You are on page 1of 8

TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)ASAS MULTIMEDIA 1.

0Pengenalan kepada Multimediao Perkataan multimedia adalah berdasarkan dua perkataan iaitu Multi dan Media/medium. oMulti membawa maksud banyak/pelbagai dimana ia menandakan terdapat lebih daripada satu media yang wujud di dalam sesuatu aplikasi. oMedia pula merujuk kepda alat atau pengantara untuk menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. 1.1Definisi MultimediaoSatu teknik yang digunakan untuk mengintegrasikan pelbagai media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi dalam satu persekitaran digital yang mempunyai ciri-ciri interaktiviti (Norazlin etc, 2007). oTerdapat lima elemen atau media utama didalam Multimedia iaitu Teks, Grafik, Audio, Video, dan Animasi. oSetiap elemen tersebut mempunyai peranan yang tersendiri dalam mewujudkan informasi yang menarik dan berkesan (Jamalludin dan Zaidatun, 2003)

Elemen-elemen multimedia Teks -Merupakan asas utama bagi penyaluran sesuatu informasi. -Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian sesuatu informasi. -Boleh juga digunakan untuk memberikan penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan Grafik -Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan informasi. -Grafik membantu dalam menerangkan sesuatu informasi secara lebih berkesan. -Grafik wujud dalam pelbagai bentuk seperti ilustrasi, lukisan, carta, gambar, diagram dan sebagainya Audio -Digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan -Menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan terhadap isi yang dipersembahkan. -Contoh : Suara latar, muzik, lagu dan kesan bunyi Video -Merujuk kepada siri gambar foto atau grafik yang dipersembahkan dalam satu kadar masa yang pantas. -Video menawarkan satu persembahan atau paparan yang lebih hidup dan realistik Animasi -Proses penerangan atau penyampaian sesuatu maklumat yang kompleks dapat digambarkan dengan lebih mudah dan pantas -Animasi membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik Interaktiviti -Interaktiviti membenarkan pengguna berinteraksi secara dua hala -Memberi peluang kepada pengguna untuk menentukan apa, bagaimana dan bila sesuatu maklumat itu dipersembahkan.-Pengguna dapat meneroka sesuatu maklumat mengikut keperluan dan kepantasan mereka.-Persembahan maklumat lebih dinamik dan interaktif

Rekabentuk Asas Multimedia oTerdapat dua strategi rekabentuk asas multimedia iaitu linear dan bukan linear. oBerikut merupakan secara ringkas rekabentuk asas multimedia

Hipermedia dan Hiperteks oInteraktiviti melalui satu sistem navigasi adalah menggunakan pautan. oPautan adalah rujukan atau elemen navigasi dalam satu dokumen ke dokumen yang sama atau ke dokumen yang lain. oPautan ini secara automatik membawa maklumat rujukan tersebut kepada pengguna apabila elemen navigasi tersebut dipilih oleh pengguna. oTerdapat dua perkataan yang penting dalam pautan iaitu hiperteks dan hipermedia. oHipermedia dan hiperteks merupakan antara kemudahan yang membolehkan sesebuah sistem multimedia interaktif yang lebih berkesan dapat dihasilkan

Perisian-Perisian Multimedia oBagi komponen yang melibatkan penggunaan perisian multimedia, terdapat beberapa jenis perisian multimedia yang diperlukan untuk membangunkan perisian multimedia. oPerisian-perisian tersebut dikategorikan sebagai Perisian Grafik, Perisian Audio, Perisian Video, Perisian Animasi dan Perisian Pengarangan/Pengaturcaraan Perisian Grafik oBagi komponen yang melibatkan penggunaan perisian multimedia, terdapat beberapa jenis perisian multimedia yang diperlukan untuk membangunkan perisian multimedia. oPerisian-perisian tersebut dikategorikan sebagai Perisian Grafik, Perisian Audio, Perisian Video, Perisian Animasi dan Perisian Pengarangan/Pengaturcaraan.1.2.1Perisian Grafik oDigunakan untuk menghasilkan imej, ikon, butang, antaramuka, gambar dan sebagainya. oBoleh juga digunakan untuk mengubah suai imej sedia ada untuk menghasilkan imej yang lebih bermakna untuk digunakan di dalam aplikasi yang akan dibangunkan.oContoh perisian grafik ialah Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe In Design, Corel Draw. oContoh format fail grafik ialah jpg, gif, tiff, bmp, png dan sebagainya.oPerisian grafik terbahagia kepada 2 jenis iaitu grafik jenis vektor dan bitmap

Perisian Audio oPerisian audio digunakan untuk menghasilkan sebuah fail audio yang akan digabungkan bersama dengan fail grafik, video atau animasi semasa proses pembangunan aplikasi multimedia. oPerisian audio yang biasa digunakan ialah Sound Forge, Adobe Audition, Sony ACID Pro dan sebagainya.oContoh format fail audio ialah wav, aiff, mp3 dan mid Perisian Video oPerisian video digunakan adalah untuk menghasilkan video dengan kualiti yang baik serta mengubahsuai video. oPerisian video yang sering digunakan ialah Adobe Premier, Ulead Video Studio, Movie Maker, Flash Video Encoder dan sebagainya. oContoh format fail video ialah avi, mov, mpeg dan flv. oFlv- sering digunakan kerana saiz yang lebih kecil dan kualiti video yang dihasilkan cukup baik Perisian Animasi oPerisian animasi digunakan untuk menghasilkan paparan pergerakan berbentuk cerita atau sebahagian paparan antaramuka perisian. oAnimasi digunakan bagi melambangkan atau mewakilkan pergerakan bagi sesuatu maksud yang tidak dapat diterangkan dengan jelas melalui teks atau grafik. oAnimasi boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu animasi 2 Dimensi (2D) dan animasi 3 Dimensi (3D). oPerisian bagi menghasilkan animasi jenis 2D adalah seperti Macromedia Director, Adobe Flash CS3, Toon boom, Soho, Moho dan sebagainya. oManakala perisian 3D yang biasa digunakan ialah 3D Studio Max, Lightwave, Maya dan sebagainya

Perisian pengarangan/Pengaturcaraan oPerisian pengarangan adalah merupakan medium atau pengantara bagi pengintegrasian kesemua elemen-elemen multimedia yang telah dihasilkan dengan menggunakan perisianperisian multimedia. oProses pembangunan aplikasi multimedia melibatkan beberapa metafora. Antara metafora yang biasa digunakan ialah metaforan berasaskan ikon, metafora berasaskan garis masa dan metafora berasaskan susunankad atau buku. oFail exe adalah fail yang bersifat standalone dimana ianya tidak memerlukan perisian pengarangan untuk dimainkan semula (playback). oAntara perisian pengarangan berasaskan CD-ROM ialah Adobe Flash CS3, Macromedia Director, Macromedia Authorware.oPerisian pengarangan berasaskan web adalah seperti Microsoft Fronpage dan Adobe Dreamwiver CS3 BIDANG PENGGUNAAN MULTIMEDIA Multimedia boleh digunakan dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, pengajaran, pembelajaran, pemasaran, perniagaan dan sebagainya. Penggunaan teknologi multimedia mampu memberi kesan yang besar dalam bidang-bidang tersebut