1 Kepimpinan untuk Kursus-Kursus Unit Berunifom Pusat Kokurikulum, UPSI 1.

0 Tujuan

Tujuan kertas ini adalah untuk memperkayakan pengetahuan para pelajar berkaitan dengan kepimpinan dan menuju kearah memenuhi kemahiran insaniah berikut: 1. LS1 – KIM – Pengetahuan tentang teori kepimpinan. 2. LS2 – KIM – Kebolehan untuk memimpin projek. 3. LS3 – Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan. 2.0 Pengenalan

Berikut adalah petikan yang diharapkan akan mencetuskan minat anda terhadap menjadi seorang pemimpin. Are You a Leader or Just a Boss?

by George Ambler on February 21, 2010 I often find that many people confuse leadership with positional authority and power. We tend to believe that a person in authority or someone with a title is a leader. The reality is that most people is in authority because of their potential to lead, however leadership only occurs when the person makes a decision to exercise leadership. There is no correlation between position and the act of leadership. Just having a title does not make you a leader, leaderships is about influence. Title only buys you the time needed to exercise leadership, and in this time your influence as a leader either increases or diminishes. There is a huge difference between being a boss and being a leader…! “The boss drives group members; the leader coaches them. The boss depends upon authority; the leader on good will. The boss inspires fear; the leader inspires enthusiasm. The boss says ‘I’; the leader says ‘we.’ The boss assigns the task, the leader sets the pace. The boss says, ‘Get there on time’; the leader gets there ahead of time. The boss fixes the blame for the breakdown; the leader fixes the breakdown. The boss knows how it is done; the leader shows how. The boss makes work a drudgery; the leader makes it a game. The boss says, ‘Go’; the leader says, ‘Let’s go.’“

toleran akan stress serta sanggup memikul tanggungjawab. Stogdill (1974) mengenalpasti tret-tret dankemahiran yag perlu pada seorang pemimpin. antaranya kepimpinan adalah suatu proses. anda mempunyai ruang untuk mempelajari secara amali menjadi seorang pemimpin. berkebolehan mengkonsepsikan masalah. Kepimpinan sebagai suatu proses Ini bermaksud bahawa ia bukanlah satu ciri atau tret yang perlu ada dalam seseoang pemimpin tetapi adalah peristiwa-peristiwa yang berlaku hasil interaksi pemimpin dengan subordinatnya. asertif. persuasive dan berkemahiran sosial. terdapat komponen-komponen asas yang berkait dengan kepimpinan. alert atau peka kepada persekitaran sosial. berpengetahuan berkaitan tugasan dalam kumpulan. merancang perjalanan kearah pencapaian matlamat dan membuka ruang sepenuhnya agar para subordinat dan pemimpin boleh tiba ke puncak matlamat dengan jayanya. bertenaga (energetic). kepimpinan melibatkan pengaruh. terurus (kebolehan mentadbir). maka kepimpinan tidak lagi terhad kepada orang tertentu (yang mungkin dikatakan mempunyai tret tertentu) tetapi boleh ujud dikalangan semua orang. that is if they want to keep their jobs they do what the boss asks. dominan (keinginan untuk mempengaruhi orang lain). berdiplomasi dan berbahasa. Anda mungkin seorang pemimpin yang assigned bila dilantik oelh tenaga pengajar menjadi ketua atau anda mungkin seorang bakal pemimpin yang emergent. kepimpinan yang berkualiti amat diharapkan dari anda untuk memimpin murid-murid dibawah bimbingan anda kearah kecemerlangan dalam hidup. menentukan halatuju. sehala tetapi adalah satu perisitwa interaktif. Bila didefinisikan sebegini. Kemahiran yang diperlukan adalah bijak (clever/ intelligent). Walaupun banyak terdapat pandangan bagaimana mengkonsepsikan kepimpinan. People follow leaders because they choose to. petah bercakap. How about you? Dalam kursus-kursus unit berunifom. kreatif. Proses bermaksud bahawa seseorang pemimpin memberi kesan kepada subordinatnya dan menerima kesan dari subordinatnya. boleh diharapkan. . Kepimpinan adalah berkaitan dengan membuat keputusan. Gunakanlah peluang untuk meningkatkan kualiti kepimpinan anda. Too many leaders today rely on their position to lead.keyakinan diri. kepimpinan berlaku dalam konteks kumpulan dan kepimpinan melibatkan usaha untuk mencapai sesuatu matlamat. beriltizam (ambitious) dan berorientasikan kejayaan. Terdapat pelbagai teori yang cuba memberikan gambaran yang lebih jelas berkaitan kepimpinan antaranya Teori Tret. Trettret meliputi berupaya mengubahsuai kepada situasi berbeza. koperatif. Teori Situasi dan pelbagai lagi. tekal (persistent). Ini bermakna kepimpinan bukanlah sesuatu yang linear. menetapkan matlamat. They follow leaders because of who they are and where they are going.2 People follow the boss because they have to. Sebagai bakal guru.

Ini bermakna kepimpinan mesti berupaya menggerakkan sekumpulan individu kearah menyempurnakan sesuatu tugas atau mencapai sesuatu hasil. Antara ciri-ciri hasil komunikasi yang merupakan tanda-tanda kepimpinan emergen adalah ringan mulut.kepimpinan melalui proses Kerapkali kedengaran istilah bahawa seseorang itu semula jadi mempunyai bakat sebagai pemimpin. Ia boleh menjadi pemimpin atau mempunyai sifat pemimpin hasil daripada proses-proses yang dilaluinya. Kepimpinan assigned .emergent Dua bentuk kepimpinan yang biasa ditemui adalah kepimpinan assigned dan kepimpinan emergent. Pandangan seperti ini bahawa seseorang itu lahir bersama tret-tret pemimpin. Personaliti juga dikatakan merupakan salah satu pemimpin emergen. lebih berkeyakinan. memulakan idea baru. Kepimpinan melibatkan mempengaruhi sekumpulan individu yang mempunyai matlamat bersama. Pendekatan kepimpinan berasaskan tret .3 Kepimpinan melibatkan pengaruh. minta pandangan orang lain. Kumpulan mungkin satu kumpulan kecil. Tanpa pengaruh. Individu dalam organisasi berkenaan menerimanya. mempunyai efikasi kendiri yang tinggi biasanya ada pada seorang yang bergelar “pemimpin”. tegas tapi tidak bengkeng dsbnya. Kepimpinan tret . lebih cerdik. tingkahlakunya dan gerak geri sebagai pemimpin mereka. Kepimpinan emergent biasanya timbul melalui satu proses yang berpanjangan hasil komunikasi antara semua yang berada dalam organisasi itu. kumpulan besar mahupun suatu organisasi. Tetapi kita sedar terdapat ketua yang arahannya tidak diikuti oleh subordinat tetap subordinat ini akan mengikut kata seorang yang tidak dilantik secara rasmi. Assigned bermaksud pemimpin diberi jawatan berkenaan oleh satu kuasa yang lebih besar seperti mana seorang pengetua diberi jadi ketua oleh jabatan pendidikan negeri atau seorang ketua darjah dilantik menjadi ketua oleh guru tingkatan. kepimpinan tidak ujud. Kepimpinan sebagai suatu proses membawa maksud bahawa seseoerang itu tidak semestinya dilahirkan dengan tret untuk menjadi seorang pemimpin. Pengaruh adalah sine qua non of leadership. Ia berkait dengan bagaimana seorang pemimpin memberi kesan kepada para subordinatnya. Sifat-sifat seperti lebih dominan. Orang seperti ini dikatakan memperolehi kepimpinan emergent. Kepimpinan berlaku dalam konteks berkumpulan. Program yang mengajar seseorang itu yang ia mengetuai dirinya sendiri sahaja tidak didefinisikan sebagai pemimpin dalam konteks ini. Kepimpinan menitikberatkan menuju kearah sesuatu matlamat.

6. Sedia untuk menyerap stres 8. Sanggup menerima kritikan 7. Ini termasuk mempunyai efikasi kendiri dan kepercayaan yang beliau boleh membawa sesuatu perubahan. proaktif dan berpandangan kehadapan. berinisiatif. Keyakinan diri Sifat keyakinan diri adalah suatu kebolehan yang menjadikan seseorang itu yakin akan kompetensi dan kemajuannya. Mendominasi bermaksud seorang pemimpin perlu bersifat tegas dalam situasi tertentu untuk memastikan subordinatnya mengikut apa yang diarahkannya. Seseorang individu yang mempunyai keazaman akan bersifat asertif. Sanggup meneroka pelbagai perkara baru dan keaslian dalam menyelesaikan masalah 4. tekal dan gigih (persistence). Seorang . Ini adalah kerana tret-tret yang ada sewajarnya relevan untuk sesuatu situasi tertentu. Teruja dan gigih dalam menuju matlamat 3. iaitu: 1. berkeyakinan kendiri dan dapat berinteraksi sosial dengan pelbagai individu. Keazamaan Kebanyakan pemimpin mempamerkan keazaman (determination). tekal berusaha (persistence). Walau bagaimanapun kecerdasan yang terlampau berbeza antara pemimpin dengan subordinatnya boleh menyebabkan idea daripada pemimpin sukar difahami oleh subordinatnya. Keyakinan diri dan sifat identiti sendiri. Integriti Integriti adalah kualiti seorang yang boleh dipercayai. Sanggup menerima dan toleransi terhadap kekecewaan dan kelambatan 9. bertanggungjawab.4 Walaupun terdapat pandangan yang mengatakan kebanyakan pemimpin mempunyai tret yang sama seperrti cerdik. Keazaman merujuk kepada keinginan untuk menyempurnakan sesuatu tugasan dan ini meliputi ciri-ciri yang berkaitan seperti inisiatif. namun ciri-ciri ini tidaklah mutlak. berwaspada. Kepimpinan adalah mempengaruhi orang lain dan keyakinan diri memberi ruang untuk seorang pemimpin berasa yakin yang usahanya untuk mempengaruhi orang lain adalah sesuai dan betul. Terdapat 10 ciri-ciri yang selalunya dipunyai oleh seorang pemimpin. Lima tret yang jelas dikalangan pemimpin akan dihuraikan dengan lebih terpeinci antaranya: Kecerdasan Biasanya seseorang pemipin mempunyai kecerdasan yang tinggi. Individu yang mempunyai prinsip dan bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan adalah seorang yang berintegriti. proaktif dan mereka berkebolehan untuk kekal berusaha dalam menghadapi segala rintangan.Berupaya menstrukturkan interaksi sosial selaras dengan matlamat. Menunjukkan inisiatif 5. mendominasi dan kekal teruja. Kebolehan mempengaruhi orang lain 10. Bertanggungjawab dalam menyempurnakan sesuatu tugasan 2.

maka tret-tret boleh dikesan dengan menggunakan ujian-ujian personaliti. mudah berurusan. Dengan mengenalpasti tret yang perlu ada pada seorang pemimpin. berbahasa dan berdiplomasi. sopan. pendekatan situasi membawa perspektif. Pada asasnya. Pemimpin yang sociable adalah mesra. Mereka ini adalah taat. Pendekatan gaya ini menteorikan bahawa kepempinan terdiri daripada dua tingkahlaku utama iaitu tingkahlaku yang berkait dengan tugasan dan tingkahlaku yang berkait dengan perhubungan. Antara model yang menggunakan pendekatan gaya ini adalah Model Blake & Mouton. banyak lagi perkara berkaitan kepimpinan memerlukan penjelasan lanjut. integriti menjadikan seorang pemimpin dipercayai dan para subordinatnya boleh meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya. tetapi ia memberikan gambaran asas apa yang patut ada pada seorang pemimpin. Dengan hanya berdasarkan Teori Tret. prihatin untuk penghasilan/ output dan prihatin akan orang. Mereka biasanya mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi dan sentiasa menjana perhubungan yang koperatif dengan para subordinat mereka. Implikasi teori tret kepimpinan Berbanding dengan teori kepimpinan yang lain. Sociability Sociability merujuk kepada kecenderungan pemimpin untuk mempunyai perhubungan yang mesra dengan orang lain. Pendekatan berdasarkan situasi Berbeza dengan pendekatan tret yang berfokus secara eksklusif dengan hanya mengambil kira tret-tret yang kebanyakannya kurang dinamik.5 pemimpin yang berintegriti menanamkan keyakinan dikalangan orang lain dan ini memberi gambaran kepada orang lain bahawa pemimpin ini patut dipercayai dan akan mengotakan apa yang dikatakannya. Teori Tret tidak mencadangkan apakah yang harus dilakukan oleh seorang pemimpin. Ia hanya mengatakan pemimpin mempunyai tret-tret tertentu dan ini adalah penting dalam menjadikan seorang itu sebagai pemimpin. lebih selesa antara ahli dan selesa dalam situasi yang mereka sedang alami. . Tingkahlaku perhubungan membantu subordinat berasa lebih selesa dengan diri mereka sendiri. bahawa seorang pemimin mengamalkan gaya yang perlu disesuaikan dengan situasi-situasi dinamik yang berlaku disekelilingnya. boleh diharapkan dan tidak bermuka-muka. Tingkahlaku tugasan memudahkan mencapai tujuan. Model ini yang juga dikenali sebagai managerial grid atau leadership grid direka untuk menerangkan bagaimana pemimpin membantu organisasi mereka mencapai sesuatu matlamat melalui dua faktor utama iaitu. teori tret hanya berfokus kepada pemimpin semata-mata tanpa mengambil kira aspek pengikut mahu pun aspek situasi. Ia membantu ahli-ahli kumpulan mencapai objektif mereka. Tujuan utama pendekatan gaya adalah untuk menerangkan bagaimana pemimpin menggabungkan kedua-dua tingkahlaku untuk mempengaruhi subordinat mereka dalam usaha untuk mencapai sesuatu matlamat. Mereka sensitif kepada keperluan orang lain dan menunjukkan keprihatinan yang ikhlas akan kesejahteraan orang lain.

9 Pengurusan akur kepada autoriti (9. Penekanan adalah untuk menyiapkan tugasan dan kurang prihatin akan kehendak para subordinat. Pengurusan kelab rekreasi (1. Komunikasi bersifat mengarah berkaitan dengan tugas yang perlu dilakukan oleh subordinat.9. bebanan kerja dan penjualan. pengurusan tidak terurus. Ini meliputi meujudkan komitmen.5 dan pengurusan berpasukan 9. 3. 2. 1. gaya kepimpinan mengganggap subordinat hanyalah sebagai alat untuk memenuhi kehendak organisasi. Pemimpin dalam gaya pengurusan ini dilihat sebagai seorang yang terlampau menekankan paksaan keatas subordinat. memastikan keperluan peribadi dan sosal para subordinat dipenuhi. pengurusan kelab rekreasi 1. Gaya ini lebih mementingkan sikap dan perasaan subordinat. Prihatin kepada orang pula merujuk bagaimana seorang pemimpin mendengar keluhan dan kehendak para subordinatnya dalam usahanya mencapai matlamat organisasi.6 Prihatin akan penghasilan merujuk kepada bagaimana seorang pemimpin prihatin dalam usahanya memenuhi kehendak organisasinya. Hasil daripada interaksi kedua-dua bentuk prihatin ini boleh mewujudkan sekurang-kurang lima situasi iaitu: 1. Ia melibatkan pelbagai aktiviti termasuk memberi perhatian kepada polisi. 5. keadaan bekerja yang selesa dan menggalakan perhubungan sosial yang baik.9) Gaya pengurusan kelab rekrasi menggunakan prihatin yang rendah untuk menyempurnakan tugasan tetapi prihatin yang tinggi akan perhubungan interpersonal. 5. Komunikasi dengan subordinat tidak ditekankan. Pemimpin gaya ini berusaha untuk menghasilkan iklim yang positif dengan . Pengurusan akur kepada autorrity (authority compliance) 9. penghasilan produk baru. 4.1 pengurusan pertengahan jalan.1) Dalam pengurusan ini. menggalakkan nilai individu. 1.

Ia menggalakkan penglibatan yang tinggi dikalangan subordinat. Berasaskan andaian yang kemahiran dan motivasi subordinat akan berubah-ubah mengikut masa. membentuk semangat berpasukan yang komited terhadap tugasan yang ingin disempurnakan.7 menyetujui kehendak subordinat. Pendekatan kepimpinan mengikut situasi Pendekatan kepimpinan mengikut situasi berfokus kepada kepimpinan dalam satu situasi tertentu. berfikiran terbuka dan gemar bekerja. antara menjadi direktif atau menyokong dalam usaha memadankan dengan keperluan subordinat. Pemimpin gaya ini merangsang penglibatan subordinat. Seorang ketua dalam sesuatu situasi mesti menilai subordinatnya dan mentaksir kompetensi dan komitmen mereka dalam menyempurnakan sesuatu tugas.5) Pemimpin yang mengamalkan pengurusan ini adalah yang mempunyai keprihatinan untuk kedua-dua tugasan dan orang ramai dan cuba mencari kesimbangan antara kedua-duanya. menyempurnakan apa yang dimulakan. terbuka dalam membincangkan isu-isu. Seorang pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang dapat mengesan keperluan subordinat dan kemudian mengadapatasi gaya kepempinan mereka untuk memenuhi keperluan yang berubah-ubah ini. Premis pendekatan ini adalah situasi yang berbeza memerlukan bentuk kepimpinan yang berbeza. Model Hersey Blanchard ini mengambil kira dua komponen iaitu gaya kepimpinan dan aras perkembangan para subordinat . Pendekatan ini mencadangkan bahawa kepimpinan adalah terdiri daripada dimensi direktif dan dimensi menyokong. sentiasa ingin menbantu dan mengelakkan dari isu-isu yang kontroversi. Mereka mengelak dari terlibat dengan kontroversi dan cenderung untuk mencari jalan tengah. menetapkan dan menjelaskan keutamaan. maka kepimpinan mengikut situasi ini mencadangkan pemimpin juga mengubahsuai gaya kepimpinan mereka. Pengurusan berpasukan (9. seorang pemimpin mestilah mengadapatasi gaya yang bersesuaian dengan keperluan situasi yang berbeza itu. Pengurusan pertengahan (5. Untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan.9) Gaya kepimpinan ini memberi penekanan kepada kedua-dua tugasan dan perhubungan interpersonal.

memuji. Tingkahlaku sokongan melibatkan komunikasi dua hala yang menunjukkan sokongan sosial dan emosi kepada ahli lain. berkongsi maklumat mengenai diri dan mendengar.8 Gaya kepimpinan Gaya kepimpinan merujuk kepada pola tingkahlaku seseorang individu yang berusaha untuk mempengaruhi orang lain. Gaya pertama (S1) adalah tinggi mengarahnya dan rendah sokongannya yang juga dikenali sebagai gaya mengarah. Tingkahlaku direktif biasanya adalah komunikasi satu hala berkaitan dengan apa yang perlu dibuat. Gaya kedua S2 dikenali sebagai pendekatan coaching. menetapkan tujuan dan kaedah penilaian. seorang pemimpin bertumpu untuk memenuhi tujuan dan hanya peruntukan masa yang sedikit untuk tingkahlaku menyokong. Tingkahlaku menyokong pula membantu ahli kumpulan berasa selesa akan diri mereka sendiri. bagaimana ia akan disempurnakan dan siapakah yang bertanggungjawab untuk menyempurnakannya. Ia bersifat tinggi mengarah – tinggi menyokong. Ini meliputi kedua-dua tingkahlaku direktif (task) dan tingkahlaku menyokong (perhubungan). menentukan peranan dan menunjukkan bagaimana sesuatu tujuan itu boleh dicapai. rakan sekerja dan dengan situasi. menentu jadual masa bertindak (working timeline). Gaya coaching ini memerlukan pemimpin melibatkan dirinya . menyelesaikan masalah. Dalam pendekatan ini. Tingkahlaku mengarah membantu ahli kumpulan dalam mencapai matlamat dengan memberi arahan. Gaya kepimpinan diklasifikasikan kepada empat kategori tingklahlaku mengarah-menyokong. Dalam kategori ini. Gaya ini menampakkan pemimpin sebagai seorang yang memberi arahan mengenai apa yang harus dilakukan dan bagaimana ia harus dilaksanakan kepada subordinat dan seterusnya menyelia subordinatnya. Antara contoh tingkahlaku menyokong adalah pemimpin eminta input dari subordinat. pemimpin berfokus untuk mencapai tujuan sambil menjaga keperluan emosi subordinatnya.

Aras kemampuan/ perkembangan Komponen kedua dalam model ini adalah berkait dengan aras kemampuan para subordinat. Gaya 3 adalah tinggi menyokong – rendah mengarah. iaitu adakah subordinat telah menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk melakukan sesuatu tugasan spesifk dan adakah subordinat berkenaan telah mempunyai sikap yang positif berkaitan tugasan berkenaan. memuji. Subordinat adalah pada aras kemampuan yang rendah jika mereka tidak berkemahiran untuk sesuatu tugas tetapi berasa mereka mempunyai cukup motivasi atau keyakinan untuk menyempurnakan tugasan. tetapi mereka amat teruja akan cabaran yang mereka akan hadapi. Pemimpin yang mengamalkan gaya ini memberi ruang untuk subordinat membuat keputusan tetapi pemimpin sendiri hadir untuk memudahkan bila berhadapan maslah. apa yang akan dicapai dan bagaimana cara mencapainya. Seorang yang mengamalkan S4 menyerahkan kawalan kepada subordinatnya. Mereka ini telah pun memperhalusi kemahiran yang diperlukan untuk sesusatu tugasan itu tetapi tidak berasa yakin samada mereka boleh menyempurnakan tugasan itu. meminta input dan memberi maklumbalas. D1. pemimpin masih merupakan yang membuat keputusan. pemimpin tidak terlalu fokus kepada tujuan tetapi menggunakan tingkahlaku menyokong untuk memberi ruang untuk subordinat mempamerkan kemahiran mereka yang berkait dengan tujuan. Mereka sudah mempelajari cara melaksanakan sesuatu tugasan itu tetapi mereka telah mula hilang motivasi berkaitan tugasan berkenaan. Gaya 4 adalah rendah menyokong – rendah mengarah atau delegating. D3 dan D4. Mereka adalah yang mempunyai kemahiran dan bermotivasi untuk menyempurnakan tugasan berkenaan. Bagi sesuatu tugasan tertentu. Gaya menyokong ini meliputi mendengar. Subordinat adalah pada aras kemampuan yang tinggi jika mereka berminat dan yakin akan kerja mereka dan mereka tahu bagaimana menyempurnakan tugasan berkenaan. Dalam gaya ni. Subordinat D3 pula adalah subordinat yang kompetensinya adalah sederhana ke tinggi tetapi kurang komitmen. Mereka biasanya adalah baru kepada tugas dan tidak tahu sepenuhnya bagaimana melaksanakan tugas berkenaan. subordinat boleh dikategorikan kepada empat kategori iaitu. . Dengan gaya ini. Subordinat D2 adalah subordinat yang mempunyai sebahagian kompetensi tetapi rendah dari segi komitmennya. Aras kemampuan merujuk kepada sejauh mana subordinat mempunya kompetensi dan komitmen yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu tugasaan itu.9 dengan subordinat melalui galakkan dan mendapatkan input daripada subordinatnya. seorang pemimpin kurang menyumbang dari segi input tugasan dan sokongan sosialnya. D2. Seorang pemimpin S3 dikatakan lebih cepat akur dan memberi pengiktirafan yang sesuai dan sokongan sosial kepada subordinat. Subordinat D1 adalah rendah dari segi kompetensi dan tinggi dari segi komitmen. Sama seperti dalam S1. Subordinat D4 adalah yang mempunyai berkemahiran dan komitmen yang tinggi untuk menyempurnakan tugas.

Model Vroom-Yetton-Jago Normative Decision Model Model ini membantu pemimpin membuat keputusan dalam situasi yang manakah keputusan itu boleh dibuat berseorangan atau secara berkumpulan iaitu dengan panduan tujuh soalan. Pemimpin tidak wajar mengamalkan gaya kepimpinan yang sama secara berterusan tanpa mengambil kira aras perkembangan subordinat. Jika subordinat berada pada aras D1. Gaya ini autokratik sepenuhnya. Oleh itu seorang pemimpin pula bertanya pada dirinya beberapa soalan penting. Autokratik Jenis 2 (AII) – Pemimpin mengumpul maklumat daripada para subordinat. . maka pemimpin sebaiknya menggunakan gaya kepimpinan yang sepadan untuk mendapat pencapaian optima. Bagi D4 pula adalah subordinat yang berpengalaman yang telah pun membuktikan kebolehannya dan terus kekal bermotivasi menyumbang kepada pemimpinnya. maka lebih mudah untuk menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai. Pemimpin perlu fleksibel dengan gaya kepmpinannya kerana mungkin ujud kualiti komitmen yang berubah-ubah dikalangan subordinat. Berdasarkan jawapan ya atau tidak. Dalam gaya ini. Setelah dikenalpasti aras perkembangan subordinat. Jika subordinat berada pada aras yang lebih tinggi seperti D2. maka akan dicadangkan gaya kepimpinan yang sesuai iaitu: Autokratik Jenis 1 (AI) – pemimpin membuat keputusan sendiri menggunakan maklumat yang sudah sedia ada padanya pada masa itu. Apakah bentuk tugasan yang beliau ingin subordinatnya sempurnakan? Sesukar manakah tugasan berkenaan? Adakah subordinat mempunyai cukup kemahiran untuk menyempurnakan tugasan berkenaan? Adakah subordinat mempunyai keinginan untuk menyempurnakan tugasan berkenaan setelah mereka memulakan tugas? Dengan mengenali kategori subordinat berkenaan. maka pemimpin sewajarnyanya mengamalkan S2 iaiti gaya coaching. Maka adalah penting seorang pemimpin mendiagnosa dikategori manakah para subordinatnya berada dan mengadapatasi gaya kepimpinannya supaya sepadan dengan aras perkembangan subordinat. Masalah mahupun keputusan mungkin dimaklumkan atau tidak dimaklumkan kepada subordinat. Biasanya subordinat baru D1 mempunyai motivasi yang tinggi menjalankan tugas tetapi kurang memahami apa yang harus dilakukan. penglibatan subordinat terbatas kepada membekalkan maklumat kepada pemimpin. maka pemimpin sebaiknya mengamalkan gaya kepimpinan S1 iaitu tinggi mengarahnya dan rendah sokongannya. kemudian buat keputusan secara berseorangan.10 Tindakan seorang pemimpin Dalam teori ini seorang pemimpin berhadapan dengan subordinat yang mungkin dinamik dari segi dua komponen utama iaitu kemahiran dan komitmen mereka.

Jika saya (pemimpin) buat keputusan secara bersendirian. Adakah saya (pemimpin) mempunyai maklumat yang cukup untuk buat keputusan yang berkualiti? 3. Kumpulan Jenis 2(GII) – Pemimpin berbincang masalah dan situasi bersama sekumpulan subordinat dan mendapatkan idea dan cadangan mereka melalui sumbangsaran. Subordinat hanya membekalkan maklumat secara berseorang sahaja. Subordinat berjumpa tetapi penglibatan subordinat hanya pada aras membantu dalam membuat keputusan. Model ini memberi peluang untuk satu pendekatan yang logik dan peluang pemimpin menseimbangkan kelebihan pengurusan yang melibatkan ahli pasukan dan integriti pemimpin itu sendiri. Adakah subordinat berkongsi matlamat dengan pemimpin? 7. Adakah akan ujud konflik dikalangan subordinat berkaitan keputusan yang dipilih? Dengan menganalisa sesuatu situasi dan menilai masalah berasaskan masa yang ada. pandangan daripada mereka secara individu dan buat keputusan bersendirian. adakah ia akan diterima o. Konsultatif Jenis 2 (CII) – Pemimpin berkongsi masalah dengan subordinat sebagai satu kumpulan dan mendapatkan idea dan pandangan subordinat dan buat keputusan bersendirian. Para subordinat tidak dikumpulkan atau berjumpa sebagai satu kumpulan. Adakah penting subordinat menerima keputusan bila ia diimplementasikan nanti? 5. Pemimpin menerima keputusan dan tidak cuba memaksa ideanya terhadap subordinat. .11 Konsultatif Jenis 1 (CI) – Pemimpin berkongsi masalah dengan subordinat tertentu sahaja dan dapatkan idea. Tujuh soalan yang perlu ditanya oleh pemimpin semasa menggunakan Model Vroom & Yetton ini seperti tersenarai dibawah. Adakah keputusan itu memerlukan kualiti? 2. 1.leh subordinat? 6. maka satu keputusan yang lebih sesuai boleh dipilih. Keputusan diterima oleh kumpulan subordinat sebagai keputusan muktamad. Ketujuh-tujuh soalan dijawab dengan jawapan Ya atau Tidak hinggalah ke keputusan terakhir. keterlibatan ahli pasukan dan kualti keputusan yang diinginkan. Adakah masalah itu berstruktur? 4.

(3)referent power.0 Penutup Kebolehan memimpin adalah suatu aset yang amat penting kepada graduan UPSI.12 3. Anda sendiri perlu meneroka banyak lagi teori berkaitan kepimpinan dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian anda. Teori-teori yang telah diterangkan hanyalah merupakan sebahagian kecil pengetahuan berkaitan kepimpinan. (4) reward power dan (5) coercive power. Sebagai seorang guru. Gunakanlah power yang sesuai agar anda menjadi leader dan bukan boss untuk menjadikan pembelajaran mereka suatu yang bermakna. (2) charismatic power. anda telah pun mempunyai lima jenis kuasa yang anda boleh gunakan untuk mengetuai pengajaran dan pembelajaran dengan murid-murid anda. iaitu (1) legislative power. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful