You are on page 1of 19

PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

BADAN-BADAN BERKANUN DAN KUASA-KUASA TEMPATAN


1. UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN DENGAN PENCEN

1.1

Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan

Tempatan 1980 (Akta 239).


1.2 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1984 Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan

1.3 Para 39 Perintah Am Bab A Kemasukan ke dalam perjawatan berpencen sekali sahaja
Seseorang pegawai yang telah dimasukkan ke dalam perjawatan berpencen tidak perlu diperakukan sekali lagi untuk kemasukan ke dalam perjawatan berpencen apabila dilantik ke satu jawatan baru.

2. KELAYAKAN UNTUK MEMPEROLEHI TARAF PEKERJA BERPENCEN


2.1 Seksyen 6 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) telah dipinda melalui Akta A824 tahun 1992 yang berkuatkuasa mulai 1.1.1992. Mulai tarikh ini, seseorang pekerja adalah layak diberi taraf berpencen jika ia:
(a) memegang jawatan tetap dalam senarai perjawatan yang sah; (b) telah disahkan ke dalam jawatannya yang sekarang; dan (c) telah ganap tempoh selama tidak kurang daripada tiga tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira. (d) Warganegara Malaysia sahaja.(Perintah Am Bab A)

2.2

Peruntukan seksyen 6 Akta 239 terpakai bagi

pekerja-pekerja yang telah memilih,atau


disifatkan telah memilih, skim faedah-faedah

persaraan di bawah Pekeliling Perkhidmatan


mengenai perlaksanaan gaji dan syarat-syarat

perkhidmatan Jawatankuasa Kabinet (Skim


Baru) dan pekerja-pekerja yang dilantik di

bawah Skim Baru sebelum 12.4.1991.

2.3

Bagi pekerja-pekerja yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991 dan telah membuat opsyen di bawah seksyen 6 Akta 239 untuk memasuki Skim Pencen (dan tidak kekal di dalam Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), peruntukan seksyen 6 Akta 239 akan terpakai ke atas mereka.

2.4 Peruntukan seksyen 6A(3) Akta 239 (Pelaksanaan Opsyen), dimana opsyen oleh seseorang pekerja hendaklah mula berkuatkuasa pada masa dia disahkan dalam jawatannya dan hendaklah pada ketika itu menjadi muktamad. 2.5. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15/2001 : (Tawaran Opsyen Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)

3.

CARA MENGEMUKAKAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

3.1 Perakuan pemberian taraf berpencen bagi pekerja yang telah disahkan dalam jawatannya dan tidak memilih Skim KWSP hendaklah dihantar ke JPA sebulan sebelum genapnya tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira.
3.2 Borang dan dokumen Urusan Pemberian Taraf Berpencen ialah:(a) Borang JPA. BP.SPPP. B06 Perakuan Pemberian Taraf Berpencen.

(b) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini (lengkap dengan nama, nombor kad pengenalan, pengesahan jawatan dan opsyen pegawai).

3.3 Pihak pengurusan adalah bertanggungjawab sepenuhnya di ata kesahihan setiap maklumat yang tercatat di dalam Borang JPA.BP.SPPP.B06. Sekiranya timbul apa-apa keraguan atau kemusykilan terhadap butiran atau maklumat di dalam Borang tersebut, tanggungjawab sepenuhnya adalah terletak di pihak pengurusan yang berkenaan. 3.4 INGATAN: Pemberian taraf berpencen bolehlah ditarik balik atau dibatalkan pada bila-bila masa oleh Pihak Berkuasa Pencen sekiranya didapati bahawa pemberian atau kelulusan ini telah dibuat berasaskan fakta-fakta yang tidak benar sebagaimana tercatat di dalam Borang JPA.BP.SPPP.B06

3.5 Pihak pengurusan ada bertanggungjawab untuk memaklumkan:pekerja berkenaan mengenai Kelulusan Pemberian Taraf Berpencen; Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk urusan pemberhentian caruman pekerja berkenaan; dan Kumpulan Wang Amanah Pencen untuk menentukan tarikh bermulanya caruman majikan sebanyak 17 % ke dalam Kumpulan Wang tersebut .Serentak dengan itu,pihak pengurusan juga bertanggungjawab untuk memastikan pemberian taraf berpencen bagi pekerja yang berkenaan dicatatkan ke dalam Buku Perkhidmatannya.

PERAKUAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN OLEH PIHAK PENGURUSAN BBKT

1. LATAR BELAKANG Sebelum 7 Ogos 1980 (Perwartaan Akta 239), tindakan perletakan ke dalam Jawatan Berpencen telah dibuat oleh Lembaga Pengurus Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan sendiri mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1975.

1. Mulai 7 Ogos 1980, Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan pemberian taraf berpencen kepada pekerja-pekerja BBKT mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan (BadanBadan Berkanun dan Kuasa-Kuasa Tempatan) Bilangan 1 Tahun 1984.
2. Jika tanggungjawab perakuan pemberian taraf berpencen diserahkan semua kepada Lembaga Pengurus Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, mereka boleh meluluskan perakuan pekerjapekerja tetap masing-masing mengikut seksyen 6, Akta 239.

PERWAKILAN KUASA DI BAWAH AKTA PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1980 ( AKTA 239 )
1. KUASA UNTUK MEMBERI TARAF BERPENCEN
1.1 Di bawah seksyen 6 Akta 239 kuasa untuk memberi taraf berpencen mulai daripada 7 Ogos 1980 iaitu tarikh Akta tersebut diwartakan adalah terletak pada Pihak Berkuasa Pencen yang ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya secara bertulis untuk bertindak bagi pihaknya.

1.2 Sebelum daripada tarikh perwartaan Akta 239 itu ( 7 Ogos 1980 ), Majlis / Lembaga Pengurusan Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan telah menjalankan kuasa untuk memberi taraf berpencen bagi pekerja tetap dalam badan masing-masing. 1.3 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah mewakilkan kuasa di bawah Akta 239 melalui JPA.S.228/4/2 bertarikh 2 Julai 1987 kepada Ketua Penolong Pengarah, Unit BBKT, Bahagian Pencen seperti berikut-

(i) Ketua Penolong Pengarah meluluskan pemberian taraf berpencen kepada pekerjapekerja Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi semua kumpulan.

PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP


SKIM PENCEN
1.Caruman Tiada 2. Faedah Persaraan (i) Pencen bulanan seumur hayat ( jaminan sara hidup seumur hayat ) (ii) Ganjaran bayaran sekaligus (Caruman KWSP Syir Kerajaan / Majikan dikutip balik untuk dibayar kepada KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen)

SKIM KWSP

Caruman KWSP oleh Majikan dan pekerja.

Layak caruman Kerajaan atau Majikan di samping caruman pekerja beserta dengan dividen

PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP SKIM PENCEN 3. Faedah Kematian (i) Pencen Terbitan (ii) Ganjaran Terbitan (bagi kematian pegawai dalam perkhidmatan) 4. Faedah Hilangupaya Pencen Hilangupaya/Pencen Tanggungan SKIM KWSP Layak RM2,000

Layak RM2,000

PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP


SKIM PENCEN 5. Penyelarasan Layak penyelarasan pencen berikutan semakan gaji kakitangan awam dengan syarat bermastautin di Malaysia 6.Kemudahan Rawatan/Perubatan Pesara dan keluarga layak mendapat kemudahan rawatan/perubatan percuma di hospital-hospital Kerajaan SKIM KWSP

Tiada

Tidak layak

PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP SKIM PENCEN Kelayakan (i) Pegawai berpencen yang bersara. (ii) Tidak layak jika meletakkan jawatan atau dibuang kerja. 8. Faedah-Faedah Lain Ganjaran tidak dikenakan cukai pendapatan. Pencen yang diterima oleh pesara sebelum mencapai umur 55 tahun dikenakan cukai pendapatan. SKIM KWSP Boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan kelayakannya di bawah Skim KWSP (i) Layak Dividen KWSP (ii) Pelepasan cukai pendapatan bagi caruman KWSP terhad kepada RM5,000setahun

Skim Pencen Sektor Awam sekarang adalah antara yang terbaik kerana 1. Non Contributory di pihak pekerja 2. Skim Pencen Keluarga
3. Penyelasaran Pencen 4. Kemudahan rawatan perubatan

PERTANYAAN & PERHUBUNGAN URUSAN PERSARAAN DAN PENCEN

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA BAHAGIAN PENCEN ARAS 2 - 5, BLOK C2, PARCEL C PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62510 PUTRAJAYA
No. Tel: 03-88853000 / 03-88854906 No. Fak: 03-88892193 / 03-88892196 Portal Laman Web: http://www.jpa.gov.my

TERIMA KASIH

Thank You
DARI BAHAGIAN PENCEN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

You might also like