You are on page 1of 7

RUPA (unsur seni)

Unsur-unsur Seni - RUPA


A. Pengenalan Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.

pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa

rupa B. Jenis-jenis Rupa Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu: 1. Rupa Geometri Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut. dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu

rupa geometri

rupa geometri

2. Rupa Organik Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya. Dihasilkan secara sepontan

rupa organik

rupa organik C. Rupa Positif dan Rupa Negatif Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu. Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

rupa positif

rupa negatif D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ). Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu. Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif. Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak

1. susunan selang-seli 2. Susunan turun separa 3. Susunan batu-bata 4. Susunan orgee 5. susunan cerminan 6. Susunan sisik ikan E. Rupa dan Lambang / logo

Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan. Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.

lambang yang dihasilkan daripada rupa bunga dan daun

logo simbol daripada rupa mata

logo daripada huruf

jenis logo huruf

logo jenis representasi F. Rupa dan Muka Taip Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf. ). Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya. Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor