You are on page 1of 18

MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Maksud masalah bahasa dan komunikasi ialah ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi, morforlogi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Kanakkanak bermasalah bahasa mengalami kesukaran untuk mengeluar atau menyebut sesuatu perkataan. Masalah berbahasa menyebabkan kanak-kanak mendiamkan diri daripada bertanya dan tidak mahu bertindak balas atau menjawab soalansoalan, memberi penerangan atau arahan. Mereka akan terus mendiamkan diri kecuali kalau dipaksa untuk menjawab soalan. Kanak-kanak ini akan mengambil masa yang lama untuk memahami dan mengeluarkan pendapat apabila bercakap.

Komponen-komponen bahasa dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bentuk bahasa, kandungan bahasa dan fungsi bahasa. Terdapat tiga bentuk bahasa, iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis. Maksud fonologi ialah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan kombinasi bunyi. Manakala maksud morfologi ialah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem). Akhir sekali, bagi maksud sintaksis ialah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam lingkungan ayat tersebut. Manakala kandungan bahasa ialah semantik. Maksud semantik ialah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan, kehendak, dan makna perkataan dan ayat. Manakala dari segi fungsi bahasa adalah pragmatik. Maksud pragmatik ialah sistem sosiolinguistik yang mencorak

penggunaan bahasa dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau percakapan.

Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti nama untuk mama, blink untuk drink. Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhanyang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan tenses yang salah (bahasa Inggeris). Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan

tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks. Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak berupaya memahami makna perkataan. Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.

Antara punca masalah bahasa adalah kelewatan bahasa. Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya. Sesetengah kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat daripada yang lain, tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya. Selain itu adalah disebabkan oleh masalah Aphasia. Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk membentuk, atau memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbolsimbol arbitrari bahasa (Holland & Reinmuth, 1982). Aphasia berpunca daripada kerosakan otak. Bagi kanak-kanak kerosakan otak berpunca akibat kecederaan otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor) otak. Manakala bagi orang dewasa pula mungkin akibat daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan. Tambahan lagi ialah gangguan proses auditori pusat (Central auditory processing disorders /CAPD). Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori (pendengaran) dan menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD tidak mengalami masalah pendengaran (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak tidak dapat menterjemah maklumat auditori yang diterima daripada telinga dengan baik.

Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaannya menghadapi masalah bahasa yang serius. Masalah bahasa yang mereka hadapi lebih tertumpu kepada ketidakupayaan memperoleh dan menguasai bahasa penerimaan yang tepat, ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat, dan ketidakupayaan menguasai serta melahirkan bahasa pelahiran. Contohnya mengingat kembali perkataan dan menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak.

Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu masalah artikulasi, masalah suara, dan masalah kelancaran.. Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal,

sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada penggantian, pengguguran, pengubahan, dan penambahan. Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya malan untuk makan wabbit untuk rabbit. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang. Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau

menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya idung untuk hidung, besa untuk besar, dan lain-lain. Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan sip disebut shlip. Sekiranya untuk perkataan susah, konsonan s disebut dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya sssyusyah. Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti bawa disebut bawah atau bawuah, animal disebut ammanimal atau ammaminal.

Bagi masalah atau gangguan suara pula, ia melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara berbeza dari segi nada, kualiti suara, dan punca suara dihasilkan. Suara kurang menyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau, serak atau garau (hoarseness), dan berbisik. Semua ini akan mengganggu komunikasi yang berkesan. Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang sepatutnya keluar melalui rongga mulut telah keluar mengikut rongga hidung ketika bercakap. Keadaan ini menjadikan suara sengau atau seperti hidung tersumbat . Oleh itu kanak-kanak sumbing akan menyebut kebanyakan konsonan secara sengau kecuali bunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan n, m, dan ng . Masalah suara akibat jeritan, sorakan yang terlalu kuat hanyalah bersifat sementara dan akan pulih apabila tekak diubati dan kekuatan bunyi pertuturan dikurangkan. Guru akan dapat mengenal pasti pelajarnya yang menghadapi masalah suara berdasarkan petunjuk-petunjuk seperti suara sengau, suara sangat perlahan, bercakap senada dan sebagainya.

Manakala jika dilihat dari segi kelancaran pula, gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan

seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang paling biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulangulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan. Terdapat beberapa fakta yang berkaitan dengan gagap. Di antaranya adalah gagap sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak-kanak (2-4 tahun), tetapi akan beransuransur pulih setelah melalui pengalaman interaksi dengan persekitaran. Mengikut kajian kaum lelaki lebih ramai gagap berbanding wanita, dan gagap boleh diturunkan melalui pertalian genetik keluarga. Individu yang gagap akan menunjukkan ciri-ciri tertentu pertuturannya. Namun dari segi fizikal individu yang gagap tidak ada perbezaan dengan individu normal. Di antara ciri individu yang gagap adalah seperti pertuturan tidak lancar kerana secara tidak sengaja kerap mengulang-ulang menyebut perkataan dan pemanjangan bunyi perkataan. Selain itu melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan satu huruf yang sama dan gagal mengaitkan perkataan dengan emosi. Mereka yang mengalami masalah ini akan cuba menyembunyikan masalah gagap dengan mengubah nada dan kadar pertuturan, memejamkan mata, mengulang suku kata, perkataan atau frasa, dan menggerakkan tangan semasa bertutur.

Banyak faktor yang dikaitkan sebagai punca kepada masalah gagap. Berdasarkan pendapat daripada beberapa pengkaji, punca masalah gagap boleh dirumuskan seperti berikut. Antaranya ialah ketidakstabilan mekanisme

neuromuscular untuk pertuturan ketika peringkat awal kanak-kanak. Ketika kanakkanak sudah mula mahu bercakap, otot-otot pertuturan masih belum bersedia dan tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan pertuturan menjadi tersekat-sekat dan berulang-ulang. Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap terutamanya persekitaran rumah yang tidak selamat dan tidak menggembirakan serta hubungan emosi yang tidak cukup di antara anak dan ibu bapa. Selain itu keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan, dan mempunyai masalah kesihatan. Tambahan lagi kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan, kematian orang tersayang terutamanya ibu atau bapa, pengalaman yang menakutkan, dan menghidap sesuatu penyakit merupakan salah satu faktor yang dikaitkan sebagai

punca kepada masalah gagap. Selain itu, peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar bertutur. Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar kemungkinan masalah gagap akan diturunkan kepada anak-anak mereka. Seseorang yang mahir tangan kiri boleh menjadi gagap sekiranya dipaksa menggunakan tangan kanan untuk menulis atau membuat sebarang kerja.

Dalam aspek fizikal bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan ini, mereka ini berkemungkinan beberapa ciri-ciri khas yang tertentu. Antaranya ialah seperti sumbing bibir, masalah pendengaran, palsi serebrum, dan dispraksia. Keadaan fizikal seperti ini telah menyukarkan kanak-kanak ini dalam proses pertuturan untuk berkomunikasi dengan masyarakat.

Jika dilihat melalui aspek kognitif pula, kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan ini mempunyai tumpuan yang singkat atau terhad tetapi mereka memberi tumpuan yang berlebihan kepada perkara yang mereka sukai. Keadaan ini dikenali sebagai stimulus overselectivity iaitu perkara atau rangsangan yang menjadi tumpuan secara berlebihan.

Bagi aspek emosi pula, kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan ini sering marah, ketawa, dan menangis tanpa sebab. Selain itu kanak-kanak jenis ini juga akan merosakkan apa saja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu.

Tahap sosial bagi kanak-kanak masalah pertuturan ini agak terhad. Mereka sukar untuk bergaul dengan orang sekeliling. Selain itu, kanak-kanak jenis ini suka bersendirian dan tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.

Jika dilihat melalui aspek tingkah laku pula, kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan ini, mereka ini dilihat agak pemalu dan suka membuat kerja sendiri. Selain itu, mereka juga lebih cenderung untuk tidak berbual-bual dengan masyarakat dan lebih suka berdiam diri.

Kesimpulannya kemahiran bahasa sangat sukar dikuasai oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Selain bermasalah menguasai komponen bahasa seperti

bentuk, kandungan, dan penggunaannya, terdapat ramai juga kanak-kanak masalah pembelajaran yang mengalami masalah dalam pertuturan. Masalah bahasa dan komunikasi tidak boleh dipandang ringan kerana ketidakupayaan menyampaikan mesej dengan tepat dan jelas disebabkan gangguan pertuturan atau masalah bahasa akan menyebabkan kanak-kanak berasa tertekan, malu, rendah diri, takut berhadapan dengan orang lain, dan mengasingkan diri.. Apabila kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan masalah ini akan menjejas pencapaian akademik dan kemahiran sosial mereka.

ANALISIS MURID
Melalui pemerhatian saya terhadap Sri Suhaila ialah dia seorang yang kurang bercakap atau pendiam. Apabila saya cuba untuk berbual dengannya, beliau hanya tersenyum dan hanya membalas sepatah dua perkataan ataupon langsung tidak membalas dan hanya tersenyum. Hal ini mungkin kerana bagi dia saya adalah orang asing yang masih belum dikenalinya. Beliau mempunyai dua masalah iaitu masalah pendengaran dan komunikasi. Akan tetapi, apa yang akan dibincangkan di sini ialah masalah komunikasi selari dengan tajuk tugasan saya iaitu masalah bahasa dan komunikasi.

Selain itu, jika dilihat dari segi pertuturannya, terdapat kelemahan dan kekurangan dari segi fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Contohnya jika diuji akan aspek fonologi Sri Suhailah tersebut, sebutan sesetengah sebutan yang menggunakan huruf b dan p. Contoh perkataan seperti bola berbunyi seperti pola, beras seperti peras, dan sebagainya. Hal seperti ini boleh mengelirukan pendengar seperti ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan dalam kehidupan seharian dalam mengaplikasikan maksud perkataan yang disebut oleh Sri Suhailah sedangkan beliau memaksudkan perkara yang lain.

Bukan itu sahaja, malah beliau juga agak lemah dalam aspek sintaksis iaitu penyusunan ayat. Beberapa soalan susunan ayat telah diberi kepada beliau untuk dibuat. Keputusannya, masih terdapat kekeliruan kedudukan perkataan, dan beliau sukar untuk meletakkan perkataan yang abstrak pada tempatnya. Contohnya cantik basikal sangat adik saya itu yang mana ayat itu sepatutnya basikal adik saya itu sangat cantik. Hal ini menunjukkan beliau masih keliru dan belum menguasai bahasa dalam aspek sintaksis.

Tambahan lagi, jika dilihat dari aspek pragmatik, beliau nampak agak keliru dengan pengaplikasian maksud sesuatu perkataan yang mempunyai dua makna dalam sesebuah ayat. Contoh perkataan ialah semak dengan penggunaan e pepet. Contoh dalam ayat ialah kebun itu sungguh semak kerana sudah lama tidak dibersihkan. Beliau keliru dengan perkataan semak tersebut kerana kadang-

kadang beliau menganggap maksud semak itu seperti maksud penggunaan guru yang sedang semak buku yang menggunakan e taling. Selain itu juga, seperti perkataan perang. Perang dalam penggunaan e pepet dan perang dalam penggunaan e taling mempunyai maksud yang berlainan. Beliau keliru untuk membezakan maksud kedua-dua perkataan ini sama ada membunyikan dalam penggunaan e pepet atau e taling dalam sesuatu perkataan dalam sesebuah ayat.

Jika dilihat dari kelancaran pertuturannya pula, beliau sukar menyebut sesuatu ayat yang mempunyai lebih dari dua perkataan dalam sesuatu ayat dengan lancar. Jika beliau hendak menyebut sesuatu ayat yang melebihi dari dua patah perkataan, beliau mampu menyebutnya, tetapi agak lambat dan sebutannya satu suku kata demi satu suku kata. Dan kadang-kadang beliau gagap untuk menyebut ayat yang mempunyai lebih dari dua suku kata dengan cuba untuk mengulang perkataan tersebut sehingga betul pada pandangannya. Hal ini menyebabkan kita sebagai pendengar terpaksa memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap perkataan yang diucapkannya.

Selain itu, jika dilihat dari segi antonansinya pula, Sri Suhailah hanya menggunakan antonansi yang mendatar. Selain itu, suaranya juga amat perlahan apabila bercakap. Beliau kurang mahir menggunakan antonansi yang sesuai bagi sesebuah situasi dan mungkin juga suaranya yang perlahan itu tidak dapat membezakan pendengar akan tahap antonansi yang digunakan itu. Hal ini menyukarkan pendengar untuk memahami keadaan dan emosi Sri Suhailah pada masa itu.

Tambahan lagi, jika dilihat dari segi fizikal, tubuhnya agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Selain itu, kakinya juga kelihatan agak tempang. Hal ini disebabkan kedudukan buah pinggang kirinya senget ke atas disebabkan tulang pinggulnya menolaknya ke atas secara tidak langsung. Akan tetapi hal itu tidak memberi apa-apa kesan sampingan terhadap faktor biologikal Sri Suhailah, cuma aktiviti lasak yang yang dilakukan oleh beliau agak kurang lancar disebabkan kekurangannya itu.

ANALISIS IBU BAPA


Mengikut perbualan saya bersama ibu bapa Sri Suhaila binti Mohd Safari, beliau mempunyai masalah komunikasi atau pertuturan. Alamat tempat tinggal beliau berdekatan dengan kawasan perumahan saya iaitu di Ag-16, Pangsapuri Sri Inai, Jalan Anggerik 3, Seksyen BS 7, Bukit Sentosa 2, 48300 Rawang, Selangor. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik perempuan. Adik beradiknya yang lain adalah normal dan tidak mempunyai apa-apa masalah sama ada komunikasi atau pendengaran.

Nombor pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) beliau ialah B 062377. Nombor kad pengenalan beliau ialah 961231-01-6046. Beliau sudah berumur 14 tahun, tetapi berada dalam tahun 6. Hal ini kerana beliau turut mengalami masalah pembelajaran (slow learner). Beliau diberi peluang pada tahun ini untuk mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Bunga Raya 1 kerana menunjukkan prestasi akademik yang agak memuaskan dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas di sekolahnya.

Beliau merupakan anak ketiga dari tiga orang adik beradik. Beliau mempunyai hobi seperti kebanyakan kanak-kanak normal yang lain iaitu mewarna. Selain itu, apabila ditanya subjek kegemaran beliau pada penjaga beliau, Sri Suhailah sangat meminati subjek matematik. Akan tetapi, subjek yang paling tidak diminatinya ialah Bahasa Melayu dan yang mempunyai kaitan dengan sastera.Beliau juga sering mendapat tempat pertama di antara kanak-kanak berkeperluan khas di dalam kelasnya walaupun beliau juga mempunyai masalah slow learner. Hal ini kerana kedua ibu bapanya sentiasa memberi dorongan dan membantu beliau dengan bersungguh-sungguh dalam aspek akademiknya. Manakala makanan kegemaran Sri Suhaila pula ialah nasi lemak, manakala minuman kegemarannya pula ialah teh ais.

Mengikut pernyataan penjaganya, beliau sukar mendengar cakap ibu bapa, tetapi mudah mendengar cakap guru-gurunya di sekolah. Beliau juga merupakan seorang yang pendiam dan sangat sukar untuk bercakap berikutan kerana masalah

pertuturan yang dihadapinya. Mengikut pernyataan penjaganya lagi, masalah komunikasi Sri Suhailah tidak tahu puncanya dan telah wujud sejak lahir dan dapat dikenalpasti masalah komunikasinya itu ketika beliau berumur dalam lingkungan umur 3-4 tahun.

Jika dilihat pada fizikalnya, beliau merupakan seorang yang tempang disebabkan faktor-faktor kedudukan tulang pinggul yang menghadapi sedikit kecacatan. Disebabkan perkara itu, beliau sukar untuk melibatkan diri dalam sukan dengan aktif dan terbatas. Selain itu, Sri Suhailah dapat mula berjalan ketika berusia 5 tahun, berikutan masalah fizikalnya yang cacat itu. Mengikut kata-kata penjaganya, kedudukan buah pinggang kirinya senget keatas disebabkan tulang pinggulnya menolaknya ke atas secara tidak langsung. Akan tetapi hal itu tidak memberi apa-apa kesan sampingan terhadap faktor biologikal Sri Suhailah. Setiap kali ke sekolah, Sri Suhailah terpaksa dipakaikan lampin berikutan masalah pinggul beliau yang senget yang memerlukan masa untuk Sri Suhailah membuang air kecil atau besar.

Selain itu, beliau mempunyai masalah penyakit kurang deria rasa di kaki. Beliau sering menghadapi kecederaan yang parah pada kaki melalui jangkitanjangkitan kuman berikutan luka-luka atau kecederaan seperti terjatuh, terpijak serpihan kaca, tanpa disedari kesakitan akibat kecederaan tersebut. Hal ini telah membuatkan penjaganya terpaksa prihatin terhadap kesihatan Sri Suhailah. Hal ini kerana Sri Suhailah lebih suka mendiamkan diri apabila sesuatu berlaku ke atasnya tanpa diketahui oleh kedua-dua penjaganya. Selain itu, beliau juga pernah menghidapi ketumbuhan pada belakang badannya pada ketika dahulu, dan telah dibuang melalui pembedahan. Setiap dua sekali, Sri Suhailah akan dibawa ke Hospital Universiti Kuala Lumpur (HUKL) untuk menjalankan psikoterapi, dan hal ini sedikit sebanyak akan memudahkan Sri Suhailah menjalankan kehidupan seharian.

Sri Suhailah binti Mohd Safari

Penjaga Sri Suhailah

Saya dalam proses menebual untuk mendapatkan maklumat tentang diri Sri Suhailah

Antara anugerah akademik yang dimilikinya

BIODATA KANAK-KANAK BERMASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI YANG TELAH DIPILIH.


Nama : Sri Suhailah binti Mohd Safari Umur : 14 tahun No. K/P : 961231-01-6046 Jantina : Perempuan Berat : 35 kg Tinggi : 140 cm No. OKU : B 062377 Bilangan Adik-beradik : 3 orang Anak Keberapa : Ketiga Hobi : Mewarna Cita-cita : Guru Alamat : Ag-16, Pangsapuri Sri Inai, Jalan Anggerik 3, Seksyen BS 7, Bukit Sentosa 2, 48300 Rawang, Selangor Sekolah : Sekolah Kebangsaan Bunga Raya 1 Masalah Pembelajaran : Slow learner Kelas : Unit 1 (Kelas pertama) Makanan Kegemaran : Nasi lemak Minuman Kegemaran : Teh ais Nama Bapa : Mohd Safari bin Saiful Hisyam Pekerjaan Bapa : Kerja sendiri Nama Ibu : Siti Laila binti Mohd Latif Pekerjaan Ibu : Suri rumah

LNGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI


Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah artikulasi sebelum masalah itu berlarutan dan memberi kesan yang negatif kepada kanak-kanak tersebut. Di antaranya adalah seperti terapi pertuturan, pendekatan interaktif, dan komunikasi tambahan (augmented

communication).

Bagi terapi pertuturan, ahli terapi pertuturan akan menjalankan terapi bersama kanak-kanak secara individu, dalam kumpulan kecil, atau secara terus di dalam kelas untuk mengatasi masalah pertuturan kanak-kanak. Di antara strategi yang digunakan ialah aktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-kanak dan bercakap dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku, objek, atau peristiwa yang berlaku digunakan untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak . Ahli terapi juga akan menunjukkan cara penyebutan yang betul dan menggunakan kaedah latih tubi untuk membina kemahiran bertutur dan juga bahasa. Terapi artikulasi (alat pertuturan), iaitu melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi, dan latihan-latihan melalui tunjuk cara penyebutan yang betul kepada kanak-kanak. Terapi ini dilaksanakan melalui aktiviti permainan. Misalnya ahli terapi akan menunjukkan cara menyebut sesuatu huruf, misalnya r . Selain itu dia juga akan menunjukkan cara bagaimana lidah perlu digerakkan untuk menghasilkan bunyi r sebut.

Selain itu bagi pendekatan interaktif,

ahli intervensi yang mungkin terdiri

daripada ibu bapa, guru pendidikan khas, atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat semula jadi kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang dia sedang lakukan, merancang untuk lakukan, ataupun perkara yang dia ingin lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukan semasa kanak-kanak sedang bermain, makan, atau semasa pergi ke restoran dengan menggunakan bahasa dan sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991), tujuan pendekatan ini adalah untuk merangsang kanak-

kanak supaya kanak-kanak banyak bercakap. Justeru, sebutan mereka akan menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagi perbendaharaan kata mereka.

Akhir sekali, bagi komunikasi tambahan pula ada kalanya terdapat kanakkanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah pertuturan yang serius tidak dapat bercakap dengan baik. Oleh itu, komunikasi tambahan diperkenalkan kepada kanak-kanak ini. Satu bentuk komunikasi tambahan adalah bahasa isyarat kod tangan yang biasanya digunakan oleh golongan masalah pendengaran.

LAMPIRAN

RUJUKAN
1. http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-bahasa-dan-komunikasi.html 2. Siri Pengajian Profesional, Perkembangan Kanak-Kanak, Mok Soon Sang, Penerbitan Sdn. Bhd. 3. http://www.scribd.com/doc/19809290/PERKEMBANGAN-KANAKKANAK

SENARAI SEMAK CIRI-CIRI MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

NO

CIRI-CIRI MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

TANDAKAN (/) JIKA ADA

1 2 3 4 5 6 7

Kecacatan suara Masalah bunyi pertuturan Kelemahan dalam bahasa dan lisan Gagap Garau Penggantian bunyi Kelemahan dalam bentuk bahasa, kandungan bahasa, pragmatik bahasa / / / /

8 9 10

Sengau Suara sangat perlahan Bercakap senada /

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS JALAN YAACOB LATIFF, BANDAR TUN RAZAK, CHERAS, 5600 KUALA LUMPUR.

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU

NAMA

: MUHAMMAD IHSAN BIN ISMAIL

NO I/C

: 900530-08-6221

KUMPULAN

: G 2.2 (PISMP AMBILAN JANUARI 2010)

MATAPELAJARAN

: PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI (PKU 3102)

PENSYARAH

: PUAN HABSAH BINTI YUSOF

TARIKH SERAHAN

: 17 SEPTEMBER 2010