You are on page 1of 7

Sub Tugasan Etnisiti telah memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang hidup bersama dalam kepelbagaian.

Pluraliti masyarakat Malaysia diperkukuhkan melalui dasar-dasar yang dibentuk berteraskan persetujuan bersama. 1. Menghasilkan sebuah esei yang menjawab soalan berikut: a) Huraikan langkah serta kesan pembangunan ekonomi yang dirancang dan dijalankan oleh pihak kerajaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. b) Jelaskan Islam Hadhari sebagai satu pendekatan menyatupadukan masyarakat pluralistik seiring dengan nilai-nilai sejagat yang diamalkan oleh agama-agama lain di Malaysia. 2. Menghasilkan sebuah buku skrap keharmonian hubungan etnik sebagai satu dokumentasi yang menunjukkkan perbezaan hubungan etnik yang harmonis bagi era sebelum merdeka dan selepas merdeka. Dokumentasi anda perlu disokong dengan lima visual dan ulasan bagi setiap era. Visual anda boleh di dalam pelbagai bentuk seperti keratin gambar, fotograf atau gambar yang diambil dari internet. 3. Menghasilkan refleksi kendiri berdasarkan pengalaman, pembelajaran daripada pengalaman dan peningkatan kualiti diri terhadap tugasan yang dihasilkan.

SOALAN 1A Huraikan langkah serta kesan pembangunan ekonomi yang dirancang dan dijalankan oleh pihak kerajaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Era modenisasi telah menyaksikan kebanjiran rakyat yang berbilang kaum di Negara kita dengan dipacu lagi oleh pembangunan ekonomi yang cukup pesat. Kebanjiran rakyat yang berbilang kaum di Negara ini menunjukkan integrasi kaum yang kian kukuh di Negara ini. Hal ini merupakan satu perkembangan yang cukup positif buat Negara kita dalam menghasilkan satu Negara berbilang kaum yang harmonis, kaya dengan pelbagai adat dan tradisi masyarakat. Namun, sedar atau tidak keharmonian yang telahpun kita capai ini bukanlah datang dengan sendirinya kerana pelbagai usaha telahpun dijalankan oleh pihak kerajaan dalam memastikan keharmonian rakyat yang multi-etnik ini. Usaha-usaha ini akhirnya mendatangkan hasil dan kesan yang baik sehingga kita mampu merasai keharmonian berbilang kaum yang kita miliki sekarang. Antara langkah yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia ialah pembangunan ekonomi Negara Malaysia. Kerajaan telah merangka pelbagai pelan pembagunan ekonomi agar seluruh kaum dan etnik di Negara ini terlibat secara lansung dalam membangunkan ekonomi Negara. Sepertimana rancangan pramerdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama telahpun membuka ruang kepada seluruh rakyat yang berbilang kaum mengambil peluang untuk meningkatkan daya saing dalam mengejar pembangunan diri. Hal ini secara tidak lansung telahpun mewujudkan hubungan etnik yang bebilang kaum di Negara kita. Seluruh kaum bergabung tenaga dalam memajukan Negara melalui pembangunan ekonomi yang dirancang. Seterusnya, perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah membuka lembaran baru dalam sejarah etnisiti di Negara kita. Peluang yang lebih cerah dibuka untuk semua rakyat dan sekali gus membuka ruang

kepada kaum melayu bagi bersaing antara satu sama lain. Dasar yang bertujuan untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang mewjudkan jurang social yang besar antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan nasional. Dasar Ekonomi Baru telah mampu berjalan dengan lancar sejak ia dilaksanakan sehinggalah membuahkan hasil jangka masa panjang iaitu keharmonian berbilang kaum yang kita kecapi sekarang ini. Selain itu, kerajaan juga telah melaksanakan dasar-dasar awam yang berkaitan dengan partanian, perindustrian dan K-Ekonomi bagi memastikan rakyat mendapatkan status social ekonomi yang terbaik. Walaupun pembangunan ekonomi lebih rancak pada sector perindustrian, sekotor pertanian masih lagi diberikan keutamaan. Bersesuaian dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang telahpun dipertanggungjawab untuk memajukan pertanian dan menghapuskan kemiskinan di luar Bandar telahpun diwujudkan seperti FELDA, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara (FELCRA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sehinggalah sector perindustrian diberikan lebih perhatian pada tahun 1970, beberapa lagi dasar baru telah digubal oleh pihak kerajaan seperti Dasar Perindustrian dan Dasar Penswastaan. Jelas bahawa dasar-dasar yang telah digubal merupakan satu usaha yang direncanakan bagi membangunkan status social rakyat dan seterusnya meningkatkan integrasi kaum dengan meningkatkan daya saing dalam kalangan mereka bagi mencapai kemajuan. Disamping itu, kerajaan telah berusaha untuk membasmi kemiskinan rakyat. Hal ini adalah kerana kemiskinan merupakan factor utama yang dapat menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar Bandar bahkan ia juga menjadi masalah di kawasan Bandar juga. Dengan keadaan ini, kerajaan telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mewujudkan peluang pekerjaan bagi semua golongan rakyat yang menganggur, meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik, antara kawasan Bandar dan luar Bandar dan antara wilayah. Hal ini akhirnya berkesan bagi membasmi kemiskinan dengan kadar statistic kemiskinan yang menurun dari tahun ke tahun dan

sekali gus dapat meniktaraf kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan kemudahan-kemudahan prasarana yang lain. Secara konklusinya, pelbagai langkah pembangunan ekonomi telahpun dirancang dan dijalankan oleh pihak kerajaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia sehinggalah memberikan hasil yang cukup positif dan memberansangkan. Semuanya yang telah dirangka bertujuan untuk merapatkan jurang social yang terdapat pada rakyat, menintegrasikan rakyat melalui peluang pekerjaan dan sebagainya bagi menjadikan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

SOALAN 1B Jelaskan Islam Hadhari sebagai satu pendekatan menyatupadukan masyarakat pluralistik seiring dengan nilai-nilai sejagat yang diamalkan oleh agama-agama lain di Malaysia. Dalam proses untuk mengejar modenisasi ini, negara telahpun berhadapan dengan beberapa masalah bagi mencapai wawasan kemodenan yang diimpikan oleh Negara ini. Pelbagai dasar telahpun digubal setelah tragedi berdarah 13 Mei 1969 bagi memastikan perpaduan rakyat yang berbilang kaum di Negara ini bertambah erat agar Negara sentiasa berada di dalam keadaan harmoni dan sejahtera. Antara dasar yang telahpun digubal bagi menyatupadukan masyarakat multi-etnik yang seiring dengan nilai-nilai sejagat yang diamalkan oleh agama-agama lain di Malaysia ialah dasar Islam Hadhari. Dasar Islam hadhari yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sememangnya merupakan satu pendekatan yang berkesan dan realistic dalam memacu agenda pembangunan Negara. Antaranya ialah membawa kepada kemajuan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik dan anutan kepercayaan agama masyarakat. Dasar Islam Hadhari merupakan satu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan Negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam. Pendekatan yang telahpun diperkenalkan ini meliputi semua aspek spiritual, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan undang-undang yang sememangnya selaras dengan agenda pembangunan Negara bagi melahirkan masyarakat madani. Dasar ini meliputi 10 aspek yang telahpun ditetapkan oleh pihak kerajaan. Pendekatan Islam Hadhari tidak hanya melibatkan bangsa Melayu dan umat Islam sahaja tetapi ianya juga meliputi keseluruhan masyarakat multietnik di Malaysia ini. Ianya telahpun dibuktikan dengan prinsip Islam Hadhari yang salah satunya merupakan Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan

Wanita. Hal ini adalah jelas menunjukkan bahawa dasar ini memberikan pendekatan penyatupaduan masyarakat. Hak kumpulan minoriti dan agama lain diberikan pembelaan hasil daripada dasar ini. Islam Hadhari memberikan kemuliaan insan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada kumpulan majoriti mahupun minoriti. Disamping itu, prinsip ini menekankan bahawa Islam Hadhari memberikan penghormatan yang amat besar kepada agama yang bersamasama berkongsi ruang di dalam Negara ini. Ianya adalah kerana agama Islam itu sendiri yang menekankan penganutnya agar hidup dalam keadaan harmoni dan berkasih sayang serta berkenal-kenalan. Nilai-nilai ini tidak bertentangan dengan nilai-nilai sejagat mahupun nilai-nilai agama lain di Malaysia. Bertitik tolak dari situ, prinsip Islam Hadhari yang menekankan penguasaan ilmu pengetahuan untuk semua orang dan bukanlah hanya untuk sekelompok tertentu sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa setiap orang di Negara ini perlulah menguasai ilmu pengetahuan dalam segala bidang tanpa dibatasi oleh warna kulit, sempadan geografi serta agama dan anutan. Inilah satu pembuktian bahawa dasar Islam Hadhari merupakan satu pendekatan penyatupaduan masyarakat pluralistic di Negara ini. Selain itu, Islam Hadhari juga menekankan perkara utama dalam kehidupan social masyarakat Islam iaitu berkenal-kenalan kerana ianya menjadi fitrah manusia untuk hidup berkasih sayang dan saling berhubung di antara satu sama lain. Manusia dicipta dengan pelbagai jantina yang terdiri daripada pelbagai kaum etnik agar dapat bersama dalam suasana yang harmoni, sejahtera, bersatupadu bagi mencorak dan membentuk masyarakat yang lebih berkualiti dan mantap dari segala aspek. Secara konklusinya, kehidupan bermasyarakat bukanlah tuntutan sosial semata-mata bahkan ianya menjadi fitrah manusia sejak dahulu lagi. Perhubungan kerjasama pelbagai etnik akan dapat melahirkan satu suasana kehidupan yang aman dan harmonis.