You are on page 1of 2

BAB 5: INDUSTRI KECIL SEDERHANA (IKS) Maksud IKS Syarikat perkilangan yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak

dak melebihi RM25 juta Pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965

2) Peluang menggunakan kebolehan, daya cipta & kreativitiviti individu - mencipta produk baru melalui bimbingan dan latihan. 3) Mewujudkan peluang pekerjaan - membuka banyak peluang pekerjaan kerana ia bersifat intensif buruh. 4) Memenuhi keperluan & kehendak Masyarakat - sentiasa mencipta keluaran baru dan memperbaiki keluaran sedia ada. B) Sumbangan kepada negara 1) Mengurangkan pengangguran - menggunakan intensif buruh untuk mewujudkan banyak peluang pekerjaan. 2) Tabungan dalam ekonomi - meningkatkasn jumlah tabungan negara. 3) Pengagihan pendapatan negara - Agihan secara adil melalui upah yang tinggi dan mengurangkan jurang pendapatan. 4) Latihan kepada pekerja & pengusahaan melalui jalinan rantaian industri. - menyediakan pelbagai kemahiran untuk pekerja. 5) Mengukuhkan struktur industri negara - pendokong operasi industri berat melalui jalinan rantaian industri. 6) Mengurangkan import barang pengguna - menawarkan pelbagai pilihan barangan bermutu kepada pengguna pada harga yang rendah Kaitan IKS dengan Industri Berat 1) Pemasaran bersepadu - mengamalkan konsep payung iaitu IKS membekalkan separa siap kepada firma besar. 2) Pengaturan Kontrak Khas - firma kecil membekalkan barangan kepada firma besar yang ditetapkan dalam perjanjian. 3) subkontrak - perpindahan pengeluaran syarikat besar kepada IKS. Masalah IKS 1. Masalah modal dan pembiayaan - sukar mendapat pinjaman kerana tiada cagaran. 2. Produktiviti & teknologi yang rendah - sukar mendapat tenaga buruh mahir keran bersaing dengan firma besar 3. Kekurangan bahan mentah - bahan mentah tidak mencukupi

Ciri-ciri IKS 1. Jenis keluaran makanan & minuman, tekstil & pakaian, perabot 2. Organisasi struktur organisasi yang mudah, diasaskan oleh keluarga 3. Modal kurang RM2.5 juta & diperolehi daripada simpanan 4. Lokasi - terdapat hampir di semua tempat seluruh negara (bandar, luar bandar & pinggir bandar) 5. Ciri umum pekerja - kurang terlatih, tempatan, secara sambilan, kurang pendidikan 6. Teknologi pengeluaran - berintensifkan buruh, warisan keluarga Kegiatan IKS 1. Industri berasaskan sumber - berasaskan bahan mentah setempat 2. Industri berasaskan logam - membuat barang logam seperti alat ganti jentera, bingkai besi 3. Industri berasaskan plastik - berasaskan petrokimia 4. Industri komponen automotif - membuat komponen kereta spt bateri, kusyen 5. Industri komponen elektrik dan elektronik - membuat komponen untuk barang elektrik seperti suis 6. Industri pemprosesan makanan - membuat makanan diawet, minuman ringan 7. Industri pembuatan lain - brang bukan logam, kraf tangan dan barang getah Kepentingan IKS A) Sumbangan kepada masyarakat 1) Peluang menceburi bidang perusahaan - memberi peluang kepada masyarakat untuk menceburi sektor perindustrian.

4. Masalah pemasaran - kekurangan modal menghadkan kebolehan IKS memasarkan keluaran sendiri 5. Masalah pengurusan - pengusaha mempunyai taraf pendidikan yang rendah. 6. Masalah lokasi - tidak mempunyai kemudahan asas yang mencukupi kerana hendak menjimatkan kos. 7. Hubung jailn dengan industri berat - Industri berat meragui kualiti keluaran IKS Cara Mengatasi Masalah IKS 1. Program Rantaian Industri (ILP) - industri berat beroleh bekalan berterusan 2. Program penyelidikan & pembangunan - menyediakan tabung dan geran kepada IKS 3. Program pembangunan infrastrukutur - menyediakan pelbagai kemudahan di satu kawasan 4. Program pembangunan & peningkatan kemahiran - mengadakan program latihan dan bimbingan 5. Pembangunan pemasaran - menjamin pasaran untuk keluaran IKS 6. Program bantuan kewangan - bantuan disalurkan oleh kerajaan melalui agensi MARA, Bank Pembangunan dan lain- lain agensi kewangan.