NYANYIAN

PENGENALAN
Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Bahagian ini member pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran teknik-teknik vocal seperti register/ perletakan suara, artikulasi, sebutan dan pelontaran suara yang baik sebelum menyanyi. Fokusnya ialah mengenali alat-alat vokal dan anatomi manusia yang berkaitan dengan pernafasan dan fonasi serta latihan-latihan vokal yang sistematik untuk menghasilkan sebutan yang jelas dan ton yang berkualiti semasa menyanyi.

Objektif
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenalpasti alat-alat resonan yang terpenting dan penggunaan alat-alat vokal bagi pengeluaran suara yang baik; 2. Mengetahui kedudukan dan perletakan suara yang betul; 3. Menguasai kemahiran pembentukan resonan bagi pembunyian balik suara dengan jelas; 4. Kemahiran menggunakan alat-alat vokal melalui latihan yang sistematik.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
Topik ini mengandungi tiga sub topik iaitu: 1. Pengenalan alat-alat vokal artikulasi. 2. Teknik vokal – Resonan dan Pelontaran Suara. 3. Teknik vokal – Sebutan Dalam Nyanyian.

Latihan vokal secara amali seperti pembentukan posisi mulut yang luas, latihan pelontaran suara yang jelas dengan menggunakan alat-alat vocal perlu dilakukan secara sistematik mengikut urutan dan secara latih tubi.

ALAT-ALAT VOKAL DAN ARTIKULASI
Bunyi terhasil daripada getaran sesuatu. Contohnya apabila meja diketuk, permukaan meja akan bergetar dan bunyi pun terhasil. Begitu juga dengan suara manusia. Atau apabila trumpet ditiup, udara di dalam trumpet akan bergetar dan oleh itu, bunyi trumpet terhasil. Biasanya semasa bernafas, udara daripada paru-paru akan melaui larynx dan terus keluar tanpa mengeluarkan bunyi. Apabila hendak mengeluarkan bunyi, vocal cords (pita suara) akan dikawal supaya ia dapat menggetar udara yang melauinya. Dengan cara itu, suatu bunyi akan terhasil. Gabungan antara gigi, lidah dan bibir akan membentuk bunyi menjadi kosonan dan vokal. Simbol agi vokal dan konsonan adalah huruf-huruf.

Semakin nyaring bunyi, maka semakin tinggi picnya. Kadar ketegangan vocal cords mempengaruhi ketinggian pic. Semakin tegang vocal cords, maka semakin tinggi pic suara yang dihasilkan. Penyanyi yang mempunyai suara yang tinggi mempunyai vocal cords yang kuat.

Alat-alat Nyanyian
Suara manusia terhasil daripada getaran pita suara yang terdapat pada kerongkong manusia. Pita suara bergetar disebabkan oleh udara yang keluar daripada paru-paru manusia. Bunyi itu diolah oleh bahagian mulut (gigi, lelangit lembut, lelangit keras, lidah dan bibir bagi menghasilkan pelbagai suara manusia). Bunyi tidak terhasil semasa bernafas kerana pita suara membenarkan udara melaluinya tanpa halangan.

Terdapat empat bahagian yang terlibat dalam pengeluaran suara;

1. Motor Ini ialah tekanan nafas. Penarikan akan melakukan tekanan nafas dan ia akan bertentangan dengan kord-kord vocal dan menjadikan ia menggetar. Getaran kord-kord vokal ini akan mengeluarkan bunyi.

2. Vibrator (Penggetar) Ini adalah kord-kord vocal dio dalam peti suara (larynx) kita. Kord-kord vokal ialah kulit yang berlipat-lipat di kedua-dua belah trakea dengan tenggorok. Di dalam pernafasan biasa, kord-kord vokal ini bukan untuk membenarkan udara masuk atau keluar. Apabila bersedia untuk menyanyi, kord-kord akan tutup dengan membenarkan sedikit udara keluar sahaja. Tekanan nafas akan menjadikan kord-kord vokal ini menggetar dan bunyi didengari.

3. Pembesar Suara (Resonator) Ruang mulut yang dibentuk oleh lelangit, mulut dan kerongkong. Suara bergetar di dalam ruang ini sebelum keluar dari mulut. Ruang kepala juga terlibat.

4. Artikulasi Dilakukan oleh lidah bibir dan dagu.

Rajah 3.1: Organ / Alat Vokal Manusia

TEKNIK VOKAL – RESONAN DAN PELONTARAN SUARA
Kekuatan bunyi (volume) ditentukan oleh kuatnya tekanan udara daripada paru-paru. Di dalam muzik kekuatan bunyi disebut sebagai dinamiks. Istilah kuat atau lembut menunjukkan tahap dinamik pada muzik. Julat pic ialah jarak antara pic paling rendah dengan pic paling tinggi dapat dihasilkan oleh seseorang. Penyanyi yang baik mempunyai julat pic yang besar.

Resonan
Resonan adalah getaran udara dalam suatu rongga. Suatu rongga yang boleh menghasilkan resonan disebut resonator. Mengapa alat muzik boleh menghasilkan bunyi nyaring? Jawabnya, kerana alat-alat muzik tersebut memiliki rongga resonator yang berlainan. Manusia memiliki 3 buah resonator.

1. Rongga mulut sebagai resonator pertama. 2. Rongga dada sebagao resonator kedua. 3. Rongga hidung dan kepala sebagao resonator ketiga.

Rongga resonator di dalam diri manusia dapat diperkayakan suara kita dengan resonan dan lontaran suara kita akan menjadi lebih besar. Suara menjerit jelas tidak bermutu sama sekali tidak menghasilkan ton suara yang baik. Menjerit bukan cara menyanyi yang baik. Bentuk mulut, lontaran suara, kawalan pernafasan dari paru-paru berkait rapat dengan resonan dan berapa peratus penggunaan resonator yang telah dinyatakan. Tidak ada satu pic pun yang dihasilkan hanya dengan menggunakan 100% resonator kepala dan tidak ada pula yang hanya menggunakan 100% resonator dada. Kebiasaannya pic yang dihasilkan merupakan kombinasi ketiga-tiga rongga resonator. Sebagai contoh, untuk menghasilkan pic tinggi yang baik, kita menggunakan:    60% resonator kepala. 25% resonator mulut. 15% resonator dada.

Sebaliknya untuk menghasilkan pic rendah yang baik pula, kita menggunakan:   

70% resonator dada. 20% resonator mulut. 10% resonator kepala.

Kesimpulannya, semakin tinggi pic yang kita nyanyikan, semakin besar peratus penggunaan resonator kepada dan semakin kecil peratus penggunaan resonator dada. Sebaliknya, semakin rendah pic yang kita nyanyikan, semakin besar peratus penggunaan resonator dada dan semakin kecil peratus penggunaan resonator kepala. Untuk menyanyikan pic mendatar/sederhana, kita menggunakan resonator mulut.

Perletakan Suara
PERLETAKAN / REGISTER SUARA

Terdapat tiga perletakan suara atau tingkat register suara di kalangan penyanyi – register kepala, tengah dan dada.

1. Suara Kepala

Salah satu set otot tekak mengawal mekanisme vokal untuk nyanyian register tinggi sementara rongga di kepala yang member kesan gema digunakan untuk menggemakan ton atau bunyi yang dihasilkan oleh penyanyi tersebut. Ini dikenali mekanisme ringan atau suara kepala. Adalah baik dan sihat sekiranya suara kepala dapat digunakan di dalam mekanisme nyanyian. Ia menghasilkan suara yang jelas, kualiti seakan alat tiup kayu lebih luas renjnya (julat) kalau dibandingkan dengan suara dada. Suara kepala juga banyak membantu lelaki semasa mengalami perubahan suara semasa menyanyikan pic tinggi. Ia juga menyediakan penggunaan yang sihat dalam nyanyian falsetto. Untuk

mendapatkan suara kepala yang bermutu, kawalan pernafasan yang cukup dan betul adalah perlu. Untuk merasai suara kepala, anda perlu menyanyikan satu not yang berpic atau

dalam sebutan „noo‟ atau „moo‟ atau „loo‟ dengan lembut dan panjang. Setelah mendapat kedudukan suara kepala yang dikehendaki, cuba nyanyikan skel menurun di bawah;

2. Suara Tengah Suara tengah adalah perletakan suara dari paras hidung ke kerongkong pada jarak suara. Untuk merasai suara tengah, latihan di bawah boleh dijalankan;

3. Suara Dada Untuk mengawal nyanyian register rendah di mana rongga di dada merupakan alat resonans dikenali sebagai suara dada. Suara dada sebenarnya boleh merosakkan suara penyanyi kanak-kanak kerana ia dihasilkan tanpa pernafasan yang baik. Walaupun suara dada boleh dihasilkan secara sihat, namun ia tidak digalakkan untuk penyanyi permulaan memandangkan terdapat transisi vokal yang kompleks di dalam nyanyian. Renj suara dada adalah kecil di dalam penggunaannya. Penyanyi lelaki lebih selesa menggunakan suara dada berbanding penyanyi wanita. Untuk merasainya, letakkan tangan pada bahagian dada semasa menyanyikan not, dengan sebutan “Haa”, “Laa” atau “Maa” panjang. Anda akan merasai getaran pada tangan.

Klasifikasi Suara

Setiap orang mempunyai suara yang unik. Suara wanita dan lelaki, sama ada dewasa atau remaja boleh dikategorikan mengikut jenis suara dan renj not yang boleh dinyanyikan. Penyanyi wanita yang mempunyai suara tinggi dikenali sebagai penyanyi soprano. Suara lelaki yang dalam dan rendah dikenali sebagai suara bes. Jenis-jenis suara mengikut urutan ialah: soprano atau treble, mezzo soprano, alto, contralto atau counter-tenor, tenor, baritone dan bes. Biasanya di dalam kumpulan koir sekolah atau kumpulan kecil hanya empat jenis suara yang biasa digunakan iaitu soprano, alto, tenor dan bes.

Pelontaran Suara
1. Cara menyanyi bunyi yang rendah;      

Nyanyi dengan bunyi vokal yang jelas. Jangan turunkan kepala atau bongkokkan badan. Alat-alat resonan ialah kerongkong, dada dan rahang. Kurangkan tenaga nafas pada pinggang, tetapi pastikan aliran nafas adalah rata. Jangan nyanyi dengan kuat. Pembukaan mulut semakin kecil apabila not-not menurun.

2. Cara menyanyi bunyi yang tinggi;     

Fikirkan bahawa not-not tinggi adalah senang dinyanyikan. Buka mulut cukup besar. Jangan naikkan dagu dan kepala. Bibir, rahang dan lidah hendaklah selesa. Alat-alat resonan ialah lelangit dan hidung. Nafas dengan dalam dan gunakan tenaga nafas untuk mengeluarkan bunyi yang tinggi. Jangan paksa suara keluar.

TEKNIK VOKAL – SEBUTAN
Sebutan adalah penting di dalam nyanyian. Organ-organ yang terlibat di dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Di dalam nyanyian, pernafasan dan bentuk mulut yang betul akan menghasilkan bunyi vokal, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas semasa menyanyi supaya member laluan udara yang banyak dan mewujudkan ruang yang cukup luas untuk menghasilkan

ton yang lebih resonan. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten dan berterusan. Bagi menghasilkan sebutan yang jelas, ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting.

Ciri-ciri ton nyanyian meliputi;     Tenaga Intensiti Kekuatan bunyi Harkat (panjang dan pendek)

Simbol a e i O u Bentuk mulut bagi bunyi vokal;

Bunyi Fonetik ah ay/ey ee o/oh oo

Contoh Perkataan ayam @ father ekor @ ever Itik @ mee orang @ obey ular @ too

Cara-cara Membentuk Vowel

Sebelum menjalankan latihan suara, semua penyanyi hendaklah dilatih dan ditunjuk cara-cara membentuk dan membunyikan vowel iaitu a,e,i,o,u. Ini adalah penting supaya mereka boleh membentuk suara dengan baik.

1. EE (perkataan itik) vowel ini adalah yang paling cerah dan memerlukan sedikit sahaja ruang dalam mulut.Untuk membentukkan dengan betul, rahang bawah relaks dengan bibir dan gigi sedikit terpisah, hujung lidah berada di belakang gigi bawah.

2. EH (perkataan ekor) Agak sama seperti EE, bibir dan gigi terpisah. Rahang bawah dan lidah tengah harus diturunkan sedikit berbanding dengan EE. Adalah baik jika melatih EE dan EH dan bandingkan sebelum pergi ke vowel lain.

3. AH (perkataan ayam) Rahang bawah digerakkan ke bawah sekali. Inilah vowel yang menolong murid-murid membuka mulut. 4. OH (perkataan kopi) Mulut dibujurkan, hujung lidah dan belakang gigi bawah. 5. OO (perkataan ular) Bibir bulat dan sempit, menjulur dari gigi.

Contoh latihan untuk vowel;

Penghasilan Ton
Seseorang penyanyi berupaya menyanyi dengan ton yang jelas, bergema sepanjang renj vokal sekiranya ia memahami konsep penghasilan ton. Ton di dalam nyanyian meliputi tenaga, intensiti, kuat-lembut bunyi ton dan panjang-pendek ton tersebut. Ton nyanyian berbeza daripada ton bercakap melalui panjang-pendek ton dan kualiti vokal intensitinya. Apabila vokal seperti „ah‟ disokong dengan pernafasan dan dibentuk dengan mulut dan intensitinya (kekuatan) ditingkatkan. Ini member ton yang bergema dan intonasi yang baik.

Luciano Pavarotti adalah seorang penyanyi tenor yang terkenal di seluruh dunia. Beliau berkhidmat untuk Opera La Scala di Italy.

Ton nyanyian bermula dengan tenaga atau kuasa pengeluaran pernafasan. Udara melalui kord vokal dan keluar melalui mulut. Kualiti ton nyanyian dimanipulasikan melalui bunyi vokal (a,e,i,o,u). Apabila vokal terang, ton mungkin kedengaran sumbang atau syap dan sekiranya vokal itu gelap ia akan kedengaran flet. Pertukaran kualiti vokal menentukan pic dan intonasi.

Formasi vokal (a,e,i,o,u) adalah asas di dalam teknik vokal. Bentuk vokal disokong oleh pernafasan, menentukan posisi dan arah sesuatu ton. Mulakan dengan nyanyian vokal asas. Bermula dengan menyebutnya dahulu perlahan-lahan kemudian beransur-ansur memanjangkan bunyi vokal tersebut. Setiap vokal mempunyai bentuk yang berlainan. Setiap kali ia disebut dan dibunyikan, anda perlu memerhatikan pembentukan mulut mengikut bunyi vowel. Ini perlu dibuat dalam renj yang selesa dan tahap dinamik yang sederhana. Latihan menyebut dan menyanyikan vokal perlu dimulakan dengan vokal terbuka seperti “ah” dan “oo”.

Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut;

(a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas (a,e,i,o,u). (b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.

(c) Mulakan dengan nilai not yang pendek dan kemudian beransur-ansur dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang.

Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong terbuka.

Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah: (a) Glissando vokal dengan sebutan „o‟. (b) Menguap dengan bunyi „ah‟. (c) Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi, dan siulan. (d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti berikut: Hee hee hee! Apa khabar? (e) Ah -Hm

Empat perkara di dalam menghasilkan ton yang baik; 1. Jangan memaksa atau menolak ton keluar. 2. Jangan menjerit. 3. Pastikan tekak terbuka dan rileks dan bernafas dengan betul. 4. Dengar ton yang dinyanyikan dan pastikan ia mempunyai getaran yang sama rata.

http://www.scribd.com/doc/39595203/NYANYIAN-1

Warna dan Ekspresif Ton;    Biasa – (Ah dan Oh) Gelap – (Awe dan Oo) Terang – (Ee dan Ay)

Perbezaan Sebutan Bertutur dan Nyanyian
1. Sebutan nyanyian biasanya sustain sebab terikat kepada nilai not. 2. Semasa menyanyi, mulut dan kerongkong haruslah dalam kedudukan terbuka (open position) untuk membenarkan pengudaraan masuk dan resonan. 3. Untuk nyanyian secara ensemble, bentuk mulut bibir dan artikulasi bunyi adalah penting untuk kepaduan suara. 4. Ada kalanya, sesetengah bunyi diubah picnya untuk mendapatkan sustain pada ton yang baik. 5. Pada amnya, sebutan dalam nyanyian mestilah dilebih-lebihkan daripada sebutan bertutur.

Teknik “Warm-Ups”
Ramai guru yang mengajar nyanyian tanpa “warm-up”. Ada yang melaksanakan “warmup” tanpa mengaitkan dengan latihan yang sebenarnya. Setiap “warm-up” yang

dijalankan perlu mempunyai tujuan dan perkaitan dengan latihan yang sebenarnya. Tujuannya adalah untuk;

1. Member fokus. 2. Member peluang menyediakan suara untuk nyanyian. 3. Member peluang ahli kumpulan (ensemble) mendengar suara mereka sendiri di samping suara ahli-ahli lain . 4. Mewujudkan kesediaan dari segi fizikal sebelum memulakan nyanyian. 5. Mewujudkan tabii bernafas dengan betul.

6. Mencapai penyatuan vokal. 7. Mewujudkan intonasi secara melodi dan harmoni. 8. Menghubungkait dengan lagu atau muzik yang hendak dipersembahkan.

“Warm-ups” Fizikal
“Warm-ups” ini bertujuan melegakan ketegangan, merangsangkan tubuh badan dari merasa letih dan lesu. Bol;eh dijalankan dari 5 hingga 10 minit mengikut keperluan penyanyi. Contoh “warm-ups” fizikal ialah: 1. Keretapi – “urut belakang kawan” kanan dan kiri dalam 30 saat. 2. Toleh kepala – ke kanan 8 kiraan dan kiri 8 kiraan, tunduk dan dongak 8 kiraan. 3. Meregangkan tangan – tarik nafas dan angkat tangan ke atas dan lepaskan nafas perlahan-lahan dalam 8 kiraan pada ahh… Buat beberapa kali. Setelah itu ke kiri, kanan, ke belakang, ke bawah dan ke hadapan. 4. Menjangkau ke langit – melihat ke atas dan buat seolah-olah menjangkau dengan tangan ke atas. Kanan, kiri dan regangkan tangan ke atas. 5. Meregangkan siku dan tangan dalam 8 kiraan. 6. Cekak pinggan – ke kanan dan kekiri, ke hadapan dan kebelakang dalam 8 kiraan. 7. Gerak boneka – ini adalah untuk postur bermula dengan membongkok ke bawah dan pembimbing akan menyanyi atau membunyikan alat muzik dan pada setiap bunyi mereka akan bangun sehingga dalam kedudukan postur yang baik. 8. Main bahu – tarik nafas sambil naikkan bahu kanan dalam 8 kiraan dan lepaskan nafas dalam kiraan. Setelah itu, bahu kiri dan kedua-dua bahu. Menggerakkan bahu kehadapan dan ke belakang dalam 8 kiraan. Untuk merehatkan bahu. 9. Bisikan – bisikan bunyi mengikut konsonan “p” “f” “k” “t” “r” “s” ke semua dalam 8 kiraan.

“Warm-ups” Vokal
Vokal seperti oo,ah,ee,eh dan oh adalah lima vokal yang digunakan di dalam latihan vokal. Latihan nyanyian skel, arpegio, dan jeda mengikut nama solfa dengan tujuan untuk mendapatkan pic yang tepat. Contoh “warm-up” vokal yang boleh dijalankan:

RUMUSAN
1. Suara manusia terhasil daripada getaran pita suara yang terdapat pada kerongkong manusia. Pita suara bergetar disebabkan oleh udara yang keluar dari paru-paru. 2. Keindahan, kemerduan dan kemurnian suara adalah bergantung kepada pembentukan mulut dan sebutan yang jelas dan bersepadu. 3. Mulut mesti dibuka seluas-luasnya mengikut sebutan vokal untuk menghasilkan ton suara yang berkualiti dan sedap didengar. 4. Semasa nyanyian sebutan bunyi vowel dan konsonan haruslah jelas. 5. Formasi vokal (a,e,i,o,u) adalah asas di dalam teknik vokal. 6. Penghasilan ton dipengaruhi kemahiran penggunaan dan mengawal organ alat vokal (mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara. 7. “Warm-ups" atau latihan persediaan mesti dilakukan sebelum menyanyi.

GLOSARI
Falsetto – – – suara tinggi lelaki seperti suara perempuan

Renj

julat / jarak

Vocal Cord

peti suara

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful