You are on page 1of 43

POLITEKNIK UNGKU OMAR

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

PANDUAN PERLAKSANAAN DAN PENULISAN LAPORAN PROJEK PELAJAR E3006/ E4006/ E5006

Edisi 3/ 2010

PANDUAN PERLAKSANAAN DAN PENULISAN LAPORAN PROJEK PELAJAR

Tarikh dikeluarkan: Sesi Januari 2010 Edisi 3/ 2010

Disusun oleh; En. Azhar Bin Jaffar Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Ungku Omar Malaysia

PENDAHULUAN

Buku

Panduan

Perlaksanaan

dan

Penulisan

Laporan

Projek

Pelajar

Semester Akhir ini disediakan khas untuk pelajar Sijil dan Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dalam melaksana dan menyediakan laporan akhir projek. Secara keseluruhannya, buku panduan ini ditulis

berpandukan format penulisan laporan sepertimana yang dinyatakan di dalamnya untuk membantu pelajar supaya lebih faham dan jelas dengan format tersebut.

Disediakan oleh

Unit Projek Pelajar, Jabatan Kejuruteraan Elektrik


Hak Cipta Terpelihara @ 2010

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN

HALAMAN i iv v vi

A.
I II III IV V VI

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK PELAJAR


PENGENALAN DEFINASI PROJEK PELAJAR MATLAMAT OBJEKTIF PENGENDALIAN DAN PENGAWASAN SISTEM PENYELIAAN 6.0.1 Buku Catatan Mingguan 6.0.2 Kertas Cadangan Projek 6.0.3 Pembentangan 6.0.3.1 PembentanganProjek (Sijil) 6.0.3.2 Pembentangan Pra Demo (Diploma) 6.0.3.3 Pembantangan, Pra Demo dan Demo (Diploma) 6.0.3.4 Pra-kelayakan dan Pertandingan akhir (Diploma) 6.0.4 Laporan Semester 5 6.0.5 Laporan Akhir Semester 4 dan 6 PENILAIAN SYARAT KELULUSAN PROJEK LAIN-LAIN KESIMPULAN 1 1 1 1 2 2 2 2 3 3 3 3 4 4 4 4 5 5 5

VII VIII IX X

B.
I II

PANDUAN PENULISAN PROPOSAL PROJEK PELAJAR


MUKA DEPAN ISI KANDUNGAN 2.0.1 Abstrak Projek 2.0.2 Pernyataan Masalah & Objektif Projek 2.0.3 Metodologi 2.0.4 Jangkaan Hasil 6 6 6 6 6 7

C.
I

PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK PELAJAR


PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1.2 Maklumat Am 1.2.1 Bilangan Salinan 1.2.2 Penjilidan 1.2.3 Perbelanjaan FORMAT LAPORAN 2.1 Susunan Laporan 2.2 Pengesahan Penyelia 2.3 Halaman Tajuk Projek 2.4 Halaman Pengakuan 2.5 Halaman Dedikasi (Pilihan) 2.6 Halaman Penghargaan (Pilihan) 2.7 Abstrak 2.8 Halaman Isi Kandungan 2.9 Halaman Senarai Jadual 2.10 Halaman Senarai Rajah 2.11 Halaman Senarai Simbol/Singkatan/Tatanama/Istilah 2.12 Halaman Senarai Lampiran 2.13 Kandungan Teks 2.13.1 Rujukan Dalam Teks 2.13.2 Petikan Dalam Teks 2.13.3 Persamaan Matematik 2.13.4 Jadual Dalam Teks 2.13.5 Rajah Dalam Teks 2.14 Rujukan 2.15 Lampiran 8 8 8 9 9

II

10 11 11 12 12 12 12 13 13 13 13 13 14 14 15 15 15 16 16 17

III

PENYEDIAAN LAPORAN 3.1 Cara Penyediaan Salinan 3.2 Kertas & Saiz 3.3 Jidar Halaman Laporan 3.4 Penomboran Halaman 3.5 Penomboran Bab & Sub-Tajuk dalam Bab 3.6 Penaipan 3.7 Jarak & Format 3.8 Naskah Cetakan Komputer

18 18 18 19 19 19 20 20 21 22 - 34

RUJUKAN LAMPIRAN A - M

SENARAI JADUAL

NO 2.1

TAJUK Susunan dan urutan kandungan laporan

HALAMAN 10

SENARAI RAJAH

NO 3.1

TAJUK Jidar Halaman Laporan

HALAMAN 18

SENARAI LAMPIRAN

NO A B C D E F G H I J K L M

TAJUK Contoh Pengesahan Penyelia Contoh Halaman Tajuk Projek Contoh Halaman Pengakuan Contoh Halaman Dedikasi Contoh Halaman Abstrak Contoh Halaman Isi Kandungan Contoh Halaman Senarai Jadual Contoh Halaman Senarai Rajah Contoh Halaman Senarai Simbol / Singkatan / Tatanama / Istilah Contoh Halaman Senarai Lampiran Contoh Halaman Rujukan Contoh Halaman Kandungan Teks Contoh Catatan Pada Kulit Depan Laporan

HALAMAN 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34

BAB A PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK PELAJAR

1.0

PENGENALAN

Semua pelajar tahun akhir Politeknik dikehendaki mendaftar modul Projek yang melibatkan tajuk berkaitan dalam bidang pengajian masing-masing. Satu laporan projek mengikut format penulisan ilmiah perlu dihantar kepada Jabatan pada penghujung pengajian. Pencapaian pelajar akan dinilai mengikut kaedah dan format yang ditetapkan. 2.0 DEFINISI PROJEK PELAJAR

Projek Pelajar adalah satu latihan ilmiah untuk pelajar mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang pengajian di Jabatan. Ia merupakan salah satu daripada syarat untuk penganugerahan Sijil dan Diploma. 3.0 MATLAMAT

Matlamat Projek Pelajar adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam proses penggunaan sesuatu ilmu, percambahan fikiran (kritis), penyelesaian masalah (kreatif) secara berdikari dan menyampaikan sesuatu perolehan melalui latihan ilmiah yang dibimbing atau diselia dengan harapan dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan dan beriltizam. 4.0 OBJEKTIF

Pada akhir perlaksanaan Projek Pelajar, seseorang pelajar itu akan mempunyai: a) Keupayaan mengolah dan mengaplikasikan pengetahuan akademik serta pengalaman amali. b) Keupayaan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara objektif, analitik dan sistematik. c) Kebolehan bertindak secara berdikari dalam menjalani proses-proses penyelidikan projek. d) Kebolehan menyampaikan hasil penemuan projek secara lisan dan bertulis dengan efektif. e) Kebolehan merancang dan menguruskan projek mengikut masa dan peruntukan yang berpatutan.

5.0

PENGENDALIAN DAN PENGAWASAN

Projek Pelajar dibahagikan kepada dua semester bagi program Diploma dan satu semester bagi program Sijil. Bagi program Diploma ia hendaklah dibuat dalam semester yang berturutan. Semua perancangan dan pengendalian Projek Pelajar dikendalikan oleh Penyelaras Unit Projek Pelajar yang dilantik oleh Jabatan dan dibantu oleh penyelia projek pelajar 6.0 SISTEM PENYELIAAN

Bagi melicinkan proses penyeliaan Projek Pelajar, penggunaan sistem Buku Catatan Mingguan, Kertas Cadangan Projek, Pembentangan, Draf Laporan Pertama (semester 5 & 6), Draf Laporan Kedua (semester 5 & 6) dan Laporan Akhir Projek Pelajar adalah diperlukan.

6.0.1 Buku Catatan Mingguan Buku Catatan Mingguan adalah merupakan catatan mengenai sebarang kerja, maklumat atau penemuan yang berkaitan dengan projek. Pelajar dinasihati supaya membawa Buku Catatan Mingguan pada setiap perjumpaan dengan penyelia. Buku Catatan Mingguan menggambarkan sikap, kemajuan dan daya usaha pelajar yang akan dinilai oleh penyelia pada akhir semester. Maklumat yang penting dalam Buku Catatan Mingguan adalah: a) Tajuk, objektif, skop, rancangan kerja projek. b) Perjumpaan dengan penyelia, perbincangan, nasihat dan arahan. c) Tarikh-tarikh penting berkaitan dengan pelaksanaan dan penilaian projek. d) Persiapan, masalah dan cadangan penyelesaian. e) Keputusan dan pencapaian semasa.

6.0.2 Kertas Cadangan Projek Kertas cadangan projek bertujuan membolehkan seseorang pelajar memahami tentang projek yang akan dijalankan. Berdasarkan kertas cadangan tersebut, perancangan dan perlaksanaan projek akan dijelaskan. Kertas cadangan projek mesti diserahkan kepada penyelia/penyelaras untuk disemak dan dinilai.

6.0.3 Pembentangan Pelajar dikehendaki membentangkan secara lisan hasil kajian dalam pembentangan Projek. Pembentangan Projek dibahagikan seperti di bawah mengikut semester: Semester 4 Pembentangan projek Semester 5 Pembentangan pra demo Semester 6 Pembentangan, pra demo dan demo Panel penilai akan menilai dan memberi markah pembentangan projek pelajar. 6.0.3.1 Pembentangan projek (Sijil) Pembentangan projek diadakan untuk pelajar membentangkan hasil penemuan pada akhir semester 4. Pelajar dikendaki membentangkan perkara-perkara berikut: a) Kaedah atau rekabentuk yang digunakan. b) Keputusan dan pencapaian kajian. c) Meninjau sama ada objektif projek tercapai. e) Kesimpulan serta cadangan. 6.0.3.2 Pembentangan pra demo (Diploma) Pembentangan pra demo bertujuan untuk membolehkan pelajar menunjukkan pemahaman terhadap projek yang dijalankan. Pelajar dikehendaki membentangkan perkaraperkara berikut: a) Mengenal pasti penyataan masalah projek. b) Menerangkan objektif dan skop projek. c) Menerangkan kaedah penyelesaian. d) Menerangkan prosedur dan jangkaan hasil untuk projek yang dicadangkan.

6.0.3.3 Pembentangan, pra demo dan demo (Diploma) Pembentangan akhir diadakan untuk pelajar membentangkan hasil penemuan pada akhir semester 5. Pelajar dikendaki membentangkan perkara-perkara berikut: a) Kaedah atau rekabentuk yang digunakan. b) Keputusan, hasil dapatan dan pencapaian kajian. c) Meninjau sama ada objektif projek boleh dicapai. e) Kesimpulan serta cadangan penyelidikan seterusnya.

6.0.3.4 Pra-kelayakan dan Pertandingan akhir (Diploma) Pertandingan projek peringkat Pra-kelayakan diadakan bagi memilih projek terbaik yang akan dipertandingkan di peringkat akhir Pertandingan Projek Pelajar Semester 6 manakala pelajar yang gagal menyertai pertandingan pra-kelayakan pula akan membuat pembentangan pada hari dan waktu yang ditetapkan kemudian untuk mendapat markah. 6.0.4 Laporan Semester 5 Satu laporan Semester 5 mesti disediakan pada akhir semester 5. Perkara-perkara yang patut dimuatkan dalam laporan ini adalah: a) Pengenalan masalah b) Kajian Latar Belakang c) Kaedah dan rancangan kerja d) Jangkaan hasil projek e) Maklumat berkaitan

6.0.5 Laporan Akhir Semester 4 dan 6 Laporan Akhir Semester 4 dan 6 merupakan laporan lengkap berkaitan dengan projek yang telah dijalankan. Penulisannya hendaklah dibuat berpandukan format piawai penulisan laporan akhir yang dikeluarkan oleh Unit Projek Pelajar - Panduan Menulis Laporan Projek JKE. Laporan akhir Semester akhir mesti dijilid dan hantar kepada Penyelia sebelum tarikh yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keputusan peperiksaan digantung.

7.0

PENILAIAN

Penilaian Projek Pelajar adalah berdasarkan kepada tahap pencapaian dan kebolehan pelajar dalam perlaksanaan kajian, penyediaan kertas kerja dan laporan, pengendalian buku laporan dan penyampaian projek.

8.0 a) b)

SYARAT KELULUSAN PROJEK Semua unsur penilaian yang ditetapkan oleh Jabatan mestilah dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar. Laporan akhir projek mesti dikemukakan kepada penyelia dalam bentuk terjilid dan merupakan hak milik Jabatn Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar. Format penulisan dan penjilidan mesti mengikut Panduan Penulisan Laporan Projek JKE. Ketebalan laporan akhir projek tidak melebihi 100 mukasurat, tidak termasuk lampiran, melainkan dengan kebenaran penyelia projek atau Penyelaras Unit Projek Pelajar.

d)

9.0

LAIN-LAIN Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pengurusan dan perlaksanaan Projek Pelajar boleh dirujuk di dalam buku log pelajar dimana semua perkara-perkara penting yang berkaitan dikemaskinikan dari semasa ke semasa mengikut semester.

10.0 KESIMPULAN Panduan ini merupakan panduan kepada pelajar tahun akhir mengenai aspek-aspek penting yang berkenaan dengan perlaksanaan Projek Pelajar. Semua maklumat yang dikemukakan adalah bernas semasa percetakan sahaja.

BAB B PANDUAN PENULISAN PROPOSAL PROJEK PELAJAR

1.0 Muka depan a. b. c. d. Tajuk Nama dan No. Pendaftaran Nama Kursus Nama Penyelia

Borang Cadangan Tajuk Projek mestilah ditandatangani oleh Ketua kumpulan dan Penyelia projek pelajar 2.0 Isi kandungan 2.0.1 Abstrak Projek Abstrak projek adalah merupakan pengenalan kepada projek yang hendak dicadangkan. Pada bahagian ini pelajar menerangkan secara am berkenaan dengan projek yang hendak dilakukan.

2.0.2 Pernyataan Masalah & Objektif Projek Pernyataan masalah adalah sesuatu yang ingin diselesaikan atau dikurangkan hasil daripada projek yang dilaksanakan manakala objektif projek pula adalah objektif yang ingin dicapai selepas projek dilaksanakan. (sekurang-kurangnya 3 objektif).

2.0.3 Metodologi Metodologi adalah prosedur, kaedah atau tatacara yang digunakan oleh pelajar bagi menjalankan serta melaksanakan projek untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

2.0.4 Jangkaan Hasil Jangkaan hasil adalah jangkaan pelajar terhadap projek yang dicadangkan. Ini meliputi harapan pelajar terhadap apa yang akan terhasil kelak dan sejauh mana pelajar dapat memenuhi objektif yang telah ditetapkan.

BAB C PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK PELAJAR

BAB I

PENGENALAN 1.1 Pengenalan

Pelajar-pelajar semester akhir di Jabatan Kejuruteraan Elektrik diwajibkan mengemukakan laporan akhir Projek Pelajar. Adalah mustahak supaya penyediaan dan persembahan laporan tersebut mengikut garis panduan yang ditetapkan. Pelajar-pelajar seharusnya menyedari bahawa adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menentukan bentuk laporan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Suatu laporan tidak akan diterima oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik jika laporan tersebut dihantarkan tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. 1.2 Maklumat Am

Pelajar-pelajar hendaklah menyerahkan deraf terakhir kepada penyelia projek JKE untuk diperiksa dan dipersetujui sebelum dijilid. Untuk maksud ini, pelajar hendaklah menyerahkan deraf pada waktu yang lebih awal untuk pemeriksaan. 1.2.1 Bilangan Salinan Setelah laporan akhir disiapkan, 1 salinan wajib dijilidkan dan diserahkan kepada Penyelia Projek di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Salinan kedua untuk simpanan penulis/pelajar adalah terserah kepada pelajar masing-masing. Bilangan muka surat maksimum ialah 100 muka surat sahaja, tidak termasuk gambarajah, keputusan dan bahagian lampiran.

1.2.2 Penjilidan a) b) Laporan hendaklah dijilid dengan menggunakan pembalut kulit depan yang ditentukan oleh Jabatan. Kulit depan Pada kulit depan hendaklah ditulis tajuk projek, nama pelajar dan tarikh dengan huruf besar; seperti contoh di Apendix M.

1.2.3 Perbelanjaan Semua perbelanjaan yang berkaitan dengan penyediaan laporan seperti perbelanjaan menaip salinan asal, salinan foto dan menjilid adalah di bawah tanggungjawab pelajar yang berkenaan.

BAB II

FORMAT LAPORAN

2.1

Susunan Laporan Laporan Akhir Projek mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut urutan seperti Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Susunan dan urutan kandungan laporan.

Rujuk Bhg 2.9 2.10 2.11 2.12

Perkara

Status

Contoh (Lampiran)

Catatan

Halaman Senarai Jadual Halaman Senarai Rajah Halaman Senarai Simbol/ Singkatan/ Tatanama/ Istilah Halaman Senarai Lampiran

Wajib Wajib Jika ada Jika ada

G H I J

Bernombor Roman kecil Bernombor Roman kecil Bernombor Roman kecil Bernombor Roman kecil Bernombor Rumi.

2.13

Kandungan Teks

Wajib

L Bermula dengan 1 Bernombor Rumi.

2.14

Rujukan

Wajib

K Sambung daripada teks.

2.15

Kulit Depan Laporan

Wajib

Mengikut format. Bernombor Rumi.

2.16

Lampiran

Pilihan

Sambung daripada rujukan

2.2

Pengesahan Penyelia

Laporan yang hendak diserah untuk tujuan peperiksaan hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih dahulu. Rujuk Lampiran A untuk format halaman pengesahan penyelia. 2.3 Halaman Tajuk Projek

Halaman Tajuk Projek mesti mempunyai maklumat yang disusun mengikut urutan berikut: Tajuk (mesti ditulis dengan lengkap tanpa singkatan) Nama penuh pelajar (seperti dalam kad pengenalan) Pernyataan tujuan Laporan Akhir Nama Jabatan Nama Politeknik Bulan dan Tahun diserahkan. Rujuk Lampiran B untuk format yang ditetapkan.

Pernyataan tujuan laporan bagi Projek Pelajar adalah seperti berikut: Laporan Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Sijil/Diploma Kejuruteraan Elektrik Ataupun dalam Bahasa Inggeris: This Report Is Submitted in Partial Fulfillment Of Requirements For The Certificate/Diploma In Electrical Engineering Rujuk Lampiran B untuk format yang ditetapkan. 2.4 Halaman Pengakuan

Halaman Pengakuan Laporan mengandungi pengakuan pelajar tentang keaslian laporan. Ia memerlukan tandatangan pelajar sendiri. Sila rujuk Lampiran C untuk format yang ditetapkan. 2.5 Halaman Dedikasi (Pilihan)

Pernyataan dedikasi mestilah ringkas dan tidak melebihi satu perenggan serta tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar. Rujuk Lampiran D untuk format yang ditetapkan. 2.6 Halaman Penghargaan (Pilihan)

Halaman penghargaan hanya dibenarkan ditulis dalam satu halaman sahaja. Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah memberi bantuan dalam penyediaan projek dan laporan ini. 2.7 Abstrak

Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan diikuti oleh terjemahannya dalam Bahasa Inggeris di halaman berikutnya. Abstrak ialah ringkasan daripada laporan, kenyataan masalah yang diselesaikan, cara-cara penyiasatan dan diikuti penutup. Abstrak mestilah tidak melebihi satu muka surat, tidak mengandungi formula matematik, gambarajah dan lain-lain yang tidak berkenaan. Abstrak mesti ditulis dalam satu perenggan sahaja. Bagi laporan dalam Bahasa Inggeris, abstrak hendaklah dalam bahasa tersebut dan diikuti dengan terjemahannya dalam Bahasa Melayu. Rujuk Lampiran E untuk format yang ditetapkan. 2.8 Halaman Isi Kandungan

Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan mengandungi Bahagian, Bab dan pecahan-pecahan utama daripada babbab berkenaan. Bilangan bab tidak ditetapkan, tetapi perlu mengandungi perkara-perkara berikut: Pendahuluan; Kajian literature; Objektif Projek; Eksperimen dan pengumpulan data; Keputusan dan Perbincangan; Kesimpulan Rujuk Lampiran F untuk format yang ditetapkan.. 2.9 Halaman Senarai Jadual

Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam laporan. Nombor halaman dan tajuk jadual hendaklah dicatatkan dalam senarai ini. Urutan nombor jadual hendaklah dibuat mengikut Bab. Rujuk Lampiran G untuk format yang ditetapkan.. 2.10 Halaman Senarai Rajah Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan peta. Seperti senarai jadual, nombor halaman dan tajuk rajah hendaklah dicatatkan dalam senarai rajah. Urutan nombor rajah hendaklah dibuat mengikut Bab. Rujuk Lampiran H untuk format yang ditetapkan. 2.11 Halaman Senarai Simbol/Singkatan/Tatanama/Istilah Halaman ini menyenaraikan sebarang symbol atau singkatan atau tatanama atau istilah yang digunakan dalam laporan. Rujuk Lampiran I untuk format yang ditetapkan.

2.12 Halaman Senarai Lampiran Semua lampiran yang dimuatkan dalam laporan perlu disenaraikan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut: a) Laporan tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu, data kajian, persamaan matematik, senarai aturcara komputer, gambar dan sebagainya yang perlu dan terlalu

panjang untuk dimuatkan dalam teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks bolehlah disertakan dalam lampiran. b) Lampiran boleh diberi nama Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya bergantung kepada jenis dan kuantiti bahan yang disertakan sebagai lampiran.

Rujuk Lampiran J untuk format yang ditetapkan. 2.13 Kandungan Teks Teks dalam laporan hendaklah mengandungi Bab-bab yang diberi tajuk yang sesuai. Setiap tajuk hendaklah membayangkan kandungan teks tersebut.Setiap Bab hendaklah dimulakan pada halaman baru. Bab boleh dipecahkan kepada bahagian yang diberi sub-tajuk. Tajuk dan sub-tajuk mestilah dinomborkan mengikut turutan. Teks ditulis perenggan demi perenggan. Jika boleh, elakkan menulis perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya menerangkan satu isu atau perkara dan hendaklah ada kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. 2.13.1 Rujukan Dalam Teks Rujukan kepada buku teks dan pernerbitan lain mesti dinyatakan. Jika menggunakan sistem nombor, setiap rujukan yang digunakan diberi mengikut angka Rumi. Bagi merujuk dalam teks, terdapat dua kaedah yang boleh digunakan. Jika nama penulis disebut dalam ayat, masukkan nombor rujukan dengan tanda kurung [ ] selepas penyebutan nama penulis yang dirujuk, contohnya: Satu algoritma untuk mengkomputkan jelmaan Fourier diskret telah diterbitkan oleh Cooley dan Turkey [1] pada tahun 1995. Sekiranya tidak memerlukan nama pengarang dalam ayat, tuliskan nombor rujukan sahaja. Contoh: Oleh itu, penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi masalah pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini [1].

2.13.2 Petikan Dalam Teks Petikan dalam teks hendaklah ditulis dalam perenggan yang berasingan. Petikan yang ditulis dalam bahasa lain hendaklah menggunakan huruf condong. Contohnya; The Encyclopedia Britannica (Vol. 11, 9.837) [16] describes tomography in a more application-oriented manner: A still more complex technique variously called computerized axial tomography (CAT), was developed by Godfrey Hounsfield at Great Britain and Allen Cormack of the United States during the 1970s. Since then it has become a widely used diagnostic approach. In this procedure, a narrow beam of X-rays sweeps across an area of the body and it recorded not an film but with a radiation detector as a pattern of electrical impulse. 2.13.3 Persamaan Matematik Persamaan matematik atau persamaan lain mestilah ditulis di atas baris yang terasing dan baris tersebut hendaklah di right-justifiedkan. Persamaan juga hendaklah dinomborkan mengikut tertib. Sebagai contoh:

(5.3)

Menandakan persamaan yang ketiga dalam Bab V dan seterusnya. 2.13.4 Jadual Dalam Teks Jadual yang dimuatkan ke dalam teks hendaklah dinomborkan. Setiap jadual diberi tajuk yang diletak di atas jadual tersebut pada jarak satu baris. Nombor jadual hendaklah dikaitkan dengan Bab. Contohnya;

Table 6.3: Comparison of the Performance of the Integral Control ison with Kp=2 For Tank #1

Jadual sebaik-baiknya diletak selepas sahaja dirujuk buat kali pertama baiknya dalam teks.Semua jadual hendaklah disenaraikan dalam halaman Senarai Jadual. 2.13.4 Rajah Dalam Teks Bahan ilutrasi contohnya peta, carta, lukisan, graf, gambarajah dan fotograf disebut Rajah. Setiap rajah hendaklah jelas dan bermutu tinggi dan dinomborkan.Tajuk rajah diletak di bawah bahan ilutrasi tersebut pada jarak satu baris. Nombor rajah hendaklah dikaitkan dengan h Bab. Contohya;

Rajah 1.1: Komponen penurasan imej Menandakan rajah pertama dalan Bab I. 2.14 Rujukan Rujukan merupakan bahan yang dirujuk semasa menyediakan laporan. Pelajar diingatkan supaya menyenaraikan bahan yang dirujuk dalam halaman rujukan selepas teks. Rujuk Lampiran K untuk format yang ditetapkan.

2.15 Lampiran Lampiran membolehkan pelajar memuatkan bahan yang dapat memberi penerangan tambahan kepada teks dengan tidak mengganggu tumpuan pembaca. Bahan-bahan ini termasuk jadual, carta, atur cara perisian dan lain-lain. Semua lampiran hendaklah disenaraikan dalam halaman Senarai Lampiran.

BAB III

PENYEDIAAN LAPORAN

3.1

Cara Menyediakan Salinan

Cara menyediakan salinan ialah, laporan asal ditaip dan salinannya fotostat. 3.2 Kertas & Saiz

Kertas ( 80gsm) berukuran 210mm x 297mm (saiz A4) yang berwarna putih dan bermutu tinggi mesti digunakan untuk salinan asal. 3.3 Jidar Halaman Laporan

Pada amnya jidar adalah sama bagi setiap halaman, iaitu 4 cm di sebelah kiri (untuk memudahkan penjilidan) dan 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah.

3.4

Penomboran Halaman

Nomborkan halaman mengikut urutan seperti yang ditetapkan dalam Jadual 2.1. Nombor halaman hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kanan, 1.25cm dari tepi atas dan 2.5cm dari tepi sebelah kanan digit terakhir nombor berkenaan. Penomboran halaman hendaklah memenuhi syarat berikut: a) Bahagian permulaan laporan yang bermula dengan Halaman Tajuk Projek, hendaklah dinombor dengan angka kecil Roman (i, ii, iii dsb); bahagian teks dan selepasnya hendaklah menggunakan angka Rumi (1, 2, 3 dsb). Halaman pertama laporan ialah Halaman Tajuk Projek, dianggap sebagai halaman i tetapi nombornya tidak ditaip. Begitu juga dengan halaman pertama teks yang dianggap sebagai halaman 1 tetapi nombornya tidak ditaip. Setiap permulaan Bahagian atau Bab, tidak ditulis nombor halamannya tetapi diambilkira bagi menomborkan halaman berikutnya. Penomboran Bab & Sub-Tajuk Dalam Bab

b)

c)

3.5

Setiap Bab dan sub-tajuk dalam laporan perlu dinomborkan dengan teratur. Setiap Bab (Chapter) dinomborkan menggunakan angka Roman iaitu BAB II (Chapter 2), BAB III (Chapter 3) dan seterusnya. Begitu juga dengan sub-tajuk. Struktur penomboran sub-judul disusun mengikut urutan tahap sub-tajuk dan tidak melebihi empat tahap seperti berikut: BAB 1 1.1 1.1.1 1.1.1.1 3.6 Penaipan Tahap Tahap Tahap Tahap pertama kedua ketiga keempat (Tajuk Bab Laporan) (Sub-Tajuk) (Sub-sub-Tajuk) (Sub-sub-sub-Tajuk)

Penggunaan Microsoft Words 98 atau versi yang lebih terkini, sila gunakan jenis huruf (font) Times New Roman, bersaiz 12. Jarak di antara baris dalam teks ialah satu setengah langkau (1.5 spacing). Teks dalam laporan hendaklah ditaip pada sebelah halaman sahaja. Tajuk Bab hendaklah ditaip dengan huruf besar dan diletak di tengahtengah antara jidar kiri dengan kanan. Setiap Bab hendaklah di atas halaman yang baru. Bab dan bahagian dalam Bab hendaklah diberi

tajuk. Tajuk boleh ditaip dengan huruf tebal dan tidak perlu digariskan. Huruf pertama setiap perkataan dalam Sub-Tajuk hendaklah huruf besar. 3.7 Jarak Dan Format Pelajar perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut: a) Halaman Permulaan Bab baru i. Jarak di antara jidar atas dengan Nombor Bab ialah dua (2) baris; ii. Jarak di antara Nombor Bab dengan Tajuk Bab, dan di antara Tajuk Bab dengan baris pertama teks ialah tiga (3) baris; Halaman biasa i. Jarak di antara Sub-Tajuk dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah dua (2) baris; ii. Jarak di antara Sub-Tajuk dengan baris pertama teks selepasnya ialah satu (1) baris; iii. Jarak di antara perenggan ialah satu (1) baris; iv. Mulakan Sub-Tajuk berserta nombornya dari jidar kiri; v. Jangan mulakan baris pertama perenggan baru di sebelah bawah halaman; vi. Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual dan Rajah ialah satu (1) baris.

b)

Rujuk Lampiran L untuk format yang ditetapkan. 3.8 Naskah Cetakan Komputer

Pelajar hendaklah menaip laporan dengan menggunakan komputer kerana cara ini membolehkan pembetulan dibuat dengan cepat dan mudah. Cetakan laporan hendaklah dibuat menggunakan mesin cetak laser atau kualiti cetakan yang setaraf.

RUJUKAN [1] Universiti Teknologi Malaysia (2002). Panduan Menulis Tesis Dan Salinan [2] Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan (2006). Panduan Penyediaan Laporan Akhir PSM.Fakulti Kejuruteraan Elektrik. [3] Universiti Sains Malaysia (1998). Panduan Penyediaan Laporan Projek Tahun Akhir. Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Diploma Kejuruteraan Elektrik.

AZHAR BIN JAFFAR

This Report Is Submitted In Partial Fulfillment Of Requirements For Diploma In Electrical Engineering

Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Ungku Omar

You might also like