Tugasan 1 Autisme

1.0

Etimologi

Menurut Jamila K.A Mohamed (2006) istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme yang bererti aliran. Ini bermakna, autisme membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisme adalah ketagori ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain dan perilaku emosi. Gejala autisme mula kelihatan sebelum kanak-kanak berumur tiga tahun dan akan dialami sepanjang kehidupan kanak-kanak itu. Kanak-kanak autisme sering menimbulkan kekeliruan bagi penjaganya kerana mereka kelihatan normal tetapi mempamerkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza. Pemahaman dan tanggapan yang salah terhadap keadaan kecacatan ini membawa kepada kelewatan perkembangan yang serius dalam semua bidang perkembangan terutamanya dalam bidang kemahiran sosial dan komunikasi. Kebanyakan kanak-kanak autisme mengalami terencat akal tetapi dalam pelbagai tahap. Dalam kemahiran koordinasi mata tangan pula, sama ada mereka menghadapi masalah ataupun mereka lebih maju dalam aspek itu dan kemahiran lain. Mereka juga mungkin tidak dapat bertutur, hanya mampu mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru apa yang diperkatakan orang lain. Malah, mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung dengan orang lain.

2.0

Definisi

Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.

Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili Autisme, di mana dibawa payung itu mengandungi pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma „Autism Spectrum Disorder‟). Di antara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah: • • • Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autisme) Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”) Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu)

*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.) Menurut laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Autisme Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih. Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak. Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan. Autisme Kanner

dengan IQ<80 dirujuk sebagai "fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan IQ>80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi". Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik (autistic spectrum disorder). Masalah berterusan (continuum) lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria (Sensory Integration Dysfunction) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autisme Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan. Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autisme lebih kerap didapati pada individual yang mempunyai permasalahan pembelajaran learning disabilities. Terdapat dua jenis autism utama, autisme regresif dan autisme awal bayi (early infantile autisme). Autisme awal bayi hadir semasa kelahiran sementara autisme regresif bermula ketika berusia 18 bulan. Terdapat lonjakan dalam kes yang dilaporkan sedunia tentang kes autisme pada 10 tahun terakhir. Terdapat banyak spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa sebarang bukti khusus yang menyokong theori tertentu. Bagaimanapun, kajian telah menolak spekulasi bahawa peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam kaedah diognistik. Pada abad terakhir, populasi di Amerika Syarikat meningkat 13%. Terdapat peningkatan dalam kecacatan tidak berkait dengan autisme sekitar 16%. Peningkatan kadar autisme pula adalah 173%.

3.0

Punca-punca kecatatan

O‟Neill, R.E & Baker, M.S (2001) faktor genetik memainkan peranan penting yang menyebabkan berlakunya keadaan austistik pada kanak-kanak. Bayi yang dilahirkan kembar hasil daripada satu telur didapati kemungkinan mengalami gangguan autistik. Selain itu, pengaruh virus yang dihadapi oleh si ibu semasa hamil seperti rubela, toxo, herpes, pemakanan yang tidak berzat, pendarahan, keracunan makanan, juga mempengaruhi pertumbuhan sel otak yang dapat menyebabkan fungsi otak bayi yang dikandung terganggu terutamanya dalam aspek fungsi pemahaman, komunikasi dan interaksi. Penyebab autisme belum diketahui secara pasti. Beberapa ahli menyebutkan autisme disebabkan beberapa faktor. Beberapa peneliti mengungkapkan terdapat gangguan biokimia, ahli lain berpendapat bahawa autisme disebabkan oleh gangguan

psikiatri atau jiwa. Autisme juga disebabkan oleh kombinasi makanan yang salah atau lingkungan yang terkontaminasi zat-zat beracun yang mengakibatkan kerosakan pada usus besar yang mengakibatkan masalah dalam tingkah laku dan fizikal termasuk autis. Terdapat beberapa teori penyebab autisme adalah : Genetik (heriditer), teori kelebihan Opioid, teori Gulten-Casein (celiac), kolokistokinin, teori oksitosin Dan Vasopressin, teori metilation, teori Imunitas, teori Autoimun dan Alergi makanan, teori Zat darah penyerang kuman ke Myelin Protein Basis dasar, teori Infeksi karena virus Vaksinasi, teori Sekretin, teori kelainan saluran cerna (Hipermeabilitas Intestinal/Leaky Gut), teori paparan Aspartame, teori kekurangan Vitamin, mineral nutrisi tertentu dan teori orphanin Protein: Orphanin Walaupun paparan logam berat (air raksa) terjadi pada setiap anak, namun hanya sebagian kecil saja yang mengalami gejala autisme. Hal ini mungkin berkaitan dengan teori genetik, salah satunya berkaitan dengan teori Metalotionin. Metalotionon adalah merupakan sistem yang utama yang dimiliki oleh tubuh dalam mendetoksifikasi air raksa, timbal dan logam berat yang lain. Setiap logam berat memiliki afinitas yang berbeza terhadap metalotionin. Berdasarkan afinitas tersebut air raksa memiliki afinitas yang paling kuat dengan terhadam metalotianin dibandingkan logam berat yang lain seperti tembaga, perak atau zink.

Penyebab autisme yang seterusnya ialah vaksin anak. Penyelidik dari Inggeris Andrew Wakefield, Bernard Rimland dari Amerika mengadakan penyelidikkan mengenai hubungan antara vaksin terutama MMR (measles, mumps rubella ) dan autisme. Banyak penelitian lainnya yang dilakukan dengan populasi yang lebih besar dan luas memastikan bahwa imunisasi MMR tidak menyebabkan Autis. Beberapa orang tua anak penyandang autisme tidak puas dengan bantahan tersebut. Bahkan Jeane Smith seorang warga negara Amerika bersaksi didepan kongres Amerika : kelainan autisme dinegeri ini sudah menjadi epidemi, dia dan banyak orang tua anak penderta autisme percaya bahawa anak mereka yang terkena autisme disebabkan oleh reaksi dari vaksin. Banyak pula ahli melakukan penelitian dan menyatakan bahwa bibit autisme telah ada jauh hari sebelum bayi dilahirkan bahkan sebelum vaksin dilakukan. Kelainan ini

dikonfirmasikan dalam hasil pengamatan beberapa keluarga melalui gen autisme. Patricia Rodier, ahli embrio dari Amerika bahwa korelasi antara autisme dan cacat lahir yang disebabkan oleh thalidomide menyimpulkan bahawa kerusakan jaringan otak dapat terjadi paling awal 20 hari pada saat pembentukan janin. Peneliti lainnya, Minshew menemukan bahawa pada anak yang terkena autisme bagian otak yang mengendalikan pusat memori dan emosi menjadi lebih kecil dari pada anak normal. Penelitian ini menyimpulkan bahawa gangguan perkembangan otak telah terjadi pada semester ketiga saat kehamilan atau pada saat kelahiran bayi. Karin Nelson, ahli neurologi Amerika menjalankan penyelidikan terhadap protein otak dari contoh darah bayi yang baru lahir. Empat sampel protein dari bayi normal mempunyai kadar protein yang kecil tetapi empat sampel berikutnya mempunyai kadar protein tinggi yang kemudian ditemukan bahwa bayi dengan kadar protein otak tinggi ini berkembang menjadi autisme dan keterbelakangan mental. Nelson menyimpulkan autisme terjadi sebelum kelahiran bayi. Saat ini, para pakar kesihatan di negara besar semakin menaruh perhatian terhadap kelainan autisme pada anak. Sehingga penelitian terhadap autism semakin pesat dan berkembang. Sebelumnya, kelainan autis hanya dianggap sebagai akibat dari perlakuan orang tua yang otoriter terhadap anaknya. Kemajuan teknologi memungkinkan untuk melakukan penelitian mengenai penyebab autis secara genetik, neuroimunologi dan metabolik. Pada bulan Mei 2000 para peneliti di Amerika menemukan adanya tumpukan protein didalam otak bayi yang baru lahir yang kemudian bayi tersebut berkembang menjadi anak autis. Temuan ini mungkin dapat menjadi kunci dalam menemukan penyebab utama autis sehingga dapat dilakukan tindakan pencegahannya.

4.0

Ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan social bagi Autisme.

Tanda-tanda

Terdapat

3

jenis

kelakuan

pada

karektor

kanak-kanak

Autisme:

1) Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.

2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.

3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya. Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri „saya‟. Selain dari itu, kanakkanak autisme juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

Abdul Rashid B. A.Latiff (2007) menyifatkan bahawa setiap kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai ciri-ciri autisme yang berlainan kecuali kanak-kanak autisme yang tulen yang mana mereka memiliki hampir kesemua ciri-ciri tersebut. Terdapat juga segelintir kanak-kanak biasa yang mempunyai ciri-ciri kanak-kanak autisme. Antara ciri-ciri kanak-kanak autisme ialah dari segi perhubungannya adalah berbentuk tidak beremosi dengan orang lain. Kanak-kanak yang menghidapi autisme biasanya lebih suka berseorangan dan suka berjauhan dari mendekati orang di sekelilingnya. Malah, kanak-kanak ini juga akan menganggap manusia ini

adalah objek dan hanya akan berinteraksi sekiranya didekati dengan cara yang tertentu dan dengan orang yang disukai. Kanak-kanak autisme selalunya akan menolak kehadiran seseorang itu mendampinginya atau melihat menembusi seseorang itu terutama apabila bercakap dengannya. Ini akan menyebabkan mereka amat sukar untuk didekati atau bermain bersama kanak-kanak yang lain. 4.1 Perkembangan Fizikal Kanak-kanak yang menghadapi masalah autisme juga mempunyai sikap atau perasaan yang ganjil dan tidak normal. Mereka seringkali mengamuk dan kemudian disusuli dengan jeritan, menangis, menendang dan menggigit. Ini boleh berlaku apabila mereka kehilangan sesuatu benda yang disayangi, melarang untuk memakan sesuatu yang disukai seperti gulagula atau kehilangan orang yang dikasihi atau sebab-sebab yang lain. Semasa dalam kemarahan yang tidak dapat dikawal, kanak-kanak autisme ini akan menunjukkan sikap yang agresif terhadap orang berada berdekatan dengannya. Ini kerana mereka tidak tahu erti bahaya. Contohnya mereka cenderung untuk bermain dengan api, berlari menyeberangi jalan tanpa melihat ke kiri atau kanan dan sering kali memanjat bumbung. 4.2 Perkembangan Sosial Selain itu, kanak-kanak yang mengalami masalah autisme ini juga mengalami gangguan dari segi pertuturan. Pertuturan mungkin ada tetapi adakalanya penggunaan perkataan yang mudah sahaja bagi seseorang kanak-kanak berumur 4 tahun. Ada yang lebih membimbangkan apabila terdapat bentuk perkataan yang tidak sempurna dalam sebutannya seperti „ta‟ untuk „kereta‟, dan „cik‟ untuk „nasi‟. Sebutan-sebutan seperti begini akan berlarutan hingga dewasa. Kemahiran asas sosial adalah penting diterapkan di dalam diri kanak-kanak yang menghadapi masalah autisme. Kemahiran ini haruslah didedahkan di sekolah dan juga di rumah oleh ibu bapa. Ball (1996) mengatakan bahawa tujuh daripada lapan kanak-kanak autisme menunjukkan peningkatan dalam aspek kontek mata, kemahiran bermain secara selari dan simbolik, ikut giliran dan respon-respon secara lisan dan bukan lisan. Ball (1996) juga mendapati, penggunaan rakan sebaya sebagai model dalam mengajar kemahiran sosial memberikan kesan yang baik dalam mengekalkan integrasi kanak-kanak di dalam bilik darjah. Manakala, Dougen (1994) mendapati bahawa pengajaran dengan menggunakan teknik „incidental‟ sangat efektif dan berkesan dalam meningkatkan kemahiran bertanya di kalangan murid autisme. Penggunaan teknik ini dapat meningkatkan komunikasi di kalangan murid.

Peningkatan dalam interaksi juga berlaku disebabkan oleh pengukuhan positif atau pujian yang diberikan oleh guru di dalam bilik darjah kepada setiap cubaan murid yang betul. 4.3 Perkembangan Intelek dan Kognitif Dari segi intelek pula, sungguhpun mereka mengalami masalah autisme mereka juga biasanya akan menunjukkan keistimewaan di dalam beberapa perkara seperti matematik, jigsaw puzzles, mampu menyanyi dan mengingati seni kata muzik dan berseronokan

mendengar semua jenis muzik. Mereka juga boleh mengingati senarai nombor telefon, haribulan, nama, sajak, dan mempunyai kemahiran mekanikal yang luar biasa. Kadang kala keistimewaan ini tidak dimilki oleh kanak-kanak normal yang lain Perkembangan kognitif kanak-kanak amat penting dalam pembelajaran mereka. Bagi kanak-kanak belajar melalui bermain adalah penting kerana dengan cara ini mereka dapat memperolehi ilmu pengetahuan dengan cara belajar melalui persekitaran mereka sahaja. Tetapi kanak-kanak autisme berada dalam keadaan sederhana dalam anggapan yang tidak realistik terhadap diri. Mereka tidak mengharapkan agar disukai oleh orang lain dan berjaya dalam sesuatu perkara. Mereka tidak bermain seperti anak-anak pada umumnya, iaitu tidak suka bermain dengan rakan sebayanya secara berkumpulan tetapi hanya bermain dengan rakan yang baik denganya sahaja. Mereka juga tidak kreatif, tidak imaginatif. Contohnya dalam aktiviti mewarna mereka hanya menggunakan satu warna sahaja untuk mewarna apa juga gambar yang diberikan. Kemahiran asas manipulasi dan kordinasi halus iaitu melalui penggunaan otot-otot jari didapati kawalan kordinasi sangat lemah. Terdapat juga golongan mereka yang tidak dapat memegang pensel dengan cara yang betul dan makan seperti kanak-kanak yang sebaya denganya. Semasa menulis butiran yang ditulis juga tidak cantik dan kemas. Dari segi penggunaan warna juga terhad. Di mana hanya satu warna sahaja untuk mewarna sesuatu gambar atau lukisan, tidak dapat mewarna dengan cantik dan kemas kerana kawalan kordinasi halus motornya sangat lemah.

5.0

Langkah pencegahan

Tindakan pencegahan adalah yang paling utama dalam menghindari risiko terjadinya penyakit atau gangguan pada organ tubuh kita. Upaya pencegahan tersebut berdasarkan teori penyebab

ataupun penelitian faktor risiko autisme. Pencegahan ini dapat dilakukan sewaktu merancangkan kehamilan, semasa kehamilan, bersalin dan perkembangan usia anak. 5.1 PENCEGAHAN SEMASA KEHAMILAN

Untuk mencegah gangguan perkembangan semasa hamil, kita harus tahu penyebab dan faktor risiko terjadinya gangguan perkembangan sejak dalam kehamilan. Untuk mengurangi atau menghindari risiko semasa kehamilan tersebut dapat melalui beberapa cara.

Adapun cara untuk mencegah terjadinya gangguan tumbuh kembang sejak dalam kehamilan tersebut diantaranya adalah periksa dan konsultasi ke dokter spesialis kebidanan dan kandungan lebih awal, kalu perlu berkonsultasi sejak merencanakan kehamilan. Melakukan pemeriksaan skrening secara lengkap terutama infeksi virus TORCH (Toxoplasma, Rubela, Citomegalovirus, herpes atau hepatitis). Periksa dan konsultasi ke dokter spesialis kebidanan dan kandungan secara rutin dan berkala, dan selalu mengikuti nasehat dan petunjuk dokter dengan baik. Bila terdapat peradarahan selama kehamilan segera periksa ke dokter kandungan. Perdarahan selama kehamilan paling sering disebabkan karena kelainan plasenta. Kondisi tersebut mengakibatkan gangguan transportasi oksigen dan nutrisi ke bayi yang mengakibatkan gangguan pada otak janin. Perdarahan pada awal kehamilan juga berhubungan dengan kelahiran prematur dan bayi lahir berat rendah. Prematur dan berat bayi lahir rendah juga merupakan resiko tinggi terjadinya autism dan gangguan bahasa lainnya.

Berhati-hatilah minum obat selama kehamilan, bila perlu harus konsultasi ke dokter terlebih dahulu. Obat-obatan yang diminum selama kehamilan terutama trimester pertama. Peneliti di Swedia melaporkan pemberian obat Thaliodomide pada awal kehamilan dapat mengganggu pembentukan sistem susunan saraf pusat yang mengakibatkan autism dan gangguan perkembangan lainnya termasuk gangguan berbicara. Bila bayi beresiko alergi sebaiknya ibu mulai menghindari paparan alergi berupa asap rokok, debu atau makanan penyebab alergi sejak usia di atas 3 bulan. Hindari paparan makanan atau bahan kimiawi atau toksik lainnya selama kehamilan. Jaga higiene, sanitasi dan kebersihan diri dan lingkungan. Konsumsilah makanan yang bergizi baik dan dalam jumlah yang cukup. Sekaligus konsumsi vitamin dan mineral tertentu sesuai anjuran dokter secara teratur.

Adanya Fetal Atopi atau Maternal Atopi, yaitu kondisi alergi pada janin yang diakibatkan masuknya bahan penyebab alergi melalui ibu. Menurut pengamatan penulis, bila dilihat adanya gerakan bayi gerakan refluks oesefagial (hiccupps/cegukan) yang berlebihan sejak dalam kandungan terutama terjadi malam hari. Diduga dalam kedaaan tersebut bayi terpengaruh pencernaan dan aktifitasnya oleh penyebab tertentu termasuk alergi ataupun bahan-bahan toksik lainnya selama kehamilan. Bila gerakan bayi dan gerakan hiccups/cegukan pada janin yang berlebihan terutama pada malam hari serta terdapat gejala alergi atau sensitif pencernaan salah satu atau kedua orang tua. Sebaiknya ibu menghindari atau mengurangi makanan penyebab alergi sejak usia kehamilan di atas 3 bulan. Hindari asap rokok, baik secara langsung atau jauhi ruangan yang dipenuhi asap rokok. Beristirahatlah yang cukup, hindari keadaan stres dan depresi serta selalu mendekatkan diri dengan Tuhan.

PENCEGAHAN

SAAT

PERSALINAN

Persalinan adalah periode yang paling menentukan dalam kehidupan bayi selanjutnya. Beberapa komplikasi yang timbul selama periode ini sangat menentukan kondisi bayi yang akan dilahirkan. Bila terjadi gangguan dalam persalinan maka yang paling berbahaya adalah hambatan aliran darah dan oksigen ke seluruh organ tubuh bayi termasuk otak. Organ otak adalah organ yang paling sensitif dan peka terhadap gangguan ini, kalau otak terganggu maka sangat mempengaruhi kualitas hidup anak baik dalam perkembangan dan perilaku anak nantinya

Beberapa hal yang terjadi saat persalinan yang dapat meningkatkan resiko terjadinya perkembangan dan perilaku pada anak, sehingga harus diperhatikan beberapa hal penting. Melakukan konsultasi dengan dokter spesialis kandungan dan kebidanan tentang rencana persalinan. Dapatkan informasi secara jelas dan lengkap tentang resiko yang bisa terjadi selama persalinan. Bila terdapat resiko dalam persalinan harus diantisipasi kalau terjadi sesuatu. Baik dalam hal bantuan dokter spesialis anak saat persalinan atau sarana perawatan NICU (Neonatologi Intensive Care Unit) bila dibutuhkan.

Bila terdapat faktor resiko persalinan seperti : pemotongan tali pusat terlalu cepat, asfiksia pada bayi baru lahir (bayi tidak menangis atau nilai APGAR SCORE rendah < 6 ), komplikasi selama persalinan, persalinan lama, letak presentasi bayi saat lahir tidak normal, berat lahir rendah ( <

2500 gram) maka sebaiknya dilakukan pemantauan perkembangan secara cermat sejak usia dini.

PENCEGAHAN SEJAK USIA BAYI Setelah memasuki usia bayi terdapat beberapa faktor risiko yang harus diawasi. Terdapat beberapa tindakan pencegahan yang dapat dilakukan. Periksa gangguan saluran cerna pada bayi sejak lahir lagi. Gangguan teresebut meliputi: sering muntah, tidak buang besar setiap hari, buang air besar sering (di atas usia 2 minggu lebih 3 kali perhari), buang air besar sulit (mengejan), sering kembung, sering buang angin. Apabila terdapat keluhan tersebut maka penyebabnya adalah alergi makanan dan intoleransi makanan. Jalan terbaik mengatasi ganggguan tersebut dengan mencari dan menghindari makanan penyebab maslah tersebut. Gangguan saluran cerna yang berkepanjangan akan dapat mengganggu fungsi otak yang akhirnya mempengaruhi perkembangan dan perilaku anak. Sekiranya terdapat kesulitan kenaikkan berat badan, haruslah diawasi. Pemberian vitamin meningkatkan selera makan bukan jalan terbaik dalam mengubati penderita itu, tetapi harus dicari penyebabnya. Apabila terdapat kelainan bawaan: kelainan jantung bawaan, kelainan genetik, kelainan metabolik, maka harus dilakukan perawatan oleh doktor. Harus diamati tanda dan gejala autisme secara cermat sejak awal lagi. Demikian pula bila terjadi gangguan neurologi atau saraf seperti trauma kepala, kejang (bukan kejang demam sederhana) atau gangguan kelemahan otot maka kita harus lebih cermat mendeteksi secara dini gangguan perkembangan. Pada bayi prematur, bayi dengan riwayat kuning tinggi (hiperbilirubinemi), infeksi berat saat usia bayi (sepsis dll) atau pemberian antibiotika tertentu saat bayi harus dilakukan monitoring tumbuh kembangnya secara rutin dan cermat terutama gangguan perkembangan dan perilaku pada anak. Bila didapatkan penyimpangan gangguan perkembangan khususnya yang mengarah pada gangguan perkembangan dan perilaku maka sebaiknya dilakukan konsultasi sejak dini kepada ahlinya untuk menegakkan diagnosis dan intervensi sejak dini. Pada bayi dengan gangguan pencernaan yang disertai gejala alergi atau terdapat riwayat alergi pada orang tua, sebaiknya menunda pemberian makanan yang beresiko alergi hingga usia

diatas 2 atau 3 tahun. Makanan yang harus ditunda adalah telor, ikan laut, kacang tanah, buahbuahan tertentu, keju dan sebagainya. Bayi yang mengalami gangguan pencernaan sebaiknya juga harus menghindari monosodium glutamat (MSG), amines, tartarzine (zat warna makanan), Bila gangguan pencernaan dicurigai sebagai Celiac Disease atau Intoleransi Casein dan Gluten maka diet harus bebas casein dan Gluten, Ciptakan lingkungan keluarga yang penuh kasih sayang baik secara kualitas dan kuantitas, hindari rasa permusuhan, pertentangan, emosi dan kekerasan.

Bila terdapat faktor resiko tersebut pada periode kehamilan atau persalinan maka kita harus lebih waspada. Menurut beberapa penelitian resiko tersebut akan semakin besar kemungkinan terjadi autism. Selanjutnya kita harus mengamati secara cermat tanda dan gejala autism sejak usia 0 bulan. Bila didapatkan gejala autism pada usia dini, kalau perlu dilakukan intervensi sejak dini dalam hal pencegahan dan pengobatan. Lebih dini kita melakukan intervensi kejadian autism dapat kita cegah atau paling tidak kita minimalkan keluhan yang akan timbul. Bila resiko itu sudah tampak pada usia bayi maka kondisi tersebut harus kita minimalkan bahkan kalau perlu kita hilangkan. Misal kegagalan kenaikkan berat badan harus betul-betul dicari penyebabnya, pemberian vitamin bukan jalan terbaik untuk mencari penyebab kelainan tersebut.

Demikan pula gangguan alergi makanan dan gangguan pencernaan pada bayi, harus segera dicari penyebabnya. Yang paling sering adalah karena alergi makanan atau intoleransi makan, penyebabnya jenis makanan tertentu termasuk susu bayi. Pemberian obat-obat bukanlah cara terbaik untuk mencari penyebab gangguan alergi atau gangguan pencernaan tersebut. Yang paling ideal adalah kita harus menghindari makanan penyebab gangguan tersebut tanpa bantuan obat-obatan. Obat-obatan dapat diberikan sementara bila keluhan yang terjadi cukup berat, bukan untuk selamanya.

Tugasan 2 2.1 2.2 Jenis keperluan khas (kecacatan) utama kes yang diperhatikan Masalah-masalah sampingan

2.3 2.4

Pakar-pakar yang perlu diperhatikan Pelan tindakan bagaimana anda akan membantu mendidik kanak-kanak berkeperluan

berkenaan Mengikut kamus perubatan Mosby (2001), terapi ialah rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan untuk mengembalikan fungsi badan secara normal. Dalam konteks pendidikan pula, terapi ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerakbalas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam terapi akan dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, kaedah-kaedah dalam terapi akan dapat membantu murid-murid Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor. Konsep snoezelen telah dijumpai pada lewat 1970 an oleh dua orang ahli terapi iaitu, Jan Hulsegge dan Ad Verheul semasa mereka bekerja di De Hartenberg Institute di Holland, yang merupakan pusat utama bagi pengkajian mengenai kekurangan intelektual. di institut ini. Hulsegge dan Verheul telah menjalankan satu kajian sensori yang ringkas kepada kepekaan. Mereka berdua telah mencipta pelbagai daya gerakan untuk menghasilkan tindak balas seperti gerakan kertas yang terbang kerana angin dari kipas, pencampuran dakwat pen dengan air, bunyian dan alatan muzik, serta rasa sesuatu hidangan. kajian ini di katakan berjaya apabila individu yang kurang keupayaan otak/mindanya memberikan tindakbalas yang positif. Perkataan “snoezelen,” adalah berasal dari perkataan “snuffelen” yang bermaksud (untuk mencari atau menerokai) dan perkataan “doezelen” (rehat atau relaks). Keperluan terapi dalam pendidikan khas amat penting untuk :

1)

Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran.

2) 3)

Mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Melatih murid-murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan keidupan seharian.

4)

Merangsang minat untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.

Antara terapi yang digunakan ialah terapi sensori. Ia didefinisikan sebagai satu proses Integrasi yang merangsang penstrukturan maklumat di dalam otak melalui sensori-sensori atau melalui lima deria utama iaitu deria sentuhan, deria rasa, deria bau, deria penglihatan dan deria pendengaran. Selain itu, deria gerakan, kesedaran tubuh dan daya keseimbangan juga boleh di ransang melalui proses terapi sensori. Terapi sensori atau juga dikenali sebagai terapi Snoezelen atau simulasi multideria terkawal digunakan untuk mereka yang mengalami ketidakupayaan mental yang teruk. Proses terapi dijalankan dengan mendedahkan mereka kepada persekitaran yang nyaman dan dapat memberikan rangsangan. Terapi sensori dijalankan atau berfungsi di dalam bilik yang direka khusus untuk memberi rangsangan kepada pelbagai deria dengan menggunakan kesan cahaya lampu, warna, muzik, bau-bauan dan lain-lain. Terapi Sensori amat penting untuk : Meransang Kefungsian Otak; Terapi sensori dapat meransang kefungsian otak manusia apabila berlakunya ransangan akibat daripada terapi yang dijalankan seperti pemerhatian dan penumpuan dalam jangka masa tertentu kepada cahaya yang berkelip-kelip dapat meningkatkan kefungsian otak agar dapat memproses maklumat dengan cepat dan berkesan. Menangani Gangguan Tekanan dan Stress; Terapi sensori menyediakan tempat yang selamat di mana mereka yang trauma dengan bunyi, gangguan seksual, peperangan dan ketakutan dan berkomuniksi. Dengan adanya terapi ini, mereka akan lebih berkeyakinan, membina hubungan antara satu sama lain dan seterusnya dapat mewujudkan satu situasi ketengangan yang amat mendamaikan dan mendalam. serta dapat memperbaiki corak rehat seseorang individu. Mengawal Ketegangan atau Kesakitan; Mengikut kajian yang pernah dijalankan, terapi sensori dapat mengawal dan mengurangkan kesakitan yang dialami oleh ibu dalam proses melahirkan. Terapi ini juga dapat membantu ibu yang mengandung untuk lebih bertenang, fokus dan memberi kekuatan tenaga untuk meneran. Membantu Pesakit Strok dan Kerosakan Otak; Ahli terapi akan melakukan proses terapi secara individu dengan pesakit. Alatan yang digunakan dapat memberi terapi yang diperlukan oleh otak dan saraf saraf utama bagi memperbaiki ketidakupayaan yang terjadi akibat kerencatan saraf.

Kepentingan Terapi Sensori Kepada Kanak-Kanak Istimewa amat penting kerana apabila telah menjalani sesi terapi sensori secara konsisten, kedapatan perkembangan yang

positif berlaku pada kanak-kanak istimewa. Sebenanya, terapi sensori ini tidak berfokus kepada satu masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak istimewa tetapi ia meliputi pelbagai kategori seperti Sindrom Down, autisme, cerebral palsy, Attention Deficit Hyperactive Disorder ( ADHD ), lewat perkembangan dan lain-lain lagi.

Terapi Sensori banyak dan berupaya membantu kanak-kanak dengan masalah pembelajaran melalui pelbagai kaedah. Terapi sensori lebih memfokuskan kepada kaedah rangsangan deria. Terapi sensori adalah tidak menyakitkan kanak-kanak istimewa. kepentingan terapi sensori kepada kanak-kanak istimewa ialah :Antara

1) Amalan Terapi Sensori berupaya membantu kanak-kanak istimewa mencapai tahap perkembangan diri yang memberangsangkan.

2) Kajian telah membuktikan faedah-faedah terapi sensori untuk kanak-kanak istimewa ini mempunyai pertumbuhan yang besar dan berterusan. 3) Terapi sensori boleh dijadikan sebagai “neutral territotry”, di mana perhubungan yang wujud di dalam bilik darjah jauh daripada masalah tekanan.

4) Terapi sensori juga boleh meningkatkan motivasi untuk memperbaiki kosentrasi dan koordinasi kanak-kanak istimewa.

5) Terapi sensori adalah dalam bentuk komunikasi bukan lisan yang berupaya menenang dan menyembuhkan diri serta menyediakan rangsangan minda kepada kanak-kanak istimewa. 6) Terapi sensori juga merupakan situasi yang ideal untuk perkembangan perhubungan terapeutik. Jadi, kanak-kanak istimewa yang mengalami ketegangan, kemuraman atau kebimbangan boleh diatasi dengan terapi ini.

Itulah antara kepentingan terapi sensori kepada kanak-kanak istimewa. Kesimpulannya, terapi ini mampu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini.

8.0

Kaedah-Kaedah Terapi Sensori 8.1 Menggunakan Penglihatan (visual) Kebanyakan penggunan terapi senozelen memfokuskan kepada stimulasi penglihatan. Ianya boleh digunakan untuk meningkatkan kepekaan dan pengamatan terhadap cahaya dan kemahiran-kemahiran lain. Contohnya seperti gentian kaca yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengamatan. 8.2 Menggunakan Daya Sentuhan Snoezelen menyediakan pelbagai jenis pengalaman dalam aktiviti sentuhan. Contohnya dalam merasakan atau menyentuh pelbagai jenis tektur seperti bola, span, berus dan lain-lain. 8.3 Menggunakan Deria Pendengaran Terapi snoezelen mengaplikasikan penggunaan muzik, alat-alat muzik atau video yang ditayangkan menggunakan tayangan slide dan projector untuk memberi impak kepada sistem pendengaran. Pemain cakera padat, pemain stereo, radio atau data projector akan digerakkan sekeliling bilik untuk memberi peluang kepada peserta merasai gelombang bunyi bagi membolehkan mereka mendapatkan kesan yang maxima gelombang bunyi. 8.4 Menggunakan Deria Rasa Deria bau manusia berkait rapat dengan deria rasa manusia. Dalam terapi snoezelen, melalui rasa contohnya, walaupun tiada peralatan spesifik untuk mengukur tahap penguasaan deria tersebut, kaedah seperti “simple-to-eat foods” dapat diadaptasi sepenuhnya. Secara langsung, kaedah terapi daripada pelbagai jenis bauan membuatkan mereka merasa lebih tenang. Peserta terapi yang mempunyai masalah alergi perlu dikenalpasti supaya untuk melancarkan proses terapi berlaku. 8.5 Menggunakan Deria Bau

Melalui kaedah snoezelen, terapi bau yang berkesan dapat dihasilkan dengan menggunakan bau yang lebih kuat. Terapi bau dapat dilakukan dengan menyediakan keadaan persekitaran yang bersesuaian untuk membolehkan peserta menyeragamkan mood mereka dan mendapatkan kesan yang baik terhadap rangsangan bau daripada bahan-bahan bauan aromaterapi dan buahbuahan contohnya buah orange, buah apple dan bunga-bungaan segar.

BIBLIOGRAFI Abdul Rashid Bin A. Latiff (2007). Autisme, Suatu Pengenalan Dan Pengalaman. Selangor : Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2001). Pengurusan Perkhidmatan Personalia Murid. Selangor : Cerdik Publications Sdn.Bhd

Jamila K.A Mohamed (2006). Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istimewa. Selangor : PTS Publications dan Distributors.

Kasmini Kassim (1990). Memahami Jiwa Kanak-Kanak. Art Printing Works Sdn.Bhd : Kuala Lumpur.

Vijayen a/l Gopal. Kemahiran Asas Sosial Kanak-Kanak Autisme Di Persekitaran Sekolah. Diperolehi pada Ogos 07, 2008 daripada

http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/vijayenMPKenkk1.pdf

Siti Nor Afzan Kasim. Terapi Udara Jepun. KOSMO, 2010 Dr Widodo Judarwanto SpA, "April is Autism awareness month" PENCEGAHAN AUTIS PADA ANAK, diperolehi pada April 04,2012 daripada

http://mamaabram.multiply.com/journal/item/22

LAMPIRAN

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful