You are on page 1of 1

Doa Para Malaikat Kepada Orang Yang Beriman

Author: azah

27
Surah al-Mumin ayat 7-9:

JUL

[7] Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka. [8] Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga Adn yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [9] Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya). Keterangan ayat dari Ust. Zahazan Mohamed (2006). 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran, Khasiat & Kaifiat Beramal. Kuala Lumpur: Telaga Biru. Menurut sebuah hadith yang bertaraf hasan daripada riwayat al-Tarmizi, bahawa Syahar bin Hausyab berkata bahawa 8 malaikat yang memikul arasy selalu bertasbih memohon kepada Allah SWT agar diampunkan bagi hamba-hambaNya yang bertaubat. Mereka turut memohon agar SWT menyelamatkan mereka daripada api neraka dengan berkata: Masukkanlah mereka ke dalam syurga bersama ibu bapa, pasangan dan keturunan mereka supaya mereka gembira berhimpun di dalamnya. Adalah diriwayatkan oleh Said bin Jubir bahawa apabila seseorang hamba dimasukkan ke dalam syurga, maka dia akan mencari ibu, ayah, anak, isteri dan adik-beradiknya. Apabila diberitahu mereka tidak layak memasuki syurga, maka dia kan merayu supaya Allah memasukkan mereka bersamanya. Akhirnya Allah SWT dengan limpah rahmatNya akan memasukkan mereka bersamanya. (Tafsir Ibnu Kathir, Hasyiat al-Sawi tafsir ayat 7-9, surah al-Mumin) Walaupun ayat ini menceritakan tentang doa malaikat, kita juga digalakkan mengamalkannya, kerana setiap doa yang kita panjatkan kepada Allah untuk orang yang beriman akan diaminkan oleh para malaikat dan mereka akan memohon kepada Allah agar turut mengurniakan kita apa yang kita minta itu.

You might also like