You are on page 1of 37

Institusi Pentadbiran Tempatan

Majlis bandaraya Shah alam

Senarai kandungan

Penghargaan
Selamat sejahtera. Dengan kurnia tuhan yang maha mulia sempat juga saya menyiapkan Folio Geografi ini. Tanpa izin-Nya mustahil dapat saya menyempurnakan tugasan ini.

Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada pihak sekolah, terutamanya kepada Pengetua SMK Saujana utama, En. Hassan Abrar bin Hj Halidi dan Pn. Siti Aisah bt Samiti, guru Geografi saya yang telah banyak menberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini sekaligus membimbing saya melaksanakan kajian ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya iaitu En. Silvarajoo dan Pn. Srijaya yang telah banyak memberikan sokongan dan bantuan kewangan kepada saya. Mereka juga banyak memberikan maklummat-maklumat tambahan. Tugasan saya mungkin bertambah sukar lagi tanpa bantuan dan galakkan mereka.

Ribuan terima kasih kepada kawan-kawan iaitu Divyashree, Amira, Nivetha dan Atheera yang banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada saya ketika mencari bahan dan maklumat semasa membuat Folio Geografi ini. Akhir sekali, terima kasih juga kepada pihak luar ataupun respoden yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

Mengenal pasti sejarah penubuhan Majlis Bandaraya Shah Alam Mengenal pasti lokasi Majlis Bandaraya Shah Alam Mengetahui peranan Majlis Bandaraya Shah Alam Mengetahui perkembangan (MBSA)

Kaedah kajian
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dengan memerhati secara menyeluruh tentang bagaimana peranan dan perkembangan MBSA dalam pembangunan Shah Alam ke arah mencapai matlamatnya. Saya telah menggunakan kaedah penyelidikan dan rujukan iaitu dengan mencari maklumat di laman internet dan buku buku ilmiah untuk mengetahui tentang sejarah MBSA. Saya juga melawat kawasan kajian iaitu bangunan MBSA di Shah Alam untuk mencari maklumat tambahan dan sebagai bukti bahawa saya telah mencari maklumat di kawasan kajian.

Institusi pentadbiran tempatan


Setiap tempat, bandar, negeri atau negara pasti mempunyai kawalan keselamatandan pentadbirannya yang tersendiri. Begitu juga dengan bandar Shah Alam yang merupakanibu negeri Selangor. Bandar Shah Alam yang sedang membangun ini dikenali juga dengan nama Bandar Anggerik.

1. NAMA RASMI / NAMA RINGKAS / NAMA LAIN


Shah Alam ditadbir oleh satu organisasi Pihak Berkuasa Tempatan iaituMajlis Bandaraya Shah Alam atau nama ringkasnya MBSA. Pada asalnya, organisasi inidinamakan Majlis Perbandaran Shah Alam dan ditukar menjadi Majlis Bandaraya Shah Alam.

2. LOKASI
Organisasi ini bertempat di bangunannya iaitu Wisma MBSA, PersiaranPerbandaran, Shah Alam. Jika orang ramai mempunyai sebarang masalah, mereka boleh pergi ke alamat Wisma MBSA, Peti Surat 7200, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

3. MATLAMAT / OBJEKTIF / MISI / VISI PENUBUHAN


Setiap organisasi pasti mempunyai matlamat, objektif, visi dan misi penubuhannya untuk mencapai kejayaan yang diinginkan. MBSA telah menetapkan wawasannya iaitu bersama menjadikan Shah Alam bandaraya bestari, cemerlang dan bertaraf dunia. MBSA juga mempunyai objektif atau matlamat penubuhannya iaitu mewujudkan Shah Alam sebagai sebuah bandaraya yang indah, bersih dan selamat, memastikan perancangan dan pembangunan yang teratur dan terkawal selaras dengan pembangunan lestari, merancang dan menyediakan kemudahan prasarana perbandaran yang lengkap dan berkualiti, meningkatkan pembangunan kemasyarakatan seimbang dengan pembangunan fizikal dan mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam semua urusan perkhidmatan. Selain itu, objektif MBSA ialah mengutamakan pelanggan dalam memberi perkhidmatan yang cekap, tepat, telus dan berkesan secara berterusan, memastikan wargakerja yang kompeten dan komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab,mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pertumbuhan industri, perdagangan dan pelancongan,

menguatkuasakan peraturan dan undang-undang secara berhemah dan profesional dan akhir sekali ialah memelihara dan memulihara alam sekitar untuk keselesaan dan kesejahteraan warga Shah Alam. Visi MBSA yang dijadikan panduan untuk mencapai kejayaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatannya ialah Menjadikan Shah Alam sebuah bandaraya bestari yang indah, berdaya maju, harmonis dengan alam sekitar ke arah mewujudkan masyarakat madani melalui nilai-nilai pembangunan mampan. Misi MBSA pula ialah Memberi dan memastikan semua aktiviti di setiap peringkat sentiasa di tahap cemerlang dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti.

Slogan yang dijadikan pembakar semangat oleh warga MBSA untuk terus berkhidmat kepada penduduk ialah Bersama ke arah kegemilangan

4. ORGANISASI DAN SENARAI PENTADBIR


Sesebuah organisasi yang cemerlang pasti mempunyai nadi penggerak iaitu kumpulan individu yang sama-sama berusaha memajukan Bandar Shah Alam ke arah kemajuan yang diimpikan. Berikut merupakan carta organisasi dan senarai pentadbir organisasi pentadbir MBSA :

LATAR BELAKANG
1. SEJARAH PENUBUHAN
Bandar Anggerik ditadbir oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Sebelum itu ia lebih dikenali dengan Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA). MPSA ditubuhkan pada 7 Disember 1978. Ia ditubuhkan serentak dengan peristiwa perisytiharan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Apabila Shah Alam diisytiharkan sebagai bandaraya pada 10 Oktober 2000, MPSA dinaiktaraf menjadi Majlis Bandaraya Shah Alam. Bagaimanapun, organisasi ini hanya memulakan pentadbirannya pada 1 Januari 1979 di sebuah rumah kedai di Seksyen 3.

2.

UNDANG-UNDANG KECIL

MBSA ditubuhkan di bawah Akta 171 Kerajaan Tempatan. Akta ini memperuntukkan MBSA mentadbir, berkhidmat dan membangunkan bandaraya Shah Alam. Undang undang Kecil 2007 pula telah digubal dan diwartakan. Antaranya ialah Undang undang Kecil Mengkompaun Kesalahan Kesalahan (MBSA) Jalan Parit dan Bangunan 2005 , Undang undang Kecil Perlesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MBSA) 2005, Undang undang Kecil Tanah Perkuburan Islam (MBSA) 2005,Undang undang Kecil Tandas Awam (MBSA) 2005, Undang undang KecilVandalisme (MBSA) 2005, Undang undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan Kesalahan) Kerajaan Tempatan 2005, Undang undang Kecil Taman (MBSA) 2005, Undang undang Kecil Pasar(MBSA) 2007 dan Undang undang Kecil Pusat SukanPersendirian (MBSA) 2007.

Selain itu, Undang undang Kecil ini juga merangkumi Undang undang Kecil Kolam Renang (MBSA) 2007, Undang undang Kecil Pusat Siber dan Kafe (MBSA) 2007,Undang undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan(MBSA) 2007, Undang undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007, Undang undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBSA) 2007, Undang undang Kecil Kerja Tanah (MBSA) 2007 dan Undang undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah sarap (MBSA) 2007. Undang undang Kecil yang lain juga ialah Undang undang Kecil

PerintahPengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MBSA) 2007, Undang undang Kecil Iklan Pilihanraya (MBSA) 2007, Undang undang Kecil Perlesenan Anjing dan Rumah Pembiakan (MBSA) 2007, Undang undang Kecil Hotel (MBSA) 2007, Undang undang Kecil Krematorium (MBSA) 2007, Undang undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007, Perintah Tetap Mesyuarat (MBSA) 2007, Undang undang Kecil Iklan (MBSA) 2007 dan Undang undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007.

3. PERINCIAN PERANAN / TANGGUNGJAWAB BIDANG TUGAS PENTADBIR TEMPATAN

Shah Alam dibahagikan kepada 12 zon dan setiap zon diwakili oleh seorang Ahli Majlis sebagai Pengerusi dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi yang juga Ahli Majlis. Setiap Ahli Majlis diberi sejumlah peruntukkan untuk melaksanakan segala aktiviti dan melakukan kerja kerja pembaikan kecil.

4. CARA PELANTIKAN PENTADBIR TEMPATAN


MBSA diketuai oleh seorang Datuk Bandar yang merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan. Selain itu, Datuk Bandar juga merupakan Ahli Majlis yang memikul tanggungjawab bersama 23 Ahli Majlis yang lain bagi setiap dua tahun tempoh lantikan. Ahliahli Majlis ini terdiri daripada ahli politik, golongan profesional, ahli akademik dan tokoh korporat.Pengurusan Majlis juga dianggotai oleh Timbalan Datuk Bandar, TimbalanSetiausaha dan pengarahpengarah jabatan serta ketua ketua bahagian yang mengetuai beberapa portfolio. MBSA mempunyai 1200 orang kakitangan yang memegang 153 jenis jawatan. Pada awal pentadbirannya, ia hanya beroperasi pada 1 Januari 1979 di sebuah rumah kedai di Seksyen 3 dengan jumlah kakitangannya seramai 123 orang. Kakitangannya juga merupakan kakitangan Lembaga Bandaran yang diwujudkan khas untuk mentadbir Shah Alam. Apabila MPSA mula beroperasi, secara automatik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menjadi Yang diPertua. Disebabkan Yang di-Petua tidak bertugas sepenuh masa, Penolong Setiausaha dilantik untuk membantu tugastugas Yang di-Pertua. Pada tahun 1979, jawatan Setiausaha diwujudkan dan Encik Abu Sujak bin Mahmud dilantik untuk menyandang jawatan tersebut. Pada tahun1988, MPSA mendapat seorang Yang di-Pertua sepenuh masa dan ia ditukar menjadi Datuk Bandar apabila Shah Alam dinaiktaraf. Pada tahun 1981, pentadbiran MPSA berpindah ke Tingkat 1 dan 2 Kompleks PKNS. Pada Oktober 1988, ia berpindah pula ke bangunannya sendiri iaitu Wisma MPSA.

Peranan MBSA
Dalam usaha membangunkan bandar Shah Alam, MBSA berperanan besar daripada segi ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pelancongan.

1. EKONOMI
Peranan MBSA yang utama ialah menjadikan Shah Alam sebagai sebuah

pusat perindustrian sehinggakan diiktiraf Malaysia yangmempunyai kawasan

sebagai sebuah perindustrian yang

bandar

raya

pertama di juga telah

terancang. MBSA

menyediakan banyak kemudahan untuk kegiatan ekonomi diShah Alam. Keadaan ini telah menarik ramai pelabur datang ke negara kita untuk melabur. MBSA turut menyediakan kemudahan pengangkutan yang efisyen yangmenggalakkan kepada pertumbuhan sektor perindustrian di Shah Alam. Antarapusat perindustrian yang terdapat di Shah Alam ialah Kawasan Perindustrian HICOM(Seksyen 26), HICOM Glenmarie Industrial Park (Seksyen U1), Kawasan PerindustrianTemasya (Seksyen U1), Kawasan Perindustrian Bukit Jelutong (Seksyen U8), KawasanPerindustrian AMJ (Seksyen 32), Kawasan Perindustrian Elit ( Seksyen 33) dan pelbagai multi nasional industri. Dalam pentadbiran Shah Alam, MBSA juga telah menjadikannya sebagai kereta Proton. pengeluar

2. PENDIDIKAN
Pendidikan merupakan asas utama kepada pembentukan masyarakat yang bersahsiah cemerlang. Oleh itu, beberapa pusat pendidikan seperti pusat pengajian tinngi dan sekolah telah ditubuhkan. MBSA bertanggungjawab menubuhkan kemudahan pusat pendidikan yang sempurna untuk kecemerlangan generasi muda di Shah Alam. Antara pusat pendidikan yang menjadi kebanggaan setiap penduduk di Shah Alamialah Kampus Universiti Teknologi MARA (UITM) yang terletak di Seksyen 1, Universiti Industri Selangor (UNISEL), Institut Teknologi MARA(ITM), Pusat Teknologi danPengurusan Lanjutan(PTPL), Institut Pendidikan Selangor (Inpens), Politeknik Shah Alam(PSA) dan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST). Selain menawarkan pengajian separuh masa dan sepenuh masa kepada para pelajar, UITM juga merupakan Pusat Persediaan Pelajar bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Pusat pusat pendidikan tersebut menyediakan banyak kemudahan kepada para penuntutnya agar selesa untuk menimba ilmu. Shah Alam juga mempunyai sebanyak 121 buah tadika, 52 buah sekolah rendah dan 15 buah sekolah menengah.

Oleh itu, setiap penduduk di Shah Alam sepatutnya bersyukur dengan kemudahan pendidikan yang disediakan oleh MBSA. Terbukti pendidikan merupakan aspek penting untuk berjaya dalam hidup.

3. KEBUDAYAAN
Sebagai sebuah bandaraya yang sedang membangun, MBSA turut menganjurkan pelbagai aktiviti kebudayaan sebagai mengekalkan khazanah warisan negara dan menarik ramai pelancong datang ke Shah Alam. Antara tempat kebudayaan yang disediakan untuk orang ramai dan pelancong ialah Kompleks Taman Seri Budaya Negeri Selangor dan Muzium Negeri Sultan Alam Shah yang menyimpan pelbagai koleksi dan artifak tinggalan sejarah berkaitan dengan salasiah Kesultanan, kebudayaan dan tradisi rakyat negeri Selangor. Selain itu, Galeri Seni juga disediakan di bandar Shah Alam. Galeri tersebut merupakan pusat seni dan budaya bagi penggiat penggiat seni. Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam juga merupakan antara tempat kebudayaan yang terdapat di Shah Alam. Ia merupakan mercu tanda yang mempromosikan kegiatan dan kesenian Malaysia. MBSA turut menubuhkan kumpulan orkestra yang dikenali sebagai Orkestra Shah Alam. Kumpulan ini mengadakan persembahan sebanyak dua kali setahun di Auditorium MBSA.

4. PELANCONGAN

Sektor pelancongan merupakan antara kegiatan yang memberikan perkhidmatankepada orang ramai dan menyumbangkan kepada sumber pendapan negara. Pihak MBSA menyediakan banyak tempat pelancongan yang menarik di sekitar Shah Alam. Antaranya ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, hotel dan pusat konvensyen, Taman PertanianMalaysia Bukit Cahaya Seri Alam Shah, Dataran Shah Alam, Muzium Negeri, Perpustakaan Negeri, Muzium Institut Penyelidikan Getah dan banyak lagi. Penubuhan Pusat Pelancongan Darul Ehsan (DETC) merupakan pusat hentian maklumat bagi pelancong yang terletak di Dataran Shah Alam. Pusat maklumat ini juga dileengkapi dengan informasi berkaitan dengan kebudayaan, makanan dan tempat-tempat yang menarik di sekitar Shah Alam dan Selangor untuk kemudahan para pelancong. Selain itu, barangan cenderahati dan kraftangan buatan tangan turut dijual kepada pelancong.

PERKEMBANGAN
1. KEMAJUAN YANG DICAPAI
Beberapa perancangan penting untuk perkembangan sesebuah organisasi. 4.1 Kemajuan yang dicapai. MBSA telah mencapai beberapa kemajuan dalam perkembangannya. Oleh sebab MBSA telah banyak menyumbangkan jasa kepada penduduk, bandar Shah Alam semakin maju. Struktur pentadbiran MBSA yang bijak dan cekap telah berjaya membangunkan Shah Alam. Antara kemajuan yang dicapai oleh Shah Alam dalam pentadbiran MBSA ialah dikenali sebagai bandar raya terancang yang pertama di Malaysia, negeri pertama di Malaysia yang diisytiharkan sebagai negeri maju pada tahun 2005 dan diisytiharkan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan terbaik di Selangor pada tahu 2005. Selain itu, dalam usaha MBSA membangunkan Shah Alam, ia telah menganjurkan beberapa aktiviti kemasyarakatan seperti Petandingan bercerita sirah sirah rasul, pelawanan bola sepak, program Jom Teropong Angkasa dan lain lain. Aktiviti aktiviti yang telahdianjurakan mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk kerana mereka kianmengetahui tentang pentingnya perpaduan yang dipupuk dalam aktiviti sosial. Seterusnya, ramai pelabur datang ke negara kita. Hal itu juga merupakan salah satu kemajuan pentadbiran MBSA daripada segi perindustrian. Pentadbiran MBSA di Shah Alam juga telah menarik ramai pelancong datang ke negara kita. Di samping itu, daripada segi pendidikan pula generasi hari ini semakin celik ilmu kerana wujudnya kesedaran tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan. MBSA juga telah menyediakan banyak kemudahan pendidikan untuk kebaikan penduduk.

2. PENGIKTIRAFAN / PENGHARGAAN
Berdasarkan usaha dan sumbangan MBSA, ia layak diberi pengiktirafan dan penghargaan yang sewajarnya. Antara pengiktirafan yang diterima sepanjang tahun 2000hingga 2010 ialah Anugerah Ceria Bahasa 2000, kategori Pihak BerkuasaTempatan, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Tempat Kedua pada Pertandingan LamanWeb Terbaik Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor, 2000, Antara lima pemenang pada Pertandingan Akhir Laman Web Terbaik Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan,2000, Tuan Rumah Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Selangor 2001,Pengisytiharan Bandaraya Shah Alam, 10 Oktober 2000, Tuan Rumah Sambutan HariKemerdekaan Peringkat Kebangsaan ke-43, 2000, Pavillion Antarabangsa Terbaik dan SpesisTerbaik (Pingat Emas), Pameran Anggerik Antarabangsa Miami ke-55, 2000, Florida, USA,Hibrid Terbaik (Pingat Emas) dan Best Stand Judging (Pingat Gangsa), Kongres Anggerik Eropah ke-12, 2000, Copenhagen, Denmark, Pavillion Antarabangsa Terbaik (Pingat Perak),Pameran Anggerik Kebangsaan Afrika Selatan ke-11, 2000, Pretoria, Afrika Selatan danAnugerah Persijilan Amalan 5S dari Perbadanan Produktiviti Negara (NPC), 2001. Selain itu, MBSA juga telah memenangi Johan kategori Perkhidmatan,Pertandingan Amalan 5S Peringkat Kebangsaan, 2001, Tempat Kedua Anugerah PameranAntarabangsa, Kongres Asia Pasi_k ke-7, 2001, Nagoya, Jepun, Anugerah KualitiPerkhidmatan Perancangan Terbaik 2001, daripada Pertubuhan Perancang Malaysia (tigatahun berturut-turut), Anugerah Inovasi ICT Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 2002, Tuan Rumah bagi Persidangan Anggerik Sedunia (WOC) ke-17 pada tahun 2002, JohanPerbarisan, Perbarisan Hari Kebangsaan 2002, Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-45 Peringkat Negeri Selangor, Tempat Ketiga acara perbarisan, Perbarisan Minggu Wanita Peringkat Negeri Selangor 2002, Johan Keseluruhan

(kali kedua), Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Selangor ke-2, 2003, Johan Perbarisan (kategori Pihak BerkuasaTempatan), Perbarisan Hari Kebangsaan 2003, Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-46Peringkat Negeri Selangor dan Johan kategori Terbuka-Sektor Perkhidmatan, Amalan 5SAntara Organisasi, 2003. MBSA juga telah memenangi Johan, Anugerah Kualiti Kaunter Terbaik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor, 2003, Anugerah Persijilan MS-ISO 9001:2000, JohanKeseluruhan (kali ketiga berturut-turut), Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa TempatanSelangor ke-3, 2004, Menerima Sijil Bersih daripada Ketua Audit Negara bagi LaporanKewangan MBSA tahun 2001, 2002 dan 2003, Anugerah Persijilan Amalan 5S, 2004, JohanPerbarisan (kategori Pihak Berkuasa Tempatan), Perbarisan Hari Kebangsaan 2004, SempenaSambutan Hari Kebangsaan ke-47 Peringkat Negeri Selangor, Johan Perbarisan (kategoriPihak Berkuasa Tempatan), Perbarisan Hari Kebangsaan 2005, Sempena Sambutan HariKebangsaan ke-48 Peringkat Negeri Selangor, Anugerah Inisiatif Persekitaran Fizikal 2005 bagi Perancangan Inovatif dan Kualiti Kehidupan Seimbang: Kajian Kes Taman WetlandKota Kemuning, Juara Kategori A (Bandaraya/Majlis Perbandaran), Anugerah PengurusanPejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC), 2006 dan Pengiktirafan sebagai BandarayaSelamat di Malaysia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2006. Bukan itu sahaja, organisasi ini juga telah diberi pengiktirafan Johan Perbarisan(kategori Pihak Berkuasa Tempatan), Perbarisan Hari Kebangsaan 2007, Sempena SambutanHari Kebangsaan ke-50 Peringkat Negeri Selangor 2007, Juara Kategori Pengurusan,

MajlisKonvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) ke-20 Peringkat Negeri Selangor,2007, Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Selangor, 2007, HadiahKecemerlangan bagi Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC), Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, 2007, Anugerah Khas Bandaraya Lestari

Inisiatif Pentadbiran Alam Sekitar, 2006/2007, Bandaraya Mampan Petunjuk Bandar MampanBandaraya Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Tahun 2007, Anugerah Persijilan MS-ISO 9001: 2000, 2008, Anugerah Persijilan Amalan 5S dari Perbadanan Produktiviti Negara(NPC), 2008, Anugerah Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti dari

PerbadananProduktiviti Malaysia (MPC), 2008 dan Bandaraya Mampan Petunjuk Bandar MampanBandaraya Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Tahun 2009. Segala usaha untuk mencipta kemajuan tercapai apabila MBSA juga

memenangiAnugerah Ceria Bahasa 2009, Kategori Pihak BerkuasaTempatan, anjuran Dewan Bahasa danPustaka sempena Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan, Penarafan 4 Bintang Dalam SistemStar Rating, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, 2009, Anugerah Pengurusan Pejabatdan Pentabiran Cemerlang (APPC), anjuran Kerajaan Negeri Selangor, 2009, Naib JohanPertandingan Kawad Formasi Piala Datuk Bandar Petaling Jaya, 2009, Tempat Pertama Sepanduk Terbaik Kategori Badan Berkanun/Swasta Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor Tahun 1430H/2009M, Johan - Majlis KonvensyenKumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Piala Datuk Bandar, 2010, Johan - Majlis KonvensyenKumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Selangor. (Kategori Teknikal), 2010,Tempat Ke-2 (bagi Kategori Jabatan dan Bandar Raya) pada Perarakan 10 Tahun, SempenaSambutan Ulang Tahun Ke-10 Bandar Raya Shah Alam, 2010, Johan Pertandingan KawadFormasi Piala Datuk Bandar Petaling Jaya, 2010, Penganugerahan Bandar raya Mampan- Sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, Anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2010 dan Penarafan 5 Bintang bagi Penilaian Portal dan Laman Web Kerajaan Malaysia, Anjuran MDEC, 2010.

3.

CABARAN YANG DIHADAPI

Dalam mencipta kegemilangan, MBSA turut menghadapi cabaran sepanjang pentadbirannya. Antaranya ialah sektor perindustrian bandar terjejas. Hal ini berlaku disebabkan oleh kegawatan ekonomi dunia. Malah, para peniaga dan pengusaha sudah mulahilang keyakinan terhadap ekonomi Shah Alam terutamanya sektor eksport. Jika hal ini dibiarkan berterusan, pendapatan MBSA akan terjejas berikutan kekurangan hasil ekonomi.Tambahan pula , pihak MBSA terpaksa pula mengeluarkan belanja besar bagi membaiki kemudahan awam yang rosak akibat vandalisme yang dilakukan oleh penganggur. Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh MBSA ialah persaingan antara Shah Alam dengan bandar bandar lain seperti Putrajaya, Cyberjaya, Klang dan Selayang. Persaingan bandar bandar ini berlaku daripada segi pembangunan, ekonomi dan lain lain. Implikasi jangka panjang daripada pembangunan bandar bandar ini boleh menjejaskan penarafan bandar Shah Alam bahkan daya tarikan Shah Alam akan menurun berikutan dengan penghijrahan penduduk ke bandar bandar lain. Di samping itu, MBSA juga menghadapi masalah dengan ketidakpuasan terhadap keutuhan pentadbirannya sehinggakan terpaksa berhadapan dengan pelbagai prasangka dan tanggapan negatif. Tetapi, tohmahan tohmahan tersebut dianggap sebagai pembakar semangat untuk terus mencipta kejayaan.

4.

PERANCANGAN MASA HADAPAN

Bagi mencapai visi, misi dan matlamat penubuhan, MBSA telah merancang beberapa perancangan masa hadapan. Antaranya ialah menggubal Perancangan Strategik bagitempoh lima tahun iaitu dari tahun 2009 hingga tahun 2013. Perancangan tersebut dilakukanadalah untuk merealisasikan matlamat penubuhannya. MBSA juga telah merancang untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia untuk kebaikan penduduk Shah Alam. Selain itu,organisasi ini merancang untuk memperkasa ICT penduduk bagi mencapai matlamat kerajaanyang inginkan rakyatnya celik IT. MBSA juga telah merancang beberapa dasar iaitu Dasar Kualiti, Dasar Pembangunan Mampan(seimbang), dan Dasar Bandaraya Selamat dan Nilai nilai Madani sebagai salah satu strategi untuk mencapai matlamatnya. Berdasarkan perancangan perancangan tersebut, MBSA mentadbir Shah Alam dengan bijak. Tidak hairanlah

ia dianugerahkan Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik di Selangor.

RUMUSAN
Kesimpulannya, dalam melaksanakan kerja kursus ini, saya berjaya mengumpul banyak maklumat dan pengalaman serta nilai yang akan saya amalkan dalam kehidupan seharian untuk menjadi individu yang cemerlang. Hasil kajian ini membolehkan saya menyelidik dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang pihak berkuasa yang bertanggungjawab mentadbir Shah Alam. Seterusnya, kajian ini menjadikan saya lebih menghargai pihak berkuasa bandar Shah Alam. Selain itu, kajian ini juga mengajar saya tentang sifat gigih dan tidak kenal erti putus asa seperti pihak MBSA yang gigih memajukan Shah Alam walaupun menghadapi banyak cabaran Hasilnya, segala impian yang diimpikan akan tercapai. Selain itu, kajian ini juga mendidik sesebuah masyarakat itu supaya mengamalkan sikap bersatu padu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk membentuk penduduk yang sentiasa bermuafakat. Malah, ia memudahkan pihak berkuasa yang mentadbir kawasan tersebut. Negara pula aman dan makmur hasil daripada pentadbiran bandar yang cekap dan efektif. Oleh itu, kuasa kuasa asing sukar untuk mengambil alih pucuk pimpinannegara kita kerana kesedaran individu, kerjasama sesebuah masyarakat dan hasil pentadbiranyang bijak dan cekap. Dalam menghasilkan kerja kursus ini, saya benar benar merasai kaedah pengkajian sejarah yang sebenar. Perkara yang paling penting sekali ialah saya mendapat pe ngalaman yang paling berharga bagi meningkatkan kemajuan diri ke arah mencapai matlamat individu bersahsiah cemerlang.

Rujukan
Saya telah merujuk beberapa jenis sumber rujukan dalam proses pelaksanaan kerja kursusSejarah PMR 2011.

Buku ilmiah

1993, Selangor Maju Bersama, halaman

Majalah

1991, Shah Alam Bersih dan Indah, halaman 4 6 (Unit Perhubungan Awam, MPSA). Internet http://www.mbsa.gov.my/home

Risalah
Aktiviti Shah Alam Mac 2011 dan Aktiviti Bandar Raya Shah Alam.

Buku ilmiah
PENGARANG : WARISAN KERABAT TAHUN : 2004 TAJUK : SELANGOR EXCELLENCE TEMPAT TERBIT : SELANGOR HALAMAN : 26-29

AKHBAR
- UUTUSAN MELAYSIA TARIKH : 20/06/2011 HALAMAN : 66-70

INTERNET
LAMAN WEB : WWW.MBSA.GOV.MY

MAJALAH
TAJUK : SHAH ALAM TARIKH : 07/10/1991 HALAMAN : 54-57

TUGASAN 2
KARANGAN ESEI : BAGAIMANAKAH INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN DAPAT MEMPERKUKUH INTEGRASI NASIONAL DI NEGARA KITA ?
Tidak dapat dinafikan bahawa institusi pentadbiran misalnya, Majlis Perbandaran, Dewan Bandaraya, Majlis Bahagian, Felda dan sebagainya memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita. Negeri Selangor merupakan antara negeritermaju di Malaysia. Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam. Bandaraya Shah Alam ditadbir oleh satu organisasi iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Terdapat pelbagai Pihak Berkuasa Tempatan yang mentadbir tempat lain seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya(MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang cekap dan efisyen telah dapatmemperkukuh integrasi nasional di negara kita melalui peranannya daripada segi perindustrian, pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan lain lain. Ia telah menyumbangkan banyak jasa terhadap penduduk yang tinggal di kawasan pentadbirannya. Misalnya, MBSA telah banyak mewujudkan banyak pusat perindustrian sehinggakan bandaraya Shah Alam mendapat gelaran Bandar Perindustrian. Keistimewaan daripada kewujudan pelbagai pusat perindustrian ini telah banyak memberi peluangpekerjaan kepada penduduk tanpa mengira kaum. Keadaan ini dapat melahirkanindividu yang produktif dan berusaha untuk memajukan diri. Melalui sikap rajin, berdikari, tabah menghadapi cabaran dan risiko kerja dan berketerampilan, ia dapatmemajukan sektor industri di negara kita.

Paling penting sekali ialah ia dapat melahirkan masyarakat yang senantiasaberganding bahu untuk membangunkan Negara daripada segi ekonomi. Belakangan ini,rakyat semakin menyedari kepentingan untuk memajukan negara agar setaraf dengan negara negara maju yang lain. Selain itu, pihak Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, Dewan Bandaraya dan lain lain telah menganjurkan pelbagai aktiviti bermanfaat khusus untuk permata negara. Permata negara yang dimaksudkan ialah golongan remaja. Contohnya, MBSA menganjurkanaktiviti berbasikal, senamrobik, Pusat Seni Setempat- Music To Youth dan banyak lagi. Kebiasaannya, aktiviti aktiviti tersebut diadakan pada waktu cuti persekolahan. Keadaan ini dapat menghindarkan diri remaja daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral seperti rempit, lepak merokok dan sebagainya. Di samping itu, ia juga dapat melatih diri menjadi seorang individu yang berdisiplin dan juga dapat menyemai sikapsukakan cabaran dan bersatu padu kerana segala aktiviti dilakukan bersama sama. Seterusnya, Pihak Berkuasa Tempatan juga mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar. Aktiviti ini dapat menjamin kesihatan yang baik dan persekitaran yang selamat. Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga mengukuhkan semangat kejiranan antara jiran tetangga. Selepas itu, sikap muafakat dan amalan muhibah dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, Pihak Berkuasa Tempatan juga menganjurkan pelbagai aktivitiyang berkaitan dengan kebudayaan dan perayaan di Malaysia. Misalnya, aktivitikesenian dan kebudayaan acapkali dipersembahkan kepada orang ramai di Laman Budaya.Aktiviti yang diadakan dapat menambah ilmu pengetahuan tentang adat dan tradisi kaumlain di Malaysia

Bahkan, ia juga dapat menyemai sikap cinta akan Negara kerana dikurniakan Negara yang aman dan unik. Pihak Berkuasa Tempatan tidak pernah lupa untuk mengadakan rumah terbuka. Aktiviti ini bukan sahaja dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu tetapi juga dapat mewujudkan negara yang harmoni setaraf dengan negara maju yang lain. Tuntasnya, Pihak Berkuasa Tempatan seperti MBSA, DBKL, MPSJ dan lain lainmemainkan peranan penting untuk mewujudkan masyarakat 1Malaysia.

Justeru, kitaseharusnya bersyukur kerana setiap kawasan tempat tinggal ditadbir dengan bijaksana. Olehitu, hargailah dan sertailah pelbagai aktiviti yang menarik dan sudah pasti menyeronokkanyang acapkali dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.