menggunakan alatan sukan 12 . Hal ini demikian jika aktiviti dilakukan dengan langkah yang salah ini boleh membahayakan keselamatan diri.Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) d) Mengenal pasti kemampuan diri. Persekitaran haruslah dipastikan selamat untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti f) Perlakuan yang betul.masing e) Persekitaran dan tempat aktiviti yang sesuai.

Afektif Pengetahuan sedia ada Murid-murid telah mempelajari kemahiran pergerakan pantas sambil bertukar arah dan posisi.30 pagi.Bermain mengikut iringan muzik • Nilai murni : Tolak ansur dan bekerjasama 13 : Merancang strategi : Menyatakan kemahiran-kemahiran yang ada dalam permainan kawal dan gelecek bola mini : Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana yang menyeronokkan. para murid mampu melakukan aktiviti berdasarkan.Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) Soalan (b) RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI REKREASI DAN KESENGGANGAN Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tunjang Tajuk Tarikh/Hari Masa Tahun Bilangan Murid Objektif : Kemahiran : Permainan kecil ( berlari sambil menendang bola mini) : 20 Febuari 2012 (Isnin) : 7. Psikomotor : Melakukan aktiviti pergerakan asas dalam permainan kawal dan gelecek bola mini 2. .8.mengira Pendidikan Muzik. 1. Kognitif 3.00 pagi : Tahun 2 Utarid : 30 orang : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. KBKK Pengisian Kurikulum • Ilmu (penggabugjalinan) : Matematik.

Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) • Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan Pelbagai (Interpersonal dan Visual-ruang) Kemahiran Berfikir (membuat kaitan dan menjana idea) Alatan: 1. Skitel. Radio 4. Wisel 3.10 buah 14 . Bola – 16 biji 2.

guru menggunakan kaedah penerangan dan perbincangan (konsep tendangan yang .murid-murid berdiri dalam bulatan mengelilingi guru -guru akan mengetuai sesi regangan Aktiviti 1 ( 20 minit) Pengenalan kepada Permainan ‘berlari sambil menendang bola mini’ • Menendang .Guru meminta muridmurid berbaris dalam 15 .bermula dengan perlahan kemudian laju dan perlahan semula Organisasi Catatan 3) Regangan (warming up) .Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) Bahagian/Masa Permulaan (5 minit) Aktiviti 1) Memanaskan badan 2) Meningkatkan kadar denyutan nadi • Berlari setempat Butiran Mengajar .Lari setempat secara berperingkat .

Setiap murid hendaklah menendang bola mini ke arah yang telah ditetapkan 16 .Guru menunjukkan cara yang betul untuk menendang bola mini .Guru memberi penerangan terlebih dahulu sebelum aktiviti dijalankan.Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) betul ditekankan untuk mengelakkan kecederaan barisan panjang) . .Setiap murid akan • Berlari ( Konsep larian yang betul ditekankan bagi mengelakkan kecederaan) • Menendang melakukan kemahirankemahiran yang ditunjukkan (murid-murid diajar untuk menendang bola ke arah yang betul) .

Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) (skitel) apabila wisel dibunyikan dan muzik dimainkan .Guru memberi bimbingan Penutup 1) Pengenduran anggota badan - Berdiri dan kaki dibuka seluas bahu 17 .

Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) (5 minit) Merenjis tangan ke atas sisi dan hadapan dalam kiraan 10 - Berdiri dan kaki dibuka seluas bahu - Menolak sebelah kaki ke hadapan dalam keadaan lurus dan membuat pusingan mengikut arah lawan jam dalam kiraan 10 - Menarik nafas dan menahan nafas dalam kiraan 5 18 .

594 Patah Perkataan) 19 .Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) - Akhir sekali murid-murid menghembus sambil menyebut ‘hooray!” (2.

scribd.com/doc/65657174/Rekreasi-Dan-Kesenggangan (Akses pada 22 Febuari 2012) Maklumat mengenai definisi pendidikan jasmani dan kesihatan diambil daripada laman sesawang : http://www.org/wiki/Pendidikan_jasmani (Akses pada 21 Febuari 2012) Maklumat mengenai rekreasi dan kesenggangan diambil daripada laman sesawang: http://www.com/2010/07/aspek-keselamatan-dalampjk.html (Akses pada 24 Febuari 2012) 20 .scribd. 2004. HBPE110 Pengenalan Pendidikan Jasmani. 2011 Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 2.com/doc/58616115/Pengenalan-Rekreasi-Dan-Kesenggangan (Akses pada 21 Febuari 2012) Maklumat mengenai pendidikan jasmani diambil daripada laman sesawang : http://ms.Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) Bibliografi Shaifol Bahary Sulaiman. Open University Malaysia. Yusop Ahmad. Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 2.wikipedia. Norazhan Che Lan.scribd. Dr Sanmuga Nathan A/L/K Jeganathan.blogspot.net/guest1772d1/definisi-pendidikan-jasmani-dan-kesihatan (Akses pada 22 Febuari 2012) Maklumat mengenai Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan diambil daripada laman sesawang : http://www. Dewan Bahasa dan Pustaka Maklumat mengenai pengenalan rekreasi dan kesenggangan diambil daripada: http://www.com/doc/47753246/Pengurusan-Pendidikan-Jasmani-dan-Sukan (Akses pada 21 Febuari 2012) Maklumat mengenai aspek keselamatan dalam Pendidikan Jasmani diambil daripada laman sesawang : http://infopendidikanjasmani. Norkhalid Salimin.slideshare.Hasnul Faizal Hushin Amri.

Pengenalan Pendidikan Jasmani (HBPE1103) Gambar-gambar adalah diambil daripada laman sesawang : http://awieomar.blogspot.com/2011/01/10-permainan-kanak-kanak-malaysia.html (Akses pada 24 Febuari 2012) 21 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful