You are on page 1of 4

Unit 3: Campuran Pemasaran : Harga KAEDAH PENENTUAN HARGA Kaedah penentuan harga ini akan menstrukturkan pengiraan harga

yang sebenar. Keadaan produk, jumlah jualan atau jumlah produk yang dikeluarkan oleh organisasi akan menentukan bagaimana harga akan dikira. 4.1.2.1 Penentuan Harga Berasaskan Kos Penentuan Harga Tokokan-Kos Dalam penentuan harga ini, kos penjual akan ditentukan dan sejumlah wang tertentu atau satu peratusan kos akan ditambah ke atas kos penjual dalam menetapkan harga. Tokokan piawai ke atas kos produk akan dikenakan. Bagi menjelaskan penentuan tokokan kos, andaikan sebuah syarikat pengeluar pakaian sukan mempunyai kos dan jualan terjangka seperti berikut:

Kos berubah Kos tetap Unit jualan terjangka

RM20 RM500,000 100,000

Kos pengeluar bagi setiap setiap pakaian sukan adalah:

Kos seunit = Kos berubah

+ Kos Tetap Unit Jualan

= RM20 +

RM500,000 100,000

= RM 25

Andaikan pengeluar ingin meletakkan mark up 20% bagi jualan, maka harga jualan ialah Harga tokokan = Kos Se unit ( 1 Pulangan yang dikehendaki dari jualan) = RM25 1 0.2

= RM31.25

Pengeluar akan mengenakan harga RM31.25 kepada pengedar bagi setiap pakaian sukan dan mendapat keuntungan RM6.25 seunit.

Pengiraan untuk mencari titik pulang modal ialah seperti formula berikut:

Jumlah pulang modal =

Kos tetap Harga Kos berubah

= RM500,000 RM40 RM20 = 25,000 unit

4.1.2.2 Penentuan Harga Berasaskan Pembeli Sesetengah syarikat menggunakan nilai anggapan keluaran sebagai asas penentuan harga mereka. Penentuan harga ini menggunakan tanggapan pembeli tentang nilai keluaran, bukan kos penjual. Firma menggunakan elemen-elemen bukan harga dalam campuran pemasaran untuk membina nilai tertanggap ini dalam fikiran pembeli. Contohnya harga sepinggan mee goreng yang dinikmati di tempat-tempat yang berbeza. Sepinggan mee goreng mungkin berharga RM2.50 di warung, RM4.00 di restoran berhawa dingin dan RM15.00 di restoran hotel. Setiap restoran tersebut boleh meletakkan harga yang lebih tinggi kerana nilai bertambah dengan suasana yang dinikmati oleh pembeli.

4.1.2.3 Penentuan Harga Berdasarkan Persaingan Pengguna biasanya membuat penilaian produk berasaskan harga yang pesaing kenakan untuk produk yang serupa. Oleh itu pihak pemasar harus peka dengan harga yang diletakkan oleh pesaing. Dalam penentuan harga berasaskan pesaing ini, kita akan membincangkan Penentuan harga lebih tinggi daripada harga pasaran Jika harga lebih tinggi daripada harga pasaran pesaing dapat menanamkan anggapan di kalangan pengguna bahawa keluarannya lebih berkualiti berbanding keluaran pesaing. Penentuan harga kurang daripada harga pasaran Strategi ini dapat menggambarkan keluaran mempunyai kualiti setanding dengan keluaran pesaing tetapi harga kurang berbanding pesaing utk menawan pasaran yg lbh besar

Penentuan Harga Kadar Kini (Penentuan harga sama dengan harga pasaran)
Firma menetapkan harga berdasarkan harga pesaing dan kurang tertumpu kepada kos atau permintaannya sendiri. Firma-firma yang lebih kecil akan mengikut pemimpin pasaran. Apabila pemimpin pasaran mengubah harga, mereka turut mengubah harga mereka.

Penentuan harga ini lebih popular di pasaran industri. Apabila keanjalan permintaan sukar diramal atau diukur, firma merasakan bahawa harga kadar kini merupakan harga yang terbaik diikuti bagi mengelakkan berlakunya perang harga.

4.1.2.4 KAEDAH PENENTUAN PRODUK BARU

Penentuan harga bagi produk baru merupakan salah satu daripada strategi pemasaran. Harga permulaan ini mudah berubah-ubah dan penetapannya merupakan keputusan yang paling asas dalam campuran pemasaran. Harga permulaan boleh ditetapkan tinggi untuk mendapatkan semula kos pembangunan secepat mungkin atau menetapkan harga yang rendah agar produk berjaya mendapat bahagian pasaran yang besar. Firma juga perlu menimbangkan sama ada produk tersebut merupakan produk baru yang berinovasi atau produk imitasi. Penentuan Harga Produk Inovasi Penentuan harga produk inovasi terbahagi kepada dua iaitu penentuan harga penarahan pasaran dan penentuan harga penembusan pasaran. Marilah kita melihat penentuan harga penarahan pasaran terlebih dahulu.

Penentuan Harga Penarahan Pasaran


Penentuan harga penarahan ialah menetapkan harga yang paling tinggi yang mampu dibayar oleh pengguna. Penentuan harga ini memberi beberapa faedah terutama bagi produk yang berada dalam peringkat pengenalan kitaran hayat produk. Polisi ini boleh menghasilkan aliran tunai yang tinggi yang mampu menampung kos pembangunan. Strategi ini hanya sesuai digunakan dalam beberapa keadaan, iaitu bagi produk kualiti dan imej produk mesti menyokong harganya yang tinggi dan mesti terdapat jumlah pembeli yang mencukupi yang mampu membayar pada harga tersebut.

Penentuan Harga Penembusan Pasaran


Harga penembusan ini menetapkan harga yang rendah bagi menembusi pasaran dengan mudah. Dengan cara ini, syarikat berharap untuk mendapat sejumlah besar pembeli dan bahagian pasaran. Strategi ini sesuai digunakan apabila ahli-ahli pemasaran menjangka yang pesaing-pesaing akan memasuki pasaran dengan mudah. Pertama, sekiranya syarikat berjaya memperolehi bahagian pasaran yang besar dengan cepat, pesaing akan kurang berminat untuk memasuki pasaran tersebut. Kedua, pesaing mungkin kurang berminat untuk memasuki pasaran ini apabila strategi penembusan digunakan kerana harga seunit yang rendah akan menghasilkan keuntungan seunit yang rendah juga. Pesaing mungkin mendapati yang pasaran tersebut tidak begitu menguntungkan. Terdapat beberapa keadaan yang mesti wujud bagi membolehkan strategi ini digunakan. Pasaran tersebut mesti mengandungi pengguna yang sangat sensitif kepada harga agar harga yang rendah menghasilkan pertumbuhan pasaran yang lebih.

Penentuan Harga Produk Imitasi Penentuan harga bagi produk imitasi biasanya mempunyai ketua pasaran (market leader) bagi produk tersebut. Lazimnya ketua pasaran akan mengeluarkan produk premium dan mungkin akan meletakkan harga pada paras yang tinggi bagi produk premium mereka. Dalam keadaan ini pencabar ( challenger) dan pengikut (follower) mempunyai sembilan strategi samada mengeluarkan produk yang sama taraf (tinggi, sederhana atau rendah kualitinya berbanding penentuan harga yang tinggi, sederhana atau rendah bagi produk imitasinya. Pencabar dan pengikut produk harus menimbangkan saiz, kadar pertumbuhan pasaran serta persaingan yang akan dihadapinya.