You are on page 1of 1

Tatacara untuk menghantar manuskrip Untuk menghantar karya bagi tujuan diterbitkan oleh DBP, penulis hanya perlu

mengajukan bahan kepada alamat seperti yang berikut: Pengarah Penerbitan, Jabatan Penerbitan, Tingkat 19, Menara DBP Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460, Kuala Lumpur. Penyerahan hendaklah disertakan surat iringan, salinan bercetak manuskrip, salinan lembut manuskrip (CD_ROM, disket atau bentuk lain) serta bahan lain yang berkaitan seperti gambar foto, ilustrasi dan peta (jika ada) sertan perakuan menyatakan karya ini adalah milik penulis dan tidak daripada hasil yang diciplak daripada tulisan orang lain. Bagi novel dewasa, tebal novel biasanya sekitar 300-500 halaman kertas A4 bertaip komputer langkau dua baris, sementara novel remaja tebalnya 200-300 halaman dan novel kanak-kanak tebalnya 100-200 halaman. Setiap manuskrip yang dihantar ke DBP akan didaftarkan dulu di dalam Sistem Pengurusan Maklumat Penerbitan (SPMP). Pendaftaran ini memerlukan nama penulis, alamat dan nombor kad pengenalan penulis. Oleh yang demikian, penyerahanmanuskrip ini hendaklah disertakan maklumat yang berkenaan. Sebaik sahaja manuskrip ini didaftarkan, salinan surat pendaftarannya akan dihantar kepada penulis berserta surat rasmi menyatakan tindakan pihak DBP selanjutnya. Penulis boleh menghantar manuskrip ini kepada penerbit lain untuk dipertimbangkan penerbitannya setelah manuskripini ditolak secara rasmi oleh DBP (atau mana-mana penerbit). (i) Tempoh penerbitan sesebuah manuskrip mengikut Piagam Pelanggan DBP ialah dalam tempoh kurang sembilan (9) bulan selepas manuskrip lengkap diterima. (ii) Bayaran royalti kepada penulis akan diberi sebanyak 12% untuk buku umum. Bayaran 50% akan dibuat sebaik sahaja buku terbit dan dicetak sepenuhnya mengikut jumlah cetakan yang diluluskan. Selebihnya 50% lagi akan dibayar berdasarkan jualan.

Bahan akan dinilai pada peringkat awal oleh bahagian yang akan menanganinya mengikut bidang (samada novel remaja, kanak-kanak, dewasa, buku teks , sastera) untuk dilihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau tidak. Sekiranya sesuai, manuskrip tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Editorial (JKE) dan Jawatankuasa Penerbitan (JKP) Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan kelulusan. Setelah manuskrip tersebut diluluskan oleh JKP untuk diterbitkan, penulis perlu menandatangani satu dokumen Perjanjian Lesen Penerbitan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka yang mengandungi terma-terma tentang hak cipta dan royalti buku penulis. Sebaik sahaja dokumen tersebut ditandatangani oleh kedua-dua pihak, maka secara rasminya penulisa telah menjadi penulis Dewan bahasa dan Pustaka

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi: Pentadbiran Jabatan Penerbitan (03-2148 1120) Bahagian Buku Bahasa (03-2148 3025) Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja (03-2148 9614) Bahagian Buku Sastera (03-2148 2684) Bahagian Buku Sekolah (03-2148 1058) Bahagian Buku Umum (03-2148 1154)