You are on page 1of 2

PENGENALAN

Masalah di tempat kerja sering dialami oleh pekerja tidak kira dari sektor awam mahupun swasta. Bagi mengatasi masalah di tempat kerja kakitangan sektor awam, kerajaan telah memperkenalkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 tahun 1991, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). Ia bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kakitangan kerajaan dengan penubuhan pasukan-pasukan kerja di kalangan kakitangan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi di tempat kerja. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 tahun 1991 mendefinisikan KMK sebagai penubuhan sekumpulan kecil pekerja antara 6 hingga 10 orang daripada unit kerja yang sama akan bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti,memilih dan menganalisis masalahmasalah yang berkaitan dengan kerja mereka. Kumpulan ini akan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan. Seterusnya, mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan. Pekerja adalah aset yang paling bernilai kepada majikan disamping sumber pengurusan yang lain. Bagi memastikan pekerja bekerja dengan seronok, KMK dilaksanakan menggalakan pekerja bekerja secara berkumpulan dan berbincang bagi menyelesaikan masalah ditempat kerja. Dengan ini, ia dapat memperbaiki sistem cara kerja sekaligus meningkatkan kreativiti dan produktiviti jabatan. Bagi melaksanakan KMK, tiga syarat yang berikut diperlukan iaitu pewujudan struktur KMK, latihan yang berkesan dan sistem pengiktirafan yang berkesan. Struktur KMK terdiri daripada jawatankuasa pemandu KMK, fasilitator, ketua kumpulan dan ahli-ahli KMK. Setiap individu yang terlibat dalam struktur tersebut memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan projek dan seterusnya menyumbang kepada kejayaan kumpulan.