You are on page 1of 7

Strategi Pengajaran Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai

matlamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Merujuk kepada konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang diharapkan. Strategi merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan cara cuba jaya. Strategi merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran. Merujuk kepada bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan kata lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Guru perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza itu. Contohnya, dalam suatu bilik darjah yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan sederhana serta kumpulan cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Selain itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintanganrintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai strategi mengajar tetapi yang lebih penting ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun strategi-strategi itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Secara ringkasnya, pemilihan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran haruslah berdasarkan pertimbangan teori pembelajaran, pendekatan, kaedah dan

teknik mengajar.

Penentuan

dan

pelaksanaan

strategi

yang

sesuai akan

menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

Teknik Pengajaran Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan dalam bilik darjah. Teknik bertujuan untuk membolehkan sesuatu objektif itu dicapai dengan segera. Merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran, pelbagai teknik boleh digunakan. Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat memberi pemahaman kepada murid-murid serta bergantung kepada guru merancang isi, memilih aktiviti, memilih bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang digunakan. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yan terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru tidak dapat menguasai teknikteknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga; 2007), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony telah mendefinisikan teknik merupakan satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Kamarudin Hj. Husin (2004), mendefinisikan teknik sebagai suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Seterusnya pula, berdasarkan kepada pendapat Mengantar Simanjuntak (1981), teknik juga boleh didefinisikan sebagai satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian pengajaran tertentu.

Bahan Sumber Mengajar Bahan sumber mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran. menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981: 2), bertajuk Alatan Mengajar

Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale (1964) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience, di mana proses pembelajaran bermula denganproses aspek semiabstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BSM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan muridnya. oleh guru kepada murid-

Video Klip Video klip merupakan potongan-potongan visual yang dirangkai dengan atau tanpa efek-efek tertentu dan disesuaikan berdasarkan ketukan-ketukan pada irama lagu, nada, lirik dan instrumennya. Video merupakan salah satu elemen dalam multimedia yang mampu membangun modal insan melalui paparan maklumat berbentuk gambar yang bergerak. Walau apa sahaja formatnya, fungsinya masih sama terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah.

Menurut sebuah artikel di laman sesawang, video mampu memberi manfaat kepada pelajar. Katanya: "Dengan video sebagai salah satu komponen dalam rancangan pengajaran seorang yang bertimbang rasa, pelajar sering membuat sambungan baru antara topik kurikulum, dan menemui hubungan antara topik-topik ini dan dunia di luar bilik darjah". Menyedari hakikat ini pelbagai pihak menyediakan bahan video yang sesuai digunakan dalam pengajaran. Brown J. W, Lewis R. B, Harcleroad F. F, (1985) menegaskan bahawa gambar bergerak adalah merupakan bahan yang mempunyai kekuatan yang tinggi jika dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Memandangkan betapa pentingnya peranan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka guru seharusnya merancang dengan menyusun strategi ke arah pengaplikasian dan pengintegrasian video dalam pengajaran mereka. Pengintegrasian ini harus diambil kira dari aspek ilmu, kemahiran, kepelbagaian gaya belajar, penjanaan minda kritis dan kreatif serta penerapan nilai murni dalam usaha memupuk insan yang seimbang sepertimana yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru harus mampu membuat inovasi terhadap kaedah pengajaran agar penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan serta mampu menjadikan aktiviti pembelajaran itu menyeronokkan kepada pelajar-pelajar.

Lembaran Kerja Lembaran kerja adalah salah satu aset penting di mana salah satu fungsinya adalah untuk mengukur keupayaan murid menguasai dan memahami kemahiran satu-satu mata pelajaran yang diajar. Sebagai contoh, dalam kelas pemulihan, murid memerlukan lembaran kerja sebagai pandu arah mereka selain dapat mengukuhkan pemahaman mereka terhadap tajuk yang diajar guru pada hari berkenaan. Lembaran kerja yang dibuat sendiri oleh guru adalah sebagai daya penarik untuk murid pemulihan menikmati pelajaran pada hari berkenaan. jika pembelajaran

tanpa sebarang bahan bantu mengajar dan sekadar teori semata-mata , hanya akan membosankan murid. Tambahan daripada itu, sebaik-baiknya, lembaran kerja yang diedarkan mestilah disiapkan oleh murid pada hari berkenaan juga. Hal ini bagi mengelakkan murid daripada membawa balik lembaran kerja ke rumah kerana dikhuatiri bukan murid yang akan menyiapkan latihan berkenaan.

Teks Teks dalam apa jua bentuk, bertulis atau lisan, merupakan salah satu sistem komunikasi yang paling utama. Ianya membolehkan sesuatu maklumat atau informasi disampai dan disebarkan ke seluruh dunia dengan mudah dan berkesan. Atas dasar tersebut, teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam sesebuah multimedia sama ada sebagai menu utama, sistem navigasi dan terutamanya bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan perisian. Teks boleh dikombinasikan bersama-sama dengan media yang lain bagi meyampaikan sesuatu informasi dengan lebih berkesan dan menarik. Melihat pembangunan web, biasanya teks disimpan dalam format atau bahasa yang difahami oleh sistem rangkaian iaitu HTML atau Hypertext Markup Language. Biasanya teks hanya digunakan sebagai asas penyaluran maklumat dan ianya tidak memerlukan penggunaan teknologi-teknologi terkini. Jenis tulisan atau fon yang digunakan juga perlu diselaraskan kepada tulisan yang biasa atau piawai (Arial atau Times New Roman misalnya) diserata dunia. Ini adalah bagi memastikan semua sistem komputer mampu memaparkan informasi yang ingin disampaikan tanpa sebarang masalah. Sekiranya penggunaan jenis tulisan yang lebih kompleks diperlukan , biasanya teks tersebut terlebih dahulu perlu diterjemahkan ke bentuk grafik yang lebih menarik serta serasi dengan mana-mana sistem komputer yang lain. Satu lagi kaedah yang sering digunakan bagi memindahkan maklumat teks dalam pelbagai bentuk dan format memerusi internet ialah penggunaan teknologi perisian dari Adobe Acrobat. Oleh itu, dengan teknologi ini, teks pelbagai bentuk, format dan susun atur boleh

dipindahkan paparannya.

ke

mana-mana

sistem

komputer

tanpa

menjejaskan

bentuk

Pantun Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa nusantara. Pantun dalam bahasa Jawa dikenali sebagai parikan manakala dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan. Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan

seluas-luasnya di dalam masyarakat Melayu tidak mengira apa tujuannya. Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu. Ia bertujuan memperindah lagi sesuatu ucapan. Merujuk kepada konteks pendidikan, pantun sangant sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana menunjukkan keperibadian orang Melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri. Oleh kerana itu, pengajaran pantun disekolah selain bertujuan untuk menunjukkan keperibadiaan orang Melayu, ianya juga diaajarkan agar warisan seni yang sekian lama ini tidak akan pupus dari arus zaman. Pantun juga mempunyai peranannya yang tersendiri, iaitu sebagai adat dalam memelihara bahasa, menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir. Pantun melatih seseorang seperti murid berfikir tentang makna kata sebelum berujar. Ianya juga membantu murid berfikir secara asosiatif, bahawa suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain. Pantun adalah warisan orang Melayu sejak dahulu lagi. Keindahan kata dalam khazanah bahasa Melayu memperlihat daya cipta pemikiran dan falsafah masyarakat Melayu tradisional yang tinggi, asli dan bernilai seni.

Kad manila dan marker Kad manila merupakan kad pelbagai warna yang diperbuat daripada hem manila atau daripada gentian kayu. Kad manila mempunyai ketebalan yang tertentu dan biasanya bersegi panjang. Kad manila telah digunakan dalam berbagai-bagai keperluan dan salah satu contohnya digunakan dalam sistem pendidikan iaitu sebagai bahan bantu mengajar yang digunakan guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sekolah. Kad manila mempunyai pelbagai jenis warna disamping mudah didapati dan digunakan. Marker merupakan salah satu alat tulis dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Marker digunakan di sekolah adalah untuk menggantikan penggunaan kapur yang telah digunakan dalam sistem pendidikan dahulu. koni marker bukan sahaja digunakan oleh guru bahkan juga oleh murid-murid. Muridmurid menggunakan marker kebiasaannya disertakan sekali dengan kad manila atau apa-apa kertas untuk murid-murid membuat sesuatu persembahan kerja dan sebagainya. Terdapat beberapa jenis marker yang digunakan dan ianya juga mempunyai pelbagai warna serta bentuk dan saiz yang berbeza-beza.