You are on page 1of 2

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PROJEK TAJUK PROGRAM: PISMP PENDIDIKAN PEMULIHAN TAJUK KURSUS:

KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK TARIKH MULA: 27JAN 2012 NAMA GURU PELATIH: SEMESTER: 1 TARIKH HANTAR: 9 MAC 2012

Hasil Pembelajaran: 1. Menjelaskan kepentingan memperoleh kemahiran Matematik serta aplikasinya 2. Menganalisis faktor yang menjejaskan pemerolehan kemahiran Matematik 3. Melaksanakan strategi yang sesuai dan teknik kepada pemulihan dalam Matematik 4. Merancang dan melaksana Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dalam Matematik 5. Merancang dan melaksana Rancangan Pengajaran Harian dalam Matematik 6. Melaksanakan pemulihan Matematik dalam pengajaran mikro 7. Penghasilan bahan bantu mengajar Pemulihan Matematik Ojektif projek ini ialah membolehkan pelajar : 1. Menganalisis faktor yang menjejaskan pemerolehan kemahiran matematik 2. Melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai kepada pemulihan dalam matematik 3. Menghasilkan bahan bantu mengajar Tugasan : Pembinaan dan pentadbiran instrumen ujian diagnostik matematik Tugasan ini melibatkan kerja berpasangan. Anda dikehendaki untuk membina satu instrumen ujian diagnostik bagi satu tajuk dari Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) atau Sukatan KBSR. Tadbirkan instrumen tersebut semasa Praktikum I di sekolah anda. Kemudian, buat analisis terhadap prestasi murid anda. Pemberatan : 100% Pilih satu tajuk dari Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 1 atau Sukatan KBSR. Telitikan tajuk itu secara terperinci sebelum membina satu instrumen ujian diagnostik bagi tajuk itu. Instrumen anda perlu terdiri daripada lebih kurang 20 item dan dilengkapkan dengan segala bahan sokongan seperti kad gambar, kad angka dan sebagainya mengikut kehendak item dalam instrumen.

Arahan dalam instrumen anda perlu jelas dan mudah difahami. Sediakan borang analisis bagi instrumen anda. Tadbirkan instrumen anda semasa Praktikum I di sekolah. Buat analisis terhadap prestasi murid anda. Huraikan kelemahan murid dan punca masalah pembelajaran yang mungkin Akhirnya masukkan refleksi individu mengenai proses menjalankan projek.

Keperluan untuk pelaksanaan projek 1. Tugasan dilaksanakan secara berpasangan 2. Simpan portfolio bagi bahan-bahan rujukan 3. Laporan ditaip dengan jenis font Arial, saiz 12 dan langkau dua baris. 4. Lembaran kerja Excel, graf dan carta boleh dimasukkan jika relevant 5. Anda perlu mengikut tarikh hantar yang telah ditetapkan kecuali dengan kebenaran pensyarah anda. Tugasan yang berkualiti haruslah menunjukkan : 1. Kebolehan menganalisis standard kandungan dan standard pembelajaran secara teliti 2. Item ujian diagnostik tepat dan lengkap dengan bahan sokongan 3. Analisis terhadap prestasi murid yang mendalam dan tepat 4. Bahasa penulisan lancar dan fasih Kriteria pentaksiran Tugasan akan ditaksir berdasarkan kriteria pentaksiran yang telah disediakan. (Sila rujuk kepada rubrik pentaksiran)